Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Natrabu Xpress Restoran Makanan Autentik Masakan Minang Kini Di Putrajaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi lokasi tempat makan yang boleh korang masukkan dalam list untuk pergi makan setiap bulan. Sapa suka makanan Minang sini adalah tempat baru sahaja dibuka iaitu Natrabu Xpress cawangan ketiga di Presint 15 Putrajaya.


Baru-baru ini Maha dijemput untuk menghadiri acara perasmian dan pembukaan restoran Natrabu Xpress Putrajaya. Kalau tak silap sebelum ini mereka dah ada 2 cawangan lagi iaitu di Jalan Maarof Bangsar dan juga EcoSky Jalan Kuching. Mereka telah membuka restoran ini sejak dari tahun 1958 lagi tahniah mampu memberikan hidangan terbaik dari dulu hingga sekarang.




Ini kerana semua masakan yang disediakan resipinya dibawa dari masakan kaum Minangkabau Sumatera Barat Indonesia. Masa Maha datang sini memang rasa original dan autentik masakan Minang dan korang akan puas hati. Ramai orang kata makanan Minang ini sangat pedas dan kalau makan mesti berpeluh.




Tapi apa yang Maha rasa kat Retoran Natrabu Xpress ini makanan mereka disesuaikan dengan selera orang Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum. Mereka juga katanya target kepada pelancong yang datang untuk makan kat sini. Tapi masih tetap kekal keaslian masakan daripada sana.


Kalau korang datang mesti kena cuba beberapa menu yang wajib try ini.

Udang, Kentang, Pete Balado

Dendeng Balado Cabe Merah Kering

Rendang Daging Beef

Ayam Goreng Rempah

Ayam Gulai
Ulasan makanan keseluruhan sangat memenuhi selera tekak kita orang Malaysia kerana kalau masak gulai tu terasa lemaknya, kalau masak daging rendang tu terasa rempahnya semua cukup. Paling Maha suka adalah Dendeng Balado Cabe Merah Kering sebab korang makan seperti keropok daging sangat rangup dan nipis daging tu jadi ia begitu unik sekali. Harga pun bagi Maha berpatutan dan boleh dinikmati oleh semua lapisan rakyat Malaysia mahupun pelancong luar.

Sayur Daun Singkong

Perkadel

Sambal Hijau


Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Konsep makan kat sini adalah fine dining korang boleh pilih menu yang ada dan mereka akan hidangkan kepada anda. Jadi korang boleh lah datang makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga atau dengan rakan-rakan pejabat memang puas hati.




Masa hari pembukaan hari tu ramai tetamu yang datang dijemput daripada Indonesia dan memang sangat meriah. Turut hadir beberapa tetamu VVIP yang memeriakan dan juga merasmikan cawangan terbaru mereka. Suasana restoran juga dihias dengan gaya seperti restoran asal, selain dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap dan juga suasana muzik yang tenang dan selesa. Selapas ni boleh datang ok Maha rekemen kepada korang mesti kena cuba.

Cawangan Restoran Natrabu

Natrabu Xpress Putrajaya
G66, 12012, Nadi 15,
Jalan Perak P15, Presint 15,
62000 Putrajaya

Natrabu Xpress EcoSky
Lot G-15, 188 Jalan Kuching,
Taman Tasik Indah 51200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 11.00 pagi - 10.00 malam

Natrabu Fine Dining
182, Jalan Maarof Bangsar
59000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi 11.00 pagi - 10.00 malam
Tutup pukul 3.00 petang - 5.00 petang

Tempahan dan juga pertanyaan lain hubungi :-
Whatsapp : 016-6542401








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles