Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu petang-petang mana tempat korang lepak-lepak atau habis masa untuk makan ringan-ringan macam Keropok Lekor atau juga Sata. Kat KL ni memang banyak tapi tak ada tempat yang dapat rasa original seperti mana dari Terengganu. Kebanyakannya hanya lebih tepung dari isi ikan.
![]()
Tapi sekarang ni Maha dah jumpa satu port yang terbaik untuk korang nak makan Keropok Lekor dan Sata dengan rasa asli dari Terengganu. Tak jauh pun hanya terletak kat Jalan Pawang, Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi jer. Maha mulanya tak percaya tapi bila pergi tengok sendiri macam mana mereka hasilkan keropok lekor dan juga penyediaannya menjadikan rasa lapar sangat.


Nama kedai ini adalah Rara Lekor betul-betul kat tepi jalan utama kampung tu dan korang boleh parking tepi jalan untuk beli keropok lekor dan juga Sata yang mereka hasilkan sendiri. Kedai ni baru jer beroperasi tak silap bulan April tahun ni tapi sebelum ini mereka hanya menjual produk keropok lekor melalui agent yang ada diserata lokasi.
Paling best mereka bukan sahaja buat keropok lekor biasa tapi ada juga beberapa produk keropok lekor yang lain seperti Keropok Lekor Cheese, Keropok Lekor Rebus, Keropok Lekor Vacum dan juga Keropok Keping Ikan Tamban. Selain itu juga ada produk makanan tradisi lain seperti Sata dan juga Ketupat Palas.
Keropok Lekor Cheese Vakum |
Keropok Lekor Goreng Vakum |
Ketupat Palas |
Keropok Keping Ikan Tamban |
Harga produk yang mereka jual:-
Keropok Lekor Goreng Vakum = RM8.00 sebungkus (20 batang keropok)
Keropok Lekor Rebus Vakum = RM8.00 sebungkus (5 batang panjang keropok)
Keropok Lekor Cheese Vakum = RM12.00 (20 batang keropok)
Keropok Keping Ikan Tamban = RM15.00 sebungkus (450gm)
Sos Cili = RM5.00 sebotol
Selalu orang datang sini mereka akan beli untuk bungkus bawa balik yang dah siap goreng atau yang masih mentah, tapi korang juga boleh makan panas-panas kat kedai tu lagi best. Sebab korang boleh makan dengan sos cili yang mereka hasilkan sendiri dengan resipi rahsia. Pastu lak minum air sejuk kat situ memang boleh habis berpinggan-pinggan keropok lekor tanpa sedar.
Sedap sebab Maha tengok mereka buat dari proses kepada mengasingkan isi ikan dan juga kepada campuran serta kerja-kerja menggentel keropok lekor tu. Pulak tu masa duduk makan tengok pelanggan tak putus-putus beli keropok mereka terutama hari minggu memang ramai.
Lepas ni dengar kata mereka nak besarkan lagi perniagaan ini dengan menjual Makanan Laut Celup Tepung yang popular kat pantai Terengganu tu. Nanti kalau berkesempatan lagi Maha akan cuba lak makanan baru tu. Tapi buat masa ni kita santai-santai makan keropok lekor dan sata terbaik. Korang kena datang cuba makan keropok sini memang Maha rekemen sangat memang puas hati. Kedai ni buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam jadi boleh datang bila-bila. Selamat mencuba semua.
Tempahan atau pertanyaan hubungi :-
No Tel : 012 - 6479769
Facebook : https://www.facebook.com/raralekor
Instagram : https://www.instagram.com/raralekor
Alamat : Lot 1469, Jalan Pawang,
Kampung Teras Jernang,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor