Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1343 articles
Browse latest View live

Versus 1001 Rasa Baba's Pencarian Tukang Masak Terbaru TV3 Mula Tayangan 26 Oktober Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada post disebalik tabir program Versus 1001 Rasa Baba's yang Maha juga terlibat sebagai juri jemputan. Sekarang ni pula maha nak cite pasal majlis sidang media pelancaran program ni yang sebenarnya akan mula ditayangkan di TV3 Oktober ini.


Pada 12 Oktober lalu majlis sidang media ini telah diadakan di Empire Hotel Subang yang turut dihadiri barisan media dan blogger. Hari tu adalah hari bermakna sebab Maha datang sebagai jemputan VIP kerana menjadi salah seorang juri dalam progrm tu. Bukan lagi datang sebagai blogger seperti mana event-event sebelum ini hehehe.


Program hari tu diacarakan oleh Fiza Sabjahan dan turut dihadiri tetamu kehormat iaitu Mr. Claudin Navin Stanislaus iaitu Ketua Pengiklanan dan Promosi Baba's. Juga ada gimik pelancaran yang simple tapi tetap meriah. Paling best adalah sesi memperkenalkan pengacara sebenar program ini iaitu Chef Kamarul dan Chef Adhu Amran. Memang riuh majlis dibuat oleh dua pengacara ini.



Sama-sama tu juga mereka memperkenalkan barisan Mentor dan juri jemputan sepanjang program itu diadakan. Maha salah seorang yang naik pentas hari tu hehehe cuba korang cari mana Maha dalam gambar ni mesti tak jumpakan wakakaka. Lepas tu mereka buat tayangan video sepanjang sesi ujibakat dan juga sesi rakaman program ini belangsung.


Bagi memberikan penonton yang hadir pada hari tu merasai sendiri kekalutan sepanjang rakaman program itu satu mini pertandingan telah diadakan antara penonton yang dipilih. Macam tu lah rasanya perasaan peserta seperti mana yang Maha cite dalam post yang lepas. 



Konsep program Versus 1001 Rasa Baba's kali ini adalah 1 lawan 1 setiap episod dan ada 13 episod kesemuanya. Manakala pemenang setiap episod pula akan bersaing dalam sosial media dengan resipi paling mendapat perhatian orang ramai. 4 peserta yang mendapat like, share atau undian tertinggi dalam sosial media akan bersaing pula peringkat akhir nanti.


Maksudnya program ini lama lagi akan habis tahun depan tau. Maha terlibat dalam 3 episod sahaja kalau korang nak tonton tarikh yang telah diberikan Maha nya episod adalah pada 02/11, 07/12 dan 04/01/2018. Jadi korang booking tarikh-tarikh yang Maha nyatakan ini ok bermula jam 5.30 petang di TV3.



Paling best pemenang utama nanti akan memenangi wang tunai RM10,000. Di akhir acara diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan anjuran Baba's di laman Facebook mereka dapat pergi Gold Coast Australia lagi. Lepas tu kami dihidangkan dengan jamuan makan masakan daripada produk Baba's iaitu Kepak Ayam Goreng Muruku Bersalut Sos Tomyam dan juga kek istimewa ini sedap. Selamat menonton semua.







Kecil Tapi Berkuasa DASHING Anytime EDT 18ml Untuk Lelaki Selalu Tampil Wangi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebagai seorang lelaki kadang-kadang kita tak kisah kepada wangian badan kerena selalu kita akan sembur waktu pagi pergi kerja dengan harapan ia bertahan sehingga petang. Mampu ke minyak wangi anda berbuat demikian kalau ada pun mungkin mahal.


Mungkin kita orang laki tak macam orang perempuan yang ada beg tangan yang sentiasa boleh bawa segala macam eksesori dalam beg mereka betul tak. Orang laki ni simple jer kalau boleh datang bawa dompet jer pergi kerja hehehe. 


Tapi sekarang tak perlu lagi beg besar untuk bawa DASHING Anytime EDT. Ini adalah wangi bersaiz mini yang mampu dimuatkan dalam kocek baju atau juga kocek seluar. Kadang-kadang kita tak rasa seperti membawa sesuatu dalam kocek terlalu nipis dan kecil.


Namun kuasa wangian ini sangat membantu dalam memberi pertahanan kepada bau badan seorang lelaki. Semua orang tahu yang DASHING adalah peneraju jenama penjagaan diri lelaki popular di Malaysia. Nak bagi lelaki rasa begitu selesa dan wangi maka mereka menghasilkan Anytime EDT18ml ni. 


Kalau tengok sebesar satu kad kredit sahaja letak kat tangan Maha ni pun masih kecil tapi ia mampu bertahan selama 20 hari. Kalau yang pernah makan gula-gula getah ada satu yang saiz sama empat segi macam ni juga. Rekaan pek ini datang dengan 4 variasi wangian unik iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick.



Wangian Cool ini memberi haruman maskulin gabungan Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai bahan asas. Maha suka wangian ini sekali sembur habis satu pejabat bau tau siap kawan Maha tegur lagi pakai perfume ker nak balik wakakaka.Wangian Active pula khas untuk lelaki lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Ia dari haruman Fougére yang digabungkan dengan Citrus, Lavender dan Amber. Bagi Maha ia bau agak keras sikit.


Seterunya ini wangian Ultimate Kick dan Hattrick di inpirasikan daripada team bola Manchaster City. Jadi mereka yang suka bola sesuai ambil dua wangian ini ia rumusan dari percikan citruslemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. Manakala Hattrick adalah gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Sekarang dah boleh dapat kat pasaraya, farmasi, hypermarket dengan harga RM7.00 satu untuk 4 wangian ini. Murah kot kalau travel luar negara pun lagi senang nak bawa tak perlu bimbang sekatan imigrasen. Boleh bawa 4 wangian sekali gus untuk hari-hari yang berbeza dan wangian berbeza mengikut waktu. Lepas ni ramailah lagi orang laki akan kekal wangi kat luar sana kalah orang pompuan hehehehe.







Hari-hari Sarapan @ Mesra Serendah RM5 Sangat Mudah Lagi Menjimatkan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa macam korang hari ni ada ceria tak. Korang dah sarapan ker pagi ni isi perut sebelum mula bekerja atau yang kena pergi kuliah. Sebab sarapan adalah sumber tenaga untuk satu harian korang untuk membuat aktiviti. Kalau korang skip sarapan pasti korang akan makan tenghari berkali ganda percaya lah.



Sebab tu hari-hari Maha kalau bangun pagi lepas siap-siap semua sekali pastu start engine kereta dan akan singgah ke stesen Petronas. Walaupun tengok minyak masih penuh tapi sebenarnya nak cari sarapan atau Morning@Mesra mereka. Selain daripada menjual produk makanan ringan mereka juga ada sediakan sarapan pagi.


Kalau korang nak tahu kena tengok sendiri antara pilihan Morning@Mesra yang ada di sana. Contohnya macam Maha selalu singgah stesen Petronas area Technology Park Malaysia sebab dekat ngan rumah dan kat situ boleh dapat menu sarapan seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Kuih Lapis dan Karipap yang cukup popular. 



Ambil satu Nasi Lemak, kuih dan satu minuman dalam tin hanya dengan harga RM5 sahaja. Minuman tu bukan minuman biasa tau boleh pilih antara Milo atau Nescafe yang 240ml tu. Jadi lengkap sarapan pagi korang tak perlu nak fikir banyak grab dan terus pergi.




Lagipun pilihan makanan sarapan yang disediakan di setiap stesen tidak sama tau ia mengikut keistimewaan yang terdapat di kawasan tersebut. Jadi mungkin tempat lain korang boleh dapat sarapan pagi seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Pulut Kuning, Roti Jala, Kuih Bakar dan macam-macam lagi.




Sedap ker sarapan kat Mesra ni? Bagi Maha yang dah pergi berhari-hari sarapan kat Mesra ni memang sangat puas hati sebab semua pembekal makanan di sini adalah pengusaha tempatan yang diyakini kualiti dan kesedapan makanan tersebut. Mereka bukan buat dikilang tau ia adalah dibekalkan oleh pengusaha tempatan bagi membantu ekonomi pengusaha-pengusaha kecil ini sebab setiap pek asa sticker pengusaha tersebut.




Baru-baru ini pulak stesen Petronas yang Maha selalu pergi tu mereka agaihkan pek Morning@Mesra secara percuma kepada pelanggan yang datang mengisi minyak atau membeli di stesen mereka. Habis 200 pek yang diedarkan kepada semua pelanggan dan ternyata ia sangat mendapat respond yang bagus.






So lepas ni tak perlu lah nak fikir-fikir lagi nak cari mana sarapan pagi yang banyak pilihan hanya singgah jer kat kedai Mesra Petronas berhampiran anda. Ala hanya singgah parking kejap masuk grab bayar dan boleh pergi kerja atau kemana yang anda suka untuk bersarapan.


Selain dapat makan sarapan korang juga boleh dapat baucer diskaun beli belah di Lazada dengan membeli 5 kombo sarapan pagi. Korang perlu dapatkan kad setem di stesen yang korang beli sarapan dan kumpul sampai 5 akan dapat baucer tu nanti. Tawatan sehingga 15 November 2017 sahaja tau cepat sapa cepat dia dapat. Selamat bersarapan semua.

