Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1337 articles
Browse latest View live

Jom Saksikan Mahamahu Dalam Baba's Versus 1001 Rasa Di TV3

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tak adalah terror mana sangat dalam bidang masakan ni tapi sekadar nak masak untuk diri sendiri boleh lah. Tapi bila orang bagi kepercayaan untuk kita jadi juri pertandingan masakan satu pengalaman yang sangat berharga.


Alhamdulillah kali ni Maha dapat jemputan daripada Baba's pengeluar produk rempah-ratus popular di Malaysia untuk menjadi juri jemputan dalam program baru mereka tahun ini. Program Baba's Versus 1001 Rasa yang akan mula ditayangkan pada 16 September 2017 Sabtu ini sempena dengan Hari Malaysia.


Tapi untuk episod pengenalan ini Maha tak ada lagi ia adalah pertandingan antara celebriti tanah air. Maha punya episod tak pasti minggu berapa tapi korang kena selalu menontonlah program ini setiap Sabtu jam 5.30 petang di TV3. Maha hanya jadi juri jemputan untuk 3 episod sahaja bersama beberapa blogger yang hebat lain. 


Pengalaman shooting ni satu yang menyeronokkan kerana ada adegan disebalik tabir yang sebenarnya lain daripada realiti. Maha cite sikit pasal program Baba's Versus 1001 Rasa ini yer. Baba's ada buka peraduan mencari mereka yang suka memasak dan pandai memasak. Semua peserta yang terpilih peringkat ini adalah mereka yang telah disaring peringkat pemilihan dan akan bersaing 1 lawan 1.


Dalam episod yang akan ditayangkan kat TV nanti 2 peserta akan bersaing sesama sendiri dan mereka mempunya seorang tenaga pengaja yang terdiri daripada barisan chef profesional. Chef ini tidak boleh membantu mereka tapi menunjuk ajak peserta menu yang mereka nak masak agar ia menjadi satu menu yang sedap dan unik.


Dua peserta ini kena masak dalam dua pusingan mencipta makanan berasaskan produk Baba's. Walaupun nampak macam mudah tapi tekanan dalam pertandingan memasak tu dapat lihat depan mata sangat gerun. Tak sangka mereka ini semua berbakat ada yang datang dari latar belakang seorang guru, pelajar, pengusaha makanan dan macam-macam lagi.


Lepas satu pusingan juri akan bagi markah dan setiap pusingan ada 3 orang juri yang terdiri daripada celebriti, wakil Baba's dan seorang yang terlibat dalam bidang makanan. Mereka ada jemput blogger, editor majalah, dan ramai lagi sebab episod ini banyak. Kemudian juara setiap episod akan bersaing peringkat seterusnya pula untuk mencari seorang sahaja juara keseluruhan.





Bestnya masa shooting tu dapat jumpa ramai barisan chef hebat negara seperti Chef Jo dan Chef Zubir manakala Chef Adhu dan Chef Kamarul pula adalah pengacara program ini untuk setiap episod. Dapat kenal dengan mereka semua sangat rasa bebesar hati dan mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu masing-masing. Kat bawah ni antara masakan yang disediakan oleh peserta dan kami juri kena rasa semuanya.



Harap lepas ni akan dapat lagi kerjasama dengan barisan chef hebat negara ini. Korang juga jangan lupa untuk terus support Maha ok. Tonton rancangan Baba's Versus 1001 Rasa di TV3. Terima kasih kepada Baba's yang bagi peluang sangat bermakna kepada seorang blogger yang baru nak berjinak-jinak ini. Next time apa pula nak buat yer hehehe nantikan. Selamat menonton.




 



Jom Terokai Dunia Makanan Dari Ladang Dan Lautan Ke Meja Hidangan Di HPPNK 2017

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Cuba korang fahamkan apa makna 'Terokai Dunia Makanan Dari Ladang & Lautan ke Meja Hidangan' yang Maha maksudkan. Sebenarnya ia bagaikan syurga makanan untuk korang nikmati tanpa henti  hanya di bawah satu bumbung.


Ini sebenarnya kelainan yang cuba ditampilkan dalam HPPNK 2017 tahun ini. Kalau orang sebut Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan mesti bosan ada pameran dan jualan produk sahaja tapi kali ini mereka tampil satu program khas untuk makan sampai puas.


Dipanggil 'Malaysia Food Fistival' seperti mana yang dimaklumkan oleh datuk sendiri bahawa satu dewan utama di MAEPS Serdang akan dijadikan bagai sebuah restoran terbesar penuh dengan pelbagai jenis makanan. Masa tu semua pengunjung akan diperkenalkan dengan masakan yang dibahagi dengan pelbagai segment dan juga juadah dalam serta luar negara.



Maha tak dapat nak bayangkan apa yang dimaksudkan oleh datuk tu kalau nak tahu kena datang sendiri dan rasainya semasa program ini berlangsung nanti. Sebenarnya baru-baru ini 12 September 2017 telah diadakan sidang media HPPNK 2017 bertempat di dewan D MAEPS Serdang. Turut hadir adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Ahmad Shabery Cheek yang juga turut memperkenalkan barisan penaja utama.
 

Masa tu lah Maha dapat tahu lebih jelas tujuan sebenarnya HPPNK ini dianjurkan sejak daripada tahun 1975 lagi. Sesetengah orang panggil HPPNK ini sebagai 'Mini MAHA'kerana ia berskala kecil tapi menjanjikan lebih menarik dan lain daripada lain. Dijangkakan setengah juta pengunjung akan membanjiri tapak MAEPS ini dan pasti sangat meriah.


17 keistimewaan ini yang bakal korang dapat jika datang ker HPPNK 2017 kalau korang tak datang memang melepas la. 

1) Festival makanan dan pertanian terbesar di Malaysia yang mempunyai 600 gerai.
2) Menyediakan gerai & food truck di Empayar Makanan yang menyajikan 401 menu makanan.
3) Terdapat 50 gerai jualan buah-buahan, sayuran dan bunga-bungaan segar.
4) Ada KenDurian raja buah.
5) Pameran dari laut segar, unik dan terkini seperti Satay Tuna, Lemang Sushi, Kuro Prawn dan macam-macam lagi.
6) Pameran karang laut, ikan yu dan penyu.
7) Pameran ternakan dan haiwan hidup seperti kambing, bebiri, arnab dan banyak lagi.
8) Nimati daging unta dan kambing segar dari ladang House of Kambing.
9) Demontrasi masakan daripada chef profesional Chef Zam.
10) Makanan untuk kesihatan seperti Madu Kelulut, Rumpai Laut, Sarang Burung, Durian Belanda dan sebagainya.
11) Jualan dan pameran 30 usahawan asa tani seluruh Malaysia.
12) Malaysia Food Festival.
13) Pameran teknologi dan inovasi terhadap pertanian, perladangan dan nelayan.
14) Kehadiran selebriti popular seperti Farah Fauzana, Aiman Tino, Mat Dan dan juga Yabang Khalifah.
15) Tawaran pakej-pakej destinasi agropelancongan untuk kaki travel.
16) Karnival kerjaya yang menawarkan 2,000 peluang pekerjaan di 40 syarikat agromakanan.
17) Perkhidmatan agensi kerajaan seperti MOA, JPJ, YAPIEM, KKM dan banyak lagi. 


Korang rasa 17 perkara yang Maha nyatakan ni cukup kuat tak untuk korang datang ker HPPNK 2017 nanti. Jadi rugi sangat kalau tak pergi peluang sekali jer setahun ni nak rasai semua yang tidak ada kat tempat lain. Pasti tak pulang dengan tangan kosong ok banyak yang korang boleh dapat di sana.


Macam mana nak datang ker HPPNK 2017 ini paling senang datang naik Uber atau Grab car. Tapi kalau datang naik kenderaan sendiri tak perlu risau kerana terdapat kawasan parking yang sangat banyak di MAEPS Serdang tu. Kemudahan lain semua ada seperti tandas awam, surau dan parking tak perlu risau.


Jangan lupa temu janji kita bermula 28 Sept hingga 1 Oktober 2017 selama 4 hari. Maha pasti akan ke sana juga cuma tak tahu tarikh yang mana rasa nak pergi setiap hari jer. Nak dapatkan maklumat lanjut dan promosi lagi boleh layari laman Facebook, Instagram dan Twitter HPPNK seperti di bawah.

Layari :-
Hashtag : #HPPNK2017 #MFF2017 #MOA #OurFoodOurFuture







10 Gambar Tadom Hill Resorts Yang Orang Tidak Ketahui Dari Dekat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tadom Hill Resorts cukup popular sangat pernah tular pada satu masa kerana keunikan dan tempat baru dibuka. Hingga kini Tadom Hill masih menjadi tempat tumpuan orang KL yang nak mencari kelainan dan ketenangan jauh dari kesesakan. Hanya 45 minit memandu dari KL ke kawasan ini.


Masih mengekalkan reka bentuk menggunakan buluh untuk mengekalkan ekosistem di kawasan bukit batu kapur dan juga tasik buatan manusia. Sebelum ini ia adalah kawasan ladang kelapa sawit milik penduduk orang asli Banting dan kini dijadikan sebagai pusat rekriasi yang jauh lebih baik dan menguntungkan.



Kalau nak datang untuk aktiviti seharian kat sini boleh seperti main ATV, berkayak, flying fox, hill walk, sukan rakyat dan banyak lagi. Kalau yang nak datang tido kat sana pun boleh mereka ada sediakan penginapan tapak perkhemahan, chelat, bamboo hut, astana ninik dan hammock spheres. Beberapa gambar terbaru untuk korang tengok keadaan di Tadom Hill.




Jangan risau kalau menginap kat sini yang style khemah tu ada bilik air yang sangat banyak. Kemudahan surau yang besar dan juga kawasan untuk makan iaitu cafe yang buka mengikut waktu tak perlu nak pergi jauh. Tapi kalau nak keluar bandar yang paling dekat adalah bandar Sepang atau Nilai.













Kek Buah Terpanjang di Malaysia Dicipta Oleh Lulu Hypermarket & Department Store

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih ingat lagi tak rekod kek buah terpanjang di Malaysia yang dicipta tahun 2014 sebelum ni. Tu dulu tapi sekarang rekod itu telah dipecahkan oleh Lulu Hypermarket & Department Store dengan Kek Buah Terpanjang di Malaysia sekarang ni. Maha buat pertama kali dapat merasai keseronokan meraikan kejayaan itu.


Bersempena dengan Hari Malaysia pada tanggal 16 Sept 2017 baru-baru ini pasaraya tersebut telah mencipta rekod baru dengan berjaya menghasilkan Kek Buah Terpanjang di Malaysia pada kepanjangan 123.3 meter. Ia diiktiraf sendiri oleh Malaysia Book Of Records sebagai kek terpanjang setakat ini.



Masa hari tu seramai 8 orang chef bersama kaki tangan pasaraya telah bertungkus lumus dalam menyiapkan kek terpajang itu. Maha berada pada majlis mengiktiraf kek tersebut sebagai terpanjang itu dan juga turut rasa bangga sangat. Apa yang Maha tahu kek tersebut dihasilkan daripada kek span mix vanilla dengan diselaputi icing diatasanya dan dihiaskan dengan buah-buahan segar seperti Mangga, Nanas, Epal, Ceri, Anggur, Kiwi dan banyak lagi.



Semasa acara mengukur kek tersebut semua orang bedebar-debar nak tahu berapa panjang sebenar sehinggakan 2 kali mereka ukur untuk dapat ukuran yang tepat. Pada jam 5.00 petang wakil Malaysia Book of Record telah mengumumkan secara rasmi kek ini diiktiraf terpanjang di Malaysia dan sekaligus menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Lulu Hypermarket & Department Store Sdn Bhd.



Tahniah kepada pasaraya ini atas kejayaan tersebut dan kek itu juga dihidangkan kepada semua pelanggan mereka yang datang membeli belah pada hari tu. Mereka juga mengadakan kutipan amal untuk sumbangan kepada Rumah Cheshire Selangor hasil daripada jualan kek tersebut. Maha kongsi sikit pasal pasaraya ini sebab ramai yang tak tahu lagi. Maha pun tak pernah datang beli belah kat sini ini adalah pertama kali sampai.



Lulu Hypermarket & Department Store Sdn Bhd terletak di Persiaran Capsquare Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur bersebelahan dengan Jakel Mall. Ia adalah rangkaian pasaraya besar daripada Abu Dhabi dan ini adalah cawangan pertama di Malaysia. Ia mula dibuka pada tahun 2016 di Malaysia dan sangat baru sebab tu ramai tidak begitu mengetahuinya.



Tapi sebenarnya mereka bukan calang-calang pasaraya kerana produk dalam ini semuanya adalah Halal. Paling best sebenarnya mereka juga menjual banyak barangan yang tidak boleh dapat kat pasaraya lain di Malaysia. Contoh masa Maha pergi jalan-jalan kat dalam pasaraya tu mereka ada satu ruangan yang dipanggil Bakery yang menjual pelbagai jenis manisan special daripada negara Arab.


Korang tengok sendiri kat sini ada beberapa jenis kuih yang popular daripada sana seperti Konafa, Graiba, Basboosa, Balahasham dan banyak lagi. Semua manisan ni korang kena berada kat negara Arab jer baru dapat jumpa tapi sekarang dah ada kat Malaysia. Lepas tu selalu kita kalau orang nak pergi umrah atau haji akan kirim coklat atau kekacang daripada sana kerana katanya berkat dan murah. Sebenarnya kat pasaraya ini juga ada jual lebih daripada 50 jenis kekacang dan ratusan coklat yang polpular dari tanah Arab tu.




Maha mula-mula tengok rambang mata nak makan tak tahu nak beli apa memang kalau orang tua kita tengok mereka juga akan datang ker sini untuk dapatkan semua bahan-bahan ini. Selain daripada makana negara Arab mereka ada juga beberapa pilihan makanan negara Asia seperti Sushi yang penting ia Halal ok.





Pasaraya ini terbahagia kepada 5 tingkat yang mana kalau korang jalan satu hari tak habis sebab semua menda nak tengok. Barangan dapur dan basah semua kat tingkat bawah ada jual macam sayur, daging, ikan, buah-buahan segar, makanan, produk-produk siap dan separa siap serta banyak lagi. 







Lepas tu korang naik pula tingkat 2 korang akan masuk kebahagian Lulu Fashion Store. Kat sini memang banyak sangat jualan pakaian khas untuk wanita. Manakala tingkat 3 pula Lulu Fashion Store khas untuk lelaki jadi senang nak shopping. Pelbagai jenama yang ada semua menarik dengan harga murah.




Cuma satu jer nak highlight kat sini yang bestnya ada bahagian dipanggil Lulu Celebrate iaitu bahagian menjual khas pakaian untuk kaum India. Terdapat pelbagai jenis sari, kurta dan juga pakaian wanita dan lelaki untuk perayaan dan juga majlis perkahwinan. Daripada harga mampu beli kepada harga paling mahal mengikut jenis-jenis kain.





Naik lagi satu tingkat 4 korang akan dapat bahagian barangan elektrik. Kebetul semasa Maha datang Hari Malaysia tu pasaraya ini buat promosi potongan sehingga 50% untuk barang terpilih. Paling banyak barang murah adalah dibahagian elektrik sangat best. Ada telefon bimbit, tablet, peti ais, tv, vacuum dan macam-macam lagi nak tulis terlalu banyak.


Lepas tu bila dah shopping dari pagi sampai petang mesti laparkan jangan riasau di sini naik tingkat paling atas iaitu tingkat 5 ada Food Court yang sangat besar. Boleh pilih macam-macm jenis makanan tak perlu pergi jauh-jauh. Ada kemudahan tandas dan juga surau untuk solat sangat selesa. Jadi tak perlu keluar tempat lain semua ada dalam satu pasaraya betul tak.




Kalau yang datang naik kereta sendiri hujung minggu parking ada kat bahagian bawah B1 dan B2 dengan kadar flat rate RM4 tak silap Maha. Kalau yang nak mahal sikit Parking Valet lah hehehehe. Apa lagi semua ada kat pasaraya ini dah ia menjadi pilihan Maha. Korang leh tengok katalog promosi potongan harga ni juling mata dibuatnya.




Sempena dengan bulan kemerdekaan juga mereka adakan promosi Flat 30% off untuk barang terpilih sampai 30 September 2017. Jadi tunggu apa lagi rebut peluang nak beli belah murah dan jimat dengan pelbagai pilihan di Lulu Hypermarket best kot. Maha sampai sakit kaki jalan sebab semua sudut nak tengok barang-barang yang menarik dan murah. Ok lah hujung minggu ni bawa family datang jalan-jalan kat sana ok. Selamat bercuti dan selamat membeli-belah semua.







Terkejut Harga Nasi Campur Boleh Cecah Puluhan Ringgit Sepinggan Sila Viralkan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni bukan Maha nak buat aduan tapi nak luah rasa hati sebab dah terkena pada diri sendiri. Baru-baru ini peri makan kat sebuah restoran nasi campur biasa jer ada jual pelbagai jenis masakan Melayu. Tak pernah pergi sana tapi sebab tengok ramai orang datang mesti sedapkan.


Jadi Maha singgah lah makan tengahari kat situ dengan mengidam nak makan lauk Daging Salai Masak Lemak, Paru Masak Sambal dan juga sedikit sayur Kangkung Goreng Belacan. Pastu order sekali dengan air Jus Tembikai sebab nak hilangkan dahaga.

Gambar sekadar hiasan

Time syok ambil tu biasalah tengahari lapar sangat memang niat nak makan jer. Pastu bila dah ambil semua tu kena pergi bayar dulu sebelum makan korang tahu berapa mereka cas untuk semua tu. Memang terkejut beruk sebab harganya RM15.50 tuk semua tu. Korang rasa berbaloi atau mereka cekik darah.

Gambar sekadar hiasan

Terus rasa mood nak makan masa tu hilang dan jadi makan tu semua tak sedap langsung sebab harga memang tak berbaloi. Makan pun dalam keadaan terpaksa jer sebab dah ambil dan kena bayar tak kan nak letak balik betul tak. Sudah lah tu tak letak tanda harga pada semua hidangan yang mereka sediakan.

Ikutkan hati ni memang Maha nak tularkan sahaja nama restoran tu kat facebook tapi terfikir ia akan untungkan restoran tu. Sebab selepas tular jer kat sosial media mereka makin popular dan makin ramai pengunjung datang makan. Sebenarnya ada  satu tempat untuk buat aduan kepada masalah seperti ini. Maha buka handphone dan nampak applikasi Ez ADU KPDNKK yang pernah download sebelum ni. Apa lagi Maha dah daftar kat situ dan terus buat report kat dalam apps tu hari tu juga.


Maha tak pernah guna ini pertama kali nak guna apps ini rupanya ia sangat mudah. Kita boleh membuat pengaduan dengan 5 langkah sahaja iaitu dengan login sebagai pengguna berdaftar, memasukkan butiran aduan, laporan aduan dan seterusnya membuat geo tagging lokasi kedai serta ambil gambar kedai juga gambar resit sebagai bukti.


Lepas tu aduan kita akan terus hantar ke KPDNKK dan mereka akan menyiasat. Selalu satu aduan mengambil masa tak lama dan Mahanya kes ini baru lagi dah ia masih dalam siasatan. Biar pemilik restoran ni kena ambil tindakan sewajarnya kerana mengenakan harga yang tidak sepatutnya juga tak letak tanda harga pada makanan.


Korang pun lepas ni boleh buat macam ni jer tak perlu nak tular atau sebar kat sosial media kerana ia akan buatkan perkara itu tambah lebih buruk. Lepas ni korang boleh muat turun applikasi Ez ADU KPDNKK kat Android atau iOS korang secara percuma jer. Boleh klik kat link bawah ni terus boleh muat turun.


Friend of KPDNKK (FOK)


Lepas tu mereka ada juga applikasi Friend of KPDNKK yang korang boleh muat turun kat telefon pintar korang. Ia adalah applikasi untuk kita menjadi sebagai pemerhati bebas luar sana terhadap harga barang di tempat kita sendiri dan melaporkan kepada KPDNKK.


Maha dah daftar jadi ahli dan bila korang dah jadi ahli ada keistimewaannya tau korang akan dapat Kad Friend of KPDNKK dan dari kad tu korang boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian dalam program istimewa ini.


Kepentingan menjadi ahli ni ia melatih kita menjadi pengguna yang prihatin dan sentiasa peka kepada harga barang supaya kita dapat mengawalnya. Jadi tunggu apa lagi muat turun sekarang kat sini. 

 

Applikasi Paparan Harga


Setelah jadi FOK tu korang boleh masuk dalam satu lagi apps dari KPDNKK iaitu Paparan Harga. Cari jer kat telefon pintar korang pastu muat turun. Apps ini adalah untuk kita pengguna menjadi lebih baik membeli produk dan barangan harian manakala pada masa yang sama membantu untuk mengurangkan perbelanjaan dan kos hidup kita.


Macam mana lak tu? Sebab dalam apps ini ada lebih daripada 500 jenis senarai barang yang telah diupdate setiap hari dari segi harga yang kita boleh pilih dimana lokasi berhampiran kita. Jadi bila kita dah tahu mana ada jual harga barang murah yang kita nak so boleh terus pergi beli kat sana.


Contohnya macam Maha cari kat bawah ni buah Jambu Batu Tiada Biji area Cheras Kuala Lumpur. Apps ini akan senaraikan semua pasaraya yang menjual buah tersebut dan harga terkini. Jadi korang tahu mana yang lebih murah dan boleh terus beli kat sana.


Juga korang boleh cadangkan lokasi baru jika korang rasa ada yang lebih murah lagi dalam apps ini. Mudah bukan dan sangat membantu terutama keluarga yang nak berjimat ketika membeli. Maha suka guna apps kat telefon ini sebab boleh cari dihujung jari jer. Muat turun kat sini sekarang secara percuma.






Buat Korang Yang 'Loghat' Memilih Makanan Restoran Di Shah Alam Ini Sangat Sesuai

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bak kata orang Kedah'Loghat' ini macam terlalu memilih atau cerewet. Korang loghat tak kalau bab nak memilih restoran untuk makan. Kalau korang ada ciri-ciri tu Maha rasa restoran ini sangat sesuai untuk korang cuba. Loghat Cuisine Restaurant yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.


Restoran ni baru sahaja buka tak silap 2 bulan kot tapi kat sini banyak menu pilihan yang berkonsepkan makanan Melayu dan sedikit western. Kalau korang menggunakan laluan Federal Highway dari Bandar Klang nak ker Shah Alam korang boleh nampak restoran ni belah kiri. Pastu korang kena masuk ikut exit Seksyen 7 Shah Alam tu.



Maha pun firstime sampai restoran ni dan tak sangka juga sebenarnya pemilik restoran ini iaitu dua orang sahabat baik Chef Shaffee dan Chef Radzi orang yang banyak pengalaman diluar negara. Di antara negara yang mereka pernah bekerja seperti Dubai, Oman, Egypt dan Saudi Arabia. Wow dengar pun dah mesti boleh bajet makanan mereka sedap dan tak mengecewakan.


Restoran beroperasi hari Selasa hingga Ahad dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam. Jadi ia waktu sesuai untuk datang makan time tengah laparkan. Maha hari tu datang terus nampak satu menu yang menarik dan menambat nafsu makan ini. Menu ni namanya Spicy Seafood ala-ala macam 'Shell Out'lah kalau orang kita lebih kenali.

Spicy Seafood

Yang uniknya mereka hidangkan makanan ini dalam satu dulang yang kecil dan unik ni. Dalam hidangan ini ada macam-macam makanan laut yang ramai orang suka sperti ketam, sotong, udang, lala dan kepah. Sos mereka juga sangat-sangat kaw pedasnya sesuai dengan selera orang Melayu kita. Bagi Maha ia sangat pedas tapi tetap boleh habis satu dulang ni tau jangan tak percaya. Harga untuk satu dulang ini pula hanya RM25.00 sahaja tau puas makan.

Nasi Ayam

Pada yang tak tahan pedas korang boleh juga datang sini dan cuba menu lain seperti Nasi Ayam dan juga Chicken Chop. Kenapa Maha highlightkan dua menu ni sebab harga untuk dua menu ini hanya RM6.00 sahaja. Memang mampu milik untuk student atau orang bujang makan. Chicken Chop disediakan dengan Black Pepper Sauce manakala Nasi Ayam ada sambal cili dan juga kicap manis.

Chicken Chop

Satu lagi menu yang juga wajib korang cuba kat sini adalah masakan panas mereka iaitu Nasi Goreng Kampung. Mereka ada juga beberapa nasi goreng lain tapi Nasi Goreng Kampung juga yang kita cari akhirnya betul tak. Selain nasi goreng mee goreng dan juga mihun,maggi dan kuey teow goreng pun ada ikut lah selera korang masa tu.

Nasi Goreng Kampung

Melangkapkan hidangan makana korang mesti kena ada dengan minuman yang segar dan menyegarkan. Kat sini Maha pilih jus Apel dan jus Oren lah baru padan hehehe. So apa tunggu lagi korang rasa kat sini ok tak untuk menjadi salah satu restoran pilihan korang bawa keluarga dan kawan-kawan datang.

Jus Oren dan Jus Apel


Tapi kalau korang tak boleh nak datang boleh juga order melalui tel dan mereka sedia menghantar makanan terus ke rumah. Cuma untuk sekitar Seksyen 7 hingga Sekseyn 24 jer buat masa ni dan minima order RM15. Bagi yang plan nak buat  majlis harijadi, majlis ulang tahun, reunion atau apa-apa saja majlis boleh booking jer mereka akan sediakan makanan untuk meriahkan majlis korang. So tunggu apa lagi mai lah datang rasa sendiri kesedapan makanan daripada chef-chef berpengalaman ini ok. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan penghantaran hubungi :
Tel : 013-7322770 (Chef Radzi)
        017-7804846 (Pn Fatihah)
Facebook : Loghat Cuisine Restaurant
Alamat : Jalan Plumbum AA/7AA
               Seksyen 7 Shah Alam

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5








Meizu Disebalik Yang Biasa Terletak Sesuatu Yang Luar Biasa Dalam Hidup Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam dunia semua orang suka kalau dapat supprise tapi biarlah yang mengejutkan. Situasi macam bekerja di pejabat kita selalu jadi pekerja terbaik setiap bulan dan selalu mendapat target yang tinggi dalam syarikat. Tiba-tiba satu hari boss panggil kerana kejayaan dan kemajuan yang kita buat. Harapan besar berkemungkinan akan dapat ganjaran atau paling selalu orang tunggu bonuslahkan.


Bila masuk bilik boss hati makin berdebar dan boss pula layan kita sangat baik hari tu. Dalam masa perbualan boss selalu puji atas kejayaan kita. Lepas tu boss hulurkan sampul dengan penuh riak gembira dalam hati kita terima kerana tahu itu adalah hasil usaha kita yang memang sepatutnya dapat balasan. Nak sorak gembira depan boss tidaklah tapi bila dah keluar bilik boss terus jerit kegembiraan.


Cita-cita besar menggunung ni nak tengok apa ada dalam sampul mungkin check bonus atau sesuatu yang luar jangkaan. Tapi alangkah terkejutnya bila tengok hanya sekeping sijil penghargaan daripada syarikat sahaja yang diterima. Terus hati ni jadi sayu dan muram sahaja rupanya ia bukan seperti apa yang kita harapkan.


Tapi Bila tengok kat belakang sijil tadi ada tiket percutian ke Paris yang ditaja penuh oleh syarikat. Wow dunia ini bagaikan kita yang punya kegembiraan dan riak wajah tidak dapat dibendung lagi terus meloncat keseronokan. Itu adalah serba sedikit ragam manusia sebenarnya selalu menilai sesuai dengan hanya penampilan depan yang kita nampak tapi belakangnya ada sesuatu yang jauh lebih baik. Kalau korang nak tahu lanjut tentang cerita ini tonton video bawah ni sampai habis mesti korang lagi faham.


Kegembiraan ini yang cuba ditampilkan telefon pintar Meizu yang telah dijual di Malaysia bermula 21 September 2017 yang lalu. Memperkenalkan dua model telefon Meizu PRO 7 dan Meizu PRO 7 Plus yang mempunyai satu ciri baru sangat istimewa iaitu dual-screen yang pertama dipasaran. Bila tengok hadapan ia tak ubah seperti telefon pintar biasa tapi ada supprise dibelakang telefon ini skrin yang comel berfunsi sama seperti depan.


Walaupun skrin belakang kecil hanya 1.9-inci dengan resolusi 240×536 sahaja. Tetapi skrin belakang ini bukan skrin biasa tau ia adalah screen AMOLED seperti skrin depan. Jadi lepas ni kalau phone ini letak terbalik pun bila ada orang call kita boleh tengok dari belakang sahaja tak perlu alihkan phone. Juga kalau sebarang masej masuk atau ada alarm tengok dari belakang sahaja kita dah nampak cool tak.


Lagi cool phone ini korang boleh ambil gambar selfie melalui camera belakang dengan melihat skrin dibelakang tak perlu nak pusing-pusing kamera. Kamera belakang phone ini adalah 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel. Jadi kalau ambil gambar dari kedua-dua kamera memberikan hasil yang sangat memuaskan buat kaki selfie diluar sana.


Beza antara dua model ini adalah Meizu PRO 7 adalah saiz paparan skrin hadapan hanya 5.2” Super AMOLED dan 4GB RAM serta mempunyai storan 64GB bersama bateri sebesar 3000 mAh. Manakala yang Meizu PRO 7 Plus pula skrin 5.7″ Super AMOLED dan mempunyai 6GB RAM serta storan 128GB terbina yang lebih besar bersama bateri sebesar 3500 mAh.


Dari segi design dan reka bentuk baru Omni Dimensional ia sangat nampak exclusive tekstur halus seperti jed tidak seperti kita memiliki telefon pintar yang murah. Bentuk lengkung yang lebih dinamik serta mempunyai variasi warna sangat elegent iaitu warna Merah, Emas dan Hitam memberi keyakinan kepada pemiliknya.


Bagi yang dah jatuh cinta kepada phone ini sekarang ia telah ada dijual dipasaran Malaysia dan di antara pengedar sah telefon ini adalah seperti didalam senarai ini : 

1 Utama Shopping Centre - CONVERGENCE GADGET SDN BHD
FEDERAIL HIGHWAY - DIRECTD GADGET MEGASTORE
Low Yat Plaza - SNS NETWORK (M) SDN BHD
Megamall Penang - SATU GADGET DOT COM
Menara PGRM TOWER 2 - SATU GADGET DOT COM
Pertama Complex - SOHO GADGET COMMUNICATION
Solaris Dutamas - DIRECTD PUBLIKA
Sunway Pyramid Shopping Mall - I APPLE MOBILITY

 

Tunggu apa lagi boleh beli sekarang dan jadi orang pertama milik telefon pintar yang unik dengan dual-screen yang sangat cool ini. Maklumat lanjut tentang ciri-ciri menarik phone ini selain apa yang Maha cite tadi korang boleh tengok di sini https://www.meizu.com/en/pro7/summary ok.

Juga layari laman sosial Meizu :-
Facebook page:  https://goo.gl/K2HjFj
Website: https://goo.gl/f3fsaE
Instagram:  https://goo.gl/X3dBMR






5 Masakan Jepun Ini Akan Memukau Selera Makan Anda Di Dorsett Hotels & Resorts

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama tak makan masakan Jepun yang original daripada tukang masak sebenar. Kalau kat Malaysia ni tak banyak tempat ada sediakan hidangan special macam Bento, Tempuran dan Sushi.


Tapi kali ni Dorsett Hotels & Resorts mengadakan promosi Japanese Food Fiesta sepanjang bulan ini. Sekarang ni mereka akan adakan promosi di Dorsett Kuala Lumpur bermula dari 22 Sept hingga 30 Sept ini. Kali ini mereka bawakan Chef Shigeaki Ota dari Agora Hospitalites untuk menyediakan semua hidangan istimewa ini.

Chef Shigeaki Ota

Maha berkesempatan untuk menikmati sendiri semua hidangan masakan Jepun yang jarang-jarang kita dapat ni. Mula dengan Sushi Set ini mesti ramai orang suka kena memang orang Malaysia suka makan Sushi kan. Dalam set ini ada Sesame tofu, simmered shrimps with vegetables, soy-grilled Japanese Spanish Mackerel (yuan-style), 3 assorted Nigiri-sushi, 1 pickled-gourd roll, sweet pickled ginger, savoury steamed egg custard, miso soup, sorbet atau ice-cream.


Sushi Set - RM78 nett

Kalau nak cite satu-satu banyak pulak kalau nak jelaas korang leh tengok dalam gambar yang Maha sediakan ni tu hidangan satu set yang korang akan dapat bila pilih set ini. Kemudian ada pula set kegemaran Maha iaitu Tempura Set. Ni Maha suka boleh makan sampai habis sorang-sorang.


Tempura Set - RM55 nett

Ramai orang tak suka makan sayurkan dalam set ni ada sayur goreng tempura terdiri daripada keledek, terung, bawang dan kacang bendi. Kemudian ada lagi 2 assorted appetisers, savoury steamed egg custard, miso soup , steamed rice dan Yuzu ice-cream. Tengok sendiri Tempura ni sungguh menyelerakan dan rangup ok.


Kemudian set ke 3 yang disediakan pihal hotel adalah Beef Sukiyaki Set. Ini untuk yang duka makan daging dan ia sangat unik kerana dimasak dalam periuk khas bagi mengekalkan kesegaran dan kelembutan daging dalam tu.

Beef Sukiyaki Set - RM88 nett

Kalau order set ini korang akan dapat 2 assorted appetisers tuna, squid, sweet shrimps, sliced beef sirloin, Chinese cabbage, Japanese leek, tofu, shiitake mushrooms, steamed rice dan Yuzu ice-cream. Yang ni pun Maha suka sebab daging sangat lembut dan hidangan ini sedikit manis kerana mungkin sos yang mereka gunakan.


Set ke empat ini adalah Shokado Bento yang ni pun kesukaan Maha. Alamak semua Maha suka macam mana ni hehehe. Bentokan cantik hidangan yang dihidang dalam bekas kotak-kotak kecil lagi nampak menyelerakan.

Shokado Bento - RM108 nett

Dalam set ini korang boleh dapat banyak sikit iaitu Sesame tofu, boiled spinach with seasoning, Japanese-style omelette, simmered sweet potatoes, fry-simmered taro, soy-grilled Japanese Spanish Mackerel, 2 assorted fresh fishes, simmered shrimps, grilled beef with miso, Tempura, clear soup with minced fishball, steamed rice dan sorbet atau ice-cream.


Shasimi Set - RM128 nett

Last sekali dalam promosi ini adalah Shasimi Set yang korang boleh dapat antaranya 2 pilihan assorted appetisers, tuna, sea bream, squid, sweet shrimps, amberjack, scallops, salmon, savoury steamed egg custard, miso soup, steamed rice dan Yuzu ice-cream. Yang ni deko cantik macam dalam satu kapal layar menarik.


Kalau korang nak cuba boleh masih ada masa lagi untuk datang ker Dorsett Hotel Kuala Lumpur sehingga hujung bulan ni jer. Boleh nikmati untuk makan tenghari atau makan malam hanya datang ker Checkers Café tingkat 1 hotel ni. Maha dah cuba korang bila lagi sebagai pecinta makanan Jepun promosi ini mesti kena try ok. Selamat mencuba semua ok.

Promosi dan pertanyaan layari :
Dorsett Grand Subang        www.dorsetthotels.com/malaysia/subang
Dorsett Grand Labuan        www.dorsetthotels.com/malaysia/labuan
Dorsett Kuala Lumpur        www.dorsetthotels.com/malaysia/kualalumpur
Dorsett Putrajaya               www.dorsetthotels.com/malaysia/putrajaya

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3/5




Anda Lapar UberEATS Ada Untuk Menghantar Makanan Terus Ke Depan Pintu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang selalu tak akan dapat beri jawapan kepada satu soalan ni bila ditanya oleh kawan bila nak pergi makan. Mana tempat nak makan hari ni? Semua orang akan berpandangan antara satu sama lain untuk jawab soalan ini. Tambah-tambah lagi kalau makan tengahari ketika nak keluar dari office betul tak.


Tak tahu apa masalahnya semua orang tak boleh nak bagi satu jawapan yang konkrit untuk satu persoalan yang semua orang tak sama selera mereka. Ada orang waktu tu nak makan nasi campur, ada pula kawan tu nak makan makanan barat dan ada juga yang nak diet makan sayur sahaja. Jadi semua itu akan jadi halangan untuk pilih tempat makan yang terbaik bagi memuaskan hati semua orang betul kan.

Maha selalu hadapi macam tu tambah-tambah office duduk kat tengah bandar Damansara tu memang semua tempat makan jauh dan mahal. Jadi solusi yang terbaika adalah bawa bekal sendiri dari rumah tu kalau yang ada isteri boleh masak kalau bujang ni sah-sah tak ada masa nak masak.


Tapi sekarang Maha tak ada masalah lagi setelah tahu tentang UberEATS. Apa tu macam perkhidmatan e-hailling ker? Maha pun sebenarnya baru tahu yang kat Malaysia ni dah ada khidmat penghatar makanan ini oleh Uber. Sebenarnya perkhidmatan ini telah ada lebih daripada 27 buah negara seluruh dunia. Tapi kat Malaysia mereka baru sahaja lancarkan applikasi ini.

UberEATS adalah perkhidmatan menempah makanan secara dalam phone dan akan terus dihantar kepada anda dengan satu butang sahaja. Wow hebat tak ayat Maha tu wakakaka. Tapi tu yang mereka cuba bagi membantu rakyat Malaysia yang memang suka makan dan tak ada masa nak pergi makan.


Mungkin juga kerana kesesakan dan juga nak cari parking yang susah maka khidmat penghantaran makanan ini sangat membantu terutama kat KL ni. Buat masa ni khidmat UberEATS ni hanya ada sekitar pusat bandar Kuala Lumpur, Bangsar dan Damansara. Sekarnag sahaja dah ada lebih 200 buah restoran yang telah mendaftar dengan UberEATS ni tau. Mereka akan kembangkan dari masa ke semasa untuk seluruh bandar di Malaysia dan banyak lagi restoran.

Khidmat penghantaran makanan ini boleh dibuat melalui applikasi yang korang boleh muat turun di Play Store dan Apps Store. Kemudian buat pencarian restoran makanan terdekat dan akan mengambil masa 35 minit untuk penghantaran. Manakala bayaran penghantaran hanya serendah RM5.00 dan tiada pesanan minimum.


So ia sangat menjimatkan dan sangat membantu untuk kita nikmati makanan dalam waktu yang sesak terutama lunch hour. UberEATS ini juga berkerjasama dengan JAKIM untuk memastikan cara penghantaran adalah berdasarkan tetapan Halal. So apa lagi alasan korang untuk tidak makan tenghari melainkan diet atau memang tengah kering tengah bulan wakakakaka.

Kalau sapa nak jana pendapatan untuk penghantaran UberEATS ni korang boleh daftar. So ia secara tak langsung akan membantu mereka yang mencari pendapatan tambahan betul tak bagus juga ni. Jadi tunggu apa lagi support sekarang dan muat turun serta order makanan korang sekarang. Selamat menjamu selera semua.

Muaturun di sini sekarang :
Instagram : @UberEATS_MY #UberEATSKL





Masa Untuk Comotkan Tangan Dengan Hidangan Makanan Laut Best Giler Di Crab Factory

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau sebut makanan laut memang tak nafi ramai orang suka dan boleh makan berkilo-kilo. Tak kisahlah ketam ker, lala-lala ker, udang, sotong dan macam-macam lagi betul tak. Maha sendiri tak boleh nak elakkan diri bila diofer untuk makan seafood ni.



Kali ni nak bawa korang merasai bagaimana makan seafood tabur atas meja yang cukup popular sekarang ni di satu kedai yang sangat popular juga. Crab Factory kat SS2 Petaling Jaya memang lokasi tempat makan yang banyak. Situ selalu popular dengan Duriankan kali ni kita pergi makan seafood lak.

Crab Factory ini telah lama ada kat sini dan ia menjadi tumpuan orang untuk makan hidangan seafood tabur atas meja ni. Special kat sini mereka menyediakan set yang mengikut kuantiti berapa orang nak makan. Menu kat sini popular ada set Crab Lover Syok untuk 2 hingga 3 orang makan, kemudian Crab Lover Party boleh makan untuk 4 hingga 5 orang dan paling heaven adalah Crab Lover Giler yang boleh makan untuk 7 ke 9 orang.


Waktu Maha datang tu kami dihidangkan dengan set Crab Lover Giler yang memang-memang gila banyak sangat seafood. Istimewa untuk set ini sahaja boleh pilih 2 sos berasingan dalam satu set iaitu dipanggil set Geng Giler #1 dan set Geng Giler #2 .


Crab Lover Giler - Geng Giler #1 dengan Sos Signature Southern Bang add Topping Cheesey

Ok Maha cite apa seafood yang ada dalam dua set ini iaitu yang #1 ada 2 Meat Crab XL, King Whit Prawn, Squid Mussels, Hamaguri Clams, Corn dan Broccoli. Manakala set #2 pula ada 2 Meat Crab XL, Mini Lobster, Freshwater Prawn, Jumbo Sweet Prawn dan Corn. Set tambahan lain korang dapat juga adalah Fried Chicken Wing, Fried Mantao, Fried Squid Tentacles dan Shallot Rice.


Crab Lover Giler - Geng Giler #2 dengan Sos Salted Egg

Banyak gila kot dalam set ni memang puas makan Maha makan dengan kawan-kawan semua kekenyangan. Sos yang mereka beri pula untuk set #1 adalah Signature Southern Bang yang pedas ada Cheesy Topping atasnya dan set #2 pula Salted Egg yang memang tak pedas langsung.


Kerana kepedasan yang ada pada hidangan tu makan cheese yang dituang kat atas set ini dapat memberikan kita rasa yang lebih seimbang dan kelemakan sewaktu makan. Memang best tak terkata masa kami makan tu puas hati dengan seafood semua penuh dengan isi terutama ketam kalau ketuk dengan tukul tu pecah jer kulit penuh dengan isi tak rugi makan.

Shell On dengan Sos Garlic Butter

Korang juga boleh pilih hidangan Ala Carte yang kita ikut timbang. Hari tu kami tambah set Shell On bersama dengan kuah Garlic Butter jadi untuk tak pedas. Satu lagi set Ala Carte kami ambil Freshwater Prawn dengan sos Jamba Jamba dan Cheesey Topping atasnya. Yang ini memang sangat pedas gila tak sesuai untuk kanak-kanak orang dewasa pun ada yang tak tahan pedasnya.


Freshwater Prawn dengan Sos Jamba Jamba add Topping Cheesey

Memang gila bola korang datang makan sini dan pilihan pun sangat banyak macam-macam seafood ada nak tambah pun boleh. Macam sayur dalam seafood ni korang boleh pilih nak mana antara ada Brocolli, Corn, Button Mushroom, King Mushroom, Enoki Mushroom, Potatoes dan Chicken Sausages.

Fried Squid Tentacles

Fried Chicken Wing

Fried Mantao dan Shallot Rice
Tapi awas buat yang ada Gout atau penyakit alahan kepada seafood jangan sekali-kali berani cuba semua risiko atas tanggungan sendiri ok sebab makanan sini semua segar-segar. Dapat rasa kemanisan makanan laut tu walaupun dimasak dengan sos yang pelbagai rasa. Lepas tu minuman kat sini tak banyak pilhan yang ada cuma Ribena Soda, Orange Mojito, Honey Lemon, Ice Lemon Tea dan soft drink.




Maha nak bagi tips bagaimana nak makan seafood ni bagi habis tanpa buat korang kenyang awal. Pastikan korang makan seafood tanpa makan dengan nasi yang disediakan. Kalau pedas pun jangan sekali-kali selang dengan minum air nanti korang cepat kenyang. Bukan apa rugilah tak habis lak seafood tu betul tak.



So macam mana Maha punya recommendation Crab Factory SS2 ni rasa nak cuba tak. Memang berbaloi dengan harga dan juga jumlah makanan yang mereka hidangakan. Sekali sekala nak cuba apa salahnya belanja family lebih sikit. Tapi ingat makan kat sini tak ada sudu atau garfu yang ada alat pemecah ketam sahaja bersama apron plastic untuk elak dari baju kotor yang lain semua guna tangan baru feel kan. Selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Setengah Juta Pengunjung Sepanjang 4 Hari Program HPPNK 2017 Di MAEPS Serdang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih tengah hangat lagi orang ramai duk perkatakan tentang satu acara terbesar tahun ini iaitu sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017. Sekarang ni pun HPPNK 2017 masih tengah belangsung dengan rancak di lokasi strategik iaitu MAEPS Serdang.


Kementerian mensasarkan untuk program kali ini adalah mendapat hampir setengah juta pengunjung sepanjang 4 hari berlangsungnya acara ini. Jadi hari ni adalah hari ketiga korang masih sempat datang hari ni dan esok iaitu hari terakhir 1 Oktober 2017 sebelum ia ditutup secara rasmi.



Maha tahu orang ramai suka datang ke acara macam ini kerana pelbagai daya tarikan dan juga keunikan setiap tahun yang ditampilkan. Begitu juga HPPNK 2017 kali ini mengetengahkan konsep Menerokai Dunia Makanan dari Ladang & Lautan Ke Meja Hidangan. Kena pula dengan tema mereka iaitu Makanan Kita, Masa Depan Kita.


Sebab tu tahun ini banyak penekanan kepada kulinari dan juga produk makanan. Ia demi menghargai mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan di semua peringkat iaitu dari petani, penternak dan nelayan kepada mereka yang memproses, memasak dan menhidangkan makanan.


Jadi kena dengan Maha yang suka makan terus niat sini datang untuk cari makan. Sebab tu mula-mula kena datang ker Empayar Makanan di Dewan D. Maha pergi situ hari semalam dan memang banyak sangat pilihan makanan dari gerai-gerai dan food truck yang menjual pelbagai juadah sari seluruh negara.




Sambil bebaris orang untuk memastikan dapat makan macam-macam makanan yang unik dan eksotik. Contoh macam Udang Sanggul ni memang payah nak dapat tempat lain sini ada banyak boleh makan sampai kenyang. Pastu ada pula Jus Pegaga original ni memang terbaik lah Maha rasa pun pure dari daun Pegaga.




Selain tu juga boleh lah pilih makanan lain seperti Nasi Briyani yang popular dari negeri Johor, Mee Kolok dari Sarawak, ABC Special dan macam-macam lagi. Tak dapat makan semua sebab banyak sangat kenyang pastu nak jalan lagi banyak tempat nak pergi.



Inovasi Makanan Satay Tuna 


Kalau korang masuk dalam Dewan A mereka pula kat situ ada pelbagai lagi pemeran dan jualan produk makanan dan juga inovasi terhadap makana. Paling Maha suka adalah pergi ker Jabatan Perikanan kerana mereka memperkanalkan kepada kita Satay Tuna. Kat KL ni jarang ada tapi ia datang dari Labuan Sabah dan memang produk tempatan. Rasa satay ni sangat sedap kadang-kadang kita rasa seperti rasa daging ayam.

 





Kemudian mereka hasilkan juga Serunding Ikan Tuna yang boleh kita makan bergitu sahaja tau juga buat inti kuih betul tak. Pastu pergi pula satu sudut yang ada demonstrasi masakan daripada chef profesional yang menyediakan Kuro Prawns. Apa tu mesti koran tanya ia adalah udang yang disalut dengan Charcoal Bamboo dan inovasi masakan ini telah menang peringkat antarabangsa hebat tak.



Korang datang boleh test makanan kat sini jangan risau mereka kan bagi testing. Tapi kalau minat nak beli boleh juga ada promosi harga murah. Lepas boleh beli sekali Fish Churros yang pertama seumpanya di Malaysia.



Yang ni wajib korang kena singgah iaitu cuba Jus Bob Nanas yang original. Booth ni ada kat Negeri Sembilan ni menyediakan korang jus buah Nanas dan juga produk nanas. Jumpa dengan Abang Man atau Abang Bob ok mereka sangat mesra.




Jalan lagi dalam tu pergi ker bahagian makanan untuk kesihatan dan wellness daripada hasil kajian MARDI. Kat sini lah korang boleh rasa Madu Kelulut dalam bentuk pearl boleh letak dalam minuman. Satu inovasi baru tu bagi mengantikan pearl yang boleh baut kanak-kanak tercekik tu tapi yang ni boleh cair dalam mulut dan ia sihat tiadak bahan pengawet.



Jalan lagi pergi bahagian Agrobazaar pulak kat sini ada mempromosikan 7000 produk dari lebih 3000 usahawan yang terlibat. Memfokuskan kepada online shopping mereka ada lawan web untuk membeli semua barang-barang ini iaitu www.agrobazaar.com.my. Masa Maha datang mereka tengah mempromosikan penggunaan imbasan cod bar bagi membeli dan mendapatkan info barang-barang yang kita nak.





Kat sini juga mereka ada jual produk segar seperti buah-buahan dan juga perikanan. Semua boleh beli online tapi kat pameran tu korang boleh beli dengan harga promosi sangat murah.







Kemudian Maha masuk pula bahagian paling disukai kaum wanita terutama ibu-ibu iaitu bunga-bungaan. Kawasan ada banyak Bunga Orkid yang dipamerkan dalam dewan. Mesti teruja bukan nak tahu macam mana mereka kacukkan bunga-bunga ni boleh bertanya di sana. Bawah ni pula Maha masuk kat LiveStock Malaysia dewan lain yang menyediakan produk hasil kajian dan penyelidikan untuk menjadi satu bahan baru dari sumber alam oleh badan koporate dan kerajaan.





Keistimewaan Ayam Ketawa


Dah jenuh jalan dalam dewan kemudian Maha keluar pula untuk tengok pameran yang ada kat kawasan parking dewan tu. Kat situ pula ada Petting Zoo yang mempamerkan haiwan yang pelik-pelik seperti ayam besar ni juga arnab dan juga itik angsa. Pengunjung boleh masuk yer petting zoo ini dan ambil gambar dengan haiwan. Kemudian pula pergi ke bahagian haiwan ternakan seperti ayam dan kat situlah jumpa dengan Ayam Ketawa. Kalau korang tak percaya korang kena buat lawak nanti ayam tu akan ketawa dan rakam sangat unik.





Banyak lagi haiwan kat situ boleh pergi ada bahagian untuk rawatan vaterina memberi pengetahuan tentang kesihatan haiwan dan macam-macam lah. Lepas pertgi bahagian haiwan kat luar tu ada juga jualan pokok buah-buahan dan bunga-bungaan. Kat situ nak nak cari pelbagai jenis pokok buah hybrid memang ada. Pokok hybrid ni alah istilah untuk pokok yang renek tapi cepat berbuah tak perlu tunggu lama dan tidak tinggi boleh tanam dalam pasu.





Sebelah kawasan jualan pokok tu ada pula bahagian KenDurian atau dewan buah-buahan. Yang kat sini paling dinanti-nantikan Maha sebab dapat makan raja buah Durian. Kat sini ada Durian Musang King yang dijual dengan harga RM119 sekilo ok. Lepas tu ada macam-macam lagi buah lain seperti RockMellon, Kelapa Muda, Pisang dan macam-macam.





Korang boleh berkelah makan kat dalam dewan tu dengan pergi pilih buah, bayar dan nikmati terus kat situ dengan tenang. Paling menarik mereka hasilkan smoothie buah-buahan seperti campuran buah Tembikai Susu dan buah Manga serta campuran buah Tembikai Merah dengan Buah Naga ni. Sangat sedap dan segar ok habis tak minum satu baket tu kena makan ramai-ramailah baru meriah.



Tak semua tempat Maha sempat pergi sebab masa tak mengizinkan masih banyak lagi segment lain tak sempat nak tengok. Kalau korang ada masa datang 2 hari baru habis jalan kat sini baru puas. Bukan setakat puas makan juga puas beli barang memang mereka jual dengan harga promosi kat sini.



Betul tak kat HPPNK 2017 ini memang penuh dengan makanan sahaja dan tak akan rasa lapar. Tapi pesanan Maha nak datang sini bawa lah troli sendiri senang nak angkut barang penat nak jinjing nanti sampai ke kereta. Cuma kalau datang hari minggu Sabtu dan Ahad ni mungkin agak bertambah pengunjung maklumlah orang cuti.


