Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1333 articles
Browse latest View live

Makan Dan Minum Di Restoran Mangkuk Ayam Lagi Halal Dan Sedap

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha nak bawa korang ke sebuah restoran yang menyajikan makanan kesukaan rakyat Malaysia seperti Mee Kari, Asam Laksa, Rojak dan banyak lagi. Tapi unik kerana ia di hidangkan dalam mangkuk ayam yang mempunyai lukisan bermotifkan ayam. Selalunya mangkuk ni kita boleh dapat di restoran cina sahajakan.

Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Mangkuk Ayam kerana hampir semua menu mereka dihidangkan dalam mangkuk ayam ni. Restoran ini teletak di Level P10 Dpulze Shopping Centre Cyberjaya. Kalau korang yang tinggal area Putrajaya, Bangi, Kajang, Sepang dan yang berhampiran denganya boleh datang sini sangat dekat.




Macam Maha sebutkan sebelum ini semua menu di sini adalah masakan tradisi rakyat Malaysia. Kalau korang suka dengan makanan berasaskan mee boleh cuba koleksi terbaik mee mereka iaitu Asam Laksa, Mee Kari Ayam, Mee Rojak dan Kueh Teow Sup Ayam. Memang ia dihidangkan dalam mangkuk yang bersaiz besar dan juga cukup segala bahannya seperti perahan limau dan juga sambal. 
Asam Laksa - RM11.90

Mee Kari Ayam - RM12.90

Kueh Teow Sup Ayam - RM11.90

Antara semua menu utama mee ini Maha paling suka adalah Asam Laksa mereka kerana ada seekor ikan sardin didalamnya dengan kuah yang pekat dan memikat. Memang boleh habislah satu mangkuk ni untuk Maha makan seorang sahaja hehehe.
Nasi Lemak Rendang Daging - RM13.90

Nasi Lemak Kari Ayam - RM12.90

 Nasi Lemak Ayam Goreng Panas - RM12.90

Kalau yang suka makan nasi boleh juga mencuba mereka punya variasi nasi seperti Nasi Lemak Rendang Daging, Nasi Lemak Ayam Goreng Panas, Nasi Indo Siam Ikan, Bubur Ayam dan juga Nasi Air Special Kelantan. Semua nasi mereka ni pun dihidang dalam pinggan yang ada motif ayam ok bukan sahaja mangkuk. 
 Nasi Indo Siam Ikan - RM13.90

Nasi Air Special Kelantan - RM13.90

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang - RM3.90

Kalau untuk nasi ini pula yang paling Maha tertarik adalah nasi lemak mereka. Korang boleh rasa cukup lemak santannya dan juga sambal mereka pedas-pedas manis. Tapi kalau korang suka pada origanaliti nasi lemak bungkus daun pisang kat sini mereka ada juga jual dengan harga RM3.90 sahaja untuk satu bungkus. Special ni boleh makan bila-bila masa bukan sarapan pagi sahaja tau.
Mee Rojak Sotong -RM11.90

Rojak Biasa - RM7.90

Taufu Sumbat - RM7.90

Tu baru bahagian menu utama kalau restoran macam ni mesti akan ada juga pilihan snak atau makanan sampingan mereka. Kat sini ada banyak menu side dish seperti Rojak Biasa dan juga Rojak Buah, lepas tu ada pula Taufu Sumbat, Kari Bebola Ikan dan juga Pecal Sayur. Tak lari dengan kesukaan rakyat Malaysia semua ni.
Kari Bebola Ikan - RM7.90

Pecal Sayur - RM7.90

Kalau pencuci mulut apa yang korang suka mesti lah ABC atau Cendolkan. Kat sini semua ni ada dengan saiz yang tinggi melangit hehehe. Juga ada tambahan lain seperti Mangga Ais dan juga Lai Chee Keng. Tengok lah tu mangga ais tu sangat sedap pekat dan juga isi buah mangga di atasnya pasti lega tekak dibuatnya bila dapat hirup diwaktu panas terik.
ABC - RM7.90

Cendol - RM6.90

Mangga Ais - RM7.90

Minuman-minuman lain tu pun ada juga cuma yang kat sini lain sikit kerana ada jus special iaitu Jus Kedondong Asam Boi dan Jus Limau Kastar Asam Boi. So pilihan ditangan korang mana yang nak dan juga mana yang memikat hati untuk makan tengah, minum petang atau juga makan malam.



Sebab restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 10.00malam. Paling penting adalah restoran ini mempunyai sijil Halal yang masih sah daripada JAKIM. So korang boleh makan tanpa was-was. Nanti kalau dah makan sini korang share ngan Maha mana menu yang korang paling suka. Mana tahu boleh belanja Maha pulak nanti ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua ok.

Sebarang promosi dan juga update terbaru layari :-








Mengurangkan Pelepasan Karbon Melalui Aktiviti ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa usaha kita dalam memastikan memelihara alam sekitar selain daripada kitar semula. Sebenarnya kita boleh mengurangkan penggunaan kenderaan kerana ia dapat mengurangkan pelepasan karbon (CO2) dalam udara. Cara nak mengurangkan asap ni kita kena banyak menggunakan pengangkutan awam.
Ucapan daripada Dato' Hj. Mohd Zain Hj. Hassan CEO Alam Flora Sdn Bhd

Itulah matlamat utama dalam aktiviti ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019 yang Maha sertai pada hari Sabtu yang lepas. Program anjuran Alam Flora dan juga kerjasama dengan Prasarana Malaysia dalam menggalakkan kita menggunakan pengangkutan awam seperti LRT. Ini kerana LRT adalah pengangkutan awam yang dekat di hati rakyat Malaysia. Selain itu, LRT adalah pengangkutan yang kurang pelepasan karbon ke atmosfera dan menyokong matlamat kerajaan  dalam mencapai 45% pengurangan Pelepasan Karbon setiap KDNK menjelang tahun 2030. 




Sebenarnya program ini telah dianjurkan sejak beberapa tahun lepas tetapi sebelum ini mereka banyak menggunakan kenderaan sendiri. Jadi pertandingan Ecorace kali ini, mereka menambah baik program dengan melaksanakan konsep lebih mesra alam iaitu dengan menggunakan pengangkutan awam agar penghasilan karbon dapat dikurangkan semaksima mungkin.


Jadi sebeb itu kalau korang perasan Sabtu lepas Maha ada update dalam sosial media tentang aktiviti terebut.  Hari tu Maha dan satu team 4 orang iaitu blogger hebat Rafzan Tomomi, Penaberkala dan juga Dik Bee dalam satu kumpulan yang diberi nama Cupcake menyertai program ini. Aktiviti race tersebut bermula daripada station LRT Ara Damansara sehingga ke station LRT Pasar Seni.




Cabaran race kali ini berlainan sangat dengan sebelum ini bukan setakat menggunakan pengangkutan awam sahaja, kali ini mereka menerapkan konsep paperless dimana tiada penggunakan kertas untuk menjawab soalah dan mendapatkan klu tetapi semua menggunakan telefon pintar peserta untuk scan QR Code yang disediakan untuk mendapat klu dan menjawab soalan.  



Pagi tu semua perserta yang terdiri daripada 30 kumpulan dengan penyertaan lebih kurang 200 orang kebanyakan kakitangan Alam Flora dan juga Prasarana termasuk kami team blogger dilepaskan di station pertama Ara Damansara. Kemudian kami kena selesaikan task pertama disitu dan mendapatkan klu untuk pergi ke check point kedua pula. 




Siapa tahu cabaran kali ini sangat mencabar walaupun hanya naik LRT tapi nak menyelesaikan 10 tugasan yang diberikan menguji sangat kesabaran dan kepintaran dalam menyelesaikan semua soalan dan tugaran. Lepas tu pula nak manage bagaimana nak tepat dan cepat dalam tempoh pegerakan dari satu check point dengan check point seterusnya. Semua itu kena ada strategi juga baru semua berjalan lancar.



Bagi team Maha hari tu memang sangat mencabar sebab kami tak tahu banyak perkara berkaitan dengan kitar semula dan juga menjaga alam sekitar. Setakat basic pengetahuan tu adalah. Soalan yang disediakan oleh penganjur sangat diluar kotak pemikiran kami. Jadi terpaksalah kami mencari info melalui kemudahan lain yang ada seperti pakcik Google wakakaka. 



Ditambah pula dengan kepenatan nak ulang-alik pergi 10 station untuk selesaikan 10 check point. Memang rasa kebas kaki juga nak turun naik LRT tu. Tapi nasib semangat kami kuat hari tu kena selesaikan juga semua task tak kisahlah dapat no berapa janji kami tidak sangkut separut jalan. Alhamdulillah memang kami semua dapat selesaikan tugasan tu sehingga akhirnya walaupun agak sedikit lewat nak bandingkan dengan peserta lain.



Seronok jugalah kerana ia satu pengalaman baru buat kami. Semua kepenatan tu berakhir dengan kegembiraan kerana sapa sangka kami boleh dapat tempat ke empat daripada 30 kumpulan. Tahniah kepada semua pemenang tempat pertama hingga ketiga. Korang semua memang hebatlah. Harap lepas ni dapat lagi sertai aktiviti macam ni memang best. Korang kalau ada program macam ni nak join tak nanti.



Bagi Maha program macam harus diteruskan dan mungkin boleh perluaskan untuk penyertaan orang awam dan penggunaan lebih banyak pengangkutan awam yang lain. Dalam usaha untuk menjaga alam sekitar ia juga dapat mengeratkan hubungan antara peserta. Banyak ilmu dan pengetahuan yang Maha dapat belajar dalam program race seperti ini. Bagaimana nak buat pengiraan pembebasan asap hitam kenderaan.







Kemudian ada juga pameran beberapa peralatan teknologi baru yang lebih mesra alam sekitar digunakan oleh Alam Flora seperti ITALA, EGO Blower, Electro Vacuum dan Scooter Electric untuk operasi mereka. Ini adalah usaha mereka ke arah operasi mesra alam sekitar kerana ia tidak menggunakan petrol dan lebih senyap. 

Diharapkan di masa akan datang lebih banyak lagi badan koporat yang lain juga turut sama menjadi agent kepada mendidik masyarakat untuk menjaga alam sekitar. Juga sama memperkenalkan dan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam yang sebenarnya :-
- Lebih menjimatkan kos
- Lebih menjaga alam sekitar
- Lebih selamat

Tahniah sekali lagi buat penganjur Alam Flora Sdn Bhd serta anak syarikatnya DHES dan juga pihak Prasarana Malaysia kerana menganjurkan aktiviti baik seperti ini. Mungkin tahun depan akan lebih meluas dan terbuka kepada semua orang awam. Kesimpulan ia satu aktiviti yang enjoy dan sangat berguna untuk memberi kesedaran tentang alam sekitar. Jumpa lagi tahun-tahun akan datang ok.

Nak tengok gambar dan gelagat peserta sepanjang aktiviti boleh ker laman https://www.facebook.com/alamflora.







Me'nate Steak Hub Membawakan Bufet Ramadan Terbaik Kambing Golek

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa tak kenal dengan Restoran Me'nate Steak Hub yang begitu popular dengan steak terbaik mereka. Kali ini Ramadan yang bakal tiba Me'nate juga menawarkan lebih daripada 40 juadah bufet buka puasa. 

Pastinya korang datang sini untuk buka puasa sebab nak cuba mereka punya hidangan utama iaitu Kambing Golek. Keistimewaan kambing yang disediakan di sini setiap hari bulan Ramadan di masak perlahan dengan perapan rempah ratus yang terbaik. 




Selain itu juga ada banyak lagi hidangan yang menarik di sini. Maha dah cuba makanan mereka semasa majlis review bufet Ramadan. Masa itu mereka hidangankan hampir semua menu yang pelbagai jenis bukan sahaja berasaskan daging malah juga masakan barat yang popular seperti pasta, meeball dan spaghetti. 






Bagi juadaha makanan tempatan mereka ada sediakan Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow Digoreng Panas dan banyak lagi. Di tambah lagi dengan kepelbagaian pencuci mulut yang power-power belaka daripada makanan tradisi Melayu juga ada pelbagai dessert barat. 






Tahun ini juga Me'nate membawakan kelainan bukan sahaja daripada segi variasi makanannya tapi juga memperkenalkan Ikon Me'nate yang baru. Siapa tak kenal dengan Elly Mazlein a.k.a Kak Lina Pom Pom dan juga Syuk Sahar. Masa hari review hari tu riuh rendah suasana majlis dengan kehadiran dua selebriti yang bukan sahaja menghiburkan tapi juga menonjolkan bakat dalam memasak beberapa menu pilihan mereka.

Bagi korang yang tidak dapat menyertai bufet Ramadan untuk berbuka puasa nanti tetapi ingin menikmati steak dan makanan barat di Me'nate, tidak perlu khuatir kerana selepas jam 8.30 malam restoran ini akan meneruskan operasi masakan ala carte seperti biasa.


Harga pula sangat giler tak masuk akal bukan mahal tapi sangat murah untuk makan semua hidangan bufet Ramadan ini. 

RM79.90 untuk dewasa 
RM39.90 untuk kanak-kanak
*Kanak-kanak 5 tahun dan ke bawah percuma

Kelainan dan keistimewaan sambutan Ramadan kali ini pelanggan yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER. Dalam pakej tersebut ada dua pilihan set iaitu Set A Premium Family Package dan Set B Super Premium Family Package. Bagi set ini boleh dinikmati 5-6 orang dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.


Terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan korang yang ambil set ini diberikan akses percuma ke hidangan bufet pemanis mulut. Kalau korang datang satu keluaga set ini sangat sesuai dan mudah.





Restoran ini juga menjemput mana-mana syarikat atau badan-badan korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.




Sekarang ini Restoran Me’nate Steak Hub sudah mempunyai lima cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam serta yang terbaru di Johor Bahru. Kesemua cawangan ini menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. So tunggu apa lagi masa untuk korang buka puasa dengan makanan yang enak dan harga yang murah bagi Maha. 

Sebarang tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 019-391 1047
        019-477 1047
        019-261 1047
        016-879 5947






Sempena Menyambut Ramadan MAIWP Mengagih Zakat Melalui Program Jelajah Rahmah Asnaf

$
0
0
Salam sejahtera kepada pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadan Al Mubarak. Bulan dimana kita dituntun membuat amal lebih dari bulan biasa kerana ganjaran yang dijanjikan belipat kali ganda. Selain daripada amalan wajib juga amalan bersedekah adalah satu yang sangat dituntut dalam Islam.

Maha bukan nak berceramah kat sini sebab Maha tahu rakyat Malaysia semua sangat pemurah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Baru-baru ini Maha juga berkesempatan menyertai program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)




Matlamat utama program ini adalah untuk memberi bantuan kepada golongan asnaf terpilih di bandar bagi menyambut Ramadan yang bakal tiba. Meringankan beban mereka dan juga dalam masa sama menginsafi diri kita bahawa masih ramai lagi yang susah dan memerlukan bantuan kita. Tahniah Maha nak ucapkan kepada MAIWP yang telah banyak membuat program agihan zakat untuk membantu asnaf sebegini.


Percayalah kepada korang-korang diluar sana yang telah membuat bayaran zakat di Wilayah Persekutuan menerusi PPZ MAIWP semua itu telah diagihkan kepada mereka yang layak. Seperti mana yang Maha dapat lihat melalui program seperti ini. Jadi jangan mudah percaya dengan dakwaan atau persepsi negetif yang disebarkan bahawa pegawai agihan zakat MAIWP tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

Maha tahu ramai yang masih ragu-ragu akan cara pengagihan bantuan zakat ini dilakukan, tapi korang kena lihat sendiri dah sertai program-program macam ni baru tahu bahawa semua itu adalah yang terbaik dilakukan dalam melaksanakan tuntutan agama. Cuma kita ni adakah sudah menunaikan zakat. Ingat tu adalah tanggungjawab kita dan jangan pertikaikan tanggungjawab orang lain.



Ok kembali pada program ini Maha telah menyertai acara berbasikal yang turut sama mencemar duli Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan juga 100 orang perserta berbasikal. Turut hadir sama adalah Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa. Kami bergerak dari Taman Tasik Datuk Keramat menuju ke rumah-rumah asnaf untuk melihat sendiri keadaan mereka dan juga memberi sumbangan oleh DYTM Tuanku sendiri.


Lima buah keluarga asnaf yang telah kami ziarah itu mempunyai kisah kesusahan yang tersendiri. Ada yang duduk dalam rumah serba daif dan juga dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Pulak tu rumah tu sewa nak kena bayar pastu dengan bayaran persekolahan anak-anak. Terdetik rasa sedih dalam diri ini bahawa kita masih lagi boleh senang-senang sedangkan ada lagi yang masih hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Silap-silap tak makan langsung pun ada.


Walaupun kayuhan kami tak jauh lebih kurang 1.5km sahaja tapi sebenar intipati kepada program ini untuk melihat sendiri kesusahan orang lain dan juga mendekatkan diri dengan aktiviti amal macam ni. Maha seronok walupun penat berkayuh almaklumlah bukan selalu dapat mengayuh basikal.





Kami semua menamatkan kayuhan basikal di pekarangan Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat. Di situ pula diadakan acara penyampaian bantuan tunai dan bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada 100 orang asnaf yang hadir pada majlis tersebut. Kat sini baru Maha tahu yang ramai lagi orang masih berada pada paras kemiskinan dan perlu bantuan kita.




Jadi zakat yang kita keluarkan tak seberapa tu sebenarnya sangat-sangat membantu golongan-golongan seperti ini. Maha rasa seronok sebab dapat menyertai program amal macam ni walaupun tidak seberapa sumbangan Maha tapi kepuasan dapat melihat sendiri bagaimana bayaran zakat diagihkan semaksima mungkin kepada golongan asnaf. Juga melihat keceriaan diwajah mereka bila dapat bantuan meringankan beban mereka sendiri. Next time kalau ada lagi In Sha Allah Maha akan sertai korang juga boleh turut sama tau.







The Venue Shah Alam Membawakan Colours Of Ramadhan Harga RM55

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha bawakan kepada korang satu lagi lokasi untuk berbuka puasa khas kepada warga Shah Alam dan yang berhampiran denganya. Tempat yang Maha maksudkan adalah The Venue yang terletak di Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15 Shah Alam. Tahun-tahun sebelum ni Maha pernah pergi buka puasa kat sini.

Ini adalah tahun ketiga tak silap Maha mereka membuka dewan untuk majlis perkahwinan ini kepada bufet Ramadan. Tema kali ini lebih menarik iaitu "Colours Of Ramadhan" yang membawa pengertian warna-warni makanan dan juga hiasan yang ada dalam dewan tu. Sebab apa yang Maha nampak semasa pergi makan preview hari tu memang banyak sangat makanan serta dewan diterangi dengan lampu chandelier.




Suasana sangat luas dan selesa untuk korang berbuka puasa bersama dengan ahli keluarga atau nak bawa rakan-rakan. Kalau dah dewan perkahwinan mesti dalam ni boleh muat lebih kurang tak silap Maha 1000 orang untuk satu-satu masa. Kemudahan kat sini juga lengkap seperti parking percuma dan banyak kemudian ruang untuk solat serta keseluruhan diselubungi aircornd jadi tak risau akan sesak dan ketidak selesaan pelanggan. 




Dari segi makanan pula tahun ini mereka membawa kelainan dengan mengetengahkan Kambing Golek dengan variasi nasi seperti Nasi Briyani Bukhara, Nasi Arab, Nasi Tomato dan Nasi Minyak. Semua ini Maha suka makan sebab kambing yang lembut dan rasa perapannya serta orang yang tak suka kambing boleh makan lah tak ada bau kambing tu.






Selain itu juga lauk pauk masakan Melayu yang cukup popular ada dalam bufet ini seperti Ayam Cili Padi, Rendang Ayam, Ayam Percik, Ayam Masala, Kurma Ayam, Kari Ayam, Ayam Berlado, Ayam Kerutuk, Daging Gulai Kawoh, Daging Briyani, Daging Masak Lemak Cili Padi, Daging Masak Lada Hitam, Daging Kam Heong, Daging Baghdad dan Daging Dendeng.





Kalau yang suka makan makanan laut boleh try mereka ada sediakan pelbagai jenis makanan laut celup-celup seperti ada Kepah, Udang, Lala, Siput Buluh serta ada pelbagai jenis cucuk-cucuk steamboat. Lain daripada tempat buka puasa yang Maha pernah cuba sebelum ini ada sekali dengan sos mereka.




Bahagian lain yang turut ada dalam bufet ini macam biasa pencuci mulut tradisional seperti Roti Jala, Kuih Koci, Kuih Keria, Popiah Pedas dan juga ada buah-buahan yang segar seperti Pisang, Limau, Nangka dan paling penting kena ada Buah Kurma. Macam biasa kalau makan bufet ni memang kita semua nak ambil tapi peringatan ambil berpada-pada dan ingat pada orang lain juga bayar sama macam kita. Jangan membazir kerana bulan mulia tak elok kita membazir.





Harga pula sangat tak masuk akal bagi Maha memang murah giler.

RM55.00 untuk dewasa
RM30.00 untuk kanak-kanak (7-12 Tahun)
*Bawah 7 tahun percuma

Bufet Ramadan kat The Venue Shah Alam ini akan bermula pada 6 Mei hingga 1 Jun 2019 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Jadi sepanjang bulan puasa ni korang juga akan dihiburkan dengan persembahan dari live band. Korang dan boleh terus booking sekarang takut nanti penuh dengan harga murah dan makanan banyak ni tak mustahil mesti ramai orang akan nak cuba punya. 

Tempahan dan sebarang pertanyaan hubungi :-
Tel : 019-8585 825








K-Food Fair Kembali Dengan Lebih Banyak Barangan Makanan Di ISetan KLCC

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrr masih sempat lagi sebelum seluruh umat Islam menyambut Ramadan Al Mubarak untuk korang beli barang makanan yang diimport terus dari Korea. Maha tahu ramai kat sini memang suka bila sebut jer pasal tak kisah artis K-Pop mahupun makanan Korea mesti korang tahu. Kali ini K-Food Fair 2019 kembali lagi.

Tempat sama juga macam sebelum ini di Foodmarket ISetan KLCC dan juga di ISetan Lot 10 Kuala Lumpur. Maha pergi hari tu masa cuti Hari Pekerja sebab pameran jualan ini dah start dari 1 Mei hingga 15 Mei 2019. Memang kali ini lebih meriah dan juga barang lebih murah kalau nak compair beli kat kedai luar sana. 




