Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1343 articles
Browse latest View live

Masak Gunakan Lingham's Sos Cili Resipi Pasta Ni Pun Boleh Jadi Sedap

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa suka masak pasta kat sini?  Ada banyak jenis pasta yang selalu digunakan di Malaysia iaitu Spaghetti, Penne, Fettucine, Conchiglie, Farfalle dan Rotini. Resipi kali ni Maha nak gunakan Rotini kerana lebih anjal dan sedap kalau masak dengan sos cili.  


Sebab resipi ini sangat mudah dengan hanya menggunakan sos cili yang terkemuka lagi 100 tahun dalam indstri menghasilkan sos iaitu Lingham's. Sos Cili Lingham's ini pun ada banyak jenis yang biasa, Halia, Sriracha, Extra Hot dan paling sesuai dengan resipi kali ini adalah Bawang Putih


Kali ni nak masak resipi yang diberi nama Rotini Cheese Beef sebab dah lama tak makan pasta macam ni kat rumah selalunya pergi makan kat restoran barat jer. Yang ni try and error jer tak banyak pun guna bahan cuma kalau nak sedap lagi gunakan banyak jenis cheese. Sebab pasta memang sesuai makan dengan cheese yang banyak baru selera.


Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ini :-

200gram Rotini Pasta
1 botol Lingham's Sos Cili Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
1 biji Tomato
100gram Daging Kisar
50 gram Mozarella Cheese
50 gram Cheddar Cheese
50 gram Parmesan Cheese
1/2 sudu Lada Hitam
2 tangkai Daun Ketumbar
Mentega
Garam

Resipi ni tak perlukan bawang putih sebab dalam sos cili tu dah ada extra bawang putih jadi terus guna yang tu jer. Sebab orang Itali kalau masak pasta memang akan guna bawang putih banyak hehehe. Jom kita tonton lak cara penyediaan resepi ni mudah jer dan cepat.


Rasa lepas ni korang boleh cuba tak sendiri kat rumah. Maha pun belajar buat daripada Youtube tapi buat sedikit olahan untuk kesesuaian dengan seleras kita. Kalau korang rasa nak letak daging ayam ker atau paperoni ker memang boleh jer gantikan daging kisar tu. Tapi Lingham's Sos Cili kena guna yang tu sebab kita nak rasa cili yang tak pedas dan bawang putih dalamnya.



Selamat mencubalah pada semua dan kalau korang nak tonton lagi resipi-resipi Maha yang terhadulu boleh subscribe Youtube Channel Mahamahu. Kalau sapa-sapa dan suba mana-mana resipi boleh tinggalkan komen apa pandangan korang tentang resipi tu menjadi ker atau jadi lain nak tahu juga kan. Terima kasih dan selamat menikmati pasta anda.






Hui Lau Shan Pakar Minuman Buah-Buahan Segar Dan Pencuci Mulut Yang Halal Di Malaysia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Rantaian pencuci mulut Hong Kong terbesar di Malaysia Hui Lau Shan (HLS) juga pakar pereka pencuci pulut dan pakar minuman mangga. HLS dengan misi mengenai 'Kesihatan, Kenyamanan dan Gaya'. 


Bersungguh-sungguh untuk makan yang sihat mereka tidak pernah berkompromi dengan penggunaan kualiti bahan mereka. Kejayaan demi kejayaan memenangi Anugerah Jenama Terbaik PKS Jenama Laureate untuk F & B- The Best Dessert Brand 2013 dan Kitchen Central of HLS telah diperakui HALAL oleh JAKIM.


Dari minuman teh herba tradisional hingga pencuci mulut buah-buahan segar yang bergaya, kesihatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka. Sebagai peneraju pasaran, mereka terus meneroka dan mencipta produk baru. Setiap daripada mereka unik dan dicirikan dengan gaya yang tersendiri. Produk HLS Style semuanya mengandungi makanan yang menggunakan bahan-bahan segar dengan 'NO PRESERVATIVES', sejajar dengan hala tuju syarikat mereka untuk menyediakan makanan yang sihat.


November ini, HLS Malaysia telah melancarkan menu minuman baru dengan memperkenalkan 3 variasi baru iaitu Salty Coconut Milk, Fruity Gotcha dan Grab Dessert, dan menu-menu baru kini boleh didapati di seluruh cawangan Hui Lau Shan Malaysia & Mango Cottage.


Sebagai kepakaran dalam penerokaan minuman baru, adakah anda pernah mencuba toping santan masin di atas buah-buahan atau teh segar? Juga, adakah anda menyukai goji hitam dan Rosemary Gotcha? Belum lagi masakan pencuci mulut mereka Mango Sago yang kini boleh grab and eat dengan mudah. Jangan terlepas keseronokan dengan menikmati minuman baru mereka sekarang.

Promosi dan pertanyaan layari:-
Facebook: www.facebook.com/huilaushanmalaysia
Instagram: www.instagram.com/huilaushanmalaysia





Bagaikan Syurga Makanan 6 Restoran Terbaik Di The Mines Shopping Mall Mesti Cuba

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini pengakuan benar yang Maha nak buat sebenarnya The Mines Shopping Mall ini kalau tak ada event penting dan besar-besar memang Maha tak akan datang. Bukan sebab susah nak datang atau jauh tapi sebab kat Malaysia ni banyak sangat mall sampai tak tahu nak pergi mana satu.


Kebetulan pula baru-baru ini pengurusan The Mines telah mengadakan Foodtopia iaitu food tour kepada semua pelanggan bertuah mereka. Maha pun ambil kesempatan untuk mengetahui apa sebenarnya yang ada kat sini menyebabkan masih ramai orang datang ke sini. Dulu ingatlah kat sini satu-satunya mall yang ada boat didalamnya memang menarik tapi sekarang agak kurang sambutan.


Tapi sebenarnya ada lagi yang hebat dan memukau Maha bila datang sini. Rupanya kat The Mines ini bagaikan boleh Maha cakap syurga makanan kepada semua orang. Tak sangka begitu banyak sekali tempat makan yang sedap-sedap dan menarik. Jom Maha kongsikan pengalaman sepanjang food tour ini dan tempat makan yang korang juga boleh makan bila datang ke sini.

Restoran Malaysia Yang Unik Sepiring


Nama kalau dengar dah macam pelik Sepiring adakah makanan semua dihidangkan sepiring sahaja. Tapi tidak korang boleh makan semangkuk dan bermangkuk-mangkuk hidangan istimewa kat sini. Restoran ini menyediakan hidangan Malaysia yang popular dan disukai ramai. 


 


Maha sempat mencuba pembuka selera yang popular mereka iaitu Durian Pancake. Dalam mall ada makan raja buah ini korang rasa. Memang sedap lembut dan penuh dengan isi durian tapi bukanlah Musang King nanti mahal lak.

Durian Pancake



Penang Asam Laksa

Kemudian menu utama yang begitu popular kat sini menjadi pilihan ramai pelanggan mereka adalah Penang Asam Laksa. Memang pure dapat rasa laksa dari Penang dan kuah agar pedas bagi maha apa pun ia memang kaw kaw nya. Makan semangkuk tak cukup tu yang korang nak bermangkuk-mangkuk tau.

Makan Culture 10 Tahun Pengalaman


Restoran kedua ni pula juga masih mengekalkan makanan tempatan Malaysia dan dijuga makanan barat. Makan Culture nama restoran ni dan konsep dalam kedai ni pun korang leh tengok hiasan barangan lama Malaysia.





Kat sini Maha dihidangkan menu yang juga menjadi pilihan ramai pelanggan mereka kira yang popular jugalah. Pertama adalah Spaghetti Olio Ayam Goreng dan juga Buttermilk Chicken with Rice. Ada banyak lagi menu lain korang boleh pilih tapi Maha tak makan banyak lah nanti ada banyak lagi restoran nak pergi ni hehehe.

Makanan Popular Korean di DubuYo


Ni restoran ketiga Maha makan kat The Mines ni terus terbang pergi jauh ke negara Korea tu. Jadi kat sini macam-macam pilihan bukan sahaja lokal tapi ada international. Restoran pilihan kali ini adalah DubuYo. Sukalah pecinta K-Pop nak makan kat sini kan.



Maha makan menu utama yang juga menjadi pilihan ramai bila ke restoran ini iaitu Spicy Toppokki. Ala macam mee beras yang kalau kita kunyah rasa kenyal jer bersama dengan kuah yang nampak merah menyala tapi tak pedas pun. 

Spicy Toppokki

Korean Spicy Wings

Menu kedua adalah Korean Spicy Wings yang memang dah sinonim dengan makanan Korean ini. Chicken wing ni memang terbaik disalut dengan rasa sos yang hebat. Maha pernah cuba buat juga ayam macam ni korang boleh tengok kat bahagian resipi ada Maha sharekan tapi tak sama lah yang ni lebih sedap lagi hehehe.

Sakae Sushi Cukup Popular


Bila sebut sushi jer apa lagi korang akan ingat mestilah restoran Sakae Sushi. Kat sini pun ada makanan Jepun ni ok jadi tak perlu nak pergi jauh-jauh. Kalau dan datang sini memang wajib lah makan sushi mereka dan pasti ramai korang suka betul tak.




Diantara sushi yang Maha suka kat sini seperti Ebi Tempura Cheese Maki, Tamago Cheese Yaki dan Aburi Shiro Maguro. Korang semua tahulah kalau sushi ni dibuat daripada bahan yang segar dan sedap. 





Selain tu juga ada Cha Soba iaitu kita panggil mee sejuk dan juga Egg Mayo Temaki yang dibungkus dengan rumpai luat kat luar ni. Ramai orang suka makan makanan Jepun sebab apa kerana ia potion yang kecik boleh terus ngap sahaja.

Restoran Khas Untuk Peminat Sayur Kimosasa


Kali ni Maha pergi lak restoran mereka yang vegetarian dan mengamalkan makanan sihat selalu iaitu restoran Kimosasa. Restoran ni memang konsep 100% sayur dan tak risau semua sihat selamat. Maha ni kurang sikit makanan sayur ni tapi bila datan sini ia telah diolah kepada cara lain.



Walaupun korang nampak yang Maha makan tu macam daging bakar tapi ia adalah makanan yang dihasilkan daripada sayur ok. Nama menu ni Special Ribs bersama dengan sos lada hitam. Macam makan daging tapi masih tak percaya ia sayur-sayuran.



Mango Ice Blended dan Plum Ice Blended

Kemudian yang lain juga semua daripada sayur iaitu Ham Pizza dan Crab Salad ni. Minuman kat sini pun sihat kerana menggunakan buah-buahan segar iaitu Plum Ice Blended serta Mango Ice Blended. Dua-dua minuman ni Maha suka dan memang segar dan menyegarkan.

Dessert Paling Lembut Egg Sponge Cake


Akhir sekali mesti kita akan tutup makan dengan dessert dan kat sini ada banyak restoran termasuk lah kedai kek ini. Nama kedai ni Traditional Homemade Egg Sponge Cake dan ia adalah restoran yang menyediakan kek dari resipi turun temurun dan memang sangat lembut.



Korang lalu sahaja kat tepi restoran ni dah korang dapat bau kek sponge yang sangat menyelerakan. Lepas tu korang boleh pilih ada 3 jenis kek yang mereka sediakan iaitu Classic Original, Cheesy Cheese dan Sticky Chocolate. Terima kasih pada pemilik kedai sebab Maha dapat bawa balik satu kek mereka yang sangat lembut ini.


Classic Original (RM13.00)

Cheesy Cheese (RM18.00)

Sticky Chocolate (RM18.00)

Kek ini memang sedap kalau korang makan terus panas-panas dan jangan simpan lama-lama nanti tak sedap. Bahan yang digunakan dalam kek ini juga simple jer telur, tepung, gula, susu dan canola oil. Tapi mungkin cara penyediaan yang buatkan kek ini sangat lembut dan sedap.


Apa pun tu adalah antara 6 restoran yang Maha sempat singgah semasa food tour kat The Mines tapi memang banyak lagi. Jadi lepas ni Maha dah ubah persepsi tentang The Mines Shopping Mall kalau datang sini macam-macam korang leh dapat. Nak shopping dan lepas tu nak makan pun senang dan banyak pilihan. So korang boleh cuba semuanya. Selamat menjami selera.






Dunia Influencer Tidak Seindah Yang Kita Nampak Tapi Ada Yang Perlu Dikorbankan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila tengok orang popular dan menjadi influencer kat luar sana kita pun sibuk nak jadi juga. Tapi kita tak tahu tahap mana pencapaian kita dalam membuat orang tertarik kepada apa yang kita lakukan. Korang kenalkan nama-nama influencer yang popular seperti Ucopp, Otham Blur, Kiffly Mally atau Nizam Rahman mereka adalah antara pelopor bidang ini dengan menggunakan sosial media sahaja.


Sekarang zaman makin mudah dan makin senang nak glamor atau orang panggil influencer ini.  Tahu ker korang apa maksud Influencer tu sendiri dalam istilah ia adalah ‘Orang yang mempengaruhi, atau orang yang profesion sebagai pemberi pengaruh’.

Tapi adakah pengaruh yang diberikan oleh semua influencer itu memberi manfaat kepada orang lain atau hanya suka-suka sahaja. Macam mana nak mantapkan intipati content yang korang berikan kepada penonton. Mereka pun bermula dari bawah dengan buat video menggunakan applikasi dalam phone. 

Dimana Level Anda


Apa yang Maha pernah baca influencer ni terbahagi kepada 3 peringkat yang mudah untuk kita kenali iaitu beginner, mid-size dan influencer. Beginner ini mereka tengok pada jumlah follower kalau Instagram dan Facebook manakala kalau Youtube tu jumlah subscriber mereka.


Tapi sebenarnya nak jadi kepada semua ini kena ada pengorbanan dahulu. Dimana kebanyakan mereka yang menjadi youtube famous tu mereka ada peralatan yang dapat membantu mereka dalam menjayakan video menarik. Sebagai contoh telephone pintar atau kamera digital satu element penting supaya dapat merekodkan video untuk di muaturun dalam sosial media.

Kalau yang mid-size dan juga dah otai tu mereka bukan setakat menggunakan phone biasa malah ada peralatan lengkap sepertu lighting, microphone, laptop yang power untuk editing dan macam-macam lagi. Jadi kat sini kita dah tahu kita ni kat level mana sebagai seorang influencer. Ini kerana kualiti memperngaruhi penonton korang selain daripada content.

Selain daripada pengorbanan fizikal kita juga perlu kepada pengorbanan masa dan idea. Orang yang jadi influencer ini kadang-kadang mereka habiskan berjam-jam mengadap komputer untuk menghasilkan satu-satu idea tu. Kemudian shooting yang tak tentu masa kadang-kadang dalam bilik air pun boleh datang ilham.

Tapi macam mana orang nak tahu tentang video kita. Di sinilah perananya sosial media dan juga eliment lain yang mampu membantu dalam mempromosikan video kita. Kalau daripada cara fizikalnya melalui networking yang kita jana bersama kawan-kawan kat situ pun membantu kita untuk promosi video kita. 

Jalan Sebenar Menjadi Influencer


Mana Maha tahu semua ni sebenarnya semua ilmu ini Maha pernah baca dalam e-book yang disediakan oleh Sushivid. Korang boleh muat turun e-book secara percuma di laman web mereka. Sushivid adalah salah satu platform menyatukan influencer ini dengan jenama yang mula melihat sosial media sebagai platform pengiklanan terbaik mereka. Bagus sebenarnya kalau kita dapat belajar daripada ruang percuma seperti ini.


Bukan sekadar nak cari pendapatan lebih tapi mereka juga turut menurunkan ilmu bagaimana seseorang itu dipanggil influencer atau sebagainya. Bagi level Maha ni masih banyak yang nak kena belajar dan perlu diterokai lagi kerana ramai yang jauh lagi hebat. Jadi jangan menyesal untuk belajar atau membaca sekarang bahan bacaan pun dah boleh dapat secara online. Macam e-book Step to becoming an Influencer, Best Practices for Influence Campaign, CRUNCH SushVid’s First influencer Workshop dan banyak lagi.

Nak tahu lebih lanjut bagaimana Sushivid ini berperanan kepada anda, korang boleh join bengkel mereka yang selalu diadakan. Jadi ahli secara percuma dan akan dapat peluang yang menarik melalui sosial media ini. Daftarlah sebagai influencer yang menjadi pilihan pelanggan anda di SushiVid. Tidak lah kita digelar gila glamor yang kosong macam tin kosong tu. Selamat mencuba semua.








Menyelinap Ke Dalam Hidangan Pizza Baru Daripada Anchor Food Professionals'

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Akan datang tak lama lagi pizza yang akan dilancarkan oleh Anchor Food Professionals'pada bulan Disember ini. Pizza Deep Cheese otentik Chicago, Rolls Pizza halus dan PizzBurgers yang lazat. Pizza inventif ini akan disediakan di restoran terpilih yang menyertai kempen PizzArt kali kedua ini.


Menyediakan pizza ini tidak mudah kerana krew dapur yang mahir dan berpengalaman diperlukan. Mereka mempunyai kebolehan untuk menjadi sebahagian daripada bengkel di mana Chef Firuz dari Anchor Food Professionals' berkongsi kepakarannya dengan pakar seni untuk membuat artisan pizza yang akan memecah pasaran tidak lama lagi.

Anchor Food Professionals' Chef Hot Cooking , Chef Firuz menaburkan topping pada Deep Cheese Pizza

Deep Cheese Pizza sebelum hiasan dan sebelum lapisan di dalam diturunkan

Roll Pizza sebelum digulung

Menyelinap resipi Pizza Rolls selepas berada di ketuhar!

Sudah pasti, yang pertama di Malaysia - kerak pizza yang berasaskan daging sedang digoreng sebelum persiapan lebih lanjut

Piza berasaskan daging sudah siap untuk dimakan






Makan, Berhibur Dan Berseni Rasai Pengalaman Terbaru di WOW KL Jalan Ampang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang tahu tak wujudnya WOW KL yang baru di tengah Kuala Lumpur. Dahulunya tempat ni dikenali sebagai Saloma Bistro dan kini management baru dengan wajah baru dan konsep baru lebih segar dan lebih menghiburkan.


Kalau korang selalu datang area MATIC Jalan Ampang ini selalu untuk lihat persembahan kebudayaan dan juga aktiviti pelancongan tapi kini telah berubah 360darjah. WOW KL menjadi satu lagi daya tarikan di kawasan ini daripada siang sampai ke malam. 

Kali ini mengetengahkan konsep yang lain iaitu Arts Restaurant dimana makan dalam dewan berkonsepkan buffet boleh makan dengan pelbagai hidangan hebat dan lazat. Pastinya mengekalkan hidangan tradisional Malaysia yang cukup popular. Ada susunan gerai di bahagian tepi dengan makanan seperti Roti Canai, Cakoi, Teh Tarik, Satay, Mee Kari dan macam-macam lagi.



 


Kemudian ada pula gerai menyediakan hidangan timur tengah untuk pelbagai pilihan bukan sahaja bagi orang tempatan tapi juga pelancong yang datang makan kat sini. Gerai ni Maha suka makan iaitu Saffron Rice, Lamb Persian, Chicken Makhani, Stew Egg Plant Tomato Jus dan paling best ada Shawarma Daging mereka memang sedap.




Lagi ada bahagian makanan barat untuk yang nak diet makanan sayur serta pasta. Kat sini mestinya ada Aglio-olio, Roasted Chicken Black Pepper Sauce, Grilled Fillet of Fish Lemon Sauce, Sauté Mix Vegetables, Butter and Garlic. Ni akan membuatkan ramai pelancong nak datang makan kat sini best.




Orang kita mesti suka kalau Maha cakap buffet mereka ni ada Kambing Panggan memang akan ramai bebaris kat sini. Tengok sendirilah kambing yang disediakan bersama kuah lada hitam menarik sangat. Cepat habis ok jadi memang kena serbu dulu kat sini ok.



Last mesti menjadi tumpuan ramai adalah bahagian pencuci mulut. Ada lebih daripada 20 jenis dessert tempatan dan juga antarabangsa yang dihasilkan untuk semua tetamu yang makan lunch dan dinner kat sini. Kalau kanak-kanak paling suka mestilah ada aiskrim dan juga bahagian ABC Maha pun suka hehehehe.



