Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1330 articles
Browse latest View live

Master Pasto Spaghetti Ready-To-Eat Halal Buatan Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kenyang sangat hari ni dapat makan spaghetti segera. Kalau nak masak sendiri memang tidak lah sebab kesibukan kerja dan juga tiada masa nak sediakan semua bahan- bahan. Tapi sejak Maha dah jumpa dengan Master Pasto Ready-To-Eat ni memang sangat mudah untuk nikmati spaghetti yang Halal.  


Ia adalah produk makanan buatan Malaysia dari Lioco Food Industries Sdn. Bhd. yang berpusat di Pulau Pinang. Jadi sebab tu Maha sangat yakin nak makan spaghetti ni. Maha suka makan walaupun banyak kali kerana ia adalah produk sihat tanpa bahan pengawet dan tanpa MSG. Tapi masih dapat rasa kesedapan spaghetti dan kuahnya. 


Hari tu Maha masa kat office tak sempat nak keluar makan sebab banyak sangat kerja sampai lupa nak makan. Jadi Master Pasto ni lah menjadi peneman waktu lapar Maha. Mudah jer nak sediakan pasta ni kalau ada kat pejabat atau kat rumah. Cara nak menyediakannya pun hanya semudah 1,2,3.


Cara menyediakan Master Pasto:-

1) Didihkan air panas dalam periuk atau boleh guna cerek elektrik.
2) Kemudian rendamkan pek spaghetti dan pek sos didalam air panas tadi selama 3 minit.
3) Keluakan pek tadi dari air panas dan buka serta tuang spaghetti dan sos dalam pinggan siap untuk dimakan. 

Senangkan dan jimat masa tak perlu nak pening-pening cari makan kat luar. Produk paling murah dan mudah untuk disediakan bagi Maha. Bestnya pulak ada macam-macam rasa spaghettinya tu korang boleh pilih nak Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Aglio Olio with Chicken dan juga Spaghetti Mushroom Cream Sauce




Antar tiga ni kalau korang tanya Maha yang mana paling sedap semuanya sedap tapi paling Maha suka makan banyak kali pun tak apa yang ada kuah bolognese tu. Dapat rasa kuah sos tomato dan juga ketulan daging ayam. Satu kotak ni cukup sangat untuk satu hidangan makan kalau Maha seorang makan lah. 


Nak beli produk Master Pasto ni korang boleh order online sahaja kat laman web mereka atau kat sosial media yang Maha share kat bawah ni. Harga hanya satu kotak lebih kurang RM7.90 sahaja tapi kalau nak lagi murah korang beli bundle banyak boleh simpan tahan lama produk ni. Tambahan kalau nak pergi travel luar negara produk macam ni lagi senang bawa dan makan kat sana tak perlu nak bimbang cari makanan Halal.


Maha suka produk ni sebab tu kat rumah dan pejabat ada simpan stock. Kalau rasa malas nak masak dan nak cepat sediakan sahaja Master Pasto mesti kenyang punya. Nak sedap lagi korang boleh jer tambah macam telur goreng ker atau taburkan cheese kat atas tu mesti lagi sedap dan lazat sehingga menjilat pinggan wakakaka. Nanti korang cuba ok. 

Nak membeli layari :-








Buffet Iftar Ramadhan Untuk Warga Kajang Dan Setempat Dengannya Dari Djarilicious Catering

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Untung warga Kajang kerana bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi boleh berbuka puasa dengan harga yang sangat murah. Bertempat di De'Orchid Glass Hall Tingkat Empat Plaza Metro Kajang akan menyajikan juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Djarilicious Catering


Ada lebih 40 jenis hidangan yang ada kat sini membuat korang yang datang nanti akan rembang mata nak makan mana dulu. Maha sendiri pun dah datang mencuba semua makanan kat sini sewaktu majlis mempromosikan bufet iftar Ramadhan mereka. Dewan ni sangat besar kalau masuk boleh muat  lebih kurang 350 orang dalam satu-satu masa. Jadi memang sesuai sangat nak berbuka bersama keluarga kat sini.








Makanan yang disediakan semasa bulan puasa nanti untuk korang berbuka seperti Nasi Beriani, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Ayam Cili, Ayam Masak Kicap, Ayam Goreng Rempah, Daging Rendang, Daging Masak Hitam, Gulai Kawah, Acar Buah, Papadom, Lala, Kupang, Terung Balado, Ikan bakar, Masak Lemak Ikan Masin Nenas, Masak Lemak Pucuk Ubi, Daging Salai, Kerabu Mangga, Kerabu Kacang Botol, Dalcha Sayur, Kurma Telur dan Ulam-ulaman.








Tu baru menu utama dalam bufet ini terdapat juga konsep gerai-gerai yang dibina keliling dewan untuk menempatkan beberapa makanan popular dari Kajang. Gerai-gerai ni pula diberi nama mengikut jalan-jalan yang ada di kawasan kajang. Macam gerai no satu ni menyediakan Nasi Lemak Champion dan bahan-bahan utama nasi lemak seperti Sambal Ikan Bilis, Sambal Sotong, Telur Rebus, Ikan Bilis, Kacang Goreng dan Timun.  



Kat gerai kedua pula ada sediakan juadah seperti Satay Ayam dan Daging serta Kambing Bakar. Tapi gerai ini hanya akan disediakan pada hari minggu sahaja tau. Sebab tu hari minggu harga iftar ni pun lain dari hari biasa. Gerai no tiga menyediakan sajian berasas mee seperti Mee Sup, Bihun Sup dan juga Kue Teow Sup. Gerai no empat pula menyediakan makanan seperti Pecal dan Rojak Buah.




Ada lagi tak habis lagi Gerai no lima pula menyediakan pelbagai jenis kuih-muih tradisional seperti Karipap, Koci, Roti Jala, Samosa, Kuih Cara, Kuih Bakar dan banyak lagi. Gerai no enam ini pula special menyediakan minuman popular rakyat Malaysia iaitu Teh Tarik. Juga untuk gerai no tujuh dan no lapan yang sediakan pelbagai jenis minuman menyegarkan serta termasuk Cendol dan ABC.




Jadi korang rasa mana yang korang nak makan dulu bila bulan puasa nanti. Kalau korang tanya harga kat sini ada banyak harga berbeza kena tengok betul-betul jangan tersalah pulak. 

Hari biasa Isnin - Jumaat 
> Harga walk-in
Dewasa RM45.90 / Kanak-kanak RM35.90

> Harga tempahan awal sebelum pukul 6 petang
Dewasa RM39.90 / Kanak-kanak RM29.90

Hari Sabtu dan Ahad
> Harga walk-in
Dewasa RM 54.90 / Kanak-kanak RM 44.90

> Harga tempahan awal sebelum pukul 6 petang
Dewasa RM49.90 / Kanak-kanak RM39.90

Group Booking Online
Dewasa RM499 (10pax) / Kanak-kanak RM35.00/pax

*Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma 




Jadi kalau korang rasa nak datang sini korang buat jer tempahan awal dengan hanya buat satu panggil telefon atau whatsapp kat mereka. Terus korang akan dapat harga yang murah tu. Bufet buka puasa kat sini akan bermula 8 Mei hingga 2 Jun 2019 dari pukul 6.30petang sehingga 9.30malam. Korang datang lah sebab harga sangat berbaloi bagi Maha. Selamat menjamu selera semua ok.  

Sebarang tempahan hubungi atau whatsapp:- 
016-509 8532 (Hotline)
016-920 8532 (Amy)
016-660 8532 (Farhan)






Legar Putra PWTC Menyajikan Lebih Daripada 250 Juadah Berbuka Puasa

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dengar jer ada lebih 250 jenis makanan korang rasa boleh ker kita makan semua tu dalam satu masa. Mustahilkan tapi kalau bulan puasa semua tu tidak mustahil. Tak tahu nak kata kita lapar sangat tidak juga tapi sebab mungkin godaan untuk makan tu lebih kuat dibulan penuh berkat.  


Tapi itulah yang disediakan oleh Legar Putra yang terletak di dalam bangunan PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra). Buka puasa kat tempat yang lagend dan juga menjadi simbolik kepada pepaduan Malaysia. Kalau selalu orang akan datang sini bila ada persidangan atau expo sahaja tapi sekarang sepanjang bulan Ramadhan korang boleh datang setiap masa untuk berbuka di sini.





Mengetengahkan konsep Citarasa Warisan pastinya masakan ala kampung yang menjadi lambang kebanggan kita rakyat Malaysia. Hidangan disediakan dari barisan chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Suzaini Mohamed Salih. Di antara menu yang bakal menawan selera tetamu adalah seperti Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk. Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.





Kalau sebut nama makanan tu rasa korang dapat banyang tak yang semuanya membuka selera orang Malaysia. Maha paling suka sekali makan Siput sedut dan juga Ikan Patin Tempoyak almaklumlah orang Pahangkan hehehe. Semua menu ini akan bertukat setiap minggu jadi korang kena cuba setiap minggu nak rasa semua hidangan ni. 






Bagi melengkapi semua hidangan ini mesti kena ada pelengkap sampingan yang juga boleh dinikmati bersama. Antara hidangan lain yang turut ditawarkan pada korang yang datang berbuka di sini adalah 14 jenis sambal pelbagai rasa, 13 jenis kerabu, 13 jenis ulam-ulaman segar,  8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin dan 6 jenis keropok. Itu sahaja dah banyak kalau letak semua dalam satu pinggan penuh rasanya hehehe.





Tak masuk lagi ni pilihan pelbagai jenis pencuci mulut atau manisan. Semasa bulan Ramadhan nanti akan ada lebih lapan jenis kuih-muih tradisi Melayu, pelbagai jenis kek modern, pai, jeli, Mouse & Pudding, bubur, biskut raya dan macam-macam lagi. Kalau korang rasa mengidam nak makan ketupat daun kelapa, ketupat daun palas dan juga lemang sebelum Hari Raya kena datang buka puasa sini meraka ada sediakan bersama dengan rendang daging dan serunding yang kena sangat.







Kat bahagian tepi mereka bina pula warung yang menyediakan minuman sejuk dan panas seperti Air Tebu, Air Mata Kucing, Air Sirap, Air Barli, Air Batu Campur, Aiskrim  dan minuman panas seperti Kopi Tarik dan Teh Tarik. Istimewa yang wajib ada kat sini adalah 'Craving Station' yang menyediakan Kambing Panggang setiap hari di bulan Ramadhan. Kambing panggang dihidangkan pula dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti telah air liur. 








Tu makanan kalau korang tanya harga mereka bagi promosi baucer Early Bird kalau korang berli sekarang sehingga 5 Mei nanti akan dapat harga hanya RM75.00 seorang. Baucer ni tiada had masa boleh guna sampai habis Buffet Ramadhan kat PWTC ni. Kalau korang beli waktu biasa akan dapat harga normal. 

Harga Buffet Ramadhan  
- Dewasa RM88.00 bersih seorang
- Kanak-kanak (6-12 Tahun ) RM45.00 bersih seorang
- Warga Emas (60 tahun keatas) RM75.00 bersih seorang
* Berkumpulan/koporat (100 orang) RM98.00 
   (Termasuk dewan khas, makan bufet, sistem audio, ruang solat khas dan flat-rate parking)  
    

Promosi untuk buka puasa kat sini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6.00petang hingga 10.00malam. Korang juga boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Trawih berjemaah bersama imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3 PWTC. Jadi tak ada masalah nak makan sepuasnya kat sini tapi jangan sampai tak daya nak solat sudahlah kan hehehe. 

Pembelian baucer atau tempahan boleh hubungi :-
Tel : 03-26146701 / 6702 
Online : Aplikasi Fave dan 11Street 
Walk in : Aras 2 PWTC (9.00pagi hingga 5.00petang)  







Rasa Klasik Dan Asli Masakan Melayu Untuk Iftar Ramadan Di The Everly Putrajaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan pihak The Everly Putrajaya juga memberikan anda satu lagi pilihan untuk berbuka puasa. Kali ni hotel mewah yang terletak di kawasan strategik tengah-tengah Putrajaya dengan dikelilingi pusat beli-belah dan kawasan rekriasi ini menawarkan juadah berbuka puasa yang lebih klasik dan rasa kampung yang asli. 


Bertempat di Fuze Restoran level lobby hotel ni korang boleh nikmati lebih daripada 100 jenis juadah untuk berbuka puasa. Semua menu ini akan sentiasa ditukar setiap minggu untuk memberikan pengalaman makan yang berbeza untuk setiap kali kunjungan korang ker sini. Hidangan tradisional Melayu yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut membuat korang rasa serba salah tak cuba semuanya. 






Sebelum-sebelum ni Maha pergi berbuka puasa di sini mereka masih mengekalkan konsep dengan pelbagai buah gerai yang menyediakan pelbagai hidangan utama seperti Kambing Golek, Roti Canai dan Murtabak, Shawarma, Nasi Kerabu, Laksa Pinang, Sup Utara, Mee dan Kueh Teow Goreng, Cekodok dan Cucur Asli serta banyak lagi gerai. 



Cuma tahun ini mereka menampilkan kelainan dimana ada satu gerai yang dipanggil Korean Conner menyerdiakan Ayam Goreng Ala Korea. Ayam goreng Korea ini disalut dengan sos yang sangat pedas bagi kanak-kanak Maha rasa tak sesuai tapi untuk orang dewasa ok lah. Kemudian ia dilimpahkan lagi dengan cheese leleh yang cair di atas ayam tu. Nak tahu korang kena datang sini memang akan suka punya. 









Kat bahagian makanan utama ada pelbagai lauk-pauk tradisi Melayu seperti Asam Pedas Ketam, Daging Salai, Sambal Paru, Ikan Masak Steam, Tahu Sumbat, Pucuk Paku Goreng Belacan, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi. Ini untuk makanan berat dan membuat kita rasa tak boleh bangun kalau makan banyak hehehehe semua sedap belaka. 








Bukan sahaja ada masakan Melayu dalam bufet mereka kali ini tapi juga ada masakan India, Cina, Nyonya dan Eurasia. Ini kerana mereka nak meraikan kepelbagaian masyarakat yang datang dari pelbagai negara seluruh dunia. Kalau kat bufet buka puasa ni tak ada pencuci mulut tak sah jugakan.









Tahun ini mereka membawakan gerai yang menyediakan Apam-balik panas dan rangup juga gerai membuat waffle. Semua ni mereka buat live depan mata tetamu yang bakal datang dan makan panas-panas. Juga pelbagai kuih-muih tradisi yang manis-manis boleh dinikmati di sini. Berganding pula dengan pelbagai kek dan puding modern. Maha suka buah-buahan dan jeruk-jeruk di sini kerana ia segar dan masih rangup tengok lah.  

Harga Iftar Ramadan The Everly Putrajaya
RM108.00 nett untuk Dewasa
RM54.00 nett untuk kanak-kanak dan juga warga emas

Tempahan awal sebelum 1 Mei 2019
RM98.00 nett untuk Dewasa
RM49.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas 

Selain dari pada menjamu selera korang kat sini juga akan dijamukan dengan persembahan nyanyian daripada DUWA Music. Kalau kat sini korang jangan risau tentang parking memang banyak kat bahagian bawah hotel. Juga kemudahan bilik air dan juga ruang solat yang besar memudahkan untuk korang menunaikan kewajipan rohani. Bufet ini akan bermula dari tarikh 9 Mei hingga 2 Jun 2019 dari jam 6:30malam hingga 10:00malam.   






Kalau yang datang atau nak buat majlis berbuka puasa beramai-ramai seperti syarikat, badan koporat atau keluarga yang besar korang boleh buka puasa khas di Bilik Banquet yang exclusive. Juga mereka ada sediakan pakej yang istimewa untuk siapa yang nak bermalam di hotel dan berbuka puasa sekali di sini. Kalau nak tahu semua tu boleh terus hubungi mereka. Korang kena datang tau best sini selesa. Selamat menjamu selera semua ok. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 6011-6318 6029
        03-88922921
        03-88922929 
E-mail : zikri.zuraimi@theeverlygroup com
              farah.hanis@theeverlygroup.com






Briyani Hari Ahad Dalam Periuk Tanah Liat Hanya di Restoran Barnana Leaf

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini yang tak sukan makan Nasi Briyani kalau ada tu memang dia hilang satu nikmat dunia. Ye lah makanan yang sangat sedap dan semua orang nanti-nantikan setiap kali dihidangkan pada majlis keraian atau majlis tertentu sahaja. Tapi kini boleh nikmati setiap hujung minggu sahaja di Restoran Barnana Leaf.


Korang mesti tak tahu kat manakan restoran ni sebab Maha sendiri mula-mula tak jumpa juga tapi kalau korang search kat Google Maps akan jumpa restoran ni terletak di Jalan Kamunting, Chow Kit. Paling senang nak cari korang tengok jer Hotel Red by Sirocco kat bangunan tu bahagian bawah adalah nampak restoran ni. 




Maha pergi hari tu mencuba mereka punya menu istimewa iaitu Briyani yang hanya boleh didapati pada hujung minggu sahaja. Kalau hari Ahad korang tak tahu nak makan apa boleh lah datang restoran ni dah nikmati Briyani Sri Lanka. Briyani mereka ini ada dalam 3 jenis iaitu Mutton Briyani harga RM24, Chicken Briyani harga RM18 dan Vegetable Briyani harga RM12

Mutton Briyani harga RM24

Chicken Briyani harga RM18 

Vegetable Briyani harga RM12

Kalau korang tanya Maha antara 3 ni yang paling suka adalah Chicken Briyani mereka memang dapat rasa ayam yang lembut dimasak dalam nasi dan rempah ratus resepi asli dari Sri Lanka. Pulak tu dihidangkan dalam periuk tanah liat yang terus mengekalkan kesegaran dan kepanasan nasi tu. Cuma hidangan yang asal untuk seorang makan adalah seperti dalam gambar bawah ni tau. Yang atas tu adalah untuk makan beramai-ramai sebab hari tu Maha datang dengan kawan-kawan blogger yang lain jadi mereka hidangkan dalam talam besar. 



Pada yang suka Briyani boleh cuba disini nak rasai kelainan antara Briyani Sri Lanka dan juga Briyani Malaysia sangat berbeza. Dihidangkan sekali dengan kuah kari dan juga kuah Dhal serta bawang hiris seperti dalam gambar tu. Layan makan tengah hari kat restoran ini. Ini kerana Briyani ni hanya dihidangkan Hari Ahad sahaja dari pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang


Sini korang tak perlu nak booking hanya datang walk-in dah ia konsep first come first serve jadi kalau habis tak sempat tu kena tunggu minggu seterusnya lah. Restoran ni kecil jer tak besar mana pun takut tak cukup tempat kalau datang lambat. Maha dan cuba korang bila lagi. Cuba jangan tak cuba ok. Selamat menjamu selera semua. 

Info lanjut layari :








Tuah Anak Muda Siti Jamumall Perkahwinan Tajaan RM500 Ribu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betul kata pepatah 'Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu'. Itu satu peribahasa yang boleh diberikan kepada gadis muda yang baru sahaja berusia 19 apabila majlis perkahwinan beliau mendapat tajaan bernilai RM500 ribu. Siapa beliau ini adakah selebriti atau pernah mendapat anugerah?.


Mesti ramai yang tetanya anak gadis bernama Siti Suriani atau nama glamor Siti Jamumall ni. Bagi pengusaha dan pengguna produk kosmetik atau produk-produk kesihatan dan fesyen dah sinonim dengan nama ini. Beliau adalah usahawan muda yang hanya pada mulanya suka-suka buat video dalam sosial media dan kini telah menjadi terkenal. Ini kerana niat mulia beliau membuat promosi produk usahawan lain secara ikhlas di sosial media sehingga viral kini dibalas semula.


Apabila ramai daripada pengusaha produk dan juga pemilik restoran atau makan mahu menjadi penaja kepada majlis perkahwinan beliau ini. Tajaan ini merangkumi daripada hari pre-wedding, majlis berinai, majlis pernikahan, majlis perkahwinan sehingga kepada pakej berbulan madu. 




Betul juga orang kata selalu kita nampak rezeki itu hanya dalam wang ringgit sahaja tapi sebenarnya tajaan majlis seperti ini juga adalah merupakan rezeki yang datang tanpa salah alamat. Maha bercerita ini kerana Maha sendiri mendapat jemputan ke majlis Meraikan Cinta dua mempelai ini yang berlangsung pada 7 April lepas bertempat di Laman Kayangan Shah Alam



Masa masuk dewan perkahwinan tu sendiri dah nampak gahnya majlis ini kerana semua cukup lengkap tersedia untuk meraikan raja sehari ini. Daripada pelamin dan dekorasi dewan yang ditaja khas oleh Wedding by Emma, siapa tak kenal selalu buat majlis perkahwinan artis-artis popular tanah air. Kemudian pula makanan yang sedap dalam tu juga semua mendapat tajaan.

Maha senaraikan semua vendor yang sudi menaja untuk majlis yang meriah ini.

VIP Menu dari Rumpun Selera
Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
Jamu dari Seri Lady Empire Resources
Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
Telekung dari Pretty Aini
Make-up Set dari Zacthira Navillionniza
Skaf dari Scarf by Mehrun
Printed Box dari Art Creation Printing
Perfume dari Luxe Essencia Resources

Pulak tu untuk kelengkapan raja sehari ini daripada busana yang mewah dan elegen pada hari persandingan ini ditaja daripada Dlia Jean Bridal Collection manakala kek yang tinggi melampai korang nampak tu juga ditaja oleh Mad About Cake (M.A.C). Bestnya kalau Maha kahwin nanti dapat macam ni juga hehehe bila lah tu yer wakakaka. 




Tadi Maha ada cakapkan yang pakej bulan madu mereke juga ditaja iaitu daripada Arwana Resort. Maha hari tu memang kenyang sangat sebab dapat makan makanana yang sedap-sedap daripada penaja makanan majlis terebut. Antara yang Maha sempat nampak adalah Apam Balik daripada The Vaggies, Pasembok Penang daripada Jocker Cendolz, Otak-otak daripada Fadli, satay daripda Satay Ros dan banyak lagi. Dalam tu pula ada banyak booth airkrim antaranya aiskrim potong daripada Icely Aiskrim Potong, booth Khairul Aiskrim dan booth AA Ice Cream







Kalau korang nak tengok gambar-gambar menarik sepanjang berlangsungnya kemeriahan majlis perkahwinan yang grand ni boleh layari laman Facebook Jamumall.com. Sebab Siti Jamumall ni dulu menjadi promoter atau host untuk produk-produk dalam Jamumall.com ini. Ramai selebriti dah mengunakan perkhidmatan Siti Jamumall ni antaranya Che Ta, Faizal ismail, Shuib, Sarah Raisudin, Sherry Ibrahim, Shahrul Ridzuan dan Lana Nordin.

Sempat bergambar dengan CEO Jamumall.com En. Khairul Nizam

Maha nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Siti Jamumall dan pasangan Syafiq yang juga sama muda ni moga terus kekal melayari bahtera rumah tangga dengan aman dan bahagia. Moga dikurniakan cahaya mata yang comel dan soleh. Juga terus berjaya dalam kerjaya yang beliau ceburi sekarang ini. Selamat Pengantin Baru. 






  

Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Bufet Iftar Di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Untung sangat lah kalau duduk kat KL ni sebab apa bila tiba bulan Ramadan tak perlu risau nak pergi mana-mana untuk berbuka yang penting kita mampu jer hehehe. Macam kat Seri Pacific Hotel ni mereka juga tidak melepaskan peluang menjamu semua tetamu dengan makanan tradisi zaman ke zaman.


