Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1343 articles
Browse latest View live

Foodie Gourmet Market & Cafe Bandar Kinrara Pembekal Daging Terbaik

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Jarang kita nampak satu kedai macam mini market dalamnya bila masuk kita nampak pelbagai jualan produk seperti daging, ramuan, sos, rempah, peralatan dapur seperti pisau pemotong kemudian di dalamnya lagi ada sebuah kafe yang menyajikan makanan daripada bahan yang mereka jual. 



Itu yang menariknya sebuah mini market dan juga ada cafe di dalamnya yang sempat Maha pergi sebelum PKP hari tu. Kalau korang pernah dengar pasal Foodie Gourmet Market & Cafe Bandar Kinrara 5 Puchong. Konsep cafe dalam mini market ni jarang ada kat Malaysia dan kalau korang lalu kawasan tu agak susah nak nampak ada cafe kerana nampai mini market sahaja.




Kat mini market ni pun ada macam-macam barang korang boleh dapat kebanyakkannya adalah barang import luar negara yang ada sesetengah ada logo Halal. Mereka kat sini ada menjual daging lembu Australia, daging wagyu, tomahawk, tulang rusuk op, lamb racks, lamb leg, lamb shoulder chops, daging ayam perap, sosej Jerman yang diimport, sosej premium, bahan makanan dan ramuan yang diimport, minyak truffle, dan banyak lagi. 




Kalau korang nak rasa semua bahan mentah yang mereka jual kat mini market ni dengan hidangan masakan dari profesional boleh masuk ke dalam ruang cafe mereka. Ruangan cafe ini tak besar sangat pun kecil sahaja yang boleh muat dalam beberapa orang sahaja pelanggan. Kat situ korang boleh lihat bagaimana mereka memasak masakan yang korang nak makan secara langsung memang menariklah konsep tu.




Konsep masakan kat sini adalah masakan Jepun dan juga Korea style. Selalu kita tengok Jepun makan sushi jer tapi kali ni kat sini mereka menyediakan daging panggang pelbagai cara dengan rasa yang menarik dan berbeza. Korang kena cuba mereka punya specialist kat sini iaitu masak daging lembu Australia yang Halal. Hari tu Maha dan kawan-kawan sempatlah order beberapa menu menarik menjadi pilihan pelanggan setia mereka.



Pecinta daging lembu korang kena cuba antara tiga pilihan menu daging ini iaitu Oven grilled 200g Aust Beef Ribeye Steak serve with Gourmet Sauce and side of the day, kedua Oven roasted 180g Aust Beef Striploin Steak served with Gourmet Sauce and side of the day, dan ketiga Boss's favourite Beef Goulash with Baguette. Nama pun panjang dan juga susah nak sebut. Kesemua menu ni ada rasa tersendiri berbeza selain daripada bahagian daging yang digunakan tetapi juga rempah dan cara masakan itu membuat ia sangat menarik.

Carefully Curated Spicy Gochujang Lamb Shoulder Chop (RM25.90)

Oven roasted 180g Aust Beef Striploin Steak served with Gourmet Sauce and side of the day (RM32.90)

Oven grilled 200g Aust Beef Ribeye Steak serve with Gourmet Sauce and side of the day (RM38.90)


Pada yang suka daging kambing pula boleh pilih antara menu kambing menarik di sini iaitu Carefully Curated Spicy Gochujang Lamb Shoulder Chop. Ada juga pilihan daging ayam bagi yang nak tak telalu heavy rasa dagingnya. Menu kami order hari tu untuk daging ayam adalah Spicy Oven Baked Chicken Leg with Caramelised Vege and Potato Wedges dan Garlic Teriyaki Chicken Leg with Japanese Salad and Potato Cakes.

Boss's favourite Beef Goulash with Baguette (RM15.90)

Garlic Teriyaki Chicken Leg with Japanese Salad and Potato Cakes (RM14.90)

Spicy Oven Baked Chicken Leg with Caramelised Vege and Potato Wedges (RM14.90)


Maha nak cerita detail pasal makanan kat sini rasanya sangat sukar kerana ia pertama kali Maha makan hidangan seperti ini. Pelbagai rasa yang menarik dan yang Maha boleh katakan cara masakan mereka sangat kena pada sesuatu bahagian daging itu kerana daging tu jadi tidak terlalu keras atau liat. Senang nak makan dan potong. 