Konsep yang lain ada kat WOW KL ni juga iaitu Sports Bistro dimana ini kat bahagian luar bila mula-mula nak masuk ker sini akan jumpa bistro ini. Lebih santai dan relah untuk mengikmati pemandangan luar sekitar KL. Boleh minum teh dan pelbagai lagi lebih kepada konsep cafe juga lah kalau tak nak makan berat-berat kat dalam.



Tapi sebenarnya yang lain daripada lain kat sini adalah setiap malam mereka adakan persembahan kebudaayan. Disitulah pelanggan dihiburkan dengan tarian tradisional yang popular di Malaysia dengan pelbagai kaum. Kalau Melayu popular dengan Trian Zapin, masyarakat Cina popular dengan Tarian Kipas dan India popular dengan Tarian Merak.






Lepas tu ada simulasi acara majlis perkahwinan tradisional Melayu dengan ada pasangan pengantin bersanding di pelamin yang disediakan di atas pentas. Lepas tu tetamu juga boleh merasai keseronokan persembahan tersebut dan juga menari bersama penari. Jadi meriah sangat suasana kat sana.


Sebab tu Maha cakap tempat ni memang sangat lain dan memberi nafas baru. Harga jangan risau sangat berbaloi dengan makanan yang disediakan seperti di bawah ni :-

Harga sekarang
RM 110 nett per pax (dewasa)
RM 70 nett per pax (kanak-kanak 6 - 12 tahun) 

Harga bermula 1 April 2018
RM 130 nett per pax (dewasa) - NON MALAYSIAN
RM 95 nett per pax (kanak-kanak 6 - 12 tahun) - NON MALAYSIAN
RM 115 nett per pax (dewasa) – MALAYSIAN
RM 80 nett per pax (kanak-kanak 6 - 12 tahun) – MALAYSIAN

Jadi tunggu apa lagi korang nak meraisai kelainan di WOW KL ni boleh datang sini ia dibuka setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari sampai 12.00 malam. Paling penting masih mengekalkan kebudayan Malaysia yang kita nak tunjukan kepada pelancong asing. Maha sukalah suasana baru kat sini rasa nak datang lagi. Selamat menjamu selera semua.

Maklumat lanjut sila layari :-
Laman web : www.Wowkl.my
Twitter : https://twitter.com/Wowkl
Tel : 03-2161 0122
Email : book@wowkl.my

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





Peniaga Sering Lupa Kaedah Jualan offline Kerana Taksub Kepada Online

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ada seorang akak ni tanya Maha macam mana dia nak naikkan jualan produk dia yang berniaga jual sambal secara kecil-kecilan sahaja. Ok selain daripada menggunakan sosial media dan blogger sebenarnya ada cara yang juga paling berkesan untuk menaikkan jualan secara langsung.


Ia adalah cara jualan secara offline atau membuka kedai. Tapi kalau nak buka kedia kos yang tinggi dan sewa yang mahal. Membuatkan ramai usahawan macam ni kadang-kadang ada produk bagus tapi tak dapat menjual dan pelanggan tak tahu tentang produk mereka.


Ambil contoh pengusaha produk Sambal Hitam Menangis Maha pernah promote produk mereka di blog. Mereka sebenarnya bermula dengan jualan secara offline ini iaitu dengan menghantar sendiri produk mereka kepada kedai-kedai dan restoran-restoran. Mula-mula kena tebal muka jumpa pemilik kedai semata-mata nak bagi orang jual produk mereka kadang-kadang orang tolak kerana takut tak laku.


Tapi sekarang cuba tengok kat mana-mana sahaja korang boleh jumpa produk jualan sambal ini. Restoran, gerai, kedai runcit dan macam-macam lagi dan kini perusahaan mereka makan berkembang dan terus mendapat pemintaan tinggi daripada peminat.


Maka dengan inisiatif ini MYDelicacies ditubuhkan untuk membantu suri rumah serta usahawan kecil yang mempunyai produk untuk dipromosikan melalui satu center yang mudah dicari. Kadang-kadang nak pos barang tu ada kos kepada pelanggan dan harga barang jadi meningkat tapi kalau beli direct terus melalui kedai ni kos ini dapat dikurangkan betul tak.


Sekarang ni MyDelicacies mempunyai kedai tetap mereka di Jakel Mall yang telah dibuka pada tahun 2017. Mereka juga ada 1 lagi kedai yang terletak di Busana Menara Mara dan 2 kiosk lain. Selain itu juga mereka mempunyai booth jualan secara bergerak dari lokai ke lokasi sekitar Lembah Klang melalui pameran, karnival, fiesta dan macam-macam lagi.


Mesti korang tanya apa produk yang boleh diniagakan di kedai MYDelicacies ini. Buat masa ini semua jenis produk makanan daripada usahawan tempatan yang mencari ruang jualan lebih luas dan konsisten. Kalau makcik atau suri rumah ada produk serunding yang memang sangat sedap, kuih raya, kerepek, dodol dan macam-macam lagi makanan tradisional boleh diletakkan disini.


Tak tahu nak menghasilkan bungkusan macam mana? Mereka juga menyediakan khidmat nasihat dan perundingan untuk membungkus dan melebel produk yang mampu menarik minat pembeli. Dari segi jualan pula tak perlu risau sebab mereka menjual semua produk yang ada di kedai, kiosk dan booth bergerak mereka 360 hari.


Jualan secara online pun masih tetap ada kerana mereka menggunakan sosial media untuk menambah pelanggan baru. Jadi gabungan kedua-dua kaedah jualan ini memang mampu meningkatkan hasil jualan luar biasa daripada hanya satu kaedah sahaja. Sebab produk makanan ini kalau jual kat kedai lebih orang percaya kerana mereka dapat merasai sendiri kesedapan makanan tersebut dan lebih mempercayainya.


Sebab itu kita dengar banyak karnival atau pesta jualan besar-besaran yang dianjurkan diluar sana walaupun kita tahu jualan online itu menguasai 70% pasaran pembelian di Malaysia. Paling penting sebenarnya jangan putus asa untuk berniaga. Peluang ada di mana-mana dan ambil segala ruang dan peluang yang ada ini untuk meningkatkan jualan anda. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kedai ini boleh hubungi MYDelicacies seperti mana yang tertera dibawah ini. Selamat mencuba semua.

Maklumat lanjut dan pertanyaan hubungi :-

HP: 014-220 9897
Facebook: https://www.facebook.com/MYDelicaciesBySuriniaga
Instagram: https://www.instagram.com/suhaily_hamzah_mydelicacies
Email: mydelicacies17@gmail.com







Keseronokan Makan Bersama Keluarga Di Pizza Hut Dengan Chicken Cheesy Bites Baru

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Piza adalah satu makanan yang sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Kalau yang dah berumah tangga ada anak-anak kecil nak lebih mesra dan erat kasih sayang Maha cadangkan korang makan kat Pizza Hut.


Sebab apa kita satu keluarga akan mengadap satu hidang piza yang dikongsi beramai-ramai. Kalau tempat lain kita akan makan pinggan lain-lain tapi kat sini jer kita makan akan mengadap satu sama lain dan saling kongsi makanan piza tu. Paling best bila makan rebut-rebut dengan anak-anak lagi meriah dan kecoh satu meja tu hehehehe.




Kini Pizza Hut memeriahkan lagi dengan mengeluarkan piza baru buat semua pecinta cheese. Chicken Cheesy Bites yang mengandungi 18 kerak piza, penuh dengan kejutan keju cheddar dan mozarella, dilengkapi dengan peperoni ayam lazat, bebola daging ayam dan cebisan daging ayam di atas sos tomato salsa dan keju.
Chicken Cheesy Bites

Cheesy Dip

Perhhh memang meleleh dengan Maha hari tu dapat makan piza ni tak cukup satu tapi 2 sekali makan habis. Nak lagi berganda kesedapan piza baru ini korang kena makan dengan Cheesy Dip yang penuh dengan cheese. Ni kalau korang order piza ni akan dapat dan korang kena cicah piza dengan Cheesy Dip sebelum masuk ke mulut. So korang akan dapat kesedapan 2 kali tanpa kata apa-apa.


Piza Chicken Cheesy Bites terbaru ini boleh dibeli melalui pesanan ala carte dengan harga RM35.50 untuk saiz biasa, manakala pilihan kombo juga boleh didapati melalui penghantaran, take-away atau dine-in. So tunggu apa lagi jom serbu restoran Pizza Hut seluruh Malaysia yang ada.


Sekarang ni pula kalau korang datang makan kat restoran Pizza Hut korang akan dilayan dengan konsep digital baru iaitu kesemua pekerja dilengkapi dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih efisien dan tepat. Bukan setakat kedai Mamak jer sekarang restoran Pizza Hut pun dah guna tablet ok tak perlu nak tulis-tulis lagi.



Juga restoran istimewa mereka di Sunway Pyramid adalah satu-satunya di Asia Pasifik yang menyediakan Kiosk Bawa Pulang Digital. Masa korang lalu kat luar restoran tu pun dah nampak ada 3 kiosk yang disediakan untuk korang order bayar kat situ dan pastu ambil untuk bawa pulang. Tak perlu nak berbaris panjang best gila.


Lagi memantapkan konsep digital di Pizza Hut mereka juga telah memperkenalkan applikasi mobile yang boleh dimuaturun sekarang di Andriod dan iOS. Kat dalam apps tu korang boleh order untuk beli tanpa buat panggilan. Sistem apps ni lebih mesra pengguna dan efisyen untuk tempahan piza yang korang suka. Lokasi dan data korang akan disimpan dalam ni dah hanya perlu isi sekali jer mempercepatkan tempahan piza.


Jadi lepas ni nak makan piza kat mana-mana pun boleh semua dihujung jari. Maha sendiri dah cubu semua khidmat mereka ni memang satu perubahan yang drastik dilakukan oleh Pizza Hut Malaysia dalam memastikan ia adalah penyedia piza pilihan pertama di Malaysia. Jom kita ke Pizza Hut sekarang. Selamat menjamu selera semua.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5






Nak Elak Ditipu Mencari Kereta Sewa Murah Gunakan Rideasy.my

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nak cerita sikit pasal pengalaman kereta sewa ni Maha pernah hadapi pengalaman buruk. Masa tu pergi bercuti ke negeri Timur semenanjung Malaysia. Kisah lama tahun 2012 masa tu tak ada kemudahan laman web kereta sewa seperti ini.


