Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1337 articles
Browse latest View live

Sambungan Hari Kedua Percutian Di Berjaya Tioman Resort @ Pulau Tioman

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama kot nak update pasal percutian Maha kat Pulau Tioman ni. Tak apa kali ni Maha nak sambung lagi keseronokan berada kat sana. Kalau korang nak baca bahagian pertama boleh pergi kat posting Cerita Hari Pertama Percutian Di Pulau Tioman yang Maha tulis ni. Kat situ ada bagaimana cara kalau korang pertama kali nak ke pulau ini. 

Kali ini sambung pula hari kedua Maha kat Berjaya Tioman Resort. Resort yang exclusive untuk pelancong datang menjauhkan diri dari kesibukan kota dan bebanan kerja yang banyak. Masa untuk merehatkan minda dan memulihkan emosi. Itu bagi Maha lah sebab duduk sini payah nak kontak dengan orang luar tapi sekarang dah mudah kot.

Sarapan Pagi Di Sri Nelayan 


Pagi tu memang lait nak bangun sebab apa dapat tidur dalam bilik yang sangat selesa. Rasa macam nak tidur jer seharin. Tapi rugi lah kalau tak keluar buat aktiviti menarik yang ada kat sini. Banyak menda korang boleh buat yang disediakan pihak resort. Pagi tu kita mulakan hari dengan sarapan pagi dulu.



Sarapan pagi kat sini memang ada termasuk sekali dalam harga bilik yang korang booking. Makan pagi tu di Restoran Sri Nelayan yang merupakan restoran terbesar di resort ini. Macam biasa sarapan pagi sini konsep bufet dan menyajikan pelbagai jenis juadah yang pasti menyelerakan. Cuma ingat jangan makan banyak sebab banyak lagi aktiviti nak buat ni satu hari hehehe.







Pagi tu semua tetamu resort di hidangkan dengan makanan tradisi Melayu yang sangat popular seperti Nasi Lemak dan juga Roti Canai. Kemudian bagi memenuhi kepelbagaian bangsa dan tetamu yang menginap kat sini mereka juga ada sediakan beberapa sarapan pagi English style. Korang boleh cuba semua tak ada had hehehe. Breakfast kat sini bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 10.30 pagi. So bangun awal dapat sarapan awal dan juga dapat buat aktiviti lain lagi lepas tu.



Selepas mengisi perut pagi tu berlegar-legar sekejap sekitar tepi pantai dan pool. Ini kerana restoran Sri Nelayan tu pun memang betul-betul tepi kolam renang dan mengadap laut. Ini semua sementara nak kasi perut rengang sikit sebelum buat aktiviti berkayak. Hari tu kami akan berkayak dekat pantai Tioman.

Santai Sambil Berkayak


Tak silap Maha nak sewa kayak kat sini tak mahal pun harga lebih kurang RM40 untuk dua jam bermain kayak. Ada kawasan korang boleh berkayak ok tidak boleh melepasi kawasan yang telah ditetapkan. Kalau korang daya boleh berkaya sehingga ke pulau Renggis. Kat situ tempat khas untuk orang snorkeling sangat cantik air kat situ. Penat juga rupanya berkayak ini walaupun sejam nak habiskan tu agak siksa almaklumlah orang jarang buat aktiviti macam ni tapi seronok.


 




Ok lepas penat sejam lebih juga berkayak Maha habiskan masa rehat dan mandi tepi pantai. Memang kalau dah datang kat pulau ni tak mandi laut tak sahkan. Jadi rendam puas-puas sebelum kembali ke bilik untuk teruskan bersiap nak lunch nanti. 

Menu Ala-Carte Juadah Makan Tengah Hari


Lepas sahaja habis mandi air laut Maha terus masuk bilik untuk bilas badan dan jemur baju dan seluar yang dah basah tu. Terus siap untuk makan tengah hari. Lunch Maha kali ini juga kat Restoran Sri Nelayan tempat breakfast tadi. Tapi lunch kali ni bukan bufet ia adalah menu ala-carte.





Kerana lapar sangat tengahari tu Maha order Chicken Chop, Asam Pedas Ekor bersama Nasi Putih dan juga starter Nacho Cheese. Korang bolerh tengok memang banyak kuantiti makanan tu puasa lah kenyang gilerr tengahari tu. Harga pun berpatutan tak adalah mahal mana pun Maha makan hari tu tak lebih pun RM150.00 jer. Makan tengahari ni tak ada dalam pakej jadi memang kena bayar sendiri. Dessert pula Maha order mereka punya ABC yang tinggi ni sejuk makan waktu tengahari panas. 

Berenang Bersama Ikan  


Maha terpaksa makan cepat sikit tengahari tu sebab petang tu nak kejar untuk pergi snorkeling pula pukul 2.00p.m. Jadi memang lepas sahaja makan terus bergerak jalan kaki ke pusat snorkeling yang agak jauh juga nak jalan kaki. Tapi sebab jalan tepi pantai tak terasa sangat. Mereka ada sediakan buggy untuk ke sana cuma tadi lunch lambat habis maka kami terlambat sikit lah.


Betul-betul sampai kat pusat snorkeling ambil semua kelengkapan dengan pantas kerana boat yang Maha kena naik tu akan bergerak tepat pukul 2. Kalau terlambat terpaksalah tunggu hari lain kerana kalau ikut jadual kat resort ini sediakan dua waktu sahaja untuk snorkeling iaitu pagi pukul 10 dan petang pukul 2.





Tempat untuk snorkeling tu tak jauh pun dengan jeti hanya lebih kurang 10 minit jer naik boat. Kat pulau yang Maha cakap tadi iaitu Pulau Renggis. Pulau ni daripada jadian semulajadi batu-batuan dan kawasan karang sekeliling masih terpelihara. Kat situ korang boleh tengok pelbagai ikan air laut yang cantik-cantik berenang-renang. Seronok bersnorkeling ni dan ini adalah pengalaman Maha yang ketiga buat aktiviti ini.



Cuma tips keselamatan sikit kalau nak snorkeling kat sini meraka tak bagi panjat batu kat pulau tu dan berenang jauh daripada pulau tu. Sekejap jer rasa masa dua jam yang diberikan untuk snorkeling tu tak puas lah. Cuma tak ada gambar dalam air kerana hari tu tak bawa kamera yang waterproof. Jadi dapatlah ambil gambar dari atas boat tu. 

Beach Picnic Sambil Menyaksikan Sunset


Lepas sahaja habis aktivit untuk snorkeling terus pergi ambil barang makanan kerana petang tu Maha ada Beach Picnic. Ni adalah salah satu juga aktiviti yang korang boleh buat bila berada di Berajaya Tioman Resort ini. Pihak resort akan sediakan pakej untuk makan picnin korang yang telah ditempah awal. Terima kasih kepada staff yang sudi sediakan pek untuk minum petang kat tepi pantai.




Korang boleh bawa makan tu keman sahaja nak pergi untuk makan petang sambil menikmati pemandangan indah di sini. Set untuk picnin hanya RM28.88 sahaja tau korang akan dapat semua ni. Best lepas penat snorkeling boleh lak isi perut lagi sementara tunggu malam. Sambil tu layan pemandangan sunset kat bawah pondok tepi pantai ni. Rasa nak tidur jer kat sini hehehe tapi tak boleh sebab nak kena balik lepas habis makan kerana nak siap untuk makan malam pula.

Makan Malam Masakan Cina


Lepas habis picnic tepi pantai tu terus jer balik bilik tukar pakaian untuk makan malam pula. Makan malam kali ini belainan sangat kerana Maha di bawa makan kat restoran masakan Cina. Restoran Xuan ni letak kat dengan lobby resort. Malam ni Maha makan makanan yang sihat dan juga dimasak panas.




Restoran ini sangat luas dan selesa dengan konsep makanan yang pelbagai. Sorry nama menu ni Maha tak ada lak tak sempat nak tanya pelayan kat situ. Jadi makan jer kerana kelaparan sangat kot. Lagi pun penat dengan aktiviti yang banyak kat satu hari kat resort ini. 





So berakhirlah hari kedua Maha bercuti kat Berjaya Tioman Resort ini. Panjang juga post kali ini almaklumlah nak share ngan korang apa yang Maha buat bercuti kat sini. Bukan lah bosan dan banyak perkara boleh buat jadi percutian korang tak bosan sangat. Kalau datang nak rehat sahaja pun boleh memang dialu-alukan. Ini cuma sekadar perkongsian sahaja mana tahu korang pun nak datang bercuti kat sini. Selamat bercuti semua dan selamat beristirahat. 

Info lanjut tentang Berajaya Tioman Resort ni boleh layari :







Hadiah Yang Korang Boleh Beli Untuk Insan Tersayang Di Hari Lebaran

$
0
0
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambuat Hari Raya. Tahun ni memang ramai orang merancang perbelanjaan, yer lah dalam ekonomi yang masih tidak menentu perlu menjadi pembeli yang bijak. Tapi persiapan untuk raya tetap perlu ada juga kerana meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Cuba hari raya yang akan datang ni apa kata kita buat tradisi yang lain sikit dengan memberikan hadiah kepada insan tersayang. Mungkin bagi anak yang berjauhan diperantauan nak bagi hadiah pada ibu bapa tersayang, atau pada rakan nak bagi hadiah pada sahabat baik mereka. Tak kisah hadiah sekecil mana pun yang penting ikhlas dari pemberian kita sendiri dan juga orang yang menerima akan menghargainya.

Maha adalah beberapa cadangan hadiah yang boleh korang pilih untuk berikan di Hari Raya nanti. Jom tengok mana tahu ia boleh bagi sedikit idea dan juga bersesuaian dengan bajet korang. 

Manis Bertudung Sopan Di Hari Raya


Tahu orang perempuan memang suka ada koleksi tudung yang banyak kalau boleh penuh satu almari pun tak apa. Senang nak dipadankan dengan koleksi baju yang mereka ada. Jadi apa kata di hari mulia yang akan datang ini korang hadiahkan koleksi tudung yang cantik dan terkini yang korang boleh beli di Shopee.

Almaklumlah nak pergi kedai tiada masa sibuk dengan kerja dan juga tugasan harian jadi beli online sahaja. Sekarang ini pulak mereka tengah buat promosi sempena dengan musim perayaan yang akan tiba untuk beberapa jenis koleksi tudung serta Telekung yang selesa dan menarik. Korang juga boleh dapatkan diskaun untuk pembelian yang lebih berhemah di bulan mulia ini dengan Shopee Promo Code.

Jadi untuk ibu tersayang korang hadiahkan lah Telekung baru seperti jenama Siti Khadijah, Zaahara atau juga Zara Awliyah ada jugal kat situ. Maha tak pandai jenama telekung ni tapi bila tengok kat Shopee semua ada. Kalau untuk kekasih hati korang hadiahkan pula tudung mesti mereka akan hargai dan makin sayang hehehe.

Masa Itu Emas


Orang lelaki susah sikit nak beli hadiah yang sesuai dengan mereka. Almaklumlah orang lelaki nak sesuatu yang exclusive dan juga nampak maskulin bila digayakan dipagi raya. Kalau Maha rasa yang paling sesuai untuk diberikan hadiah kepada golongan adam ni adalah jam tangan. Korang boleh berikan kepada ayah atau juga kawan baik korang mesti mereka akan suka.

Jam tangan ni boleh dipakai bila-bila masa dan juga nampak begitu elegan. Orang lelaki ni lebih selalu sibuk dengan kerja dan kadang-kadang kurang masa untuk dibahagikan dengan keluarga. Mungkin hadiah istimewa ini boleh membuat mereka lebih mengingati anda. Tak kisah apa jenama jam tangan yang penting ia adalah dibeli dari hati yang ikhlas.

Photobook Menyimpan Memori Indah


Hari Raya kita suka akan bergambar almaklumlah hari tu jer dapat berpakain baru dan sedondon. Jadi memang setiap masa akan ambil gambar beramai-ramai. Kadang-kadang masa tu lah juga kita mengunjung rumah sedara-mara dan mengambil gambar kenang-kenangan. Bila dah gambar banyak sangat tak tahu nak simpan mana bukan.

Jadi apa kata hadiahkan kepada keluarga anda atau beli sahaja Photobook. Kat sini korang boleh buat koleksi memori yang dipahat selalu dan boleh diimbau sampai bila-bila. Seronok bila masa berjauhan menatap gambar-gambar indah bersama insan tersayang sangat mengusik jiwa. Mana nak dapatkan Photobook yang mudah online sahaja kerana di Lazada tengah ada promo hebat korang hanya gunakan Lazada Voucher.

Kuih Dan Muih Beraneka Macam


Hari Raya paling sinonim orang akan hadiahkan kepada jiran atau sanak saudara bila berkunjung ke rumah mereka adalah Kuih Raya. Selalu kita masak kuih raya banyak sikit jadi kita boleh hadiahkan kepada jiran-jiran. Tak perlu pun untuk yang mahal-mahal cukup sekadar bertukar juadah pagi raya dah mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tips untuk bagi kuih raya korang letak dalam bekas plastis yang kedap udara dan tidak mudah dimasuki udara untuk tahan lama. Kalau nak cantik beli yang dah siap dalam bentuk hamper lagi mudah dan juga nampak exclusive. Mak Maha suka juga bagi kuih raya ni kat sedara mara memang itu budaya kita rakyat Malaysia.

Jadi korang rasa ada tak senarai hadiah yang Maha berikan ini sesuai untuk korang berikan kepada insan tersayang di Hari Raya nanti. Jadi tak salah kita jadikan ia budaya kerana ia menadakan kita saling ingat mengingati walaupun jarang bertemu. Malaysiakan kaya dengan budaya yang murni dan selalu bersedekah mungkin ini juga boleh dijadikan salah satu sedekah. Kalau korang ada idea lain untuk berikan hadiah, apa kata kongsikan dengan tinggalkan komen di post ini ok. Selamat Hari Raya semua.







Ceria Raya Feast Bersama Pacific West Di Atmosphere 360

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bersempena dengan musim Ramadhan ini,Pacific West menganjurkan Ceria Raya Feast dengan kerjasama Restoran Atmosphere 360di puncak Menara KL ​​untuk rakan-rakan media sosial dan blogger. Restoran ini ​​telah menyediakan menu Ramadhan eksklusif dengan pemilihan mewah dan menarik menggunakan produk dari Pacific West.

Hari tu kami dihidangkan dengan Toast Salmon Nigiriand Salt and Pepper Squidwith Mentai Aioli for Amuse Bouche, gabungan Popcorn Fish Satay with Peanut Sauce, Vietnamese Spring Roll with Breaded Torpedo Prawn dan Nouc Cham untuk pembuka selera. Dusted Baby Squid with Creamy Prawns Bisque, Cod Fish Fingers with Honey Tomato Sauce, Tempura Prawns and Tempura Natural Calamari Rings yang dihidangkan dengan Vegetable Bouquet dan Parslied Crushed Potato sebagai hidangan utama.



Maha paling suka adalah mereka punya sup daripada sotong yang ni memang unik dan rasa yang berkrim lazat boleh habis makan satu mangkuk tu. Pada bulan Ramadhan, Pacific West komited untuk membawa kebudayaan untuk merayakan musim perayaan dan berkongsi makanan yang lazat dengan rakyat sambil memupuk hubungan yang sihat. Oleh itu, Pacific West telah melancarkan kempen 'Ceria Raya, Tampil Bergaya' yang telah bermula 15 April hingga 15 Julai 2019.

Dalam tempoh kempen ini, korang yang membeli mana-mana produk makanan laut Pasifik West dalam satu resit di mana-mana kedai runcit juga berpeluang memenangi motosikal baru. Terdapat juga 10 unit Tefal Air Fryer untuk dimenangi dimana semua hadiah bernilai RM40,000. Korang boleh beli produk keluaran mereka di semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan banyak lagi.


Rangkaian produk Pacific West dengan teliti dikembangkan oleh pasukan Chef Kuliner dan Teknologik Makanan untuk menambah nilai dan memperkayakan gaya hidup pengguna dengan mudah masak dalam beberapa minit terus dari peti sejuk. Kualiti yang tiada tandingan dengan piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa iaitu BRC, IFS, HACCP dan YUM! akreditasi. Produk mereka juga disahkan HALAL.

Maklumat lanjut mengenai kempen Pacific West Ceria Raya, Tampil Bergaya sila layari








Walaupun Bersaiz Besar Tetap Begaya Di Hari Raya Dengan Koleksi Butik Bob Rock

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni Maha dah tak perlu bimbang lagi untuk cari pakaian walaupun baju untuk Hari Raya yang tak lama lagi tiba. Ini kerana sekarang Maha hanya pergi sahaja kat Plaza Masalam atau setengah orang kenali sebagai Plaza Shah Alam, kerana dalam tu ada satu butik khas untuk orang yang bersaiz comel macam Maha ni.

Butik yang Maha maksudkan adalah Bob Rock yang terletak di tingkat 1 plaza tersebut. Sebab hari cuti yang lepas Maha dah pergi sendiri ke butik ini untuk cari pakaian dan tak sangka di sini ada juga baju raya. Jadi senang lah nak beli semua jenis pakaian daripada yang casual, shirt dan juga istimewa untuk musim perayaan. Hanya satu kedai sahaja Maha pergi dah boleh dapat banyak pakaian.





Suasana dalam butik ni juga sangat selesa dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian untuk wanita dan juga untuk lelaki. Susun atur dalam butik juga memudahkan untuk kita mencari pakaian dan juga mendapatkan saiz yang kita kehendaki. Ditambahlah layanan mesra dan pekerja yang sangat membantu untuk kita dapatkan pakaian kesukaan membuatkan Maha rasa seronok nak membeli di sini.

Koleksi Istimewa Syawal Lelaki Melayu Terakhir


Kurang dari seminggu lagi kita nak sambut raya, kat butik ni pun ada koleksi baru sempena lebaran iaitu baju raya untuk lelaki dan wanita. Kalau jejaka bujang macam Maha ni ada pilihan Baju Melayu BobRock dan juga Kurta Adam Long Sleeve. Baju ini semua bermula dari saiz XL hingga paling besar 6XL. So memang Maha boleh pakai.




Baju Melayu tu ada pilihan warna yang korang nak beserta dengan seluar. Maha boleh pakai baju tu dan muat dengan seluar tak ketat dan tak longgar sangat. Ini kerana menurut kata pemilik butik tersebut baju yang dihasilkan oleh tukang jahit yang sudah pakat dengan saiz yang mengikut ukuran khas rakyat Malaysia.




Korang boleh tengok sendiri Baju Melayu dan Kurta yang Maha kenakan sangat lekat di bahu dan tidak jatuh serta bahagian bawah baju pula tidak begitu labuh dan juga nampak gelebeh. Harga pun tak adalah mahal sangat dan masih berpatutan dimana Baju Melayu BobRock sepasang RM169.00 manakala Kurta Adam RM120.00 sahaja.

Kemeja Casual Dan Santai


Selain baju untuk perayaan ada juga beberapa pakaian khas untuk majlis casual dan juga boleh pakai untuk bersantai. Koleksi baju kemeja juga mempunyai lebih kurang 13 design dan juga warna. Macam Kemeja Fish Bone ni sangat santai dan boleh pakai bawa pergi majlis kenduri atau juga pergi jalan-jalan. 



Kemeja Fish Bone ini harga hanya RM99.00, manakala kemeja lain dalam range harga RM89.00 hingga RM99.00 sahaja. Jadi sangat berpatutan untuk dibeli dan buat koleksi dalam almari. Sebab orang lelaki sekarang ni pun perlu bergaya dan tampil menarik bersama isteri. Bukan orang perempuan jer yang banyak pakaian hehehe.


Baju kemeja ni boleh dipadankan dengan seluar yang juga bersaiz besar. Kat butik ni ada seluar jenis Jeans bewarna Hitam, Navy Blue dan juga Khakis. Seluar kat sini terdapat saiz 40 hingga kepada saiz paling besar 60. Seluar ini menggunakan kain jeans yang selesa dan juga tidak terlalu ketat dan boleh digayakan dengan semua situasi. Harga untuk seluar ini hanya RM150.00 sahaja.

Aksesori Lelaki Bergaya


Di butik Bob Rock ini bukan sahaja ada baju dan seluar tapi juga ada eksesori khas untuk orang lelaki. Kalau Baju Melayu mesti kena ada butang baju melayukan kat sini juga ada pilihan butang dari harga RM19.00 hingga RM29.00. Kalau korang rasa nak tampil hebat dan lain daripada orang lain di pagi raya apa kata perkenakan Tanjak. Mereka juga mengghasilkan Tanjak Half Songket dengan harga RM80.00 manakala Tanjak Full Songket harga RM90.00. Ini memang sangat rare lah kalau korang berani pakai Tanjak di Hari Raya hehehe.




Selain itu juga, eksesori lain yang ada di butik ini seperti Tali Pinggang bersaiz panjang dengan harga RM49.00 dan juga ada Suspender dengan harga RM19.00.  So anak mudah juga boleh beli kat sini walaupun saiz kita besar. Jangan malu untuk bergaya kerana setiap insan ada keistimewaannya. Cuma kena berani tampil dengan yang lebih kemas dan exclusive.


Pakaian Wanita Menawan 


Kat Butik Bob Rock bukan sahaja ada pakaian untuk lelaki tau. Macam Maha bagi tahu sebelum ini kat butik ini juga ada pakaian dan aksesrori khas untuk kaum wanita yang bersaiz plus. Tapi walaupun besar tetap masih tampil dengan bergaya dan style. Koleksi untuk wanita ia dibawah jenama Lovelily sebab tu kat butik ni ada tulis BobRock x Lovelily.





Orang perempuan ada koleksi istimewa untuk lebaran iaitu Baju Kurung dan juga Baju Kebaya. Serta pelbagai aksesori yang menarik seperti Bag Tangan, Clutch, Kerongsang, Gelang, Selendang dan macam-macam lagi lah. Banyak juga untuk orang perempuan jadi kalau korang datang beli-belah boleh beli untuk pasangan juga memang sangat sesuai. Tak perlu nak pergi cari kat kedai lain buang masa dan memenatkan.





Silap-silap si abang pergi dengan si isteri habis pokai semua dia nak beli hehehe. Tapi tak apa untuk orang kita sayang juga nak bergaya untuk suami sendiri. Kalau masuk sini tak balik dengan beg yang penuh tak sah rasa semua nak beli hehehe. Puas hati lah kat sini lepas raya boleh datang lagi kerana ada banyak jenis pakaian.

Sekarang ni pula mereka tengah buat promosi kalau korang buat pembelian atas talian di laman web mereka dengan menggunakan kod 'RAYA19' akan dapat potongan RM10.00 untuk jumlah keseluruhan belian. Sebab sudah menjadi trend orang sekarang suka membeli secara atas talian lebih jimat masa dan tidak penat. Jadi gunakan peluang yang ada untuk borong semua. Tiada lagi alasan untuk orang bersaiz besar tidak bergaya bila-bila masa dan dimana jua. Jom kita shopping.  

Pembelian secara atas talian boleh dilakukan dilaman web:
https://www.bobrocklovelily.com.my

Sosial Media Bob Rock Apparel:
https://www.facebook.com/bobrockapparel
https://www.instagram.com/bobrocklovelily

Alamat :
Butik Bob Rock 
Lot F15, Level 1,
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam),
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
40100 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03 - 5513 3588 (Shop)
        011 - 1009 1302 (Whatsapp HQ)







Dibalik Tabir Video Resipi Rendang Ayam Pokka

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdullillah tak lama lagi dah nak kita sambut raya macam mana dengan persiapan raya korang. Mesti baju dan kuih raya semua dah beli betul tak. Maha cuma teringat lah masa kecil-kecil dulu bila time dan nak penghujung Ramadan ini mula sibuk mencari keperluan untuk masak juadah di pagi raya.

Kalau korang pagi raya suka masak apa? Family Maha kalau pagi raya juadah yang wajib ada adalah Rendang Ayam dan juga Ketupat Daun Kelapa sebab ayah memang expert dalam menganyam ketupat ini. Tapi sekarang dah ada ketupat segera lebih mudah dan senang kerana anak-anak beliau pun tak pandai nak mengayam ketupat lagi hehehe.

Maha cuma nak kongsi ngan korang kisah pengalaman disebalik tabir rakaman untuk video Resipi Rendang Ayam Pokka. Ala Pokka minuman yang pelbagai perisa dan sangat sedap. Tahun lepas Maha pernah menang peraduan membuat Resipi Kuih Lapis dengan menggunakan produk Pokka. Jadi tahun ini mereka pelawa pula untuk buat satu video resipi memasak rendang menggunakan produk Pokka. Cuma kali ini melibatkan crew yang profesional.

Resipi ni pun Maha ambil daripada resipi mak Maha sendiri dan sedikit diolah untuk sesuai menggunakan Susu Pokka. Kalau korang rasa nak cuba resipi yang sihat dan juga lebih tahan lama ini boleh cuba dengan bahan-bahan seperti di bawah.

Bahan-bahan Utama:
1 ekor ayam 
3 helai daun limau purut
1 sudu kecil cili kering kisar 
2 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit
250ml Susu dan Mangga Pokka 
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar:
3 biji bawang Besar
3 ulas bawang Putih
15 tangkai cili padi 
3 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara-cara nak memasak korang boleh tonton video yang telah siap dihasilkan oleh team ini.


Korang boleh juga tonton video ini kat laman Facebook rasmi Pokka Malaysia. Proses rakaman video ini diadakan dirumah Maha dan juga semua step memasak ini Maha yang buat. Cuma gambar muka tak nampak lah dalam video ini hehehe lega kalau tidak malu juga. Semua peralatan untuk shooting dibawa oleh team crew dari Demojo Communication Sdn Bhd yang sangat profesional. 


Mereka ini lengkap dengan semua peralatan yang canggih. Selalu video yang Maha buat kat Channel Youtube Mahamahu tu menggunakan kamera telefon sahaja jauh bezakan. Proses nak hasilkan video yang hanya satu minit ini pun makan masa lama juga lebih kurang tiga jam baru siap shoot. Mereka semua profesional dengan story board dan juga perbincangan dulu sebelum semua kerja rakaman dimulakan. Jadi semua berjalan dengan lancar dan mudah. Bayangkanlah macam mana orang yang shooting drama dan filem tu kan mesti penat betul tak.


Tapi ia satu pengalaman yang menyeronokkan dan paling gembira bila tengok hasil yang begitu bagus sekali. Terima kasih kepada Pokka kerana bagi peluang bermakna ini kepada Maha. Juga kepada team crew yang bertungkus lumus untuk menjayakan semua ini. Kalau korang rasa nak cuba resipi ini di Hari Raya nanti boleh lah dan jangan lupa tinggal komen kat bawah ni ok ker tidak yer. Selamat mencuba semua.






Resepi Rahsia Mee Goreng Malaysia Yang Enak Dan Lazat Innni Rupanya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kadang-kadang kita tak tahu yang makanan biasa kita masak dirumah boleh jadi luar biasa. Hanya dengan satu sentuhan ajaib. Tak adalah yang penting kita tahu bahan yang boleh menambahkan kesedapannya. Sebab itu sekarang ni kalau Maha masak kat dapur akan menggunakan Perencah Innni. 

Sebelum ni Maha tak tahu pun tentang Perencah Innni sebab selalu menggunakan bahan MSG. Kita tahukan yang kalau mengambil MSG dengan kerap boleh mendatangkan penyakit lain pula. Tapi kini dengan Perencah Innni tanpa MSG dan juga menyedapkan rasa makanan. Perencah ni adalah daripada ramuan turun temurun rempah dapur Istana. 

Tak silap Maha pengasas kepada produk Innni adalah Allahyarham Pak Ungku sejak dari tahun 1986. Pengalaman beliau memasak di dapur istana kini dibawa kepada rakyat jelata untuk menikmati keenakan masakan. Ia dalam bentuk serbuk yang menggunakan bahan semulajadi seperti bawang, serbuk lada, tepung dan menjadikan ikan bilis sebagai bahan perisa. Jadi kalau korang letak banyak pun tak ada masalah menjadikan makanan lebih sedap.

Kawan yang rekemenkan pasal perencah ni kat Maha jadi cuba sekali dalam resipi yang selalu Maha masak kat rumah iaitu Mee Goreng Malaysia. Kenapa nama mee goreng ini macam tu kerana ia menggabungkan semua budaya masyarakat di Malaysia hehehehe. Jadi Maha nak share ngan korang cara memasak mee goreng ini. Bahan-bahan yang digunakan pun biasa sahaja cuma yang menjadi ia luar biasa adalah Perencah Innni.

Bahan-bahan memasak :
1 pek NuMee 
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)
3 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 inchi Halia (ditumbuk)
2 sudu Cili Kering (dikisar)
3 sudu Kicap Lemak 
3 sudu Sos Cili
500 gram Udang
10 biji Bebola Ikan
1 ikat Sawi
100 gram Kubis
1 biji Tomato
1 biji Telur
2 sudu Innni Multi-Purpose Seasoning

Bahan hiasan:
1 batang Cili Merah (potong kecil)
1 batang Daun Sup (potong halus)

Cara nak masak mee goreng ni lain sikit sebab ia ikut cara yang Maha belajar dari arwah nenek. Korang boleh tonton video ini sampai habis ok.


Jadi korang rasa senang tak cara nak buat Mee Goreng Malaysia ini. Arwah nenek Maha yang ajar masa hayat beliau dengan mencampurkan kicap dan sos sekali tapi masa tu tiada perencah Innni jadi beliau masukan garam dan gula siap-siap dalam sos tu. Sekarang ni tak perlu nak masuk garam dan gula kerana dalam perencah Innni ada semua perasa siap. Ia mempercepatkan lagi proses nak menyediakan masakan korang dan paling penting adalah ia menyedapkan lagi makanan.

Selain daripada Perencah Innni ada juga satu lagi produk keluaran mereka iaitu Perencah Goreng & Panggang. Perencah ini pula adalah digunakan untuk menggoreng atau memanggang ayam, daging, udang, sotong, ikan, tempe dan macam-macam lagi. Caranya mudah hanya perapkan perencah ini dengan bahan utama selema sejam atau lebih dan boleh terus goreng atau juga panggang dah siap.
*Gambar sekadar hiasan

Perencah ni telah mendapat persijilan Halal dari JAKIM dan juga persijilan MESTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia. So boleh lah guna tanpa was-was dan yakin produk bumiputera ini. Mana nak beli perencah ni? Hari tu Maha beli kat Agrobazaar. Harga pula hanya RM5.50 untuk Innni Multi-Purpose Seasoning dan RM5.50 untuk Perencah Goreng & Panggang. Jadi tunggu apa lagi dapatkanlah sekarang juga ok. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan juga pertanyaan boleh layari :
Email :  umarialenterprise2@gmail.com
Tel : 019-2870474
        03-61889864








Juadah Popular Di Pagi Hari Raya Mana Yang Korang Suka

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pejam celik pejam celik kita dah menghampiri penghujung bulan Ramadan. Maghrib malam ni akan mula sibuk untuk meneropong anak bulan adakah esok puasa atau betul jatuh pada hari Rabu. Macam mana kalau katakan esok puasa dah siap sedia ker semua keperluan untuk beraya. Dah masak ker juadah untuk disajikan kepada tetamu pagi raya nanti.


Jangan risau kalau tak tahu apa nak buat untuk juadah pagi raya Maha senaraikan beberapa resipi istimewa untuk pagi raya. Selalu orang akan masak rendang, lemang, ketupat dan macam-macam lagi lah. So sini ada 5 resipi juadah istimewa pagi raya yang boleh korang ikut. Mudah, cepat dan Insha Allah sedap kalau ikut betul-betul sebab memang Maha dan buat resipi ni semua. Jom kita tengok.

1) Kuah Kacang


Ini paling ramai orang buat kerana sangat mudah dan senang nak sediakan. Pulak tu boleh makan denga pelbagai juadah pagi raya selalu orang akan makan Kuah Kacang ni dengan Nasi Impit atau dengan Ketupat. Banyak version Kuah Kacang ni juga ada setengah orang akan campurkan dengan ayam atau daging. Apa pun ia menjadi tradisi untuk hapir setiap rumah masak Kuah Kacang kalau tak pun beli yang segera jer wakakaka. Korang boleh tengok Resipi Kuah Kacangyang Maha pernah buat ini tapi versi orang bujang punya hehehe.

2) Rendang Tok


Resipi rendang pun sangat popular di kalangan orang Melayu bila tiba hari raya. Tapi ini Rendang Tok Perak yang begitu sinonim dengan negeri tersebut. Cara nak masak rendang ini pun memerlukan masa yang lama sehingga berejam-rejam juga nak bagi daging empuk dan rempah ratus serap. Tapi sekarang dah ada peralatan moden semua boleh buat dengan mudah dan cepat. Korang bolah ikut resipi yang Maha sediakan kat situ ok. 

3) Lontong a.k.a Kuah Lodeh


Selalu resipi Lontong ini tak silap Maha orang Johor yang suka masak betul tak. Kat sana mereka panggil Lontong kalau sesetengah negeri akan panggil Kuah Lodeh. Tapi lebih kurang jer cara masaknya tak jauh beza. Mungkin setengah orang akan letakkan dalam tu Tempe, Tauhu dan juga pelbagai jenis sayur-sayuran. Makanan ni lagi sedap kalau campur dengan sedikit sambal dalam tu lagi urmmmm.

4) Rendang Ayam


Tadi Rendang Tok guna daging ini pula rendang menggunakan ayam. Family Maha suka masak Rendang Ayam ini kerana ayah tak makan daging. Rendang ini pun mudah jer nak buat dan ada macam-macam cara nak memasak. Ada sesetengah tu rendang mereka lebih gelap dan pekat ada juga yang akan masak rendang ayam warna kuning dan juga sedikit berkuah. Kalau yang rendang kuning dan pedas tu popular kat Negori Sembilan kerana campur cili padi kan. 

5) Sambal Goreng Jawa


Juadah ini juga begitu popular tak silap Maha kat Johor dan Selangor kerana kat sana banyak masyarakat Jawa. Sambal Goreng Jawa ini pun ada banyak version ada yang sedikit berkuah menggunakan santan dan juga asam jawa. Tapi yang Maha buat ini kering menggunkan kicap sahaja dan dipedaskan lagi dengan cili kering. Selalu kalau sambal jawa orang makan dengan Nasi Impit dan Ketupat juga kan.

Mungkin ada banyak lagi juadah istimewa pagi raya seperti Soto, Mee Sup, kalau orang Utara popular dengan Laksa, manakala orang Kelantan dan Terengganu dengan Nasi Dagang atau Nasi Kerabu mereka hidang bersama dengan Kuah Percik pagi raya. Malaysia ni memang kaya dengan pelbagai jenis makan tapi cuma satu jer makan ikut keperluan dan jangan membazir. Ini kerana setiap hari kita membazir lebih kurang 3,000 tan makan dan ia berganda apabila tiba hari raya. Fikir sendirilah ok. Selamat Hari Raya semua.








Hogoh De Coco Paya Pulai Drive Thru Boleh Duduk Makan Pun Boleh

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada cite pasal Coconut Shake yang original terbaik di negeri Pahang negeri kelahiran Maha iaitu Hogoh De Coco tapi cawangan yang kat Temerloh Jaya tu dah tutup. Jadi balik cuti raya hari tu gigih juga cari rupanya mereka dah ada buka kat tengah bandar Temerloh. Ia terletak betul-betul depan Plaza Temerloh kalau orang sana tahu lah plaza tu hehehe. Cuma kat situ tak boleh minum kat restoran ia hanya untuk walk-in dan drive thru sahaja.

Jadi cari lagi sebab nak nikmati minuman coconut shake special mereka. Akhirnya jumpa juga Hogoh De Coco HQ yang terletak kat betul-betul tepi jalan Kampung Paya Pulai sebelah dengan stesen minyak BHP. Mula-mula lalu kat jalan tu nak balik tengok banyak sangat kereta berbaris kat tepi jalan tu ingat ada kemalangan. Tapi rupanya orang sedang drive thru untuk dapatkan minuman ini sebelum balik KL hehehe.


Memang banyak gilerr kereta jadi tak boleh jadi ni masuk dan parking kat tepi jalan tu untuk minum coconut shake mereka yang begitu sedap. Dulu ingat lagi waktu tu tengah banyak durian jadi orderlah coconut shake dengan isi Durian D24 kat atas memang mantap. Ingat dah tak ada menu ni rupanya ada lagi. Balik raya hari tu Maha cuba order yang Original Coconut sahaja sebab nak rasa dan satu lagi yang ada rasa Vanilla Delight dua-dua ini asas dalam tu adalah air dan isi kelapa yang dikisar.


Ada banyak lagi perisa lain korang boleh cuba seperti Strawberry Red, Blueberry Monster, Chocolate Chip, Caramel Coffee, Oreo Crunchy, Nestum Babby dan paling win Durian D24 tu lah. Puas giler bila dapat singgah minum kat situ lega rasa dapat hilangkan dahaga setelah panas balik beraya hari tu. 

Original Coconut dan Vanilla Delight

Sekarang ni pula mereka tengah buat promosi baru untuk sempena Hari Raya, iaitu BOBA Coconut Shake. Yang ni tak sempat nak cuba hari tu sebab habis ramai sangat. Dalam minuman tu mereka letak Black Pearl selalu dalam tea atau kopi sahajakan kini dalam coconut shake. Satu cawan tu korang boleh rasa campuran Air Kelapa + BOBA + aiskrim + brown sugar + susu memang komplit semua ada. Kata orang Pahang Walawehhhh lah.

Kalau korang nak cuba yang baru ni kena datang bulan Syawal ni sahaja kerena ia promosi terhad katanya tak tahu lah sampai bila, mungkin akan masuk dalam menu juga doa-doakan lah. Kat sini bukan sahaja ada minum tapi ada juga makanan ringan kalau korang nak kunyah-kunyah sambil berehat dari kesesakan jalan raya sebelum pulang ker KL. Kat situ banyak menu baru rupanya ada Pisang Goreng, Nasi Lemak, Ayam Goreng, Wedges dan juga Bebola Ayam.


Perhhh terbaik lah lepas ni setiap kali balik Pahang Maha akan pasti singgah sini dan beli minuman mereka tapi kena minum terus sebab kalau dah cair tak sedap. Ingat kalau korang nak balik Pahang kalau ikut higway LPT keluar kat Plaza Tol Temerloh dan ikut jalan lama Temerloh - Kuantan baru jumpa kedai ni. Nampak kedai warna Hijau itulah kedai nya besar juga. Tapi sekarang kat Kuantan pun dah ada cawagan boleh lah singgah sana kalau dah terlajak. Selamat cuba semua. Bangga Koi jadi orang Temerloh hehehe...

Ikuti mereka di sosial media untuk update terkini :
Operasi : Buka setiap hari dari pukul 10.00pagi - 11.00malam 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5








Jauh Dah Maju Kampung Halaman Ku Bandar Tun Abdul Razak Jengka

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak sambung lagi kisah bercuti balik kampung raya hari tu. Memang kebetulan cuti lama jadi habiskan masa untuk berjalan-jalan kat kampung halaman yang dah lama rindui. Kalau daripada KL nak balik kampung Maha senang jer lalu LPT dan keluar kat Exit Chenor dah sampai kampung Maha hanya 2 jam perjalanan kalau tak jem lah. 

Maha sangat bangga menjadi orang Pahang khususnya anak jati Felda di Gugusan Jengka. Sejak lahir dan sehingga sekarang besar panjang masih tetap balik kampung halaman bak kata pepatahlah 'Tempat Jatuh Lagi Dikenang Inikan Pula Tempat Membesar'. Dengar cite dah banyak yang berubah jadi masa cuti hari tu pergi lah jalan-jalan tengok sendiri apa yang dah berubah.

Hutan Lipur Gunung Senyum Hutan Kebanggaan Negara


Maha masih ingat lagi masa pertama kali pergi ke Gunung Senyum ini adalah zaman sekolah rendah. Pihak sekolah buat rombongan untuk semua pelajar bagi melihat sendiri keindahan alam semulajadi yang ada di sana. Tu lama sangat dan jauh berbeza dengan sekarang. 


Sedikit sejarah yang Maha pernah dengar pasal Gunung Senyum ini ia adalah tempat tinggal bunian. Legenda paling terkenal di sini ialah kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini. Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia. 



Terdapatnya kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Walaupun sekarang gunung ni masih nampak utuh terpacak di situ tapi usaha untuk memajukan kawasan ini sangat kurang. Ia bagaikan sudah terbiar dan juga tiada pengurusan yang bagus. Semak samun tu jangan cakap lah memang tinggi dari orang. Kemudahan yang ada kat sana pun semua dah tak terjaga. Harap ada usaha untuk mengembalikan semua kawasan yang boleh dikomersialkan untuk pelancongan di Jengka ini.

Tempat Mandi Manda Jengka Wonderland


Jangan tak tahu yer yang kat bandar Tun Abdul Razak Jengka ini terdapatnya taman rekreasi untuk mandi manda yang dikenali sebagai Jengka Wonderland. Tak silap kawasan ni baru sahaja di buka Disember 2018 tak sampai setahun lagi lah. Maha datang sini sebab tahu daripada adik yang bercerita tentang tempat ini kalau tidak tak tahu juga.



Jadi kat sinilah tempat menjadi tumpuan warga Jengka kalau pulang ke kampung bersama keluarga dan anak-anak. Tak tahu nak pergi mana boleh datang berlibur kat sini. Harga tiket masuk yang masa Maha pergi hari tu RM15 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak 2-12 tahun, manakala warga emas RM8 jer. Memang berbaloi lah masuk untuk bermain air dan habis masa bersama keluarga.



Maha tak masuk lagi dalam tu cuma sempat ambil gambar kat luar sahaja. Dengar dalam tu ada macam-macam mainan air walaupun tak semeriah yang ada kat KL tapi ok lahkan. Mungkin dari tahun ketahun akan ada banyak perubahan dan kemajuan. Nanti Maha nak masuk juga mandi kat sana hehehehe.

Stadium Tun Abdul Razak Jengka 


Ini adalah salah satu kebanggaan warga Jengka di sini kerana adanya satu stadium khas untuk perlawanan bola sepak. Stadium Tun Abdul Razak diilhamkan nama daripada Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia kedua yang menubuhkan FELDA. Stadium ini dikhas untuk kegunaan kelab Felda United dan telah dibuka sejak tahun 2015. Ia adalah merupakan stadium pertama di Malaysia yang dikhususkan untuk perlawanan bola sepak. Kat Johor pun belum buka lagi kan untuk kelab mereka kat kampung Maha dah buka hehehe.



Stadium ini diwarnakan dengan tema team Felda iaitu hitam dan oren dan sangat cantik dan mempunyai segala kemudahan didalamnya. Stadium ni tak silap mampu memuatkan sehingga 25,000 penonton dalam satu-satu masa. Tapi Maha ni bukan lah peminat bola sangat jadi tak pernah masuk lagi stadium ini cuma bergambar kat luar jer. Bangga kot hehehehe..

Lepas ni akan ada banyak lagi kemajuan kat bandar yang terletak dalam Segitiga Jengka yang bakal di bangunkan. Tak lama lagi nak siap pula Mydin Mall Jengka yang terbesar kat sana. Makin banyak lagi orang membeli belah dan dalam masa sama akan menjana ekomoni masyarakat dan juga membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak Felda di sana. Lepas ni balik kampung tak bosan lagi banyak aktiviti boleh buat. Korang kalau nak datang Jengka roger Maha ok nanti boleh bawa pergi jalan-jalan tempat menarik kat sana. Koi bangga jadi anak Pahang.








Professor Cendol Kini Dah Sampai Temerloh Boleh Lah Melantak Puas-puas

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrrr kat sini dah ada banyak tempat makan dan santai-santai yang tumbuh terbaru pulak balik kampung hari tu ada nampak Professor Cendol. Siapa tak kenal dengan kedai cendol ini yang popular sangat dengan cendol RM2 dan juga tambah percuma tu.

Sekarang dah ada satu cawangan kat Temerloh betul-betul terletak tepi jalan lama Temerloh - Kuantan berhadapan dengan Masjid Nurul Iman Kg Gau Baru. Jadi ini menjadi port lepak Maha lah lepas ini. Hari tu dah minum Coconut Shakedan juga Cendol Cheesekali ni kita cuba lak Professor Cendol ni.


Kalau dah nama cendol mestilah kat sini popular dengan pelbagai jenis minuman berasaskan cendol seperti Cendol Biasa yang hanya RM2 dan tambah percuma tu, kemudian ada juga Cendol Jagung, Cendol Pulut dan Cendol KacangMerah. Hari tu balik kampung Maha lepak sini dan cuba Cendul Pulut dan Cendol Campur. Kalau korang rasa tak puas nak makan bawa jer mangkuk cendol yang korang dah order tadi ke kaunter dan mereka akan bagi tambah cendol percuma jer tau tapi cendol biasa jer lah.


Selain dari cendol ada juga banyak menu makanan lain yang ramai orang kata sedap kat sini. Maha try lah cuba juga Bihun Sup dan juga Rojak Passembor. Korang boleh tengok yer kat Bihun sup merek penuh tak kedekut punya dan juga rojak yang banyak puas makan seorang kalau sesetengah orang tak boleh habis tapi Maha habis jer wakakaka.


Lain-lain menu tak sempat cuba sebab perut dah kenyang masa tu hehehe. Sekarang ni balik kampung dah ada port yang menarik juga untuk lepak. Sebenarnya banyak lagi tempat makan best sepanjang jalan lama tu. So dah ada jalan lama kenapa nak guna jalan highway kan wakakaka. Jadi lepas ni sapa nak datang Temerloh kena try tempat-tempat yang Maha dah share tu.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4.5/5





Kempen Amboi Ambrosia Bersama Datuk Chef Wan Menggunakan Buah Epal Dalam Masakan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengar pepatah orang puteh ada menyebut "An Apple A Day Keeps The Doctor Away". Maksudnya lebih kurang dengan mengambil satu biji buah epal setiap hari buat kita jarang jatuh sakit dan pergi jumpa doktor. Punya hebatlahkan perumpamaan buah yang dikatakan sebagai makanan dan minuman para dewa di zaman Yunani ini.
Tapi sekarang ni semua orang dan boleh menikmati buah epal yang bukan biasa tapi ia adalah Ambrosia Apple yang mula diitemui di British Columbia, Kanada dan kini ditanam di New Zealand. Epal  jenis ini terkenal dengan rasa madu yang manis dan isi yang lebih berjus serta kulit yang lebih licin dan juga berwarna merah jambu. 



Di sepanjang pantai timur Tasman Bay, Nelson telah menjadi pusat untuk epal yang tumbuh di New Zealand sejak tahun 1913 lagi. Siapa tak kenal negara yang memang popular sebagai pembekal buah-buahan segar dan juga terbaik dunia. Tapi sekarang ini kita rakyat Malaysia tidak perlu pergi sampai ke sana untuk dapatkan buah epal ini.



Sekarang ini telah ada dijual di semua pasaraya besar bawah GCH Retail Malaysia iaitu lebih dikenali sebagai Pasaraya Giant. Korang kalau datang beli belah kat pasaraya ini jangan lupa untuk singgah bahagian buah-buahan segar bagi mendapatkan epal Ambrosia special ini. Saiz epal ini bagi Maha sangat besar nak banding dengan epal biasa kita tengok dipasaran.
Brendon Osbron, General Manager Sales & Marketing Heartland Fruit, Datuk Chef Wan dan Hanry Chan Huan Yih, General Manager Lifestyle & Grocery GCH Retail

Bersempena dengan musim perayaan ini Heartland Group melancarkan kempen 'Amboi Ambrosia'. Dimana bagi memberikan galakkan kepada rakyat Malaysia untuk menggunakan buah epal ini untuk makan secara segar atau juga dimasukkan dalam masakan tradisi kita. Mula-mula susah nak percaya juga bahawa kita boleh gantikan dengan buah epal dalam masakan tapi bila tengok sendiri baru tahu. 



Menggunakan kepakaran daripada Chef No. 1 di Malaysia siapa lagi kalau bukan Datuk Chef Wan menjadikan segalanya boleh dan enak. Pada majlis pelancaran kempen ini Datuk Chef Wan telah mengajar kepada semua tetamu yang hadir bagaimana menggunakan buah Apple Ambrosia dalam masakan tradisional.  

Pada hari tu Datuk Chef Wan telah mengajar kami tiga jenis resipi menggunakan buah epal ini iaitu Ambrosia Grilled Calamari Salad, Sup Tom Yum Pumpkin with Ambrosia Apples dan juga Ambrosia Apple Chutney. Kalau yang salad tu orang Melayu kita panggil Kerabu campuran buah betik muda bersama dengan epal Ambrosia yang di potong julian serta juga sotong yang di panggan. Mula tak percaya tapi bila chef buat depan mata dan kami diberi rasa sangat menyelerakan sedap giler.



Kemudian resipi kedua iaitu sup epal bersama labu sangat lazat yer. Maha terkejut bahawa kita boleh buah buah epal jadi sup yang berlemak. Lepas chef siap masak kami diberi rasa dan ia sangat sedap gilerrr. Satu lagi resipi yang dihasilkan oleh Chef Wan hari tu adalah acar dari buah epal. Kita selalu gunakan buah cherry dalam resipi ini, tapi kali ini chef guna buah epal dan masih kekalkan cara tradisi dan juga kesedapan acar tu tanpa jejaskan rasanya. 



Itulah kehebatan seorang chef antarabangsa main campak pun kita tahu makanan yang terhasil akan sedap dan hebat. Lepas ni kita boleh pelbagaikan lagi masakan tempatan dengan menggunakan buah Apple Ambrosia kerana rasanya lebih enak dan juga struktur buah yang lebih rangup bila kita masukkan dalam masakan.

Sedikit tentang penubuhan The Heartland Group iaitu terdiri daripada ahli pakar pomologi (penanam apel) yang berpangkalan di Nelson, New Zealand. Mereka menghasilkan pelbagai variati epal yang dipanggil Luv'ya melalui struktur bersepadu merangkumi pengurusan kebun mereka sendiri, kilang pembungkusan dan pemasaran yang membolehkan syarikat itu mempunyai kawalan penuh ke atas sebahagian daripada perngeluaran epal ini.


Epal lain dalam variasi Luv'ya termasuk Royal Gala, Fuji dan Breaburn. Ambrosia Apple dan variasi lain yang dikeluarkan oleh syarikat ini juga boleh didapati dibeberapa pasaraya besar di Malaysia selain Giant Hypermarket ada juga di Cold Storage and Jason's Food Hall. So masa nak berubah untuk kehidupan yang lebih baik apa kata kita cuba resipi yang chef buat tu. Nak resipi contact Maha nanti Maha kasi ok hehehe.










MAGICA Events & Function Halls Terbesar Di Subang Untuk Semua Jenis Majlis

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah masuk bulan Raya ni banyak pulak jemputan ke majlis bukan sahaja open house ada juga yang buat majlis kenduri kahwin. Asyik pergi kenduri kahwin orang jer bila lak nak kenduri kahwin sendiri ni hehehe. Tak apa sabar lah jodoh pertemuan itu ketentuan Tuhan kita kena banyak berdoa moga dipercepatkan betul tak.

Ini semua kerana pergi majlis Hari Terbuka MAGICA Events dan Function Halls baru-baru ini. Terus rasa nak kahwin cepat-cepat. Yer lah mana tidaknya kerana tengok kat situ rupanya ada sebuah dewan yang sangat besar sehingga mampu memuatkan sehingga 7,000 orang tetamu dalam satu-satu masa. 

MAGICA ini terletak di tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall Subang. Kalau orang yang duduk area dekat Kampung Melayu Subang, Bandar Pinggiran Subang dan juga berhanpiran denganya sangat beruntung sebab ada hall besar macam ni. Masa Maha datang majlis memperkenalkan dewan baru siap renovate tu seronok sebab kat situ ada 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Class Hall dan Garden Hall.

MAGICAL Hall


Dewan utama yang paling besar kat sini iaitu Magical Hall dengan interior ekstravaganza. Masa Maha pertama kali jejak jer kaki kedalam dewan ini memang terpegun dengan adanya pelbagai untaian lampu candelier yang penuh kat atas. Ini bukan sahaja lampu tau tapi ia juga berfungsi untuk buat persembahan lampu mengikut rentak tu pun boleh dilakukan kat dewan ini.





Dalam dewan ini ada disediakan laluan peragaan kat bahagian tengah sepanjang 22 meter dan bersambung dengan pentas utama. Jadi bukan sahaja boleh buat majlis perkahwinan dalam dewan ini juga boleh buat acara fashion show, product launching, dinner syarikat dan banyak lagi. Macam Maha cakap tadi dewan ini mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu jika disusun secara buffet atau 700 orang dengan susunan meja makan.




Segala dekorasi dalam dewan ini boleh disesuikan dengan konsep dan kehendak pelanggan sebab itu pentingnya perbincangan terlebih dahulu sebelum sesuatu majlis. Pihak pengurusan Magica akan memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada semua yang mahu menjayakan majlis di dewan mereka sehingga jayanya.

GARDEN Hall


Dewan ini juga menjadi tumpuan yang ada kat sini iaitu dikenali sebagai Garden Hall dengan hiasan suasana ala hutan hijau persis dalam sebuah taman yang damai. Dewan ini kecil sedikit tapi masih mampu memuatkan sehingga 250 orang dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet. 




Sini pun boleh buat macam-macam majlis seperti pertunangan, majlis resepsi, majlis akad nikah, majlis cukur jambul, majlis koporat dan macam-macam lagi. Dewan ini juga dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakang irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. 

CLASSIC Hall


Ia dewan kedua terbesar dimana ia berkeluasan 12,000 kaki persegi juga ada pentas siap sedia, pintu masuk ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini lebih sesuai untuk majlis seperti majlis pameran, persembahan, persidangan dan juga macam-macam lagi lah. 



Masa Maha datang sempatlah bertanya kepada pihak pengurusan MAGICA ini yang dewan sini bukan sahaja menyediakan khidmat lokasi atau dewan tapi juga ada segalanya lengkap. Korang boleh dapatkan juga pakej lengkap seperti rakan vendor yang terpilih iaitu syarikat katerer, pakar perundingan perkahwinan, pengurusan acara, busana pengantin, kek dan macam-macam lagi. 


Silap-silap boleh juga dapat diskaun sehingga 60% jika ambil semua pakej yang mereka tawarkan. Aduh rasa macam nak cepat jer kahwin kalau macam ni hehehe tapi tu lah calon tak ada lagi. Masa majlis Hari Terbuka tu juga ada persembahan fashion show busana pengantin daripada Putree Bridal dan juga KYBC. Juga makanan kami yang datang hari tu juga dihidangkan oleh Rose Catering dan juga Kencana Katering di antara vendor yang berkerjasama dengan MAGICA. 






Jadi kalau korang ada plan untuk majlis perkahwinan boleh try datang sini dan juga merasai keindahan dewan yang mereka sediakan serta segala kemudahan yang ada. Kat sini sangat mudah untuk datang kerana ia atas mall jadi parking juga sangat banyak tak perlu bimbang. Kemudahan lain seperti tandas dan juga surau untuk tetamu juga disediakan agar semua rasa selesa bila datang majlis di sini. 

Sebarang pertanyaan dan juga tempahan boleh hubungi :
Tel : 012-678 7795








Jus Durian Belanda Asli Banyak Khasiat Kena Minum Setaip Hari

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kebetulan masa Maha balik kampung hari tu tengok kat kebun belakang rumah adalah sepohon pokok buah yang ada seribu satu khasiat dari kulit sampai isi dalam semua ada guna. Tak sangka juga subur hidup kat belakang rumah pokok Durian Belanda. 

Masih tak sahih lagi tentang bagaimana dapat nama Durian Belanda tapi tak silap pokok ini dibawa oleh penjajah mungkin juga pada zaman Belanda ke Tanah Melayu. Tumbuhan buah ini berasal daripada Amerika Selatan. Ada setengah negeri panggil lain seperti ‘Durian Selat’ atau ‘Durian Sayur’ di Kelantan dan ‘Durian Eropah’ di Langkawi.

Apa pun nama buah ini tapi hasil kajian yang telah dilakukan oleh mereka yang pakar mendapati buah ini sangat bagus kalau diamalkan makan selalu. Maha bukan lah pandai tapi hasil bacaan sikit-sikit sekarang kan mudah jer Google kalau nak tahu. Buah ini rupanya mampu untuk mengawal penyakit seperti kencing manis dan juga kanser.

Malah bukan sahaja buah tetapi juga daun dari pokok ini juga banyak khasiatnya. Daun durian belanda dapat membantu sakit kerongkong dan juga ulser kat mulut. Caranya hanya ambil beberapa helai daun pokok ini yang muda dan ditumbuk hancur kemudian diletak pada kawasan yang sakit tersebut. Kalau kanak-kanak demam pun dapat dikurangkan demam dengan mandi menggunakan air daun pokok ini.

Tapi susah juga nak cari daun pokok ni dapat buah pun boleh lah. Buat jadi minum jus buah ini. Jangan beli yang kordial kerana tak original itu terlalu banyak gula cuba cari buah yang asli kat pasaraya ada banyak jual dan juga kisar jadi jus atau makan segar begitu sahaja lagi bagus. Maha suka buah ini ia ada rasa masam-masam dan juga ada rasa manis buah yang seimbang. 

Sebab tu hari tu Maha buat Jus Buah Durian Belanda yang sangat mudah. Caranya korang hanya buang kulit buah ini dan juga biji hitam didalamnya. Kemudian kisar isi buah ini dengan ais kiub menggunakan pengisar. Jadi siap tak perlu tambah gula ok biar ia rasa asli. Maha nak buat setiap hari tak mampu lah sebab ada sepokok jer buah ini dan buah pun jarang-jarang. Nanti ada jual kat pasar nak beli dan buat lagi jus ini ok. Selamat mencuba.










DIY Teppanyaki Pertama di Malaysia Kuro Teppanyaki Bandar Sunway

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah tak mencuba untuk memasak Teppanyaki sendiri sebelum korang makan. Jarang selalu kita tengok banyak restoran mereka tolong masakan untuk kita. Tapi kali ini Maha nak bawa korang merasai sendiri pengalaman pertama di Malaysia iaitu memasak Teppanyaki sendiri.

Restoran yang Maha maksudkan adalah Kuro Teppanyaki D.I.Y yang terletak di Bandar Sunway. Kalau korang berjalan area sini boleh lah singgah untuk makan tengah hari atau dinner dengan konsep menarik ini. Sini korang boleh pilih untuk makan Set atau juga dengan cara bufet.


Hari tu masa Maha pergi makan mencuba bufet mereka di mana korang boleh makan dan tambah selagi mampu. Dalam bufet ini korang boleh tambah tanpa limit koleksi daging yang ada antara Chicken Thigh, Chicken Streaky, Cuttlefish, Dory Fish, Australian Premium Cube Steak, Australian Premium Beef Karubi Slice dan Australian Lamb Cube


Semua daging dan juga makanan laut yang di berikan ini tiada rasa memang mentah semata-mata. Jadi korang kena masak ikut citarasa yang korang suka. Ini kerana diatas meja tersedia perasa seperti garam, serbuk Lada Hitam, Soya Sauce dan juga minyak untuk memasak. Korang tengok tengah meja tu ada dapur besar yang sangat selesa untuk memasak. Korang boleh masak ikut cara yang disediakan iaitu medium atau well done.



Pastu dalam bufet tu juga korang boleh ambil bahan-bahan makanan yang disediakan di bahagian Kuro Bar. Kat situ lah ada sayur-sayuran segar, telur dan macam-macam lagi lah. Ini semua korang boleh ambil seberapa banyak yang boleh tapi harap tidak membazir ok. Juga korang boleh ambil nasi putih, Miso Soup dan juga minuman. 


Paling best makanan yang viral ODEN pun ada juga kat sini yer mesti korang sukakan. Maha sendiri pun cuba semuanya puasa hati. Harga pun boleh tahan hanya RM47.90 sahaja untuk seorang makan. Jadi makan boleh tambah termasuk juga daging tadi tanpa had. Kalau korang nak tambah Haagen-Dazs Aiskrim kena tambah harga RM12.00 sahaja. Boleh makan puas-puas aiskrim mahal ni hehehe.


Restoran ini buka setiap hari jadi korang boleh datang bila-bila tapi ada waktu operasi. Kalau makan tengah hari bermula dari pukul 11.30 pagi hingga 3.30 petang. Kemudian untuk dinner pula korang boleh datang waktu 6.00 petang hingga pukul 11.00 malam. Sini parking banyak tak ada isu masa Maha datang hujung minggu lepas lah. Kalau time waktu kerja mungkin penuh kot ramai orang. 

Restoran ini adalah pork free dan juga semua sumber bahan yang diambil adalah daripada pembekal yang ada sijil Halal. Sebab tu Maha yakin untuk datang makan kat sini. Kalau korang nak rasa kelainan bufet Teppanyaki sini lah lokasinya. Kalau rasa tak pandai nak masak boleh minta pekerja mereka tolong ajarkan sangat membantu. Selamat mencuba ok semua.

Pertanyaan dan promosi layari :






Kerja Giler Duduk Dalam Suhu -6°C Di Snow World Genting Highlands

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Impian nak pergi bercuti atau merasai kesejukan di bawah suhu negatif kat negara orang tak kesampaian lagi. Tak tahu bila boleh dapat peluang itu. Tak kisahlah tak dapat merasai salji kat negara orang dapat merasai kesejukan yang dicipta dinegara sendiri pun dah tak tahan.

Ye lah mana tidaknya pada hujung minggu yang lalu Maha dan beberapa orang kawan blogger di beri satu cabaran 'Thrilling Sub-Zero Challenge' oleh Resort World Genting. Korang tahukan kat puncak yang memang dah sejuk tu ada satu kawasan yang dibangunkan dengan menyerupai simulasi kesejukan seperti di padang Antartika



Kalau korang selalu naik kat atas puncak tu mesti perasan akan Snow World yang terletak di level 2 First World Plaza tu. Kat sini lah Maha dan kawan-kawan blogger menyahut cabaran yang diberikan iaitu untuk berada dalam Snow World dengan suhu serendah -6°C seberapa lama yang anda mampu. Ia juga tertaluk dengan beberapa syarat yang ditetapkan.


Syarat-syaratnya semua peserta hanya dibenarkan memakai satu lapis pakaian sahaja dan pihak Snow World akan menyediakan satu jaket serta boot dan juga sarung tangan khas sahaja. Peserta mesti berada dalam Snow World selama mana yang mampu dan hanya dibenarkan untuk keluar sekali sahaja untuk ketandas selama tempoh 5 minit. Siapa yang menjadi peserta terakhir dan paling lama berada dalam kesejukan itu akan diiktiraf sebagai pemenang.


Korang rasa Maha mampu tak nak sahut cabaran tu? Sebelum Maha dan kawan-kawan sahut cabaran tu, rekod paling lama yang telah dibuat sebelum ini adalah selama 3jam 50minit. Korang rasa tak beku ke mereka dalam tu. Tapi demi nak mencabar kemampuan diri Maha dan rakan blogger lain sahut juga kesejukan itu.



Mula-mula tu untuk 45 minit terawal semua perserta diberi peluang untuk menjelajah dalam Snow World yang memang luas dan besar ini. Masa awal tu memang rasa seronok sangat tak rasa sejuk pun puaslah bergambar dalam tu. Tapi selepas sahaja habis tempoh itu kami perlu berkumpul pada satu tempat untuk terus kekal bertahan selama mana yang boleh. Masa itulah cabaran yang sebenar mula terasa sangat menguji minda dan fizikal.



