Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1337 articles
Browse latest View live

Membawa Kelainan Dengan Resipi Sriracha Cheesy Smoked Chicken

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yer hari ni satu lagi resipi ringkas dan pastinya sedap untuk dikongsi kepada semua. Resipi nama pelik tapi sebenarnya macam buat burger jer hehehe. Sriracha Cheesy Smoked Chicken buat menu harian anda lain daripada lain.


Kenapa ada nama Sriracha ia adalah daripada nama sos dari produk Lingham's yang digunakan dalam resipi ini. Sos ini rasa lain sikit sebab ia menggunakan pasta lada, cuka distilasi, bawang putih, gula dan garam. Maha suka pasa sos ini sebab ia dapat beri rasa pedas dalam masa sama rasa masam. 


Sebab tu Maha gunakan dalam resipi ini agar dapat memberi pelbagai rasa walaupun kita tak letak perahan limau. Yang pasti produk ini Halal dan boleh dapat kat pasaraya berhampiran kita tak perlu susah nak cari. Jom tengok bahan-bahan yang Maha guna dalam resipi ini tak banyak pun.


Bahan-bahan Resipi Sriracha Cheesy Smoked Chicken

300gram Daging Ayam
1 biji Bawang Besar
2 batang Daun Ketumbar
2 biji Bread Rool 
3 keping Mozzarella Cheese
Lingham's Sos Cili Sriracha



Cara nak membuat resipi ini Maha suka sediakan dalam bentuk video korang boleh tonton sampai habis mudah jer.


Tak susahkan nak buat kalau korang rasa nak banyak cheese tu boleh tabur lagi kat atas bread roll sebelum bakar dalam oven. Nanti lagi banyak dan meleleh cheese sebab ramai orang suka. Cuma Lingham's Sos Cili Sriracha tu jangan isi banyak sangat nanti terlalu pedas pulak. Cuma sebelum guna sos ini kena goncang dahulu baru dapat rasa yang sekata.


Jadi lepas ni boleh lah cuba resipi ni. Korang boleh gantikan dengan daging yang dipanggang kalau tak suka ayam. Tapi kena pasti guna sos Lingham's untuk dapat rasa yang betul-betul kaw ok. Selamat mencuba semua.







Lokasi Baru Asam Laksa Terbaik Penang Ditemui Laksalicious

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bercakap tentang Asam Laksa dan Pulau Pinang memang tak boleh dipisahkan. Kalau ke Penang ada satu kedai laksa yang terbaik korang kena cuba. Maha hari tu dah pergi makan Asam Laksa nya memang tak rugi. 


Nama kedai tu Laksalicious tempat ini mempunyai suasana yang selesa dan kedai masih baru. Ia terletak di celah-celah deretan kedai-kedai klasik yang mempunyai tinggalah sejarah sendiri. Kalau nak cari pergi ker Jalan Hutton di tengah-tengah bandar Penang.


Antara menu Laksa yang ada kat sini korang boleh pilih daripada Penang Nyonya Asam Laksa, Penang Nyonya Lemak Laksa dan juga campuran kedua-dua kuah ni pun korang boleh cuba menarik. Dalamnya juga dihiaskan dengan sayur segar seperti pudina, salad, timun, bawang dan juga nanas. 

Penang Nyonya Lemak Laksa

Penang Nyonya Asam Laksa

Harga sangat berpatutan ini mengikut saiz mangkuk siap ada keropok udang lagi dan tu memberi rasa rangup dalam kesedapan laksa tersebut. Kat sini mee laksanya pun korang boleh pilih ada dua pilihan iaitu mee beras atau mee putih. Kedua-dua mee ini memberi rasa yang lain kepada korang kalau cuba. Maha suka mee beras sebab ia lebih pejal dan tebal.

Mixed Laksa

Prawn Cracker

Selain daripada laksa korang boleh pilih juga makanan pencuci mulut yang lain seperti yang Maha makan ni Crispy Cempedak Roll. Pelik kan selalu kita makan popiah inti sayur jer kali ini intinya adalah Cempedak. Rangup dan juga manis di dalamnya tak caya kena cuba ok.

Crispy Cempedak Roll

Pulak tu makan sambil dibilas dengan air Cendol pulak tu terbaik lah. Kepada pecinta kopi korang kena cuba Vietnamese Drip Coffee ini yang sangat original dan pekat. Susah nak dapat kopi ni kat sini.

Cendol

Vietnamese Drip Coffee

So tunggu apa lagi kalau korang datang bercuti atau atas urusan kerja kat Penang kedai Laksalicious ini korang boleh cuba untuk cari kelainan. Tak adalah bosan selalalu makan Nasi Kandar jer betul tak. Selamat mencuba semua ok.


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Masih Ada Yang Tegar Beli Pinggan Mangkuk Viral Lagi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tergerak hati nak tulis pasal pinggan mangkuk viral ini sebab masih ramai lagi yang tak tahu tentang pinggan ini. Masih ramai lagi yang gila untuk beli pinggan yang harga boleh jadi serendah RM2 - RM5 tu.


Memang betul pinggan tu cantik dan juga pinggan tu sangat unik. Sebenarnya Maha nak bagi tahu tak salah nak beli pinggan tu sebab tu duit masing-masing. Tapi just nak memperingatkan sahaja takut-takut ada yang terlupa.

Telah keluar dalam akhbar MStar online seorang pensyarah kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi memberi tahu bahawa bahan kimia yang digunakan untuk hiasan dan corak di atas pinggan itu diragui kebaikannya. Sekiranya digunakan kerap kali untuk menghidang makanan ia akan memberi kesan buruk jangka masa yang panjang pada pengguna.


Nasihat beliau kalau nak beli tak salah tapi ia dijadikan pinggan hiasan sahaja di rumah atau kalau nak juga guna jangan isi dengan makanan yang panas dan makanan berasid tinggi. Kesan buruk yang datang kepada pengguna bukan jangka masa yang cepat tapi ia memberi kesan untuk masa yang lama dibimbangi ia akan mempengaruhi kehidupan kita terutama anak-anak.

Bagi Maha sendiri pun nak beli pinggan ini tak salah beli lah berapa banyak pun cuma cuba elak gunakan pinggan ini. Sekadar untuk hiasan kat rumah atau nak buat cenderamata boleh lah. Walaupun ia menghakis dengan perlahan tapi kita tak tahu jangka masa panjang. Ini kerena pengeluar pinggan tu sendiri tidak dapat buktikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan corak atas pinggan itu selamat atau tidak.


Jadi kita sebagai pengguna jadilah pengguna bijak dan bukan kerana ikut perasaan sebab ia dah viral. Ramai lagi kawan Maha hari-hari sebut pergi beli pinggan mangkuk viral tu yang ada jual kat area Pasar Seni. Tambah-tambah sekarang ni ada MRT lagi mudah untuk orang pejabat nak akses ke sana. Ini bukan larangan ok tapi peringatan sahaja jangan salah faham pulak. Selamat membeli semua.


*Gambar daripada carian Google





Kelainan Hidangan Makanan Laut Didalam Periuk Kukus Di Kungfu Steam Seafood Puchong

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa yang korang fikir bila sebuat pasal seafood ni mesti ingat ia steamboat betul tak. Tapi mungkin ini akan mengubah pandangan korang tentang makanan laut dan steamboat.


Satu restoran steam yang ini menyajikan hidangan steam bukan steamboat yang biasa kita makan. Kungfu Steam Seafood yang terletak di Bandar Puteri Puchong menyajikan makanan laut segar dikukus atas meja. Dengar cerita pemilik restoran ini membawa konsep ini dari negara tembok besar China.




Masa mula Maha sampai kat luar restoran ni korang dah disajikan dengan akuarium makanan laut segar. Ada udang galah, ada ketam, ada ikan, ada kupang, lala dan macam-macam lagi yang korang boleh pilih untuk dimasak didalam restoran nanti.



Ruang dalam restoran sangat luas dan selesa memberikan rasa suasana makanan restoran mewah. Ada 3 tingkat semua sekali Maha duduk yang bawah sebab senang nak pilih lauk. Meja pun ada yang untuk 4 orang makan atau juga meja 10 orang makan untuk satu keluarga sangat sesuai. Terdapat tandas dan juga ruang terbuka yang selesa.



Hari tu memang penuh lah perut dengan makana laut sebab dari mula sampai habis semua jenis Maha dapat rasa. Konsep sini mudah sahaja ada satu periuk kukus kat tengah meja dimana lapisan bawah sekali mereka akan isikan dengan beras dan juga pilihan makanan laut seperti Ketam atau sebagainya. Nanti korang akan tengok hasilnya beras tu apa akan jadi akhirnya.



Kemudian kat atas tu baru mereka kukuskan dengan pelbagai makanan laut dimulakan dengan Kepah. Kepah ni harga RM4.80 per 100gram tapi minima kena order 300gram tau. Kukus tak lama pun dalam 3 ker 5 minit sahaja pastu siap dan boleh terus makan bila tudung periuk tu dibuka. Jadi kita rasa kesegaran dan kemanisan makanan laut ni orginal ok.



Kemudian dah habis bahan tadi next step lak kukus Tiger Prawn. Saiz udang ni besar dan isi yang penuh buat korang rasa tak sabar nak makan. Harga RM12.80 per 100gram tapi udanga tak perlu makan lama juga cuma 3 minit sahaja dah cukup sehingga warna kemerah-merahan tu.



Seterusnya pula kukus Red Snapper atau Ikan Merah. Harga untuk ikan RM9.80 per 100gram jadi kalau rasa nak puasa beli yang besar terus baru banyak leh makan. Yang ni bagi Maha saiznya sedang jer. Sekejap jer nak habiskan ikan ni dah habis sambung lak kukus Garlic Scallop with Glass Noodle. Memang saiz sangat besar dan harga Scallop ini RM19.80 per 100gram.


 



Selain daripada makanan laut ada juga protein yang korang boleh pilih macam yang Maha ambil ni iaitu Enoki Chicken Roll iaitu daging ayam gulung dengan cendawan Enoki. Harga pula yang satu set RM16.80 sahaja. Makan makanan laut kena seimbang dengan sayur-sayuran baru sihat. Terdapada pelbagai pilihan tapi yang Maha ambil ni Mix Vegetables dan juga Mix Mushroom harga RM19.80 untuk saiz besar.





Lepas last dah habis semua makanan laut tadi dikukus masa untuk kita tengok apa jadi pada beras dan ketam kat bawah periuk tadi. Taraaa tu dia jadi bubur nasi yang sangat menggiurkan kerana bubur ni dapat rasa semua jus makanan laut yang kita kukus tadi. Memang dapat rasa pekat dan juga masam, masin dan manis makanan laut. Kemudian campur pula dengan daun bawang, daun ketumbar, halia, bawang goreng dan macam-macam lagi.



Macam tu lah bagai mana makanan kat sini diserve pada korang tak ada sup ok. Tapi semua makanan kukus tadi sangat sihat dan nak lagi sedap makan dengan sos-sos yang ada kat sini banyak pilihan lebih daripada 20 jenis sos. Maha paling suka adalah Thai Sos dan Sweet Sos, ada yang pedas sangat dan sederhana pedas ikut suka korang lah nak pilih.




Last sekali mesti kena ada minuman kan kat sini ada minuman segar seperti ni Air Kelapa Muda. Kemudian ada juga Lemongrass Laici, Honey Lemon dan macam-macam yang boleh kembalikan kesegaran lepas makan makanan panas. Kalau korang nak rasa kelainan ini boleh lah datang ker Kungfu Steam Seafood yang ada dua cawangan setakat ni satu lagi kat Sunway. Restoran ni belum ada sijil Halal tapi mereka No Pork dan No Lard ok. So korang rasa nak cuba tak, jom terjah selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan layari :
Facebook : Kungfu Steam Seafood Puchong
Waktu operasi :  10:30pagi - 2:30petang (makan tenghari)
                           11:30pagi -11:00 malam (Steam Seafood)
Alamat : No. G-13A, Jalan Puteri 7/13A
              The Cube, Bandar Puteri
              47100 Puchong, Selangor
Tel :  016- 213 2828

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5









Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong Juga Terkenal Di Pulau Pinang

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau Penang memang orang akan cari Nasi Kandar lah dan yang popular mestilah Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Line Clear dan ada beberapa lagi. Tapi tu dah biasa boring betul tak.


Apa kata korang cuba Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong yang orang kata sekarang ni dah cukup popular kat Penang dan mula mendapat perhatian pengunjung. Maha hari tu mula-mula nak pergi tempat nasi kandar yang biasa tu tapi ramai sangat orang dan juga parking pernuh. Jadi Google lah satu dan jumpa restoran Deen ni terus cuba.



Sebab orang kata kat sini pun tak kurang hebatnya masakan mereka dengan lauk yang banyak dan besar dan rasa yang pekat. Korang kena sampai awal ok kalau dalam pukul 3 petang tu memang tak ada dah lauk dan korang akan makan nasi putih jer hehehe. 



Kat sini macam kedai Nasi Kandar lain juga korang kena beratur untuk ambil nasi dan pilih lauk atau korang boleh suruh mereka hantar makanan dalam bentuk makan berhidangan dengan pelbagai pilihan lauk yang korang nak. 



Biasalah kat Nasi Kandar lauk yang ada dan popular mestilah Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng, Udang Goreng, Sotong Goreng, Telur Rebus dan juga sayur-sayuran seperti kacang bendi dan juga terung. Pasti korang akan pilih Kari Daging atau Ayam dan juga ada paru dan juga hati di masak kicap.


Memang kalau makan Nasi Kandar ni tak lekat bau kat tangan walaupun dah dibasuh dengan sabun tak sah. Itu menandakan ia memang dimasak dengan penuh rempah dan juga cara yang sangat lama. Itu yang membuatkan ia menjadi kegilaan ramai orang bila datang ker Penang ni. 



Satu pinggan yang Maha makan ni dalam RM8 ke RM9 sahaja ok lah tu kan. Tak masuk minuman dan kalau makan nasi kandar mesti kena minum dengan Cendol atau Air Kelapa baru kena. Restoran Deen Nasi Kandar ni buka setiap hari tapi ada waktu mereka akan tutup untuk kemas barang dan buka semula pada waktu malam. 


Jadi mungkin ni boleh jadi salah satu pilihan korang untuk cari Nasi Kandar terbaik kat Penang ni selain daripada yang selalu orang sebutkan. Maha pun suka sini sebab tempat agak selesa dan juga parking macam biasa susah juga nak cari. So datang Penang kena makan Nasi Kandar walau kat mana yang korang rasa sedap ok. Selamat mencuba. 


 



Jom Sertai Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang kaki contestkan ni Maha bawakan kepada korang satu peraduan untuk semua rakyat Malaysia. Hadiah bukan calang ok peraduan yang bolehkan korang menang barang elektrik untuk keperluan rumah.