Semua pejanjian dibuat melalui sosial media dan melalui email serta whatsapp. Semua dah confirm nak ambil kereta tak silap Proton Saga. Harga murah juga sebab tu yakin ambil. Tapi bila masa dah sampai kat lapangan terbang sana. Call tak angkat whatsapp tak balas diam terus. Paling teruk duit deposit dah bayar lesap macam tu jer.


Maha dan kawan terpaksa duduk kat airport cuba nak cari kat mana ada kereta sewa. Masa tu memang time tengah cuti dah ramai sangat orang sewa kereta jadi banyak ejen habis. Memang sedih sangat jadi terpaksa ambil teksi yang mahal juga nak pergi hotel. Lepas tu masa kat hotel baru ada staff hotel tu tolong carikan kereta sewa lain.


Satu Akses Yang Mudah Untuk Kereta Sewa


Situasi macam ni mesti ramai orang luar sana pernah hadapi dan tak terjamin sekiranya kita tak tahu dengan siapa kita berurusan untuk sewa kereta betul tak. Tapi sekarang zaman teknologi memang segala mudah dihujung jari jer. Korang boleh gunakan website Rideasy.my yang telah dibangunkan oleh anak tempatan. 


Dalam website ni segala info dan juga maklumat penyewa kereta sangat jelas dan terang kerana semasa sesi pendaftaran kita kena gunakan no tel yang sah. Kemudian segala detail penyewa kereta dan pemilik kereta kena masuk dalam tu seperti roadtax kereta, gambar kereta, gambar IC dan gambar lesen memandu yang masih aktif. 


Lepas tu baru kita boleh buat pencariaan dan nak cari kereta sewa sangat mudah. Dalam website tu mereka akan terus tunjukan semua lokasi kereta sewa yang paling berhampiran dengan kita pada masa tu. Semua senarai kereta pun boleh sorting mengikut model atau harga berapa dan lokasi. Semua sangat mudah dan dibuat dalam laman web ini sahaja dan ia selamat.


Mudah bukan nak sewa kereta dan kereta yang kita nak sewa tu pun kita dah tahu statusnya macam mana. Ini kerena mereka mengamalkan konsep ranking dimana kita boleh memberi markah kepada kereta dan pemilik kereta yang kita sewakan juga kepada penyewa. Ini akan memudahkan untuk orang lain mengetahui tentang status jika ingin berurusan kemudian hari.





Banyak lagi yang mereka cerita baru-baru ini semasa sesi pelancaran laman web ini. Bertempat di APW Bangsar majlis ringkas dan santai menerangkan kepada media dan pengguna tentang kelebihan laman web ini. Mereka masih dalam proses untuk membangunkan applikasi mobile mungkin mengambil masa 3 bulan lagi jadi buat masa sekarang hanya laman web jer dulu ok. Di buat masa awal ni mereka hanya beroperasi seluruh Lembah Klang sahaja dan akan perkembangkan seluruh Malaysia.



Bila mereka cerita bahawa kita pemilik kenderaan sendiri boleh buat pendapatan sampingan dan juga penjimat perbelanjaan Maha sangat teruja. Contoh yang mudah kalau kita ada 2 kereta kat rumah satu kita guna dan satu lagi buat sewa. Kereta Myvi dalam ni Maha lihat ada harga serendah RM120 sahaja sehari. Kita hanya sewa selama 5 hari jer kereta kita dah dapat RM600 betul tak. Jadi lepas tu duit tu kita dah boleh buat untuk bayar bulanan kereta Myvi tersebut.


Jadi kat situ sangat membantu dan menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan ekonomi yang teruk dan juga harga minyak yang makin meningkat ni. Kalau kita sewa lebih hari sikit boleh dapat duit kocek sendiri atau duit untuk renew roadtax setiap tahun. Jadi duit gaji kita tak akan terusik untuk bayar semua tu.


So peluang dah ada depan mata ni kita jer nak guna atau tidak. Maha dah daftar pun sebab nanti nak sewa 4WD untuk pindah rumah. Senang nak bawa barang banyak-banyak dan besar-besar. Sewa satu hari baru RM400 jer. Kalau bayar lori lagi dah berapa ratus tak masuk upah orang lagi hehehe.

Maklumat lanjut dan pertanyaan layari :-
Tel : 019-2799 878
Email : info@rideasy.my







Beli Durian Musang King Semurah RM35 Sekilo Dengan Applikasi Maybank2U

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bawa terbang buah Durian Musang King ni sampai ke China boleh cecah harga RM1000 sekilo. Memang tahap dewa sambutan harga raja buah ni yang menjadi kegilaan ramai. Kita kat Malaysia sendiri pun kadang-kadang nak beli sebiji durian tu timbang sampai 2 3 ratus.


Terkanan juga tapi sebab dan minat dan cinta pada buah durian ni beli juga kumpul duit berbulan-bulan nak beli. Bila cukup dah habis musim durian tinggal yang mengkal jer hehehe. Disebabkan tu lah baru-baru ini Maybank meraikan pelanggan istimewa mereka yang memang gila akan buah berisi emas ini.


Pada tanggal 20 Nov lepas bertempat di Durian King TTDI yang menjadi tempat kegemaran ramai pihak Maybank memberikan buah durian dengan harga runtuh melalui program M2U h-APP-y Hour. Percaya atau tidak Durian Musang King harga sekilo RM35 sahaja manakala Durian Black Thorn pula RM55 sekilo bermula dari pukul 7.00 malam hingga 10.00 malam sahaja. Mana tak jadi gila orang Malaysia berpusu-pusu orang datang ker sana.


Mula Maha sampai jam 6.30 petang tu dah tengok orang berbaris untuk dapatkan stock durian murah ini. Tapi syaratnya mereka perlu memuat turun applikasi M2U di telefon mereka dan menjadi pengguna Maybank. Ini kerana semasa proses pembelian tu Cashless transfer dari akaun ker akaun best tak.



Maha rasa mereka nak menggalakan orang ramai tidak menggunakan cash ketika membeli dah semua melalui online. Sebab kita nak maju kena ke arah sebegitu seperti negara China yang dah menggunakan teknologi macam tu. 



Syarat kedua pula pembeli hanya boleh beli untuk 3 kilo durian sahaja limit sebab nak bagi peluang kepada pelanggan lain yang berbaris panjang. Dengar cite masa tu sampai pukul 10.00 malam masih ada orang berbaris nak beli durian.


Tapi Maha Alhamdulillah ada orang belanja makan kat situ sampai rasa nak pecah perut. Maha sangat suka Durian Musang King kerana isi lebih lebut dan rasa manis dan pahit. Biji pula kecil jer tak besar macam durian biasa. Kalau Durian Black Thorn ni pula isi lebih padat dan kenyal serta biji besar tapi warna sangat menggiurkan.



Hari tu Maha belajar juga oleh tokei kedai Durian King TTDI, Mr Heng membezakan buah durian ini daripada luaran. Pertama korang tengok rupa buah ini kalau Musang King lebih lonjong buahnya dan juga kat hujung bucu ada rupa bintang yang jelas.


Manakala Durian Black Thorn ini pula buah lebih bulat dan juga hujung muncung tu ada tangkai kecil warna hitam kalau mereka tak tanggalkanlah. So lepas ni korang boleh elak ditipu sebab ramai kat luar sana peniaga ambil kesempatan letak harga mahal tapi sebenarnya duarian kampung sahaja.




Maha pernah kena harga mahal kemudian siap tipu nak bagi habis semua buah mereka laku mereka buat helah yang nenek mereka nak beranak kat hospital. Nak pergi tengok dan bagi Maha beli semua buah mereka. Bila bawa balik langsung tiada satu pun yang elok dan ada tu oleh jadi tempoyak. Masa kecewa dengan peniaga sebangsa dengan kita juga. 



Tapi tak apa lah rezeki mereka nak buat macam mana. Tapi masa kat TTDI tu memang kami makan sampai pecah perut durian. Semua sedap-sedap dan lepas habis satu dihantar lagi satu oleh tokei Durian King tu. Selain tu juga ada makanan lain yang diberi kupon kepada pelangan yang datang nak cuba iaitu Cendol Durian,Aiskrim Durian, Roti Jala Durian dan Kuih Seri Muka Durian.





Nak ucapkan terima kasih kepada Maybank kerana meraikan pelanggan setia mereka dan menjadi perbankan no1. pilihan rakyat Malaysia dan terus maju jaya. Kalau korang nak lagi promosi hebat macam ni jadi lah pelanggan Maybank dengar kata mereka akan buat lagi tak tahu bila tungguuu. Selamat makan durian semua.


 



 

Disember Rockin' Feast Bersama Aloft Kuala Lumpur Sentral

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah masuk bulan Disember pun kita dah nak habis 2017 ni macam-macam aktiviti dan perkara dah kita lakukan. Macam biasalah bila tiba bulan 12 ini kita di Malaysia meraikan kemeriahan sebulan sempena dengan perayaan cuti hujung tahun.


Juga kita meraikan Hari Natal yang sentiasa meriah di seluruh Malaysia termasuklah hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral ni. Tahun ini mereka meraikannya sambutan krismas lebih meriah dengan hidangan buffet yang berkonsepkan Rockin' Feast. Seperti biasa Nook Cafe adalah lokasi untuk menikmati makana-makanan perayaan yang berwarna-warni ini.






Kali ini mereka lebih fokus kepada makanan barat untuk buffet dengan membawakan hero hidangan adalah Roast Turkey. Tidak lengkap hidangan tanpa Oven-Roasted Garlic Rosmary Whole Turkey yang di hidangkan dengan beberapa makanan pelangkap lain termasuk sauces, Prunes dan Chestnut Stuffing, Giblet Gravy, Cranberry Sauce, Natural Chicken Jus, Mustard Potato Dauphin Oise, Grilled Pumpkin, Buttered Broccoli Poloniase, Braised Carrot in Orange Reduction serta Sauteed Brussel Sprout dengan Almond Flake.




Tu menu utama yang menambat hati tetamu yang datang untuk menikmati hidangan buffet selama satu bulan ini bermula dari 1 hingga 30 Disember 2017. Juga masih mengekalkan hidangan rasa Asia yang menjadi lambang keistimewaan buffet di Nook Cafe ini. Ia termasuklah Stewed Beef in Tumeric & Coconut, Prawns with Chili Paste and Stink Beans, Spicy Deep-Fried Fermented Bean Curd with Potato, French Bean with Dhall, Bhendi Kurma, Ghee Rice with Chick Pea, Buttered Prawn with Oats, Stir-Fried Beef with Chinese Barbeque Sauce, Fried Bamboo Shoot with Olive Leaves dan banyak lagi.




Kita tahu pesta makan-makan ni tidak akan lengkap dengan pencuci mulut yang menjadi satu lambang tradisi perayaan krismas. Gabungan pelbagai dessert seperti Apple Pumpkin, Pecan and Lemon Meringue Pie, Chocolate Log Cake, Cappuccino Cheesecake, Butterscotch Trifle, Mixes Berry Pavlova, Sticky Toffee Pudding with Caramel Sauce, Strawberry Cheese Cake, Chocolate Mint Brownies, Citrus Profiterole, Black Forest Push Pops dan banyak lagi.








Semua ini korang boleh nikmati dengan hanya harga RM118nett untuk dewasa sepena makan malam krismas. Manakala RM128nett untuk seorang dewasa buffet pada hari Krismas. Ia dibuka sepanjang bulan Disember ini bermula daripada pukul 6.30petang hingga 10.30malam. Jadi bagi merasai dan memeriahkan sambutan Hari Natal dan cuti sekolah anak anda bawa mereka bersama datang merasai, menikmati dan meraikan pesta makan bersama-sama di sini.

Tempahan dan pertanyaan sila hubungi :-
Tel : 03-2723 1188

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5






Texas Chicken Memperkenalkan Tex Café Yang Pertama Di Dunia Di Cawangan Terbaru KLCC

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa pernah dengar nama Tex Café? Rupanya ini adalah kafe pertama dibuka di Malaysia oleh Texas Chicken. Satunya konsep kafe grab and go yang menyediakan pelbagai minuman panas dan sejuk serta pencuci mulut.


Baru-baru ini 29 November 2017 telah berlangsung majlis pembukaan rasmi cawangan Texas Chicken ke 42 di Malaysia. Dalam Texas Chicken tu la ada Tex Café yang Maha ceritakan tadi. Kalau korang jalan-jalan dalam Suria KLCC tu kat level Concourse akan terserempak dengan kafe dan restoran ni. 

 
 
Bagi Maha restoran ini ia agak besar nak dibandingkan dengan cawangan lain yang pernah ada kat Malaysia ni. Jadi bestnya masa ni lah korang bukan sahaja boleh nikmati ayam goreng yang memang menjadi kegilaan ramai juga burger yang besar bersaiz XL. Korang juga boleh nikmati hidangan kafe yang lebih relax, simple dan sedap.


 


Kalau korang nak minuman kat kafe ni ada pilihan sejuk dan juga panas untuk Cuppuccino, Latte, Espresso dan Chococlate. Manakala untuk dessert yang manis-manis dan sedap-sedap kat sini korang boleh pilih antara Honey- Butter Biscuits, Chocolate Chip Biscuits, Marble Cheesecake, Chocolate Volcano, Chocolate Chip Muffin dan Red Velvet With Cheese Muffin


Cuppuccino, Latte dan Chococlate

Paling Maha suka kalau nak sambil lepas kerja makan-makan petang sebelum balik nak redakan jem Maha akan pilih chocolate panas dan juga  Red Velvet Muffin sebab kat tengah muffin tu ada cheese sedap gila. Tambah-tambah sekarang musim hujan bila petang jadi nak balik terus ke rumah memang jem baik lepak-lepak kat kafe macam ni dulu dengan makanan yang lite-lite jer.

Chocolate Chip Muffin dan Red Velvet With Cheese Muffin

Chocolate Volcano

Chocolate Chip Biscuits dan Honey- Butter Biscuits

Marble Cheesecake

Kalau rasa nak duduk lama sampai malam boleh order makan berat seperti ayam goreng yang tak pedas atau yang pedas. Ayam goreng mereka memang garing dan rangup diluar tapi lembut kat dalam. Tak pun korang leh order Mexican Burger ini yang ramai orang kata saiznya besar dan kenyang makan seketul.


Mexican Burger

Spicy Chicken

Ada juga Mexican Wrap bagi yang nak konsep bungkus bersama dengan minuman yang boleh refill ikut suka korang berapa kali bersama Coleslaw dan Mashed Potatoes. Jadi tak perlu nak pergi banyak tempat dalam satu restoran semua ada boleh kenyang perut balik rumah muka happy betul tak.



Lepas ni tahu dah mana nak pergi kalau perut lapar hehehehe. Ada pula konsep kafe kat tepi tu lagi menarik. Jalan-jalan kat shopping mall ni nanti boleh cuba sendiri restoran Texas Chicken dan Tex Café bawa anak-anak pun sesuai. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera.

Promosi dan info lanjut layari 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5



Belajar Memasak Menggunakan Produk Pacific West Dalam Cook Show with Celebrity Chefs

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni nak belajar memasak ni macam-macam cara selain daripada online kena juga datang program memasak macam ni. Sebab ada ilmu baru yang akan korang boleh dapat macam yang Maha pergi baru-baru ini di Cook Show with Celebrity Chefs di Shah Alam.



Bersempena dengan Karnival Tefal, Pacific West telah bekerjasama dengan Tefal untuk memberi ilmu memasak menggunakan produk Pacific West yang banyak. Kalau selalu kita bila masak Fish Fillets macam mana mesti goreng sahaja lepas tu makan dengan sos atau mayonis. Tapi bila datang ke sini ada cara baru lebih sedap dan pelbagai yang di ajar oleh barisan chef terkemuka Malaysia.




Hanya menggunakan Cheezy Fish Fillets produk terbaru daripada Pacific West pelbagai hidangan tempatan dan modern korang boleh buat. Fish fillets ini adalah inovasi baru dimana mereka menambahkan cheese sebab orang kita suka makan cheese bukan. Campuran Mozarella cheese dan keju Nacho premium kemudian disalut dengan serbuk roti Jepun memberikan rasa yang rangup.


Pada hati tu ada 3 orang chef terkemuka menyediakan 7 hidangan sihat untuk dipelajari. Chef pertama iaitu Chef Leong mengajar cara memasak resipi Trio Canapé Cheezy Fish Fillets, Cheezy Fish Wholemeal Sandwich dan Cheezy Fish,Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower. Pertama kali Maha belajar cara membuat Crisp Onion Flower mudah rupanya sedap lak tu lepas ni leh buat kat rumah.

Chef Leong

Trio Canapé Cheezy Fish Fillets

Cheezy Fish Wholemeal Sandwich

Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower

Lepas tu pula Chef Dr Ezani juara Masterchef Malaysia musim pertama Maha tonton rancangan tu sampai habis ok. Beliau menyediakan dua resipi yang menggarapkan produk ini kepada masakan Malaysia. Korang mesti tak percayakan boleh buat masak tiga rasa dengan guna produk Pacific West. Hari tu Chef Dr ni masakkan Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce dan Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets bau habis satu dewan buat semua orang terliur.

Chef Dr Ezani

Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets

Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce

Manakala 2 lagi menu sihat ini daripada Chef Bryan iaitu chef untuk Yum Yum Publications. Resipi mudah beliau Crispy Calamari with Pickles dan Tempura Fish Fillets and Mixed Vege Spring Rolls. Yang ni menggunakan banyak sayur tapi tetap sedap dan menarik.

Chef Bryan

Crispy Calamari with Pickles dan Tempura Fish Fillets

Sikit pasal produk Pacific West yang Maha tahu lah ia adalah produk yang pastinya Halal oleh JAKIM. Kualiti tiada tandingan mereka menggunakan makanan laut dan bahan makanan yang memenuhi piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa dengan pengesahan BRC, IFS, HACCP dan YUM!.



Mana pula nak dapatkan semua produk Pacific West sekarang dah ada di semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi. Selamat mencuba semua ok nanti Maha share resipi setelah mencuba semua ini ok. Selamat menjamu selera.

Maklumat lanjut, sila hubungi :
Pacific Careline : 1800 888 389 






Tak Perlu Ke New Zealand Untuk Nikmati Produk Mereka Pergi Pasaraya AEON Semua Ada

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang suka buah Kiwi, sayur Beetroot, coklat Whittakers, produk tenusu seperti Anmum, Fernleaf, Anlene dan banyak lagi tak perlu terbang jauh ke New Zealand. Sekarang dah boleh dapat di semua 7 cawangan AEON seluruh Malaysia.


Walaupun produk ni ada yang memang dah biasa masuk ke Malaysia tapi tak semuanya kita tahu dan kita pernah cuba. Kali ini sempena dengan Taste New ZealandFood Fair yang melanda semua cawangan AEON korang boleh dapatkan promosi produk keluaran negara sejuk ini dengan mudah. 



Kempen ini dianjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise (NZTE). Mereka akan buka booth di semua cawangan bermula 30 November hingga 10 Disember 2017 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan lebih daripada 150 produk segar dan terbaik. Korang nak rasa, nak makan atau nak beli dengan harga hebat serta memenangi hadiah lumayan datang ke booth mereka dan selfie.



Maha juga suka produk New Zealand antara yang pernah Maha cuba adalah Chocolate Whittakers dan juga Pure South New Zealand iaitu daging mentah yang empuk. Tapi kali ini lain sikit Maha di bawa untuk memasak menggunakan produk khas dari negara motis filem 'Loard Of The Ring' ni. Nak kena masak lagi hehehe tak apa yang penting ilmu itu.



