Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1330 articles
Browse latest View live

Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Yes kalau ada siapa yang dah baca post Maha yang berkaitan dengan Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau korang boleh sambung baca post yang kedua ni pula. Sambungan perjalanan Maha di KEPRI ini untuk menjejaki pula asal usul Bahasa Melayu dan Kesultanan Melayu. Orang Melayu kalau nak tahu sejarah dan juga bagaimana perkembangan Melayu di nusantara ini kena datang ker Pulau Lingga ini.



Cuma nak bagi tahu sikit kalau sapa nak pergi ke Pulau Lingga ini korang boleh naik feri daripada Jeti Batam Centre. Satu hari tak silap Maha ada hanya ada satu perjalanan feri sahaja yang pergi ke pulau ini dan harga hanya RM80 atau Rp255,000 sehala. Perjalanan feri ni lebih kurang 5 hingga 6 jam tengok pada keadaan cuaca dan laut. Walaupun jauh tapi ia akan memberi korang satu pengalaman yang sangat menyeronokan.

Air Terjun Resun


Tapi Maha hari tu bukan dari Batam tapi kami dari Desa Batu Berlubang jadi tak jauh perjelanan nak ker Pulau Lingga ni. Kat sini pengembaraan kami lagi sangat mengujakan kerana kami akan melalui laluan menaiki boat dan juga laluan darat bertanah merah dan dikelilingi hutan. Sesampai sahaja kat Pelabuhan Domestik Sungai Tenam Lingga dan kami menaiki bas yang disediakan untuk meneruskan perjalanan ke Air Terjun Resun yang paling sejuk.





Lebih kurang sejam perjalanan bas kami akhirnya kami sampai ke air terjun. Memang sangat teruja ada kat sini kerana air terjun ini masih cantik dan terpelihara. Air terjun ini sangat sejuk kalau korang mandi. Maha mandi kat sini kerana nak merasai kesejukan dan melihat kejernihan air terjun ini. Air terjun ini mempunyai cerun 45 darjah sehingga air tidak melompat terus ke bawah tetapi mengalir di dinding landasan. 



Puas mandi walaupun sekejap tapi masa kami datang ni musim kemarau jadi air tak berapa banyak tapi masih boleh mandi dengan tenang dan nyaman. Orang kata air terjun ini boleh terus minum begitu sahaja kerana ia masih terpelihara dan terjaga kesegarannya. Lepas hampir sejam mandi kami terus begerak ke hotel untuk penginapan kami malam ini. 

Pekan Pancur


Malam itu kami akan menginap di sebuah pekan kecil yang begitu unik kerana pekan ini kalau di lihat sepertu berada di atas air. Ini kerana ia adalah pekan di muara laut sangat menarik dan sesuai untuk melihat matahari terbenam. Kat sini penduduk mereka terdiri daripada campuran masyarakat Melayu dan Cina. Pekan ini hanya boleh dimasuki dengan kenderaan motor sahaja kalau kereta pun sampai kat kawasan tepi jalan. 







Kemudian kena jalan kaki untuk masuk ke kawasan hotel yang kami menginap ini. Kawasan ini walaupun ia adalah pekan kecil tapi penduduk meriah sehingga waktu malam. Ini kerana kami sampai kat pekan tu penduduk tengah membuat sambutan Tahun Baru Imlek atau kita panggil Tahun Baru Cina. Kami merehatkan diri semalam di sini kerana esok masih jauh perjalanan kami untuk terus mencari sejarah kemelayuan di Pulau Lingga ini.

Gunung Daik Bercabang Tiga


Pagi tu kami bangun awal sarapan dan berkemas semua barang untuk begerak menaiki boat laju menyulusuri sungai yang ada banyak buaya kata mereka. Dalam hati ada rasa seram sebab sekali sekala nampak kelibat sang bedal tu tapi mereka tidak ganggu kami. Perjalanan tak lama hanya 30minit sahaja dan kami sampai ke Tambatan Perahu Desa Resun. Dari situ kami naik lagi bas untuk ke sebuah muzium yang popular di sini.


Lebih kurang 40 minit perjalanan bas kami sampai ke Muzium Lingga Linggam Cahaya. Nama Linggam Cahaya diambil dari kata Linggam yang membawa maksud batu berwarna merah dan cahaya bererti sinar. Di dalam muzium inilah kita boleh tengok dan juga mengetahui lebih banyak tinggalan sejarah asal usul kesultanan Melayu Lingga. Banyak artifak dengan berbagai bentuk, ukuran, motif, dan relief dipamerkan di sini. 



Kat sini juga kita boleh melihat bagaimana kronologi dan urutan sejarah Kesultanan Melayu Lingga. Kita ketahui sejarah pentadbiran Riau-Lingga-Johor-Pahang kerana ia adalah dibawah jajahan mereka dan kat situ dapat lihat banyak tinggalan dan koleksi foto yang masih kekal ada. Semua memberi tahu kita bahawa asal orang Melayu dan juga Bahasa Melayu bekembang pesat dan maju bermula di sini. 






Juga terdapat koleksi rangka binatang yang unik dan menarik tidak pernah kita lihat kat tempat lain juga di pamerkan di sini. Maha dapat belajar banyak juga tentang Melayu serta sejahrah yang kita tidak pernah ketahui di sini. Lama juga kami berada di sini untuk sesi bergambar dan mengenali sejarah Melayu. 


Kat Muzium ini juga kita boleh lihat dengan jelas Gunung Daik yang kita ketahui melalui pantun Melayu Lama. Ada juga mitos tentang gunung ini kalau kita baca pada pantu itu menyatakan bahawa Gunung Daik Bercabang Tiga. Tapi bila Maha lihat gunung ni hanya bercabang dua sahaja. Banyak cerita motis tentang cabang yang ketiga dikaitkan dengan kisah sedih seorang puteri raja dan juga kejadian pelanggaran kapal terbang pada cabang ketiga tersebut. 


Situs Istana Damnah


Satu lagi tinggalan sejarah yang menceritakan tentang kehebatan Kesultanan Melayu Lingga. Kali ini tak jauh daripada muzium tu kami pergi ke tapak tinggal istana lama kesultanan Melayu Lingga yang dikenali sebagai Istana Damnah. Dalam catatan ada menyebutkan Istana Damnah dibangunkan pada tahun 1860 di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II (1857-1883). Bentuk bangunan istana ini seperti panggung dengan dua buah pintu masuk dan empat buah tiang penyangga yang terbuat dari beton. 





Depan istana ini terletaknya Balairung Seri yang mana ia adalah tempat untuk kunjungan dan juga mesyuarat atau pertemuan-petemuan penting raja-raja dahulu kala. Besar juga istana ini kalau dilihat daripada tinggal yang ada. Bagi menampakkan sendiri bagaimana rupa bentuk istana ini. Kerajaan Indonesia telah membangunan replika Istana Damnah di sebelah tapak tinggalan istana ini. 



Cuma mungkin warna dan juga ukiran yang ada agak sedikit berbeza daripada istana asal cuma bentuk dan saiz adalah sama. Replika muzium ini bukan sahaja untuk gambaran tetapi juga ia dijadikan lokasi untuk sebarang aktiviti keraian masyarakat setempat. Jadi memang ia digunakan menjadi sangat berfungsi. 




Tak jauh juga daripada tapak replika istana ini terdapat satu kawasan air sungai yang menjadi lokasi dimana raja-raja dulu memandikan kuda-kudan mereka. Kawasan ini dikenali sebagai Lubuk Papan yang airnya masih jenih dan sejuk. Air sungai ini masih mengalir dan ia dikatakan daripada air puncak gunung Daik. Menurut orang tempatan air sungai ini boleh diminum begitu sahaja kerana masih terpelihara dan tidak tercemar. 




Maka berakhir satu hari perjalanan kami kat Pulau Lingga ini memang menarik dan banyak tinggalan sejarah yang ada kat sini. Kata orang sini kalau orang Melayu yang datang melawat pulau ini seperti orang Melayu pulang ke kampung asal mereka. Ohh lupa nak cite hari tu kami makan tengahari kat sebuah restoran menarik iaitu Warung Fiska. Kat sini menyajikan kami makanan tradisi kat sini dan semua makanan enak-enak belaka.




Lepas tu kami ke hotel baru penginapan kami iaitu di Pekan Daik. Kat Lingga Pesona Hotel ni baru kami dapat merasai ada sambungan internet untuk berhubung dengan orang luar. Memang seram juga beberapa hari tak ada hubungan luar tak dapat nak kongsi dengan korang tentang gambar menarik. tapi korang boleh tengok sendiri gambar Maha up kat post ini.




Keesokkan harinya pula kami berangkat seawal pagi nak pergi pelabuhan jeti nak belepas ke Batam dan pulang ke Malaysia. Tetap rasa rindu kepada Lingga Kepulauan Riau ini kerana banyak tempat menarik dan cantik. Selain itu juga, ada banyak tinggalan sejarah yang boleh kita kaji dan ketahui semua tentang sejarah Melayu. Kalau korang nak datang sini boleh berhubung Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi dengan whatsap +62 0811 7011 961. Beliau akan membantu bagaimana nak datang dan mendapatkan kemudahan yang ada di sini. Selamat bercuti semua. 

Jutaan terima kasih kepada :
Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi
Dinas Pariwisata, Kepemudaan Dan Olahraga Kabupaten Lingga

    





Viral CRG Nasi Ayam Masakan Tradisional Cina Tapi ....

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengan pasal Restoran CRG atau Chicken Rice Guys yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Pernah tular pasal restoran ini kerana kesedapan dan keunikan masakan Nasi Ayam dan juga Nasi Itik. Maha jadi teruja nak cuba dan terus terjah restoran ini kerana nak tahu betul sedap sangat ke makan kat sini. 


Kalau korang nak cari restoran ini terletak betul-betul disebelah UniSEL cawangan Shah Alam memang senang nak jumpa. Restoran ini kini diuruskan oleh dua anak muda, En. Firman F. dan Encik Imran Audi yang merupakan ketua tukang masak di sini. Perniagan mereka bermula dengan gerai kecil tepi jalan dan berjaya membangunkannya ke sebuah restoran penuh dalam tempoh setahun.


Pasti kalau restoran Nasi Ayam yang mesti menjadi perhatian ramai pengunjung restoran ini adalah Nasi Ayam Tradisi mereka. Nasi Ayam sini dibuat menggunakan cara masakan tradisional Cina, dengan bahan-bahan halal. Gaya memasak tradisional ini memastikan rasa makanan asli dan ia tiada rasa tiruan seperti MSG. 

Roasted Chicken dan Steam Chicken

 Itik Panggang

Itik Goreng Rempah

Mana nak dapat itik goreng dan panggan yang sedap dan halal. Kat restoran ini pun ada juga set Nasi Itik yang sedap dan menarik. Korang boleh pilih antara nak Itik Goreng Rempah atau Itik Panggang dua-dua sangat sedap. Tak ada rasa pelik seperti mana kita makan daging itik lain kat sini korang dapat rasa kesedapan dan juga kerangupan kulit itik itu yang buat ia tambah sedap. 

Taugeh Goreng 

Sayur Pak Choy Goreng

Wantan Goreng

Kalau set Nasi Ayam atau Nasi Itik ni korang boleh pilih untuk datang dengan sayur seperti Taugeh Goreng, sayur Pak Choy Goreng atau juga Wantan Goreng. Selalu lah orang makan nasi ayam dengan semua ini memang lengkap dan terangkat. Bagi Maha satu pinggan nasi tak cukup kena tambah lagi baru puas. 

CRG Kuey Teow (RM5.50)

CRG Toasted Bread (RM2.00)

CRG Toasted Bun (RM3.00)

Kat sini juga popular dengan CRG Kuey Teow yang kayang dengan seafood segar dalamnya. Kalau minum petang atau makan pagi korang boleh pilih CRG Toasted Bun atau Toasted Bread berasal dari pembuat roti Banggali tempatan. Dalam roti yang lembut tu dilapiskan pulak dengan sekaya yang memberi kesedapan dalam setiap gigitan. 

Black Lychee (RM4.00)

Bila makan roti mesti kena dengan minuman kopi. Istimewanya kopi di sini adalah kopi dari Klang yang di panggang dengan cara paling perlahan. Kopi kat sini sesuai untuk diminum panas atau ais. Kalau yang berais korang kena cuba Black Lychee meleleh tengok. Maha yang kurang suka kopi boleh minum air ini memang sangat sedap. 

Cheese Cake Mango, Peanut Butter Banana, Blueberry, Oreo dan Toblerone Dark Chocolate

Terakhir korang kena cuba kat sini adalah pencuci mulut mereka. Cheese Cake ini baru sahaja diperkenalkan kat restoran ini dan ada lebih sepuluh perisa Cheese Cake. Ini ada lima sahaja yang Maha sempat cuba hari tu iaitu Mango, Peanut Butter Banana, Blueberry, Oreo dan Toblerone Dark Chocolate. Saiz sangat sesuai untuk korang makan tak rasa muak dan harga sangat murah.




Waktu operasi restoran ini dari pukul 8.00pagi hingga 7.00malam. Restoran ini juga buka setiap hari, kecuali cuti umum. Korang mesti kena cuba sebab dah viral dan ramai orang memang sentiasa penuh setiap masa. Maha dah cuba korang mesti cuba juga ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 013 3331950 (Man)
        018 2204022 (Audi)
E-mel : sales.elier@gmail.com
Alamat : No 40, Jalan Zirkon F7 / 7, Seksyen 7, Shah Alam Selangor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5

  





Resipi Fettuccine Green Fusion Dengan Produk Ready-to-cook Anggun Chef

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada kongsi tentang satu produk Ready-To-Cook by Anggun Chef kalau korang ada perasan. Tak pun kalau korang ada ikuti Facebook dan Instagram Maha share pasal semua produk ni bukan saja-saja tau. Tapi sebab memang Maha menggunakan produk-produk ni kerana ia sangat memudahkan kerja memasak kat dapur.



Ada 9 pes masakan yang dihasilkan oleh Anggun Chef by Anggun Fusion ni. Semua pes tersebut seperti Vegetarian Green Curry, Asam Pedas, Rendang Peanut Butter, Seafood Sauce, Sour & Spicy, Beef Rendang, Satay Sauce, Sambal Dip dan Chilli Crab. Semua produk ni korang boleh beli secara online kat halalfoodmaster.com atau datang sendiri kat kafe mereka Anggun Fusion di Komplek MITEC Jalan Dutamas Kuala Lumpur.




Hari tu Maha dah pergi makan sana dah bawa pulang empat jenis pes yang istimewa mereka. Salah satunya adalah pes Vegetarian Green Curry. Selalu kalau green kari ni mesti ingat nak masak ayam atau dagingkan. Tapi kali ni Maha nak bawa kelainan dengan memasak campur elemen timur dan barat. Kalau korang nak cuba jom kita tengok resipi yang Maha nak kongsikan ini ok.


Resipi ini Maha namakan sebagai Fettuccine Green Fusion. Bahan-bahan yang digunakan adalah :-

3 sudu masak Vegetarian Green Curry by Anggun Chef
150ml Cooking Cream
1 sudu kecil Lada Hitam
1 cup Cheddar Cheese
3 biji Cendawan Butang
1 genggam Fettuccine
1 sudu Minyak Masak
Air kosong 

Cara-cara nak memasak resipi ini sangat mudah main campak jer. Korang tonton video ni sampai habis ok. 


Air kosong dan juga minyak masak tu Maha guna untuk masak fettuccine sehingga separuh lembut. Sebab nanti korang akan masak lagi dalam kuah tu jadi kat situ ia akan melembutkan fettuccine tu. Juga sedikit tip kalau masak spaghetti ker atau fettuccine ni jangan kacau terlalu kerap ia akan hancur. Ingat pes yang Maha gunakan ini adalah vegetarian jadi tak ada masaukkan apa-apa daging dalamnya. 



Cuma korang kalau rasa nak tambah garam atau perasa sikit bolehlah sebab pes ini pun dah cukup. Maha tak gunakan minyak masak sebab dalam pes tu dah ada minyak yang cukup untuk dimasak. Maha suka guna pes produk dari Anggun Chef ini sebab ia adalah produk tempatan dan juga pastinya Halal. Korang kena dapatkan cuba sendiri mana-mana pes yang korang suka ok sangat mudah. Selamat mencuba semua kalau dah cuba nanti komen sini ok.







    

MyUCAS.net Realisasikan Impian Menyambung Pelajaran Ke Menara Gading

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih teringat lagi 15 tahun dahulu zaman Maha nak sambung degree rasa macam susah sangat kerana masa tu nak cari duit untuk sambung pelajaran tidak semudah sekarang. Banyak halangan yang perlu dilalui dan juga banyak karenah yang terpaksa dihadapi. Demi nak lihat anak-anak dapat menggengam segulung ijazah mak dah ayah sanggup berkorban apa sahaja janji anak mereka berjaya. 


Kalau nak diingatkan dulu sedih juga kisah nak sambung belajar ni. Tapi sekarang Alhamdulillah dah capai segalanya dan juga dah dapat bantu emak dan ayah kat kampung pula. Walau sebanyak mana pun yang kita dapat beri kepada ibu bapa tidak terbalas pengorbanan mereka demi nak lihat anak-anak hidup berjaya.


Anak-anak zaman sekarang dah mudah untuk melanjutkan pelajaran. Tiada alasan lagi dengan kekurangan wang tidak dapat sambung pelajaran ke menara gading. Tambah sekarang ni ada syarikat koporat bertanggungjawab memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak muda yang ingin sambung pelajaran walaupun tidak berkemampuan dari segi pendapatan keluarga.

Biasiswa MyUCAS.net


Baru-baru ini Maha hadir satu majlis pelancaran program Biasiswa MyUCAS.net. Biasiswa tersebut dirasmikan oleh Profesor Emiritus Tan Sri Dato' Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yasin selaku pengasas dan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyUCAS, Dato 'Joseph Hii WS. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pelbagai wakil daripada sektor pendidikan, orang kenamaan dan ahli korporat yang menjadi penyokong kepada biasiswa ini.



MyUCAS adalah satu program biasiswa kepada semua rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran. MyUCAS melancarkan sejumlah 4,000 Biasiswa kepada pelajar Malaysia sehingga akhir tahun 2020. Daripada jumlah tersebut 10% pelajar akan diberikan 100% biasiswa untuk menyambung pengajian mereka manakala selebihnya program ini akan tawarkan pembiayaan 50% biasiswa minimum daripada jumlah yuran pengajian. 


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyUCAS, Dato 'Joseph Hii WS



Ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban kepada golongan sasar untuk terus menamatkan pelajaran diperingkat lebih tinggi tapi juga dapat membuka lebih banyak peluang kepada mereka yang mahu merubah kehidupan menjadi lebih baik. Ini juga bertepatan dengan matlamat kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Nak capai tahap itu perlu melahirkan kepada lebih ramai anak muda yang mempunyai pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Golongan Yang Layak Memohon 


Semua rakyat Malaysia layak untuk memohon selagi ada kemahuan untuk menyambung pelajaran. Keutamaan juga diberikan kepada golongan sasar iaitu pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan, anak-anak yatim, anak kepada ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) serta golongan B40. Ini adalah peluang untuk mereka tanpa ada jurang yang memisahkan matlamat murni mereka.


Pelajar yang memohon melalui program MyUCAS secara automatik dipertimbangkan untuk biasiswa ini. Paling penting pelajar-pelajar ini mesti bersemangat untuk sambung belajar dan mahu merubah kehidupan menjadi lebih baik.  

Institut Dan Kursus Yang Terlibat


Banyak universiti dan juga kolej dalam negara yang telah disenaraikan untuk pelajar ini memilih menyambungkan pelajaran melalui biasiswa ini. Buat masa awal ini kolej dan universiti yang terlibat adalah seperti:-

1.) INTI University & Colleges
2.) HELP University & Colleges
3.) Snips College of Creative Arts
4.) Kolej Antarabangsa Spektrum
5.) Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya  

Juga akan ada penambahan universiti dan kolej dari masa kesemasa sehingga habis semua biasiswa ini diberikan kepada yang layak. Pihak MyUCAS akan memastikan lebih banyak tempat pengajian yang layak untuk diberi peluang kepada semua pelajar melanjutkan pengajian mereka.


Manakala kursus yang ditawarkan pula tidak terhad kepada sesuatu kursus tertentu sahaja.  Ia terbuka kepada pengajian akademik mahupun dalam kursus teknikal dan kemahiran. Ini kerana setiap pelajar ada kemampuan dan kelebihan yang berbeza selagi ia sesuai untuk keperluan industri di Malaysia pelajar boleh pilih. Ini satu-satunya keistimewaan dalam biasiswa ini kerana ia tidak terjurus mana-mana kursus tertentu sahaja.  

Cara Memohon Biasiswa MyUCAS


Pelajar hanya perlu memohon melalui laman web MyUCAS.net secara langsung. Segalanya dilakukan dalam talian daripada peringkat pemohonan sehingga kepada peringkat saringan. Setelah mereke ini layak menerima biasiswa ini akan ada satu program sebelum mereka melanjutkan pelajaran di universiti atau kolej pilihan. 


Pelajar-pelajar yang terpilih akan melalui 'Young Leaders Programme' untuk memupuk kemahiran hidup mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah, keusahawanan, komunikasi, pengiktirafan diri, dan kesedaran isu semasa. Program ini adalah bimbingan awal kepada pelajar ini agar mereka terus berkeyakinan dalam melanjutkan pelajaran.

Biasiswa ini juga lain daripada lain kerana meraka akan ada penyelia yang akan sentiasa memantau dan membantu pelajar-pelajar ini dari mula pengajian sehingga mereka tamat pengajian. MyUCAS tidak akan membiarkan pelajar ini sendirian dalam menghadapi cabaran dalam melanjutkan pelajaran mereka. Setelah tamat pengajian pelajar-pelajar ini juga akan dibantu dalam mendapatkan tempat untuk perkejaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.
      

Jadi sekarang ni Maha rasa tiada alasan lagi untuk mana-mana pelajar di Malaysia keciciran dalam melanjutkan pelajaran peringkat universiti. Bak kata pepatah 'Selagi ada kemahuan di situ ada jalan'. Maha rasa pelajar-pelajar sekarang sangat bertuah peluang ada depan mata dan hanya perlu ambil kerana ia sangat membantu. Jadi kalau korang rasa ada sapa-sapa sedara-mara atau pelajar yang nak sambung pelajaran tapi tidak mampu sebarkan tentang program ini. 

Moga niat murni ini akan menjadi satu jalan luas untuk mengubah dan menjadikan kehidupan lebih baik. Daftar sekarang juga secara dalam talian di laman web https://myucas.net

Pertanyaan lanjut hubungi :-
Email : info@myucas.net
Tel : 03-2201 7874





Pertama Kali Restoran Gabungan Citaras Timur Tengah Dan Siam Di eCurve Mutiara Damansara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pertama kali Maha dapat rasa dua hidangan daripada dua negara yang jauh berbeza tapi masih tetap Halal dalam satu restoran. Ini keunikan yang ada pada Restoran Arab Thai yang baru sahaja di buka di E-Curve Mutiara Damansara. Baru-baru ini Maha dijemput ke majlis pengenalan restoran ini kepada semua tetamu yang hadir.


Selalu kalau restoran mesti fokus kepada satu sahaja makanan untuk melambang identiti pemilik restoran tersebut. Tapi kali ini kita boleh tengok ada gabungan hidangan Arab dan juga masakan Thailand. Jadi kalau datang sini banyak pilihan lauk pauk dan juadah kepada kepelbagaian masyarakat di Malaysia. 






Macam kita tahun makanan arab ni tak lari dengan menggunakan bahan tenusu serta juga minyak zaitun dalam masakan mereka. Kat sini terkenal dengan makanan sihat seperti Olive Salad, Mutable, Greek Salad, Pasta Salad, Feta Pomegranate, Hummus, Waraq Enab, Dolma (Grape Leave), Tabolah, Capresetomato dan banyak lagi. Masa hari pembukaan tu semua tetamu di hidangkan dengan makanan-makanan ini memang banyak sangat. 








Tak ketinggalan juga mesti ada Nasi Mandy dan Nasi Kabsa yang dihidang bersama kambing golek yang cukup sinonim dengan restoran Arab. Hari tu lebih kurang 3 ekor kambing juga lah yang mereka tumbangkan untuk disajikan kepada semua tetamu. Tak lupa juga hidangan pencuci mulut yang popular di negeri Arab seperti Basbousa, Kanafeh dan banyak lagi menjadi pilihan dan kesukaan rakyat Malaysia. 







Itu baru di meja makanan arab kita pergi lak kat bahagian makanan Thailand pula. Seperti mana kita semua tahu makanan Thai ni kaya dengan rempah ratus dan rasa pedas dan masam yang seimbang. Kat sini mereka menyajikan kepada tetamu yang datang pada majlis pembukaan hari tu adalah menu yang popular seperti Thai Laksa, Tom Yum, Keng Som (Asam Pedas), Kerabu Mangga, Fried Beef dan banyak lagi lah tak tertulis jer kat sini.








Tapi sangat puas hati dan memang best lah kerana kita dapat rasa dua hidangan yang berbeza tapi menjadi kesukaan orang Malaysia ni. Kenapa gabungan dua masakan ini menjadi pilihan pemilik restoran ini adalah untuk memberi pilihan citarasa kepada tetamu yang datang makan di sini. 







Maha tak berapa pasti waktu operasi restoran ini sebab tiada detail tapi tak silap Maha ia dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam sebab berada dalam mall. Kebanyakan pekerja dan juga tukang masak kat restoran ni Maha tengok adalah orang Arab mesti rasa seperti original dari sanakan. Jadi kalau korang nak cuba kelainan dalam makanan Arab campur dengan Thai ni boleh kunjungi Restoran Arab.Thai ini ok. 







   

Main PUBG Mobile Secara Percuma Dengan Yoodo!

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha adalah salah seorang pengguna Yoodo iaitu pembekal perkhidmatan mudah alih digital yang memberikan kita kawalan penuh dalam menyesuaikan pelan telefon. Maha mula-mula tak tahu tapi setelah terbaca dalam satu artikel bahawa ada plan yang kita boleh kawal sendiri berapa banyak internet yang nak guna dan juga apa sahaja pakej yang ada dalam talian ini. Jadi Maha tertarik untuk cuba dan sampai sekarang masih menggunakannya.


Ok dari apa yang Maha sendiri telah gunakan talian mudah alih Yoodo ni ia sangat memberikan kelonggaran kepada Maha sendiri yang memang sentiasa menggunakan lebih pada sosial media setiap masa. Jadi dalam plan Yoodo ni sendiri telah ada fungsi kita boleh pilih untuk plan menggunakan lebih banyak Instagram, Facebook, Youtube dan juga WhatsApp. Serendah RM5 sahaja sebulan ia tidak akan mengganggu data lain yang ada dalam pilihan pakej kita. 


Korang mesti tahukan yang Maha ni memang aktif kat Instagram dan juga Facebook untuk update apa sahaja jadi ini sangat menguntungkan. Kalau untuk pakej data biasa pun tetap ada dan korang boleh pilih untuk ambil data serendah RM12 sebulan untuk 2GB data sahaja. Pastu plus dengan RM5 untuk 50minit voice serta RM3 untuk SMS sahaja. Itu pakej yang Maha ambil sekarang ini jadi ia hanya serendah RM20 sahaja untuk satu bulan. Ini asing tau dengan sosial media tadi, ia tak ganggu langsung data korang kalau dah ambil pakej sosial media tadi.  

Yoodo Menyokong Kaki E-Game


Tadi plan untuk data, kali ni Maha nak tunjuk pula tentang kesitimewaan kepada kaki e-gamers kat luar sana kalau korang gunakan Yoodo ni. Ia akan berikan sehingga 20GB free data setiap bulan kepada anda kaki gamers untuk permainan yang sangat popular sekarang ini iaitu PUBG. Walaupun terus terang Maha ni bukan kaki PUBG ni tapi bila tengok keistimewaan yang bagi ni sangat untung gilerr lah.



Caranya korang boleh pilih sahaja pilihan PUBG Mobile yang ada dalam applikasi Yoodo tu dan secara automatik ia akan aktif dalam akaun korang. Kat situ sahaja korang boleh main sepuasnya game ini. Maha dah start belajar main walaupun game pertama dah mati tak sempat nak jadi Chicken hehehe. Bahasa-bahasa kaki gamers jer yang tahu. 


Paling best bukan sekadar korang jadi jaguh kampung main e-games ini, tapi Yoodo adalah penaja utama untuk Malaysia's First official PUBG MOBILE National Championship (PMNC) yang telah berlangsung pada  26 dan 27 January 2019 yang lepas. Rupanya ada 256 team dan lebih daripada 1000 orang pemain seluruh dunia sertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM60,000. Tak silap Maha juara yang baru ini adalah team Gank YTK dan mereka telah menerima tajaan daripada Yoodo untuk perlawanan peringkat seterusnya. Lepas ni korang juga boleh jadi juara kalau hari-hari main PUBG ni percuma dengan Yoodo. Boleh belatih mulai sekarang untuk pertandingan akan datang lak.

Yoodo Memudahkan Kaki Kembara


Ini satu lagi yang Maha suka sangat dengan Yoodo ni sebab apa mereka dah ada pakej rooming yang dipanggil Yoodo's Roam Like Home. Bestnya rooming mereke ini boleh support sehingga 53 buah negara seluruh dunia ok. Kalau korang nak tahu yang baru-baru ini Maha ada pergi travel ke negara jiran Indonesia pun guna rooming daripada Yoodo ini ia sangat mudah dan murah.


Caranya mudah sahaja dengan plan yang korang dah pilih tadi sebelum ini dan hanya tambah rooming RM10 hingga RM20 sahaja mengikut negara untuk kegunaan 24jam. Contoh hari tu Maha pergi Indonesia Maha punya pakej ada sekarang RM20 dan kena aktif rooming tambah RM10 sahaja dan boleh guna kat sana. Nak aktif tu pula tak susah semua buat dalam aplikasi Yoodo sahaja online tak perlu nak call atau buat pengesahan dahulu. Tiada caj tersembunyi sebab korang bayar apa yang korang guna sahaja  
    

Hari Komuniti Yoodo


Ini seronoknya kalau dah jadi pengguna Yoodo ni kerana korang yang aktif dalam komuniti mereka akan berpeluang diraikan pada satu majlis khas bagi pengguna setia Yoodo. Macam tahun lepas pada ulang tahun pertama Yoodo mereka telah adakan Yoodo Komuniti Meat-up Day dimana Maha sendiri hadir ada pada hari tu ok. 



Pada hari tersebut juga Yoodo memberikan pelbagai keistimewaan kepada pelanggan setia hadiah yang tidak dijangka-jangka. Ada yang dapat telefon baru, t-shirt dan best semua orang hari tu dapat tonton wayang. Bagi Maha aktitviti bersama pengguna dan juga menghargai pengguna ini adalah yang pertama kot di buat oleh provider macam ni. 


Bila dah guna Yoodo ni aktif lah jadi Yooders pula kat web community mereka nanti mana tahu nama korang akan naik untung-untung akan dapat hadiah istimewa tau. Maha sendiri pun mula aktif kat sana sikit-sikit kongsi pendapat dan juga bercerita pengalaman menggunakan Yoodo kat dalam komuniti ini. 

Nak Dapatkan Sim Kad Yoodo


Tidak perlu nak cari kat luar sana korang boleh daftar secara online dalam talian di www.yoodo.com.my kerana memang sim card ni tak ada jual kat luar sana hehehehe. Bila dah order sim card mereka akan hantar kad itu terus ke alamat korang. Bila dah dapat sim card boleh aktifkan dan terus boleh set pakej mana korang nak gunakan. 


Semua pakej yang Maha cite tu ada dalam aplikasi Yoodo korang kena muat turun selepas sahaja dah dapat sim. Pendaftaran untuk talian ni pun hanya buat dalam aplikasi ni kerana mereka akan minta pengesahan gambar IC atau passport depan belakang dan juga facial recognition scan untuk tahu betul ker orang atau tidak mudah sangat. Lepas tu korang boleh enjoy guna semua keistimewaan yang Maha juga dah gunakan ini. 

Nak topup pun tak perlu risau untuk beli kat kedai kerana telah ada dalam aplikasi tersebut. Semasa korang buat pengesahan pendaftaran akan perlu ada pengesahan akaun melalui kredit kad, online banking atau juga Paypal. Jadi semua pembayaran dibuat secara dalam talian sangat mudah dan cepatkan.  Tak perlu nak pergi kedai beli topup lah, lepas tu nak gores lah pastu nak kena masuk kod baru boleh aktif. Ia secara automatik bila korang dah daftar dan aktifkan sim kad nanti. 


Maha cerita ni pun sebab pengalaman Maha menggunakan Yoodo ni, jadi nak kongsi ngan korang satu talian yang flexible kita boleh pilih dan bayar pada apa yang kita banyak gunakan sahaja. Tiada fix dan ia boleh berubah setiap masa. Sangat mudah dan cepat zaman sekarang semua nak cepat jer. Kalau tidak kita akan ketinggalan lah. Nanti korang kalau rasa nak gunakan Yoodo daftar online jer dan semasa aktif sim kad tu masukkan kod Maha ni 'iuljz2106'. Nanti korang akan dapat RM20 dalam Yoodo Wallet dan boleh cash out. 

Selamat mencuba semua ok.

Info lanjut boleh layari :-
Laman web : www.yoodo.com.my







Buat Pecinta Daging Sizzling Combos Kembali Di NY Steak Shack

$
0
0
Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Di antara daging Sirlion dan Ribeye korang rasa bahagian mana yang paling sesuai untuk buat steak. Maha bukan pandai sangat tapi kedua-dua bahagian daging lembu ini sebenarnya bagus yang membezakannya adalah cara masakan. Setengah orang suka yang  rare, half cook dan well done


Tapi kalau korang nak nikmati makanan steak yang betul-betul mengikut cara masak yang sebenar boleh cuba datang ke NY Steak Shack. Dekat sini menurut Muhammad Adam Mah iaitu selaku Pengurus Besar Jenama NY Steak Shack, dari proses pemilihan daging sehingga kepada proses memasak ia dilakukan dengan sangat teliti dan mengikut proses sebenar. 

Muhammad Adam Mah Pengurus Besar Jenama NY Steak Shack

Sebab itu kali ini mereka membawakan kembali Sizzling Combos yang pernah popular satu masa dulu kat sini. Cuma kat sini kenapa steak mereka dihidangkan dalam bekas sizzling ini kerana nak mengekalkan kekenyalan daging. Kalau daging steak ni dibiarkan pada suhu sejuk ia akan mula mengeras dan tidak anjal lagi. Jadi dalam bekas sizzling ia masih kekal panas sehingga dihidangkan kepada pelanggan dan dirasai dengan sos istimewa mereka.


Sizzling Combos ada empat pilihan set yang menarik untuk dicuba. Setiap combo datang dengan steak NY Striploin panggang kegemaran NY Steak Shack dan pilihan salah satu daripada empat jenis daging iaitu Smoked Beef, Beef Meatballs, Lamb Noisette atau Southwest Chicken. Ia juga boleh pilih untuk dihidangkan dengan Brown Sauce atau Black Pepper Sauce.

NY Striploin & Beef Meatballs (RM48.80)

NY Striploin & Southwest Chicken (RM52.80)

Hari tu Maha sempat mencuba semua menu ini dan bagi Maha yang paling kena gandingannya untuk citarasa Maha adalah yang NY Striploin & Beef Meatballs. Mungkin Maha suka meetball mereka tidak kenyal lembut dan ada rasa didalamnya. Kalau yang NY Striploin & Southwest Chicken, ayam tu lebih rasa macam tandori agak sedikit pedas. Ini pun sedap juga makan dengan sos lada hitam mereka.

 NY Striploin & Smoked Beef (RM52.80)

NY Striploin & Lamb Noisette (RM58.80)

Kalau yang suka pedas-pedas boleh cuba  NY Striploin & Smoked Beef. Kalau tengok dekat tak macam daging smoked lebih kepada daging masak cili dan ia nampak kemerah-merahan. Daging ni dihiris nipis-nipis dan sesuai untuk selera orang Malaysia. Kalau yang suka kambing boleh pilih gandingan menu NY Striploin & Lamb Noisette.

Mug Sarsaparilla Splash, Strawberry Lemonade, Pina Coco dan Summer Fizz

Promosi kali ini ada sedia juga beberapa minuman baru yang padan dinikmati dengan steak tadi. Korang boleh pilih antara Mug Sarsaparilla Splash, Strawberry Lemonade, Cranberry Cooler, Pina Coco dan Summer Fizz. Semua minuman ini pada harga RM8.80 sahaja.  Maha suka yang Pina Coco iaitu minuman campuran dengan rasa air kelapa dan juga jus nanas memang padan sangat. 


Promosi ini hanya boleh dapat kat semua cawangan NY Steak Shack bermula 4 Mac hingga 28 April 2019 ini sahaja tau. Jadi korang boleh datang sekarang ni dan try semua steak mereka ini. Mesti kena makan panas-panas tau baru dapat rasa kesedapan steak mereka. Maha dah cuba memang sesuai dengan selera Maha. Selamat mencuba semua ok.

Info lanjut layari :






Tahniah A&W Buka Cawangan Restoran Ke-47 Di EkoCheras Mall

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahniah kepada A&W Malaysia sebagai restoran makanan segera yang pertama di Malaysia telah melancarkan pembukan restoran ke-47 di EkoCheras Mall. Majlis perasmian pembukaan restoran terbaru ini telah diadakan baru-baru ini yang turut dihadiri oleh penyanyi muda yang popular dengan lagu Permatah Hati iaitu Nabila Razali, Ketua Pegawai Eksekutif A & W Malaysia, George Ang serta David Lee, Pengarah Rantaian Pembekalan & Teknikal A Great American Brand Sdn. Bhd.  


Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke 100 Restoran A&W diseluruh dunia menjadi sebagai restoran penyedia makanan segera paling lama di dunia. Semua orang tahu kalau datang ker A&W ni mesti akan kena cuba minuman paling popular mereka iaitu RB Floats yang menjadi warisan daripada dahulu hingga sekarang. Maha sendiri kalau datang sini akan order RB Float dan makan bersama dengan ayam goreng terbaik mereka. 


Tahun ini A & W Malaysia merancang mengembangkan jumlah bilangan restoran di negara ini kepada 60 buah menjelang akhir tahun 2019 dan 100 buah menjelang akhir tahun 2021. Restoran yang baru dirasmikan ini membawakan konsep yang lebih segar dan lebih modern sesuai dengan perubahan zaman serta pengambilalihan baru oleh Inter Mark Resources Sdn. Bhd.


Kehadiran Nabila Razali adalah salah satu strategik dalam menarik minat ramai anak muda dan juga generasi Y untuk terus memilih restoran A&W bukan sahaja untuk nikmati makanan tetapi juga untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan. Juga membawa konsep mesra keluarga dalam memberi peluang ibu bapa bersama anak-anak menikmati juadah sedap seperti Beef Coney atau Chicken Coney yang menjadi kegemaran semua. 




Maha juga turut berada pada majlis perasmian cawangan terbaru mereka ini sangat meriah dan ramai orang hadir kerana suka dan percaya kepada jenama makanan segera ini. Korang tahukan yang restoran pertama A&W di Malaysia adalah terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman dan masih kekal sehingga sekarang sejak dari tahun 1963. Maha tak lahir lagi masa tu yer wakakaka tapi sekarang ia menjadi brand yang Maha suka. Tahniah buat A&W untuk cawangan terbaru mereka.







Beli Dan Dapat Bayaran Balik Separuh Dari Harga Hanya Di LuLu Hypermarket

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni LuLu Hypermarket kembali lagi dengan promosi hebat juga meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut bulan ini. Promosi kali ini jauh lebih menarik kerana setiap pebelanjaan barang pilihan, LuLu akan pulangkan balik separuh harga. Sebab tu ia di panggil promosi 'Bayar Balik Separuh'. Macam mana tu? Maha mula dengar macam tak percaya tapi bila dah pergi sendiri kat pasaraya LuLu baru terkejut memang sangat untung.


LuLu Bayar Balik Separuh


Kalau korang sampai kat pasaraya LuLu dan nampak ada tanda merah macam kat bawah ni korang boleh dapat bayaran separuh daripada apa yang korang beli. Maksunya macam ni dengan setiap pembelian barangan yang terpilih sebanyak RM100 dalam satu resit korang akan diberikan semula RM50 baucer beli-belah untuk pembelian seterusnya. Jadi kira macam korang beli separuh harga juga lah untung tak betul tak.


Barangan yang tersenarai dalam promosi kali ini banyak terletak di bahagian tingkat 1 pasaraya LuLu ini iaitu bahagian fesyen untuk lelaki dan wanita, kasut, beg tangan wanita, sari dan churidar. Churidar atau baju pyjamas bersama dengan seluar panjang yang dipakai oleh lelaki dan wanita masyarakat India. Tapi sekarang ni semua kaum dan bangsa pakai kerana ia lebih selesa dan cantik.





Banyak jenama yang terlibat dalam promosi kempen kali ini antaranya untuk bahagian kasut ada  jenama Bata, Reebok, New Balance, Skechers, Atlanta, Kronos dan banyak lagi. Manakala untuk pakaian lelaki dan wanita pula jenama yang terlibat seperti Kent & Crew, Valino, Marco Donateli, De Backers, Allen Solly, Louis Philippe, Puppet, Cortigiani, Louis Philippe, Tag Rider, Eten, Twin Bros, Peter England, Tag Basic, Twills, Lero, Sunnex, Pravo, Ruff, Arezzo, Oxemberg dan John Louis





Banyak lagi jenama yang terlibat dan koleksi yang ada dijual kat LuLu ni boleh dapat dalam promosi hebat ini. Bahagian istimewa mereka yang tak ada kat pasaraya lain iaitu LuLu Celebrate yang menjual pakaian seperti Sarees, Churidars, Lehanga dan aksesori untuk sarees. Sini pun ada juga termasuk dalam promosi hebat ini.  Korang boleh Mix and Match sendiri pakaian mengikut kesesuai dan fesyen terkini. Seperti kawan-kawan model yang memperagakan pakaian ini. Tengok bagaimana mereka mengenakan semua koleksi yang ada kat LuLu untuk keguaan hari mahupun untuk kegunaan kasual kat pejabat atau majlis keraian. 








Korang rasa berbaloi tak kalau datang shopping kat LuLu time ada promosi macam ni. Sebab tu Maha kalau nak datang kat pasaraya LuLu tunggu ada promo yang hebat. Mesti sangat mengutungkan dan akan dapat banyak pilihan. Cuma baucer RM50 yang korang dapat tu nanti hanya boleh beli untuk barang daripada kategori yang sama sahaja. Promosi Bayaran Balik Separuh ini untuk masa terhad dari 1 Mac sehingga 24 Mac 2019 sahaja lepas tu dah tak ada. Rugi kalau tak rebut kena datang sekarang juga.  

Barangan Elektrik


Kat LuLu ini bukan sahaja ada barang fesyen tau tapi mereka ada semua keperluan termasuk juga lah barang elektrik dan elektronik. Yang ini korang kena naik ke tingkat 2 pasaraya ini dah ada semua barang daripada keperluan untuk rumah juga kepada gadget yang sangat banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Tapi yang bahagian ni tak termasuk dalam promosi istimewa yang Maha nyatakan tadi. Cuma nak bagi tahu yang kat pasaraya LuLu semuanya lengkap.  







Kalau anak muda macam Maha ni hehehehe nak beli gadget dan juga telefon pintar atau komputer riba kat sini pun ada tau. Jenama seperti Samsung, ViVo, Nokia, Huawei serta Apple pun ada jual kat LuLu ini. Bak kata orang satu pusat sehenti yang segala keperluan ada tak perlu nak pergi banyak tempat lain penat satu hal pulak tu nak parking satu hal lagi.

Keperluan Dapur


Tapi yang paling Maha suka bila datang ker LuLu Hypermarket ini adalah untuk beli barang keperluan dapur dan juga keperluan diri. Kat sini bagi Maha macam syurga segala barang basah dan makanan semua ada. Penting sekali barang makanan dan minuman mereka dijamin Halal dan termurah. Paling Maha rambang mata kat sini adalah nak beli sayur dan juga buah-buahan mereka sangat segar dan pilihan yang begitu banyak.







Korang juga boleh jumpa beberapa barang atau makanan yang tak ada jual kat pasaraya di Malaysia seperti bahagian kuih muih dan coklat yang dibawa khas daripada negara Timur Tengah. Selalu orang akan tempah pada jemaah yang pergi Umrah atau Haji untuk beli dan bawa pulang. Tapi sekarang ni dah ada di sini sangat dekat dan harga jauh menjimatkan. 






Sebab Maha ni memang suka memasak jadi barang mentah seperti ikan, daging dan juga sayur semua ada kat sini. Bila Maha datang beli-belah kat sini mesti satu troli tu akan penuh dan tak pernah beli sedikit punya. Mereka sentiasa semak harga dan memberi promosi jualan harga murah. Tips nak beli barang dapur kat sini korang kena cari item yang ada tanda harga warna kuning kerana ia adalah barang yang dijamin murah nak dibandingkan dengan tempat lain. Itu yang Maha dah amalkan sejak beberapa kali beli-belah kat sini. Jadi tunggu apa lagi jom beli-belah kat LuLu Hypermarket Jalan Munshi Abdullah sebelah dengan Jakel Mall Kuala Lumpur. Selamat membeli-belah semua.     

Nak dapatkan promosi-promosi lain sila layari :-





  

Restoran Multikultural Pertama Di Malaysia Hidangkan Dim Sum Dan Masakan Thai

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sudah menjadi trend restoran sekarang ni membawakan dua mkanan daripada dua negara berbeza. Kali ni Maha nak bawa korang makan di Dodo Dim Sum & Bowls. Ia adalah sebuah restoran multikultural pertama di Malaysia yang menawarkan hidangan Dim Sum dan hidangan Thai


Kat sini menyajikan dim sum buatan tangan serta makanan jalan yang popular di negara Thai termasuk boatnoodle  yang cukup terkenal. Restoran ini baru sahaja dibuka diaras LG Subang Parade Shopping Centre. Dim Sum sini adalah hasil tangan daripada Sifu Lee


Hidangan buatan tangan yang asli yang disediakan oleh Sifu Lee dan pasukannya termasuklah “Lo Mai Kai”, Spicy Chicken Feet, Siew Mai Dumplings, “Har Gow” prawn dumplings, Charcoal Custard Buns with salted egg yolk filling, Minced Meat Dumpling with green chives and assorted Chee Cheong Fun dan recommended dari chef Honey BBQ Chee Cheong Fun. Terdapat juga Stir Fried Radish Cake dalam gaya Dodo, Crispy Mashed Taro Pie, "Woh Tip" dumpling dengan halia dan cuka yang dicincang dan pencuci mulut Shanghai Pancake

Charcoal Custard Buns with Salted Egg Yolk Filling (RM9.50) 

Spicy Chicken Feet (RM9.00)

Siew Mai Dumplings (RM9.50)

“Har Gow” Prawn Dumplings (RM10.50)

Minced Meat Dumpling with Green Chives (RM9.50)

Dalam banyak hidangan Dim Sum yang paling Maha suka adalah Charcoal Custard Buns dengan inti salted egg yolk di dalamnya. Roti ni kena makan waktu panas-panas kerana tak nak isi dalamnya mengeras dan berketul-ketul nanti. Juga yang sedap adalah Chee Cheong Fun kena makan bersama dengan sambal ikan bilis mereka yang pedas sangat mengancam. 

Crispy Mashed Taro Pie (RM9.00)

Stir Fried Radish Cake In Dodo Style (RM14.00)

Honey BBQ Chee Cheong Fun (RM10.00)

"Woh Tip" Dumpling (RM9.50)

“Lo Mai Kai” (RM9.00)

Crispy Shanghai Pancake (RM12.00)

Jika korang menginginkan makanan Thai, kena cuba menu yang disediakan oleh chef mereka, seperti empat jenis Thai Broth Boat Noodles iaitu Nam Tok, Khao Soi, Tom Yum dan Nam Sai. Selain tu juga ada yang lain seperti Khao Klukh Krapi shrimp paste rice, Crispy Som Tam, Gai Pad Prik Pao chicken wings dan pencuci mulut Pulut Manga. Bagi Maha hidangan boatnoodle kat sini ok lah ada rasa cuma korang kena tahu bezakan antara tom yum dan nam sai. Mangkuk tak kecil lah besar juga mungkin makan dua mangkuk dah kenyang kot bagi Maha lah. 

Nam Tok BoatNoodle (RM2.30)

Khao Soi Boatnoodle (RM2.30)

Nam Sai Boatnoodle (RM2.30)

Tom Yum Boatnoodle (RM2.30)


Pendapat keseluruhan makanan yang ada sini memang menarik dan boleh dicuba. Harga juga sangat berpatutan dengan keadaan ekonomi yang tidak beberapa mengizinkan. Kalau datang makan bersama keluarga atau rakan-rakan beramai-ramai sambil bereseronok kat sini sangat sesuai. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam.

Crispy Fried Som Tam (RM14.00)

Gai Pad Prik Pao Chicken Wings (RM18.00)

Khao Klukh Krapi Shrimp Paste Rice (RM20.00)

Crispy Chicken Skin (RM2.20)

Mango and Sticky Rice (RM10.00)

Ini kerena Maha first time masuk sebuah restoran yang sangat terang benderang dengan pencahayaan yang memberi keselesaan kepada pelanggan untuk makan bukan dalam gelap dan romantik. Interior dalam kat sini moden, cerah, ceria dan bergaya dengan seni dinding yang direka secara strategik memisahkannya daripada tempat dim sum biasa dan suasana restoran di negara Thailand. 





Restoran ini juga memberi pengalaman makan lebih interaktif dan menyeronokkan. Korang boleh terlibat dengan aktiviti Facebook dan Instagram dengan mengambil bahagian dalam peraduan yang menyeronokkan, aktiviti yang dirancang dan terus mengikuti kemas kini menu. Di sosial media kalau korang jadi pelanggan setia boleh menikmati tawaran istimewa sebagai sebahagian daripada komuniti Dodo Dim Sum & Bowls.


Kalau korang nak cuba Maha masih boleh datang sini sebab ia akan memberikan sisi lain daripada rasa makanan yang disediakan dan juga suasana dalam restoran ini. Kat sini korang nak order kena tanya kepada pelayan restoran untuk ketahui menu-menu yang ditawarkan. Maha cuma letak apa yang Maha sempat rasa masa berkunjung kat restoran ini hari tu jer. Banyak giler makanan yang Maha makan sampai buncit perut dibuatnya wakakkaa.

Maklumat lanjut atau promosi layari 
Laman web : http://dodo.my

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5






Marina Island Pangkor Resort & Hotel Pulau Pelancongan Persisir Pantai

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni jarang nak berjalan ke jauh-jauh travel naik kereta sendiri tapi kali ni rasa macam teruja pula untuk pergi ker satu bandar persisir pantai dalam daerah Manjung Perak iaitu Lumut. Pergi pun bukan saja-saja tau sebenarnya ia adalah perjalanan Maha untuk menyertai buat pertama kalinya Lumut Eco Run 2019.  


Tentang larian tu Maha akan ceritakan kemudian nanti tapi yang best sekarang ni nak kongsikan dimana Maha menginap sepanjang berada kat Lumut. Terima kasih kerana kali ini Maha dan kawan-kawan semua bermalam selama 3 hari 2 malam di Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Hotel yang terletak di pulau buatan dan mempunyai lebih kurang 500 buah bilik.

Marina Island Pangkor Resort & Hotel Yang Besar


Hotel ini ada dua block bangunan serviced apartments yang diberi nama D'Sea yang korang boleh lihat berwarna oren tu manakala  D'Ocean pula bangunan sebelah yang berwarna biru tu. Bagi Maha yang pertama kali sampai kat sini memang sangat teruja kerana hotel ni dikelilingi laut sebab kat sini korang boleh lihat matahari terbenam pada waktu senja dan juga melihat matahari terbit pada waktu pagi.




Bilik yang Maha duduk tu adalah bilik sangat luas dan mampu memuatkan sehingga 4 orang. Korang boleh tengok kat ruang depan bilik ini sahaja ada 3 buah katil single manakala satu lagi katil berada kat dalam satu bilik khas. Bagi Maha kalau datang satu keluarga 4 ke 5 orang memang sangat sesuai kat sini sangat selesa. Siap ada juga pantry sendiri bersama dengan kelengkapan seperti pemanas air dan juga mini peti sejuk.






Selain tu yang penting kalau korang duduk hotel bukan setakat selesa tapi kena ada kelengkapan yang cukup seperti kat sini Wifi percuma dalam bilik, set meja tulis, LED Tv dengan pelbagai saluran TV dan bilik berpenghawa dingin sepenuhnya. Dalam bilik ni ada satu bilik air sahaja iaitu di bahagian tengah yang mengandungi bath tab sangat sesuai untuk korang yang suka berendam, hair dryer, toiletries serta rain shower.






Jadi ia sangat lengkap dan memenuhi untuk korang datang bercuti dan berehat bersama keluarga. Selain daripada bilik yang besar untuk 4 orang mereka ada juga sediakan bilik untuk 2 orang serta bilik paling besar yang boleh muatkan sehingga untuk 16 orang. Semua bilik mesti ada pantry sendiri dan juga bilik air sendiri. Jadi boleh datang ramai-ramai dan masak kat dalam hotel tu bawa je periuk nasi elektri masak sendiri dan makan ramai-ramai jimat sangat. Harga bilik pula berbeza mengikut saiz dan juga tarikh, kalau korang nak tahu boleh tengok kat laman web mereka lagi senang. 








Harga termasuk sarapan pagi yang disediakan di Terumbu Cafe. Maha suka duduk kat hotel ni bukan sahaja kerana bilik mereka tapi juga beberapa kemudahan lain yang ada kat dalam hotel ni. Mereka siap ada sediakan ruang khas untuk kanak-kanak yang dipanggil Kids Club. Mak bapak boleh tinggal anak mereka kat dalam bilik tu untuk tonton movie yang disediakan dan juga bermain permianan yang ada serta berseronok kat situ. 








Juga ada kelengkapan lain seperti bilik gym walaupun tak berepa besar tapi ok lah boleh untuk mengeluarkan peluh. Lepas tu terus sahaja terjun kat kolam renang mereka yang ada di bahagian luar. Nak mandi kat tepi pantai pun boleh juga tak ada masalah sebab semua di kelilingi dengan laut dan lagun. Nak buat aktiviti mainan tepi pantai pun boleh seperti bolar tampar pantai dan juga berkelah kat tepi pantai tu dibawah payung bersama keluarga atau kawan-kawan seronok giler. 

Frenzy Hippo Waterpark Masa Untuk Main Air


Selain daripada penginapan ada juga aktiviti riadah luar yang menarik berdekatan dengan hotel ini iaitu Frenzy Hippo Waterpark. Ini adalah satu-satunya taman tema dengan keluasan 25 buah gelanggang badminton terapung di atas air. Menarik giler tempat ni boleh main panjat-panjat dan juga terjun dalam air tu. Harga untuk main waterpark ni RM35 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Korang akan rasa penat bila bermain kat situ tapi tetap puas hati. Bestnya kat sini kena main awal pagi kerana tak dipanaskan dengan mentari dan juga diganggu dengan angin kencang. Kalau main petang boleh cuma agak terbataslah.






Selain itu juga, sekitar kawasan pantai tu korang juga boleh main seperti kayak, berbasikal, Paddle boat, Yoyo boat, Pelampung Unicorn dan banyak lagi. Semua tu korang boleh sewa dengan harga untuk kayak RM20/30minit, Paddle boat RM30/30minit, Yoyo Boat RM15/30minit. Kawasan tepi pantai ni dibuka untuk mainan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan sambung balik pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam sahaja.









Jadi kalau korang duduk kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni macam-macam aktiviti boleh buat tak perlu nak pergi jauh kat situ sahaja dah boleh habis satu hari dengan pelbagai aktiviti bersama. Tak akan bosannya kat sini tak perlu nak pergi jauh hehehehe. 





Tepi pantai tu juga mereka ada buat dekorasi seperti kincir angin untuk korang bergambar dan menikmati pemandangan waktu petang menunggu matahari terbenam sangat cantik. Juga situ ada satu kolam menternak ikan besar iaitu Ikan Kerapu seberat 100 kilo kesayangan pemilik hotel ni dan ia telah diternak lebih dari 9 tahun. Itu satu daya tarikan juga kalau ada sini korang boleh bagi makan kat ikan-ikan tu ok.   

Tempahan hotel dan pertanyaan lanjut tentang hotel boleh hubungi :
Tel : 605 680 5888   
Fax: 605 680580
Email : enquiries@marinaisland.com 

Buang Lemak Dengan Lumut Eco Run 2019 


Tadi Maha ada bagi tahu yang Maha datang ker Lumut dan menginap kat hotel ini adalah semata-mata menyertai Lumut Eco Run 2019 yang terlah berlangsung pada 2 Mac 2019 yang lalu. Ia adalah larian pertama yang Maha sertai untuk tahun ini dan luar daripada KL. Saja nak cari angin luar dan menikmati tempat orang, kalau nak datang sendiri bercuti tak tahu bilakan. Larian Lumut ini adalah anjuran Patriot Malaysia dengan kerjasama Ultron, Dorsett Kuala Lumpur dan juga Marina Island Pangkor Resort & Hotel


Larian Lumut ini adalah lain daripada lain bagi Maha kerana ia ada konsepnya tersendiri iaitu dimana ia bukan sahaja larian untuk menyihatkan badan tapi dalam masa sama ia bertujuan untuk mendidik masyarakat mecintai alam sekitar melalui tema-tema yang mereka adakan setiap tahun. Larian ini akan berlangsung selama 4 tahun berturut-turut dengan 4 tema yang berbeza iaitu tema Tanah bagi tahun 2019, tema Air bagi tahun 2020, tema Api bagi tahun 2021 dan tema Angin untuk tahun 2022. Setiap tahun mereka ada madel yang berbeza kalau korang rasa suka kumpul madel larian Lumut ini sangat sesuai untuk sertai. Janji korang kena tamatkan larian ok.




Kenapa ia diadakan di Lumut? Ia adalah untuk memperkenalkan eco pelancongan yang ada kat sekitar Lumut dan juga dalam masa sama ia mampu meningkatkan ekonomi masyarakat disekitar bandar ini. Ini kerana acara larian ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia/pemastautin tetap dan juga pelari antarabangsa. Jadi secara langsung ia memberi pendedahan kepada orang luar tentang keunikan yang ada kat Lumut selain daripada pantai dan juga alam semulajadinya. 



Dengar kata lebih dari 1200 orang telah menyertai larian ini dan sambutan sangat hebat. Ada 3 kategori yang dianjurkan iaitu 5km untuk Fun Run, 10km dan juga 21km untuk half marathon. Maha hanya mampu masuk untuk 10km sahaja tau dan berjaya menghabiskan semua larian dalam tempoh 2 jam juga lah wakakakka. Almaklumlah orang berlari tapi Maha banyak berjalan tapi bestnya larian ni dapat masuk dalam Markas Pengkalan Lumut - TLDM tau bukan senang nak masuk kat sana.. Bagi Maha aktiviti macam ni sebenarnya bagus kalau dapat dilakukan sekali sekala untuk kesihatan badan. Harap next time dapat join lagi untuk larian lain pulak mana tahukan. Korang juga boleh join untuk tahun seterusnya.

Pertanyaan tentang larian dan update akan datang layari: 









Pecinta Makanan Negeri Sembilan Masa Untuk Nikmatinya Di Putrajaya Marriott Hotel

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini orang Nogori Sombilan? Siapa suka makan Masak Lomak Cili Padi? Ini masanya untuk korang yang memang pecinta makanan berlemak, pedas, masam dan masin secukupnya boleh datang ker Zest Lifestyle Restaurant terletak dalam Putrajaya Marriott Hotel


'Promosi Makanan Negeri Sembilan'yang dibawahkan kali ini disediakan bukan calang-calang orang tau. Hanya orang nogori jer yang pandai masak hidangan ni siapa lagi yang asal dari sana kalau bukan selebriti chef kita Chef Dato' Ismail. Chef adalah anak jati Rembau dan masakan nogori ni memang dah jadi kepakaran beliau. Kini dibawa ke hotel ini untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.




Menurut kata chef masakan Negeri Sembilan ini dikenali dengan hidangan berasaskan lemaknya dan penggunaan rempah-rempah yang asli. Bahan-bahan tempatan yang selalu digunakan dalam masakan Negeri Sembilan adalah seperti santan, cili padi, asam keping dan belacan adalah penting untuk memastikan ia adalah ternyata asli dan sedap seperti asal. 


Sebab itu tak ramai orang yang pandai masak hidangan nogori ini Maha sendiri pun banyak kali belajar masih tak sama seperti mana yang orang asal buat. Kali ini chef membawakan lebih daripada 30 jenis masakan tradisional Negeri Sembilan kepada orang KL terutamanya. Masakan yang korang boleh dapatkan sempena dengan promosi hebat ini adalah :

Makanan sampingan

Lawa Terung Bakar | Lawa Jantung Pisang | Lawa Daging Salai | Sambal Tempoyak Daun Kayu | Rendang Pucuk Ubi | Rebusan Tulang (sup tulang)






Menu utama

Daging Salai Masak Lemak | Rebung Masak Lemak bersama Perut | Telur Itik Masak Lemak bersama pucuk ubi | Masak Lemak Sembilang Salai bersama Rebung/Mangga Muda/Belimbing Buluh |Siput Sedut Masak Lemak bersama Batang Keladi | Rendang Daging Hitam | Gulai Itik Salai | Hati Lembu Masak Kunyit | Labu Masak Lemak | Betik Muda Masak Lemak Ikan Masin | Lemak Nangka Muda Bersama Daging | Sambal Udang Petai Bersantan | Masak Lemak Udang Bersama Peria Katak | Lemak Ikan Sepat Masin Cili Kering |Kacang Panjang Lemak Ikan Masin








Pencuci mulut

Sepang Berkuah | Kelompong/Buah Melaka | Ketayap | Kuih Genggang | Agar-agar Merah | Tapai Pulut | Apam Johol | Lemang | Pulut Kuning






Makanan ini korang boleh dapat setiap hari kat hotel ini kerana setiap hari mereka akan pastikan makanan berbeza dihidangkan kepada tetamu yang datang. Korang boleh nikmati untuk bufet makan tengah hari atau juga untuk bufet makan malam. Harga untuk bufet tengah hari adalah RM110 nett bagi dewasa dan RM55 nett untuk kanak-kanak. Manakala bufet makan malam pula lain sikit RM128 nett untuk dewasa dan RM64 nett untuk kanak-kanak


Promosi hidangan negeri ini hanya berlangsung dari 13 Mac hingga 31 Mac 2019 sahaja tau jadi hari ni boleh lah pergi makan. Memang puas hati bak kata orang makan sampai menjilat jari sebab rasa dan bau masak lemak tu tak akan hilang sehingga korang basuh dengan pencuci ok. Maha sendiri dah menikmati hidangan ini rasa macam nak datang hari-hari makin bertambah lemak nanti wakakakak. 




Selain daripada makanan korang juga boleh nikmati persembahan alat muzik traditional yang didendangkan sepanjang promosi ini. Juga ada jualan produk warisan dan budaya seperti batik & songket tenun, jualan kuih muih dan biskut tradisional, pakaian tradisi dan juga macam-macam lagi ada kat ruang legar hotel ini. Semua ini dibawa kerjasama antara Putrajaya Marriott Hotel dan Jabatan Warisan Negara. Korang kena cuba makanan kat sini ok sebab Maha dan try sendiri air tangan chef sangat sedap dan asli. Selamat menjamu selera semua ok.

Pertanyaan promosi ini atau tempahan hubungi :
Tel : 603 8949 8888







Rekod Kari Kepala Ikan Seberat 7kg Di Gerai Tepi Jalan D'Warees Resepi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang mampu tak nak habiskan satu set Kari Kepala Ikanseberat 7kg? Kalau Maha mungkin boleh makan untuk 2 kali hidang makan tengah hari dan makan malam hehehehe. Tapi itu lah rekod tersendiri yang dicatatkan oleh gerai tepi jalan D'Warees Resepi.  


Mereka pernah menghidangkan kari kepala ikan seberat 7kg. Satu keunikan di gerai ini apabila ramai pelanggan mereka saling berlawanan untuk mendapatkan kepala ikan paling besar. Sehingga ada pelanggan yang sanggup datang dari Utara dan Selatan tanahair semata-mata untuk menikmati keenakan kari kepala ikan di gerai ini.




Kalau korang tengok pada gerai ini ia adalah sama seperti gerai biasa tepi jalan kerana ia terletak betul-betul tepi jalan Batu 3 Shah Alam. Nak mencari gerai ni senang jer selain waze atau google maps nama gerai ni korang hanya perlu cari Kilang Gula CSR di Shah Alam dan gerai ini betul-betul kat depan kilang tu dan bersebelah dengan stesen minyak Petron


Maha cari memang senang tak sesat sebab boleh nampak gerai ni betul-betul bawah pokok yang rimbun. Konsep makan di sini layan diri dan mereka menyajikan makanan berlauk pelbagai jenis. Paling menjadi tumpuan adalah Kari Kepala Ikan dengan resepi sendiri yang dihasilkan melalui percubaan demi percubaab sehingga memenuhi selera rakyat Malaysia yang suka akan kari pekat dan melekat. 


Kari Kepala Ikan Jenahak

Kat sini ada 5 jenis kepala ikan yang dimasak dalam kari iaitu Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Kerapu, Ikan Tenggiri dan Ikan Mayong. Setiap hari mereka boleh menjual sehingga 50 ke 60 ketul kepala ikan. Ikut nasib kalau korang bertuah boleh dapatlah kepada ikan seberat yang Maha nyatakan tadi. Harga hidangan kepala ikan ini mengikut saiz dan jenis ikan. Ia bermula dari serendah RM25 seketul sehingga boleh cecah RM200.



Selain daripada juadah kari ikan ada lagi masakan lain yang juga menjadi pilihan ramai pelanggan di antaranya Kurma Daging, Kari Kambing, Ayam Goreng, Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Pajeri Nanas, Ulam-ulaman, Sambal Belacan dan banyak lagi. Hari tu yang Maha sempat cuba adalah Kari Kambing, Kurma Daging dan juga Ayam Goreng mereka. Satu kombinasi yang sangat sesuai dimakan dengan kari kepala ikan terbaikkkk.

Ayam Goreng

Kurma Daging

Kari Kambing

Ulam-ulaman dan Sambal Belacan

Onde-Onde

Gerai ni dibuka dari pukul 6.30 pagi untuk sarapan hingga pukul 4.30 petang. Kalau menu kari kepala ikan tu boleh start order dari pukul 10.00 pagi lagi dan last call pukul 4.30 petang kalau masih ada stock. Makan pagi dan petang tu mereka ada sediakan kuih-muih tradisional seperti Onde-Onde, Pulut Panggang, Lepat, Kuih Bakar dan banyak lagi. 


Korang boleh lah datang makan kat sini kerana ia dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dan tutup hari Ahad. Gerai ni juga popular dikalangan selebriti tempatan yang datang makan kat sini. Sebab tu korang kena cuba makan sini. Gerai ni baru sahaja beroperasi kalau tak silap tahun lepas tapi dah mendapat perhatian ramai kerana keunikan kari kepala ikan mereka. Maha boleh bagi jaminan korang akan makan sehingga kesedutan terakhir setiap ruang kepala ikan tu. Mesti kena cuba ok. Selamat menjamu selera semua.  

Pertanyaan dan tempahan hubungi : 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5





   

Hendak Menginap Di Pulau Perhentian Boleh Pilih Ombak Dive Resort

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tak pernah sampai ke Pulau Perhentian dan ini adalah pengalaman pertama jejak kaki kat pulau diberi gelaran Permata Negeri Terengganu ini. Terujanya tak terkata sebab dapat peluang nak bercuti dan berehat-rehat ke pulau lagi untuk selama 3 hari 2 malam. Mungkin bagi ramai orang dah biasa akan Pulau Perhentian ni tapi bagi Maha ia satu pengalaman yang sangat bermakna. 


Pulau ini terbahagi kepada dua gugusan iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Resort yang ng Maha dan kawan-kawan nak duduk ni di Perhentian Kecil. Jika dari KL nak ke sini kalau naik kapal terbang turun kat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Baharu lagi dekat hanya 45 minit ke jeti. Kalau naik kereta pun boleh parking jer kat kawasan jeti ni tapi agak penat nak mengharungi perjalanan selama 6 jam. 






Untuk ke pulau ni pula adalah menaiki boat dari Jeti Kuala Besut kerana ia mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan. Kalau siapa yang mabuk laut dinasihatkan untuk mengambil sebarang ubat sebab memang boleh tahan kocakkan ombak yang menghempas boat. Satu lagi pulau sekitar Laut China Selatan ini akan tutup daripada sebarang aktiviti bermula bulan November hingga Februari sebab musim tengkujuh.

Rehat Dan Relax Di Ombak Dive Resort 


Walaupun dilambung ombak yang kuat tapi hati bertambah gembira sebab Maha nak sampai ke pulau yang tak pernah terfikir nak pergi. Akhirnya Maha dan kawan-kawan sampai juga ke Jeti Teluk Aur di mana jeti untuk ke resort yang kami akan menginap. Resort yang Maha maksudkan itu adalah Ombak Dive Resort. Ya Allah cantiknya pemandangan sampai kat sini satu yang luar daripada pemikiran Maha. Terasa sangat relax dan santai berada kat sini tak nak balik KL rasanya. Tengok pula air laut yang sangat jernih dan pasir pantai yang memutih rasa begitu indahnya Malaysia.





Alhamdulillah sampai saja kat resort kami disambut dengan Welcome Drink yang sangat segar sambil mengadap laut yang tenang syoknya. Tak sabar untuk habiskan masa kat sini dan buat semua aktiviti yang ada di sini. Dengar kata sini adalah antara lokasi pantai terbaik untuk aktiviti seperti Scuba dan Snorkeling. Resort yang Maha duduk ni ada segalanya daripada segi Ombak Lodge iaitu bilik pelbagai jenis dan pilihan, kemudian ada Ombak Cafe yang menyajikan hidangan sedap dan menyelerakan, serta ada Ombak Divers untuk korang nak belajar atau nak sewa peralatan dive kat pulau ni.






Tapi biasalah kalau dah sampai sini mesti pertama sekali nak tengok bilik kat sini. Bilik sini mereka mengekalkan konsep kesederhanaan dan kemudahan yang mencukupi antara bilik yang ditawarkan adalah Single Room, Twin Room dan Quadruple Sharing Room. Bilik yang Maha duduk ni adalah bilik sharing room ada dua queen size katil yang boleh muat untuk 4 orang. Memang cantik dan kemas bilik ni yer siap ada kelambu lagi korang nak tidur tak bimbang diganggu nyamuk hehehehe. 





Bilik sangat luas dan mempunyai siling yang tinggi untuk tujuan pengudaraan serta paling penting ada aircond. Sebab kat resort ini ada sediakan bekalan elektrik 24 jam tau tak perlu risau. Macam biasa akan buat bilik inspection dulu sebelum baring hehehe. Semua kemudahan ada dalam bilik ni seperti mini fridge, kipas, water heater, safety box, TV dengan koleksi filem atau drama yang telah dimuat turun. 




Paling penting dalam bilik air kena cantik dan bersih kat sini bagus mereka ada bilik air yang lengkap dengan hot shower dan juga sangat besar. So ok lah sangat selesa untuk beristirehat kat pulau ini sepuas-puasnya. Sesetengah bilik akan ada balkoni tersendiri dan bagi pasangan yang nak berbulan madu korang kena pilih exclusive suites yang lebih privasi dan lagi romantik. Harga bilik kat sini pula bermula dari RM290 berserta sarapan pagi untuk dua orang. Pakej lain kalau korang nak lagi senang boleh ambil yang macam kat bawah ni : 

4 days 3 night Snorkeling Package = RM 955 per pax
3 days 2 night Snorkeling Package = RM 690 per pax
4 days 3 night Free and Easy Package = RM 865 per pax
3 days 2 night Free and Easy Package = RM 600 per pax 
3 days 2 night Honeymoon Package = RM 695 per pax



Adalah detail-detail aktiviti dan apa yang mereka provide dalam package ini korang kena hubungi mereka. Maha share ni mana tahu korang ada plan nak pergi bercuti kat sini senang. Paling best bila tiba waktu petang sebab petang tu kami semua pergi tepi pantai untuk melihat sendiri matahari terbenam sini memang cantik. Jadi korang boleh buat aktiviti petang kat tepi pantai macam bersantai atau rehat-rehat mengadap laut.  




Bestnya lagi kat resort ni korang boleh dapatkan makan untuk sarapan pagi, tengahari, minum petang dan makan malam di Ombak Cafe. Tak perlu nak pergi jauh-jauh kat cafe ni makanan sentiasa ada korang order sahaja. Tapi tu nanti Maha akan buat posting kedua pasal makan sahaja mesti lagi meriah hehehe. Habis sudah satu hari aktiviti free and easy kat pulau ni rasa lapang pemikiran tak perlu fikir pasal kerja dan kesibukan kota. Keesokkannya pula kami akan buat aktiviti lagi menarik dan mencabar iaitu beach hoping.  

Berenang Bersama Ikan Di Romantic Beach 


Pagi yang indah untuk hari kedua kat Pulau Perhentian ni. Lega rasa dapat rehat dalam bilik yang selesa dan luas serta dapat menikmati ketenagan malam kat tengah pulau. Ia pengalaman lain macam lah. So hari ni selepas sarapan pagi kami terus ke bahagian Ombak Divers untuk dapatkan info dan penerangan tentang kawasana menarik untuk aktiviti air sekitar pulau ini sebab kami akan snorkeling kat sini. 



Pulau ini juga adalah antara yang tersenarai dalam 100 pulau tercantik didunia dan paling sesuai untuk aktiviti skuba. Tapi kami ni tiada lesen untuk skuba cuma boleh buat snorkeling jer lah kat tepi pantai. Kalau korang nak skuba atau belajar skuba kat sini mereka ada sediakan pelbagai pakej dengan harga yang berpatutan. Jurulatih juga adalah daripada mereka yang profesional dari luar negara. Kemudahan dan latihan skuba di sini diiktiraf oleh PADI iaitu satu badan antarabangsa untuk aktiviti sukan laut ini.






Sekitar pulau ini sahaja ada 22 spot terbaik untuk aktiviti laut dalam seperti skuba. Korang boleh berkesempatan untuk melihat penyu berenang, kawanan ikan jerung kat area Sugar Wreak dimana disitu juga korang boleh lihat kapal yang dikaramkan dan menjadi tukun untuk hudupan laut. Banyak lagi tempat menarik sekitar pulau ini rasa macam nak pergi semua lak hehehe.


Tapi kali ini kami pergi ker bahagian pantai yang sangat putih dan cantik iaitu dipanggil Romantic Beach. Ini kerana pantai ini agak terlindung dan sunyi daripada sebarang aktiviti dan kawasan masih bersih. Kami bawa sekali segala kelengkapan untuk snorkeling seperti mask, snorkel dan fins. Barang kelengkapan ini semua korang boleh sewa kat sini dan mereka akan hantar korang ke tempat yang menarik untuk aktiviti seperti ini. 



Tak jauh Romantic Beach ni hanya lebih kurang 10 minit naik boat kami pun sampai dan sangat terpukau tengok pantai yang memutih dan air jenih boleh nampak ikan-ikan. Kat sini ada banyak serpihan karang yang terdampar tepi pantai dan mereka pun kreatif kat sini buat hiasan di pokok untuk sesi bergambar. Lebih kurang 2 jam juga kami ada kat pantai tu untuk aktiviti snorkeling ni memang tak puas rasa macam nak berenang lama.


Kat tepi pantai ni korang boleh tengok ada pelbagai jenis ikan comel-comel dan pelbagai warna. Maaf Maha tak ada gambar dalam air sebab tak bawa kamera yang waterproof opss. Jadi boleh cerita jerlah keindahan kat sini. Juga korang boleh nampak banyaknya gamat di sini. Tengok ni yang warna hitam legam ni gamat lah. Hati-hati korang kadang-kadang boleh terpijak gamat ni masa berenang memang banyak. Tapi peringatan jangan bawa balik apa sahaja barang atau sisa laut yang korang nampak menarik kat sini sebab ia menjadi satu kesalahan atas undang-undang Taman Laut Malaysia




Seronok sangat ada kat sini korang boleh bersantai sambil makan dan minum kat sini sebab pantai ni tenang jer. Tapi pastikan korang jaga kebersihan pantai ni ok jangan buang sampah merata-rata. Sampai tengahari jugalah kami ada kat pantai ni sebelum matahari panas terik kami pulang ke resort untuk makan tengah hari. Lepas tu aktiviti free and easy lah dan banyak habis masa kat tepi pantai berehat. Tapi tak habis lagi tau ada satu lagi posting untuk makanan yang menarik kat cafe resort ini yang Maha akan kongsikan . Korang kena tunggu ok Maha akan sambung lagi. So selamat bercuti semua.
  
Pertanyaan penginapan dan juga package boleh layari :-
Tel : 019 7911002
        09 6911021
Email : ombakdiveresort@gmail.com
   





Tiga Tarikan Medidik, Mencabar Dan Menyeramkan Di AEON MALL Nilai

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalunya kalau pergi shopping mall Maha nampak banyak ibu bapa runsing tidak tahu kemana nak bawa anak-anak mereka berhibur. Tak kan nak shopping baju dan handbag bersama dengan ibu kan mesti anak-anak nak berseronok dengan dunia mereka. Sebab itu selalu kita nampak ibu bapa akan biarkan anak mereka bekeliaran tak tentu arah dalam mall. 


Cuma satu mall yang baru buka ni ada daya tarikan bukan sahaja untuk kanak-kanak berhibur tapi mereka juga boleh dapat banyak ilmu dan juga pendidikan yang kadang-kadang tak diajar di sekolah. Mall yang Maha maksudkan tu adalah AEON MALL Nilai. Maha sendiri baru ini telah pergi sendiri untuk merasai pengalaman sebenar dalam tempat riadah yang dikenali sebagai The Adventurer's Web. Ia terletak di tingkat 2 mall ini dan mempunyai keluasan 2,440 meter persegi.
    



The Adventurer's Web ini adalah tempat yang dapat membawa lebih banyak pengalaman mencabar merangkumi sains futuristik dan teknologi, ke dunia kuno dan mungkin pengalaman menakutkan. Ia bertujuan untuk memupuk keseronokan, meningkatkan kemahiran berfikir, menggalakkan pembelajaran dan memberi ruang keluarga bersama orang tersayang untuk melakukan aktiviti berfaedah bersama. Tiga tarikan menarik yang ada dalam tu adalah Dinosaur Rangers, Monster House dan Mini Science Discovery Centre

Menjejaki Binatang Prasejarah Di Dinosaur Rangers


Kat sini Maha paling suka kerana kita dapat kenali binatang yang telah pupus beribu tahun dahulu dalam cara lebih dekat dan realiti. Korang akan dibawa kembali ke zaman prasejarah kerana mereka akan mengalami perjalanan kart interaktif, meneroka maze raptor, mencabar pengetahuan mereka tentang dinosaur dan tidak melupakan pertemuan dengan lebih daripada 10 dinosaur hidup





Ibu bapa kena masuk bersama anak-anak di semua bahagian yang ada dalam taman dinosaur ini kerana setiap segment membawa kepada cara yang berbeza. Paling Maha suka masuk sini adalah bahagian Education Hub. Kat sini kita akan kenali jenis dinosaur dan asal usul haiwan liar ini. Seronoknya ada dinosaur yang bergerak dan kita boleh bermain denganya seperti memberi makan dan membelainya. Tapi awas ada drama dalam segment ini dan kena berhati-hati sangat menggemparkan. 





Maha rasa kalau bawa kanak-kanak mereka paling suka kat sini sebab mereka dapat bermain dengan dinosaur serta mengenali lebih pelbagai jenis dinosaur yang paling jinak dan digeruni. Juga kat sini ada fosil rangka dinosaur yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa juga kadang-kadang tak tahu tentang fakta ini.  

Monster House Mencabar Rasa Takut Dunia Mistik


Ini satu lagi permainan yang ada kat sini iaitu Monster House. Ia lebih sesuai untuk golongan remaja dan dewasa mungkin kanak-kanak kurang sikit lah. Kat sini bukan macam rumah hantu biasa yang kita pernah masuk kat tempat lain. Ia lebih kepada pengenalan tentang hantu dan cerita mistik tempatan dan juga dari luar negara.




Konsep rumah ini bukan untuk menakutkan kepada pengunjung tapi nak menanam rasa berani serta memberi kekuatan kendiri untuk menghadapi apa yang kita takutkan dalam hidup. Hantu yang ada kat sini tidak akan mengganggu korang yang masuk tapi emosi kita sahaja yang dibawa dengan pelbagai jenis hantu dan suasana seram dan gelap dalam rumah ni. Awas pada yang ada penyakit jantung, darah tinggi, atau masalah mudah terkejut kena berhati-hati untuk masuk ke sini.








Misi kena selesaikan semua cabaran yang ada dalam rumah ni. Maha tak boleh nak cerita semua nanti korang dah tahu tak syok lah, tapi korang kena habiskan semuanya nak uji korang betul berani atau tidak. Jangan takut tapi kalau rasa tak berani korang jerit je kuat-kuat mesti akan rasa lega punya hehehehe. 

Pendidikan Teknologi Di Mini Science Discovery Centre


Tempat ketiga ini adalah buat mereka yang suka akan dunia sains dan teknologi iaitu Mini Science Discovery Centre. Ia berfungsi sebagai hab sains mini untuk kanak-kanak dan pelajar. Ia direka untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak tentang teknologi melalui aktiviti dan pameran seperti reverse bungee, lantai interaktif, pengaturcaraan robot dan banyak lagi aktiviti menarik lain yang ada di sini. 




Bagi Maha sini adalah sangat sesuai sangat untuk kanak-kanak sekolah nak masuk melihat dan mencuba segala teori teknologi dalam praktikal yang lebih memberi penjelasan tentang dunia sains. Kanak-kanak ni paling seronok adalah ruang segment robotik dimana mereka boleh mengendali dan juga menggerakkan robot. Boleh tengok robot menari dan juga pelbagai jenis robot yang ada kat sini banyak.




Cikgu sekolah mungkin boleh rancang untuk buat rombongan ker sini sempena dengan cuti sekolah yang akan tiba tak lama lagi ni. Ini kerana kat sini segala pemelajaran sambil bermain. The Adventurer's Web ini akan mula dibuka kepada umum 23 Mac 2019 ni. Pada hari pembukaan nanti sebanyak 200 tiket percuma akan diberikan dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Sempena dengan pembukaan ini harga tiket hanya RM25 daripada harga asal RM49. Juga kepada pemegang kad ahli AEON pula akan dapat diskaun sehingga 30% untuk masuk kesemua mainan di sini. So tunggu apa lagi boleh datang bila dah buka nanti dan bawa anak-anak serta seisi keluarga bermain dan berseronok di sini. Selamat berhibur semua ok.

Sebarang maklumat dan pertanyaan korang boleh hubungi :- 

AEON Mall Nilai, 
No. 2, Persiaran Pusat Bandar 
Putra Point, Putra Nilai 
71800 Nilai, N9 

Telefon
Monster House : +6011 1643 6050 
Dinosaur Rangers : +6012 657 4912 
Mini Science & Technology Discovery Centre : +6017 672 6385 

   

    





Kempen Makan Thai Lawat Thailand 2019 Bersama Mr Tuk Tuk Dan Tourism Authority of Thailand

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ni Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (TAT) berkerjasama dengan Restoran Mr Tuk Tuk Malaysia untuk kempen mempromosi negara Gajah Putih itu. Korang semua memang suka makanan Thailand jadi dengan kempen ini masa yang paling sesuai untuk menikmati semua hidangan yang popular. Korang mesti suka Pulut Manga juga minuman seperti Thai Iced Tea macam Maha lah.


Kempen ini telah bermula 20 Mac lalu hingga 30 April 2019 ini melibatkan kesemua lapan cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia. Restoran ini akan memperkenalkan beberapa sajian makanan dan minuman baharu sepanjang kempen ini. Makanan jalanan Thailand sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan restoran ini mengalu-alukan pengunjungnya dengan makanan Halal Thai yang sedap dan berkualiti. 



Di sini sajian telah terbukti keenakkannya dan rasa yang autentik, dan sememangnya terdapat banyak restoran halal seumpama ini di Thailand. Di antara makanan yang popular bakal diperkenalkan seperti Thai Seafood Otak-Otak, Fried Tofu with Basil Leaves, Thai Fresh Oyster with Lime Sauce, Thai Prawn Salad with Lemongrass, pencuci mulut Thai Pumpkin Custard dan minuman Thai Ice Lemongrass tea with crispy waterchestnut pearls.





Sepanjang kempen ini juga korang yang mengunjung restoran ini dengan membelanjakan lebih RM50 dalam satu resit di mana-mana cawangan restoran ini akan berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang disediakan. Korang rasa nak menang tak  hadiah-hadiah hebat antaranya lawatan PERCUMA ke Bangkok untuk dua orang termasuk penginapan hotel tiga hari dua malam, barang seperti lima buah beg bagasi, sepuluh beg tangan dan empat baucer makan di Mr Tuk Tuk.



Baru-baru ini telah diadakan majlis pelancaran kempen ini bertempat di restoran Mr Tuk Tuk The Starling Mall. Turut hadir merasmikan program ini adalah Encik Ahman Mad-Adam iaitu Pengarah TAT, Kuala Lumpur. Melalui moto Amazing Thailand, yang menumpukan kepada lima sektor utama pelancongan bagi membantu pelancong-pelancong antarabangsa merasai pengalaman mengenai negara itu daripada perspektif baharu. Sektor tersebut termasuk Gastronomi, Seni dan Kraf, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan Gaya Hidup Thai.



Kalau rasa nak makan semua makanan ini dan juga sama-sama menyertai kempen ini korang boleh pergi semua cawangan Mr Tuk Tuk. Maha sendiri pun pertama kali sampai kat sini dan memang dapat merasai hidangan sebenar seperti makan di Thailand. Selamat menjamu selera semua ok.

Info lanjut promosi dan makanan layari :








Menari Bersama Robot AI Di Hotel Grand Ion Delemen, Pangsapuri Servis Penuh Tertinggi Genting Highlands

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kat Malaysia ni susah kita nak tengok secara live robot ciptaan manusia menari mengikut rentak. Kalau ada mungkin sebuah atau dua buah sahaja tu pun kat pameran. Tapi sekarang ni korang boleh saksikan lebih 20 buah robot menggunakan teknologi AI menari secara langsung. 


Selain daripada menari robot-robot yang diberi nama Dobi ni boleh juga membuat persembahan seni mempertahankan diri. Dengan memainkan sahaja muzik robot-robot ini terus menari tanpa henti dan menghiburkan. Lincah menari walaupun jatuh terlengkup robot ni mampu untuk bangun sendiri tanpa perlua di kawal. Selain memaparkan gerakan tarian yang selari, robot humanoid tersebut juga mampu menarik perhatian korang dengan ketangkasan dan fleksibiliti mereka.




Kat mana nak tonton semua robot ini? Korang boleh saksikan semua ini yang pertama di Hotel Grand Ion Delemen, pangsapuri servis penuh tertinggi yang terletak Genting Highlands. Persembahan robot ini dibawa oleh Dewan Perniagaan Jiangsu Malaysia (Malaysia Jiangsu Chamber Of Commerce) dan Kelab AI Malaysia. Maha antara kumpulan pertama yang berkesempatan menyaksikan sendiri depan mata persembahan robot ini teruja sangat masa tu. 




Robot-robot ini bukan sahaja membawa teknologi terbaru tapi juga berjaya memecahkan rekod dunia sebagai robot terbanyak menari secara serentak yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Guangzhou Baiyun. Robot ni tak besar pun tinggi hanya 48cm dan seberat 2.15kg sahaja sangat ringan tengok Maha pegang robot ni dan macam pegang baby comel hehehe. Bateri robot ni 2600mAH lama jugalah mampu bertahan.  

Mr. Li Ce, Pengasas Robot Dobi


Korang yang menginap dan juga bermalam di hotel ini sepanjang cuti sekolah ini boleh menyaksikan persembahan robot ini yang diadakan di Kembali Restaurant tingkat 7 hotel ini. Sambil makan boleh lah berhibur dengan persembahan robot ni. Ada waktu tertentu sahaja persembahan robot ni korang boleh rujuk jadual di bawah. Persembahan tak lama dalam 5 hingga 10 minit sahaja untuk satu sesi 



Excited sangat Maha rasa kalau budak-budak memang suka lah tengok persembahan robot ini. Ibu bapa pun boleh memberi pendedahan kepada minat anak-anak dalam dunia terknologi AI ni. Walaupun ia masih baru di Malaysia tapi satu yang berguna selain dari berhibur. Nanti korang datang jangan lupa rakam teletah dan gelagat robot-robot ni ok.  

Maklumat lanjut boleh hubungi 
Tel : 03-8064 3333 
Emel : dobi@nct.net.my






Ombak Cafe Sajikan Makanan Timur Dan Barat Dari Pagi Sampai Ke Malam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok Maha nak sambung balik posting semasa bercuti kat Pulau Perhentian dan bermalam di Ombak Dive Resort. Kalau korang nak tengok post tentang resort ni boleh baca kat post sebelum ini, memang tempat ni sangat selesa dan menarik. Bilik luas dan segala kemudahan ada kat sini bukan setakat nak bermalam tapi nak scuba juga ada kemudahan di sini. Tapi paling penting kat resort ini ada Ombak Cafe.





Dah penat seharian buat aktiviti laut masa untuk makan dan kalau duduk pulau makanan sangat penting, mesti bukan setakat sedap tapi dekat. Sebab depan resort ni jer korang dah boleh tempuh cafe yang sangat luas dan selesa. Konsep bagi Maha cafe kat sini terbuka dimana kita boleh mengadap laut yang luas dan juga menghirup bayu laut segar. Ombak Cafe ini menawarkan pelbagai masakan sajian antarabangsa seperti masakan Cina, Indian, Itali, Thailand dan juga masakan barat. 

Sarapan Pagi Ala Inggeris Di Ombak Cafe


Kat sini kalau korang menginap jangan risau sebab harga bilik yang korang bayar tu dah termasuk sekali dengan sarapan pagi. Jadi pagi-pagi tak perlu bimbang nak isi perut sebelum membuat aktiviti air. Sarapan sini disediakan seawal pukul 7.30pagi hingga 10.30pagi. Ada macam-macam makanan berkonsep barat kat sini seperti Roti Bakar, Omelette, Bijirin, Soup dan juga Jus serta Susu Segar. Tapi ada juga satu hidangan tempatan seperti Bihun Goreng atau Nasi Goreng untuk memberi kepuasan pada semua tetamu yang ada kat sini dari pelbagai negara.




Style sarapan pagi sini bufet jer korang boleh makan sebanyak mana yang nak tapi awas jangan makan banyak-banyak kalau nak scuba tau snorkeling nanti penat hehehe. Maha suka makan sini sebab banyak pilihan dan makan sambil mengadap laut dan boleh tengok matahari terbit pagi-pagi sambil dengar deruan ombak yang sepoi-sepoi bahasa kat tepi kafe tu. 

Menu A'la Carte Makan Tengah Hari


Lepas penat pagi tu pergi buat segala aktiviti sekeliling pulau balik mesti korang nak makan tengah hari pulakkan. Kat kafe ini pun mereka ada sediakan menu A'la Carte pelbagai jenis yang boleh dipilih. Bagi bufet mereka akan sediakan bufet tengah hari sekiranya ada kumpulan yang ramai dalam 20 orang. Pilihan makan tengah hari memang banyak ada lebih daripada 20 jenis masakkan. Kat sini Maha senaraikan yang sempat mereka hidangkan semasa kami datang hari tu.
  

Red Tom Yam Noodle Seafood Soup (RM28.00)

Ombak Fried Seafood Noodle (RM28.00)

Fish Curry with Steam Rice (RM24.00)

Plain Naan with Tandoori Quarter Chicken (RM30.00)

Ada menu seperti Grilled Lamb Shoulder, Plain Naan with Tandoori Quarter Chicken, Ombak Fried Seafood Noodle, Red Tom Yam Noodle Seafood Soup, Chicken Parmigian, Fried Rice Seafood, Mix Half Dozen Satay, Seafood Pattaya Fried Rice, Beef Pattaya Fried Rice dan Fish Curry with Steam Rice. Semua makanan ni Maha dah rasa dan paling yang Maha suka adalah Satay dan juga Tom Yam mereka. Memang sangat padu dan juga menyengat kalau korang makan memang puas hati. 