Tahun ini mereka ada beberapa segment pameran barang makanan seperti bahagian Side Dish yang mengandungi makanan ready-to-eat yang korang boleh beli mengikut timbangan. Menarik masa Maha tengok hari tu ada Seasoned Crab dimana baby crab yang digoreng rangup dan juga disadur dengan sos. 





Bahagian yang korang kalau tengok mesti nak beli punya iaitu bahagian Ramen. Kat sini ada pelbagai jenis Ramen yang dihasilkan dengan macam-macam jenis perisa. Korang berkesempatan juga untuk cuba makan Kimchi Ramen yang mereka masak secara live kat pameran tu. Mee lain yang korang akan suka juga seperti Nongshim, Jongga, Ottodi, Paldo dan banyak lagi.
 



Kimchi segar pun ada kat sini tahu korang memang suka makan Kimchi ni. Kat sini mereka ada jual Kimchi yang Halal dan juga segar. Ada yang pedas dan juga kurang pedas tau kena tanya dengan penjual kat situ. Maha sempat juga beli satu botol Kimchi sebeb teringin sangat hehehe. 


Minuman juga ada banyak kat sini kalau orang selalu pergi ke Korea mereka tahu yang kat sana popular dengan Susu Pisang atau Binggrae ni. Maha beli berkotak-kotak air minuman ni sebab sedap ok sihat. Lepas tu kalau korang nak detox mereka ada juga jual Daesang Hong Cho iaitu minuman cuka buah-buahan yang bagus untuk tubuh. Orang Korea amalkan minuman ini setiap pagi sebab tu mereka tak ramai yang gemuk wakakakaka.





Bahagian yang Maha suka pergi juga kat pameran jualan ini iaitu bahagian Snack. Kat sini Maha telah beli Papero memang ini adalah snack kesukaan rakyat Malaysia dan popular di Korea. Korang tahu yang satu kotak besar Pepero ini hanya RM23.99 sahaja kalau kat kedai biasa RM41.20 jimat tu murah gilerr. Kemudian ada juga snack Crispy Seaweed yang ni ada banyak perisa tau Wasabi, Habanero dan juga Sea Salt. 




Selain daripada pameran jualan produk makanan sepajang K-Food Fair ini ada juga beberapa aktiviti menarik seperti :-
- Demonstrasi Masakan
- Food Testing
- Cabutan bertuah

Kalau korang beli produk kat pameran ini dengan nilai lebih RM100 dalam satu resit korang layak untuk dapat satu cabutan bertuah tau. Korang masih sempat kalau nak rasa produk yang mereka masak secara live sebelum bulan puasa ini. Korang kena pergi Sabtu dan Ahad ni dan boleh cuba makanan yang mereka masak kat situ memang sedap. Tapi bulan puasa nanti masih boleh lagi sebab pameran ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam so lepas Terawih boleh pergi pameran ni ok hehehe.





Maha dah pergi dan dah beli pun beberapa barang makanan Korea. Kalau nak pergi negara mereka sana memang tak tahu bila jadi dah ada kat KL ni boleh lah shopping puas-puas. Harga kat sini dijamin murah daripada mana-mana kedai yang korang pernah nampak sebelum ini. Masih ada masa jom kita serbu kat sana nanti dah habis tak adalah harga murah lagi hehehe. Selamat beli belah semua.

Info barang dan harga layari :






Berbuka Puasa Dengan 'Santapan Bersama' Di Restoran Grandmama's Ramadan Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau Maha update tempat buka puasa mesti bufet style kan. Apa kata kali ini kita relax-relax je dan semua makanan tu datang pada kita. Tak perlu nak berbaris panjang menunggu untuk mengambil makanan. Kali hanya tunjuk dan pilih sahaja set yang ada dan duduk sambil main handphone menunggu makanan sampai.

Bila tiba Azan bergema terus boleh buka dan makan seronokkan. Kalau korang nak rasa pengalaman berbuka puasa macam ni apa kata datang terus ker Restoran Grandmama's. Tahun ini restoran yang telah lebih 8 tahun dalam bidang F&B ni menyajikan juadah berbuka puasa dengan konsep 'Santapan Bersama'.


Maknanya korang boleh pilih set makanan yang cukup untuk satu keluarga atau juga sesuai untuk satu kumpulan yang besar 2 hingga 10 orang makan. Kat restoran ini mereka memperkenalkan empat set pilihan dari harga serendah RM78.00++ sehinggalah ke harga RM438.00++. Harga ni bukan korang bayar seorang kata makan bersama jadi tong-tong lah bayaran. Melainkan kalau korang ada niat nak bersedekah di bulan mulia ini belanja kawan-kawan sekali-sekala apa salahnyakan.
SET B - RM168.00++

Hari tu Maha dah cuba dua daripada empat set mereka ini. Maha cuba hari tu adalah Set B yang boleh makan untuk 4-5 orang dengan harga RM168.00++. Apa yang korang boleh dapat dalam set ini sangat banyak dan dijamin kenyang. 

SET B
- Kerabu Mangga & Betik Muda
- Fish Head Curry Hot Pot
- Lamb Shank Gulai Kawah
- Crispy Butter Prawns
- Ayam Masak Merah Ala Kampung
- Stir-Fried Mixed Vegetables
SET C - RM288.00++

Manakala satu lagi adalah Set C yang boleh dinikmati untuk 6-8 orang dengan harga RM288.00++. Apa jenis makanan yang korang akan dapat dalam set ini.

SET C
- Kerabu Mangga & Betik Muda
- Seafood Curry Hot Pot
- Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal
- Sambal Petai Prawns
- Ayam Masak Merah Ala Kampung
- Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce
- Braised Egg Beancurd with Minced Meat
- Paku with Sambal Belacan

Semu set ini akan datang dengan nasi untuk berapa orang yang makan juga ada sekali dengan buah Kurma dan juga kuih muih tradisional untuk membuka selera. Korang rasa banyak tak lauk pauk ni semua cukup tak untuk berbuka. Bagi Maha sangat cukup dan mengenyangkan sangat.
Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal (RM23.00++)

Lamb Shank Gulai Kawah (RM39.00++)

Seabass Masak Tempoyak (RM78.00++)

Tapi kalau masih tak cukup korang boleh tambah lauk lagi kerana mereka ada sediakan Ala-Carte menu. Senarai menu ala-carte yang ditawarkan kali ini pun lain daripada lain. 

- Kerabu Mangga & Betik Muda (RM12.00++)
- Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal (RM23.00++)
- Ayam Masak Merah Ala Kampung (RM29.00++)
- Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce (RM29.00++)
- Lamb Shank Gulai Kawah (RM39.00++)
- Crispy Butter Prawns (RM45.00++)
- Seabass Masak Tempoyak (RM78.00++)

Kalau korang tanya daripada banyak-banyak masakan yang mereka tawarkan kali ini paling Maha suka adalah Ikan Cencaru Sumbat Sambal. Ikan yang segar dan besar serta boleh makan habis sampai ketulang kalau Mahalah. Kemudian yang Lamb Shank sangat lembut dan juga terasa kuah gulai kawahnya. Seabass tu Ikan Siakap Masak Tempoyak memang tak pedas dan juga rasa kuah tempoyak just nice.
Kerabu Mangga & Betik Muda (RM12.00++)

Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce (RM29.00++)

Ayam Masak Merah Ala Kampung (RM29.00++)
Crispy Butter Prawns (RM45.00++)

Boleh kata semua menu mereka kali ini kena dengan selera Malaysia kita dan juga semua orang boleh nikmati. Konsep menarik dan juga harga yang bagi Maha sangat petatutan memang korang makan akan bertambah kerana dapat makan bersa keluarga atau kawan-kawan lebih meriah.

Set untuk buka puasa di Restoran Grandmama's ini akan bermula pada 6 Mei hingga 4 Jun 2019. Cuma yang  set macam Maha makan ni ada di restoran Pavilion KL dan juga Intermark Mall sahaja. Kalau restoran di Genting Higlands dan juga KLIA mereka sediakan individu set seperti dalam gambar bawah ni. 

Jadi macam mana pilihan ditangan korang nak berbuka dengan style bufet atau style set macam ni lebih relax dan selesa. Sebelum terlambat Maha nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog Maha dan juga yang mengenali diri ini. Moga puasa tahun ini lebih bermakna dan juga menginsafi diri kita untuk jadi lebih baik. Selamat menjamu selera dan selamat berpuasa semua.

Tempahan dan juga pertanyaan boleh hubungi : 
Laman web : http://www.grandmamas.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/grandmamas.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/grandmamasmsia







FLAVORISTA Cara Mudah Menyediakan Masakan Tanpa Menjejaskan Ketulenan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengan tentang produk FLAVORISTA? Maha sendiri baru tahu tentang satu produk Easy-to-Cook ini. Selalunya yang banyak ada kat pasaran dalam bentuk pes atau cecair tapi kali ini mereka hasilkan dalam bentuk serbuk pracampur. Lagi sangat mudah nak digunakan tidak ada masalah nak simpan atau nak bawa kemana-mana.

Maha hari tu pergi ke majlis pelancaran produk ini yang telah mula dijual kepada pengguna untuk masak didapur sendiri. Sebelum ini produk ni cukup popular dikalangan peniaga dan juga pemilik restoran. Cara paling cepat nak menghasilkan masakan tradisi Malaysia tapi dalam masa sama masih mengekekalkan kualiti dan juga ketulenan rasanya. Mereka sangat tekankan tentang rasa agar ia sepertimana masak menggunakan bahan asli.


Itu lah yang dikatakan oleh Pengarah Urusan Flavorista (M) Sdn. Bhd. En Norhisham Baharin bahawa zaman sekarang teknologi makanan telah membuktikan tiada yang mustahil menghasilkan produk menggunakan bahan semulajadi dalam bentuk serbuk tapi tiada bahan kimia dan selamat. Turut hadir sama semasa majlis pelancaran produk FLAVORISTA ini adalah YM Tengku Daud Shah Bin Tengku Adnan, Director of TADMANSORI Holdings Sdn Bhd & isteri serta YM Tengku Datin Balqish Rahayu Binti Tengku Adnan. 
En Norhisham Baharin Pengarah Urusan Flavorista (M) Sdn. Bhd.

Maha pun terpegun dengan kata-kata beliau seorang anak muda yang cukup berinspirasi tinggi dalam dunia F&B ini. Rasa macam nak keluarkan produk makanan sendiri lak bila dengar beliau becakap wakakaka Maha ni pandai makan jer hehehe... 

Mereka telah menghasilkan lebih 100 serbuk pelbagai masakan tapi buat masa awal ini mereka memperkenalkan 6 jenis sahaja untuk kegunaan peminat masakan Malaysia. Enam jenis serbuk tersebut adalah Masak Kicap, Masak Merah, Asam Pedas, Sambal Tumis, Perapan BBQ dan juga Masak Kung Pao



Korang boleh dapatkan semua produk ini di pasaraya besar seperti Giant, Econsave dan 99 Speedmart. Produk ini mendapat pensijilan GMP, HALAL dari JAKIM dan juga HACCP. So memang kita yakin bahawa ia adalah produk yang terjamin. Mudah lepas ni walau pun travel jauh ke luar negara nak nikmati masakan tradisi hanya gunakan produk ini sahaja. 



Harga pula sangat berpatutan student mampu untuk beli hanya RM4.00 hingga ke RM5.00 untuk satu pek sahaja. Jadi lepas ni tiada alasan untuk tidak pandai memasak. Korang juga mampu untuk jadi chef tau. Produk ni juga telah mencatat Malaysian Book of Records iaitu 30 resipi dimasak dalam masa 30 minit oleh seorang tukang masak sahaja. So apa macam berani tak nak cuba. Boleh dapatkan produk ni sekarang kerana bulan puasa sangat berguna terutama waktu sahur ok.

Pertanyaan dan juga pembelian secara dalam talian boleh lakukan di sini:







JAKEL Barulah Raya Boleh Dibeli Online Untuk Pakaian Jenama Selebriti Popular

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua moga puasa tahun ni lebih bermakna. Walaupun masih terlalu awal kita di bulan penuh Al Mubarak ni tak salah kalau nak usha-usha persiapan raya korang. Macam mana dah ada baju raya tak untuk tahun ni. Kalau orang perempuan dari awal tahun lepas lagi dah siap tempah untuk jahit baju raya tahun ni kan.

Hehehe jangan marah Maha tahu masih ramai lagi yang belum buat apa-apa pesiapan untuk menyambut perayaan kali ini. Lumrah setiap orang nak kelihatan menawan dan segak menggayakan pakaian terutama waktu Hari Raya. Jangan bimbang buat macam Maha jer senang pergi beli kat one stop centre untuk semua jenis pakaian yang terkini dan juga mampu milik.

Mana lagi setiap tahun Maha akan beli belah di JAKEL lah gedung pakaian yang terunggul di Malaysia. Tahun ini dengar cerita Jakel lebih rancak dan lebih trendy dengan fesyen pakaian yang telah dinaik taraf dari segi kualiti dan juga mengekalkan harga yang sangat berbaloi. Kali ini juga elemen utama seperti pemilihan fabrik, warna dan perincian pada rekaan mereka sangat di titik beratkan sehingga kita rasa seperti satu karya yang artistik.

JAKEL Barulah Raya


Baru-baru ini bertempat di Jakel Mall Kuala Lumpur Maha sempat hadir majlis sembang santai dan juga memperkenalkan Duta Raya bagi tahun ini. Hampir setiap tahu Jakel akan bawakan persenaliti yang mempunyai kreator dan juga gaya tersendiri dalam memberi impak kepada semua pakaian keluaran mereka.




Tahun ini masih mengekalkan beberapa barisan selebriti yang telah cukup sinonim dengan jenama ini seperti Dato' Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Ayda Jebat, serta keluarga bahagia yang sangat popular sekarang ini iaitu Awal Ashaari dan isteri Scha Al Yahya bersama anak mereka Lara Alana, juga pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dan anak mereka Yusof Iskandar. Walaupun sarat mengandung Hanis tetap tampil menawan pada acara tersebut.
Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel Pengarah Urusan Kumpulan Jakel





Kali ini Jakel tampilkan duta baru mereka untuk mewakili semua pelanggan mereka yang bersize plus+ seperti Maha ni siapa lagi kalau tak lain tak bukan Abam Bochey. Katanya baju Melayu yang digayakan oleh Abam ada bermula dari saiz 4XL hingga kepada 7XL gilerrr. Juga ikon animasi Malaysia Upin & Ipin yang menjadi identiti kepada kanak-kanak di Malaysia.



Mereka sempat beramah mesra dengan media dan juga semua pelanggan setia Jakel pada hari tersebut. Mereka juga siap buat jualan lelong 'Happy Hour'murah-murah untuk koleksi pakaian yang digayakan. Dengar kata ada yang rembat sampai tiga pasang sekali sebab suka bukan hanya dengan duta Jakel tapi juga harga yang ditawarkan jauh lebih murah.



Dalam masa sama juga Jakel melaksanakan tanggungjawab CSR mereka apabila turut sama meraikan golongan yang kurang bernasib baik. Turut sama diraikan pada hari tersebut adalah golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Mereka semua turut menerima baju raya dan juga duit raya daripada pihak pengnjur.

Membeli Secara Atas Talian Di JakelStore.my


Selalu orang akan cakap bila pergi beli kat Jakel agak sesak kerana ramai orang dan juga kadang-kadang tak dapat pakaian yang dikehendaki sebab dah ramai yang beli. Tapi sekarang korang tidak perlu risau lagi kerana Jakel telah melancarkan jualan semua koleksi raya tahun ini secara atas talian. 



So kalau korang yang berada jauh dengan cawangan Jakel tak perlu risau lagi untuk mendapatkan semua koleksi terbaru mereka hanya di hujung jari sahaja sekarang ni. Boleh layari www.JakelStore.my dan semua akan terus dihantar terus ke rumah anda. Yang bestnya dalam talian ini juga mereka menawarkan promoi sama seperti mana beli di kedai Jakel. 


Maha bila ada pembelian atas talian ni lagi lah seronok kerana tak perlu nak bersesak-sesak dan juga berpanas-panas bulan puasa untuk mendapatkan baju raya. Laman sesawang online ini akan mula beroperasi 10 Mei ini dan kena beli awal sebab nanti tak sempat lak baju nak sampai ker rumah sebelum Hari Raya.





Tahun ni memang meriah lah Maha tengok Jakel dalam memberikan perkhidmatan produk yang terbaik untuk mengembirakan setiap orang di pagi Raya. Dari segi pakaian tahun ini mereka menampilkan kebanyakan pakaian baju Melayu dan Kurta mempunyai zip di lengan untuk mudah mengambil wudhuk. Juga pada baju kurung modern wanita ada juga zip senang nak ke dapur basuh pinggan tak basah dan kotor.




Rasa korang tahun ini apa tema warna yang menjadi trend untuk Syawal nanti. Maha masih tercari-cari lagi ni tak nak ketinggalan dengan trend dan juga gaya terkini. Tahun ini ada satu Kurta dan juga satu Baju Melayu yang Maha dah dapatkan dari Jakel. Kalau korang nak tahu nanti lah tunggu hari raya Maha akan update ok. hehehe. Selamat membeli belah dan selamat berpuasa semua.

Info lanjut promosi dan juga jualan mega JAKEL layari :
Laman web : https://www.jakel.my/







Iftar Dalam Taman Di Goat2Go Farm MAEPS Serdang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Rupanya kat MAEPS Serdang ni ada satu Urban Farm yang juga mempunyai sebuah Goat2Go Teknocafe. Kafe kat sini keutamaan mereka adalah makanan yang berasaskan daging kambing. Ini kerana farm mereka memelihara kambing dan juga biri-biri. Maha tahu kalau bulan Ramadan ni semua orang akan menyerbu kambing golek untuk buka puasa.

Jadi kat sini adalah tempat yang paling sesuai untuk korang kerana kali ini mereka menyajikan pelbagai jenis masakan berasaskan kambing. Ada lebih daripada 100 jenis menu makanan yang di sediakan. Paling penting berkalan kambing mereka tidak pernah putus dan sentiasa ada untuk korang makan sampai puas. Mereka sediakan Live Grill kat luar kafe ini agar tidak mengganggu tetamu lain menikmati makanan.



Dalam bahagian live grill ini ada makanan seperti Kambing Golek, Lamb Grill, Chicken Breast Grill/Drummet, Chicken Wing, Mix Salad, Blackpaper Sauce, Mint Sauce, Mash Potato, Garlic Bread, Mushroom Soup dan Sausage Grill. Semua ni korang boleh tambah sepuasnya kalau dah bayar untuk buka puasa. 


Juga main course ada juga kat sini yang mempunyai pelbagai nasi dan lauk-pauk buat korang rambang mata. Kat sini ada Nasi Minyak/ Nasi Hujan Panas, Nasi Putih, Kari Kambing, Sayur Campur, Sayur Bak Choy Tauhu Telur Tiram, Masak Lemak Ayam, Ikan Keli Berlada, Dary Sweetsour, Daging Salai Masak Lemak, Ikan Masin 3 Jenis dan Sambal Goreng




Tu baru separuh ada lagi tambahan makanan kesukaan ramai iaitu Nasi Mandy Kambing, Acar Mandy dan Sambal Mandy memang ramai yang suka. Lepas tu ada pulak ulam-ulaman yang korang boleh makan bersama dengan Sambal Belacan, Sambal Kicap, Budu, Cencalok dan Sambal Gesek.





Biasa kalau dalam menu iftar untuk buka puasa tak ada pencuci mulut tak sah. Kat sini ada macam-macam daripada pelbagai jenis bubur seperti Bubur Jagung, Bubur, Chacha, Bubur Pisang dan Bubur Kacang Hijau. Juga ada banyak kuih-muih tradisional yang wajib seperti Kuih Kasturi, Kuih Samosa, Kuih Karipap, Kuih Getuk, Roti Jala, Kuih Talam dan juga dessert modern.




Harga yang korang perlu bayar untuk semua makanan dan banyak lagi tak sempat nak tulis kat sini sangat murah dan berbaloi.

- RM59.90 untuk Dewasa
- RM39.90 untuk kanak-kanak (6-12 Tahun)
*Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma

Maha suka datang makan buka puasa kat sini sebab sini ada kawasan parking yang luas dan percuma tak perlu bayar. Juga ada surau khas yang adakan solat terawih. Satu lagi yang tak ada kat tempat lain adalah korang yang berbuka puas di sini akan dapat promosi istimewa masuk G2G Animal Garden hanya dengan bayaran RM5 sahaja. Itu yang best dan menarik kat sini kerana kalau datang bawa anak-anak boleh mereka masuk sini dan bermain dengan haiwan-haiwan yang ada. 





Jadi macam mana menarik tak tempat Iftar Dalam Taman di Goat2Go Farm ini. Iftar sini akan bermula dari 9 Mei hingga 4 Jun 2019.  Korang boleh Google jer Goat2Go kerana ia berada betul-betul dalam MAEPS Serdang tu. Kalau malam tempat ini sangat sunyi dan juga sejuk kerana dikelilingi dengan tumbuhan hijau. Masa untuk masuk taman berbuka puasa. Selamat menjamu selera semua ok.

Tempahan dan juga pertanyaan lanjut sila hubungi :
Tel : 011-6559 3877 (Afrina)
        017-273 9051 (Yun)






Senarai Lokasi Berbuka Puasa Bagi Tahun 2019 Bersamaan Ramadan 1440 Hijriah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Seperti biasa setiap tahun Maha akan kumpulkan link-link tempat untuk korang berbuka puasa. Banyak Maha nampak tempat buka puasa yang menarik dengan hidangan yang banyak serta harga yang murah.

Jadi pilihan kat tangan korang mana yang tertarik korang rasa sesuai boleh start booking sekarang. Maha senaraikan 30 lokasi yang ada. Kalau nak tahu lanjut tentang tempat tersebut korang boleh klik link yang Maha sediaka juga ok. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selera.

1) The Straits Kopitiam NSK Ulu Tiram Johor

Harga :
Set Nasi Ambang (RM9.80)
Set Rewang Briyani (RM58.80)
Info lanjut layari : https://www.sislin76.com/2019/05/jom-berbuka-puasa-di-straits-kopitiam.html

2) Putrajaya Marriott Hotel IOI Resort City

Harga :
RM130.00 nett untuk Dewasa
RM80.00 nett untuk Kanak-kanak
Tarikh : 6 Mei hingga 4 Jun 2019
Info lanjut layari : https://followmetoeatla.blogspot.com/2019/04/ramadhan-buffet-2019-putrajaya-marriott-hotel-ioi-resort-city-putrajaya.html

3) Bijan Restaurant Malay Cuisine Kuala Lumpur

Harga : RM120.00 nett Seorang
Tarikh : 9 Mei hingga 31 Mei 2019
Info lanjut layari :  http://www.illyaleya.com/2019/04/ramadhan-buffet-citarasa-tradisional-melayu-di-restoran-bijan.html

4) Relish Fraser Residence Kuala Lumpur

Harga :
RM98.00 nett Dewasa
RM58.00 nett Kanak-kanak (4-12 tahun)
Tarikh : 8 Mei hingga 2 Jun 2019
Info lanjut layari :  https://mamatisya.blogspot.com/2019/05/buffet-ramadhan-2019-jom-singgah-relish.html

5) Me'nate Steak Hub Shah Alam

Harga :
RM79.90 untuk Dewasa
RM39.90 untuk Kanak-kanak
*Kanak-kanak 5 tahun ke bawah percuma
Tarikh : 7 Mei hingga 2 Jun 2019
Info lanjut layari : https://yayaflanella.blogspot.com/2019/04/promosi-ramadhan-2019-lebih-40-menu.html

6) The Vanue Shah Alam

Harga :
RM55.00 nett Dewasa
RM30.00 nett Kanak-kanak (7-12 tahun)
*Kanak-kanak 7 tahun ke bawah percuma
Tarikh : 6 Mei hingga 1 Jun 2019
Info lanjut layari : https://www.atiehilmi.com/2019/05/buffet-ramadhan-2019-paling-murah-di.html

7) Nate Bistro Ara Damansara

Harga :
RM65.00 nett Seorang
*Kanak-kanak 7 tahun ke bawah percuma
Tarikh : 6 Mei hingga 1 Jun 2019
Info lanjut layari :  http://www.bebelancikmin.com/2019/04/nate-bistro-pilihan-wajib-berbuka-puasa.html

8) Ancasa Royale Hotel Pekan Pahang 

Harga :
RM68.00 untuk Dewasa
RM40.00 untuk Kanak-kanak 
Info lanjut layari : http://www.irismyra.com/2018/04/ancasa-royale-pekan-pahang-buffet.html

9) Shah Alam Convention Centre (SACC)

Harga :
RM88.00+ untuk Dewasa
RM44.00+ untuk Kanak-kanak
Tarikh : 11 Mei hingga 3 Jun 2019
Info lanjut layari : http://www.fadzirazak.com/2019/04/buffet-ramadan-shah-alam-2019-cita-rasa.html

10) TPC Kuala Lumpur

Harga :
RM110.00 untuk Dewasa
RM55.00 untuk Kanak-kanak (6-12 tahun)
Tarikh : 8 Mei hingga 2 Jun 2019
Info lanjut layari : http://www.eznakhalili.com/2019/03/bila-ada-yang-melambai.html

11) Chakri Palace Kuala Lumpur

Harga :
Dewasa
RM128++ (Dorsett Hotel Hartamas) 
RM108.80++ (KLCC) 
RM98.80++ (Pavilion)

Kanak-kanak (6-10 tahun) & Warga Emas
RM64++ (Dorsett Hotel Hartamas) 
RM54.40++ (KLCC) 
RM49.40++ (Pavilion)
Tarikh : 7 Mei 2019
Info lanjut layari : http://www.ranechin.com/2019/05/tantalizing-tastes-of-thailand-ramadhan.html

12) Bangi Golf Resort Restaurant

Harga :
RM59.00 nett untuk Dewasa
RM29.00 nett untuk Kanak-kanak
Info lanjut layari : http://www.fizarahman.com/2019/04/lebih-200-jenis-hidangan-menanti-tetamu-di-iftar-sesama-bangi-golf-resort-restaurant.html

13) Restoran Rebung, Kuala Lumpur

Harga :
RM84.80 nett Dewasa
RM53.00 nett Kanak-kanak (5-11 tahun)
Tarikh : 6 Mei hingga 3 Jun 2019
Info lanjut layari : https://www.anajingga.com/2019/04/nostalgia-sajian-desa-di-buffet-ramadan.html

14) Cyberview Resort & SPA Cyberjaya 

Harga :
RM138.00 untuk Dewasa
RM68.00 untuk Kanak-kanak (5-11 tahun)
*Warga emas 30% harga dewasa
Tarikh : 6 Mei hingga 2 Jun 2019
Info lanjut layari : http://www.jejakakaula.com/2019/04/buffet-ramadhan-2019-citarasa-majmuk-di.html

15) Goat2Go Farm MAEPS Serdang

Harga :
RM59.90 untuk Dewasa
RM39.00 untuk Kanak-kanak (6-12 tahun)
*Kanak-kanak 5 tahun ke bawah percuma
Info lanjut layari : https://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/05/buffet-ramadan-2019-seronok-berbuka.html

16) Lemon Garden, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

Harga : RM180.00 nett Seorang
Tarikh : 5 Mei hingga 4 Jun 2019
Info lanjut layari : https://www.sunshinekelly.com/2019/05/ramadan-buffet-lemon-garden-shangri-la-kl.html

17) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Harga : RM150.00 bersih Seorang
Tarikh : 8 Mei hingga 31 Mei 2019
Info lanjut layari : https://www.rodiahamir.com/2019/03/buka-puasa-di-kuala-lumpur-convention.html

18) UBE Banquet Hall D’Nilai 3

Harga :
RM45.00 nett Dewasa
RM15.00 nett Kanak-kanak (5-12 tahun)
Tarikh : 10 Mei hingga 1 Jun 2019
Info lanjut layari :  https://www.ciklilyputih.com/2019/05/promosi-buffet-ramadan-2019-nur.html

19) Palm Garden Hotel Putrajaya 

Harga :
RM98.00 nett Dewasa
RM58.00 nett Kanak-kanak 
Tarikh : 6 Mei hingga 4 Jun 2019
Info lanjut layari : http://www.byrawlins.com/2019/04/kampunglicious-ramadan-palm-garden-hotel.html

20) Lugar De La Boda Puchong
Harga :
RM68.00 nett Dewasa
RM38.00 nett Kanak-kanak 
Tarikh : 9 Mei hingga 31 Mei 2019
Info lanjut layari : https://www.miszrockers.com/2019/04/buffet-ramadhan-2019-jom-iftar-di-lugar.html

21) Laman Kayangan Shah Alam

Harga :
RM69.00 nett Dewasa
RM39.00 nett Kanak-kanak / Warga Emas
Tarikh : 9 Mei hingga 2 Jun 2019
Info lanjut layari : https://ayuarjuna.blogspot.com/2019/04/citarasa-dua-sempadan-di-bufet-ramadan.html

22) Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Harga :
RM120.00 untuk Dewasa
RM60.00 untuk Kanak-kanak
Tarikh : 6 Mei hingga 4 Jun 2019
Info lanjut layari : https://www.ceritahuda.com/2019/03/menikmati-sajian-tradisi-zaman-ke-zaman.html

23) Rama V Thai, Jalan U-Thant, Kuala Lumpur

Harga : RM89.90 untuk Seorang
Tarikh : 13 Mei hingga 2 Jun 2019
Info lanjut layari : https://livelifelah.com/2019/05/02/ramadhan-2019-rama-v-thai-dinner-buffet-jalan-u-thant-kl

24) Malaysian Petroleum Club (MPC) Menara Berkembar Petronas

Harga :
RM128.00 nett Dewasa
RM68.00 nett Kanak-kanak (6-12 tahun) / Warga Emas
Tarikh : 6 Mei hingga 1 Jun 2019
Info lanjut layari : http://ruby.my/2019/04/bufet-ramadan-malaysian-petroleum-club/

25) Restoran Grandmama's Kuala Lumpur

Harga :
Set A RM78.00++ (2-3 orang)
Set B RM168.00++ (4-5 orang)
Set C RM288.00++ (6-8 orang)
Set D RM438.00++ (8-10 orang)
Tarikh : 6 Mei hingga 4 Jun 2019
Info lanjut layari : http://www.mahamahu.com/2019/05/berbuka-puasa-dengan-santapan-bersama-restoran-grandmamas-ramadan.html

26) Legar Putra @ PWTC

Harga :
RM88.00 bersih Dewasa 
RM45.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun ) 
RM75.00 bersih Warga Emas (60 tahun keatas) 
Tarikh : 6 Mei hingga 4 Jun 2019
Info lanjut layari : http://www.mahamahu.com/2019/04/legar-putra-pwtc-menyajikan-lebih-250-juadah-buka-puasa.html

27) The Everly Hotel Putrajaya

Harga :
RM108.00 nett untuk Dewasa
RM54.00 nett untuk Kanak-kanak / Warga emas
Tarikh : 9 Mei hingga 2 Jun 2019
Info lanjut layari : http://www.mahamahu.com/2019/04/rasa-klasik-dan-asli-masakan-melayu-the-everly-putrajaya.html

28) Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

Harga :
RM75.00 nett untuk Dewasa
RM38.00 nett untuk Kanak-kanak (4-12 tahun) / Warga emas 
Tarikh : 10 Mei hingga 2 Jun 2019
Info lanjut layari : http://www.mahamahu.com/2019/04/sajian-melayu-asli-di-treat-restaurant-oakwood-hotel-residence.html

29) Nook Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral

Harga :
RM138.00 nett untuk Seorang
Tarikh : 7 Mei hingga 3 Jun 2019
Info lanjut layari : http://www.mahamahu.com/2019/04/istimewa-selera-indonesia-berbuka-puasa-aloft-kuala-lumpur.html

30) De'Orchid Glass Hall Plaza Metro Kajang

Harga :
Hari biasa Isnin - Jumaat 
> Harga walk-in
Dewasa RM45.90 / Kanak-kanak RM35.90
> Harga tempahan awal sebelum pukul 6.00 petang
Dewasa RM39.90 / Kanak-kanak RM29.90

Hari Sabtu dan Ahad
> Harga walk-in
Dewasa RM 54.90 / Kanak-kanak RM 44.90
> Harga tempahan awal sebelum pukul 6.00 petang
Dewasa RM49.90 / Kanak-kanak RM39.90
Tarikh : 10 Mei hingga 2 Jun 2019
Info lanjut layari : http://www.mahamahu.com/2019/04/iftar-ramadhan-buffet-untuk-warga-kajang-bangi-djarilicious-catering.html







Perjalanan Nostalgia Rasa-Rasa Ramadan Di Connexion Conference & Event Centre (CCEC)

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Daripada sebuah Pusat Persidangan & Acara Connexion (CCEC) telah berubah wajah menjadi sebuah lokasi berbuka puasa yang membawa nostalgia makanan tradisi. Ada lebih daripada 60 hidangan meraikan Ramadan Al-Mubarak tahun ini. Kat sini ada dua promosi eksklusif iaitu pakej Bufet Ramadan di The Oak Room dan pakej Buka Puasa Banquet yang sentiasa popular pada masa kini.

Bufet di The Oak Room akan bermula dari 9 Mei hingga 31 Mei 2019. Tahun ini kali pertama Bilik Oak akan dibuka kepada umum.  Sepanjang tempoh ini ia akan diubah menjadi sebuah rumah kampung tradisional supaya korang dapat menikmati makanan dalam suasana dulu-dulu. Tahun ini menu mereka menggunakan banyak rempah tradisional segar dan bahan-bahan tempatan untuk memastikan keaslian rasa. 









Di antara menu yang ada di sini seperti Daging Bakar Bersos Percik, Paru Goreng Sambal Hijau, Gulai Kurma Kambing dan Ayam Betutu dan banyak lagi hidangan tradisional Melayu yang mesti dicuba di sini. Tapai Pulut dan Tapai Ubi, Bubur Butir Nangka dan Pistachio Baklava di antara beberapa hidangan pencuci mulut yang menyenangkan. Satay, Bubur Lombuk Ayam, Roti Arab, Aneka lkan Bakar dan banyak lagi wajib cuba di sini.







The Oak Room yang menyajikan sajian masakan asli disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bufet ini akan bermula dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam sepanjang bulan Ramadan ini. Jadi boleh makan dengan puas tanpa was-was kat sini memang berbaloi.

Harga bufet kali ini adalah :
RM98.00 untuk Dewasa 
RM40.00 untuk Kanak-kanak (6-12 tahun)








Kalau korang ada nak buat Private Function buka puasa seperti syarikat koporat atau juga badan-badan NGO kat sini juga menyediakan pakej tersebut. Dari hari RM120.00 setiap seorang untuk minima 50 orang sekali tempahan. Untuk pakej ini mereka sediakan 5 ballroom, 15 bilik fungsi, bilik Junior dan sebuah gazebo di atas bumbung untuk suasana buka puasa yang unik. Jadi kalau nak cuba datang lah dan booking sekarang juga ok. Selamat berbuka semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-23869137
E-mail : enquire@connexioncec.com







Resipi Bulan Puasa Roti John Sardin Cheese Menggunakan Produk Dari Pasaraya Segi Fresh

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan puasa ni memang kalau buat apa sahaja masakkan tetap nampak sedap dan menyelerakan. Kali ini Maha nak sediakan satu resipi yang selalunya begitu popular kat Bazar Ramadan mana-mana pergi mesti ada. Resipi Roti John Sardin Cheese ramai orang suka tapi tak ramai yang nak buat mudah jer.

Tapi sebelum tu kena beli dulu barang-barang untuk memasak. Hari tu kan Maha ada pernah beli barang basah kat Pasaraya Segi Fresh kan, tapi kali ini Maha beli lagi barang-barang keperluang dapur yang lain. Kat Segi ni pun ada juga barang Segi House Brand keluaran mereka seperti jenama Crown's Choice, Trader's Choice dan banyak lagi. 

Jenama ni dijamin lagi murah dan barang berkualiti untuk korang memasak. Kalau korang beli satu troli tu confirm boleh penuh. Sangat untung terutama kepada perniaga Bazar Ramadan nak cari barang mentah atau stock untuk jualan kerana sini mereka jual harga borong. Juga pada yang buat business katering dan juga restoran semua lengkap sebab tu Maha suka shopping sini.

Ok kita tengok apa bahan-bahan yang Maha gunakan untuk membuat resipi Roti John Sardin Cheese ni.

Bahan-bahan 
2 ketul Isi Ikan Sardin Trader's Choice (Hancurkan)
1 sudu Susu Krimer Sejat Trader's Choice
1 biji Bawag Besar (Potong Dadu)
3 biji Cili Padi (Potong kecil)
2 biji telur
2 ketul Roti Sosej
2 keping Cheese
1/2 biji Lobak Merah (Potong Halus)
2 sudu Berkat Sos Cili
Sikit minyak masak

Cara nak membuat resipi ni pun sangat mudah dan cepat korang ikut step dalam video yang Maha sediakan ini ok. Kena tonton sampai habis baru tahu.


Jadi rasa korang boleh tak kalau Maha nak buat business kat bazar Ramadan juga hehehehe. Mana tahu lepas ni semangat nak meniaga sempena bulan mulia ini. Macam-macam lagi korang boleh masak dengan beli barang yang murah dan mudah di Segi Fresh Market. Ok selamat mencuba semua dan selamat berpuasa.

Maklumat lanjut dan promosi menarik boleh layari :-
Laman web : www.segifresh.com







Buka Puasa Di Restoran Berputar Tertinggi Di Asia Tenggara - Atmosphere 360

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang nak rasa buka puasa dengan suasana yang sangat berbeza di restoran berputar dan terletak di puncak tertinggi di Asia Tenggara korang kena datang ker sini. Mana lagi kalau bukan kat Restoran Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur. Ini adalah pengalaman berbuka puasa Maha yang paling best dan seronok.

Korang berada pada ketinggian 282 meter dari aras bawah dan dapat melihat pemandangan indah diwaktu malam sekitar kota metropolitan Kuala Lumpur. Restoran ini telah beroperasi sejak tahun 2011 dan telah menerima lebih daripada 1 juta pelanggan sehingga ke hari ini. 


Bukan selalu dapat naik menara ini tanpa tujuan tapi bila dapat buka puasa kat sini sangat bermakna buat Maha. Korang juga boleh kerana ia dibuka kepada semua sekiranya korang membeli pakej buka puasa di sini. Bagi bulan puasa kali ini restoran ini menawarkan hidangan bufet yang berasaskan masakan tradisi Melayu dan juga antarbangsa yang modern. 



Terdapat beberapa menu menarik yang dihidangkan di sini seperti Asam Pedas Ekor Lembu, Durian Pancake, Serawa Durian dan pulut, Patin Tempoyak, Chili Crab serta banyak lagi. Ada juga pilihan BBQ yang di grill secara langsung sewaktu sesi berbuka nanti. 





Selain dijamukan dengan makanan yang enak dan lazat korang juga akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal dan juga kugiran muzik yang dikhaskan untuk menghiburkan korang sepanjang bulan puasa ni. 

Harga untuk buka puasa kat sini unik sikit ada beberapa pakej seperti :

1) Diskaun 50% untuk 30 tempahan pertama
2) Diskaun 40% untuk 30 tempahan kedua
3) Diskaun 30% untuk 30 tempahan seterusnya

Maksudnya daripada harga asal tiket untuk naik Menara Kuala Lumpur ini korang akan dapat diskaun untuk setiap jumlah tempahan yang telah dicapai. Ssekarang ni untuk diskaun 50% tu telah habis kerana pemintaan yang sangat menggalakkan. Tapi ingat promosi ini hanya layak untuk pemegang MyKad sahaja. Nak bagi peluang rakyat Malaysia terus mengunjungi monumen terunggul di tengah KL ini.




Bufet buka puasa ini telah bermula dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019 dan hanya sah untuk waktu 6.30 petang hingga 11.00 malam sahaja tau. Lepas daripada itu korang akan dapat harga biasa untuk peluang naik ke menara ini. Jadi tengah murah ini boleh lah booking sekarang sebelum terlambat. Mereka juga akan buka kaunter Zakat di restoran untuk memudahkan pengunjung membayar Zakat Fitrah yang wajib. 

Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :
Tel : 03-2020 2121/2020
        0126604375 Shikin
        0126604370 Abdul Salam
        0126604371 Kim Cheah
        0126604374 Nazrin
        0126202052 Susan
        0126604373 Bob







Resipi Isitmewa Hari Raya Kentang U.S. Sambal Goreng Jawa Fusion

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu di pagi Raya apa masakan yang korang suka makan? Ada setengah orang suka makan Rendang bersama dengan Lemang. Maha pula suka satu masakan yang berasal dari negara jiran tapi cukup popular di Malaysia. Mesti mak akan masak Sambal Goreng Jawa.


Cuma kali ini Maha belajar cara nak buat sambal ini agak fusion sikit kerana menggunakan beberapa bahan yang lain tapi masih mengekalkan cara dan rasanya. Kali ini Maha menggunakan kentang dari U.S. dan juga U.S. Hash Browns. Selalu orang akan gunakan Tauhu tapi Maha gantikan dengan Hash Browns nak bagi healthy sikit hehehe.

Tak caya ke yang kentang ini jauh lebih sihat nak banding dengan makanan lain. Ini kerana dalam satu biji Kentang U.S. bersaiz sederhana lebih kurang berat 148gram hanya mempunyai 110 kalori sahaja. Lagi sikit daripada satu keping Roti Canai yang selalu kita makan waktu pagi. Dalam biji kentang ini juga tiada lemak, tiada natrium dan tiada kolesterol. 

Kalau korang bandingkan Kentang U.S. ini ia lebih banyak Kalium berbanding dengan buah pisang. Jadi kalau orang kata makan kentang tu boleh menggemukkan ia adalah salah faham terhadap pengambilan kentang tersebut. Penyelidik juga mencadangkan bahawa orang yang nak berdiet boleh ambil kentang sebagai sebahagian daripada program penurunan berat badan kerana ia dapat mengurangkan rasa lapar.

Tu serba sedikit fakta tentang kentang dari U.S. sebab itu masakan tradisi kali ini Maha menggunakan kentang ini. Tapi Maha masih kekalkan rasa dan juga cara penyediaan yang tradisi agar tidak jauh beza hasilnya. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan dalam resipi  Kentang U.S. Sambal Goreng Jawa Fusion.

Bahan-bahan : 
1 biji Bawang merah 
3 ulas Bawang putih 
1 genggam Ikan bilis 
10 batang Cili Kering
1 keping Asam Keping
1 keping Tempe (potong dadu)
2 biji Kentang U.S. Russets (potong kecil)
2 keping U.S Hash Browns 
1 keping Fuchuk 
1 ketul Suhun 
4 batang Kacang Panjang
1 cawan Kicap Lemak Manis 
1 mangkuk Minyak Masak 
Garam & Gula secukup rasa

Cara nak memasak resipi ini Maha sedikan dalam bentuk video supaya korang mudah faham dan dapat kita belajar sama-sama. Jom tonton video ini sampai habis ok.


Jadi macam mana korang rasa mudah tak nak buat sambal goreng ini. Sangat sesuai nak makan di pagi Hari Raya bersama dengan Ketupat atau Nasi Impit. Tak silap Maha kalau orang Johor makan sambal ni dalam Nasi Ambeng. Sedap juga tu terangkat lah giler weiii. Nanti korang dah cuba share apa pengalaman korang dengan Maha kat komen bawah ni ok.

Sekarang ini Facebook Page MY Potatoes USA tengah menganjurkan petandingan U.S. Potato Rasa Meriah dengan 10 resipi Raya yang lazat. Maha perlukan jasa baik korang untuk undi resipi Maha Sambal Goreng Jawa Fusion ini. 


Caranya mudah sahaja :

1) Like Facebook Page MY Potatoes USA
2) Like resipi yang Maha buat kat bawah ni. 


5 pengundi bertuah akan menerima cash baucer RM100 setiap seorang. Korang digalakkan untuk share dan tag kawan-kawan berpeluang besar untuk menang. Jom undi untuk resipi Maha ni nak tambah amalan korang bulan puasa ini hehehe. Tarikh akhir undian adalah 19 Mei 2019. Maha ucapkan terima kasih pada yang dah undi jasa baik anda sangat dihargai dan moga Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Selamat mencuba resipi ini ok.








MFC - Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu restoran yang Maha pergi kali ini adalah sebuah restoran yang menggabungkan makanan kesukaan semua rakyat Malaysia. Kerana negara kita kaya dengan pelbagai kaum dan bangsa ia mampu menjadi satu elemen yang menyatukan semua di bawah satu bumbung. Itu lah Maha dapat terjemahkan dalam restoran Malaysian Food Culture - MFC

Restoran ini terletak di sebuah pusat beli belah popular di tengah-tengah Kuala Lumpur iaitu Berjaya Time Square. Ia berada di tingkat 3 kalau korang datang daripada Pawagan GSC kat sebelah kanan terletaknya restoran ini. Restoran ini baru sahaja beroperasi tak silap Maha dalam 2 bulan yang lalu. Kalau korang yang datang beli belah kat sini memang sesuai untuk singgah makan di sini.





Restoran ini adalah mesra muslim yang menyajikan makanan dari sumber halal dan mereka juga dalam proses permohonan Halal dari JAKIM. Masa Maha datang makan kat sini hari tu memang suasana dalam restoran sangat selesa. Boleh tengok konsep ada seperti sebuah kopitiam tapi ada juga terapkan rekaan modern dalam dekorasi kat sini. 




Kalau time waktu rehat hari berkerja kat sini ramai orang makan sebab boleh dapat macam-macam pilihan makanan. Buat korang yang suka masakan ala Chinese kat sini ada beberapa jenis masakan berasaskan mee. Maha hari tu sempat cuba ada empat jenis masakan mee iaitu MFC Char Kuew Teow, Dry Egg Noodle with Curry Chicken, Claypot Spicy Pan Mee dan juga Hokkien Mee.
MFC Char Kuew Teow - RM12.90

Hokkien Mee - RM12.90

Daripada empat ini yang paling Maha suka adalah yang Dry Egg Noodle kerana ini adalah satu masakan masyarakat china yang juga mengekalkan cara penyediaan mee tersebut. Bagi Maha gabungan mee dan juga kari ayam tu sangat padan dan satu pinggan tu memang Maha boleh habiskan seorang. 
Dry Egg Noodle with Curry Chicken - RM13.90

Kalau korang suka yang lebih sihat dan juga banyak bahan didalam tu korang boleh cuba yang Claypot Spicy Pan Mee. Tengok penuh ada dalam satu mangkuk tu sayuran, daging ayam cincang dan juga perasa yang cukup. Ia agak pedas sikit dan juga menjadi pilihan ramai orang yang selalu datang sini.
 Claypot Spicy Pan Mee - RM11.90

Kalau yang nak makan nasi kat sini ada juga pilihan nasi bukan mee sahaja tau. Kalau masakan nasi ini mereka lebih kepada masakan Melayu. Kat sini ada banyak pilihan dan yang telah Maha cuba hari tu iaitu Fried Nasi Lemak Goreng, Nasi Lemak in Parcel Telur Bungkus, Pan Grilled Chicken Chop dan juga Satay Fried Rice & Fried Egg. Biasalah orang Malaysia suka makan Nasi Lemak tak kira masa.
Nasi Lemak in a Parcel (Telur Bungkus) with Sambal Petai and Prawn - RM17.90

Satay Fried Rice & Fried Egg - RM12.90


Kalau tanya menu nasi ini yang paling Maha suka adalah Pan Grilled Chicken Chop. Ini adalah signature dish mereka di sini. Boleh rasa daging ayam yang dipanggan masih berjus dan juga lembut di dalam rangup di luar. Kena sangat makan dengan nasi goreng boleh kenyang puas makan.
Pan Grilled Chicken Chop - RM16.90

Juga korang boleh tengok Nasi Lemak mereka kat sini tidak kedekut langsung dengan bahan-bahan. Lengkap ada kat dalam satu pinggan seperti kacang goreng dan ikan bilis, timun, telur dan juga sambal yang tidak pedas sangat. Nasi Lemak ni boleh pilih lauk pelbagai jenis seperi Sambal Petai dan Udang, daging ayam dari pilihan Ayam Goreng Berempah, Ayam Kari, Rendang dan Original
Fried Nasi Lemak with Chicken Rendang - RM15.90

Puas semua makanan kat sini memang banyak sangat. Minuman pula kat sini korang wajib cuba mereka punya White Coffe yang original dan juga  Teh Tarik. Dihidangkan dalam cawan klasik yang unik ni memang best macam minum kat kopitiam. Minuman lain yang menarik kat sini Maha order untuk yang sejuk korang boleh pilih Longan Cincau. Sangat sejuk dan menyegarkan selepas makan pedas dan panas.
Teh Tarik (Hot) - RM3.80

Longan Cincau - RM5.80

So korang rasa nak datang makan kat sini tak selepas Maha tunjuk semua menu-menu ini. Kalau korang tak masuk dan cuba korang tak tahu macam Maha juga. Bila dah masuk dan makan sendiri baru tahu sini semua makanan mereka adalah yang asli dan berkualiti. Mungkin kalau hujung minggu korang shopping kat mall ni boleh lah makan tenghari di sini. 

Restoran ini buka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga ke 10.00 malam. Mereka buka awal sebab ada sediakan makanan sarapan pagi untuk pekerja yang datang awal ke sini. Bulan puasa ini mereka ada buat promosi Ramadan Special dengan setiap pembelian mana-mana main course korang boleh dapat minuman yang terpilih dengan harga hanya RM0.90 sahaja. Nanti korang yang dah cuba tinggal komen kat post Maha ni nak tahu juga pendapat korang makan kat sini ok. Selamat mencuba. 

Promosi dan juga info lanjut layari laman sosial mereka :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5





Tony Roma's Pakar Dalam Masakan Rusuk Dan Grill Membawakan Festive Delight

$
0
0
Salam sejahera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kita dah masuk minggu kedua sambut Ramadan dan semua berjalan lancar hendaknya. Mana lagi korang nak pergi berbuka puasa ada tempat yang menarik. Kalau dah puas makan bufet apa kata cuba pula makanan daging dan rusuk panggan yang terbaik dimana lagi kalau bukan Restoran Tony Roma's.

Dalam meraikan kepelbagaian agama dan masyarakat di Malaysia Tony Roma's dalam bulan Ramadan ini membawakan menu dalam promosi Festive Delight. Maha hari tu berkesempatan pergi berbuka puasa kat sini nak tahu apa yang menarik promosi mereka kali ini. Memang tidak mengecewakan apabila duit yang kita belanja di sini berbaloi dengan rasa dan makanan yang dihidangkan.

Kali ini korang boleh makan bersama kerana itu matlamat utama mereka untuk kita mengeratkan silatulrahim tak kisah kawan atau keluarga juga saudara mara serta rakan sepejabat pun boleh. Dalam Festive Delight kini ada dua hidangan pinggan yang penuh dengan tulang rusuk kambing, ayam BBQ dan daging lembu supaya korang dapat menikmati yang terbaik dari setiap hidangan.
Selera Iftar RM168.80 nett

Set satu dipanggil Selera Iftar hanya RM168.80 nett. Jangan terkejut harga ini kerana ia bukan dimakan seorang sahaja tapi boleh kongsi dalam 3 hingga 4 orang tau. Jadi bayar pun boleh tong-tong sangat berbaloi dan murah. Dalam set ini terdapatnya Lamb Ribs Roma Rack dengan sos madu plum, BBQ 1/4 ayam, Beef Riblet dengan sos original TR, salad campur, jagung, dua ketul baguette, empat kentang lenyek atau nasi, dan empat cawan sup pilihan.

Banyak tu memang puasa makan cukup-cukup dan tidak membazir kalau korang makan beramai-ramai lebih berkat. Kat Tony Roma's ni korang kena cuba mereka punya rusuk memang lembut dan masih berjus bersama sos yang diperap cukup masuk sehingga kedalam tulang. Maha suka juga meraka punya kentang lenyek memang original yang dihasilkan sendiri dari biji kentang sebab tu ia sangat lain dari tempat lain.
Meriah Meal RM258.80 nett

Satu lagi set adalah Meriah Meal dengan harga RM258.80 nett yang boleh dinikmati lebih dari 5 hingga ke 6 orang. Dalam set ini terdapatnya Lamb Rabs Full Slab dengan sos madu plum,  Ayam  1/2 BBQ, dua lembar daging lembu Riblet dengan sos original TR, salad campur dengan Udang Kickin, tiga ketul baguette, enam kentang lenyek atau nasi dan enam cawan sup. 



Set ini pun sama cuma kuantiti yang lebih banyak dan uniknya ada Udang Kickin yang ini memang korang akan berebutlah sebab udang sangat lazat yer. Rasa puas makan dan boleh habis semua sekali sampai korang akan mengigit daging sehingga ke tulang rusuk tu.  
Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken

Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken

Tapi kalau korang yang nak set individu pun ada juga dalam ini iaitu Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken dan juga Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken. Dua-dua set ini berbeza dari segi perapan ayam BBQ yang satu tu ayam diperap dengan sos serai dan juga satu lagi diperap dengan sos tomyam. Dua set ini menawarkan rasa asli Malaysia yang bagus untuk mereka yang menghargai rasa sensasi herba tempatan dan perisa rempah ratus. 


Jadi boleh plan untuk buka puasa dengan hidangan yang lain daripad lain di semua Restoran Tony Roma's. Promosi ini telah berlangsung dari 1 Mei yang lalu hingga 30 Jun 2019. Jadi lepas Raya pun boleh lagi nikmati juadah ini. Tony Roma's juga menyediakan khidmat penghantaran makanan menggunakan Grab Food dan juga Honest Bee. Jadi kat rumah pun boleh nikmati makanan yang hebat ini. Selamat berbuka kepada semua ok.

Promosi dan juga booking online boleh dibuat di sini :







Buffet Buka Puasa Di Halaman Shah Alam Hanya RM60

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih dalam mood nak mencari tempat berbuka lagi kan biasalah dalam minggu kedua dan ketiga tu kita sibuk nak cuba semua tempat berbuka yang istimewa. Termasuklah kat satu lokasi ini iaitu Halaman Shah Alam.

Halaman ini adalah sebuah Event Venue & Catering Services yang menyediakan bufet buka puasa Ramadan kali ini. Kalau korang nak cari tempat ini ia terletak di dalam Intekma Resort & Convention Centre Seksyen 7 Shah Alam. Ada satu dewan namanya Halaman Sari yang dibina khas untuk buat pelbagai majlis seperti perkahwinan, resepsi, pernikahan, fesyen show dan banyak lagi lah.



Dewan ini sangat istimewa kerana ia terletak di atas bukit dan dengan pemandangan indah yang nampak Masjid Negeri Shah Alam. Bila korang masuk dan tengok ia sangat luas ada ada stage kat depan untuk dibinakan pelamin. Kat sini fully aircond dan mampu memuatkan lebih dari 1000 orang dalam satu masa. Maha masuk pun rasa selesa nak makan kat sini tak sempit nak berjalan.


Bufet buka puasa di sini menyediakan pelbagai jenis juadah tradisional paling menarik mestilah Kambing Golek bersama sos lada hitam. Kemudian ada juga Murtabak yang di masak secara live di luar dewan bagi memberi rasa yang panas dan enak kepada tetamu yang datang berbuka di sini.




Selain itu juga, ada beberapa lagi gerai yang diadakan di luar yang perlu kepada masak secara live seperti gerai Roti John, Mee Goreng, Kueh Teow Goreng, Ikan Bakar dan juga Ayam Goreng Berempah. Semua ini korang boleh makan panas-panas dan boleh tambah beberapa kali selagi makanan masih ada.





Kat dalam dewan pula mereka ada sediakan menu utama iaitu lauk-pauk tradisional seperti Kari Ayam, Itik, Daging, dan banyak lagi. Juga ada ulam-ulaman dan juga sambal Melayu sangat mengancam. Tidak ketinggalan kerabu yang menggunakan bahan semulajadi yang segar membuka selera korang.







Akhir mesti pergi buka puasa nak cari pencuci mulut kan. Di sini ia ada lebih daripada 20 jenis dessert Melayu dan juga yang antrabangsa. Korang boleh dapat Karipap, Pulut Panggan, Kuih Koci, Puding Roti dan banyak lagi. Juga ada kek dan puding yang cantik dan indah dipandang dan sedap dimakan. 








Harga sangat berpatutan iaitu hanya :
RM60.00 nett untuk Dewasa
RM30.00 nett untuk Kanak-kanak (5-12 tahun)
RM160.00 nett Pakej Keluarga (2 dewasa dan 2 kanak-kanak)





Jadi tunggu apa lagi mungkin korang yang area Shah Alam dan berhampiran dengannya boleh lah datang sini. Kat sini ada kawasan parking yang luas cuma kena naik bukit sikit lah sebab ia atas bukit tadikan. Kemudiah ada kemudahan surau untuk solat serta bilik air yang selesa. Cuba tau jangan tak cuba. Selamat berbuka.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 01132155555 (Sales Office) 
        0199309606 (Ismail) 
        0193933160 (Nora)







Mencari Kurta Plus Size Untuk Hari Raya Di Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Situasi yang orang bersaiz comel macam Maha ini adalah nak mencari baju bila beli belah. Tak kira kat mana-mana kedai semua tak ada saiz yang besar sehingga kadang-kadang rasa kecewa sebab kena tempah kat kedai jahit. Kalau nak tempat baju untuk raya sekarang ni dah tak ada kedai yang sanggup nak ambil tempahan dah.


Solusinya terpaksalah pakai baju raya tahun lepas tu pun kalau masih muat lagi wakakaka. Tapi Alhamdulillah selepas Maha direkmen oleh kawan tentang satu butik pakaian yang cukup popular rupanya kat situ ada baju saiz hingga 7XL. Memang sapa sangka bahawa Maha juga boleh bergaya pagi raya dengan baju baru. Butik yang Maha maksudkan adalah Aisy Asyraf by IMAM MUDA Asyraf




Butik ni dah ada tiga cawangan sekarang ini iaitu di Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan Johor Bahru. Ia mempunyai pakaian rekaan terkini serta paling best saiz besar seperti Maha pun ada yerrrrr. Hujung minggu yang lalu Maha pergi shopping lah kat cawangan Bangi bila dah tahu tentang butik ini. Masa pergi kat sana memang ramai giler orang yang datang untuk cari baju terutama golongan lelaki. Nasib pekerja kat situ ramah dan juga mesra jadi mereka yang tunjukkan dan beri penerangan tentang koleksi baju yang ada Plus Size ini. 

Kurta Setiaku ++Plus Size


Rupanya ada banyak design terkini dan yang terbaru serta warna yang cantik-cantik. Paling Maha tertarik adalah dengan design Kurta Setiaku ++Plus Size. Ini adalah koleksi terbaru yang ada di sini dan adalah kerjasama antara butik ini dengan pelawak terkenal bersaiz besar juga iaitu Angah Raja Lawak





Macam Maha cakap tadi ada dari saiz 4XL hingga ke 7XL paling besar dengan harga hanya RM119.00 sahaja. Juga ada banyak pilihan warna yang terkini dan cantik. Walaupun Maha ni kulit agak gelap bila pakai Kurta ini ia kena dan sangat selesa. Cuma yang ini ada rekaan tengkuk teluk belanga jadi bukaannya luas.




Selain itu ia menggunakan fabrik yang lembut dan ada rekaan lengan yang tidak labuh serta terdapat kocek di bahagian kedua-dua sisi senang nak isi handphone atau dompet. Ia juga ada sekali dengan butang petak yang exclusive tak perlu nak beli butang lain. Jadi yang mana satu warna pilihan korang hehehe.

Kemeja Batik Pak Maun ++Plus Size


Satu lagi baju yang unik kat sini adalah Kemeja Batik Pak Maun tak tahulah kenapa nama macam tu. Tapi ia mempunyai corak yang sangat exclusive. Korang tengok lah sendiri yang Maha pakai ni memang semua rekaan cantik dan juga teletak. Sapa kata orang bersaiz besar tak boleh bergaya dengan rekaan terbaru ini. Ini pun sama ada dari saiz 4XL hingga 7XL dengan harga RM 139.00 (tidak termasuk postage). 





Maha minat giler kemeja ini sebab bukan sahaja boleh pakai untuk raya tapi untuk majlis casual dan juga baju untuk majlis koporat sesuai sangat kemas. Tak silap Maha ada lima corak yang korang boleh pilih jadi kalau ada duit lebih Maha ambil semua rekaan senang boleh pakai setiap minggu design yang berbeza.

Kurta Kanda ++Plus Size


Satu lagi kurta ini memang sangat kena dengan Maha. Kurta Kanda ini pun ada juga koleksi yang besar sehingga 7XL. Maha pun suka ini kerana ia adalah kurta lengan separuh yang memudahkan untuk korang nak ambil wudhuk kalau pakai pergi solat. Korang rasa warna apa yang paling sesuai dengan Maha hehehe nak juga baju ni satu. 




Semua baju kat butik Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf ini senang nak kenal kerana kat baju mereka akan ada logo exclusivenya. Kat sini mereka sedia ruang untuk fitting baju jadi boleh try semua baju sehingga betul-betul kita puas hati baru beli. Selain daripada baju ada juga macam-macam produk lain seperti Pouch Beg dan juga Sandal khas untuk orang lelaki.





Jadi masa untuk bergaya Hari Raya ini dengan baju baru. Nantikan mana satu pilihan Maha Raya ini Maha akan upload pada Hari Raya pertama ok. Korang juga pergi lah sekarang kerana tengah ada promosi hebat sempena musim perayaan ini. 

Info lanjut dan juga pembelian dalam talian layari :






Harga Bufet Ramadan The Everly Putrajaya Serendah RM88.00 nett Sekarang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ini Maha ada cerita kat blog tentang majlis preview Citarasa Asli Tradisi Malaya Iftar Ramadan di The Everly Putrajaya. Kalau korang tengok mereka akan menyediakan lebih daripada 100 jenis juadah berbuka puasa.  

Kali ini Maha nak share sikit pengalaman pergi sendiri berbuka puasa di hotel ini. Ini terdorong oleh kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Kalau sebelum ini harag untuk seorang dewasa adalah RM108.00 nett tapi sekarang ia telah diturunkan menjadi hanya RM88.00 nett sahaja. Memang jauh berbeza sangat harga tu dengan harga sekarang ni.



Rugilah kalau korang tak pergi Maha hari tu pergi terkejut kerana boleh tengok makanan yang banyak sehingga mereka terpaksa buka di ruang lobby hotel. Kalau korang masuk kat bahagian kaunter pendaftaran dan penyambut tetamu tu dah ada tersusun makanan. Kat situ mereka letakkan banyak makanan pencuci mulut seperti kuih-muih dan juga kek serta yang disediakan depan mata iaitu waffle.  




Sebelum korang datang untuk buka puasa sini kena booking awal sehari lebih bagus kerana kat sini boleh tahan selalu penuh juga. Masa booking tak perlu buat bayaran hanya sertakan berapa jumlah pax, nama booking dan juga no tel. Bayaran buat semasa korang datang berbuka nanti sangat mudah. 




Cuma Maha cadangkan korang datang awal kat sini untuk pastikan dapat parking yang dekat dan selesa. Walaupun sini banyak tempat parking tapi ada masa ia akan penuh dan terpaksa parking dekat Alamanda kerana mall tu paling dekat hotel ni. Maha datang hari tu pukul 6.30petang dan sangat sesuai lah. Kat sini parking flat rate RM5.00 sahaja selepas pukul 6.00 petang.  Jadi korang boleh makan sampai pukul 10.00 malam pun boleh.





Tu part parking sekarang kita masuk lak kat restoran, iftar ini macam biasa diadakan di level lobby dekat Fuze Restaurant. Nak masuk dalam restoran tu pun korang dapat lihat susunan makanan untuk buka puasa. Memang banyak gilerr kat pintu masu tu mereka dah susunkan beberapa makanan lauk pauk seperti Gulai Kawah, Sambal Tauhu, Butter Prawns, Asam Pedas Ikan, Rendang Ayam, Nasi Minyak dan banyak lagi. Lepas tu kat tepi lif akan ada bahagian yang menyediakan buah-buahan segar.  







Tak masuk dalam restoran masih kat luar dah banyak makanan korang akan jadi rambang mata. Lepas tu masuk dalam restoran korang akan nampak pulak deretan gerai yang dibina untuk beberapa makanan yang disediakan secara live. Dimana ada beberapa orang chef yang akan memasak untuk memastikan juadah sentiasa panas dan sedap. 




Di antara gerai yang mendapat perhatian orang ramai mestilah Kambing Panggan Warisan, Bakar-Bakar Ala Portugis iaitu makanan laut bakar yang masih panas, kemudian ada gerai Murtabak dan Roti Canai Kampung Bahru, Shawarma Chicken, Mee Goreng dan Kueh Teow Goreng, ada gerai Syukri Nasi Ayam, Sup Daging dan banyak lagi. 







Maha cuba hari tu adalah Nasi Ayam memang sedap makan pula dengan Sup Daging mereka terbaik. Mungkin sebab dah lama cari Nasi Ayam untuk berbuka jumpa kat sini tu yang cuba. Selain tu juga Maha cuba mereka punya Satay Ayam dan Daging yang sedap rasa rempah dan juga kuah kacang yang mengancam. Lepas tu Murtabak mereka yang penuh tidak kedekut langsung isi kat dalamnya. 


Bahagian minuman kat sini ada banyak minuman yang menarik dan nak yang sejuk atau yang panas semua ada. Kat sini bestnya sambil makan korang akan dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan DUWA Music yang menyampaikan lagu-lagu tradisional dan membuai emosi. Jadi lebih seleralah korang nak makan kan. 

Kalau korang buka kat sini tak perlu risau untuk solat Maghrib mereka ada sediakan surau kat tingkat 1 sangat luas dan selesa. Juga ada tandas untuk lelaki dan perempuan di level restoran jadi boleh makan puas-puas. Sekarang ni juga mereka tengah buat promosi untuk penginapan 2D1N di bilik yang indah termasuk dengan 2pax bufet ramadan serta 2pax Sahur semuanya dalam satu harga hanya RM369.00 sahaja. So macam mana nak tak berbuka puasa kat sini tak. Maha rasa berbaloi sangat tambah-tambah orang kerajaan sekarang akan dapat bonus raya boleh lah bawa family keluar makan sedap-sedap. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Tempahan awal dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 011-6318 6029
        03-88922921
        03-88922929 
E-mail : zikri.zuraimi@theeverlygroup com
              farah.hanis@theeverlygroup.com








Viewing all 1333 articles
Browse latest View live