Kali ni lagi rasa macam student betul-betul masuk kuliah dimana kami dibawa ke Berjaya University Collage. Masuk mereka punya dapur student untuk memasak yang kami sendiri tak tahu apa dia. Hari tu kami diberikan tunjuk ajar oleh seorang pengajar chef dari kolej ini. Tapi bukan masak-masak biasa yer kami dalam konsep pertandingan nak tengok siapa paling expert masak makanan barat.


Sebab hari tu kami di ajar untuk memasak 2 resipi pilihan iaitu menggunakan mussels and juga daging daripada ladang daging terbesar di sana. Alhamdulillah hari tu memang Maha dapat banyak sangat ilmu dimana kami diajar bagaimana nak memasak sesuatu bahan mentah itu menjadi hidangan yang enak dan mahal.


Hari tu kami kena berkumpulan jadi Maha pilih Kak Dhia dia otai memasak dan Mahamemang mengaku tak pandai pun nak masak steak apatah lagi kupang tu. Chef masa tu ajar kami 3 resipi yang memang best juga lah belajar tengok chef buat laju jer tapi banyak juga ilmu yang masuk. Selepas chef mengajar giliran kami pula untuk memasak dan akan dinilaikan oleh juri profesional.


Maha dan kak Dhia dah set nak masak Mussel memang wajib dan juga Daging Goreng tu jer sebab tak reti nak buat steak. Rupanya nak masak Kupang tu sangatlah mudah dan senang sebenarnya. Paling penting tips pertama kena rasa dulu kupang tu masin atau tidak agar kita tidak terlebih meletakkan garam. Kalau ada masa Maha akan share resipi ni ok.


Kemudian resipi kedua daging goreng yang ni pun mudah jer macam masak daging biasa daging goreng black paper satu tips daging ni tak boleh masak terlalu lama atas dapur nanti ia liat. Masa diberikan 30minit sahaja untuk dua resipi ni korang rasa boleh siap. Tapi sebab tunjuk ajar chef ni maka kami semua dapat siapkan resipi. Adat pertandingan ada menang ada kalah dan tak ada rezeki kami nak menang hehehe.



Apa pun pengalaman memasak menggunakan produk daripada New Zealand ini memang memerlukan pengatahuan. Tapi kalau kita pandai mengolahnya ia juga mampu jadi sangat mudah. So tunggu apa lagi boleh lah cuba produk mereka yang banyak kat pasaraya AEON seluruh Malaysia. Kalau tak tahu nak masak apa boleh tengok resipi kat Youtube Channel Mahamahu harap ia dapat membantu korang semua ok. Selamat mencuba semua.







Pattani Daerah Indah Gabungan Tiga Budaya - Thailand FAM Trip Growth Triangle

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pada yang selalu follow trip Maha semasa berjalan ker Selatan Thailand mesti ternanti-nanti post seterusnya ni. Sorry kesibukan dengan kerja dan juga aktiviti harian maka posting ni tertangguh beberapa bulan. Tapi Maha akan habiskan Thailand FAM Trip Growth Triangle ini sebelum masuk tahun baru.


Lokasi sebelum ini Maha ada ceritakan perjalanan ke Narathiwat sebuah daerah yang paling selatan Thailand dan bersempadan dengan Malaysia. Kali ini pula kita ke daerah ke tiga yang juga penuh dengan lokasi menarik dan juga budaya yang masih banyak kita tidak jelajahi lagi. Perjalanan darat daripada Narathiwat ke Pattani mengambil masa selama 2 jam. 



Kerana hari masih siang lagi kami terus ke satu perkampungan yang ada banyak tinggalan sejarah di sana. Nama kampung ini ialah Kampung Bandar walaupun penat perjalanan jauh tapi seronok sampai sana sebab kami disambut mesra oleh orang kampung. Kami juga dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisional ada kuih-muih seperti Buah Gomok Abu, Tepung Bongkol, Ladhu dan Kerabu Sare

Buah Gomok Abu dan Ladhu

Tepung Bongkol

Kerabu Sare

Lepas kenyang makan petang tu kami percepatkan lagi aktiviti sebab tak nak sampai lewat malam kerana kami akan naik boat untuk melihat lokasi permakaman diraja tinggalan lama. Kampung ini baru memperkenalkan ekonomi pelancongan mereka melalui aktiviti merentasi Sungai Pattani. Perjalanan menaiki boat ambil masa selama lebih kurang 20 minit dan kami sampai ke makam diraja tersebut.





Makam raja ini diberi nama makam Raja Biru, Raja Hijau dan Raja Ungu iaitu 3 adik beradik diraja zaman kegemilangan raja Islam di Pattani dahulu kala. Kami kat sini kejap jer sebab hari dah malam dan lepas habis tu kami terus gerak ke hotel penginapan kami di Pattani.


Terima kasih kepada C.S. Pattani Hotel kerana menyediakan penginapan mewah kami kat sini best gila duduk hotel ni. Kalau sapa bercuti kat sini boleh bermalam kat hotel ni best memang selesa. Satu lagi yang menariknya hotel ni sebenarnya ia ada muzium rahsia yang hanya dibuka kepada tetamu khas sahaja.






Muzium yang menempatkan simpanan barangan ukiran kayu dan tembaga yang sangat unik serta kreatif. Kalau korang tengok sini semua dijaga rapi dan disimpan teratur untuk menjami keasliannya. Kami yang menjadi tetamu ini sahaja dibenarkan masuk ke muzium ini. Kalau korang nak masuk tengok hasil seni mereka ni boleh minta dengan pihak hotel.


Lepas tu kami menaiki Tram ini untuk berjalan-jalan sekitar Bandar Pattani. Tram yang disediakan ini memang disediakan untuk pelancong menjelajah dalam bandar. Kami terus pergi ker masjid terbesar yang ada di dalam daerah Pattani ini. Ini lah dia Masjek Jamek Pattani iaitu masjid yang menjadi kebanggan rakyat sini. Reka bentuk yang cantik dan unik menggkagumkan kami yang datang ke sini. Kami tak masuk masjid ini kerana nak cepat hanya bergambar di luar sahaja walaupun itu tetap ramai orang datang yer.




Lepas tu kami pergi lagi satu masjid yang masih kukuh dan utuh di bandar Pattani ini iaitu Masjid Krisik atau orang tempatan kenali sebagai Krue Se Mosque. Masjid ini adalah masjid yang menjadi lambang bertapa utuhnya agama Islam dipertahankan di tanah Pattani ini walaupun diserang berkali-kali. Kalau korang perasan pada dinding masjid ini masih boleh kelihatan kesan peluru serangan zaman dahulu kala untuk merobohkan masjid ini.



Tapi ia tetap kukuh berdiri dan terus digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk solat Jumaat di sini walaupun kita lihat daripada luar nampak lusuh. Rasa begitu kuat perjuangan mereka yang berada di negara bukan Islam ini kita sangat-sangat bertuah yer. Kami sempat menunaikan solat sunat kat dalam masjid ini.




Lepas puas bergambar dan dengar taklimat kat masjid kami bergerak pula untuk ke satu lagi kawasan industri yang boleh dibangunkan sebagai pelancongan menarik di Pattani. Kami melawat kilang ikan masin yang popular di sini iaitu di Kg Tangjung Pauh, Nongchik. Di sini kami diterangkan bagaimana ikan masin ini menjalani proses daripada ditangkap sehingga dikeringkan dan dijual.




Kalau korang tanya harga ikan masin ini boleh mencecah sehingga RM100 Malaysia untuk satu ekor yer. Ikan yang digunakan ini adalah Ikan Selangi namanya dan ia boleh goreng macam tu sahaja makan bersama dengan nasi putih perah limau dan potong cili padi sikit memang menyengat. Maha beli juga seekor bawa balik mereka akan bungkuskan kemas-kemas.




Dah puas seharian kami berada di daerah Pattani ini dan dah banyak tempat menarik serta makanan yang sedap-sedap kat sini yang kami telah cuba. Lepas tu kami gerak pula ke daerah yang ke empat dalam siri jelajah kami di Selatan Thailan iaitu Songkla. Nanti Maha cite untuk next post lak ok. Jadi apa lagi rancanglah cuti sekolah ni untuk ke negara jiran ni dekat jer tak jauh pun naik kereta boleh. Selamat bercuti semua.







Mengenali Ikan Fjord Trout Dari Norway Dan Perbezaannya Dengan Ikan Salmon Biasa

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Minggu lepas dan minggu ni banyak betul Maha belajar memasak kalau tak pandai lagi tak tahu lah hehehe. Tapi semua ini ilmu memasak cara orang luar makan. Kali ini pula masak ikan dari laut sejuk yang ramai orang suka.


Kalau sebut negara Norway apa yang korang fikirkan? Maha baru tahun yang negara ini adalah pembekal makanan laut kedua terbesar di dunia. Selalu kalau sebut Salmon semua orang dah tahu tapi kali ini ikan Fjord Trout. Sebenarnya kalau tengok lebih kurang jer dua jenis ikan ini tapi yang ni special sikit ia diternak dalam laut sejuk ada ais.

Gunn Jorid Roset, Duta Besar Norway ke Malaysia

Jon Erik Steenslid, Pengarah Asia Tenggara Norwegian Seafood Council

Majlis hari tu dimeriahkan sama tetamu VIP iaitu Duta Besar Norway ke Malaysia Gunn Jorid Roset yang juga bengkel ini dianjurkan oleh Norwegian Seafood Council. Sebelum bengkel memasak tu kami kenal dulu dari mana datangnya ikan Fjord Trout dan apa bezanya dengan ikan Salmon biasa. 


Ikan ini diternak dalam kolam di tengah laut sejuk yang dibangunkan sendiri oleh mereka bagi menyediakan bekal secukupnya untuk export. Ikan ini boleh membesar sehingga 2 ke 5 kg sahaja dan saiz lebih kecil daripada Salmon biasa. Ikan ini diberi makan palet khas yang mengandungi pelbagai kesihatan untuk pembesaran ikan ini. Paling ketara ikan ini bebas daripada cacing dalam daging ikan yang kita tidak lihat kalau dimakan mentah.

Trout Fjord daging merah jingga dan sebelah sana adalah Salmon biasa




Manakala perbezaan daripada dua ikan ini yang sangat ketara adalah dari segi fizkal ikan dimana kepala ikan Trout Fjord adalah lebih bulat dan salmon lebih tajam. Manakala beza warna antara Trout Fjord lebih merah jingga manakala Salmon lebih berwarna merah jambu. Korang suka yang mana hehehe.

Chef Jimmy Chok

Lepas tu pula kami masuk bengkel memasak yang diketuai oleh Chef Jimmy yang telah berpengalaman masak ikan ini lebih 10 tahun. Menurut kata chef ini daging ikan ini sangat sesuai untuk dimasak masakan tempatan seperti masak lemak, masak kari asam, masak asam pedas dan macam-macam lagi. Mulai sekarang kita boleh gantikan ikan yang biasa digunakan dengan daging ikan ini memang sedap katanya.




Tapi hari tu kami diajar cara masak paling mudah iaitu menggoreng ikan ini atas kuali sahaja. Memang tengok chef ini buat mudah mula-mula kena masak bahagian yang ada kulit dulu sehingga garing. Lepas tu terbalikkan sebelah lagi dan kemudian kiri dan kanan ikan ini sehingga kita rasa ia cukup masak tak perlu lama.





Lepas dah goreng ikan tu tanpa minyak kemudian dihidangkan dengan Manga Salsa sangat nampak mewah dan ala hotel 5 bintang. Semua tetamu yang datang juga dihidangkan dengan daging ikan ini yang di salai dan gaya sashimi bagi memberi perbezaan rasa dengan daging ikan salmon biasa. Bagi Maha daging ikan ini lebih rasa kenyal dan padat nak banding salmon biasa dan Maha suka. 



Habis makan tu baru lah kami semua dibawa ke dapur yang disediakan oleh KDU University College Shah Alam. Time kami semua lak untuk memasak mengikut cara yang diajar oleh chef tadi. Kat situ baru kita tahu sebenarnya nak masak ikan macam ni tak ada masa yang tetap. Ini kerana tempoh memasak atas kuali mengikut apa yang kita nampak dan rasa. Itu nasihat daripada chef yang berpengalaman. 


Setiap bahagian ikan tak sama tempoh memasak jadi kita kena kenal pasti daripada deria mata dan rasa kita. So lepas ni Maha dah expert nak masak ikan special ni. Korang boleh dapatkan produk makanan laut dengan mencari logo Seafood From Norway kerana ia menjadi logo dagangan yang melambangkan kesegaran dan produk berkualiti daripada negara Norway. Selamat memasak semua.






17 Menu Baru Di Hui Lau Shan Masih Mengekalkan Health, Leisure Dan Style

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masa untuk nikmati minuman yang segar dan sihat pastinya daripada Hui Lau Shan Dessert Healthy. Kali ini mereka memperkenalkan produk minuman baru yang lebih berinspirasi kepada dunia kehidupan yang mementingkan kesihatan dan keaslian.



Memperkenalkan 17 minuman baru mereka yang terdiri daripada siri Fruitpucino Coconut Milk, Coconut Milk Blocha dan Misteri Gotcha. Maha mula-mula tak tahu juga apa itu semua tapi bila dah pergi rasa sendiri kat cawangan mereka baru tahu sedapnya. Kena cuba sendiri sebab kalau Maha cerite kat sini tak dapat nak bayangkan betapa rasa kesegaran dan kehalusan minuman dalam setiap tegukkan itu wow.



Dalam banyak-banyak ni Maha paling suka adalah siri Misteri Gotcha. Ia terdiri daripada 4 jenis minuman baru yang menyihatkan ala-ala macam detox punya rasa. Dalam siri ini pula terdapat minuman seperti Goji Gotcha, Endeavour Gotcha, Rosemary Garden Gotcha dan Butterfly Pea Gotcha. Cuba korang teka mana yang Maha paling suka.

 Endeavour Gotcha, Rosemary Garden Gotcha, Butterfly Pea Gotcha dan Goji Gotcha


Mestilah Goji Gotcha ini kerana ia mengandungi air Teh Hijau Jasmine sebagai asasnya, ditambah pula dengan biji Goji Hitam dan pelbagai buah-buahan segar seperti Mangga, Tembikai Merah, Passion Fruit, limau dan strawberi. Tengok dalam minuman ni penuh dengan buah dan rasa sangat seimbang menyegarkan.


Minuman yang agak unik dan menarik selalunya kita tahu kalau minum Cendol ada Santan dalamnya betul tak. Tapi dalam siri yang baru ini mereka memperkenalkan 4 lagi minuman mengandungi santan juga. Empat minuman tersebut iaitu Mango Mint Fruitpucino Coconut Milk, Matcha Pineapple Fruitpucino Coconut Milk, Dragon Fruit Fruitpucino Coconut Milk dan Watermelon Fruitpucino Coconut Milk.

Mango Mint Fruitpucino Coconut Milk, Dragon Fruit Fruitpucino Coconut Milk, Watermelon Fruitpucino Coconut Milk dan Matcha Pineapple Fruitpucino Coconut Milk


Yang paling disyorkan dalam keempat-empat ini adalah Mango Mint FruitpucinoCoconut Milk. Ia dibuat dengan mangga berkualiti tinggi segar dimana mangga dicampur sempurna dengan santan tebal. Nak minum pun ada caranya tau kena tuang 45° kecondongan cawan tu agar dapat rasa semua serentak dalam mulut. Best kena cuba sendiri tau.



Kemudian siri yang juga terbaru daripada Hui Lau Shan ini adalah Coconut Milk Blocha. Ini juga didatangkan dengan empat pilihan, iaitu Coconut Milk Peach Blocha, Coconut Milk Earl Grey Blocha, Coconut Milk Jasmine Blocha dan Coconut Milk Rose Vanilla Blocha. Ni pun sama kena minum dengan cara seperti yang Maha bagitahu tadi agar korang dapat rasa campuran kedua-dua rasa.


Coconut Milk Peach Blocha, Coconut Milk Earl Grey Blocha, Coconut Milk Jasmine Blocha danCoconut Milk Rose Vanilla Blocha



Selain daripada minuman tu mereka juga ada pencuci mulut yang baru untuk anda semua pecinta buah-buahan dan manisan. 5 jenis yang boleh dapat melalui on-the-go sahaja iaitu Mango Chewy Ball, Sago Duet, Mango Sago, Mango Coconut Ribbon dan Red Bean Puppy Love. Kalau tanya mana Maha suka untuk pencuci mulut ini maaf tiada jawapan kerana semua Maha suka ok wakakakaka.

Mango Sago, Sago Duet,Mango Chewy Ball, Red Bean Puppy Love dan Mango Coconut Ribbon





Jangan risau kalau korang tanya minuman ini selamat ker atau Halal yer mereka mempunyai sijil Halal JAKIM yang diakui. Jadi tak perlu rasa was-was untuk minum atau makan kat semua cawangan yang ada. Kat Malaysia ini sahaja ada lebih kurang 18 cawangan seperti di 1 Utama Shopping Centre, Berjaya Time Square, Pavillion, Sunway Pyramid, The Garden, Suria KLCC, IOI City Mall, Setapak Sentral, Empire Shopping Gallery, Penang, Alor Star, Melaka, Johor Baharu, Kuching dan Sri petaling.


Promosi Istimewa! Sempena bulan Disember ini, HLS akan mengadakan promosi "Butterfly Pea Gotcha" khas di outlet HLS terpilih setiap hari Khamis. Korang hanya perlu click like di laman Facebook rasmi HLS dan Mango Cottage kemudian tunjukan di outlet terpilih pada masa dan tarikh yang dinyatakan untuk mendapatkan 1 cawan percuma. Terhad kepada 100 pelanggan pertama hari itu, manakala diskaun 50% akan diberikan kepada 101 cawan dan seterusnya. Jangan ketinggalan peluang keemasan ini.



Tarikh dan outlet terlibat untuk Butterfly Pea Gotcha Promotion :

Hui Lau Shan Official Fan Page
www.facebook.com/huilaushanmalaysia
Dec 7 Sunway Pyramid, KL (3pm hingga 8pm)
Dec 14 Queensbay Mall, Penang (3pm hingga 8pm)
Dec 21 Aeon Tebrau City, JB (3pm hingga 8pm)

Mango Cottage by Hui Lau Shan Official Fan Page
www.facebook.com/mangocottagehls
Dec 28 Mango Cottage by Hui Lau Shan, Sri Petaling (6pm hingga 10pm)

Sebarang promosi dan maklumat lanjut layari:-
Facebook: www.facebook.com/huilaushanmalaysia
Instagram: www.instagram.com/huilaushanmalaysia







Kurang Pengetahuan Tentang Perbadanan Harta Intelek Malaysia MyIPO Banyak Produk Tiruan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ada lagi peniaga yang masih menggunakan nama Shell Out untuk menu mereka dan juga peniagaan untuk makanan laut yang tuang atas meja tu. Tahu ker anda bahawa Shell Out telah diberikan sijil pendaftaran cap dagangan secara rasmi untuk jenama SHELL OUT.


Maksudnya lepas ni kalau mana-mana pengusaha atau pihak lain yang nak menggunakan nama itu boleh dikenakan tindakan oleh pengusaha yang sah sekiranya didapati bersalah. Sebab itulah sangat penting yer bagaimana trademark atau bahasa kamusnya tanda dagang di patenkan. Masih banyak lagi pengusaha yang tidak sedar akan kepentingan untuk mendaftar harta intelek mereka daripada digunakan oleh pihak lain.
 

Kenali Sejarah Pebubuhan MyIPO

 
Mari Maha kongsikan sikit sejarah bagaimana pelindung harta intelek ini telah di tubuhkan di Malaysia. Sebelum tahun 1983 ia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Ianya kemudian telah ditukar namanya menjadi Pejabat Cap Dagangan dan Paten serta diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Industri.

Pada 27 Oktober 1990 kementerian telah disusun semula dan pejabat ini telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan menukar namanya kepada Bahagian Harta Intelek.

Bahagian ini telah dikorporatkan pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), dengan penguatkuasaan akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Perbadanan mengambil langkah pertama penjenamaan semula apabila singkatan PHIM menjadi MyIPO pada 3 Mac 2005 di Hari Harta Intelek Negara yang pertama.


MyIPO adalah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek i.e. paten, tanda dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan reka bentuk susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Jadi korang dah tahukan apa pentingnya pendaftaran harta intelek ini dan mana badan yang bertanggungjawab. Mereka juga menguruskan beberapa akta yang berkaitan untuk peniaga dan pengguna di Malaysia seperti :

  1. Akta Paten 1983
  2. Akta Cap Dagangan 1976
  3. Akta Hakcipta 1987
  4. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  5. Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  6. Akta Petunjuk Geografi 2000
  7. Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002

 

Tanggunjawab Kita Sebagai Pemilik

 

Apa pentingnya perlindungan ini kepada kita mesti ramai tanya betul tak terutamanya peniaga. Selain daripada untuk di elak daripada disalah gunakan oleh pihak lain mengambil keuntungan atas jenama atau produk yang kita laksanakan ia juga bagi mengekalkan kreativiti dan intelektual rakyat Malaysia. Kalau tak dilindungi makin banyak pihak tidak bertanggung jawab memanupulasi hasil orang lain dan makin maju orang lain betul tak.

Kesedaran ini masih pada tahap rendah lagi tapi ada mereka yang dah tahu akan kepentingan pendaftaran harta intelek ini. Maha pun lepas ni kena daftar jenama MAHAMAHU mana tahu kalau tiba-tiba ada orang guna nama ini untuk kepentingan sendiri. Kita makan angin jer orang lain kaut keuntungan beganda-ganda.


Di Malaysia ini mereka masih tidak mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendafatar harta intelek mereka tapi di sesetengah negara ia telah dikuat kuasakan seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Sebenarnya nak mendaftar harta intelek ini tidak kira kecil atau besar sesebuah syarikat itu, pendaftaran harta intelek adalah penting kerana ia merupakan milik atau hak eksklusif bagi membolehkan pihak terbabit mendapatkan bayaran royalti jika digunakan pihak lain.

Sekarang ni korang dah tahu kat mana nak daftar harta intelek ini dan badan yang bertanggunjawab menguruskan sekiranya ia berlaku tuntutan atau penyalah gunaan jenama kita. Tapi nak info lanjut lagi korang boleh pergi ke lawan web rasmi mereka dan hubungi mereka seperti dibawah. Jangan lupa tanggungjawab kita untuk mendaftar pula ok.

Pertanyaan dan maklumat lanjut layari :





Nikmati Masakan Tradisional Pahang Dipuncak Paling Dingin Resort World Genting

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Malu sebagai orang Pahang kalau Maha sendiri tak tahu makanan tradisional orang Pahang sendiri. Selalu tahu Masak Tempoyak Ikan Patin jer rupanya ada banyak lebih daripada 50 hidangan semuanya. Kat mana kalau korang nak cuba semua hidangan ini dalam satu buffet yang menarik.


Kebetulan bersamaan dengan Tahun Melawat Pahang 2017/2018 pihak Resort World Genting melalui Coffee Terrace mengadakan promosi makanan pahang yang bermula dari 8 Disember hingga 17 Disember 2017 ini. Promosi ini diadakan untuk buffet lunch dan juga dinner tapi specialnya membawakan makanan popular seluruh negeri Pahang.




Tema mereka adalah "Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang" memang kena datang cubalah sebab semua masakan Pahang yang disediakan chef dari negeri Pahang sendiri. Apa makanan Pahang yang korang tahu selain Ikan Patin Tempoyak tu. Daging Opor tahu tak? Atau Nasi Kebuli?






Semua ini ada disediakan di sini Maha berkesempatan untuk naik ker Genting bagi menikmati semua hidangan ini memang tak sia-sia. Ia adalah satu usaha yang sangat berbaloi kalau korang naik ker Genting dan makan lepas tu turun balik KL memang puas hati. Makanan semua sedap dan menepati rasa Pahang tu.





Contoh paling ketara adalah Masak Sambal Hitam memang susah nak cari kat banyak tempat tapi kat sini chef sediakan sendiri yang mereka masak setiap hari. Kemudian ada Sambal Tempoyak dan Sambal Belacan yang padan makan dengan ulam-ulaman kampung seperti Jering, Petai, Pucuk Ubi Kayu dan macam-macam lagi.



Promosi makanan Pahang ini bukan sahaja untuk pelancong yang datang ker Genting tapi orang Malaysia sendiri yang tak tahu tentang makanan tradisional kita. Maha paling suka adalah Puding Raja, Puding Pahang dan Lompat Tikam. Itu dessert yang palign susah nak cari kat KL ni kalau ada pun harga jauh sangat mahal.




Juga kat sini korang boleh dapatkan iaitu Laksa Pahang yang menggunakan daging ikan tenggiri dan dimasak dengan sedikit santan jadi ia berlemak. Maha baru dapat cuba memang menarik tertarik. Kemudian daging Kambing Bakar yang makan bersama sos Asam selalu kita makanan barat makan bersama sos lada hitam betul tak.





Banyak lagi lah Maha nak cerita sini tak habis memang best korang kena datang sendiri cuba semua menu-menu mereka. Lauk pauk masakan Pahang kat sini akan berubah setiap hari. Kata chef ini mereka mengembara ke serata Pahang untuk cari makanan tradisional yang sebenar dan ini apa yang mereka temui paling betul-betul Pahang. 

Kalau harga pula ada beberapa rate berlainan mengikut waktu :-

Makan tengah hari 
Dewasa RM48.00 nett
Kanak-kanak RM24.00 nett

Makan Malam 
Dewasa RM82.00 nett
Kanak-kanak RM41.00 nett

Kalau korang nak cari makanan seperti Daging Singang, Gulai Lemak Siput, Gulai Asam Rong, Udang Sambal Petai, Udang Lemak Cendawan Tiram, Hati Ayam Masak Sambal Kacang Panjang, Sup Tulang Rusuk, Kerabu Daging, Kerabu Pucuk Paku dan Kerabu Kerang & Taugeh. Kemudian pencuci mulut pulak ada Sira Labu, Pengat Nangka, Ubi Rebus dan Satay Ayam dan Daging.







Selain itu juga mereka ada membawakan barangan sejarah yang dipinjamkan daripada Muzium Pekan untuk di pamerkan di sini. Contoh macam Acuan Kuih Bahulu, Cerek Tembaga, Kukur Kelapa dan macam-macam lagi. Korang boleh lihat sambil makan sambil tengok pameran yang disediakan di sini. Jadi tunggu apa lagi datang lah dan nikmati makanan Pahang ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Tempahan dan pertanyaan layari : 
Laman web : www.rwgenting.com
Tel : 03-2718 1118

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




Hadramawt Kitchen Wangsa Maju Roti Lebih Besar Dari Dulang

$
0
0
Salam sejahtera kepad semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nak ucapkan terima kasih kepada Kak Ana kerana baru-baru ini sudi belanja Maha makan kat Restoran Arab. Dah lama sebenarnya tak makan makanan Timur Tengah ini bila ada peluang keemasan macam ni memang tak lepaskan lah.


Walaupun lokasi kali ini agak jauh sikit dari rumah tapi tetap gigih untuk drive sampai ker Wangsa Maju untuk makan kat restoran Hadramawt Kitchen. Restoran ini terletak sebelah jer dengan Wangsa Walk kalau korang berada dalam mall tu kena keluar daripada mall dan menghala ker Wangsa 118 nama bulding tu.



Restoran ni dah boleh nampak dari tepi jalan senang nak cari parking pun senang kat bawah bangunan tu ada banyak masuk jer. Maha bersama beberapa orang kawan blogger lain kami macam buat pertemuan kecillan nak meraikan hujung tahun ni. Nak bincang apa yang kurang dan apa yang lebih serta peluang baru untuk jadi blogger lebih maju tahun 2018 nanti gituww.

Chicken Mandy atau Lamb Mandy

Tapi bukan itu yang nak cerita sebenarnya nak cite pasal makanan kat sini memang korang akan dapat semua makanan Arab dan Timur Tengah. Paling popular mestilah Nasi Mandy. Tak kiralah nak Chicken Mandy atau Lamb Mandy memang kuantiti besar. Tengok lah ni kalau datang 4 orang belum tentu boleh habis.


Salad Segar

Selain tu juga ada nasi lain yang popular seperti Kabsa dan Madghout semua datang dengan sos mereka sendiri serta salad segar. Kalau yang tak nak makan berat sangat macam nasi ni korang boleh ambil roti tapi jangan sangka ia macam roti canai kat Malaysia ni yer. Roti ini atau namanya Maulawah adalah lebih besar daripada dulang yang disediakan.

Maulawah

Walaupun roti ni sangat besar tapi ia rangup dan garing bila makan panas-panas. Memang cara orang sana kot makan kena koyak roti ni sikit-sikit dan cicih dengan kuahnya iaitu Fasha. Kuah ini agak masin sedikit tapi ia mengandungi carikkan daging dalamnya kena dengan roti tu jadi gabungan yang mantaplah.

Teh Pudina dan Teh Susu Cangkih

Tak kenyang lagi ker hehehe tapi kar restoran macam ni popular mereka akan suka makan daging tapi kita orang Malaysia dan makan nasi tu keyang dah lah kan. Bagi nak buat semua kekenyangan dalam perut tu kami dihidangkan dengan dua jenis herba teh iaitu Teh Pudina dan Teh Susu Cangkih. Bila sekali hirup memang rasa lega kosong perut nak makan lagi wakakaka.

Khounafah

Last sekali kami makan pula pencuci mulut mereka iaitu Khounafah. Tak silap Maha ini adalah cheese yang diparut dan digoreng kemudian dicampur dengan caramel atasnya sebab rasa pelik tapi sedap. So lepas ni tahu lah mana nak pergi kalau lalu area Wangsa Maju ni untuk makanan Arab. Juga mereka sediakan khidmat penghantaran makanan ke rumah atau pejabat anda tapi ada limit order untuk penghantaran percuma.


Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut tentang khidmat penghantan tersebut ok. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 pagi. Sekali lagi terima kasih pada kak Ana kerana sudi belanja kami makan dan kepada pemilik restoran serta semua staff restoran yang manis dan mesra. Selamat menjamu selera kepada anda semua ok.

Pertanyaan dan promosi hubungi :  
Tel : 03- 4141 9841

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





Viewing all 1343 articles
Browse latest View live


Latest Images