Maklumat lanjut layari www.mymesra.com.my





Cipta Kek Impian Anda di Little Collins Cakery & Cafe Terletak Di Solaris Mont Kiara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Menjadi impian semua orang untuk mendapat kek mengikut kemahuan sendiri di hari paling berharga dalam hidup. Kek hari jadi penuh dengan perhiasan bentuk permata atau juga kek ulang tahun perkahwinan penuh dengan bunga-bunga yang cantik berseri.


Kalau Maha nak kek yang berbentuk rumah kampung kat Pahang sebab disitu lah Maha dilahirkan dan dibesarkan ia sesuatu yang bermakna sangat. Kalau nak buat sendiri tak mampulah  semua ni terjadi. Tapi sekarang semua boleh direalisasikan oleh sebuah kedai kek yang bila korang masuk memang terpegun dengan hasil kreativiti mereka.


Maha baru ni sempat pergi kedai Little Collins Cakery & Cafe yang terletak di Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara untuk lunch dan makan kek kat sana. Saat masuk tu mata terpaku dengan beberapa biji kek yang mereka pamerkan di ruang pameran sangat mengkagumkan dan rasa nak bawa balik sangat cantik.




Kafe ini unik kerana ia ada menyediakan khidmat menempah kek dan juga menyediakan makanan kafe seperti makan sarapan pagi, makan tengahari juga minum petang. Masa kali pertama makan kat sana Maha dihidangkan dengan sandwich Triple D namanya. Bagi Maha ia lebih kurang starter dalam tu ada roaster chicken, turkey bacon dan telur diapit dengan roti wholemeal dan salad segar. Kemudian ada pula Banana French Toast yang ni sesuai untuk sarapan pagi rasa pisang.

Triple D (RM 20.00)

Banana French Toast (RM 11.00)

Lepas tu baru Maha mula dengan makanan berat seperti Cheezy Turkey Pizza dimana atasnya penuh dengan lapisan cendawan, turkey bacon, cheese dan sos istimewa tak dapat nak bayangkan. Puaslah makan pizza ni saiz 8 inchi boleh makan untuk 4 orang kenyang ok. Kemudian makan pula Cheddar Chicken dan BBQ Chicken Chop yang menjadi pilihan utama pelanggan kat sini.

Cheezy Turkey Pizza (RM 18)

Cheddar Chicken (RM 19.00)

BBQ Chicken Chop (RM 19.00)

Kalau yang nak makan spaghetti boleh cuba Spicy Seafood Olio Spaghetti ini sangat mencabar. Kenapa Maha cakap macam tu kerana rasa sangat-sangat pedas bukan pedas cili padi tapi pedas serbuk cili istimewa. Walaupun pedas tapi tetap nak makan sampai habis satu pinggan ni penuh degan sotong dan udang dalam tu.

Spicy Seafood Olio Spaghetti (RM 23)

Dah puas makan berat masa untuk makan dessert pulak yerrrr saat-saat dinantikan. Masa ni kami makan Unicorn Cake Pop yang menjadi pilihan paling popular dessert kat sini. Comelkan rasa macam tak sampai hati lak nak makan juga ada pelbagai pilihan tart yang hebat seperti Cheese tart, Chocolate tart, Crumble tart, Lemon Meringue dan Banoffee. Paling ramai orang suka adalah Cheese tartlah kan.

Unicorn Cake Pop (6 pc RM76.20)

Cheese tart, Chocolate tart, Crumble tart, Lemon Meringue, Apple Cumble dan Banoffee

Kemudian yang terbaru mereka mempromosikan cheecake yang ramai orang suka kat luar sana. Ada 3 jenis Maha cuba hari tu iaitu Lemon Cheesecake, Nutella Cheesecake dan Rainbow Cheesecake. Semua sedap rasa tak terlalu manis dan tidak terlalu muak untuk makan. Boleh order untuk 7 inchi atau nak makan kat kedai seperti saiz yang maha makan ni pun ada.

Lemon Cheesecake 7" (RM 95.00)

Rainbow Cheesecake 7" (RM 112.00)

Nutella Cheesecake 7" (RM 115.00)

Kehebatan kedai kek ini berbanding dengan kedai lain adalah mereka membuat kek pada pelbagai saiz iaitu sekecil 5"dan bertingkat-tingkat mengikut kemahuan kita. Juga mereka mernghasilkan rupa kek seperti mana yang kita mahukan agar ia menjadi realiti pada hari penuh sejarah kita. Boleh tengok contoh kek yang cantik-cantik kat sinihttp://bit.ly/LittleCollinsKL.




Maha rasa puas hati tengok hasil kerja mereka sangat teliti dan kemas tapi kalau nak order tu kena awal seminggu agar mereka ada masa untuk menghasilkan yang terbaik. Korang juga boleh order online kat laman web mereka dan perkhidmatan penghantaran juga di sediakan sampai ke rumah korang.

Cake-Testing Box


Selalunya korang nak order kek online tak tahu macam mana rasa kek mereka betul sedap ker atau terlebih manis. Kat sini jangan bimbang kerana mereka ada menyediakan Cake-Testing Box dimana korang boleh beli testing box tu dulu yang mengandungi 5 jenis kek yang terbaik di kedai mereka. Bila korang betul dah suka mana satu rasa baru confirm buat tempahan secara dalam talian.





Bertuahnya kepada semua pembaca blog Maha kali ini kerana korang boleh dapat 10% off dengan pembelian secara online di laman web www.littlecollinskl.com. Caranya mudah jer korang hanya perlu masukan promo kod "MAHAMAHU10" semasa buat tempahan nanti ok. Ia hanya valid sehingga 31 Disember 2017 ini sahaja. Tunggu apa lagi jom order sekarang Maha nak bagi korang harga istimewa ini.

Promosi dan pertanyaan lanjut sila hubungi
Tel : 03 6204 9986
Email : hello@littlecollinskl.com
Facebook : https://www.facebook.com/littlecollinskl
Instagram :https://www.instagram.com/littlecollinskl

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Kongsi Kisah Masyarakat Dan Ragam Kehidupan Dari Sisi Lain Mahamahu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha menulis hanya untuk berkongsi dengan pembaca yang sudi membaca dialam maya. Tapi bukan sahaja blog menjadi ruang untuk bercerita kalau korang baca kat sini lebih banyak review dan juga makan-makan yang nampak sedap hanya duniawi.


Tapi Maha juga merupakan penulis jemputan dalam satu ruang Kolumnis di portal CARI.com.my. Pada yang tak pernah baca penulisan Maha ini masa nak tahu apa yang diceritakan disana. Sudah lebih 6 bulan kot Maha menulis di sana dan ada banyak juga artikel yang korang boleh jumpa di sana.

Di sana ia lebih jauh lain daripada apa yang Maha ceritakan di blog. Ia adalah ruang sisi lain pandangan seorang manusia biasa dalam masyarakat dan kehidupan meluahkan apa yang dirasa. Kadang-kadang kita lupa yang kita bukan hidup seorang tapi kita ini bermasyarakat jadi disitu Maha luahkan segalanya.

Walaupun masih menggunakan nama pena sama kat situ tapi ia lebih agak serius dan juga lebih kepada nasihat dan pandangan atas pengalaman. Berkongsi dengan masyarakat yang kadang-kadang alpha dengan apa mereka nak cari dalam dunia maya ini.

Ada tajuk agak serius dan ada tajuk yang menyindir masyarakat bukan untuk memburukan sapa-sapa tapi hanya nak menjentik diri agar kita sedar. Maha pun tak cakap yang diri ini terbaik dan betul dari segala sudut. Maha masih buka ruang kepada kritikan dan pandangan orang lain terhadap apa yang Maha tulis.

Setiap hari asyik dengar pujian kadang-kadang kita rasa diri terlalu manja sangat nak juga dikutuk dan dikata. Baru dapat muhasabah diri ini siapa kita dan di mana kita berada jangan cari salah orang sahaja. Sorrylah kalau post ni agak lebih personal tapi ramai orang tak tahu banyak sudut diri ini. Mungkin boleh kenal daripada penulisan Maha di blog dan di ruang CARI.com.my.

Ada masa singgah dan rujuk mana yang boleh dan kalau ada salah tegur untuk kebaikan bersama. Maha terbuka sepertimana terbukanya awan alam maya ini untuk semua orang terokai. Selamat hari Jumaat semua.






Resipi Mudah Pizza Rendang Daging Bercheese Dengan Pizza Crust Dari Mission

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama tak buat resepi kat blog ni rasa rindu pulak nak buat. Rasa nak makan makanan barat macam pizza ker hehehe. Lama kot tak makan pizza buatan sendiri tapi kali ni Maha nak buat cara lebih mudah dan cepat.


Maha nak gunakan produk daripada Mission. Sebab Maha pernah guna sebelum ni produk Mission kerana produk mereka semua ada Halal JAKIM jadi tak perlu risau. Lepas tu produk mereka ada banyak pilihan dan juga untuk kegunaan pelbagai jenis masakan harian kita. Ada wrap, ada tortilla chips, ada roti pita, ada roti naan dan paling Maha suka guna Mission Pizza Crust.


So kali ni kita buat satu resepi pizza yang sangat mudah dan sangat cepat hanya menggunakan crust pizza daripada Mission. Tak perlu lagi nak penat-penat uli tepung sampai lembut sebab nak buat doh piza ni susah juga. Kalau salah campuran dan adunan tak naik doh kita.


Kali ni maha nak buat piza menggunakan makanan tradisional orang Melayu yang popular iaitu Rendang Daging. Rendang ni Maha jadikan sebagai sos dan juga topping atas piza ni. Pastu nanti mix dengan bahan-bahan lain agar lebih meriah dan menarik ada cheese ok sebab nama pun pizza hehehe.


Bahan-bahan untuk membuat resipi Pizza Rendang Daging Bercheese
1 keping Mission Pizza Crust Wholemeal
180 gram Rendang Daging
1 biji Bawang Kuning (potong dadu)
1 biji Lada Benggala Merah (potong panjang)
100 gram Mozzarella Cheese
1 helai Daun Kunyit (hiris halus)

Jom kita ikut cara nak buat pizza ni yang Maha sediakan dengan gambar sekali supaya korang lebih mudah dan senang nak ikut. 

1) Sediakan sekeping Mission Pizza Crust Wholemeal. Maha gunakan wholemeal kerana ia campuran gandum jadi lebih sihat.

2) Hancurkan daging rending kepada bahagian kecil-kecil dan sapukan diatas crust tadi. Maha gunakan rending segera sebab nak cepat. Kalau korang pandai boleh buat rendang sendiri lagi sedap.


3) Kemudian aturkan Lada Benggala yang telah dipotong ke atas crust tadi.


4) Taburkan Bawang Kuning yang telah dipotong dadu ke atas crust tadi.


5) Last sekali taburkan Mozzarella Cheese yang banyak atas crust ni supaya lebih sedap.


6) Bakar dalam oven dengan suhu 210° selama lebih kurang 10 minit sahaja.


7) Setelah masak keluarkan piza dan terus teburkan hirisan daun kunyit untuk aroma yang lebih menarik.

Akhirnya siaplah pizza kita yang mudah dan senang ni. Pastu lak dapat rasa Rendang Daging atasnya yang sedap bersama dengan cheese cair membuka selera sangat. Crust pula rangup dan nipis menjadi piza ini lebih enak dinikmati panas-panas.


Satu keeping crust ni boleh makan satu keluarga memang puas. Kalau macam nilah hari-hari boleh buat piza macam-macam rasa tak susah pun. Kalau ada kawan-kawan atau tetamu datang lagi mudah nak hidang dengan piza produk dari Mission ni. Korang pun boleh cuba juga jom masak piza. Selamat mencuba semua.







Kids Eco Dash Di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas Capai Matlamat Penuh Kemeriahan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah mengajurkan siri ke-2 bagi acara Kids Eco Dash di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas pada 28 Oktober 2017. Acara larian yang melibatkan kanak-kanak berlari “BIG RACE” yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang menarik, selamat dan menyediakan pengalaman “educational” kepada para peserta cilik.



Sepertimana acara larian kanak-kanak yang lain, ibubapa serta ahli-ahli keluarga dapat turut serta sebagai sukarelawan. Ini bukan hanya untuk dapat memastikan keselamatan anak-anak mereka yang mungkin terlibat dalam acara tersebut malahan dapat bersuai kenal dengan ibubapa yang lain.  Sekaligus dapat membantu dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada ibubapa lain, pengagihan race-kit dan sebagainya.




Acara ini juga mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pihak swasta iaitu Tough Gorilla.


Dengan adanya acara seperti ini secara tidak langsung menggalakkan rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa sayang kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong atau beriadah di destinasi-destinasi  pelancongan melalui media sosial menerusi satu kempen yang dikenali sebagai kempen media sosial #SayangMalaysia.



Dalam konteks ini, ibu bapa adalah digalakkan untuk berkongsi pengalaman menyertai acara ini kepada pengikut masing-masing melalui media sosial mereka. Oh ya! Sebelum ini untuk siri pertama ia telah diadakan pada 15 Oktober 2017 di Taman Botani Negara Shah Alam bersempena dengan Hari Sukan Negara.

Acara utama bagi Kids Eco-Dash kali ini adalah acara larian yang terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu:-

1. Kategori Caterpillar – untuk pelari berusia 4-6 tahun – jarak larian 1 km
2. Kategori Rabbit – untuk pelari berusia 7-9 tahun – jarak larian 1.8 km
3. Kategori Tiger – untuk pelari berusia 10-12 tahun – jarak larian 3 km

Pemenang-pemenang menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 untuk tempat pertama, RM 100.00 untuk tempat kedua dan RM 50.00 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori. Selain itu, terdapat pengisian-pengisian lain seperti Garden Experience, permainan berkaitan Kitar Semula, Petting Zoo, jualan barang-barang Preloved dan Pertandingan Ucapan Awam.



Aktiviti ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara flag-off. Bagi siri kedua Kids Eco-Dash 2017 ini telah disertai oleh 500 penyertaan iaitu 250 peserta untuk kategori “Caterpillar’, 150 penyertaan untuk kategori “Rabbit” dan 100 penyertaan untuk kategori “Tiger”.


MOTAC berhasrat untuk membawa acara ini ke seluruh negara dan beberapa negeri untuk mempromosikan produk pelancongan berasaskan ekopelancongan yang dikenalpasti sesuai untuk melaksanakan acara ini seperti Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Putrajaya serta banyak lagi.









Suka Makanan Korean Cuba Resipi Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korea memang popular dengan makanan ayam goreng yang ada pelbagai rasa. Manis ada, masam ada dan paling pedas pun mereka suka. Sebab tu kalau pergi sana mereka suka makan ayam goreng extra hot kerana cuaca mereka yang sejuk.


So kali ni Maha nak cuba buat satu resipi mudah dan ala-ala makanan Korea kesukaan ramai. Resipi Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea tapi menggunakan sos paling pedas daripada Lingham's. Maha percaya kepada produk sos cili keluaran Lingham's ini kerana ia tanpa 6 perkara yang tidak sihat ini iatu tanpa pengawet, tanpa perisa tambahan, tanpa bahan pengawet, tanpa puri tomato, tanpa kanji dan tanpa MSG.


Mereka menggunakan 100% cili merah yang diproses sebab tu rasanya sangat pedas. Bagi Maha ia pedas tahap level pedas 5 Maha bagi yang ni 5 markah penuh. Jadi nasihat Maha kalau nak cuba resipi ini kena pastikan kurangkan pedas dengan tambah gula atau banyakkan madu. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan dalam resipi ini sangat mudah.


Bahan-bahan :-
1 botol Lingham's Sos Cili Extra Hot
3 ketul Kepak Ayam
3 ulas Bawang Putih
1 biji Telur
3 sudu Tepung Goreng Ayam
6 helai Daun Kari
Biji Bijan
Minyak Masak

Cara nak buat resipi ni macam biasa Maha sediakan dalam bentuk video yang mudah dan cepat untuk korang tonton sekali. 


So macam mana rasa teringin tak nak buat Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea Maha ni hehehe. Ni semua sebab nak pergi restoran Korea tu mahal sikit masak sendiri jer kat rumah lebih kurang sama jer. Kalau nak kurang hot korang boleh guna sos cili lain daripada Lingham's seperti Sos Cili Halia dan Sos Cili Bawang Putih.



So kalau korang ada idea nak Maha masak korang boleh sharekan apa sahaja resipi menarik kerana Maha tengah cari idea ni ada projek baru. Apa pun selamat mencuba semua dan selamat memasak. 






Macam-macam National Costume Miss Universe Malaysia Bakal Sepedas Sambal Nasi Lemak

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita pernah dengar pasal Kek Nasi Lemak dan juga Burger Nasi Lemak yang tular baru-baru ini. Tak mustahil makanan paling popular di Malaysia ini akan menjadi lebih daripada itu.


Mana tidaknya Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Katie James 22 tahun bakal memperagakan National Costume bertemakan Nasi Lemak. National costume ini telah direka oleh designer Brian Khoo. Bakal diperagakan dalam rancangan Miss Universe 2017 yang akan berlangsung di Las Vegas Amerika Syarikat

Kalau korang tengok pada rekaan baju tu lengkap semua ada termasuk belakang terletaknya daun pisang, kemudian ada telur mata kerbau, sambal ikan bilis, ikan bilis goreng dan timun. Namun tertanya juga mana nasi nya yang menjadi keutamaan kepada menu Nasi Lemak ini hurrmmm jangan fikir negatif ok.


Tapi inilah yang cuba ditampilkan memberi keunikan kepada national costume negara agar menjadi pilihan juri. Tahun lepas Miss Universe Malaysia memperagakan pakaian Menara Bekembar Petronas dan mendapat perhatian serta tersenarai antara 5 national costume pilihan orang ramai.

Adakah bila bawa tema nasi lemak ni ada negara akan claim ia adalah makanan daripada negara mereka. Almaklumlah Malaysia ni selalu dituduh sebagai negara yang suka 'mencuri' budaya dan makanan negara jiran. Apa pun pasti ia menjadi sesuatu yang menarik dan tak mustahil negara lain akan bawa makanan tradisional mereka untuk diperagakan kita nantikan pertandingan Miss Universe 2017 yang bakal diadakan tak lama lagi.


*Gambar dari Instagram Miss Universe Malaysia






Mega Wedding Pakej Lengkap Perkahwinan Murah Untuk Bakal Pengantin Baru

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai orang tengah rancang perkahwinan hujung tahun ini almaklumlah musim cuti sekolah. Tapi persiapan untuk perkahwinan orang kata perlu persediaan 8 bulan. Nak cari catering, pelamin, juruphoto, goodie, kad kahwin dan macam-macam lagi.


Mana nak dapat semua ni pada harga zaman sekarang ni dengan kos barang meningkat dan juga nak cari yang tidak menipu pun susah. Baru-baru tular kes perancang perkahwinan menipu keluarga pengantin booking dah buat tapi tak ada pada hari sepatutnya. Sapa yang rugi time tu mesti lah keluarga pengantin malu pun dapatkan.


Maha ni bukan pandai sangat tentang perancang perkahwinan ni tapi ada pengalaman sikit lah masa nak sediakan perkahwinan abang Maha dulu. Tapi tu dulu harga masih murah dan mampu untuk ayar semua. Sekarang ni nak cari semua pada satu harga kat mana.

Kebetulan hari tu Maha dapat jemputan untuk satu majlis perkahwinan yang sangat mewah tapi pada harga mampu milik. Mega Wedding 4.0yang telah di adakan pada 28 Oktober lalu penuh meriah di Putrajaya.


Pada hari tu ada 10 pasangan pengantin diraikan dalam satu majlis penuh gemilang dan jayanya. Paling best mereka cover semua pakej lengkap perkahwinan yang sangat murah. RM7,000 sahaja mereka akan uruskan daripada urusan pernikahan hingga ke bulan madu.



Mula-mula Maha tak percaya tapi bila tanya penganjur iaitu Mahligai Impian Catering & Event serta Malaysia Wedding Festival (MEFA) memang betul. Pasangan hanya bayar pada harga tersebut dah ini yang mereka akan dapat pada hari bahagian mereka.

-Tajaan dan Pengurusan majlis Pernikahan
-200 pax jemputan untuk setiap pasangan
-Menu Katering istimewa
-Live show daripada band terpilih
-Deejay Jemputan dan PA System
-“Door Gift” untuk setiap tetamu
-Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
-Liputan khas daripada media
-Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
-Pelayaran Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
-Pelamin Gergasi Eksklusif istimewa
-Pelamin Nikah di dalam Cruise
-Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
-Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
-Kek Kahwin untuk semua pasangan
-Parkir Khas untuk pengantin
-Hand Bouquet Setiap Pasangan
-Penginapan hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya untuk honeymoon

Sapa rasa tak rugi untuk semua ini. Pada hari yang Maha datang tu memang pasangan pengantin di nikahkan di Masjid Putrajaya oleh pegawai dari JAWI. Kemudian pasangan dibawa berarak daripada masjid menaiki Cruise Putrajaya sehingga ker Marina Putrajaya.


 


Pelamin indah tersedia kat Marina Putrajaya tu dan juga khemah untuk para tetamu jemputan makan. Makanan pula semua sedap-sedap hari tu ada Nasi Minyak bersama dengan lauk ayam dan juga daging. Lepas tu pasangan diberikan kek perkahwinan dan sesi bergambar bersama keluarga.





Jadi semua dah sedia dan sangat bebaloi. Maha rasa dengan keadaan ekonomi yang sangat mahal sekarang ni pakej yang disediakan di Mega Wedding ini amat berbaloi. Rugi kalau pasangan tak rebit peluang ini kerana setahun beberapa tarikh sahaja.




 


Bagi tahun 2018 ini pula ada 3 tarikh yang telah ditetapkan iaitu Marc, Ogos dan Nov. Kalau booking sekarang ni mereka bagi lagi diskaun RM500 untuk satu pakej. Tempat adalah sangat terhad dalam satu majlis untuk 20 pasangan sahaja. Jadi booking sekarang dan dapatkan semua keistimewaan ini.

Pertanyaan dan tempahan sila hubungi :
Tel : 018-9634563 (Ashaari)
        012-3871775





Citrawarna @ Kuala Lumpur Tahun Ini Tampil Kelainan Dan Lebih Hijau

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Buat semua pencinta tarian Malaysia, tampil dan nikmati kegembiraan di Citrawarna@Kuala Lumpur dengan tema 'The Sunrise, The Green and The Echo Within'.


Citrawarna kali ini mempamerkan persembahan muzik dan tarian yang sesuai dengan latar belakang yang diilhamkan oleh hutan hujan tropika dan laut yang indah di Malaysia. Seperti mana tahun sebelun ini acara tahunan ini akan diadakan pada 28 Oktober (Sabtu) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

Bercakap di sidang media sempena pelancaran Citrawarna @ Kuala Lumpur 2017 YB Dato 'Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia berkata kementerian itu berharap untuk memastikan Citrawarna tahun ini menjadi platform untuk menyampaikan mesej pentingnya alam bukan sahaja dalam bentuk budaya tetapi juga dalam seni, warisan dan gaya hidup.

Citrawarna kali ini mengambil inspirasi dari tema pelancongan sedunia: "Pelancongan Mampan - Alat Pembangunan", yang diraikan bulan lalu. Ia akan menjadi satu platform untuk menyampaikan mesej tentang kepentingan alam bukan sahaja dalam bentuk budaya, tetapi dalam seni dan warisan Malaysia.

Citrawarna tahun ini menampilkan gabungan unsur-unsur teater tarian, muzikal dan perarakan jalanan yang unik daripada tahun-tahun sebelumnya, konsep yang dibentangkan adalah kombinasi teater pentas peringkat dengan perarakan jalanan. Citrawarna sentiasa menghasilkan konsep baru, segar dan kreatif setiap tahun sejak diperkenalkan pada tahun 1999. 


Tahun ini acara bermula jam 4:30 petang dengan pelbagai aktiviti untuk menghiburkan pengunjung di Zon Chillax (kawasan yang ditetapkan di sekeliling tiang Dataran Merdeka), termasuk persembahan Buskers, Food Truck Fiesta, permainan tradisional seperti Galah Panjang (Long Elephant ), Batu Seremban, Congkak dan Zero Point serta foto wall yang dipanggil #SayangMalaysia bagi pelawat menyatakan cinta mereka kepada Malaysia.

Akan ada juga program "Bring Your Own Plant" di tempat yang sama dengan kerjasama Locco dan Daun yang menjemput pelawat untuk menderma satu pokok bersama-sama dengan mesej khas kepada alam. Selain itu, penderma yang berminat digalakkan menggunakan perkhidmatan awam bebas karbon seperti LRT dan MRT untuk membawa pokok-pokok ke tempat tersebut.

Selain itu, Food Truck Fiesta akan menampilkan kaedah pembelian makanan 'Cashless' menggunakan smartphones melalui aplikasi mobile wallet dengan kerjasama BARRA dan BOOST (subsiadiary dari Axiata Group). Sangat unik dan lain Citrawarna @ Kuala Lumpur kali ini sangat meriah.








Menjelajah Selatan Thai Betong Daerah Yala - Thailand FAM Trip Growth Triangle

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha nak kongsi dengan korang semasa berkesempatan untuk ke negara jiran Thailand. Firstly nak ucapkan terima kasih kepada Southern Peace Media Club (SPMC) kerana membawa Maha bersama dengan barisan media lain untuk menerokai banyak lagi yang menarik selatan Thai.


Selalu kita tengok kat tv citer pasal selatan Thai ni mesti kes bom atau tembak-menembak betul tak. Itu memang tugas mereka untuk melaporkan berita tapi hakiki ia sekarang ni tidak begitu lagi. Masa Maha pergi sana memang jauh sangat daripada apa yang dalam fikiran masa tu. Rasa bimbang dan rasa takut pun ada tapi semua itu hilang bila dah ada kat sana.


Ok lah Maha mulakan perjalanan trip ini sebab ada banyak post nak tulis ni sebab banyak tempat kami pergi. Kami dari KL menaiki bas menghala ke sempadan Malaysia Thailand melalui Betong. Tu kawasan pertama kami pergi kerana kat sana masih terpelihara alam semulajadinya. Firstime ni masuk sempadan menggunakan kenderan darat dan perasaan tu lain sangat.

Tapak Lapangan Terbang Baru Betong


Kami bertuah sebab dieskot oleh pihak berkuasa tempatan untuk kelancaran perjalanan kami. Sampai sana pun masing siang lagi dan lokasi pertama yang kami singgah ada kawasan pembinaan Lapangan Terbang Betong. Tak sangka bahawa kerajaan Thailand begitu nak majukan selatan Thai ini telah membina lapangan terbang baru kat sini.



Lapangan terbang ini tak besar hanya untuk penerbangan domestik sahaja iaitu mampu untuk mendaratkan kapal terbang bersaiz kecil dan 3 penerbangan dalam 1 hari. Tapi ada perancangan akan di besarkan untuk penerbangan dari luar Thailand. Ia dijangka siap pada Julai 2019 tak lama jer. Kami adalah media pertama yang dibawakan ke tapak pembinaan lapangan terbang tersebut.




Masa kami datang tu kat kawasan tu boleh tengok sempadan Malaysia tapi nampak hutan jer lah. Selepas sahaja habis sesi taklimat pasal tapak lapangan terbang tu kami terus dibawa ker bandar Betong. Bandar ni malam tak berapa hidup sangat tapi masyarakat masih banyak membuat taktiviti harian mereka seperti biasa.



Sebab dah lapor malam tu kami di bawa makan makanan istimewa mereka iaitu masak Ayam Betong. Kami pergi retoran halal disitu iaitu restoran Tuan Kitchen. Kat sini tak susah nak cari makanan halal sebab betong masih ramai lagi penganut Islam. 




 


Masak Ayam Betong ni macam kita kat Malaysia lauk nasi ayam yang dikukus dan ada kicap manis. Sedap dan selesalah makan kat sini sebab selera mereka tak jauh daripada kita. Puas juga makan sampai kenyang sambil berkenalan dengan pihak berkuasa di sana.



 

Lepas sahaja makan kami di bawa ke hotel akhirnya dan penginapan kami di Grand Mandarin Betong Hotel. Memang hotel ni best dan selesa untuk korang yang nak datang berjalan-jalan kat bandar Betong ni. Harga sangat berpatutan dan juga kemudahan semua ada selesa nak tidur malam tu. Nak kena rest sebab esok kami nak pergi ker kawasan pergunungan yang sangat menarik.

Lautan Kabus Dipuncak Gunung


Pagi tu kami bangun seawal 5 pagi sebab nak sampai ke satu lokasi yang tak pernah kita lihat kat tempat lain. Siap solat subuh lagi kat atas puncak gunung tu. Pagi-pagi buta kami panjat kawasan pergunungan ingat nak tengok apa rupanya ia adalah kawasan kita boleh lihat lautan kabus yang sangat indah.



Kawasan ini dikenali sebagai Iyer Weng atau  The Sea of Mist. Sebab bila korang sampai kat puncak Gunung Silipat ini korang boleh lihat hamparan kabus yang memutih dari puncak gunung ini. Memang rasa sangat kagum dan juga sangat terharu dengan keindahan ciptaan tuhan ini. Kawasan ni tak sejuk seperti mana korang naik Cameron Higland kat Malaysia.





Kepulan kabus yang memutih memenuhi kawasan pergunungan ini sangat memukau memang rasa nak ambil gambar dan video. Kawasan ini telah diwartakan sebagai kawasan pelancongan dan akan dimajukan lagi dengan pembinaan plantar yang lebih panjang dan baru untuk menarik ramai pelancong datang ke sini. Pagi tu kami sarapan kat atas puncak gunung tu memang best seronok sangat.




Lepas habis tu kami terus balik hotel untuk mandi dan check out bagi ke destinasi seterusnya. Kami di bawa pula ke satu-satunya pusat penyiaran TV di Yala iaitu NBTYala. Yang ni dapat tengok bagaimana mereka jalan produksi tv khas di selatan Thai. Paling best kami dapat sertai satu program tv mereka iaitu 'Di Kedai Kopi'.



Dapat jugalah kami media Malaysia ni masuk dalam saluran tv selatan Thai ni. Dalam program ni mereka menggunakan dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Thai. So kita masih boleh faham jugalah apa yang mereka cakapkan.




Lepas habis sesi bersama TV Yala tu kami nak bergerak ke satu lagi daerah yang banyak tempat menarik. Tapi sebelum tu kami di bawa ke peti surat terbesar di dunia yang terletak di Bandar Betong ni. Tengok lah ni saiz peti surat merah ini sangat tinggi boleh masuk orang dalam tu. Dapat bergambar sikit-sikit kat bandar Betong sebelum berangkat ker daerah seterusnya iaitu Narathiwat.



Ok habis untuk 2 hari kat daerah Yala ini memang best dan korang rasa selamat lagi kat sini jangan risau boleh jer datang. Cuma jangan pergi kawasan yang pelik-pelik sudah lah. Satu tips kat sini korang boleh tukar duit kat Malaysia siap-siap sebab kebanyakan peniaga sini tak terima duit Malaysia. Tunggu next post lak untuk lokasi lebih menarik di selatan Thai ini ok. Selamat bercuti.






Sembur Bukan Buang Perfume Anda Tips Penggunaan Minyak Wangi Yang Betul

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang pakai perfume macam mana sembur sebanyak mungkin kat pakaian korang betul tak. Itu bukan pakai ok tapi itu membuang perfume namanya. Ini kerana kesalahan tempat semburan membuatkan minyak wangi anda tidak begitu menyerlah baunya.


Maha sekadar nak kongsikan sahaja hasil daripada pemerhatian dan juga beberapa bacaan yang dibuat. Tapi tak semestinya ia sangat berguna kepada semua orang mungkin lain orang lain pula kesannya betul tak.

Beberapa tips penggunaan minyak wangi yang betul boleh diamalkan :

1) Pastikan badan kita kering daripada mandian sebelum mengenakan minyak wangi.
2) Sembur pada tubuh badan dan bukan pada pakaian ini kerana pakai menghidrat wangian anda dengan cepat.
3) Beberapa lokasi untuk sembur minyak wangi adalah pada bahagian titik nadi seperti pergelangan tangan, tengkok, siku dan belakang lutut.
4) Sembur minyak wangi saja tidak perlu gosok kerana ia akan menghilangkan molekul wangian itu.
5) Jangan gunakan banyak jenis wangian dalam satu masa.

Tu beberapa tips yang Maha rasa semua orang tahu kot. Tapi ada satu yang sangat penting iaitu mengunakan minyak wangi yang Halal kerana senang untuk solat. Jadi nak cari yang halal ni macam mana sangat susah dengan pelbagai produk dari luar negara. Sebab tu Maha sekarang ni menggunakan minyak wangi MoZFemes ini.


Minyak wangi ini dijamin halal dan ia tahan sehingga 8 jam sebab Maha pakai dari pagi sampai petang masih berbau wangi di pejabat. Paling best baunya yang sangat exclusive dan tiada pada pewangi antarabangsa yang lain. So bila pakai orang sebelah akan tegur korang pakai minyak wangi apa tak pernah bau pun wangian ni, ha yang itu bestnya.

MoZFemes ini sekarang ada 3 variasi wangian yang mereka keluarkan. Bagi lelaki boleh guna yang VIP by MoZFemes ini memang sesuai. Ia memberikan bau woody spicy dan juga oriental spicy. Nak tahu kena cuba sendiri lah Maha cite pun susah juga kat sini tapi Maha dan ada satu botol memang guna sendiri.


Dihasilkan dalam 3 saiz yang Maha guna ini adalah 30ml berharga RM70 manakala 10ml harga RM25 dan untuk yang kecil percubaan saiz 5ml harga RM15 jadi beli yang ni dulu untuk percubaan. Bila dah suka nanti korang guna yang besar macam Maha ni.


Bagi orang perempuan pula ada wangian Sweetheart by MozFemes sangat sesuai. Harga dan saiz sama cuma bau sangat lembut untuk wanita bau bunga dan buahan. Ketiga pula mereka ada ZF Miracle by MoZFames ini unisex sapa-sapa boleh pakai. Harga pun boleh tahan untuk botol 50ml harga RM115.


Sebab apa mereka keluarkan dalam bentuk botol kecil ini kerana senang nak bawa mengembara tak perlu bimbang. Juga boleh letak dalam kocek jer atau dalam beg nak guna bila-bila masa. Maha dah dapat satu korang tak nak ker cuba. Boleh dapatkan daripada kawan Maha pengedar perfume ini nama dia Izwan Isa. Contact seperti dibawah ini ok.

Pertanyaan dan tempahan hubungi :-
Whatsapp : 013-404 0045 (http://www.wasap.my/60134040045)




Honey Miso Chicken Pan Menu Istimewa Dari Restoran Yoogane Sempena Musim Perayaan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini suka makanan Korea memang ramai lah yang akan menjerit suka. Walaupun kita tahu makan Korea ini banyak sayur dan sihat tapi kerana pengaruhnya kuat di Malaysia ia menjadi pilihan ramai. Sorry bagi Maha makanan Korea bukan pilihan utama tapi nak makan tu boleh lah tak jadi masalah.


Kali ini Maha nak bawa korang ker restoran Yoogane daripada Busan Korea yang begitu popular sehinggakan kat sana sahaja ada berpuluh cawangan. Kini telah buka kat Malaysia dan cawangan pertama mereka ada di 1Utama. Kalau korang datang shopping sini naik tingkat 2. Akan jumpa logo bulat dan tulisan Yoogane.

 




Maha pertama kali masuk restoran dan koran akan dihiburkan dengan lagu K-Pop yang popular. Memang masuk rasa suasana seperti berada di sana. Kemudian duduk kat meja tengah tu ada dapur kerana konsep restoran ini adalah Chicken Galbi yang segar dan pedas. Tapi kali ni Maha nak cite tentang satu menu promosi mereka sempena dengan Krismas akan datang.


Honey Miso Chicken Pan

Nama menu ini adalah Honey Miso Chicken Pan yang mengandungi sayur segar dan daging ayam yang diperap dengan rempah khas selama 12jam. Menu ini bukan sahaja ada dalam pan ini tapi termasuk dengan 4 side dish yang unik dan menarik. Satu set ini memang sesuai untuk 2 orang makan sangat kenyang yer.



Macam mana cara nak makan hidangan ini Maha cite sikit kat korang. Nanti selepas set ni dihidangkan pekerja restoran akan tolong masakan daging ayam yang ada kat tengah dengan sayur tu sehingga masak. Kemudian akan masukan sayur dan telur tu di tengahnya. Disitu bermula lah tugas anda untuk pecahkan telur dan gaulkan dengan sayur tu ikut kesukaan korang.



Cara nak makan pula ada dua cara korang boleh terus makan macam tu sahaja selepas masak panas-panas. Juga korang boleh gunakan roti tortilla yang disediakan sekali. Caranya ambil sekeping tortilla ni sapukan dengan dua sos yang disediakan. Satu sos tu yang warna oren tu pedas sikit manakala yang hijau tu agak manis.




Lepas tu baru korang masukkan daging ayam yang telah dimasak tadi bersama sayuran dalam tu. Akhirnya bungkus ikut suka korang dan ngap masuk dalam mulut. maha suka makan macma ni sebab rasa lebih lengkap. Nak habisan satu set ini 2 orang pun rasa macam banyak sebab ia banyak sayur jadi memang sihat.

Crispy Salad

Tteok-Galbi

Citrown Prawn

Soft Shell Crab

Ok 4 hidangan sampingan yang termasuk dalam menu ini adalah Crispy Salad yang mengandungi sayur segar dan buah Delima, Tteok-Galbi iaitu daging yang dimask dengan sos special, Citrown Prawn yang ada sos daripada rasa limau bali dan Soft Shell Crab iaitu ketam lembut yang digoreng rangup.

Berry Sweet Plum dan Berry Sweet Lemon

Selain daripada menu sampingan ini set ini juga ada sekali dengan 2 pencuci mulut yang special iaitu Berry Sweet Plum dan Berry Sweet Lemon. Kedua-dua ini ada yogurt di atasnya dan bawa tu baru rasa berry. Juga ada 2 minuman khas iaitu The Pom Pom dan Sweet Tidings. Minuman ni masam-masam manis macam detox nak potong lemak patut orang Korea kurus hehehehe.

The Pom Pom dan Sweet Tidings

Korang mesti tanya hargakan sempena dengan promosi musim perayaan yang akan datang ini set ini berharga RM98++. Tapi ia hanya akan mula dijual pada 17 November sehingga 31 Disember sahaja. Bagi ahli ONECARD macam Maha ni korang boleh dapat 3x UPoint apabila makan disini. Jadi tunggu apa lagi cepat siap sedia untuk makan Korea yang istimewa ini. Maha dah cuba korang bila lagi selamat menjamu selera.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





Ayam Goreng Rasa Hebat Daripada A&W Restoran Fast Food Pertama Di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni A&W Malaysia tengah mengadakan promosi Chicken Fiesta. Selaku restoran perkhidmatan segera yang pertama dibuka di Malaysia kini mereka kembali menyemarakan ayam goreng A&W.

 


Kalau korang pandailah cuba teka kat mana restoran pertama A&W yang di buka di Malaysia ini. Maha tinggal korang dengan soalan nanti lasti Maha bagi tahu ok. Selalunya bila kita tengok logo atau restoran A&W kita mesti ingat minuman yang cukup popular mereka iaitu RB Float betul tak.

 


Kalau makanan tu korang akan terbayang akan Beef Conney. Tapi sebanarnya mereka juga ada ayam goreng yang sangat rangup. Sempena dengan fiesta tahun ini memperkenalkan ayam goreng yang ada di situ iaitu Golden Aroma Chicken untuk ayam yang tidak pedas tapi rangup diluar. Manakal Spicy Aroma Chicken pula adalah ayamg goreng pedas mereka.
Spicy Aroma Chicken

Golden Aroma Chicken

Nak tahu pedas mana korang memang kena datang cuba sendiri sebab kalau Maha cerita tahap pedasnya boleh boleh buat korang menganga dan habis lah minuma air segelas besar mereka tu. Kali ini set ayam mereka ini akan datang dengan RB Float dan kombo 2 ketul ayam, 6 ketul ayam atau 9 ketul ayam.



Set kombo ini sangat berbaloi dengan harga bermula daripada RM15.45 jauh lebih murah daripada ayam goreng fast food lain. Maha dah cuba semua restoran lain tapi yang ini ada kelainan daripada kerangupan, kepedasan, dan kelembutan daging ayamnya tiada tandingan dengan rempah tersendiri. Jadi ia wajib dicuba semua orang jangan nak makan yang biasa jer sekali sekala cuba juga yang lain.




Selain tu juga promosi ini datang dengan menu baru iaitu daripada daging ayam juga Chicken Poppers. Macam popcorn daging ayam datang dengan sos istimewa mereka. Harga RM5.30 untuk satu pek. Yang ni sesuai untuk kanak-kanak lah mereka mesti suka.


Promosi fiesta ini telah bermula 7 Nov lalu sehingga hujung Disember nanti jadi korang memang rugi tak datang sekarang ini. Tambahan pula korang sekarang dah boleh buat minuman popular RB Float kat rumah sendiri. Sebab mereka menjual Mug Edisi Khas ini kepada semua pelanggan dengan harga RM49.90.


Cuma Maha nak bagi tips kalau nak buat RB Float seperti mana kat restoran A&W. Pertama sekali mug tu korang letak dalam peti sejuk beku seharian. Kemudian baru korang keluarkan dan tuang air RB dan masukkan float perisa vanila memang akan jadi seperti mana minum kat restoran. Ni petua mereka ok.



Jadi tunggu apa lagi tengah promosi hebat ini cepat-cepat pergi kemana-mana cawangan berhampiran untuk dapatkan semua promosi istimewa sebelum hujung tahun. Jawapan untuk soalan atas tadi adalah restoran pertama A&W yang dibuka di Malaysia terletak di Batu RoadJalan Tuanku Abdul Rahman. Maha dan makan ayam goreng mereka korang bila lagi mohon belanja ok hehehehe. Selamat mencuba semua.

Sebarang promosi dan pertanyaan hubungi :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Resipi Mini U.S Potato Cups Dicipta Dari Kentang Import Yang Bagus Untuk Diet

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa kata makan kentang goreng atau sejuk beku tu cepat menggemukkan. Sebenarnya itu adalah tanggapan yang salah kerana kentang merupakan diet paling bagus untuk mereka yang nak kurang berat badan. Ini kerana kentang ini tiada mengandungi lemak, tiada natrium dan tiada kolestrol.


Tapi yang Maha cite ni bukan kentang biasa kita beli kat pasar ia hanya pada kentang dari U.S. Produk kentang mereka diiktiraf antara yang paling bagus nak bandingkan dengan pisang kerana ia mengandungi 15% lebih banyak kalium. Wow dah macam pakar nutrisi lak Maha cite ni tapi ini adalah daripada pembacaan yang Maha buat sebelum artikel ni ditulis.


Sebab kali ni Maha nak share dengan korang satu lagi resepi yang mudah dan lazat menggunakan produk kentang dari U.S ni. Resipi yang diberinama Mini U.S. Potato Cups menggunakan U.S. Purple Potatoes. Ingat tau warna yang berbeza setiap kentang memberi khasiat yang berbeza. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha guna tak banyak pun.


Bahan-bahan: 


2 biji U.S Purple Potatoes
1 biji Bawang Besar (potong dadu)
2 ulas Bawang Putih (potong kecil)
1 biji Telur
1 sudu Serbuk Lada Hitam
50 gram Cheese
½ cawan Susu Segar
Garam

Maha gunakan 2 biji sebab ia dapat menghasilkan satu hidangan yang boleh makan untuk 4 orang sebab rumah tak ramai orang jadi buat sikit-sikitlah. Kalau korang ada anak ramai atau ahli keluarga yang besar boleh gandakan jumlah bahan yang Maha sediakan ni ok. Jom kita tonton video cara penyediaan resipi ini pulak.

Cara penyediaan :

 


So macam mana mudah tak nak buat resipi menggunakan kentang kali ini. Paling penting adalah ia sihat kerana menggunakan kentang dari U.S dan juga susu segar. Kemudian tu pulak ia di bakar dalam oven dan tidak di goreng jadi kurang penggunaan minyak. So lepas ni kalau korang nak diet tanpa berlapar boleh makan kentang tak kisah nak buat cara macam mana pun. Selamat mencuba semua.


Maha juga perlukan bantuan korang semua untuk mengundi resipi ini di dalam satu pertandingan yang di anjurkan sempena dengan U.S. Potatoes Goodness Fiesta. Korang boleh mengundi dengan like kat sini My Potatos USA bermula hari ni 13 Nov hingga 22 Nov 2017. Harap-harap resipi ini dapat menjadi pilihan juri. Terima kasih pada yang dah mengundi jasa korang sangat bermakna moga Tuhan membalasnya.

Hashtag : #MyPotatoesUS#PotatoesUS#DailyFood#FitforHealth





Sajian Masakan Melayu Terbaik Oleh Chef Azizah Di Melting Pot Cafe Concorde Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama sebenarnya Maha tak makan masakan kampung yang memang pure sedap punya dan terbayang-bayang nak makan selalu. Tambahan pula masak lemak, sambal, ulam dan macam-macam lagi.


Orang kata kat tengah KL ni nak cari yang betul-betul sedap tak ada dengan harga yang berpatutan. Korang tak pergi lagi kat Concorde Kuala Lumpur kalau korang pergi mesti korang akan rasa nak datang lagi makan masakan Melayu mereka.


Dengar nama Concorde KL mesti kita cakap mahal sebab tempat exclusive betul tak. Tapi ia sangat bebaloi dengan harga makanan dan juga rasa makanan tu sendiri sebab disediakan oleh Chef yang berpengalaman di sini iaitu Chef Azizah. Dulu chef ini masak untuk Saloma Bistro dan kini kembali semula ke sini untuk menyediakan hidangan Melayu yang enak-enak.
 

Maha berkesempatan ker sana untuk menikmati hidangan yang dikatakan terbaik tu. Mula-mula tengok rasa nampak macam biasa jer tapi bila rasa baru kita tahu ia adalah makanan yang disediakan oleh orang yang tahu masakan Melayu. Contohnya Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh kalau kedai biasa buat kuah cair dan telur hancur. Tapi kat sini perhhhh kuah pekat likat dan melekat kat tekak tu.




Pulak tu ada lagi menu lain yang best seperti Sambal Petai Udang memang menjadi favorite Maha. Ada lagi Sambal Jering Ikan Bilis memang terangkat rasa sekali nak berkali-kali. Lagi apa yang best kat sini ada Ikan Patin Masak Tempoyak Ya Allah kat tengah KL nak cari Ikan Patin mana nak dapat sini jer.





Lagi korang kena cuba masak Daging Asam Pedas Bunga Kantan memang terbaik, lepas tu Pucuk Ubi Masak Lemak dengan Ikan Bilis, Ayam Kelio Berkentang ini kalau tengok macam masak kari tapi ia lebih lite. Ini semua masakan tersedia untuk buffet kita ambil tambah berapa banyak nak makan.






Ada juga yang bahagia dimana chef masak secara live apabila korang ambil bahan dan bagi pada chef. Ada 3 jenis masakan yang mereka sediakan iaitu Ikan Kerisi Goreng, Kangkung Goreng Belacan dan Kepah Goreng Pedas. Ini korang boleh makan panas-panas lepas masak memang best. Korang boleh tengok sendiri chef tu masak depan mata.






Pulak tu menu untuk dessert pun ada banyak tapi sempena dengan promosi sajian tradisional Melayu ni special mereka adalah Ondeh-Ondeh. Dessert lain pun masih ada dan sangat banyak yer tak terkira. Maha sendiri datang makan kat sana rasa memang puas hati dengan harga dan juga rasa makanan mereka.



Harga pulak hanya RM110.00 bersih untuk seorang makan. Kat kawasan yang mewah dan exclusive ini bagi Maha ia adalah berpadanan. Pulak tu korang akan dihiburkan oleh persembahan hiburan daripada penyanyi mereka lagi. Sambil makan boleh dengar-dengar lagu dan boleh request lagi nak mereka nyayi lagu apa. Hari tu Maha request lagu Jampi memang mereka boleh nyanyi best.



Jadi tunggu apa lagi orang yang berkerja berdekatan dengan Concorde Kuala Lumpur kat Jalan Sultan Ismail tu boleh lah datang makan kat sini. Boleh datang untuk makan tenghari atau makan malam setiap hari sepanjang bulan November dan Disember ni. Rasa macam nak pergi lagi lah sebab power masakan Melayu mereka memang best. Korang kena datang cuba ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-2717 224

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Narathiwat Selatan Thailand Terpelihara Nilai Seni Budaya - Thailand FAM Trip Growth Triangle

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok nak sambung semula pengembaraan Maha dengan rakan media lain ke selatan Thailand bulan lepas. Sebelum ni Maha ada cerita pasal Betong dalam daerah Yala yang semakin maju dan berkembang. Kini kita ke satu lagi kawasan paling selatan Thai iaitu Narathiwat


Seperti biasa perjalanan dalam bas satu yang memenatkan untuk jarak yang jauh tapi kerana teruja tak terasa bagaikan cepat masa berlalu. Pada hari kedua tu kami bermalam di Hotel Genting. Pagi selepas sarapan kami bergerak bersama dengan pegawai untuk ke sepadan Su-ngai GolokThailand melihat bagaimana kawalan keluar masuk dilakukan.

Pintu Masuk Su-ngai Kolok 


Di sini mereka menceritakan bagaimana pengurusan keluar masuk rakyat Thai dan Malaysia serta pelancong menggunakan jalan darat. Bagi penduduk Thai yang tinggal berhampiran sempadan mereka ada pasport sementara yang membolehkan mereka keluar masuk untuk urusan kerja sehingga dalam negeri Kelantan. 



Kalau orang biasa masuk dari Malaysia melalui Rantau Panjang ke sini mereka ada sediakan pekhidmatan motor khas untuk membawa orang Malaysia dan pelancong sehingga ke bandar Su-ngai Golok dengan harga 40 bath. Tak jauh pun tapi kalau jalan kaki berpeluh juga lah. Kat bandar ni ada jualan pasar pagi yang ramai orang selalu singgah untuk beli keperluan.



 


Selepas habis beberama minit kami meninjau kawasan sempadan tersebut kami terus bergerak ke kawasan kampung yang mempunyai industri kraft mereka sendiri. Kat selatan Thai ni kerajaan dan menerapkan satu kampung mesti ada satu hasil kraft untuk di majukan sebagai sumber pendapatan dan pelancongan.



Pertama kami pergi melihat bagaimana anyaman membuat tikar dan bakul menggunkan sejenis daun. Kampung ini namanya Baan Thorn Aman dan perusahaan krat tangan ini di bangunkan oleh golongan wanita kampung tersebut. Kami dapat tengok daripada mula daun tu dijemur, diwarnakan dan dianyam menjadi hasil yang sangat cantik.



Sapa datang sini boleh beli terus bawa pulang dan harga sangat murah kerana beli terus dari pengusahan. Kata mereka produk ini akan dibawa ke bandar untuk dijual dan harga jauh lagi mahal. Ada produk bakul, tikar, kotak, beg dan macam-macam lagi orang perempuan paling suka lah membeli.




Lepas tu kami ke satu lagi perusahaan orang kampung tu iaitu membuat pertukangan sampan dan perahu. Kat kedai ini pemilik kedai menghasilkan perhiasan daripada pertukangan menjadi sebuah perahu dan sampan yang sangat cantik. Kerena kerja yang halus dan berseni harga agak boleh tahan tapi kalau nak buat kenangan sagan sesuai untuk bawa balik tak ada kat Malaysia.



Tengok perhiasan dinding dalam frame tu semua bentuk kapal dan perahu. Manakal yang daun tu pula adalah dipanggil Daun Emas yang dikeringkan dan disusun menjadi bentuk cantik. Replika rumah atau perahu ni pun boleh beli tak ada masalah.

Perkembangan Islam Di Selatan Thai


Sesudah tu kami teruskan perjalan tenghari ke sebuah sekolah agama yang paling besar di daerah Narathiwat ini. Ini lah dia Attarkiah Islamiah Institute sebuah sekolah swasta yang sangat besar dan lengkap. Kesemua pelajar mereka beragama Islam dan untuk memasuki sekolah ini perlu melalui satu ujian apabila lulus baru layak untuk masuk ke sekolah ini.



Sekolah ini dibangunkan kerajaan untuk membantu pelajar Islam di selatan mendapat pedindikan sempurna. Turut sama mendapat sumbangan daripada swata dan orang perserorangan luar negara. Di sekolah ni kami dihiburkan oleh persembahan koir dan silat daripada pelajar-pelajar mereka. Di sekolah ni kami dijamu dengan makan tenghari yang sedap-sedap Alhamdulillah sebelum teruskan perjalanan.


 

 


Kami pergi pula satu lagi tinggal sejarah yang sangat berharga dalam daerah ini iaitu Masjid yang dibina tanpa menggunakan sebiji paku. Masjid diberi nama Wadi Al-Husein dibina tahun 1624 untuk tujuan ibadah dan aktiviti masyarakat pada masa itu. menurut kata imam di sini ia dibina dengan gabungan konsep Jawa dan Arab pada ukiran dan bentuk luar.



Masjid ni sampai sekarang masih aktif melakukan aktiviti harian masyarakat setempat. Kami sempat solat kat sini. Betapa negara bukan Islam masih mengekalkan kebebasan beragama bagi masyarakat mereka. Kalau datang sini memang kena singgah dan ambil gambar luar dan dalam.


 


Lepas tu kami terus bergerak ke satu lagi daerah lain pulak iaitu Pattani. Yang ni Maha akan sambung next post panjang sangat nak cerita kat sini korang bosan lak. Apa pun Selatan Thai ini masih banyak yang kita boleh terokai dan nikmati. Ini juga dapat membantu ekonomi masyarakat mereka. Nanti ada masa datang Narathiwat ok. Selamat bercuti semua.






Secret Recipe Kehabisan Red Velvet Setiap Hari Kerana Drama Neelofa Dan Alif Satar

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bagaikan satu yang sinonim bila keluar satu drama yang hit di tv mesti bagi kesan kepada penonton. Tak kisahlah pengaruh kepada satu-satu hashtag, atau paling rare yang Maha dengan adalah pengaruh kepada nama makanan.


Baru-baru ini Maha ada berborak dengan pengusaha restoran makan kasual terkemuka di Malaysia iaitu Secret Recipe. Mereka bagaikan terkejut kerana setiap hari Kek Red Velvet mereka kehabisan stock sebelum sempat tutup kedai. Kadang-kadang terpaksa pembeli pergi cari ke kedai lain kerana hari-hari mesti habis.


Menurut kata beliau ini kerana kehangatan drama Red Velvet yang tengah ditayangkan di Astro Ria lakonan sapa lagi kalau bukan Neelofa dan Alif Satar. Sebab tu ramai pelanggan mereka yang datang sini mesti mencari kek ini dan tak kurang yang bungkus bawa balik. Itulah kehebatan sebuah drama sampai industri makanan pun menerima tempiasnya.


Tapi kalau Red Velvet dah habis jangan risau boleh cuba menu baru mereka kerana sempena dengan hujung tahun dan cuti sekolah yang akan datang semua cawangan Secret Recipe membawakan menu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ini adalah menu baru yang diperkenalkan demi memberi kepuasa kepada semua pelanggan dari pelbagai bangsa dan peringkat usia.

Nasi Ayam Rangup (RM25.90)

Ada 3 hidangan terkenal tempatan yang lazat menjadi kegemaran rakyat Malaysia diperkenalkan bulan ini. Paling menarik adalah Nasi Ayam Rangup yang mana tidak seperti nasi ayam biasa kita makan dikedai-kedai. Hidangan ini lengkap ada ayam goreng yang rangup diluar lembut didalam bersama Sambal Udang pedas-pedas manis serta telur rebus dan timun Maha paling suka menu ni.

Special Seafood Mee Mamak (RM19.90)

Kemudian ada pula Special Seafood Mee Mamak yang membuka selera korang kalau tak makan nasi. Percaya atau tidak dalam mee mamak ni ada scallop dan udang yang besar-besar. Puas makan mee ini kerana ia lengkap tak begitu pedas seperti makan kat mamak lah. Satu lagi yang ada adalah Mixed Satay. Sebelum ni kita makan satay ayam dan daging berasingan tapi kali ini sekali dalam satu set. Makan pula dengan kuah kacang yang lite memang gandingan yang kita selalu cari.

Mixed Satay (RM17.90)

Maha boleh habis makan sorang satay ini jangan tak percaya ok. Selain daripada menu yang maha cite tadi restoran ini juga menawarkan potongan harga bagi menu sedia ada mereka iaitu Creamy Chicken Soup dan Brownie with Ice Cream. Tu lah Maha cakap kalau tak dapat Red Velvet boleh cuba brownie juga sedap kot memang kena sangat.

Creamy Chicken Soup

Brownie with Ice Cream

Ice Lemon Tea

Dua menu ni kalau korang add-on dengan menu utama tadi boleh dapat pada harga RM6.90 untuk Brownie dan RM3.00 untuk sup ayam tu. Jadi makanan seharian korang untuk tenghari atau malam memang lengkap semua ada ni termasuk dengan minuman yang ditawarkan iaitu Ice Lemon Tea. Cepat promosi ini hanya pada waktu terhad iaitu bermula 15 Nov hingga 15 Dis 2017 sahaja.


So kalau datang restoran Secret Recipe ni jangan nak cari Red Velvet jer banyak lagi menu lain yang best dan kek-kek yang best juga. Maha suka lunch kat sini sebab cepat dan mudah untuk pilih makanan semua memenuhi selera. Selamat mencuba dan menjamu selera semua ok.

Maklumat lanjut layari

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





Rahsia Herba Cina 100 Tahun Dalam Produk Lynnity Untuk Kesihatan Semua Peringkat Usia

$
0
0
Salam sejahtera kepada  semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sinonimnya ada tiga perkara yang orang biasa akan cari kat dunia ini iaitu nak kuat, nak umur panjang dan nak putih betul tak. Kalau nak kuat tu biasalah dan macam-macam jenis minuman kopi yang pelbagai nama ada kat Malaysia ni.


Kemudian nak panjang umur untuk boleh buat pelbagai perkara lagi kat dunia ni selagi tak kaya. Lepas tu nak putih kalau tak nak putih tak keluar pelbagai produk minuman untuk memutihkan kulit tu yang selalu taja program tv kan. Kalau korang nak apa sepajang masih hidup ini nak kaya tu semua orang nak tapi kalau sakit tak guna juga kan.


So mula dari sekarang ni kena jaga kesihatan luar dan dalam. Kalau setakat luar jer sihat tapi dalam tak sihat lagi tak guna. Menggunakan bahan semula jadi dalam produk adalah satu keutamaan yang dicari rakyat Malaysia sekarang ni. Yang pasti selamat dan berkualiti sebab tu 'Biarkan Landang Menjadi Farmasi Anda'.


Ramuan Tradisional Teknologi Moden


Korang tahu tak tu moto untuk produk apa. Itulah dia keutamaan produk Lynnity yang menggunakan herba Cina cukup popular dan digunakan sejak 100 tahun dulu. Walupun menggunakan herba tradisional tapi mereka menghasilkan dengan teknologi moden mengikut peredaran masa.


Penjagaan luaran untuk sengal-sengal bahu dan sakit tengkok boleh guna produk Lynnity Relief. Ia adalah gabungan minyak tulen dan herba memberikan sensasi yang menyegarkan, menyejukkan semasa atau selepas senaman, dengan aroma yang menarik. Kegunaan luaran terutama mereka yang aktif tak kisah bersuka mahu pun bekerja. 


Paling best produk mereka ini didatangkan dalam bentuk botol roll-on macam ni senang nak guna tak meminyakkan tangan. Kalau minyak biasa selalau kena tuang kat tangan pastu baru sapu kat bahagian yang nak digunakan tapi ini tidak. Hanya gosok sahaja dah terus dapat rasa kehebatannya.



Maha selalu gunakan minyak ni kat tengkok dan bahu bila lenguh mengadap komputer jadi gosok jer terus rasa lega dan relax. Baunya pun tak tengit macam minyak urut biasa yang bau agak kuat. Kalau orang lelaki yang suka pergi gym pun boleh sapu kat bahagian sendi-sendi yang lenguh dan rasa ketat akibat angkat berat.




Juga produk ni boleh guna untuk kanak-kanak memberi mereka daya tumpuan yang lebih dalam pembelajaran kerana herba yang digunakan. Tambah kalau kanak-kanak selsema atau susah bernafas bolah sapukan minyak ini kat hidung dan dada ia dapat melegakan dalam masa yang pantas.

Minuman Penjagaan Dalam Tubuh



Tu baru produk kegunaan untuk luaran dan kini ada satu lagi produk kesihatan untuk kegunaan dalaman keluaran mereka juga. Memperkenalkan minuman Botanic Health yang boleh diamal oleh semua orang peringkat usia walaupun warga emas lagi digalakan. Tambah-tambah mereka yang ada masalah Osteoporosis atau masalah tulang belakang.


Botanic Health mengandungi bahan-bahan yang unik untuk melindungi tisu rawan, meningkatkan kepadatan tulang dan menambah mobiliti. Pengambilan intipati rutin boleh memberi manfaat kepada tulang dan sendi pengamalnya dan mencegah osteoporosis. Korang mesti tetanya bagimana rasanya betul tak, ia rasa buah sebab dalam minuman ini ada sekali Buah Manggis, Blue Green Algae dan Orthosiphon atau dikenali sebagai misai kucing. Rasa sedap boleh jadi minuman harian pagi, tenghari dan malam.




Dalam satu kotak ni ada 15 sachets 20gram hanya campur dengan air suam 200ml dan kacau sahaja dan terus minum sangat mudah. Macam cakap tadi bagus juga untuk semua golongan sebab ia banyak kelebihannya seperti:-

- Meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
- Membaikpulih & mengekalkan kesihatan tulang & rawan
- Mengurangkan kesakitan & keradangan.
- Meningkatkan dan mengekalkan pergerakan fizikal
- Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Paling penting ia adalah produk semulajadi dengan menggunakan sayur, herba dan buah-buahan. Jadi tak perlu nak risau tentang keselamatannya kerana produk ni telah diuji oleh GMP, HACCP, Halal Tested dan Lab Tasted. Ia adalah produk keluaran tempatan dan kalau nak beli boleh beli secara dalam talian kat laman web mereka. Selamat mencuba semua.

Nak beli dan info lanjut layari :






Viewing all 1343 articles
Browse latest View live