Semperna dengan bulan kemerdekaan ini produk minuman pilihan rakyat Malaysia iaitu Pokka menganjurkan 'Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka'. Korang mesti tengok hadiah dulukan sebelu masuk peraduan betul tak sama lah ngan Maha.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat banyak berjumlah RM10,500 seperti : -

Hadiah Utama
Peti Sejuk Bernilai RM5,000 x 1 pemenang

Hadiah Kedua
Peti Sejuk bernilai RM3,000 x 1 pemenang 

Hadiah Ketiga
Ketuhar Stim bernilai RM1,500 x 1 pemenang

Hadiah Saguhati
Baucar Giant bernilai RM100 x 10 pemenang


Gila tak best 13 orang pemenang boleh dapat hadiah yang istimewa ini. Peti sejuk rasa nak juga lah sebab kat rumah Maha peti dah lama waaaaa. Cara nak menang kena ikut step-step yang mudah ini sahaja ok.

1. Beli mana-mana produk Minuman Pokka bernilai RM12.00 minimum (resit tunggal) di GIANT sahaja.

2. Hantar penyertaan melalui 2 cara :

    a) Melalui Pos (boleh dapatkan borang penyertaan di GIANT)
    Isi borang penyertaan dan sertakan resit pembelian dalam satu sampul.

    b) Melalui Whatsapp ambil gambar resit dengan jelas.
    Whatsapp butir-butir di bawah dan lampirkan gambar resit ke 013-6017211 :
    Nama :
    No. Kad Pengenalan:
    No. Resit:
    Lengkap slogan “Asli lagi menyegarkan, itulah ____________ !”

Slogan kreatif (tidak lebih daripada 50 patah perkataan) Simpan resit sebagai bukti pembelian untuk tujuan penebusan hadiah (sekiranyan terpilih sebagai pemenang)


Ingat peraduan Pokka ini berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2017 ini sahaja. Sempat lagi masih banyak lagi peluang korang untuk menang jom kita cuba sekarang juga. Maha pun nak minum sambil boleh menang bestnya dengan Pokka.


Produk baru minuman Pokka Ice Lychee Tea yang telah berada di pasaran dengan rasa yang lebih variasi dan juga memberi pilihan minuman asli kepada rakyat Malaysia. Jadi boleh dapatkan minuman ini sekarang juga di semua pasaraya berhampiran anda.

Terma dan syarat boleh dapatkan di Facebook Pokka.







Semarak Sukan Sea Ke 29 Dengan Champion Meal Di Restoran Kenny Rogers Roasters

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bahang masih terasa lagi dengan semangat Sukan Sea ke 29 yang masih berlangsung di negara kita. Begitu semangat atlet untuk terus pungutkan pingat begitu juga kita rakyat Malaysia semangat untuk memberi sokongan kepada semua atlet negara.


Kadang-kadang kesibukan kita seharian tak sempat nak pergi ke stadium atau juga nak pergi ker lokasi perlawanan berlangsung untuk bagi sokongan. Kali ini dengan makanan juga kita tetap boleh semarakan semangat kejayaan kepada atlet kita. Order sekarang di mana-mana cawangan Kenny Rogers Roasters dengan hidangan terbaru ini.


Sempena dengan semangat Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini KRR Malaysia memperkenalkan Champion Meal yang lain daripada lain. Set ayam panggang kali ini datang dengan 2 rasa baru iaitu Honey BBQ dan juga Spicy BBQ. Set meal ini hanya berharga RM16.90 bersama dengan minuman 100plus.


Maha sempat rasa kedua-dua ini dan pasti yang paling sedap pilihan Maha adalah Spicy BBQ dan ia sangat pedas. Tak sesuai untuk kanak-kanak kot kalau ambil yang ni tapi yang Honey BBQ mungkin sesuai ia lebih manis dan lite-lite jer. 


Tambah hebat lagi meal ini dengan hanya tambahan RM5 korang boleh dapat dua site menu pilihan iaitu pilihan 1 Garlic Toasties + Country-style Chicken Chop dan pilihan 2 Kenny Home-made Muffin + Single Happiness. Rasa cukup tak semua ni.


Tak cukup lagi KRR Malaysia menyediakan pula 3 variasi sos pilihan yang baru bagi menambah kenakan kepada makanan ayam panggang korang. Tiga jenis sos baru yang datang dalam botol ini iaitu Honey BBQ, Spicy Gilerrr... dan Smoked BBQ. Kalau korang rasa tak cukup dengan sos yang diberi boleh tambah dengan sos ini bagi meriah sikit.


Tapi tak semua cawangan yang ada buat sementara ini hanya restoran ini sahaja yang menyediakan sos-sos ini :- 

1) Restoran KRR Mid Valley
2) Restoran KRR AEON Rawang
3) Restoran KRR Nu Sentral
4) Restoran KRR AEON Bukit Tinggi
5) Restoran KRR AEON Shah Alam
6) Restoran KRR IOI Mall
7) Restoran KRR Sunway Putra Mall
8) Restoran KRR Berjaya Time Square 
9) Restoran KRR IOI City Mall
10) Restoran KRR Cheras Leisure Mall 

Tunggu apa lagi mai ramai-ramai bawa keluarga dan sanak sedara makan kat Restoran Kenny Rogers Roasters selagi tawaran masih ada untuk masa terhad sahaja. Tunjuk tanda sokongan anda kepada atlet negara dengan meal ini pasti kita juga rasa semangat seperti atlet. Selamat menjamu selera semua.






Konsep Relak Dan Romantik D Aura Cafe Sambil Menyajikan Bufet Makan Malam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau waktu malam korang suka cari makan macam mana Ala Carte atau bufet. Kalau bufet lak yang jenis lauk macam mana tradisional ker atau western. Kelirukan tambah-tambah hari hujung minggu alang-alang dah keluar jalan-jalan dengan keluarga nak juga makan kat luar betul tak.


Tak apa kali ni Maha nak perkenalkan kepada korang satu restoran yang sangat-sangat baru lagi tapi menyediakan makanan yang sangat-sangat menarik dan sedap. D Aura Cafe yang terletak di Putra Walk Taman Pinggiran Putra Seri Kembangan. Kalau yang jalan-jalan area Putrajaya atau Cyberjaya boleh cuba restoran ni dekat.


Pada mulanya restoran ini adalah pengusaha spa yang popular dan kini memasuki bidangn F&B kerana mereka minat memasak dan juga menyediakan hidangan kepada pelanggan-pelanggan spa mereka. Restoran ni pun sebelah jer dengan spa mereka jadi tak susah lepas buat spa boleh pergi makan teruskan.



Konsep restoran ni pun pemiliknya kata nak terapkan rasa romantik ketenangan kerana Maha firstime masuk dalam restoran ni rasa seronok jer nak seperti berada di restoran luar negara. Dekorasi sudut-sudut seperti English Style dengan adanya mainan Ukulele kat dinding sebagai hiasa juga basikal menjadikan ia sangat romantik.



Warna dalam restoran pun rasa tenang dengan memainkan warna turquoise dan hitam juga putih. Tu belum lagi Maha cite pasal makanan. Kat sini mereka ada makanan ala carte untuk setiap hari tapi promosi mereka sekarang adalah menu bufet untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.




Yang Maha pergi hari tu mencuba hidangan bufet dengan konsep makanan fusion ada local dan western. Walaupun tak banyak pilihan macam bufet di hotel tapi penyediaan dan kesedapannya adalah pada tahap hotel tu yang dijamin oleh pemilik restoran ni.



Korang boleh tengok antara menu bufet yang ada ada Kambing Black Pepper, kemudian local ada Rendang Daging, Ayam Masak Merah dan banyak lagi. Bahagian pencuci mulut pula ada Bubur Kacang Hijau dan Mushroom Soup serta kuih-muih melayu. Tak ketinggalan salad dan buah-buahan segar untuk mengekalkan konsep fusion tu.





Makan boleh sampai kenyang untuk bufet ni tau tiada masa terhad. Harga untuk bufet ini hanya RM38.00 seorang dan kanak-kanak separuh harga. Tapi kalau korang ada plan nak buat private event atau function kat sini memang sangat sesuai. Nak buat party harijadi, anniversary,  reunion, annual dinner, family gathering dan macam-macam lagi pun boleh dan mereka sediakan live band special untuk event korang tu atas request.


Tapi special bagi maha kat sini kalau korang nak buat Candle Light Dinner. Suasana yang romantik dan muzik yang perlahan membuai perasaan bersama tersayang. Mereka boleh sediakan semua keperluan dari dekorasi hingga kepada makanan korang hanya perlu datang bawa diri sahaja.


Restoran ni milik penuh muslim dan ia baru sahaja dibuka pada 5 Ogos yang lalu. Restoran ini beroperasi setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 11.00malam. Jadi nak datang cuba bufet hari minggu ok kalau nak ala carte pun ada boleh cuba. Recommendation Maha pada semua yang cari tempat makanan baru. Selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan hubungi :
Whatsapp : 019-2700 210

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




Cepat, Mudah Dan Lazat Pes dan Sos Segera Dari Ayamas Kitchen

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Zaman sekarang ni semua kena cepat nak masak nak cepat segera dan pasti sedap. Itu yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia betul tak. Maha sendiri pun kadang-kadang memang cari pes segera jer nak masak.


Tapi kali ni korang boleh rasa masakan berlauk dengan pes baru yang dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen. Terdapat 3 pes istimewa memastikan masakan korang lebih cepat dan sedap iaitu Sos Rendang, Pes Kurma dan Pes Masak Merah




Hari tu Maha dijemput untuk bersama menikmati dan melihat bagaimana pes dan sos ini memudahkan kerja memasak di dapur. Hanya kurang daripada 30minit untuk menjadikan makan malam atau makan tenghari keluarga lebih berselera. 




Lauk yang boleh digunakan dengan pes dan sos ini boleh sahaja daging ayam, daging lembu atau juga makanan laut. Cara yang mereka tunjuk sangat mudah hanya perlu panas kuali masukan pes atau sos tadi dan masukan sedikit air kalau nak lemak tambah santan atau stock ayam sahaja. Lepas tu masak sehingga mendidih dan masukan ayam atau daging tadi. 




Nak lagi meriah boleh tambah dalam lauk tu tomato, kentang atau juga bawang besar supaya lebih nampak meriah dan sedap. Satu pek 100gram ni boleh digunakan untuk daging ayam sebanyak 500gram. Kalau nak lagi pekat masukan dua bungkus pes atau sos ini lagi sedap.


Mana nak dapatkan semua pes ini boleh dapatkan sekarang di kedai-kedai Ayamas seluruh Malaysia pada harga RM2.80 sahaja  bagi pek 100gram. Bagi Maha ni sangat sesuai digunakan bukan sahaja masak kat rumah tapi kalau nak travel luar negara. Ia pasti dijamin Halal dan juga senang nak sedia boleh kat sana tak perlu susah-susah dan ambil masa lama nak masak.


Rindu masakan Malaysia ini lah masanya bawa pes dan sos Ayamas ini bersama anda keluar negara atau pos kepada mereka mudah jer. Maha puasa hati juga rasa memang sedap lepas ni mereka rancang nak keluarkan banyak lagi pes lain untuk memenuhi keperluan makanan rakyat Malaysia yang perlbagai. Selamat mencuba semua.

Maklumat lanjut kedai Ayamas layari :
Laman web : www.kedaiayamas.my








Saya Suka Menjadi Rakyat Malaysia Kerana Kita Kaya Dengan Makanan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau Maha cakap Malaysia memang banyak sangat makanan ramai yang setuju betul tak. Macam-macam jenis makanan yang kita boleh dapat kat negara kita ini dan makanan kita juga popular sampai keluar negara.


Pendek kata orang Malaysia ni mati sebab banyak makan tak macam sesetengah negara tak cukup makan. Kita ada makanan kuih-muih yang pelik-pelik seperti Taik Itik, Ondeh-ondeh, Kuih Koci, Tepung Gomak, Kuih Cek Mek Molek, Cucur Badak dan macam-macam lagi semua sedap-sedap belaka.


Lepas tu makanan utama negara kita juga cukup popular bukan sahaja kat negara sendiri tapi sampai ke luar negara. Macam seperti Nasi Lemak sahaja dah cukup popular sampai ker London. Kemudian Satay sendiri juga dah dinikmati oleh orang UK. Apatah lagi Durian Musang King yang cukup sinonim dengan kita dah sampai ker pasaran China.


Kemudian kita ada makanan yang menjadi trademark kepada negeri-negeri seluruh Malaysia. Kalau pergi Johor kita kenal dengan Nasi Briyani Gam, pastu pergi Melaka popular dengan Asam Pedas, kemudian ker Negeri Sembila pula dengan Masak Lemak Cili Padi. Pergi ker Penang popular dengan Nasi Kandar, lepas tu ke Kelantan dengan Nasi Kerabu dan Terengganu famous dengan Nasi Dagang.




Tak lupa juga negeri kelahiran Maha Pahang pulak popular dengan Masak Tempoyak Ikan Patin, tak kurang hebat Sarawak yang popular dengan Laksa Sarawak dan Sabah popular dengan Ambuyat. Itu baru makanan tempatan kalau nak cerita tentang makanan luar negara yang ada kat sini juga sangat banyak tak perlu nak terbang jauh-jauh. 



Sebab itu membuatkan Maha rasa sangat bangga menjadi rakyat Malaysia yang terkenal dengan segala jenis makana sedap-sedap. Bila pelancong luar datang Maha akan bagi tahu kat mana lokasi nak cari makanan sedap-sedap macam kat area Kampong Baharu, Bangi dan Shah Alam. Korang tak rasa bangga ke sebagai rakyat Malaysia.


Kat Malaysia juga kalau korang nak cari minuman yang popular seperti kopi memang banyak jenis. Walaupun kita bukan pengeluar kopi dunia tapi kita menghasilkan produk minuman kopi yang sedap dan terbaik seperti minuman kopi daripada Old Town White Coffee3in1 Hazelnut ini. Maha suka yang ini kerana ia ada rasa kopi yang tidak kuat dan juga rasa kacang hazel dan tidak terlalu manis.


Kemudian kalau kita nak masak semua makanan Malaysia ni kita mesti kena guna produk memasak daripada Pensonic ini. Produk tempatan ini satu kebanggaan juga kerana telah sampai keluar negara dan begitu popular. Banyak jenis produk ada tapi Maha suka guna Pensonic Electric Oven ini sebab mudah dan sangat besar iaitu 20L ok.


Istimewanya sekarang ni Lazada sempena dengan bulan kemerdekaan mengadakan promosi utuk semua produk kebanggaan Malaysia. Macam yang Maha senaraikan kat atas ni korang boleh pilih mana sahaja untuk dapat potongan sehingga 80% sempena dengan Merdeka! Merdeka! Sale. Promosi ini bermula dari 25 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017 jadi boleh beli mulai sekarang. Jom kita beli-belah di Lazada sekarang.







4 Cara Menjadikan Hari Anda Lebih COOL Daripada Yang Lain

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu orang nak jadi cool tapi tahukan korang apa itu bahasa 'COOL'? Adakah anda cukup hensem untuk jadi cool atau anda ada phone yang mahal dah jadi cool. 


Setiap orang cool mereka lain dengan yang lain tak sama. Tapi ada 4 cara yang boleh menjadikan hari anda sangat cool. Macam mana nak buat jom Maha tunjukkan caranya di sini. Pasti lepas ni korang akan cari dan mencubanya kalau tak percaya.

Santai tepi pantai yang tenang dengan Coolblog

 


Korang percaya atau tidak cuaca yang panas dapat diredhakan dengan minuman yang sejuk dan menyejukan. Minuman dengan kandungan 90% ais dapat menyejutkan suhu dalam badan anda serta merta. Minuman apa yang dapat menyejukan anda hanya dengan Coolblog lah.



Sambil santai tepi pantai yang indah dan cantik menghirup minuman yang sejuk membuatkan hari anda lebih bermakna. Tambahan perisa yang membuatkan kita ingat akan pantai adalah Cendol Durian Smoothie atau juga ABC Ice Blended. Perrhhh kat tempat lain tak ada ini hanya ada di Malaysia sahaja rasa ni.

Minum Coolblog dengan buah-buahan asli

 


Hari korang lebih cool kalau korang dapat minum minuman yang sihat hari-hari iaitu minum dari air buah-buahan yang segar dan asli. Sekarang tak perlu susah untuk dapatkan minuman sihat dan juga rasa buah asli ni hanya dengan Coolblog.



Hanya perlu pilih koleksi buah-buahan yang segar iaitu Pisang, Apel Hijau, Tembikai Susu, Laici, Manga, Markisa, Lemon, Kiwi, Blueberry dan banyak lagi. Hanya perlu order dan hirup sahaja semudah itu korang akan dapat khasiat yang tiada tolok bandingnya.

Sambil makan makanan pedas minum Coolblog

 


Bila korang makan mesti kena ada minuman betul tak. Almaklumlah makanan Malaysia ni memang tak lari daripada makanan yang pedas dan juga hangat. Sekali makan boleh berpeluh seperti lari 2x pusingan padang balapan. Tambah kalau makan ada sambal belacan mengelap peluh sahaja lah korang.


Hanya dengan makan sambil nikmati minuman Coolblog korang akan dapat melegakan rasa pedas dalam masa yang cepat. Tak perlulah nak pasang aircond atau juga berkipas ketika makan. Masa makan orang kita mesti nak minum CoolBlog Matcha Coffee Smoothie, Milk Tea atau Green Tea betul tak kalau tidak tak sah.

Kongsi kenikmatan Coolblog dengan yang tersayang

 


Lagi bahagia dan bermakna hidup anda kalau korang minum Coolblog dan kongsi dengan yang tersayang. Macam ibu bapa beli perisa Tiramisu Choc Smoothie  sesuai untuk citarasa mereka dan anak-anak pula perisa Original Oreo Smoothie + Choc Chips. Sambil jalan pegang tangan hirup minuman segar mengeratkan silatulrahim betul tak.


Juga pasangan kekasih yang minum ditaman sambil mengabadikan saat bahagia dengan minuma perisa Strawberry Oreo Smoothie dan juga Black Choco Ice Blended bersama sungguh romantik. Itu akan buat hari anda lebih bermakna dan menjadi memori indah yang tidak akan dilupakan.
 


Betul tak kalau korang buat 4 perkara ini hari korang akan jadi lebih cool daripada orang lain. Tapi kenalah dapatkan minuman Coolblog baru ia bertambah cool. Lagi satu minum dengan kesejukkan dan penuh kenikmatan melupakan kesesakan hidup dan kepadatan tugas harian. Ada banyak cawangan Coolblog ni nak tahu yang dekat ngan anda layari https://www.coolblog.com.my/outlets sekarang. 






Rahsia Gambar Makanan Lebih Real Dan Jelas Waktu Siang Atau Malam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu Maha nak kongsi rahsia dengan korang semua kenapa gambar makanan kat blog Maha ni nampak lebih real dan sedap. Pastinya menggunakan kamera yang cantik betul tak tapi tak ramai orang tahu yang sebenarnya hanya menggunakan kamera telefon jer dah cukup. 

Gambar sekadar hiasan

Betul sekarang kerana teknologi kamera dalam telefon pintar dah setanding kamera canggih yang ada kat pasaran. Cuma sekarang ni skill dan cara kita nak ambil gambar tu bagaimana nak pastikan ia nampak lebih real dan menarik. Kalau dua tu korang garapkan pasti hasil satu seni fotografi yang terbaik. 


Sekarang ni Maha pergi mana-mana makan untuk review atau untuk suka-suka pun akan bawa telefon pinta sebagai backup. Seperti sekarang ni Maha ambil gambar menggunakan telefon Neffos X1. Salah satu yang memberikan kepuasan dalam hasil gambar pada pencahayaan yang terbaik.



Gambar Makanan Lebih Realistik Dan Fantastik 

 

Telefon ini dilengkapi dengan kamera belakang 13MP yang dikuasakan oleh sensor Sony IMX258 untuk kualiti imej yang luar biasa. Ia juga mempunyai autofokus fasa pengesanan tahap 0.2s untuk pastikan korang tidak akan terlepas sebarang saat yang bermakna. Kemudian kamera depan pula 5MP untuk selfie lebih jelas.

Gambar waktu siang



Korang kalau tak percaya boleh tengok beberapa gambar yang Maha ambil ini adalah daripada hasil menggunakan kamera telefon Neffos X1. Tengok sendiri gambar makanan yang menggiurkan dan juga gambar dalam waktu siang dan malam nampak lebih jelas. Puas hati juga menggunakan phone ni.

Gambar waktu malam



Selain daripada gambar biasa dalam phone ni juga tersedia beberapa fungsi tambahan untuk video kita seperti Panorama, Slow-motion dan Time-lapse. Semua ini bagikan kesan yang berlainan kepada video yang nak diambil. 



Telefone kalau nak fungsi applikasi yang lancar dan selesa digunakan mesti datang dengan 3MB RAM baru lah kuasa lebih betul tak. Saiz yang juga jauh lebih nipis ni sebenarnya sangat muat untuk pegang ditapak tangan tidak terlalu besar dan tidak kecil untuk skrin saiz 5.5inch FHD.

Harga Jauh Lebih Murah Dengan Promosi Merdeka 



Untung rakyat Malaysia kerana sekarang bersamaan dengan promosi kemerdekaan 60 tahun Malaysia Neffos menawarkan promosi Merdeka yang diadakan di semua kedai Neffos di seluruh negara sehingga 30 September 2017. Nikmati diskaun sehingga RM100 dengan pembelian Neffos X1 atau X1 Max apabila korang membeli di Lazada.my:

A. Neffos X1 Max - RM 899.00 (sebelumnya RM 999.00)

B. Neffos X1 - RM 599.00 (sebelumnya RM 699.00)

Di samping itu, menikmati rebat RM100 pertukaran dengan mana-mana telefon lama (mana-mana jenama / keadaan) untuk mana-mana model Neffos X1 & X1 Max di mana-mana kedai Neffos di seluruh negara. Pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar siri X hanya memerlukan tambahan RM1 untuk penggantian LCD dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian bernilai sehingga RM369.00!

Kalau sapa-sapa dah jatuh hati dengan telefon ini untuk dapatkan maklumat lanjut, layari:






Crabby Crab Seafood & Grill Seksyen 7 Shah Alam Lokasi Nak Makan Soft Shell Crab

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Soft Shell Crab paling ramai orang suka makan kerana pertama tak comot sebab tak perlu nak kupas kulit ketamnya. Kedua kalau masak goreng rangup boleh terus telah dengan kulit-kulit sekali habis terus. Tapi kat mana yang korang tahu restoran paling banyak sedaiakan hidangan soft shell crab ni?