Chicken Parmigian (RM38.00)

Grilled Lamb Shoulder (RM45.00)

Beef Pattaya Fried Rice (RM24.00)

Seafood Pattaya Fried Rice (RM28.00)

Sizzling Mee

Mix Half Dozen Satay (RM23.00)

Harga juga sangat berpatutan dengan kawasan pulau sebab rasa sangat puas hati. Chef mereka adalah daripada international sebab tu mereka boleh sediakan beberapa menu yang pelbagai. Minuman juga sini ada banyak yang popular seperti minuman Mocktail. Korang boleh pilih daripada Designated Appletini, Mid Summer Dream, Sunrise, Virgin Pina Colada dan Deep Blue.

Mocktail (RM20.00) 

Nescafe Tarik (RM10.00) dan Teh Tarik (RM9.00)

Ia sangat menyegarkan dan memberi kelegaan lepas makan pedas-pedas dan cuaca panas kat tepi pantai. Kalau nak minuman tempatan ada juga sepert Nescafe Tarik dan juga Teh Tarik penuh buih ok.

Bekas Kuih Bertingkat Minum Petang


Lepas tu kat sini juga mereka ada sediakan hidangan untuk minum petang. Ini pun keistimewaan juga kepada pelanggan yang menginap kat sini mereka sediakan 'Afternoon Tea'.  Ini baru lagi mereka perkenalkan tahun ni, jadi kami adalah antara yang bertuah sebab dapat cuba set ini. Dalam bekas kuih bertingkat ini ada campuran kuih-muih tradisional seperti Karipap, Donut dan juga kuih dan kek barat seperti Sandwich, Creme Brulee dan juga Brownies






Satu set minum petang ni sangat sesuai untuk dinikmati berdua sambil mengadap laut dan juga tengok matahari terbenam. Kat sini semua doh untuk roti atau pun donut dihasilkan sendiri oleh chef mereka sebab itu ia sangat lembut dan sedap. Donut yang korang tengok tu adalah kuih kegemaran seorang selebriti popular kat Malaysia, nak tahu kena tanya dengan chef siapa selebriti tersebut. Kalau minum petang tak ada set Tea Pot tak sah jugakan. Korang boleh pilih daripada set tea yang disajikan di sini iaitu English Breakfast, Earl Grey, Green Tea, Ceylon Tea, Strawberry Sensation,Peach & Passion Fruit, Jasmine Tea dan Apple Refresh

Tea Pot (RM8.00)




Maha pun suka juga Donut tu memang lembut dan sangat sedap tak cukup makan satu ketul jer hehehe. Korang boleh juga ambil untuk roti lain dengan harga yang lain disediakan oleh chef sangat banyak jenis. Waktu masa untuk minum petang adalah dari pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang

Wayang Pacak dan Fire Show Temani Makan Malam


Tiba pula waktu malam melabuhkan tirai dan juga malam pun kena isi perut jugakan. Malam kat kafe ni sama macam waktu siang mereka sajikan hidangan A'la Carte. Menu yang makan tenghari tadi ada disediakan kat sini juga termasuk dengan sajian barbeku kalau korang nak sotong, udang atau juga ikan bakar mereka boleh sediakan untuk makan malam. Semuanya besar-besar dan segar-segar belaka tau.






Malam ni korang kena datang awal kat sini kerana ada keistimewaan yang tak ada kat tempat lain iaitu persembahan 'Fire Show'. Persembahan api ini dilakukan oleh mereka yang profesional dan terlatih korang sangat terhibur tapi awas jangan tiru aksi ini kat rumah ok. Tapi persembahan ini hanya ada pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan juga Sabtu pada pukul 7.30malam. Jadi korang kena siap awal untuk tidak terlepas menyaksikan persembahan api ini.




Malam kat sini tak sunyi dan mati kerena mereka setiap malam sediakan 'Wayang Pacak'. Jadi korang boleh makan sambil tonton movie yang mereka akan tayangkan. Setiap malam cerita yang berbeza jadi korang kena duduk order makan dan tonton sambil santai kat kerusi yang disediakan. Memang best lah kat sini siang malam boleh makan dan juga boleh layan santai. Sebab tu Maha rasa suka duduk kat Ombak Dive Resort lengkap dan kemudahan elektrik sini 24 jam tak perlu risau. 

Kalau korang nak datang boleh hubungi untuk tempahan :
Tel : 019 7911002
        09 6911021
Email : ombakdiveresort@gmail.com     








Resepi Pencuci Mulut Pavlova Lebih Gebu-gebas Dengan Menggunakan BEKO Hand Mixer

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebenarnya Maha ni peminat makan dessert dan juga kuih-muih tak kisahlah yang tradisional atau yang modern. Tapi bab nak membuat kuih tu yang malas tahu makan jer wakakaka. Lama juga tak membuat resipi kat blog ni rindu nak memasak lak. Apa kata kali ni kita buat satu pencuci mulut modern yang mudah dan sangat cepat. 



Kebetulan lak kat rumah ni dah ada satu pekakas baru iaitu BEKO Hand Mixer. Tak pernah dengarkan jenama ni, Maha sendiri pun baru jer tahu. BEKO ni adalah jenama yang sangat popular daripada Eropah dan kita tahu produk elektrik dari sana memang berkualiti. Sebenarnya Maha tertarik dengan produk ni sebab bentuknya cantik dan menarik, kalau nak banding dengan yang plastik tu ia mudah berwarna kuning dan cepat pecah. Tapi yang ni lebih tahan lasak menggunakan bahan  yang baguslah boleh rasa bila korang pegang sendiri.



Firstime cuba angkat mixer ni ingat berat tapi tidak yer ia ringan dan boleh dikendalikan dengan hanya sebelah tangan sahaja. Paling best tempat pemegangnya yang lembut dan tidak menyakitkan tangan. Tahu je lah kalau pakai mixer ni nak pukul tempoh yang lama tambah kalau buat kuih tradisional tu memang kena pegang lama-lama jari-jemari akan mudah kebas, tapi ini sangat selesa.  



Tengok pulak ia ada 5 tahap kelajuan yang boleh ditetapkan dan nampak butang TURBO kat tengah tu kalau sekali-sekala nak guna untuk putaran yang kejap-kejap boleh tekan butang turbo tu. Produk ni kalau korang beli bukan sahaja dapat pemukul keluli tahan karat tapi dapat juga cangkuk doh untuk mengadun jadi kerja memasak lebih mudah dan cepat. Kat depan tu ada eject button untuk mudah korang nak keluarkan pemutar tu nak cuci nanti. 


So senjata dah ada apa lagi jom kita masuk dapur hehehe. Kali ni Maha nak membuat pencuci mulut barat yang sangat popular ramai orang tahu buatnya. Maha nak buat Pavlova selalu tengok orang buat dan jual kat kedai jer kan kali ni Maha nak cuba sendiri buat dengan menggunakan pengadun baru ni nak test power.


Bahan-bahan nak buat Pavlova sangat simple :

4 biji Telur (ambil putih sahaja)
1 1/4 cawan Gula Putih
1 sudu teh Asin Vanila 
1 sudu teh Jus Lemon
2 sudu teh Tepung Jagung

Bahan hiasan

1 cawan Butter Cream Ready-made 
Buah Strawberry dan Blueberry 

Sebelum buat bahan adunannya korang kena panaskan oven dulu 150°C ok. Cara nak membuat Pavlova ni sangat mudah dan cepat korang kena tonton video ni dengan teliti. 


Ada pantang larang kalau nak buat Pavlova ni menjadi korang kena pastikan telur yang digunakan tu adalah berkualiti dan masih baru. Juga semua peralatan yang nak digunakan bersih daripada sebarang cecair atau bendasing. Senang cerita korang lap dulu semua pekakas yang nak digunakan sehingga kering dan bersih termasuk mixer tu dan juga mangkuk yang nak digunakan. Kalau ada walau setitik air dalam tu nanti korang nya meringue tu langsung tak menjadi.



Korang tengok betapa mudah nak buatkan Pavlova ni. Maha menggunakan mixer ni rasa sekejap jer dah jadi meringue tu. Pulak tu tak perlu nak penat-penat pukul ngan tangan. Paling best ia tak menghasilkan bunyi yang kuat. Jadi lepas ni boleh lah buat banyak lagi resipi sebab dah ada mixer ni. Nak buat kuih raya pun senang sebab dah tak lama nak puasa dan lepas tu dah nak raya betul tak. Jadi sesuai sangat kena standby peralatan macam ni.



Jadi kalau sapa-sapa nak cuba resipi ni boleh try kat rumah ok. Nanti dah jadi korang kongsi dengan Maha mana tahu kita boleh tukar-tukar pendapat dan pengalamankan. Maha pun baru nak belajar buat dessert macam ni pasti ada kekurangannya hehehehe. Asyik buat makanan kampung jer sekali sekala buat yang barat baru rasa tercabar juga wakakaka. Jangan ada yang nak tempah pulak yer Maha buat untuk makan sendiri jer tau. Jemput makan dan selamat mencuba pada korang semua ok.    







Istimewa Selera Indonesia Berbuka Puasa Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramadhan Al Mubarak tak lama lagi bakal menjelma dan sekarang tengah rancak promosi untuk bufet Ramadhan. Tahun ini Hotel Aloft Kuala Lumpur tidak mahu terlepas menawarkan hidangan istimewa bertema 'Selera Indonesia'. Selalu kita makan masakan tempatan jer kali ni boleh cuba utuk berbuka dengan juadah dari negara jiran.


Di sini mereka akan sajikan kepada korang lebih daripada 150 hidangan yang sentiasa bertukar setiap minggu. Barisan profesional Nook's Sous Chef, Ahmad Zaki Harun dan Junior Sous Chef, Muhammad Hafiz Izham akan mengetuai menyediakan hidangan ini buat korang yang nak dapat yang terbaik dari juadah ini. 


Hidangan kali ini didahului dengan special menu iaitu Kambing Bakar Bumbu. Di mana hidangan kambing yang diperapkan dengan kombinasi rempah tempatan termasuk kunyit, biji ketumbar, serbuk cili, halia dan sereh. Sebaik sahaja kambing itu diperapkan ia perlahan dipanggang selama dua jam untuk mencapai tekstur yang lembut dan berair. Sebab itu bila korang rasa kambing ini ia lembut dan hancur dalam mulut. 





Di samping itu, hidangan lain termasuk sup popular di Indonesia iaitu Bakso, Gerai Nasi Ayam, Ayam Cabe Ijo, Tempeh Goreng Berempah dan Ikan Bumbu Berempah turut memenuhi ruang meja bufet kali ini. Tapi permulaan untuk membuka selera korang boleh cuba salad tradisional mereka seperti Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan kuah Kacang dan pelbagai Kerupuk.






Kena ada kepedasan dalam hidangan masakan Indonesia dimana mereka cukup popular dengan sambal seperti Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi dan Sambal Bawang. Juga lauk berkuah yang mereka sediakan mesti kena ada seperti Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel dan Gulai Masak Lemak Nangka akan padan makan bersama dengan hidangan beras dari Indonesia seperti Nasi Kebuli, Nasi Sagung Madura dan Nasi Kuning.






Semua yang Maha sebutkan tu korang boleh nikmati dalam set bufet Ramadhan kat sini dengan begilir-gilir mengikut hari. Nak memberikan kepelbagaian pilihan juadah dalam bufet ini mereka juga menyediakan beberapa masakan popular rakyat Malaysia juga seperti Bubur Lambuk, Sup Berempah, Murtabak dan Satay



Kalau bufet buka puasa tak lengkap tanpa pencuci mulutkan kat sini ada macam-macam pilihan pencuci mulut dari Indonesia dan Malaysia sendiri. Korang boleh pilih seperti Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling (buah sawit), Bubur Sumsum (kelapa manis bubur nasi), Sago Air Gula dan Kolak Ubi, Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Chocolate Brownies Panas, Hangat Apple Crumble, Roti Pisang Panas dan Puding Mentega yang semuanya disajikan dengan Sos Vanila, Stesen ABC, Lemon Meringue Pie, Kue Keju Strawberry Mousse, Trio Chocolate Mousse Cake, Buah Berry Tart dan banyak lagi.






Kat sini mereka mula menjual baucer hari ini 1 April hingga 3 Mei 2019

Harga RM105.00 nett untuk pembelian 1 - 35 jumlah baucer.
Harga RM95.00 nett untuk pembelian 36 jumlah baucer dan selebihnya. 

Jadi makin banyak baucer korang beli untuk berbuka puasa kat sini makin murahlah harganya mana nak dapat hotel tengah KL bawah dari ini, sini sahaja tau. Bufet mereka pula nanti akan bermula dari tarikh 7 Mei hingga 3 Jun 2019. Waktu bufet adalah dari 6:30 petang hingga 10:30 malam.


So tunggu apa lagi boleh tempah mulai hari ni dapat lagi murah kalau lagi banyak korang beli. Alang-alang tu beli sekali untuk satu pejabat dan campurkan keluarga sekali lagi ramai lagi murah. Selamat menjamu selera semua ok. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :- 
Tel : +603 2723 1188 







Viewing all 1330 articles
Browse latest View live