Tahun ini mereka membawakan pula pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 buah negeri seluruh Malaysia termasuklah Wilayah Persekutuan. Di antara makanan dari negeri yang popular di Malaysia seperti Pahang terkenal dengan Patin Masak Tempoyak, Ayam Percik Kuah Putih dari Kelantan, Asam Pedas Ikan Pari dari Melaka, Udang Rendang Daun Kunyit dari Perak, Telor Itik Masak Lemak dari Negeri Sembilan, Nangka Masak Lemak dari Johor, Ayam Pongteh dari Pulau Pinang , Terong Goreng Belacan dari Perlis dan banyak lagi. 








Dari Utara sampai Selatan, dari Timur ke Barat semua ada mewakili negeri masing-masing. Di samping itu juga, terdapat juadah-juadah kesukaan masyarakat majmuk di Malaysia seperti makanan ala barat, Jepun, Cina dan India. Itu mesti barulah dikatakan hidangan pelbagai bangsa. Kalau datang rambang mata dibuatnya.






Selain daripada itu juga ada lagi makanan lain yang juga diminati oleh orang Malaysia melalui gerai-gerai yang mereka bina disekeliling kolam renang. Sambil ambil makan boleh melihat pemandangan indah kat situ. Antara gerai yang ada seperti Gerai Fried Kway Teow Teluk Anson, Warong Mee Padang Tembak, Gerai Sushi Abang Sai, Gerai Sup Gear Box 'Power' dan Sup Ekor Bakar, Gerai Shell In Pantai Remis, Gerai Kambing Bakar Abang Burn, Gerai Chennai Banana Leaf Uncle Chandra, Warung Air Bro Aziz dan Gerai Ais Kacang Kg. Ulu.







Tu belum masuk station untuk pencuci mulut pulak ada lebih daripada 50 jenis pemanis yang buat korang tak senang duduk. Korang boleh pergi bahagian Puding dan Tart, Jelly Station yang ada lebih daripada 15 jenis, kaunter kek ada pelbagai perisa semua menarik dan tertarik, bahagian aneka kuih-muih tradisi Melayu seperti Tepung Talam, Keria, Renggas, Ketayap dan banyak lagi. Juga kena pergi bahagian bubur manis yang ada seperti Pengat Ubi, Bubur Kacang Hijau, Pengat Pisang dan banyak sangat.








Tak masuk lagi buah-buahan segar yang korang mesti nak makan jugakan lepas melantak semua makanan berat hehehe. Semua hidangan ini tidak dihidangkan dalam sehari ia akan ditukar setiap minggu untuk memberi variasi kepada pengunjung. Korang kena lah cuba setiap minggu nak merasai kelainan makanan di sini. 


Bufet iftar kali ini mereka adakan di tingkat 4, Atrium sehinggalah ke kolam renang dan juga dalam Restoran Zende di aras lobi hotel. Jadi ia lebih meluas serta merangkumi semua bahagian bawah hotel tersebutlah senang cite. 

Harga bufet
Pembelian baucer sebelum 15 April 2019
RM90.00 bersih untuk Dewasa
RM45.00 bersih untuk Kanak-kanak (5-12 tahun)

Baucer biasa selepas 15 April 2019
RM120.00 bersih untuk Dewasa
RM60.00 bersih untuk Kanak-kanak (5-12 tahun)







Kalau korang nak datang hotel ni dengan cara lebih mudah menaiki pengankutan awam seperti LRT turun stesen PWTC atau naik KTM Komuter turun kat Stesen Putra. Naik bas atau Grab juga sangat dialukan nak elak kesesakan sebab sini kawasan tumpuan bila bulan puasa nanti. Kemudahan surau untuk solat juga pihak hotel sediakan jadi tak perlu makan tergesa-gesa relax dan santai sahaja ok. Selamat menjamu selera semuanya. 

Tempahan dan juga promosi lain hubungi :-
Tel : 03-40425555








Selera Kampung Ramadhan Di Nate Bistro Ara Damansara Memukau Nafsu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu Maha update pasal bufet Ramadan di hotel-hotel besar dan juga dewan besar yang mewah. Tapi kali ini Maha nak bawa korang mencuba menu untuk berbuka puasa dengan konsep Selera Kampung Ramadhan daripada Nate Bistro yang terletak di Centum @ Oasis Corporate Park Ara Damansara.


Sekali dengar nama restoran ni korang mesti ingat ia menyajikan hidangan barat atau juga steak. Tapi tidak sebenarnya Nate Bistro ini adalah restoran masakan Melayu tradisional sepenuhnya. Begitu juga dengan bulan puasa nanti mereka akan sajikan lebih 50 juadah makanan tradisi yang akan bertukar setiap hari sepanjang bulan Ramadhan nanti.







Kalau dah sebut selera kampung mesti akan ada masakan kampung yang popular seperti Ayam Ungkep, Paru Berlado, Kuzi Kambing, Ayam Masak Sumur, Patin Sulur Keladi Asam Tempoyak, Kangkung Belacan, Sambal Udang Petai, Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi, Buncis Goreng, Daging Palembang, Kari Ayam Minang, Pajeri Terung, Labu Dan Pucuk Manis Masak Lemak, Sayur Goreng Jawa dan Rendang Ayam.







Ni semua menu masakan utama yang wajib kena cuba sebab masih dapat rasa keaslian masakannya. Boleh makan bersama dengan nasi putih atau juga nasi impit yang disediakan. Selain itu juga ada lagi kat bahagian Gulai Kawah, Asam Pedas Ikan Pari dan juga Ayam Goreng Berempah dalam kuali besar dimasak panas-panas.






Terdapat bahagian menyediakan ikan bakar yang mengharumkan dalam satu restoran tersebut boleh makan dengan kuah asam. Dilengkapi lagi juadah buka puasa kali ini dengan pelbagai jenis kerabu antaranya ada Kerabu Pucuk Paku dan Taughe, Kerabu Mangga, Ikan Masin, Ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal yang memikat. Tak ketinggalan masakan kampung kena ada Pecal makan bersama Telur Masin memang ini terbaik lah pasti ramai akan suka.





Juadah untuk meraikan orang berpuasa ini kena ada sesuatu yang manis selain daripada buah kurma kat sini mereka ada pelbagai juadah pencuci mulut tradisi seperti Pengat Pisang, Kuaih Koci, Popiah Sambal, Kuih Seri Muka, Tapai Pulut, Kiuh Kole Kacang dan banyak lagi. Juga ada beberapa pencuci mulut modern yang memberikan lebih banyak variati kepada pelanggan yang datang nak berbuka puasa di sini.








Kebanyakan pekerja dan juga penduduk di area ini memang dah kenal akan restoran ini kerana kalau hari biasa mereka menyajikan lauk-pauk nasi campur. Dalam bulan puasa ini pun masih sama tapi ia akan dibuka dari pukul 7.00 malam hingga pukul 10.00 malam bermula tarikh 6 Mei hingga 1 Jun 2019 sahaja. 

Harga buka puasa

Early bird sebelum tarikh 4 Mei 2019
RM55.00 nett setiap orang dewasa

Harga Walk- in 
RM65.00 nett setiap orang dewasa 
*Percuma untuk kanak-kanak di bawah 7 tahun







Jangan risau kalau korang tengok ia cuma restoran yang kecil tapi dalam tu mampu untuk memuatkan lebih daripada 200 orang pelanggan yang datang dalam satu-satu masa. Juga terdapat bilik solat khas untuk jemaah lelaki dan wanita yang nak menunaikan solat Maghrib dan juga Isyak sebelum sambung semuala makan sehingga kenyang.   

Tempahan dan pertanyaan tentang pakej buka puasa di ini sila hubungi : 
Tel : 03-76802840







       

Sajian Melayu Asli Di TrEat Restaurant Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih banyak lagi bufet untuk menyambut Ramadhan yang tak berapa lama jer lagi dah Maha bagi korang pilihan nak yang murah, exclusive dan juga hidangan yang banyak mana korang nak pilih sahaja. Seperti mana kat satu lagi hotel kali ini Maha bawakan kepada korang Oakwood hotel & Residence Kuala Lumpur. Maha pernah pergi bermalam kat hotel ni korang boleh baca post sebelum ini. 


Ramadan yang akan datang hotel ini juga menyediakan bufet untuk berbuka puasa dengan tema Sajian Melayu Asli. Keistimewaan masakan Melayu di sini ia disediakan dari resipi keluarga yang telah diturunkan dari generasi ke generasi. Hidangan Melayu ini sangat kuat dari segi rasa, kepedasan dan aromatik yang tergabung dari bahan herba dan rempah-ratusnya.






Semua hidangan Melayu asli boleh didapati di sini seperti Gulai Kawah, Kari Kepala Ikan, Sup Gear Box, Ketam Goreng Bercili, Dalcha Kambing, Sotong Kicap Pedas dan pelbagai jenis Kerabu yang dihasilkan sendiri daripada chef profesional mereka. Kalau tanya Maha apa yang paling suka makan buka puasa kat sini korang kena cuba mereka punya seafood bakar memang terbaik ada sotong, ketam, udang dan ikan yang segar-segar. 









Terdapat juga sembilan jenis gerai yang dibangunkan mengelilingi kolam renang dengan buat demi masakan secara langsung seperti station Mee, Satay, Lemang & Rendang, pelbagai jenis gorengan, Ikan Bakar, Roti John, Burger, Buah-buahan segar, pelbagai jeni minuman menyejukkan dan juga station Cendol Durian yang sangat digemari ramai. Juga didalam restaurant mereka ada pelbagai jenis pencuci mulut daripada yang tradisi kepada yang modern dan menyelerakan.






Harga pembelian awal sebelum 3 Mei 2019 
RM68.00 nett untuk dewasa
RM34.00 nett untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas

Harga walk-in bufet 
RM75.00 nett untuk Dewasa
RM38.00 nett untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas








Para tetamu yang bermalam dihotel boleh menikmati pula bufet Buka Puasa ini dengan diskaun 20% dan beli secara kumpulan besar juga boleh dapat keistimewaan diskaun dengan pembelian untuk 8 orang akan dapat seorang percuma. Bufet di sini akan bermula dari 10 Mei hingga 2 Jun 2019 dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :- 
Tel : 03-2720 3827 (Direct Line) 
E-mail : fnb.event@oakwood.com
  






Makan Seperti Restoran Dalam Drama Korea Di SeoulNami Korean BBQ

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang yang peminat dan penonton setia drama Korea selalu melihat pelakon mereka akan makan dalam sebuah restoran dengan konsep di mana daging, makanan laut, dan makanan lain dimasak di depan meja makan. Mereka akan memanggang sendiri setiap daging dan juga makanan mengikut citarasa yang dikehendaki. 


Sekarang ini korang boleh merasai suasana makan seperti dalam drama tu hanya di Malaysia sahaja. Sebab Maha dan pergi makan kat restoran seumpama itu di The Gardens Mall. Restoran tersebut adalah SeoulNami Korean BBQ yang terletak di level 1 mall ini. Tak perlu risau kerana restoran ini mesra muslim dan diilhamkan orang tempatan untuk memenuhi kehendak makanan Korea di Malaysia. 




Bagi korang yang suka memasak live depan mata dan makan makanan yang panas-panas wajib cuba datang sini. Restoran ini menyajikan BBQ Korea dengan arang di panggang di atas meja. Kat sini terdapat pelbagai jenis makanan istimewa Korea untuk dipilih. Korang boleh makan daging, makanan laut, mee yang sangat pedas hingga ke pencuci mulut. Bagi memulakan hidangan mereka akan melayani korang dengan salad segar, kimchi, dan juga telur kukus. Telur kukus ni wajib memang mereka akan hidangan dan masak depan korang.