Maha nak kongsi satu restoran yang Maha sendiri dah pergi dan cuba makan soft shell crab. Kat sini paling banyak pilihan ketam lembut ini dengan pelbagai jenis menu masakan. Masakan tempatan ada malah masakan barat pun ada tapi yang penting korang suka ketam lembut ni.


Restoran yang Maha maksudkan adalah Crabby Crab Seafood & Grill yang terletak di Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam. Restoran ni adalah sebuah restoran baru dibuka dan dekorasi pun sangat simple tapi menaikkan nafsu untuk makan.



Datang sini korang wajib order ketam lembut kerana ada pelbagai menu yang mereka sediakan seperti Thai Baby Crab dan Mega Burger juga Crabby Fried Meehun. Yang burger tu patty tengah tu daripada ketam lembut diapit bun dan sos. Semua ni berasaskan ketam lembut boleh kunyah begitu sahaja tak berat dan rasa terlalu kenyang.

Thai Baby Crab

Mega Burger

Crabby Fried Meehun

Tapi kalau nak special korang boleh oder soft shell crab dengan sauces pilihan. Yang ni istimewa dimana korang boleh order ketam lembut yang dimasak bersama dengan sos buatan mereka sendiri seperti Superior Soya, 3 Rasa, Telur Masin dan Tangy BBQ. Itu antasa yang menjadi pilihan orang ramai kalau datang makan kat sini.

Telur Masin

Tangy BBQ

Superior Soya

3 Rasa

Korang boleh order untuk makan satu keluarga contoh nak berapa gram dan masak sauce apa mereka akan sediakan. Makan dengan nasi panas lagi mengancam ok. Paling Maha suka adala sos Soft Shell Crab 3 Rasa tu memenuhi selera tekak kita orang Malaysia.

Ketam Bunga 3 Rasa

Tapi kalau korang nak ketam lain pun ada juga kat sini mereka ada sediakan Ketam Bunga yang selalu kita makan. Lecehnya kena kupas kulit baru boleh dapat isi betul tak. Makanan seafood lain yang ada juga kat sini yang korang boleh pilih selain ketam adalah sotong, kepah, udang dan macam-macma lagi.

Tiger Prawn

Pacific Clam

Sotong Goreng Tepung

Macam yang Maha pilih ini adalah Tiger Prawn, Pacific Clam, Sotong Goreng Tepung, Tom Yum Seafood dan macam-macma lagi. Masakan semua disediakan bila kita order jadi ia memang panas dan terbaik. Nak pedas atau tidak kena nyatakan kepada pelayan nanti takut terlalu pedas sangat tak sesuai dengan anak-anak.

Pizza Sizzling Seafood

Amatraciana

Masakan barat pun ada yang boleh diisi dengan seafood kegemaran kita contoh piza ini yang Maha pilih Pizza Sizzling Seafood ada udang atasnya kalau nak letak soft shell crab pun boleh pilih. Kemudian ada Amatraciana iaitu spaghetti yg ada udang dalamnya ni ciptaan pemilik restoran ni sendiri ok sangat pedas tapi mengancam. 

Lamb Burger

Chicken Burger

Thai BBQ Chicken Wing

Lagi yang menarik menu sini macam biasa Lamb Burger, Chicken Burger mereka juga ada Thai BBQ Chicken Wing. Kat sini dessert mereka korang kena cuba tau iaitu Durian Ice Cream memang terbaik daripada itipati isi durian yang asli tau. 

Durian Ice Cream

Minuman ada banyak pilihan cuma Maha senaraikan kat sini yang popular menjadi pilihan orang ramai bila datang minum kat sini ok. Dari hujung tu Orange Juice, Watermelon Juice, Apple Asam Boi, Sirap Bandung Blended, Carrot Milk, Teh O Laici, Limau Ais dan Vanilla Milkshake. 


Restoran Crabby Crab Seafood & Grill ni di buka setiap hari dari pukul 1.00 tengahari hingga 12.00 malam. Pastinya puas makan kat sini menu-menu yang ada ni sebab tak seperti kedai-kedai makanan laut lain ia memberi kita banyak pilihan. Lepas ni orang Shah Alam dan sewaktu dengannya boleh lah datang sini senang nak cari soft shell crab pelbagai pilihan dan rasa. Selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 60 Negaraku Sehati Sejiwa

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1438 Hijrah


Hidang Keaslian Makanan Kelantan Di Restoran Nasi Pak Man Kota Damansara

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Orang pantai timur nak balik sana ambil masa lebih dari 5 jam perjalanan terutama di Kelantan. Kalau tiba-tiba mengidam nak makan makanan Roti Tik Tak atau Nasi Kerabu yang asli memang telan air liur jer lah.


Tapi sekarang orang KL dan tak perlu pergi jauh-jauh lagi untuk cari semua makanan ini dah ada kat Kota Damansara. Restoran Nasi Pak Man beralamat di No 49G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara adalah tempat yang korang boleh tuju. Restoran ni kalau datang time lunch time memang penuh dengan peminat makanan pantai timur.

 

 

Ruang restoran ni agak sempit kalau penuh pengunjung jadi pasti korang datang awal ok. Dekorasi restoran ni simple jer tapi yang pasti restoran ni telah dikunjungi oleh program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan juga Ho Chak! TV8.


Apa yang korang boleh makan kat sini mesti lah makanan tradisional pantai timur seperti Nasi Kerabu. Tengoklah Nasi Kerabunya banyak dengan bahan-bahan penyedap seperti Daging Bakar, Keropok Ikan, Sambal Cili, Ulam-ulaman dan kuah yang penuh kat atas tu teliur sangat.

Nasi Kerabu

Kemudian korang boleh ambil juga makanan seperti Nasi Pak Man dan juga Nasi Berlauk. Dua-dua ni nampak macam sama tapi lain kerana satu tu ada ayam goreng dan satu lagi ada kari ayam. Tapi yang pasti kedua-dua hidangan ini sangat sedap sesuai untuk makan tenghari korang.

Nasi Pak Man

Nasi Berlauk

Satu lagi nasi yang popular adalah Nasi Dagang kat sini mereka menggunakan Ikan Tongkol untuk kuahnya. Mana nak dapat semua yang betul rasa asli macam ni. Tak apa lepas ni boleh lah korang datang dengan family makan tengahari atau makan malam ok juga.

Nasi Dagang

Tapi kalau nak datang makan pagi pun ada kat sini sebab mereka beroperasi hari Selasa sampai Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 malam. Kalau sarapan pagi kat sini istimewa kerana ada Roti Tik Tak dan juga Roti Goldees. Kat tempat lain tak ada tau sini jer tau. Maha suka sangat roti Tik Tak sebab firstime tengok kat dalam rancangan Majalah3 hari tu terus teringin sangat akhirnya dapat juga.

Roti Tik Tak

Roti Goldees

Cara nak makan roti Tik Tak ni Maha tengok kat tv tu dia kata kena campurkan semua telur separuh masak dan juga kaya yang ada atas roti tu. Lepas tu makan lah ikut cara korang tapi rotinya sangat garing. Manis-manis dan masin semua dapat rasa dalam roti tu pastu minum dengan Kopi O atau Milo Panas terbaik.



Makan pagi dah makan tenghari dah untuk makan petang pula korang boleh layan kat sini menu istimewa mereka iaitu Laksam. Kuah lemak yang enak dan juga ada sambal pedas mengacamkan selera minum bersama dengan Kopi Ais atau Nescafe Ais terbaik lah.

Laksam

Maha cite ni bukan suka-suka tau tapi memang Maha dah makan kat sini puas rasa nak pergi lagi. Recommendation untuk korang yang mencari makanan tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kawasan ni parking agak terhad jadi kena pandai-pandai cari ok. Apa pun selamat menjamu selera semua.