Australian Beef Udon, Soft boil egg in Rich Umami Soup (RM15.90)

Spaghetti with Truffle Inspired White Sauce and Mushroom (RM23.90)


Jangan risau pada yang makan ikan pun ada juga kat sini korang boleh pilih seperti yang kami cuba iaitu Spiced DF Hake Fish with Savoury Potato Wedges and Homemade Tartar Sauce. Ini macam lebih kurang hidangan Fish and Chips tapi ia menggunakan potato wedges. Pada yang Vegan ada juga pilihan makanan sihat kat sini korang boleh pilih pasta atau seleksi salad yang sihat. Hari tu kami order satu sahaja pasta iaitu Spaghetti with Truffle Inspired White Sauce and Mushroom

Spiced DF Hake Fish with Savoury Potato Wedges and Homemade Tartar Sauce (RM19.90)


Last but not list wahhh korang kena cuba juga mereka punya Chef Driven Quiche Chicken atau juga Artisan Beef Pie. Masakan panas dalam bentuk nak kata desert tak berapa pencuci mulut kerana dalamnya ada isi ayam dan daging lebih kepada pastri kot. Sangat sedap dan juga memikat hati. Akhir kalau korang tak rasa meraka punya betul-betul pencuci mulut tak sah. Korang kena cuba kesedapan Brownies with Chantily Cream bukan aiskrim di atasnya. 

Chef Driven Quiche Chicken (RM17.90)

Artisan Beef Pie (RM19.90)


Jadi semua menu sini sangat terasa daripada segi rempah dan juga bahan-bahan perapan yang mereka gunakan. Ini kerana mereka sendiri juga menjual semua rempah dan juga bahan mentah itu kat bahagian mini market mereka. So kalau korang rasa lepas makan kat cafe tu tak puas hati nak makan banyak lagi boleh beli dan cuba sendiri. Tapi resipi rahsialah hehehe.

Brownies with Chantily Cream (RM9.90)


Foodie Gourmet Market & Cafe di Bandar Kinrara ini buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Nak datang naik LRT pun boleh dekat jer turun station Kinrara BK5. Jalan kaki jer dari station LRT tu sangat dekat. Kalau datang hari cuti pun kat sini banyak parking tak perlu bimbang. Sekarang musim PKP tak boleh makan kat restoran korang boleh bungkus bawa balik atau delivery kat Grab Food. Korang nak beli bahan mentah mereka yang jual kat mini market pun boleh juga hantar ke rumah senang. Jadi selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera ok. 

Info lanjut tentang Foodie Gourmet boleh layari
Tempahan dan booking : 012-2135277








Mencari Rumah Impian Gaya Moden Di Tiara Sendayan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Ramai orang kata pada usia berapa yang paling sesuai untuk kita miliki rumah sendiri. Adakah pada usia 20, 30 atau 40 tahun? Tapi usia bukan lah penentu kepada kemampuan sesorang untuk memiliki rumah idaman.


Rumah bagaimana yang kita nak cari sekarang ni untuk menjadi rumah impian. Ramai orang impikan rumah besar dan selesa untuk kehidupan yang panjang. Jadi beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk memiliki rumah idaman kita. Seperti dekat dengan kemudahan utama seperti sekolah, kedai, kemudahan awam dan juga mempunyak landskap yang menarik.



Namun ada juga yang mencari rumah jauh daripada kesibukan dan kebisingan kota untuk lebih tenang bagi masa berehat dirumah. Sebab itu sekarang ini perumahan di kawasan Tiara Sendayan menjadi pilihan warga kota. Terletak bersebelahan Bandar Sri Sendayan di Seremban. Ia kearah selatan Lembah Klang dan mudah diakses menerusi Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dan KLIA Linkage.



