Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita dengar cafe dan juga kedai jual tudung atau baju dalam tu kan tapi kali ni kafe bersama kedai aksesori telefon. Itulah dia Ezietech Cafe yang terletak di Desa Cempaka Nilai. Kalau orang area Sepang, Putrajaya, Bangi dan sewaktu dengannya tahulah kawasan baru ini.

Kafe ini kalau tengok dari luar nampak macam kafe biasa tapi bila masuk dalam baru kita nampak semua aksesori telefon ada dipamerkan dan dijual. Kalau korang nak beli casing telefon, power bank, charger telefon, top up dan macam-macam lagi ada.

Bestnya lagi kalau duduk makan kat sini dan nak guna telefon tiba-tiba habis bateri, tak perlu risau sebab mereka ada sediakan sudut untuk mengecas telefon bagi semua jenis model. Jadi tak perlu nak risau kalau nak upload gambar makanan kat sosial media. Kat sini pun ada wifi percuma juga jadi bolehlah duduk makan lama-lama sikit.
Ok Maha nak cerita pula pasal makanan yang disediakan kat sini. Dari segi makanan disediakan konsep barat dimana mengutamakan makanan seperti burger, spaghetti, meetball dan macam-macam lagi. Paling best kena cuba adalah variasi burger yang ada kat sini iaitu Riz Ultimate Burger, Chicken and Cheese Crispy Burger dan American Classic Cheese Burger.
Riz Ultimate Burger |
Chicken and Cheese Crispy Burger |
American Classic Cheese Burger |
Beza semua burger ini adalah yang ultimate burger tu gabungan dua jenis patty iaitu daging dan juga ayam. Kesemua patty burger di sini dihasilkan sendiri dan sangat tebal tidak kedekut. Burger juga dilimpahi dengan cheese yang banyak diatasnya dan juga diapit dengan waffer berwarna-warni. Warna waffer itu mengikut tema mingguan tau jadi masa Maha datang semua warna merah jambu mungkin masa korang datang warna lain pulak.
Spaghetti Udang Galah |
Riz Chicken Chop |
Riz Chicken Grill |
Kemudian siapa suka spaghetti juga kat sini popular dengan Spaghetti Udang Galah yang besar. Tengok ada seekor udang galah kat dalam hidangan ini sangat sedap dan tidak terlalu pedas. Bagi yang nak makan nasi korang boleh cuba dua menu ini iaitu Riz Chicken Chop dan Riz Chicken Grill. Dua menu ini mengandungi nasi goreng bawah telur mata kerbau tu cuma tak nampak jer.
Meatball |
Roti John |
Cheezy Wedges |
Menu sampingan lain yang juga korang kena cuba bila datang kat kafe ini iaitu Meatball, Roti John dan Cheezy Wedges. Semua ini dituang diatasnya dengan mayonis berwarna-warni juga mengikut tema. Jadi kalau korang datang tu warna lain jangan pelik kerena itu memang tema mereka.
Cendol Durian Pencuci Mulut Istimewa
Tapi unik dan paling best dan menarik kat kafe ini adalah cendol yang korang memang wajib kena try. Ada banyak variasi cendol yang membuatkan untuk orang yang suka cendol dengan Durian dan juga yang tiada Durian. Bagi Cendol dengan Durian ini dipanggil Duren Bar Special Menu ada 4 jenis kesemuanya.
Duren Bar Aiskrim |
Duren Bar Original |
Paling ramai orang suka adalah Duren Bar Aiskrim, kemudian ada juga Duren Bar Original, Duren Bar Oreo dan Duren Bar Bubble. Kalau datang ramai-ramai korang kena order keempat-empat pencuci mulut ini supaya dapat kongsi kesedapannya kerana semuanya memang sedap.
Duren Bar Bubble |
Duren Bar Oreo |
Bagi mereka yang pecinta raja buah tu boleh juga beli isi buah Durian yang mereka ada. Juga boleh menikmati buah Durian di kafe mereka setiap kali stock baru sampai jadi korang memang kena follow facebook mereka untuk dapat info yang terkini sebab selalu cepat habis.
Cendol Mangga |
Cendol Bubble |
Cendol Nata D'coco |
Cendol Aiskrim |
Manakala bagi yang sesetengah tak suka bau Durian tu boleh lah cuba variasi empat cendol ini iaitu Cendol Mangga, Cendol Bubble, Cendol Aiskrim dan juga Cendol Nata D'coco. Bagi Maha semua cendol sini menarik tidak terlalu manis dan cukup rasanya jadi boleh dinikmati semua peringkat usia.

Kalau korang tengok menu-menu yang ada kat sini tidak rasa kecewa nak travel jauh sikit untuk mencuba semuanya. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Kawasan ini pun nak parking memang sangat luas dan tidak perlu risau jadi boleh datang bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba semua ok.
Promosi dan juga menu special lain boleh layari :-
Instagram : https://www.instagram.com/Ezietechcafe
Alamat : Ezietech Cafe
No 12, Cempaka Street Mall 2,
Jalan BBN Nilai 6/3A,
Desa Cempaka 71800 Nilai
No 12, Cempaka Street Mall 2,
Jalan BBN Nilai 6/3A,
Desa Cempaka 71800 Nilai
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5