Maklumat lanjut dapatkan di :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5






The Red Kebaya Kek Istimewa Di My Own Bakes @ Eight Kinrara Puchong

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengan nama kek The Red Kebaya dan juga kek Baba Nyonya. Unik kan tak ada kat tempat lain hanya di My Own Bakes (MOB) cafe ini sahaja. 

 


Sebenarnya Maha dijemput pada majlis perasmian pembukaan restoran ini di Eight Kinrara. Kawasan ni sangat baru kalau orang yang duduk area Puchong dan Bukit Jalil dekatlah nak datang ker sini. Majlis perasmian pembukaan ini telah diadakan pada 29 Ogos 2017 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


Masa hari pembukaan tu memang ramai orang datang sebab pemilik restoran ni seorang usahawanita yang juga aktif dalam aktiviti riadah dan sosial. Pada majlis tu juga selepas perasmian turut diadakan acara dekorasi kek yang dilakukan oleh pekerja MOB sendiri serta cara penyediaan kopi daripada barista terlatih yang menjadi minuman utama di sini.




Maha cite sikit lah pasal cafe ini MOB adalah kafe berkonsep homemade dessert yang telah berjaya mencipta suasana yang menakjubkan dengan lingkungan yang mesra pelanggan dan kanak-kanak. Apa lagi kafe ini menyediakan sudut foto untuk orang muda berkongsi detik-detik gembira di media sosial.



Seperti yang Maha bagi tahu tadi menu signature mereka kat sini adalah kek The Red Kebaya dan juga kek Baba Nyonya. Sebenarnya yang kek red kebaya tu adalah kek Red Velvet yang telah diberi sentuhan sendiri daripada chef mereka. Manakala kek Baba Nyonya pula adalah gabungan daripada rasa asli daun pandan, santan kelapa dan gula Melaka. Jadi ia begitu sinonim dengan Baba Nyonya.

Kek Baba Nyonya

Kek The Red Kebaya

Kalau korang nak rasa sendiri keuinikan 2 kek ini kena lah datang ker kafe ni boleh buat minum petang atau meeting dengan pelanggan. Mereka juga ada menyediakan menu lain seperti cup cake, brownies dan juga pelbagai jenis kopi.




Akan datang mereka akan tambah lagi menu-manu baru dan juga menjadikan My Own Bakes sebagai satu kafe yang dicintai oleh semua orang. Mereka juga ada satu cawangan lagi di dalam Subang Parade. Jadi sapa-sapa yang berhampiran boleh datang lepak-lepak. Selamat maju jaya kepada MOB dan selamat menjamu selera semua.






Resipi Daging BBQ Lingham's Sos Cili Untuk Majlis Makan-makan Yang Lebih Meriah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kebetulan pula lepas dengan Raya Qurban yang baru jer berlangsung beberapa hari jadi banyak lah dapat daging Qurban. Jadi hari ni satu resipi yang Maha nak sediakan menggunakan daging lembu untuk buat BBQ.


Mana tahu sapa yang cuti balik kampung nak masak BBQ bersama keluarga tercinta bolehlah cuba resipi mudah ini. Kali ni bahan perapan untuk BBQ tu Maha menggunakan produk istimewa daripada Lingham's. Sebab bagi Maha sos cili ini lebih dapat rasa kepedasan dan kemasam serta yang Maha gunakan ini special ada Bawang Putih sekali.


Jadi dah lengkap tak perlu banyak-banyak bahan cuma Maha tambah sedikit beberapa herba untuk bagi naik bau semasa memanggang. Kalau korang kat kampung tu boleh panggang guna arang atau bara api lagi sedap. Tapi yang kat KL nak cuba boleh lah guna kuali pemanggang atau juga senang masuk oven jer hehehehe.


Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan untuk resipi kali ini :-

300 gram Daging Lembu
1 botol Lingham's Sos Cili Bawang Putih
1 biji Lada Bengala Kuning
1 biji Lada Bengala Hijau
1 biji Keledek
1 sudu Serbuk Jintan Manis
1 sudu Serbuk Jintan Putih
1 sudu Serbuk Lada Hitam
Lidi Satay


Tu bahan-bahan tak banyak pun dan senang nak dapat semua bahan tu, tambah-tambah daging yang tengah banyak ni betul tak. Jom kita tonton cara penyediaan pula yang Maha sediakan dalam bentuk video ini.


Tonton sampai habis tau baru jadi nampak menyelerakan tak. Itulah dia hasilnya resipi kali ini iaitu Daging BBQ Lingham's Sos Cili. Kalau korang nak tambah bahan lain boleh juga cuma pastikan mengguna produk Lingham's ia menjanjikan korang satu rasa yang sangat lain daripada sos BBQ atau perapan satay yang biasa kita rasa betul tak tipu ok.


Tips Maha nak daging yang empuk dan tidak liat mudah jer korang pastikan perap daging tu seharian dalam peti sejuk dengan bertutup. Esoknya baru keluar untuk masak baru daging cukup serap dan empuk untuk dimasak. Kalau korang ada petua lain nanti share kat Maha ok. Jadi selamat mencuba semua.





Raikan Hari Malaysia Dengan Kepelbagaian Makanan Dari Produk Philips

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pengaruh dari etnik multikultur yang berwarna-warni di kalangan rakyatnya, tidaklah menghairankan bahawa masakan Malaysia adalah berbeza-beza seperti rakyatnya. Dipuji sebagai destinasi makanan utama, pelancong pasti akan jatuh cinta kepada makanan Malaysia. Bagaimanapun kadang-kadang ia boleh menjadi masalah untuk memasak makanan lazat yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia bagi alasan. 


"Masakan Malaysia adalah salah satu cara terbaik untuk mewakili kepelbagaian rakyat Malaysia dengan pelbagai hidangan lazat untuk menikmati sepanjang hari dari sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Walau bagaimanapun, kami faham bahawa ia mungkin menyukarkan dan memakan masa untuk ramai orang memasak hidangan tersebut di rumah. Memahami masalah ini, Philips mempunyai pelbagai peralatan dapur yang boleh melepaskan anda dari semua kebimbangan ini,"antara kata-kata Muhammad Ali Jaleel, Country Manager Philips Malaysia.


Dua pilihan produk yang sesuai dan mesti ada kat dapur rumah korang supaya dapat menjimatkan masa dan banyak hidangan yang boleh dibuat. Dilengkapi dengan sistem memasak cerdas dan bergenerasi baru Philips All-In-One Pressure Cooker menawarkan pengalaman memasak yang dapat disesuaikan sepenuhnya yang membolehkan korang memasak dengan perlahan atau memasak dengan tekanan tinggi menggunakan satu perkakas sahaja. 


Manakala dengan Philips Airfryer, korang juga boleh memanggang dan membakar semua hidangan kegemaran korang dan mudah dibersihkan selepas semua memasak. Oleh itu, kenapa tidak menghabiskan Hari Malaysia ini untuk masakan bersama keluarga dan rakan-rakan. 


Maha sendiri telah menggunakan dua produk popular daripada Philips ini ia sangat membantu. Kalau orang nak tengok apa resipi yang Maha pernah masak guna produk Philips All-In-One Pressure Cooker boleh baca kat sini. Sebenarnya banyak lagi masakan yang korang boleh buat seperti Nasi Goreng Kampung dengan menggunakan pressure cooker dan kuih Seri Kaya Bakar menggunakan airfryer.


Kalau sapa-sapa nak beli dua produk ni boleh ke pusat jualan Brand Philips di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley di Kuala Lumpur dan di Sutera Mall, Johor Bahru. Juga pengedar Philips di Menara Axis, Petaling Jaya dan Pulau Pinang serta di kedai runcit dan pengedar di seluruh negara semak melalui Blip.my.


Harga pula Philips All-in-One Pressure Cooker berharga RM799 untuk model HD2137 manakala Philips Airfryer Turbostar berharga RM1,399 untuk model HD9640 dan RM1,499 untuk model HD9643. Dapatkan sekarang juga untuk buktikan memasak sangat mudah. Selamat mencuba semua.






Pengalaman Berharga Menyertai Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 Kali Pertama

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Malaysia ni memang banyak dengan aktiviti maraton boleh kata tiap minggu mesti ada dan pelbagai cara untuk bagi ia menarik dan unik. Begitu juga dengan Canon PhotoMarathon Malaysia 2017 (CPM2017) yang baru sahaja berlangsung pada 9 September yang lalu.


Bertempat di perkarangan Berjaya Time Square hampir seramai 1000 orang peserta telah mendaftar secara dalam talian dan juga walk-in. Maha adalah salah seorang yang juga tidak lepas peluang untuk menyertainya buat pertama kali. Tak pernah dengar pun pasal CPM2017 ini tapi hari tu terbaca status kat FB Ruby terus daftar.


Pendaftaran kategori terbuka ni kena bayaran RM30 manakala bagi kategori Student pula bayaran RM20 masa tu. Daftar online sahaja dan tidak kisah korang mengunakan kamera jenis apa semua boleh masuk. Maha ni pengguna Nikon tau tapi masuk juga sebab ia terbuka dan ada juga yang guna kamera telefon bimbit tak tipu.


Masa pendaftaran tu setiap penserta dibekalkan dengan baju tshirt khas warna merah yang cantik dan juga beberapa barang dalam goodie bag. Jadi sangat teruja sebab ini pertama kali nak sertai dan tak tahu tugas-tugas yang akan diberikan. Hari tu juga Maha jumpa dengan blogger Ruby.my yang dah 6 tahun sertai CPM ini dan juga Mohdzarin.com yang suka buat Vlog. Nanti Maha sharekan video beliau sepanjang aktiviti kami bersama ok.


Sebenarnya CPM2017 ini bukan acara larian macam maraton yang biasa kita tengok ia berkonsepkan mengambil gambar. Dimana pada hari tu semua peserta diberikan 3 tema yang berbeza untuk diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan. Semua orang tak tahu tema tu sehingga diumumkan oleh pengacara pada waktu yang ditetapkan.


Semua peserta perlu menghantar gambar sebelum masa tamat siapa tak hantar gambar ikut tema atau lambat tak ada peluang nak menang. Tema pertama kami pada hari tu adalah Sengih atau Grin. Jadi Maha, Ruby dan Zarin yang dah macam satu kumpulan gigih ni pergi sampai ker Pasar Chowkit untuk ambil gambar peniaga-peniaga kat sana naik monorail. Ini adalah hasil gambar untuk tema pertama Maha korang rasa ok tak kena tema tak.

Gambar tema pertama - Sengih

Kemudian dah rasa puasa hati dapat hasil gambar yang menarik dan mengikut tema kami kena pulang semula ke BTS untuk hantar 1 sahaja gambar terbaik untuk dinilai juri. Lepas tu diberi masa berehat beberapa minit sebelum diumumkan pula tema kedua. Dalam keadaan yang excited tu semua orang tunggu untuk tema kedua iaitu Hujan atau Rain.


Dah lah hari tu panas terik tak ada hujan jadi kami perlu lah berfikir diluar kotak bagaimana nak gambarkan tema hujan dalam gambar tu nanti. Dalam masa singkat tu kami terus fikir dan dapat idea nak pergi air terjun area Bukit Nanas menaiki monorail lagi senang. Sampai sana macam-macam idea keluar ambil gambar air mengalir kat longkang lah, nak pecahkan paip pili bomba lah dan macam-macam lagi.

Gambar tema kedua - Hujan

Paling best kami boleh jalan dari stesen Monorail Bukit Nanas sampai ker Masjid Jamek dan patah balik ker stesen Monorail Medan Tuanku. Gigih sangat kami mengambil gambar tema hujan dan ni hasil yang Maha hantara untuk penilaian juri. Korang rasa ok ker atau tidak tapi tu jer yang termampu tak ada idea sangat masa tu buntu.


Lepas tu balik semula ker BTS untuk hantar gambar kar booth yang mereka sediakan. Lepas tu masa untuk rehat makan tengahari sementara untuk tema yang ketiga. Kali ni lagi best tema ketiga kami dapat adalah Siluet atau Silhouette langsung tak tahu apa-apa. Kalau korang nak tahu Google perkataan ni korang akan nampak contoh gambar siluet ni Maha nak cite tak pandai. Plan waktu tu tak nak keluar dari BTS sebab tadi dah penat berjalan tapi bila cari dalam tu semua tak sesuai kami keluar juga pergi lah ker kawasan agak dekat sikit iaitu Bukit Bintang.

Gambar tema ketiga - Siluet

Harap sana ada banyak lampu-lampu yang boleh membantu tapi sayang waktu tu keadaan agak mendung dan tiada matahari seperti nak hujan. Memang nasib kami lah terpaksa fikir apa sahaja yang boleh dan ini lah hasil yang Maha hantarakan untuk tema ketiga ni ok tak. Cer teka sapa model dalam gambar atas tu hehehehe.


Habis jer task ketiga dan submit jer gambar tu kami terus diberikan madel Canon yang sangat comel ni. Kata mereka ini adalah kali pertama CPM2017 memberikan madel comel ini kepada mereka yang berjaya menamatkan ketiga-tiga tema tersebut. Tu jer tujuan Maha masuk sebab tahu tak akan menang hdiah utama ramai lagi hebat-hebat.


Kemudian kami tunggu untuk keputusan juri bagi pemenang mengikut kategori terbuka dan juga student diumumkan. Kebetulan tahun ini Canon meraikan 30 tahun mereka berada di Malaysia dan membuka satu kategori iaitu "Detik-Detik Yang Bermakna" khas kepada pengguna kamera Canon sahaja. 30 orang pemenang bertuah boleh menang hadiah istimewa ok. Maha tak leh masuk sebab pengguna Nikon wakakakaka. 


Masa tunggu keputusan juri tu agak lama jadi mereka buat pelbagai jenis permainan dan banyak hadiah boleh menang. Juga kat lokasi BTS tu juga ada macam-macam pameran diadakan dan penat berjalan menggendong kamera kami diberikan khidmat mengurut secara percuma best tu. Akhinya jam 8.00 malam mereka mengumumkan pemenang untuk semua kategori.


Tahniah Maha ucapkan kepada semua pemenang ni maaf tak ingat nama nak tulis satu-satu. Tapi yang best hadiah utama kategori terbuka tu boleh pergi sertai Canon PhotoMarathon di Japan yang ditanggung sepenuhnya. Jelous tengok mereka yang menang dan gambar yang mereka submit pun sangat menarik tak terfikir diakal kami. 


Korang nak tengok gambar-gambar yang diambil oleh pemenang boleh pergi ker laman web https://photomarathon.canon-asia.com. Terima kasih Canon Malaysia yang bagi peluang kami untuk sertai aktiviti maraton kali ini sangat seronok. Kalau korang nak tahu lebih lanjut perjalanan Maha, Ruby dan Zarin sepenjang sehari CPM2017 tu boleh tonton video yang disediakan oleh Zarin kat atas ni sangat sweet moment tu. Selamat menonton semua.






Viewing all 1337 articles
Browse latest View live