Telur kukus 

Honey Butter Chicken - RM59.00

Ganjang Chicken - RM59.00


Hidangan sampingan dan sos boleh diisi semula kalau korang rasa tidak cukup. Hidangan utama mereka adalah Famous Chuncheon Chicken ikonik dari Korea Selatan! Ayam chuncheon boleh didapati dalam empat perisa rempah tapi yang Maha makan hari tu ada dua iaitu Honey Butter Chicken dan Ganjang Chicken

Beef Platter - RM119.00



Ayam ini akan dipanggan di atas arang mengikut kehendak kita lah. Lepas tu balutkan ayam panggang dengan salad segar dan ditopping dengan sos. Tapi kalau korang nak makan macam tu sahaja pun dah cukup sedap ayang ni kerana dapat rasa perapan rempahnya. Selain ayam korang boleh juga ambil Beef Platter yang ada 3 jenis hirisan daging. Itu pun korang kena panggan atas arang. Ikut citarasa nak masak berapa lama janji korang makan masa ia masih panas-panas baru urhmmm.

Spicy Octopus - RM39.00

Fist Rice - RM29.00


Fire Ramyeon - RM39.00

Kalau yang suka panggang makanan laut korang boleh pilih Spicy Octopus macam yang Maha makan ni. Cuma sotong ni tak perlu panggang lama nanti ia akan liat macam getah. Semua ni korang boleh makan dengan pilihan antara Fist Rice dan Fire Ramyeon. Kedua-dua memberi kelainan rasa kerana yang nasi gumpal tu sangat lembut sebab beras merekakan macam pulut sikit kenyal-kenyal. Kemudian yang Ramyeon tu sangat pedas ok bagi orang tak tahan pedas jangan cuba memang berapi tapi masih sedap dinikmati.



Kimchi Trio - RM29.00

Kalau restoran Korea tak ada kimchi tak sahkan tapi kat sini ada 3 jenis Kimchi Trio iaitu Fresh, Fried dan Smoke. Orang suka Korea ni memang akan suka Kimchi ni lah hehehe Maha kurang sikit tapi bolehlah makan lagi. 

Binggrae Banana Uyu Colada (Rm24.00), Fizzy Sour Plum Cooler (RM19.00),  Out-of-This-World Lemonade (RM24.00) dan Sparkling Orange Cream Soda (RM19.00)

Bila dah makan pedas-pedas dan panas-panas nak kena ada minuman yang segar dan juga menyejukan baru padan. Kat sini mereka ada 4 jenis pilihan signature drink iaitu Out-of-This-World Lemonade, Binggrae Banana Uyu Colada, Sparkling Orange Cream Soda dan Fizzy Sour Plum Cooler. Paling ramai orang suka adalah yang sour plum tu memang sangat kena dengan makanan Korea. 

Charcoal Burnt Cheesecake - RM12.00

Akhir sekali korang kena cuba Charcoal Burnt Cheesecake mereka. Cheesecake ini dimasak dalam arang, di bawah gril semasa korang memanggan daging dan ayan tadi. Setelah lebih kurang 10minit keluarkan dari arang tadi dan makan panas-panas sangat sedap menyelerakan. Maha suka ok boleh habis 2 bekas cheesecake tu hehehe. 


Restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi boleh bila-bila masa jer nak nikmati hidangan di sini. Maha rasa nak repeat makan kat sini lagi hehehe walaupun tak berapa minta drama Korea tapi makanan mereka ada rasa yang berbeza. Sekali sekala nak makan hidangan yang sihat kena datang ker restoran SeoulNami Korean BBQ.

Promosi dan juga menu lain layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Dari Adunan Hingga Ke Sos Semua Buatan Sendiri Di Atlas Pizzeria

$
0
0
Salam sejahatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang suka pizza Maha ada satu tempat untuk nikmati pizza original yang dihasilkan sendiri daripada menguli adunan tepung sehingga kepada penghasilan sos tomato dan bahan segar di atas pizza semua mereka buat sendiri. Itu keistimewaan restoran Atlas Pizzeria yang terletak di Level B1 Shoppes at Four Seasons Place KL. Kalau korang nampak bangunan Robinsons kat dalam tu lah teletaknya restoran ini betul-betul sebelah KLCC tu.  




Sekarang ni pula mereka tengah ada promosi pizza 'Half and Half' dimana korang boleh dapat dua jenis topping dalam satu pizza. Maksudnya korang boleh pilih dua rasa pizza dan mereka akan masak dalam satu doh pizza. Macam yang Maha cuba ini iaitu gabungan antara pizza Hot White Chicks dan juga Killing Me Softly. Nama pizza sini pun diilhamkan oleh chef mereka ada macam-macam nama daripada tajuk lagu kepada nama bandar.  

Hot White Chicks (RM24.00) dan Killing Me Softly (RM24.00)

Dua pizza yang Maha cuba ini memang lain sangat dimana doh mereka yang nipis dan lembut. Topping white chicks tu ada lima sosej ayam bersama dengan bawang, capsicums, pecorino dan mozarella cheese. Manakala yang tajuk lagu tu Killing Me Softly topping kat atasnya ada istimewa crispy soft shell crab. Bila korang gigit dapat rasa ketam yang rangup dan juga cheese yang meleleh.   



Satu lagi ni juga tergolong dalam golongan pizza juga tapi rupanya lain sikit dipanggil Truffle. Namaya 24K Truffle Magic dan didalamnya penuh dengan cendawan dan juga limpahan cheese. Paling win adalah biji truffle tu yang susah nak dapat kat tempat lain. Kenyang kalau nak makan sorang jadi order pizza dan truffle ni boleh kongsi untuk 2-3 orang makan.

24K Truffle Magic - RM65.00


Kalau nak lagi tambah makanan tak cukup dengan pizza dan truffle korang boleh order mereka punya Salted Egg Soft Shell Crab Pasta yang terbaik. Menu ni memang Maha boleh bagi double thumb-up sebab bukan sahaja ketam lembut yang digoreng garing tapi juga sos telur masin yang pekat dan melekat kat tekak rasa nak jilat pinggan sedapnya. Dalam tu juga mereka tak kedekut bahan seperti scallop dan juga sotong yang banyak. Ini boleh habis makan seorang satu mangkuk tu.

Salted Egg Soft Shell Crab Pasta - RM38.00


Ehh Maha terlangkau lak mereka punya appetizer biasa kalau makan kat restoran macam ni mesti mereka ada pelbagai koleksi salad segar sebagai pembuka selera. Hari tu Maha order Chicken Bacon & Quinoa Salad dan juga Ahi Tuna & Taleggio Cheese. Kalau korang tak tahu apa tu boleh baca description dalam menu atau bertanya dengan pelayan mereka sebab sangat ramah mesra. Hari tu Maha pun minta cadangan daripada pelayan mana yang best dan specialties kat restoran ni.

Chicken Bacon & Quinoa Salad - RM28.00  

Ahi Tuna & Taleggio Cheese - RM39.00

Akhir sekali Maha tutup makan dengan pencuci mulut iaitu Burnt Cheesecake with Vanilla Ice Cream. Cheesecake mereka ni sejuk dan sangat pejal tak macam cheese cake biasa di luar sana. Juga minuman hari tu Maha order Smoothies Apple of my Eye dan juga Mocktails St. Berries. Dua-dua ni sangat segar dan menyegarkan lepas makan semua yang bercheese kat sini. 

Burnt Cheesecake with Vanilla Ice Cream - RM25

Smoothies Apple of my Eye (RM22.00) dan Mocktails St. Berries (RM25.00)

Bagi Maha suasana dalam restoran Atlas Pizzeria ini sangat selesa dan juga korang akan berada di suatu restoran luar negara tapi masih boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia. Semua tukang masak kat sini adalah muslim jadi korang tak perlu risau untuk makan sebab masa Maha datang tu pun ramai juga yang datang makan sini. 



Restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam jadi boleh lah untuk makan tengah hari, minum petang atau juga makan malam kat sini semua ada. Selamat menjamu selera semua dan nanti dah datang cuba jangan lupa tag Maha ok kita tengok selera korang pula macam mana yer.  

Info dan promosi lain boleh layari : 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5    

     



Feebay.Co Konsep Grab And Go Tapi Masih Ada Menu Tradisional Melayu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalunya makanan yang terdapat kat kafe mesti makanan yang simple dan mudah untuk dinikmati hanya perlu pergi kaunter bayar dan makan. Itulah cara hidup warga kota terutamanya kat Kuala Lumpur ini. Tapi ada ker kalau kafe macam ni menyediakan juadah makanan tradisi Melayu seperti nasi dan lauk pauk.


Kalau ada pun mungkin sandwich atau juga makanan ringan seperti kuih muih betul tak. Tapi percaya atau tidak sekarang ni ada sebuah kafe yang menyajikan hidangan Melayu klasik untuk konsep Grab and Go ni. Lebih senang macam konsep layanan tingkap di mana pelanggan akan membuat pesanan, bayaran, dan mengambil makanan tanpa perlu masuk ke dalam kafe.




Itu lah yang menariknya di Feebay.Co yang terletak di dalam Avenue K. Kafe ini baru sahaja beroperasi di sini. Nama Feebay.Co adalah daripada olahan perkataan Coffee Bay. Dekorasi luaran kafe ini penuh gaya modern dan lebih segar. Selain daripada boleh beli dan bayar untuk mereka yang nak cepat, di sini juga ada sediakan ruang dinning di tingkat atas.


Kalau korang datang kat sini boleh tengok susunan anak tangga untuk naik ke tingkat atas kafe ini. Style konsep macam kat dalam stadium boleh duduk kat tangga ni untuk nikmati makan atau boleh makan diruang atas yang luas dan selesa. Ini semua adalah idea pemilik kafe ini yang direalisasikan oleh jurureka dalaman 6ix Design Office yang berpengalaman di Melbourne, Australia


Tu baru saja Maha cite pasal konsep kafe ini tapi tak masuk lagi makanan. Macam Maha cakap tadi yang kafe ini bukan sahaja ada makanan simple tapi juga makanan yang mengabungkan ciri-ciri tradisional dan barat serta fusion. Kalau korang tak percaya boleh datang sini ada lebih daripada 25 menu yang menarik. Paling mengejutkan Maha bahawa kat kafe ini ada menghidangkan Nasi Ikan Patin Temerloh.

Nasi Ikan Patin Temerloh - RM23.00

Ikan Patin ini mereka dapatkan daripada supplier di Temerloh. Maha sendiri orang Pahang boleh terima masakan Ikan Patin Tempoyak mereka ini kerana ia sangat cukup rasa daripada tempoyak cuma kepedasan itu telah dikurangkan untuk memenuhi kehendak pelanggan mereka dari pelbagai bangsa di sini. Selain itu juga kat sini ada Ikan Patin Goreng dan juga Paih Ikan Patin

Nasi Lemak Ayam Rempah - RM19.00

Kalau yang tak makan ikan sungai macam ni boleh cuba mereka punya signature dish iaitu Nasi Lemak Ayam Rempah. Bagi Maha nasi lemak ini sangat cukup rasa santannya dan juga sambal seperti makan nasi lemak di kampung-kampung. Kalau yang suka nak Grab and Go mereka sediakan Nasi Lemak Bungkus boleh sambil lalu nak pergi pejabat beli jer dan boleh makan kat pejabat. 

 Chicken Mariposa - RM22.00

Chao Praya - RM20.00

Pelanggan mereka selalu juga makan tengah hari kat sini dengan makanan barat fusion seperti Chao Praya, Chicken Mariposa dan Shell Pesto Pasta With Grilled Chicken. Menu ini semua adalah ilham daripada pengalaman chef mereka bertahun-tahun mengembara luar negara dan menghasilkan semua hidangan unik ini. Bagi Maha ia kena cuba kerana lain daripada lain dan tiada kat tempat lain hanya di sini sahaja.

Shell Pesto Pasta With Grilled Chicken - RM24.00

Ada juga makanan finger food yang mudah tapi juga kesedapan terasa seperti Briyani Chicken Wings dan juga Gyoza Enoki. Korang pernah bayang yang kepak ayam diperap dengan rempah briyani dan kemudian digoreng rangup dan dicicahkan dengan sos briyani. Kemudian yang gyoza tu adalah kulit dumpling yang digunakan dan intinya adalah cendawan dan juga tauhu bersama sos hoisin. Nak tahu macam mana rasa kena cuba sendiri memang menjilat jari punya.

Gyoza Enoki - RM14.00

Briyani Chicken Wings - RM13.00

Kalau minuman kat kafe ini ada Barista mereka sendiri yang memang terlatih untuk menghasilkan beberapa minuman seperti Nitro, Coklat, Kopi, Teh Hijau dan juga jus segar. Selain itu juga minuman seperti mocktail dan soda berperisa juga terdapat di sini. 

Raspberry Thrill - RM13.00

Feebay.Co ini juga ada dua lagi cawangan lain iaitu HQ mereka di Sunway Nexus, cawangan kedua di Publika dan yang ketiga ini di Avenue K ini. Kafe ini beroperasi seawal jam 8.30 pagi untuk pelanggan yang bekerja sekitar menikmati sarapan pagi dan kopi panas. Sambil lalu untuk ke pejabat dan beli makanan di sini terus masuk kerja sangat cepat. 

Macchiato - RM9.00

Burnt Cheesecake

Kafe ini di bahagian atas ada ruang dinning yang bukan sahaja boleh makan tapi boleh lepak-lepak bersama kawan-kawan atau layan internet dan main game. Korang boleh order minuman dan makanan sambil tu boleh sembang-sembang bersama. Mereka juga ada sediakan ruang exclusive yang tertutup untuk siapa-siapa nak buat private event seperti harijadi, majlis koporate, launch produk dan banyak lagi. 



Maha sampai sana pun sendiri kagum dengan kafe ini kerana membawa kelainan daripada segi dekorasi tapi masa sama masih membawakan makanan tempatan yang pelbagai rasa dan keunikannya. Nanti kalau korang datang beli-belah kat mall yang ada kafe ini boleh lah datang singgah dan cuba semua makanan mereka. Maha dah pergi dan korang bila lagi. Selamat menjamu selera semua ok.

Promosi dan juga senarai menu boleh layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5





   

Panduan Untuk Membeli BTO Pertama Anda

$
0
0
Terdapat banyak HBD yang boleh dijual dan disewa di Singapura, seperti HDB Toa Payoh for sale and for rent. Adakah anda merancang untuk membeli BTO dan memasuki satu lagi peristiwa penting dalam hidup? Anda sering mendengar tentang orang-orang yang mengadu tentang kerja membosankan dan proses yang remeh untuk mendapatkan flat BTO. Jangan bimbang, terus membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh memohon BTO secara lancar dengan proses yang melambatkan.


1. Pertama sekali, anda perlu menilai eligibility anda untuk membeli flat BTO.

2. Selepas memenuhi syarat untuk membeli flat BTO, anda boleh mula mencari flat BTO di sekitar kawasan yang anda inginkan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda dari segi lokasi atau yang lain, dan cuba mengundi untuk BTO rata dalam talian. Tunggu dengan sabar kerana anda perlu menunggu lebih kurang sebulan untuk mengetahui sama ada anda telah berjaya atau gagal membuat undi untuk flat BTO.

3. Ketiga, anda perlu mendapat Approval in Principle (AIP) dari bank yang anda inginkan jika anda memerlukan pinjaman bank. Alternatif lain ialah anda boleh memohon surat HDB Loan Eligibility (HLE) jika anda memerlukan pinjaman HDB. Perbezaan antara Pinjaman HDB dan pinjaman bank ialah Pinjaman HDB adalah 90% LTV manakala pinjaman bank hanya 80% LTV. Pinjaman HDB juga membolehkan anda membayar untuk bayaran pendahuluan yang lebih rendah, namun, pinjaman HDB menawarkan kelonggaran yang kurang. Bagi pinjaman bank, ia memerlukan bayaran pendahuluan yang lebih tinggi tetapi datang dengan fleksibiliti yang lebih besar. Sila berhati-hati bahawa pengesahan untuk HLE hanya 6 bulan. Maklumat lanjut mengenai cara untuk memohon boleh didapati di sini.

4. Seterusnya, setelah mendapat notifikasi mengenai kesungguhan anda untuk flat BTO, anda boleh mula mencari bantuan yang diberikan dari Geran Perumahan Khas (SHG) dan Geran Perumahan Tambahan (AHG). SHG adalah subsidi perumahan yang merangkumi keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dengan geran antara $ 5,000 hingga $ 20,000, tertakluk kepada pendapatan pembeli. Bagi AHG, ia adalah satu skim yang bertujuan untuk membantu rakyat Singapura yang berpendapatan rendah membeli flat pertama mereka dengan geran antara $ 5,000 hingga $ 40,000, tertakluk kepada pendapatan pembeli. Untuk layak mendapat geran AHG, pendapatan isi rumah anda tidak boleh melebihi $ 5,000 sebulan, untuk tempoh 12 bulan sebelum permohonan anda untuk flat. Anda kemudian akan dijemput oleh orang HDB yang bertanggungjawab untuk memilih flat yang dikehendaki dan membuat pembayaran untuk Pilihan Beli (OTP). Sekali lagi, perhatikan bahawa masa menunggu adalah lebih kurang 2 bulan hingga 3 bulan antara tempoh undi yang berjaya dan memilih rata.

5. Selepas 2 atau 3 bulan, anda boleh menandatangani perjanjian pajakan. Anda juga dikehendaki membuat pembayaran untuk bayaran pendahuluan, yuran penghantaran dan duti setem.

6. Akhir sekali, duduk dan tunggu untuk mendapatkan kunci selepas selesai flat BTO anda.


Approval in Principle (AIP). AIP adalah pinjaman dari bank yang anda mahukan untuk menjanjikan anda mengikut gaji bulanan anda, nisbah pembayaran hutang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, AIP ini hanya sah selama sebulan dan hanya terpakai kepada pinjaman bank. Kedua, undi. HDB atau BTO menggunakan sistem berkomputer untuk proses pengundian untuk menentukan kedudukan beratur untuk mendapatkan flat tersebut. Ingat bahawa setiap individu mempunyai peluang yang berbeza untuk mengundi. Sesetengah pemohon mempunyai peluang yang lebih baik dan ada yang tidak bergantung kepada jenis pemohon (pemohon biasa / orang awam, skim keutamaan anak yang berkahwin - dekat ibu bapa / anak yang sudah berkahwin atau skim keutamaan anak yang berkahwin dengan ibu bapa / anak yang sudah berkahwin).

OTP adalah dokumen yang menyelamatkan hak anda untuk membeli flat. Walau bagaimanapun, mendapat permintaan OTP deposit yang dikenali sebagai fi pilihan. Bagi 4 atau 5 bilik eksekutif rata, OTP berharga $ 2,000, 3 bilik tidur flat berharga $ 1,000, 2 bilik tidur flat berharga $ 500 dan pangsapuri studio berharga $ 250. Sekiranya mendapat sokongan membeli flat, yuran pilihan akan dibatalkan kecuali ada sebab yang baik untuk membuat keputusan untuk tidak membeli flat. Anda kemudian perlu menulis surat kepada HDB untuk meminta bayaran balik, tetapi tanpa jaminan.

Selepas itu, yuran pengangkutan dan bayaran pendahuluan. Yuran penyaluran adalah dokumen kerja yang sah yang melibatkan anda apabila anda membeli rumah. Contohnya, jika anda menggunakan pinjaman HDB, $ 30,000 pertama adalah $ 0.90 untuk $ 1,000, seterusnya $ 30,000 ialah 72 sen untuk $ 1,000 dan jumlah berikut melebihi $ 60,000 adalah $ 0.60 per $ 1,000. Yuran penyaluran juga boleh dibayar melalui CPF anda. Bagi bayaran pendahuluan, jumlah yang anda perlu bayar adalah secara tunai. Bagi bank, bayaran adalah 20% dari harta tersebut. 15% dari 20% boleh dibayar melalui CPF atau pinjaman perumahan. Walau bagaimanapun, 5% terakhir penilaian perlu dibayar melalui tunai. Bagi pinjaman konsesi HDB, bayaran pendahuluan adalah 10% daripada penilaian hartanah. Di samping itu, semua 10% boleh dibayar melalui CPF atau geran perumahan.


Sebelum saya membuat kesimpulan, adalah penting untuk mengetahui bahawa terdapat perbezaan antara pinjaman bank dan pinjaman HDB. Untuk memudahkan anda memahami, perbezaan utama antara pinjaman bank dan pinjaman HDB adalah seperti berikut:

a. Pinjaman HDB dapat membiayai sebanyak 90% daripada penilaian manakala untuk pinjaman bank, ia dapat membiayai sehingga hanya 80% daripada penilaian.

b. Pinjaman HDB mempunyai faedah tetap sebanyak 0.1% di atas kadar SPF semasa, iaitu kira-kira 2.6%, untuk keseluruhan tempoh pinjaman, manakala untuk pinjaman bank, faedah tidak ditetapkan. Walau bagaimanapun, lebih murah, kira-kira 1.7%.

c. Pinjaman HDB biasanya mempunyai tempoh maksimum 25 tahun manakala pinjaman bank dapat membenarkan pelanjutan tempoh pinjaman melebihi 25 tahun. Walau bagaimanapun, ini akan menghasilkan jumlah yang lebih besar untuk bayaran pendahuluan.

Kesimpulannya, langkah-langkah untuk mendapatkan unit BTO bukanlah menyusahkan, dengan syarat anda mengikuti panduan dan merancang untuk mengelakkan diri daripada masalah yang tidak perlu. Anda boleh memahami lebih lanjut tentang proses mendapatkan flat HDB dengan membaca guide to buying a new HDB flat.







Essentiale Merayakan Hari Hati Sedunia Dengan Kempen 'The Silent Hero in You'

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hati adalah organ kedua terbesar di dalam badan manusi, tetapi kepentingannya sering diabaikan. Bersempena dengan Hari Hati Sedunia 2019, Essentiale®, jenama penjagaan hati No.1* terkemuka di dunia melancarkan kempen kesedaran bertemakan "The Silent Hero in You". Kempen ini bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan kesihatan hati sambil menggesa para pengguna untuk menjaga shati mereka. Organ ini diam-diam melaksanakan lebih daripada 500 fungsi setiap hari, supaya kita dapat menjalani kehidupan normal.


Terdapat salah fahaman umum bahawa hanya mereka yang mengambil alkohol, sering kali makan berat atau makan berlebihan mudah terdedah kepada kesihatan hati. Kebenaran adalah, individu yang tidak menjaga hati mereka juga boleh terdedah kepada risiko Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD). NALFD disebabkan oleh pengumpulan lemak dalam sel-sel hati akibat gaya hidup yang tidak seimbang. Penyelidikan menunjukkan 22.7% penduduk pinggir bandar di Malaysia mengalami NAFLD. Dalam erti kata lain, ada kejadian hati berlemak yang tinggi di negara ini di mana 1 daripada 5 rakyat Malaysia menderita penyakit ini.

"Hari Hati Sedunia ini, satu hari yang dirayakan di seluruh dunia pada 19 April setiap tahun, Essentiale® mengambil langkah-langkah aktif untuk memberi pencerahan kepada rakyat Malaysia mengenai perubahan gaya hidup harian yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan hati mereka," kata Helen Lee, Brand Lead, Sanofi Consumer Healthcare.

"Kempen ini akan menyaksikan Essentiale® melancarkan pelbagai kandungan sosial seperti video YouTube dan animasi Facebook mengenai rutin senaman mudah dan tips gaya hidup yang boleh diikuti dan disesuaikan untuk memastikan kesihatan hati yang optimum dapat dicapai. Essentiale® juga akan bekerjasama dengan Celebrity Fitness untuk menganjurkan aktiviti dan promosi pada bulan April untuk menggalakkan kehidupan yang sihat" tambahnya lagi.

Essentiale® terdiri daripada 76% fosfolipid penting yang dikeluarkan dari kacang soya untuk menguatkan membran hepatosit untuk proses metabolik yang lebih baik. Ini membantu membaiki sel-sel dan memulihkan fungsi penting hati dengan mengambil 2 kapsul 3 kali sehari. Di samping itu, terbukti bahawa gejala yang berkaitan dengan NAFLD dapat dikurangkan dengan Essential Phospolipid.

Essentiale® boleh didapati di farmasi dan kedai penjagaan peribadi di Malaysia dengan harga runcit RM76.13 (50 Kapsul, termasuk SST). Dapatkan nasihat lanjut dari doktor anda bagi penjagaan kesihatan setempat sebelum mengambil Essentiale®. 

Info lanjut tentang Essentiale dan perkembangan terbaru layari:-






Misi Mencari Kurma Di Berkat Madinah Sempena Bulan Ramadan Yang Bakal Tiba

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila kita mula tengok banyak mall dan pasaraya mula letakkan kotak-kotak kurma dekat pintu masuk atau kaunter bayaran itu tandanya apa. Tandanya bulan Ramadan dah tak lama bakal menjelma. Jadi kena siap sedialah sibuk si bapak pergi kedai beli kurma untuk berbuka puasa atau untuk sahur, hehehe betul tak. 

Kurma atau ada setengah negara panggil Tamar adalah sejenis tumbuhan Palma. Kebanyakan pokok kurma ini tumbuh di gugusan negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Kurma yang paling terkenal ialah dari Madinah. Sebab tu kalau orang mengerjakan Umrah atau Haji akan balik bawa pulang Kurma Ajwa atau lebih popular dikenali sebagai Kurma Nabi

Korang tahu atau tidak sebenarnya kandungan protein di dalam kurma ada lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus kandungan serat iaitu 2.0 hingga 4.0 peratus. Manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus dalam bentuk glukosa.  Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Ini bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh adalah lebih cepat serta-merta.


Jadi adakah kita nak makan kurma yang baik perlu tunggu waktu musim haji sahaja kan. Sekarang ini tak susah lagi kerana dah ada bekalan kurma terus dari Madinah ke Malaysia. Korang nak cari kurma hanya pergi sahaja ke Pasaraya Berkat Madinah. Pasaraya ini ada banyak cawangan seperti di Ampang dan Kajang. 




Maha sendiri hari tu pergi sini cari kurma terbaik. Kenapa Maha pilih kurma di Berkat Madinah ni?

- Di sini hanya kurma segar dijual mengikut musim sahaja
- Di sini terdapat lebih daripada 100 jenis kurma 
- Harga dijual secara borong
- Terdapat kurma premium yang tiada di tempat lain
- Kurma di sini 100% diimport dari Madinah

Korang boleh tengok lah sendiri ada macam-macam jenis dan nama kurma yang kadang-kadang korang sendiri tak pernah dengar. Setiap kurma ini juga ada harga berbeza mengikut gred. Sebab itu Maha suka kat sini sebab kita boleh lihat sendiri kurma tu depan mata. Malah bukan sahaja boleh lihat tapi juga boleh rasa kurma mana yang kita suka dan kena dengan selera kita. Kalau macam Maha suka kepada kurma yang lebih lembut dan lembik sikit senang nak kunyah.


Kat sini Maha senaraikan nama kurma yang mana Maha sempat tengok hari tu semasa buat pembelian. Mestinya yang paling popular adalah Kurma Ajwa, tapi ingat kurma ini juga ada beberapa jenis seperti Ajwa Almadinah VIP, Ajwa Almadinah Premium dan Ajwa Almadinah biasa. Semua ni korang boleh tengok dan rasa dulu sebelum membuat pembelian secara timbang.
Ajwa Almadinah VIP - 1KG RM109.00

Ajwa Almadinah Premium - 1KG RM100

Ajwa Almadinah - 1KG RM69.00

Lagi ada kurma lain yang juga mendapat sambutan ramai seperti Kurma Lulu, Kurma Dabas, Kurma Anbara Saudi, Kurma Jerico Medjool (Jumbo), Kurma Safawi AA, Kurma Saudi Medjool 'Large', Kurma Sukkary Saudi, Kurma Natural Tunisian, Kurma Mariami AA, Kurma Mabroom Almadinah VIP, Kurma Mariami Jumbo dan Kurma Mariami A.
Kurma Lulu - 1KG RM20.00

Kurma Dabas - 1KG RM17.00

Kurma Anbara Saudi - 1KG RM55.00

Kurma Jerico Medjool (Jumbo) - 1KG RM68.00

Kurma Safawi AA - 1KG RM45.00

Kurma Saudi Medjool 'Large' - 1KG RM75.00

Tu semua nama yang Maha sempat tengok ada jual di sini. Tak tahu nak beli mana satu entahlah. Tapi kalau korang nak yang package cantik dan boleh dihadiakan kepada orang boleh beli yang siap bungkus dalam kotak yang sangat kemas. Kurma ini pun juga ada jenis dan nama mereka sendiri mengikut gred yang telah dikotakkan. 
Kurma Sukkary Saudi - 1KG RM19.00

Kurma Natural Tunisian - 1KG RM20.00

Kurma Mariami AA - 1KG RM45.00

Kurma Mabroom Almadinah VIP - 1KG RM64.00

Kurma Mariami Jumbo - 1KG RM61.20

Antara yang ada seperti Tunis Fruit Kurma Tangkai Al-Safa, Tamara Kurma Bertangkai, Kurma Hosna, Alnoor Kurma Ajwa Madinah, Omar Kurma Tangkai, Mehic Kurma Tangkai, Kurma Vita, Kurma Delish, Farisha Kurma Mazafati, Sinwan Kurma Bertangkai, Kurma Madu Saudagar Kurma, Hanan Kurma Mozafati dan banyak lagi lah. 






Dulu Maha hanya tahu kurma satu jenis jer tapi sebenarnya bila datang sini baru tahu ada banyak gilerr. Tengok pengunjung yang datang kat pasaraya ini juga mereka akan bertanya kepada pelayan kedai mana satu kurma yang terbaik. Almaklumlah kita bukan orang Arab yang tahu semua tu. Cuma dengar daripada orang bercerita jer jadi kita pun beli betul tak. 







Sebenarnya amalan memakan kurma ini bukanlah satu amalan bermusim. Maksud Maha bila tiba bulan Ramadan jer kita baru sibuk nak cari kurma dan makan kurma kerana ia sunnah. Tapi sebenarnya kajian daripada pakar kalau kita mengamalkan makan kurma setiap hari banyak penyakit kronik dapat dirawat. Itu fakta bukan rekaan tau sebab tu Nabi menekankan pemakanan kurma ini bukan sahaja sebagai sunnah malah keperluan hari.






Masa Maha ada kat pasaraya tu untuk beli kurma ada seorang pekerja mereka cakap orang arab ada pepatah tentang kurma. Katanya 'Kalau rumah tiada Kurma ibarat rumah tersebut tiada makanan'. Sampai macam tu sekali mereka jadikan kurma tu sebagai makanan harian. Mungkin kita juga boleh buat macam tu kan apa salah.




Mungkin kita boleh start bulan Ramadan yang akan datang ni kita makan kurma hari-hari dan bila dah habis bulan Ramadan pun kita makan kurma. Tapi pastikan korang beli kurma kat Berkat Madinah ni sebab ada banyak jenis kalau satu hari satu jenis dah berapa hari lebih dari 100 hari tu. Ni cuma pendapat Maha jer lah sebab Maha pun nak cuba amalkan pemakanan sunnah ni lepas tahu kat sini ada banyak jenis. 

Alamat Pasaraya Berkat Madinah 

Cawangan Ampang
17 & 18 L1, Jalan Ampang Putra 6, Taman Putra Suliman
68000 Ampang Selangor

Cawangan Kajang 
Ground Floor, Unit No. PA-S-17 in Pearl Avenue Shops
Jalan Pasir Emas, Taman Berjaya,
43000 Kajang, Selangor. 









Hit & Eat Pertama Di Malaysia Dengan Konsep Karavan Makanan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang ternampak sebuah karavan besar dan exclusive parking tepi jalan korang cubalah pergi dekat. Jangan risau ia bukanlah sebuah kenderaan yang membahayakan tapi ia adalah sebuah karavan yang akan memberikan korang kegembiraan. 

Kenapa Maha cakap macam tu sebab dalam karavan tu ada macam-macam jenis makanan yang enak dan juga sihat. Itulah ia Hit & Eat karavan makanan yang membawa konsep makan jalanan ke tahap yang baru dan lebih menarik. Maha pun tak pernah nampak karavan ini tapi pertama kali tengok kat area MRT Taman Mutiara memang sangat kagum.


Tak pernah ada lagi karavan yang cantik dan mewah macam ni menyajikan makanan bertaraf lima bintang tapi harga sangat berpatutan. Sekarang ni kalau tak silap Maha dah ada 7 lokasi terletaknya karavan ini iaitu di Solaris Mont Kiara, Sri Petaling, Cheras, Jalan Changkat dan ada banyak lagi lupa lak. 


Kalau korang tanya Maha apa bezanya karavan ini dan juga Food Truck yang biasa kita tengok memang sangat banyak bezanya. 
1) Mereka mempunyai centralised kitchen dimana ada lokasi lain untuk memasak semua menu dan dihantar terus ke kawasan tapak karavan ini.
2) Di sini juga tidak ada proses memasak makanan dilakukan hanya menyedia dan membungkus makanan sahaja.
3) Karavan mereka tidak menggunakan generator untuk menghidupkan alatan atau pekakasan di situ tetapi menggunakan kuasa elektrik.
4) Mereka mengutamakan kebersihan dan juga kesihatan makanan yang disajikan kepada pelanggan.
5) Tapak karavan ini kekal statik dan tidak akan berubah. 

Sebab itu mereka cuba untuk membuka lebih banyak karavan dikawasan tumpuan ramai dan ia masih dalam proses kelulusan pihak berkuasa. Kalau ada lebih banyak memang lebih menarik sebab ia satu konsep yang baru dan lebih menarik. Variasi makanan yang ada di sini juga sangat banyak lebih kurang 35 menu semuanya. Harga pula didalam lingkungan RM10 hingga ke RM25 sahaja.


Di antara makanan yang mereka hidangkan di sini adalah seperti pelbagai jenis burger, pasta, daging iaitu daging lembu dan kambing, masakan Asia seperti Malaysia dan Indonesia, serta side dish. Maha paling suka kat sini adalah mereka punya kambing bersama dengan tak silap Maha Nasi Basmati kerana saiz beras yang panjang dan lebih besar. Makan pulak tu dengan sos lada hitam memang terangkat.





Lain-lain menu yang ada Maha nampak kat situ seperti Nachos Chips, Chicken Pumpkin Mac & Cheese, Chicken Pesto Pasta, Chicken Tender, Cream Butter Chicken, Sheredded Beef Taco, H&E Buffalo Chicken Wings, Cheese Chips, Hot Dog, Cheese Stuffed Beef Meatball, Nashville Chicken Burger dan Beef Burger. Juga ada minuman yang menyegarkan untuk korang bungkus bawa kema-mana sahaja.




Kebanyakan karavan mereka ada ni tak sediakan ruang untuk makan ia lebih kepada konsep grab & go juga lah. Tapi pelanggan dapat pilihan makanan yang banyak serta yang berkualiti sesedap seperti di restoran lima bintang. Disamping menggunakan produk 100 % berkualiti mereka juga menekankan standard yang tinggi dalam proses penghantaran makanan ke karavan dan penyediaan makanan di karavan tersebut memenuhi piawaian antarabangsa.


Maha suka tengok design dan dekorasi karavan ini kerana ia unik dan pertama di Malaysia. Mereka membawa konsep ini daripada luar negara dan diaplikasikan mengikut kesesuaian suasana dan budaya di Malaysia. Karaavan mereka juga lebih kemas, bersih dan teratur sebab tiada bahan buangan yang mengotori dalam mahupun sekitar kawasan karavan ini. Lepas ni dengar citer mereka nak kembangkan lagi kosep ini kepada negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. 

Tapi kalau korang jauh tak jumpa karavan ni tak apa korang masih boleh nikmati makanan mereka dengan buat pembelian secara dalam talian melalui aplikasi Hit&Eat di Google Play Store dan Apps Store. Juga korang boleh order untuk katering mereka bagi majlis seperti rumah terbuka, perkahwinan dan banyak lagi. Mereka sedia memberikan khidmat makanan terbaik kepada korang. So selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua ok.

Info lanjut dan juga promosi serta lokasi terbaru boleh layari :-







Beli-belah Di Pasaraya Segi Fresh Dapat Harga Borong Dan Barangan Segar

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni selalu juga pergi beli-belah barang dapur untuk memasak sebab almaklumlah duduk bujang kena masak sendiri. Jadi banyak tempat yang Maha dan pergi dan tak semuanya menawarkan harga sangat berpatutan dan juga barang yang masih segar.

Sehinggalah Maha pergi beli belah di Pasaraya Segi Fresh baru jumpa apa yang sebenarnya Maha cari. Tak pernah tahu pun yang kat sini ada market bukan setakat menjual barang-barang keperluan tapi juga barang dapur terutama barang basah. 



Walaupun ia tidaklah seindah pasaraya yang Maha pernah pergi sebelum ini, tapi kat sini masih tetap dapat membeli dengan keadaan yang selesa dan juga jumpa semua barang yang dicari. Susun atur barang buat kita tahu dimana hala nak tuju untuk mencari sesuatu tak adalah sampai sesat dalam pasaraya tu.




Maha dah start suka beli barang kat pasaraya ini. Hari tu Maha pergi beli barang dapur sebab nak masak untuk makan jadi Maha carilah barang seperti sayur-sayuran. Korang boleh tengok semua sayur masih segar dan juga cantik warna dan bentuknya. Sempatlah juga sambar sayur Kacang Panjang, Tomato dan Terung






Bahan untuk masak masakan Melayu mesti banyak menggunakan Halia, Lengkuas, Cili Padi dan juga Cili Merah. Kat sini Maha boleh dapat semua bahan macam tu dengan mudah jer pulak tu boleh pilih yang montel-montel macam Maha ni hehehe. 

Lepas tu Maha pergi bahagian ikan dan juga ayam kat situ ada banyak sangat jenis ikan. Mereka sediakan juga khidmat untuk menyiang ikan untuk orang bujang macam Maha yang tak ada masa nak siang ikan kat rumah. Juga kalau beli ayam seekor tu korang boleh suruh pekerja mereka untuk potong ayam tu ikut berepa bahagian yang korang nak. 





Bahagian makanan laut ni ada juga Sotong, Ketam, Kerang, Siput Sedut dan banyak lah memang boleh dapat semuanya. Kalau yang keluarga besar atau nak buat kenduri tu sangat sesuai untuk beli secara borong kat sini. Makin banyak korang beli makin boleh dapat harga yang lebih murah tau. Sebab tu kalau korang perasan mereka menggunakan slogan "Barang Segar, Harga Borong, Pilih Semua". 






Last sekali sebelum balik mana-mana pasaraya Maha akan beli buah-buahan. Maha ni kalau yang kenal memang suka makan buah tak kira bila-bila masa. Sini ada banyak jenis buah korang tengok lah ada Buah Salak, Buah Tembikai Merah, Tembikai Susu, Mangga, Pisang dan banyak lagi. Sempat lah rembat sekilo salak hehehehe.




Sebelum sampai kat kaunter tu ternampak pulak buah kurma jadi dah alang-alang nak dekat dengan bulan puasa ni memang kena beli lah untuk bekalan sebulan. Jadi apa lagi yang korang nak semua ada kat pasaraya Segi ni. Maha sendiri pun sampai tak tahu nak beli apa, tapi dalam tak tahu tu habis jugalah dalam RM162.00. Puas hati sebab dengan harga banyak tu penuh satu troli dan cukup untuk stock bekalan sebulan.


Hari tu Maha pergi Pasaraya Segi Fresh cawangan Balakong dan kat Malaysia ni tak silap Maha ada 32 cawangan semuanya. Kalau korang nak tahu mana yang dekat dengan rumah korang boleh tengok kat laman web mereka semua alamat ada. Pasaraya ni buka kebanyakannya seawal pukul 8.00pagi jadi korang boleh keluar awal untuk beli dan dapatkan barang segar. Mungkin masa nak berubah angin untuk beli dengan harga borong lebih jimat. Selamat membeli-belah semua ok.

Info lanjut tentang promosi harga dan lokasi pasaraya layari :







Bufet Ramadan Lugar De La Boda Bukan Luar Negara Tapi Di Puchong

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengar nama tempat Lugar De La Boda. Awas ini bukan kat luar negara tau tapi tak jauh hanya di Puchong sahaja. Lugar De La Boda ni adalah diambil dari bahasa Spanish yang membawa maksud tempat perkahwinan kalau tak percaya cuba lah korang Google ok.

Sebab tu lah kalau korang datang sini ia adalah sebuah dewan perkahwinan yang diuruskan oleh Hanana Group Sdn Bhd. Kalau bulan biasa ia dijadikan sebuah dewan untuk majlis perkahwinan dan juga resepsi. Tapi bulan Ramadan ini ia menjadi sebuah dewan dengan menyajikan Buffet Ramadhan Selangor. Hanana juga menguruskan Buffet Ramadhan Putrajaya yang terletak di Ambassador Putrajaya.


Kalau korang datang berbuka di sini dapat harga yang sangat berpatutan serta suasana indah bagaikan dalam sebuah taman bunga. Kat sini juga ia sangat luas dan selesa untuk berbuka puasa. Maha rasa ia mampu memuatkan lebih kurang 1000 orang tetamu dalam satu masa. Jadi kalau korang datang berbuka sini bawa satu keluarga pun masih muat lah jangan bimbang.






Pulak tu korang boleh nikmati lebih daripada 60 juadah makanan yang disediakan. Makanan ini termasuklah makanan utama seperti nasi dan lauk-pauk, makanan sampingan seperti kerabu, keropok dan juga makanan buah-buahan serta pencuci mulut. Menu utama mereka menekan masakan Melayu seperti Nasi Briyani atau Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Kalio/Ayam Cili Padi/Ayam Rendang, Daging Gulai Kawah/Daging Briyani/Daging Masak Lemak Cili Api, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Halia, Sayur Campur, Kailan Ikan Masin dan Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun.





Ada lagi kat bahagian tepi keliling dewan tu mereka bangunkan pula gerai-gerai yang menyediakan masakan yang dimasak terus untuk tetamu yang datang. Kat gerai-gerai ini ada semua jenis masakan yang rakyat Malaysia suka seperti Laksa, Bihun Sup, Dim Sum, Roti John, Kambing Bakar, Air Batu Campur, Minuman segar, Char Kuey Teow, Keropok Leko dan juga Cucur Udang








Kalau yang dekat Ambassador Putrajaya yang satu lagi tu pun sama juga semua menu ni ada di sediakan di sana cuma mungkin konsep yang berbeza dengan kat Puchong ni. Tapi kalau korang tanya Maha yang mana paling Maha suka makan kat sini korang kena try mereka punya kambing bakar. Lembut dan tidak berbau hanyir kambing seperti yang biasa. Cara mereka masak pun lain tengok sendiri menarik bukan. 







Nak pergi bufet Ramadan ni korang mesti akan tengok harga dulukan dan kat sini Maha jamin ia adalah yang berpatutan dan juga bebaloi dengan makanan yang ada. Harga Buffet Ramadhan Selangor dan Buffet Ramadhan Putrajaya sama jer seperti di bawah:-

Early Bird

Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak : RM30.00

Walk-in Price

Dewasa : RM68.00
Kanak-kanak : RM38.00

Special Price

RM580 
1x meja (10 pax)

* Kanak-kanak (6-12 tahun)

Tempat untuk buka puasa macam kat sini menyediakan kemudahan seperti kawasan parking yang banyak, kemudian ruang solat yang selesa siap berhawa dingin lagi serta juga tandas yang bersih. Jadi korang boleh makan dengan senang dan selesa tanpa perlu bimbang nak keluar cari semua tempat yang Maha nyatakan tu. So tunggu apa lagi boleh lah korang booking sekarang untuk buka puasa kat dua lokasi yang Maha nyatakan iaitu Buffet Ramadhan Selangor di Lugar Di La Boda dan juga Buffet Ramadhan Putrajaya di Ambassador Putrajaya

Tempahan dan juga pertanyaan lanjut boleh berhubung seperti di bawah :-

Alamat : Lugar De La Boda @ Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100, Puchong

Tel : 016-6700471 (Sarah)
        016-3111074 (Zuraini)
        016-4318434 (Liana)
        016-6700473 (Atul)

Alamat : Ambassador Putrajaya
No 92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya

Tel : 016-4318434 (Liana)
        016-6700473 (Atul)
        016-6700457 (Farah)
        016-6700471 (Sarah)
        017-2435297 (Fazlin)




Cerita Hari Pertama Percutian Di Pulau Tioman Dan Menginap Di Berjaya Tioman Resort

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha nak share pengalaman pertama kali Maha bercuti ke Pulau Tioman. Selalu Maha tengok kat iklan dan juga kat majalah yang pulau ni cantik dan airnya bersih jadi memang teringin sangat nak ke sana. Alhamdullillah awal bulan empat yang lalu Maha telah jejak kaki ke sana dengan tenangnya. Sikit faktar menarik yang sempat Maha baca tentang pulau ini kalau di lihat dari udara pulau ini kelihatan seperti seketul paha ayam tau.

Inilah masa untuk berehat daripada kesibukan kerja dan juga kesesakkan kotaraya. Pergi pulak pulau yang jauh kat Laut China Selatan dan hanya dihubungkan dengan pengangkutan laut sahaja. Maha hari tu semasa ke Pulau Tioman ni menaiki feri dari Jeti Penumpang Mersing atau dikenali sebagai Mersing Harbour Center. Kalau dari KL nak ke sana naik kereta sendiri dalam 4 jam 30 minit perjalanan lebih kurang lah. 


Sampai kat sana korang tak perlu risau kalau bawa kenderaan sendiri kerana kat jeti tu ada sediakan parking kereta. Cas satu hari parking hanya RM15 sahaja. Jadi hari tu Maha pergi tiga hari kenalah RM45 untuk parking kereta. Kalau korang nak beli tiket feri pula kat bangunan yang berbentuk kubah ni kena jalan sikit dari jeti tu. Harga tiket feri Maha ambil hari tu adalah RM35 campur RM5 untuk bayaran masuk Taman Laut. Jadi untuk bajet pergi balik lebih kurang RM75 seorang
Tempat beli tiket feri

Pergi Kaunter Boarding Pass

Semasa korang beli tiket ikut mana tempat yang korang menginap di pulau tu nanti kerana pulau tu ada banyak jeti. Maha hari tu sebab menginap kat Berjaya Tioman Resort maka kena turun kat Jeti Kampung Tekek. Selepas sahaja beli tiket kena pergi pula kaunter Boarding Pass untuk ambil warna pas mengikut tiket. Sebab masa nak naik feri mereka akan buat pengumuman warna bording pass mana yang naik dulu dan pintu berapa ok, penting tu nanti tak naik feri korang tau.