Pada yang datang dengan kenderaan sendiri jangan risau ada lebih daripada 5,000 parking tersedia kat MAEPS tu. Kalau datang naik public transport pula ada Shuttle Bas dari KTM Serdang dan juga Putrajaya Sentral setiap 30 minit. Nak senang lagi naik Grab jer ada promosi gunakan sahaja kod MFF17. Tunggu apa lagi mai ramai-ramai ker HPPNK 2017 meraikan kejayaan dan produk makanan tempatan kita. Selamat berjalan semua.

Infomasi lanjut layari :
Hashtag : #HPPNK2017 #MFF2017 #MOA #OurFoodOurFuture #MelepasKalauTerlepas






6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat Bersama IJN Dan Philips Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sudah masuk tahun ketiga berturut-turut, Institut Jantung Negara (IJN) dan Philips Malaysia bekerjasama dalam program pendidikan masyarakat FATCHECK for a Healthy Heart – dengan pelancaran kempen ‘6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’. Kempen yang diadakan sebagai menyokong sambutan Hari Jantung Sedunia oleh Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) pada 29 September bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penyakit kardiovaskular.


Gaya hidup yang tidak sihat adalah punca utama serangan jantung dan strok, justeru berhenti merokok, makan secara sihat dan menjadi aktif secara fizikal adalah penting bagi membantu hidup lebih lama, dan dalam cara lebih mesra jantung. Menurut Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung kekal punca kematian nombor satu di seluruh dunia.


Kira-kira 17.7 juta kematian pada tahun 2015, mewakili 31% kematian di seluruh dunia. Begitu juga di Malaysia penyakit sistem peredaran darah ini menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia, merangkumi 27.7% daripada kesemua kematian di hospital swasta dan 22.77% daripada kesemua kematian di hospital kerajaan pada tahun 2015.

Sejajar itu, kempen ‘6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’ telah menerbitkan video advokasi dan akan menyiarkan satu siri paparan berunsur pendidikan di media sosial untuk terus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kardiovaskular dan impaknya terhadap warga Malaysia. Video pendidikan itu menunjukkan enam cara pengubah hidup untuk mengamalkan gaya hidup mesra-jantung yang mencerminkan amalan berisiko yang telah dikenalpasti oleh WHO. Ini termasuk:

1.    Mempunyai gaya hidup yang aktif dari segi fizikal
2.    Tidak merokok
3.    Menangani tahap tekanan dalam hidup
4.    Mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan kadar tetap
5.    Makan diet yang sihat
6.   Mengamalkan cara memasak rendah-lemak yang mesra-jantung, dengan menggunakan kaedah airfry semasa menggoreng

Menurut Mary Easaw, Ketua Pakar Pemakanan di IJN, kunci bagi pemakanan mesra-jantung adalah diet yang seimbang secara sederhana, dan mempunyai kepelbagaian. Diet tinggi-lemak paling memudaratkan kerana ia akan mengakibatkan berat badan berlebihan, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi – kesemuanya penyumbang kepada serangan jantung.


Sebagai sebahagian kempen, IJN dan Philips Malaysia juga akan melancarkan satu siri video memasak memaparkan resipi direka oleh pasukan pakar pemakanan IJN bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai cara menyediakan hidangan mesra-jantung tanpa menjejaskan rasanya.


Bermula pada tahun 2015, inisiatif pertama FATCHECK memaparkan kakitangan IJN yang menggalakkan masakan rendah-lemak dan mesra-jantung dengan resipi yang dikumpulkan dalam buku resipi bertajuk, “Heart-y Meals: Smart Guide To Guilt-Free Cooking”.


Pada tahun 2016, program ini menunjukkan betapa mudahnya menyepadukan masakan yang rendah-lemak dan mesra-jantung ke dalam gaya hidup keluarga yang sihat menerusi satu pertandingan memasak mesra-jantung yang terbuka kepada orang ramai. Tahun ini, program FATCHECK for a Healthy Heart mendorong rakyat Malaysia supaya bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri dengan enam cara holistik ke arah gaya hidup yang mesra-jantung.

Untuk maklumat lanjut mengenai program layari
Laman web : www.fatcheck.my
Facebook : www.facebook.com/MyFatCheck






Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017 Kembali Lagi Buat Pecinta Makanan Tempatan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekali lagi tahun ini Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2017 (KLFFH 2017) merupakan program anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia W.P Kuala Lumpur/Putrajaya (PKPKM WP KL/Putrajaya) dan Biro Pelancongan Kuala Lumpur diadakan. Sebenarnya acara ini bagi menyokong kempen citarasa dan 'Fabulous Food 1Malaysia' yang dilancarkan semenjak tahun 2009 lagi.


Tujuan sebenar acara ini dilaksanakan untuk mempromosi dan mempergiat industri pelancongan melalui 'Food Tourism' khususnya disekitar Kuala Lumpur; membangunkan industri kecil-kecilan dalam sektor makanan termasuk gerai, warung, restoran dan food truck. Juga untuk memperkenal dan memupuk minat masyarakat dan pelancong mengenai keunikan makanan-makanan tempatan. Acara ini juga diadakan bagi mempromosikan #sayangmalaysia dan #visitkl bagi menarik lebih ramai pelancong ke Ibu Negara Kuala Lumpur.

Acara yang telah masuk tahun ke-6 penganjuran ini akan menyaksikan penyertaan seramai 1120 peserta mewakili 280 pasukan yang akan berlumba di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter, monorel dan MRT. Mereka mestilah melengkapkan tugasan di semua 10 hentian atau 'check points' dan mendapatkan cop selesai sebelum menamatkan cabaran. Antara cabaran yang perlu di lakukan termasuk makan makanan popular yang disediakan, menjawab soalan berkaitan pelancongan di Malaysia dan Kuala Lumpur selain mencari klu lokasi restoran dan gerai yang terpilih dalam waktu yang terpantas.


KLFFH pada kali ini akan mengetengahkan dan mempromosikan makanan-makanan 'signature' dan popular di sekitar Kuala Lumpur mencakupi makanan tempatan yang mewakili pelbagai bangsa dan juga makanan antarabangsa. Antara makanan yang dipilih termasuk Nasi Campur, Mi Sup (Chinese style), Roti Canai istimewa, Nasi Arab, Pecel Lele dan macam-macam lagi. Selain dapat menikmati makanan yang disediakan, peserta juga berpeluang menjelajah ke seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan mengenali lokasi-lokasi gerai dan restoran yang baru. Kebanyakan peserta turut berkunjung ke lokasi-lokasi yang diperkenalkan selepas acara ini tamat terutama pada hujung minggu, hari cuti am mahupun hari-hari bekerja.

Tahun ini hadiah yang ditawarkan juga hebat dimana para peserta boleh menang wang tunai dan cabutan bertuah. Sebanyak 45 pasukan terawal sampai untuk kategori terbuka, tertutup dan expat/pelancong akan membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah sehingga RM 22,900. Sebanyak 100 hadiah cabutan bertuah juga bakal dimenangi peserta termasuk tiket penerbangan, gajet terkini, barangan elektrik, barangan outdoor, voucher makanan, voucher hotel dan lain-lain lagi. 


Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar juga berharap kerjasama strategik dengan semua pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL Fun Expats (KLFE), IPTA/IPTS, Syarikat-syarikat swasta, NGOs, penaja-penaja, restoran-restoran dan pihak media dapat dijalin dan diteruskan pada masa hadapan. Ini mampu memberikan impak yang lebih holistik dan efektif dalam membangunkan industri pelancongan dan kebudayaan negara seiring dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS).








3 Perkakasan Dapur Ini Dapat Membantu Suri Rumah Memudahkan Kerja Memasak

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni semua orang nak mudah dan nak cepat pulak tu nak pantas. Memasak pun dah jadi makin senang dan makin lebih menjimatkan masa. Kalau korang sendiri masak kat rumah kalau boleh barang-barang tu semua dah ada dan senang nak guna betul tak.


Maha sendiri pun kalau masak mesti nak lengkap semua peralatan kena ada baru nak buat kerja tu cepat dan masak lagi mudah. Maha nak bantu ibu-ibu untuk mendapatkan beberapa perkakasan dapur yang wajib ada kat rumah. Kalau tak ada peralatan ni rugi dan buat kerja memasak lebih susah.

1) Quirky Ventu (Colander + Serving Bowl)
Ventu adalah mangkuk pelbagai guna yang membolehkan ibu-ibu membuat persiapan dan menyimpan dalam satu perkakasan elegan. Gunakannya sebagai penapis untuk mengeluarkan air yang berlebihan daripada pasta, sayur salad, buah dan banyak lagi. Nak guna untuk letak barang pula boleh tutup bahagian bawah mangkuk ni jadi ia terus boleh jadi bekas yang besar dan banyak boleh isi. 


2) Quirky Pluck (Egg Separator)
Perkakasan  untuk mengasingkan kuning telur dari putih telur dengan cara paling cermat dan terbaik. Sangat membantu kepada emak-emak yang nak buat pastry atau kek dirumah. Lepas ni tak comot lah dapur kalau guna peralatan ni Maha dah ada korang tak nak beli ker.


3) Quirky Decorative Muffin Toppers
Yang ini ramai ibu-ibu suka nak beli sebab senang nak membuat muffin kat rumah. Diperbuat daripada silikon yang mudah untuk diurus dan dibentuk. Bila masuk adunan tepung tu dan akan mengembang bentuk bawah dan atas tu akan bentuk mengikut penutup yang ada lebih cantik. Boleh dapat dalam satu set 6 dimensi pula 2 "panjang x 3.5" lebar x 3.5 "kedalaman.


Mana nak beli semua peralatan ini sekarang ni dah mudah sebab boleh beli online di https://dhause.com. Tambah pula sekarang promosi MyCybersale untuk semua produk jualan di dhause diskaun sehingga 90%. Setiap tahun datangnya promosi hebat ni dan pasti korang tak akan lepaskan pembelian hebat inikan.


Satu lagi laman web yang juga turut terlibat dengan promosi MyCybersale ini adalah http://www.myloveearth.com. Satu laman yang menjual produk semulajadi dan bahan organic yang terbaik dari ladang. Korang boleh jumpa macam-macam seperti kekacang, biji, kismis, bumbu kering, rempah dan bahan mentah. Promosi mereka sempena dengan MyCyberSale adalah beli 1 percuma 1 untuk produk terpilih.


Harga lagi hebat sempena dengan promosi MyCybersale yang akan berlangsung bermula hari ni 9 Oktober hingga 13 Oktober 2017. Tak sabar nk beli semua item yang ada dalam dua laman web tu Maha dah dapat ibu-ibu bila lagi hehehe Nanti mereka akan umumkan sebarang promosi hebat. Nak tahu lebih lanjut layari https://mycybersale.mdec.com.my sekarang. Selamat membeli-belah semua.







Menerokai Keunikkan Selangor Dan Perak Melalui Fun Drive To Ipoh 2017

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang kalau nak pergi Ipoh selalu guna jalan higwaykan lagi senang dan cepat. Tapi sebenarnya ada laluan kampung yang banyak sangat keunikkan sepanjang perjalanan tu. Banyak tempat boleh singgah dan juga lokasi sejarah yang ada.


Maha dan kawan blogger diberi peluang  pada 30 September 2017 untuk menyertai Fun Drive To Ipoh anjuran Persatuan Pelancongan Selangor dan Persatuan Pelancongan Negeri Perak bersama Tourism Perak. Kali ini kena menggunakan jalan kampung bermula dari bandar Klang melalui Kuala Selangor. Bukan setakat jalan kami diberikan beberapa soalan dan tugasan harus dilaksana sepanjang perjalanan ini.



Pagi tu kami bertolak dari Bandar Klang pukul 9.00 pagi untuk ker check point pertama Iaitu C.A.M milik Sendok Group. Kat sini adalah tempat pembekal kenderaan komersial yang pelbagai jenis dariapda lori, van dan caravan. Kat situ ada task pertama kena jawab soalan dan selfie dengan salah satu kenderaan dan upload kat Facebook.



Mudah jer kat situ lepas tu kami begerak terus ke Kuala Selangor dengan melalui beberapa kawasan yang menarik untuk pelancongan. Kuala Selangor ni cukup popular dengan Klip-klip Kampung Kuatan, Kuala Selangor Nature Park, Bukit Melawati dan paling ramai pelancong dalam dan luar negara suka datang adalah melihat keunikan Sky Mirror.


Ni paling best sebab orang suka datang tengok air laut yang surut ditengah pasir dan menjadi seperti cermin yang membiaskan bayangan objek ada di atasnya. Tapi tak setiap masa hanya ada waktu tertentu sahaja yang boleh menikmati Sky Mirror ini. Kalau datang sini nak menginap boleh pilih De Palma Eco Resort yang berada dekat bandar ini. Tapi itu bukan penginapan kami sebab perjalanan kami masih jauh untuk ke Ipoh.


Lepas tu kami teruskan lagi perjalanan menggunakan jalan lama iaitu Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan. Jalan ni ok cuma ada kawasan masih dalam pembesaran jalan menjadi 4 lorong bagi memudahkan orang ramai selesa menggunakan jalan ini. Kami terus ke daerah seterusnya iaitu Sabak Bernam tu lah kampung belah ayah Maha.


Perjalan jauh lagi kami gerak sampai ker Teluk Intan atau dulu-dulu dikenali sebagai Teluk Anson. Sebab lalu jalan lama ni kami tahu serba sedikit tentang sejarah bandar-bandar yang ada kat sini. Kami terus perjalanan melalui Kampung Gajah yang ada Komplek Sejarah Pasir Salak walaupun tak singgah kat situ.


Laluan akhir kami adalah area Tanjung Tualang iaitu kawasan peninggalan sejarah paling berharga negara yang tiada tempat lain. Kat sini adalah satu-satunya Kapal Korek Biji Timah yang yang masih ada di dunia ini. Ia tidak lagi berfungsi dan menjadi tarikan sejarah. Sungguh besar kapal korek ni terpegung tengok but buat masa ini tak boleh masuk kerana tengah dalam proses pemulihan.



Di situ adalah check point akhir untuk kembara kami daripada Klang nak ke Ipoh. Kat situ kami kena submit semua jawapan kepada soalan yang kami kena jawab sepanjang perjalanan tadi. Kat situ juga kami makan tenghari dan dengar taklimat untuk seterusnya. 



Lepas sahaja habis semua tu kami terus dibawa ker satu lokasi sejarah yang cukup popular kat Perak iaitu Kelly Castle. Bangunan penuh dengan reka bentuk dan sejarah tersendiri walaupun tak lama tapi banyak yang istimewa bila panjant banggunan ini. Nak masuk RM5 untuk warga negara dan korang boleh bergambar cantik-cantik kat atas ni.



Dah penat berjalan satu hari petang tu kami teruskan perjalanan untuk check ini ker hotel yang menaja penginapan kami iaitu M Motel @ Meru. Walaupun tak dapat duduk kat Ipoh tapi duduk sini pun dan selesa. Tu nanti Maha akan cerita kat posting khas pasal hotel ini ada keitimewaannya tau.


Tak habis lagi kat situ malam tu kami diberi peluang untuk rehatkan badan dan santai di Lost World Of Tambun. Acara akhir Fun Drive To Ipoh kami berakhir di situ dengan acara makan malam dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang. Walaupun Maha dan blogger Rawlins tak menang tapi kami puas sebab dapat kenali tempat menarik. Malam tu kami diberi peluang untuk mandi Hot Spring yang ditaja oleh LWOT. Bestnya bila dah dapat mandi air panas confirm tidur lena.





Lepas ni kalau korang rasa nak pergi utara dari KL ikut jalan lama pun bagus juga dan selesa. Banyak tempat menarik dan sejarah ada untuk kita kenali sepanjang perjalanan. Asyik guna jalan higway sekali sekala jalan kampung menarik. Next time kalau ada trip macam ni boleh join lagi. Terima kasih kepada Persatuan Pelancongan Selangor dan Persatuan Pelancongan Negeri Perak bersama Tourism Perak atas penganjuran program yang bermakna ini.



 



M Motel Bajet Hotel Area Meru Ipoh Yang Selesa Untuk Bermalam Dan Beristirahat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Posting lepas Maha cite pasal Fun Drive To Ipoh dan ada satu hotel yang taja penginapan satu malam kami kat sana. Kami bersyukur kerana dapat juga bermalam kat sana setelah penat seharian perjalanan drive kereta.


Hotel ini namanya adalah M Motel @ Meru ia agak jauh sikit daripada bandar Ipoh. Kalau korang datang naik Plus Higway korang kena keluar ikut Tol Ipoh Utara atau Jelapang memang sangat dekat. Kawasan ni orang kenal sebagai Amanjaya dan memang banyak bangunan kerajaan dekat-dekat dengan hotel ni.

Kalau duduk hotel ni korang nak ker bandar jalan kaki tak jauh pun boleh pergi Mydin Mall Meru Raya. Kalau kakitangan kerajaan hotel ni dikelilingi oleh pejabat kerajaan yang ada area hotel ni iaitu Jabatan Audit Negara Negeri Perak betul-betul depan hotel ni. Lepas tu dekat juga dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Komplek Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Perak.


Jadi memang kalau orang ada meeting atau tujuan berkaitan kerajaan boleh lah menginap kat hotel ni memang sangat dekat. Sebenarnya paling best hotel ni sangat dekat dengan MAPS atau Movie Animation Park Studios yang baru di buka di Perak. Hanya ambil masa 5 minit sahaja perjalanan dari hotel ker sana kalau jalan kaki 10 minit.


Jadi kalau family yang datang jauh nak duduk hotel bajet dapat rehat waktu malam jer ini adalah pilihan terbaik. Hotel ni sangat baru sebab masa Maha masuk tu cat dinding masih cantik dengan tema putih dan merah jambu. Depan hotel ni ada kolam air pancut dan juga kawasan untuk receptionist tu agak sempit sikit tak boleh masuk ramai jadi yang lain kena tunggu luar biar seorang jer yang uruskan. 



Hotel ni adalah deretan kedai dua tingkat jadi tak ada lif dan naik tangga jer. Kawasan nampak macam sempit tapi selesa sebab bersih. Harga bilik kat sini serendah RM39 satu malam hingga paling mahal RM99 sahaja. Jadi sangat sesuai untuk family bajet nak datang kat Ipoh.



Nampak jer bajet tapi semua bilik ada penyaman udara tak perlu risau kemudian ada peti ais mini, tv, pemanas air, seterika dan papan, cerek dengan kemudahan minuman teh serta kopi. Katil kat sini saiz single tapi begar sagat selesa dan lembut nak tidur. Nenyak juga lah Maha dan Rawlins tidur malam tu tak sedar dah pagi hehehe.

Sapa nak booking tido hotel ni boleh contact mereka seperti di bawah ok.
Tel : 05-5250508
        013-4143488
Email : mmotelmeru.sales@gmail.com

*Gambar sumbangan rakan blogger satu bilik masa tu Rawlins thank you.





Mengenali Ciri-ciri Coklat Kelas Dunia Dengan Whittaker's Dari New Zealand

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha dan jutaan lagi rakyat Malaysia memang suka akan coklat dan menjadi gila bila dapat makan coklat betul tak. Paling nampak bila dapat makan coklat orang akan jadi lebih tenang dan lebih rasa bahagia.


Sebab tu orang jadikan coklat sebagai hadiah kepada kekasih atau juga orang yang mereka sayang untuk tanda kebahagiaan. Tapi tahukan kita bagaimana nak kenali coklat itu adalah berataraf dunia atau betul-betul memberi keenakan rasa coklat sejati kepada kita. Bagaimana nak kenali coklat itu best atau banyak bahan campuran lain.


Contoh paling ketara adalah apabila kita beli satu coklat kita buka dan pegang dengan tangan kita coklat tu mula mencair. Kemudian kita masuk coklat dalam mulut ia hancur dan cair dengan sekata itu maksudnya coklat ini mengandungi koko yang tinggi dan sedap. Sebab tu coklat kalau kita letak pada suhu bilik ia akan sedikit cair dan bila buka ia akan melekat kerana banyak kandungan kokonya.


Baru-baru ni Maha dapat jemputan oleh jenama coklat terkemuka dunia iaitu Whitttaker's untuk menikmati dan merasai bagaimana yang dikatakan coklat bertarf dunia. Maha ni dah lah memang gila coklat bila dapat makan coklat macam ni memang tak lepas peluang lah. Maha pernah rasa coklat ni dan pernah tulis pasalnya kat artikel Menikmati Coklat Whittaker's Dari New Zealandtahun lepas kot.

Mr Matt Whittaker Ketua Pemasaran Antarabangsa Whittaker

Sikit pasal coklat Whittaker's ini ia adalah coklat dibuat dan kilangkan di Porirua, New Zealand dan merupakan satu-satunya pengeluar coklat utama di New Zealand yang telah beroperasi selama 120 tahun oleh tok nek moyang mereka lagi. Setiap langkah dalam proses membuat coklat, dari menerima biji koko dalam bentuk mentah kepada produk yang dibungkus terakhir, dilakukan di kilang Whittaker.

 

Sebab tu pengeluar coklat ini mendapat pengiktirafan jenama coklat paling dipercayai selama 6 tahun di sana. Jangan risau sebab semua coklat keluaran mereka mendapat pengitirafan halal daripada FIANZ iaitu badan halal luar negara yang diiktiraf olah JAKIM sendiri tak perlu risau. Produk yang paling orang Malaysia suka adalah Almond Gold paling laris.



Masa hari tu Maha baru dapat tahu bagaimana nak kenal coklat itu berkualiti atau tidak iaitu melalui kuiz yang mereka jalankan. Kami semua yang datang masa tu kena jawab beberapa soalan berkaitan produk ini dan dari situ dapat tahu kandungan sebenar koko dalam setiap coklat yang dikeluarkan. Kalau kat bungkusan pun boleh tengok ada contoh Whittaker's Peppermint  mempunyai 50% kandungan koko setiap bungkusan 50gram.

Chef Faizah dan pembantu

Kemudian kami di ajar bagaimana menjadikan coklat ini bukan sahaja bahan makanan tapi jadi bahan hiasan kepada makan terutama kek dan cupcake. Hari tu kami di ajar oleh Chef Faizah buat coklat ganache untuk hiasan atas cupcake nak nampak lagi sedap dan berkilat-kilat. Kita gunakan coklat Whittaker's kerana kandungan koko sangat tinggi dan mudah untuk dicairkan.

 


Ia satu pengalaman kepada Maha sendiri bagimana nak tahu coklat tu bagus atau tidak. Tapi sayang tak pandai nak deko atas cupcake jadi macam tu hehehe. Tak apa lepas ni kita boleh buat lagi mudah jer hanya ambil coklat Whittaker's yang kosong kemudian pecah kecil-kecil dan tuangkan butter yang telah dicairkan dalamnya gaul sampai berkilat siap boleh hias.


 

Kalau korang rasa nak dapatkan coklat Whittaker's ini ia ada jual kat banyak pasaraya sekarang ni seperti AEON, Jaya Grocer dan yang terbaru mereka adakan kerjasama dengan BEN Independent Grocer di Ikano Power Centre untuk memberikan tablet coklat mini Whittaker percuma dengan setiap pembelian minuman kopi. Promosi berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober sahaja cepat datang boleh dapat coklat free.







Tak Pandai Masak Nasi Briyani Boleh Cuba Produk Baru Ayamas Ready-To-Eat Ni

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha akui memang tak pandai nak masak Nasi Briyani tambah-tambah yang Johor atau yang Bukhara ini. Dia orang kata banyak sangat petua dan kaedah nak kena ikut kalau salah dah tak jadi pulak tu tak sedap.


Rugi masa dan rugi bahan sahaja tapi sekarang Maha dah temui satu cara paling cepat mudah dan pasti sedap untuk sediakan Nasi Briyani Bukhara Ayam. Hanya beli sahaja produk sedai dimakan yang dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen. Sebelum ni mereka ada keluarkan produk Pes dan Sos Segeratapi kali ni pulak produk ready-to-eat lagi cepat.


Malah bukan sahaja nasi briyani sahaja tau mereka ada 2 lagi produk makanan yang sedia untuk dimakan lain iaitu Nasi Pilaf Ayam Mentega serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang iaitu Nasi Kandar Ayam Masala. Kalau nak makan nasi kandar ni mana nak pergi Penang jauh tu sekarang dah ada kat dapur anda jer.


Jadi sekarang ia sangat membantu dan memudahkan kerja memasak ibu-ibu didapur hanya perlu panaskan sahaja produk ni dalam microwave selamat 4 - 5 minit kemudian keluarkan dah boleh makan. Kalau tak ada microwave boleh panaskan dalam periuk kukus sahaja terus boleh makan.


Antara 3 ni Maha paling suka ada Nasi Briyani Bukhara Ayam ni lah sebab mereka menggunakan beras basmati original dan juga ada kuah ayam dan juga Arca Buah yang sangat sedap dah rasa sendiri. Ramai orang kata bila makan ni memang rasa original macam jual kat kedai sangat sedap.


Ketiga-tiga produk ni dah ada kat semua kedai Ayamas seluruh Malaysia dan boleh beli dengan harga RM7.90 untuk Nasi Kandar. Manakala untuk Nasi Briyani dan juga Nasi Pilaftu harga RM8.50 sepaket. Jadi sangat berbaloi dan murah tak perlu penat-penat beratur beli jer yang siap untuk makan ni.


Nasi Pilaf Ayam Mentega RM8.50

Nasi Briyani Bukhara Ayam RM8.50

Nasi Kandar Ayam Masalah RM7.90

Kalau tak tahu kat mana kedai Ayamas berhampiran korang boleh layari www.kedaiayamas.my atau ker Facebook Kedai Ayamas - Ayamas Roasters. Memang produk ni tak jual kat pasaraya atau kedai lain hanya kat Ayamas jer. Maha dah ada 3 pek kat rumah standby kalau tiba-tiba lapo mengidam nak makan nasi briyani terus panaskan dan boleh makan. Korang kena ada juga kat rumah ni tau.





Salam Diwali Dengan Resipi Kuih Vadai Dari Dapur Mahamahu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak ucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua pembaca India di Malaysia dan seluruh dunia esok. Ceriakan dan meriahkan hari penuh dengan cahaya kali ini dengan menziarahi sedara mara dan rakan-rakan anda yang meraikannya kita kan 1 Malaysia.


Bersempena dengan sambutan pesta cahaya kali ini Maha nak buat satu resipi istimewa bangsa India tapi juga disukai oleh semua bangsa di Malaysia ni termasuk Maha ok. Mak Maha memang terer masak Kuih Vadai ini time puasa mesti buat. So ini masanya Maha nak buat resipi ini sendiri dan sapa-sapa nak cuba bolehlah sama-sama kita buat ok.


Bahan-bahan untuk resipi Kuih Vadai:

250 gram Kacang Dhal
10 batang Cili Kering
1 batang Daun Kari
1 biji Bawang Besar
1 sudu Jintan Manis
1/2 sudu serbuk Kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

Tips yang Maha nak share sikit dengan korang kalau nak kuih tu lebih lemak dan sedap gunakan kacang Dhal dari Australia. Kalau kacang Dhal dari India lebih keras mungkin sebab tekak orang Malaysia kot. Satu lagi nak rendam kacang ni kena ambil masa lebih dari 4 jam ok dan pastikan kita basuh dulu kacang tu sehingga air bersih baru rendamkan yer.


Ok cara nak buat kuih ni pula senang sangat boleh siap dalam masa beberapa minit jer. Korang tonton video yang Maha sediakan ni sampai habis mesti kata senang sangat petik jari jer.


Macam mana rasa korang boleh buat tak kuih Vadai ini. Kalau ikut pada resipi Maha tulis tu korang boleh dapat dalam 15 biji kuih Vadai saiz serderhana. Kalau rasa nak berniaga atau nak jamu tetamu korang tambah lah lagi bahan-bahan tu ok. Ingat buat kuih ni jangan tebal sangat kerana nanti tengah tak masak dan luar cepat hangus. 


Ramai orang suka kalau pergi kedai mamak mesti akan ambil sebiji untuk cuba kan. Sebenarnya banyak lagi kuih yang masyarakat India hidangkan pada perayaan macam ni. Tak apa yang lain tu nanti Maha menuntut lagi dengan jiran kat rumah ni auntie Kamala ok. Selamat beraya auntie dan keluarga serta semua rakyat Malaysia.






Pilih Kasut Baru Di Hypershoe Cawangan KIP Mall Bangi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nak kata raya dah lama lepas tapi mungkin tahun baru nak juga dapat kasut baru betul tak. Jadi mana selalu korang pilih untuk beli kasut baru dekat bundel atau supermarket? Semua tu tak menjamin kepuasan dalam mencari sesuatu yang kita nak guna lama betul tak.


Kali ni Maha nak bawa korang beli belah kat satu kedai kasut baru buka cawangan baru mereka di KIP Mall Bangi. Kedai kasut Hypershoe nama kedai tu dan sebenarnya ia telah ada 32 cawangan seluruh Malaysia dan telah mula operasi sejak tahun 1996 lagi. 


Alamat cawangan Bangi :
Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-05/2,
KIP Mall Bangi, No 1 Jalan Medan Bangi,
Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Kalau kedai baru ni mesti ada brand baru dan design terbaru sebab tu Maha pergi hari tu. Memang betul seronok pergi kedai kasut ni masa pembukaan mereka pada korang boleh cari kasut untuk semua jenis kegunaan. Daripada untuk lelaki macam Maha ni, untuk wanita yang nak bergaya dengan kasut baru juga untuk anak-anak yang nak hadiah kasut dari ibu mereka semua ada kat sini.



Bagi lelaki macam Maha ni kasut jenama Mix Point dan Mix Point SportMen adalah pilihan yang paling menarik kat sini. Tengok lah sini dekat rak kasut tu macam-macam warna dan rupa ada. Sehingga rambang mata nak beli sebab jenama MixPoint ini sangat selesa dan rupa yang trendy. Jadi kerana itu Maha telah ambil satu kasut daripada jenama ini.




Ini dia kasut yang Maha telah beli hari tu warna brown dan kulit sesuai untuk bawa ke office dan juga majlis koperat. Cantik tak berkilat tak kasut ni. Bagi Maha ia memenuhi kehendak dan memukau mata masa datang tu. Saiz semua ada daripada 40 hingga ker 45 nak cari senang selagi stock masih ada. 


 


Kemudian bahagian wanita pula boleh pergi cari jenama Vetini dan ada Mix Point Sport Women khas untuk wanita yang lasak. Maha tak pandai sangat nak ulas pasal kasut wanita ni sebab jiwa wanita sahaja yang tahu apa mereka nak. Kadang-kadang tu boleh duduk satu hari semata-mata nak cari kasut sahaja kat satu kedai. Jadi wanita-wanita luar sana mungkin sini pilihan terbaik untuk korang cari kasut.



Pada ibu bapa yang datang bawa anak untuk cari kasut tak kisah lah kasut sekolah ker atau kasut untuk jalan-jalan kat sini pun ada. Jenama yang popular untuk kanak-kanak adalah MPKids. Tengok kasut untuk kanak-kanak dari semua peringkat usia sewal 3 tahun boleh jalan sehingga remaja yang sekolah menengah pun ada kat sini.



Oleh Kerana dapat kasut baru Maha terus pakai tak sabar hari pertama kerja tu ramai kawan-kawan tegur sebab nampak lain sangat kasut tu bergaya. Puas hati datang sini design terkini dan banyak pilihan senang nak cari. Lepas ni korang dah tahukan kat mana nak cari kasut yang cantik dan menawan hati boleh pergi ker Hypershoe cawangan seluruh Malaysia. Selamat membeli belah ok.

Maklumat lanjut layari :




Viewing all 1337 articles
Browse latest View live