Masa demi masa berlalu memang kami kena bertahan walaupun sejuk sangat sehingga telingat dan bibir ini rasa beku tak mampu nak berbicara. Namun percaya atau tidak yang Maha berjaya mampu bertahan selama 2jam 30minit kat dalam tu. Bangga juga lah kerana berjaya memecah rekod peribadi sendiri berada sangat lama dalam suhu sejuk macam beku tu.


Tapi yang gilernya kawan-kawan blogger lain mampu bertahan lebih lama daripada Maha. Percaya tak yang juara pada hari tu mampu bertahan lebih kurang 4 jam. Tak tahu dia ni jenis macam mana tapi apa yang Maha nampak tips yang beliau amalkan untuk terus kekal tahan lama dalam tu adalah dengan menari tanpa henti untuk memanaskan badan. Akhirnya ada 5 orang peserta yang berjaya bertahan lama sehingga menghampiri 4 jam. Korang bayanglah mereka ni semua memang gilerrr.



Apa pun tahniah kepada semua rakan-rakan blogger yang berjaya bertahan lama walaupun Maha tak mampu. Tahniah kepada juara pada hari tu iaitu blogger Ariel Koh, tempat kedua Syafiera Yamin dan suami, tempat ketiga milik Eddy Rush. Manakal tempat keempat milik blogger Penaberkala serta kelima milik blogger Roti Canai Traveller

Sebenarnya cabaran ini ada waktu yang paling teruk mereka perlu lalui iaitu dimana selepas sahaja 3 jam berada dalam Snow World tu semua peserta perlu untuk tanggalkan jaket yang diberi dan hanya beralaskan dengan pakaian selapis sahaja. Kemudian 30 minit selepas tu mereka perlu tanggalkan pula sarung tangan yang diberikan untuk terus bertahan. Tapi kelima-lima peserta ini kental dan mampu bertahan. Korang memang terbaik dan gilerrr. Segala pengorbanan tak sia-sia apabila dapat trofi, sijil dan juga hadiah istimewa daripada Resort World Genting

Kalau korang rasa berani nak sahut cabaran tu boleh lah try masuk dalam tu dan rasai sendiri kesejukan dibawah tahap nak beku itu. Tak silap Maha Snow World ini buka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 11.30 malam. Ada waktu tertentu yang diberikan untuk masuk dan juga ada bayaran dikenakan. Jadi cubalah dan cabar diri anda untuk bertahan dalam tu ok. Selamat mencuba.








Musim Menuai Northwest Cherries Dari Amerika Syarikat Telah Tiba

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebut jer buah ceri memang kita akan bayang akan harga yang boleh tahan juga, tapi tahukan kita bahawa buah ini ada banyak kebaikan dalam kesihatan. Percaya atau tidak dalam satu mangkuk atau 21 biji buah ceri mengandungi kurang daripada 100 kalori. Jadi ia adalah antara buah yang bebas lemak kalau diamalkan selalu dalam diet pemakanan.

Maha dan macam pakar nutrisi lak bila cerita pasal buah ceri ini. Kita tahu yang buah ini adalah buah bermusi dan sekarang ini adalah musim paling terbaik untuk menuai buah ceri yang segar dan enak dari ladang. Tapi bukan kat Malaysialah. Ceri yang dibawa masuk ke Malaysia adalah ceri daripada negeri-negeri barat-laut Amerika Syarikat. Di sana sahaja ada 2,500 pekebun yang mengusahakan ladang ceri secara komersial.


Jadi sebab itu Amerika Syarikat adalah pengeksport ceri kedua terbesar di dunia dan salah satu pengeksport ceri terkemuka ke Malaysia. Kat sana sahaja ada lebih daripada 11 jenis buah ceri dan ia adalah pengeluar ceri paling sedap didunia. Sebab itu harganya boleh tahan juga. Ceri ini buahnya kalau kita makan ada rasa manis dalam kemasaman dan juga buat kita tak berhenti nak menikmatinya. 



Kempen Cheers to Cherries


Bagi memastikan rakyat Malaysia terus dapat menikmati bukan sahaja kesedapan buah ceri ini tapi juga khasiat yang banyak dalam buah kecil yang berjus ini, Northwest Cherries dan juga Tesco Malaysia bersama guru kecergasan Kevin Zahri telah melancarkan kempen'Cheers to Cherries'


Sinonimlah buah yang sihat dengan orang yang cergas macam Kevin Zahri. Beliau adalah jurulatih dan pakar pemakanan bertauliah dengan banyak pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang kecergasan dan kesihatan.  Kevin telah terlibat dengan senaman kecergasan di Malaysia, menerbitkan buku, dan artikel kesihatan dalam majalah kecergasan dan gaya hidup.  Beliau juga merupakan pengasas pergerakan penurunan berat badan terbesar di Malaysia yang dikenali 'Jom Kurus'.


Masa sesi bersama Kevin hari tu di Tesco Kepong beliau ada menyatakan bahawa buah ceri Northwest ini mempunyai ciri-ciri anti-radang yang hebat dan sumber Vitamin C yang tinggi. Tahu tak kalau mengamalkan memakan buah ceri ini setiap hari ia dapat mengawal penyakit seperti Alzheimer's, Diabetes, Cancer dan juga Gout secara semula jadi.


Nak nikmati buah ceri ini bukan sahaja dengan makan secara segar sahaja tapi juga boleh dimasukan dalam makanan lain seperti mana yang di ajar oleh Kevin iaitu Cherries Oat Jar yang merupakan makanan ringan selepas latihan. Juga boleh dijadikan jus minuman yang sihat sambil buat kerja harian. Jadi Tunggu apa lagi korang boleh dapatkan Northwest Cherries ini di semua cawangan Tesco seluruh Malaysia. Maha memang minat giler buah ini setakat satu manggkuk tu sekali hadap jer boleh habis wakakakaka.

Info lanjut tentang buah ceri ini boleh layari https://nwcherries.com









IMAGINATRICKS Persembahan Akrobatik Menakutkan Dan Menggerunkan Di Genting International Showroom

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ni sambungan daripada kisah Maha dan kawan-kawan blogger pergi naik Genting Highlands untuk sahut cabaran Sub-Zero Challenge di Snow World. Lepas sahaja bertahan berejam-rejam dalam kesejukan dan juga ketahanan fizikal dan mental kami semua di berikan satu hiburan yang sangat menyeronokkan dan mengkagumkan.

Dimana kami dibawa menyaksikan IMAGINATRICKS di Genting International Showroom. Maha ni memang orang yang suka tengok persembahan macma ahli silap mata, akrobatik, sarkas dan perkara yang menguji pandangan dan pemikiran penonton. Sebab itu kali ni teruja nak tonton Imaginatricks iaitu satu persembahan aksi yang menggabungkan campuran trik, akrobatik, tarian dan komedi yang  sangat menakjubkan.



Persembahan ini dibawakan daripada Paris ke Genting Highlands untuk memberi hiburan kepada pengunjung disana. Bila masuk panggung tu Maha jadi teruja sebab tak sabar nak tengok apa yang mereka akan berikan sepanjang persembahan 1jam tersebut. Malam tu persembahan bermula dengan penampilan seorang yang nak kata badut pun tidak tapi tampil setiap kali selingan macam pengacara majlis pun ada juga. Tapi gaya persembahan yang sangat santai dan menghiburkan selalu buat lawak yang buat semua penonton tak kering gusi. Bila beliau muncul sahaja semua orang dah standby nak gelak itulah watak yang bagi Maha sangat menarik.



Selepas tu persembahan pertama dimulakan dengan pembukaan tarian daripada ramai juga penari yang sexy dan juga mengenakan kostum yang menarik. Bagaikan daripada negara jauh di benua lain membawa persembahan tarian yang begitu sempurna. Mungkin kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak sebab banyak penampilan orang dewasa kat sini. Tapi ada juga ibu bapa yang bawa anak-anak mereka nak berhibur sahaja.



Paling takut sekali ada bila tiba masa persembahan akrobatik yang mana ada persembahan menyeberangi seutas tali yang direntang tinggi melintasi pentas utama. Pelagak ngeri ini perlu melintasi tali tu tanpa sebarang peralatan perlindungan ditubuh mereka hanya beberkal dengan sebatang kayu sahaja. Masa tu lah rasa macam nak runtuh jiwa ni bila mereka dengan riang gembira berlari, menari, melompat, melompat tali, menunggang basikal, mengimbangi kerusi dan macam-macma lagi.




Malam itu juga mereka memecahkan rekod mereka tersendiri dimana menampilkan aksi piramid manusia yang merentasi seutas tali sahaja. Itu sangat mendebarkan dan rasa memang mereka ni semua proesional lah dan respect sebab berjaya menghabiskan semua cabaran tu tanpa ada masalah pun huhuhu. 



Selain daripada menggunakan skill dan juga kemahiran dalam persembahan pada malam itu dalam Imaginatricks juga menggunakan teknologi bagi menarik minat penonton. Mereka menggunakan teknologi screen dan juga cahaya yang bermain bersama dengan penari dan juga kadang-kadang ia menyentuh emosi penonton melalu alunan lagu yang menjadi background persembahan.



Lagi menarik dimana ada penari yang membuat persembahan rutin Adagio Skating Ais yang indah mengikut rentak lagu. Walaupun kat atas pentas tu tiada ais sekali pun tapi tarian mereka sangat lancar dan juga beberapa aksi menarik membuat kita rasa takut juga. Banyak lagi persembahan mereka pada malam tu buat kita rasa tidak bosan dan sangat sekejap jer walaupun sudah habis 1jam masa berlalu.



Tiket untuk menyaksikan persembahan IMAGINATRICKS telah mula dijual dengan harga RM196 (Preferred), RM146 (PS1) dan RM96 (Gallery). Yuran pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00 dikenakan. Ahli GRC (Genting Gewards Card) menikmati diskaun 10% standard melalui tunai, kad kredit atau penebusan Genting Points. 




Persembahan ini akan berlangsung sampai tahun depan dan ada slot setiap hari pada jam 8 malam kecuali pada hari Ahad pada jam 4 petang. Ia telah bermula dari 25 Mei 2019 hingga 24 Mei 2020 (dengan tambahan jam 4 petang pada hari Sabtu). So kalau korang ada kat puncak Genting tu boleh lah ambil masa untuk menyaksikan persembahan yang menarik bagi Maha ni. Kita tak akan dapat saksikan ia ditempat lain melainkan luar negaralah. 

Maklumat lanjut layari :-
Laman web : www.rwgenting.com
Tel : +603 2718 1118










Wadihana Islamic Steakhouse Memberikan 999 Hidangan Stik Percuma

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu kisah yang mungkin boleh jadi iktibar kepada semua orang tak kira siapa kita dan apa sahaja yang kita usahakan. Dari kisah jatuh yang teruk kini bangkit berjaya sehingga sekarang adalah ilmu yang terbaik dalam hidup. Jom kita tengok kisah yang disediakan ini untuk rujukan kejayaan dimasa hadapan.


Jatuh Bangun Wadihana Islamic Steakhouse 


Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.
Puan June Talib Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse

Sama juga yang dilalui usahawan pemilik restoran ini iaitu Puan June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik. Menurut ibu kepada 4 anak ini, sekali bisnesnya ranap bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih dan mengalah.

Bagaimanapun menurut Puan June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.

Restoran ini bagi pasaran untuk penduduk Johor Bahru yang belum ada restoran‘steak house’ yang mampu menyajikan makanan dengan sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun muzik piano, kecualilah kalau pergi hotel. 

Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni bandar Johor Bahru. Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.

Keistimewaan hidangan di restoran Wadihana ini adalah gravy atau kuah stik yang dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.

Rahsia menghasilkan kuah yang terbaik adalah dengan merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama adalah sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.

Pihak restoran memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai dekorasi, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza).

Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa. Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga. 

Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan Puan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga. Sekarang beliau sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menjalankan sebuah perniagaan sehingga berjaya seperti mana sekarang ini.

Kempen Giveaway Half Ribs Sebanyak 999 Hidangan Stik Percuma


Bagi terus membantu dan juga menggalakkan usaha murni dikalangan rakyat Malaysia, sebanyak 999 stik diberi secara percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru. Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja  sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi!

Restoran Wadihana Islamic Steakhouse menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com.

Ini adalah sebahagian daripada kempen Terima Kasih pihak Wadihana Islamic Steakhouse kepada pelanggan yang setia menyokong pertubuhan mereka sejak dibuka Februari lalu. Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan.

Info Lanjut Layari :-








Walaupun Lelaki Produk Mandian Juga Penting Sedap Guna SAFI Anti-Bacterial Shower

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ini adalah orang yang cerewet dalam pemilihan produk penjagaan diri walaupun nampak jer macam ni tapi kalau produk tu banyak sangat bahan kimia yang tak berasas Maha susah nak terima juga. Maha ini adalah orang yang kuat berpeluh jadi bahan untuk penjagaan kulit terutama mandian adalah sangat penting bagi Maha.

Bukan setakat ia hanya memberi bau wangi dan banyak buih tapi yang penting kena ada penjagaan kulit juga. Sebab itu Maha suka guna mandian dari bahan semulajadi seperti keluaran baru SAFI ini. Maha dah jumpa sekarang SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER iaitu rangkaian gel mandian anti-bakteria dengan kombinasi sensasi menyejukkan dan manfaat buah-buahan semulajadi.  Ia juga melindungi, menyegarkan malah memanjakan kulit tubuh badan Maha. Penting ia adalah unisex dimana lelaki atau wanita boleh guna tak ada masalah. 

Mandian ini memberikan pelindungan antibac harian dan membasmi kuman dari kulit dengan berkesan sehingga 99.99%. Sebab itu Maha suka kerana bila kita berpeluh segala kotoran akan melekat pada kulit dan juga mengeluarkan bahan toksik jadi mandian ini mampu membersih kotoran yang tidak nampak dengan mata kasar. 

Mula-mula pakai hari tu Maha ingat ia ni hanya mandian biasa, tapi bila dah guna ia memberi rasa yang lain pada kulit lepas mandi dan lebih segar. Kalau mandi dengan gel mandian SAFI ini memang masa mandi Maha lebih panjang sebab seronok sangat main buih wakakaka. Rupanya rangkaian gel mandian antibakteria ini adalah bebas sabun, bebas alkohol, bebas paraben, Halal dan mempunyai kadar pH yang seimbang sesuai untuk kulit semua orang. 


Kalau korang tengok kat pasaran sekarang ada dua variasi gel mandian yang dikeluarkan SAFI iaitu RANGKAIAN GEL MANDIAN SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY WATERMELON dan RANGKAIAN GEL MANDIAN SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY PINEAPPLE. Kedua-dua mandian ini sama dari segi kebaikan seperti mana yang Maha cerita tadi.


Cuma yang bezanya adalah yang satu warna merah tu diperkaya dengan manfaat ekstrak Tembikai & Lemon dan satu lagi yang warna kuning pula diperkaya dengan ekstrak Nenas, Raspberry & Kelapa. Tapi kalau korang tanya yang mana satu Maha paling suka adalah yang Watermelon tu sangat wangi dan silap-silap orang ingat ia jus buah.

Awas ia adalah mandian yang digunakan untuk luaran sahaja jadi jangan sekali-kali cuba untuk minum lak yer wakakaka. Walaupun korang nampak bentuk aiskrim kat depan botol ia adalah untuk menunjukkan ia sensasi yang sejuk bila kena pada kulit. Produk mandian ini dah ada kat pasaran sekarang, hari tu Maha beli satu botol 1kg tu RM18.50. Boleh dapat kat banyak tempat pasaraya besar, farmasi atau malas nak keluar beli online jer kat Lazada pun dah ada. Jadi tak ada alasan untuk orang lelaki mandi tidak bersih dan jangan malas guna gel mandian ok nak cepat jer. Selamat mencuba semua.

Info lanjut tentang produk ini boleh layari :-
Laman web : www.safi.com.my 









Tahniah LuLu Hypermarket & Department Store Untuk Pembukaan Cawangan Kedua Di 1 Shamelin Mall

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Semua orang tahu dah kenal pasaraya LuLu Hypermarket & Department Store yang begitu popular dari Timur Tengah telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2016. Kini pasaraya terbesar dengan lebih dari 174 cawangan seluruh dunia mengembangkan lagi cawangan terbaru di Malaysia.

Yer seronok lah orang kat area Cheras, Ampang dan yang searea dengannya kerana 1 Julai 2019 secara rasminya pasaraya ini telah membuka cawangan keduanya di 1 Shamelin Shopping Mall. Kalau korang datang kat mall tu pergi sahaja kat level LG turun escalator dah nampak signboard besar pasaraya ini. 



Maha sendiri datang hari pertama pembukaan pasaraya ini dan memang terpegun kerana rekabentuknya. Kat sini pasaraya yang luasnya 80,000 kaki persegi telah direka bentuk menggunakan konsep ruang runcit terkini dan teknologi paling moden untuk kemudahan membeli-belah. Sebab bila Maha masuk rasa kat sini lebih selesa dan juga teratur untuk semua barang yang ada.



Tapi biasalah hari pertama pembukaan memang ramai orang serbu kerana dari 1 Julai hingga 4 Julai 2019 potongan harga istimewa yang luar biasa diberikan. Juga kepada 1000 pembeli awal pada hari pembukaan akan dapat hadiah istimewa daripada LuLu. Sebab tu hari pertama pembukaan tu dah kena serbu Maha sendiri rasa lemas dalam ribuan pengunjung yang datang.

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Juga ramai jemputan VVIP yang hadir termasuk Yusuff Ali Chairman of LuLu Group memeriahkan majlis. Tahniah Maha ucapkan kepada LuLu Hypermarket kerana memberi lebih ruang dan peluang kepada pembeli di Malaysia untuk dapatkan barang yang berkualiti dan juga pastinya dijamin Halal. 

LuLu Hypermarket 1 Shamelin Shopping Mall


Kat sini macam korang tahu tak adalah sama seperti mana cawangan pertama di Jalan Munshi Abdullah tu. Pasaraya sini bezanya dengan yang pertama tu ia mempunyai satu level sahaja yang di penuhi dengan semua barangan. Tapi semua barang itu di bahagikan kepada beberapa sektor yang tersusun dan juga mudah untuk diakses.






Kat cawangan baru ini mereka ada juga bahagian barangan runcit, produk tenusu, ikan dan makanan laut yang segar, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan ayam, barang-barang kering juga ada bahagian Hot Food yang korang boleh beli dan terus makan segar dan panas. Juga barang yang popular menjadi tumpuan ramai iaitu Roastery




Kat sini korang boleh dapat semua barang dapur dan juga barang keperluan rumah untuk suri rumah dan juga orang bujang macam Maha ni. Sebab tu suka sangat datang shopping kat LuLu ini memang segala ada bawah satu bumbung sahaja. Pula dengan pembukaan baru ini harga potongan sehingga separuh harga jadi makin ramai orang berebut-rebut nak dapatkannya.





Kat sini juga tak lupa ada barangan seperti pakaian untuk fesyen lelaki, wanita dan juga kanak-kanak, barangan elektronik dan elektrik, barangan IT dan telefon pintar, alat tulis, sukan, kasut, bagasi dan banyak lagi. Memang rambang mata datang hari pertama pembukaan ini sebab tak silap Maha orang berebut nak dapatkan TV 40 inch dengan harga RM600++ sahaja murah giler.


Maha nak beli juga masa pembukaan ini tapi bila tengok begitu ramai orang bebaris panjang dengan 2 biji troli tak jadi nak beli. Bagi lah peluang kepada mereka yang lebih memerlukan untuk beli barang-barang dapur lebih murah. Dengar kata masa pelancaran hari tu LuLu akan buka lagi 3 cawangan baru mereka menjelang tahun 2020 nanti. Antara lokasi yang diumumkan akan buka adalah kat Bangi, Setia Alam, Melaka dan Johor Bahru. Tunggu pengumuman sahaja dalam masa terdekat nanti ok.

Sokong Produk Tempatan Dan Usahawan SME


Sebagai sebuah pasaraya yang besar dan juga terkenal dengan produk berkualiti dan Halal, Lulu juga tidak lupa kepada produk-produk tempatan daripada usahawan kecil dan sederhana di Malaysia. Untuk cawangan terbaru ini LuLu memperuntukkan satu ruangan khas bagi produk tempatan agar terus berkembang dan mendapat peluang membesarkan jualan mereka. 



Sekarang ini ada lebih daripada 100 produk tempatan yang telah diberi peluang untuk memasuki pasaraya LuLu di Malaysia ini. Ada produk makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta juga perabot. Hari tu sempat juga tengok ada beberapa produk Maha pernah kenal seperti Royal Paratha dari Fatihah Frozen Food, Crispy Banana Cracker dan juga Honey Jackfruit Chips daripada PakChips Marhas Trading





Semoga dengan peluang seperti ini dapat mereka mengembangkan lagi jualan ke pasaran lebih besar. Apa pun Maha sekali lagi nak ucapkan tahniah kepada LuLu atas pembukaan cawangan kedua ini. Harap lebih maju dan juga terus berkembang di Malaysia dalam keadaan ekonomi negara yang sedang memulih banyak pasaraya lain tutup cawangan tapi LuLu terus mengembangkan sayapnya. Lepas ni makin dekat Maha nak shopping kat LuLu Hypermarket & Department Store. Setiap minggu boleh datang hehehe. Selamat membeli belah semua ok.

Info lanjut promosi dan harga murah layari :







Viewing all 1337 articles
Browse latest View live