Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi kafe yang Maha nak perkenalkan kepada korang yang memang kaki makan macam Maha ni. Kafe yang Maha maksudkan adalah Blue Cafe yang terletak di Bandar Mahkota Cheras. Bagi mereka yang tinggal area Balakong, Hulu Langat dan sewaktu denganya boleh try makan sini.
Kafe ni nampak simple jer dalamnya tak ada hiasan yang mewah tapi ada satu sudut tingkat atas korang boleh rasai makan dengan suasan bersila. Kafe ini dua tingkat kat atas tu selalu mereka sediakan ruang kepada private function seperti sambutan harijadi, majlis pelancaran atau juga apa-apa sahaja.



Cuma bagi Maha kawasan ini agak sukar sikit untuk dapatkan parking terutama kalau waktu office hour. Nasib Maha datang waktu hujung minggu jadi masih ada ruang untuk parking tu pun nak kena pusing berkali-kali juga. Sebab area ni ramai orang tahu memang tempat untuk mencari makan terlalu banyak restoran mahupun kafe menarik seperti kafe ini.
Seafood Platter |
Menu yang ada kat pun adalah gabungan fusion dan barat dimana korang boleh dapat makan laut, spaghetti, oblong, pizza dan macam-macam lagi. Banyak juga menu yang Maha dan kawan-kawan sempat cuba seperti paling popular adalah Seafood Platter. Dalam satu pinggan ini ada macam-macam makanan laut seperti sotong, udang, lala dan ikan. Pastu bawah tu ada pula pasta dan juga instant mee.
Mixed Grilled Platter |
Bagi set ini moleh makan dalam 3 ke 4 orang memang banyak dan kenyang. Satu lagi set ada makanan laut korang boleh cuba iaitu Mixed Grilled Platter. Ini mereka panggan semua makanan laut tu dan ada juga daging serta daging ayam dalam satu set. Cuma bagi Maha kuah black paper tu agak macam kurang sikit ada yang tidak kena.
Fish N Chips |
Grilled Chicken Chop |
Cheese Chicken Chop |
Lagi menu lain menarik kat sini seperti Fish N Chips, Grilled Chicken Chop dan Cheese Chicken Chop. Bagi yang nak rasa makanan popular negara Itali iaitu pizza tapi citarasa tempatan boleh order Rendang Chicken Pizza. Memang atasnya dapat rasa rendang daging tapi yang ni tak crispy ok hehehe. Lepas tu ada satu lagi pizza juga menarik rasa lain dari lain iaitu Smoked Duck Pizza.
Rendang Chicken Pizza |
Smoked Duck Pizza |
Tadi Maha ada sebut pasal spaghetti antara menu pilihan kat sini korang boleh order Spaghetti Vongole dan juga Smoke Duck Aglio Olio. Memang sini popular dengan daging itik dan ia rasa lembut. Oblong pula satu ni menarik besar dan penuh korang boleh cuba juga iaitu Oblong Beef Burger.
Spaghetti Vongole |
Smoke Duck Aglio Olio |
Oblong Beef Burger |
Kafe ini sebenarnya kaya dengan pelbagai jenis minuman dan memang macam-macam campuran sampai Maha sendiri dah lupa mana satu. Tapi Maha senaraikan antara yang sempat cuba iaitu Sirap Bandung, Ice Lemon Tea, Strawberry Soda, Peach Mojito, Strawberry Latte, Rossie Latte dan juga pelbagai jenis minuman berasas kopi.
Last sekali mesti datang kena makan mereka punya pencuci mulut jadi kat sini yang popular dan ramai orang order kata merekalah iaitu Tiramisu dan juga Brownies besama aiskrim. Lega sangat dapat segarkan tekak dengan dessert ini.
Tiramisu |
Brownies |
Bagi Maha kafe ini ok boleh korang datang dan cuba terutama pada pizza rendang tu satu yang wow dan menarik tiada lagi kat tempat lain. Kafe ini buka setiap hari kecuali hari Isnin dan beroperasi dari pukul 11.00 pagi hingga 12.00 malam. Datanglah nak tahu semua menu yang Maha ceritakan tadi mana tahu selera korang lain pulakkan. Selamat mencuba semua.
Tempahan dan promosi boleh layari :-
Alamat : Blue Cafe
No 7, Jalan Temenggung 25/9,
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras
Cheras, Selangor
Cheras, Selangor
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5