Perjalanan dari jeti Mersing nak ke pulau mengambil masa lebih kurang 2 jam jadi korang siap-siap lah buang apa patut sebab lama juga tu. Kalau rasa lapar belilah apa-apa makanan atau senang tidur sahaja sepanjang perjalanan. Maha hari tu naik feri pukul 11.30pagi dan sampai kat jeti Tekek pula lebih kurang pukul 1.30tengah hari. 



Sesampai sahaja kat jeti pulau kalau korang ada transport yang disediakan pihak resort atau hotel naik sahaja mereka dah tunggu kat tepi jala. Macam Maha hari tu menginap kat Berjaya Tioman Resort jadi pihak hotel menyediakan bas khas untuk semua tetamu mereka yang setiap masa berulang alik dari jeti ke resort. Tapi kalau tak ada transport korang boleh sewa motor kat sana untuk ke tempat penginapan korang.

Disambut Mesar Berjaya Tioman Resort 


Alhamdulillah akhinya sampai juga kat lobby resort semua tetamu disambut dengan welcoming drink lega rasa tekak yang kering kerana cuca yang panas. Duduk tak lama pun kat lobby untuk register masuk bilik. Maha dapat bilik Garden View yang dua tingkat, nasib bilik Maha bahagian bawah, Masuk sahaja dalam tu terbentang satu katil bersaiz king kot sebab besar sangat tak macam katil kat rumah Maha pun hehehe. 



Suasana dalam bilik sangat luas kalau datang dua atau tiga orang boleh muat lagi tu. Bilik tu semua kemudahan ada seperti kipas syiling dan penyaman udara, TV kabel, telefon dengan kemudahan panggilan IDD, pengering rambut, kemudahan membuat teh / kopi, peti kebal, peti sejuk mini dan juga Wifi percuma. Cuma wifi  ni kadang-kadang ada lambat sikit almaklumlah jauh kat pulau. Tapi kalau nak laju boleh ker lobby mereka. Signal telefon pun kurang dapat untuk sesetengah provider






Maha tidur kat bilik tu memang rasa tak nak bangun dah memang sangat sedap baring. Bilik air pula besar juga ada pancuran mandian, toiletries, dan penting air yang cukup. Kadang-kadang setengah resort atau chalet kat pulau ada limit penggunaan air dan juga elektrik. Tapi kat sini semua itu dibekalkan 24jam. Bilik Maha duduk tu pun tak jauh nak akses ke pantai, restaurant nak makan dan juga ke semua kemudahan lain ada kat sini.



Sampai kat bilik apa lagi yang pertama buat adalah bergambarlah kan sebab tu korang ada nampak Maha suka bergambar atas katil hotel atau resort yang Maha menginap. Nak tunjuk keselesaan katil mereka. Possing punya possing terlelap sekejap sebab penat perjalanan jauh jadi merehatkan diri kerana petang tu nak pergi jalan-jalan sekeliling resort.



Kat resort ini semua kemudahan ada daripada restoran untuk makan-makan, gymnasium dan juga kolam renang. Setelah tiba waktu petang masa untuk menjelajah keliling resort ini korang boleh mengunakan kemudahan basikal yang disediakan oleh pihak Berjaya. Basikal ni boleh bawa bukan sahaja keliling resort tapi sampai ke jeti kalau korang daya lah, tapi Maha tak daya sebab boleh tahan jauh kena naik bukit lak tu. 




Jadi kayuh basikal keliling resort dan juga tepi pantai jer. Kat tepi pantai tu cantiknya pemandangan petang. Ada tempat untuk korang nak bergambar seperti buayan yang disediakan dan juga bangsal untuk rehat-rehat dan duduk tepi pantai. Sampai matahari terbenam korang boleh duduk tepi pantai tu. Tapi Maha balik sebelum malam nak mandi dan bersiap untuk pergi makan malam pula. Maha nak bawa korang ke sebuah restoran yang ada kat dalam resort ini.

Restoran Matahari Makan Malam Tepi Pantai


Lepas sahaja siap mandi dan semua sekali terus perut rasa lapar tu tandanya masa untuk makan. Makan malam Maha hari ini adalah di Restoran Matahari. Ini adalah salah satu restoran yang ada kat sini tapi ia hanya menyediakan untuk makan malam berkonsepkan masakan Thailand. Ia buka tak silap Maha dari pukul 5.00petang hingga 10.30malam.  



Kat sini bestnya kerana restoran ini betul-betul mengadap pemandangan laut dan korang boleh pilih nak makan kat bahagian ruang utama restoran atau kat tepi pantai. Maha hari tu pilih makat kat gazebo mereka tepi pantai bestnya korang makan sambil tengok matahari terbenam dan juga ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Malam tu Maha order tak banyak sebab makan untuk dua orang jer. Jadi kerana sini makanan Thailand pelayan restoran tu rekemenkan kepada Maha beberapa menu yang menarik kat sini. Antara yang Maha cuba adalah Tom Yam Thale Nam Sai iaitu tomyam bersama herba dengan makanan laut seperti ikan, udang dan sotong. Kemudian untuk lauk utama dicadangkan Pla Kaphong Yam Ma Muang Sud iaitu ikan Siakap goreng bersama dengan salad mangga muda diatasnya. 

Tom Yam Thale Nam Sai

Pla Kaphong Yam Ma Muang Sud

Sayur lak Maha tambah lagi Ya Ma-Muang iaitu kerabu mangga muda memang sedap dan juga Phat Phak Bung iaitu kangkung goreng belacan kot hehehe. Last sekali pencuci mulut lak Maha ambil Kuai Bua Chi atau orang kita panggil Pengat Pisang lah.  
Ya Ma-Muang

Phat Phak Bung

Kuai Bua Chi

Alhamdulillah tak banyak tapi kenyang yer makanan sini direkemen pada korang kalau tak nak keluar jauh memang ok nice. Tempat cantik exclusive dan juga dapat makan sedap-sedap. Lepas habis melantak semua lauk tu perut kenyang dan rasa mengantuk lak. Tak jalan sangat malam tu sebeb masih terasa penat nak rest sebab besoknya banyak lagi aktiviti nak buat kat sini. 


Tu nanti Maha akan ceritakan pada posting hari kedua percutian Maha kat Pulau Tioman dan menginap di Berjaya Resort Hotel ni. Banyak lagi nak kongsi kat korang tunggu jer ok. Kalau sapa-sapa nak rasa percutian mewah dan menarik pada pantai yang privacy sini adalah tempat yang Maha cadangkan korang kena pergi ok. Nanti ada komen sila tinggalkan kat bawah ni mungkin korang ada pengalaman menarik nak kongsikan semasa menginap di sini. Maha cerita pengalaman yang Maha alami sendiri. Selamat bercuti dan selamat beristirehat. 

Info lanjut tentang hotel ni boleh layari :







Mycliks.com Membantu SME Dan Peniaga Kecil Tingkatkan Jualan Melalui Online

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa yang Maha nampak sekarang ini lah bagaimana peniaga kecil-kecilan atau juga peniaga sendirian untuk bersaing dalam dunia yang lebih terbuka sekarang ini. Macam contoh bagaimana makcik yang hanya berniaga menjual kerepek buatan sendiri nak meluaskan jualan agar meningkatkan pendapatan. 

Kita tahu yang kerepek makcik ni sangat sedap dan juga memang kalau jual kat kedai boleh laris. Tapi mampu ke kita nak mengambil stock untuk jualan tersebut setiap hari dan juga nak menguruskan pembelian daripada pelbagai kawasan yang jauh. Itu gunanya teknologi yang ada sekarang dan mudah dengan melalui mycliks.com

Pemilik Perniagaan Kecil dan Sederhana


Maha pun banyak tengok laman web seperti ini tapi tak semua membantu perniaga seperti mana mycliks.com buat. Ia adalah satu platform dalam talian dengan tujuan untuk meningkatkan jualan kepada perniaga SME dan penjual runcit di luar sana. Kalau anda mendaftar dengan mereka akan diberikan kemahiran dan panduan perniagaan dalam talian serta juga pelbagai faedah dan sokongan berterusan.

Kat sini tak perlu bimbang untuk dapatkan pelanggan kerana ia telah mendapat sambutan pelanggan yang besar dan kunjungan trafik yang unik setiap hari. Jika anda daftar sebagai penjual mereka akan sediakan Portal PERCUMA untuk yuran penyenaraian dan yuran transaksi. Kalau anda ada banyak produk jualan pula mereka akan menyenaraikan produk anda tanpa had, sokongan pemasaran untuk penjual produk baru, transparansi dan program kesetiaan untuk menggalakkan semua penjual terus meletakkan barang di sini.

Kalau anda buta IT mereka akan sediakan portal jualan dengan proses semudah pertama pendaftaran, kedua muat naik produk dan ketiga menjual produk anda. Di sini juga mereka menyediakan khidmat untuk produk baru iaitu :-
- Sokongan penyenaraian produk
- Sokongan pemenuhan bekalan
- Sokongan pemasaran dan menjaga kepuasan pelanggan

Anda juga tak perlu risau tentang penghantaran produk kerana di dalam ini ada memberi bantuan serta penyelesaian jualan sekiranya barangan anda tidak mampu untuk dimarketkan. Di sini mereka ada konsep 'Dispute Centre Management' iaitu untuk mengatasi semua jenis masalah yang dibawah oleh buyers & sellers secepat mungkin melalui cara transperancy, win-win situation dari dua pihak dan memberi jalan penyelesaian.

Sekiranya anda telah mendaftar dengan Mycliks tidak perlu risau untuk melakukan pemasaran kerana mereka akan buatkan bagi pihak anda seperti :-
  1. 1) Menganjurkan jualan Cyber Sunday, Black Friday, Sunday Super Sale, Month-end Super Deals, Flash Sales, dan sebagainya mengikut musim perayaan atau pesta dari masa ke semasa.
  1. 2) Kolaborasi dengan anda selaku pemilik produk untuk memberi hadiah, vouchers percuma, diskaun yang tinggi, Customer Loyalty Programs dan Loyalty Rewards kepada pembeli.
  1. 3) Menggunakan kaedah inside features seperti sponsored products, on-demand sales product, keyword searching product, banner add dan top sold products & brands.

Istimewanya Menjadi Pembeli di Mycliks.com


Sebagai seorang pembeli pula, untuk Ramadan yang akan tiba tak lama lagi Myclick akan mengadakan special promosi bagi bulan Ramadan. Pembeli akan dapat pengalaman mudah dan seronok untuk beli-belah barang keperluan rumah dengan menikmati kualiti yang bagus dan kuantiti yang maksima tanpa perlu penat untuk keluar rumah mencari lokasi kedai jualan gudang, dan sebagainya. 

Selain jualan gudang sempena dengan Ramadan ini ada banyak lagi voucehers dan hadiah yang boleh dimenangi dan super deals bagi produk untuk kategori-kategori tertentu tersedia kepada korang selaku pembeli. Pastikan korang sentiasa touch-in dengan mycliks.com supaya boleh menikmati ganjaran limited-edition sales reward dalam masa promosi tersebut.

Musim Raya nanti juga Mycliks akan adakan Raya Celebration dimana dalam tu akan ada Raya Fesyen dan Raya Deko dapat membeli-belah produk berkualiti dengan kuanti yang lebih dengan harga murah melalui konsep beli dulu bayar kemudian.

Satu pengalaman baru lah kalau anda menjadi peniaga dan juga pembeli di Myclick. Ini kerana ia mengekalkan reka bentuk laman web menarik dan juga pengalaman membeli belah yang baru buat anda. Jadi tiada lagi alasan untuk tidak menjadikan dunia IT ini sebagai salah satu sumber untuk menambah jualan produk anda. Juga kepada pembeli pengalaman membeli era baru ada di Mycliks.com ini.









Viewing all 1330 articles
Browse latest View live