Perumahan ini meliputi kawasan seluas 295 ekar yang dibahagikan kepada sembilan presint termasuk premis komersial. Pada tahun ini HESSA Presint 7 telah dilancarkan. Ia mempunyai 254 unit rumah teres dua tingkat dilengkapi dengan 12 ekar Central Park, kawasan komersial tersendiri, food bazaar, stesen pam dan kemudahan lain yang tersedia.



Kediaman ini kalau dilihat daripada luas kaki persegi sangat sesuai untuk mereka yang bekeluarga besar. Keluasan binaan rumah di area HESSA ini mempunyai keluasan dari  2,156 kaki persegi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Harga untuk rumah di sini bermula daripada RM485,999.



Selain itu pembeli Hessa akan menikmati keahlian percuma selama 5 terma di d’Tempat Country Club. Antara kemudahan disediakan seperti kolam renang berukuran Olimpik, gelanggang badminton indoor dan gelanggang tenis, gelanggang skuasy, gimnasium, boling 10 lorong, bilik TV kanak-kanak dan banyak lagi.


Jadi pembukaan fasa baru HESSA ini dilihat mampu memberi kepuasan kepada korang yang mencari rumah idaman. Bak kata pepatah ‘Rumah Ku Syurga Ku’ mencari rumah impian adalah harapan semua orang. Siapa yang berminat untuk bertanya dan mendapatkan info tentang Tiara Sendayan terutama HESSA Presint 7 boleh menghubungi 1800-88-2688 atau melayari laman web www.tiarasendayan.com.

Juga boleh layari: 

#MatrixConcepts #TiaraSendayan #HESSA #HomeSweetHome #SelfSustainingTownship #AHomeforWellBeing #AHomeforWellLiving








TDC Holdings Sdn Bhd Syarikat Multi-Level Marketing Menerima Pengiktirafan Patuh Syariah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kalau sebut nama produk susu kesihatan C2Joy dan Safe & Joy yang telah berada di pasran sejak tahun 2016 mesti ramai orang sudah kenali produk untuk meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi tubuh untuk melawan virus. Terutama sekarang ni zaman pandemik Covid-19 memang penahanan antibodi yang perlu kita tingkatkan sekarang ini. 



Jadi ramai orang mula mencari produk yang telah mendapat pengiktirafan pensijilan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (HACCP) dan juga menerima pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pensijilan dan pengiktirafan yang diterima, membuktikan bahawa produk keluaran TDC Holdings dihasilkan mengikut garis panduan, kualiti serta menggunakan kaedah yang ditetapkan.



Tapi tahukan anda disebalik produk yang hebat dan berkualiti ini mesti adanya satu oraganisasi yang utuh dan juga menjaga segala kauliti dan patuh syariah daripada pengeluaran sehingga kepada produk akhirnyanya. Merupakan salah sebuah syarikat Multi-Level Marketing (MLM) terulung di Malaysia TDC Holdings Sdn Bhd telah di beri pengiktirafan patuh Syariah oleh Lariba Consulting (LC) yang merupakan penasihat syariah bagi syarikat ini kerana kepakaran dalam bidang Syariah, Usul Fiqh dan kewangan islam.



Majlis penyampaian dan juga penganugerahan sijil patuh syariah itu telah di adakan secara maya pada tanggal 2 Februari 2021 yang turut sama hadir sama dalam majlis tersebut adalah Encik Mohd Hafizuddin Hiew bin Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd dan juga Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Nor Ketua Pegawai Executive Lariba Colsulting (LC). Turut sama adalah Nur Farisha Bt Ahmad Musli, Eksekutif Syariah TDC. 



Penilaian yang dilakukan oleh LC merangkumi keseluruhan aspek perniagaan TDC Holdings iaitu penilaian untuk produk, operasi syarikat dan juga pelan pemasaran mereka. TDC yang memartabatkan slogan ‘Legasi di Dunia, Istana di Syurga’ sebagai konsep perniagaan mendapat nama di dalam industri asbab kualiti dan keberkesanan produk disamping mempunyai lesen Akta Jualan langsung (AJL) dan ini membuktikan bahawa TDC menitikberatkan kesejahteraan dan kebajikan ahli dan juga masyarakat yang mana TDC secara khususnya memperuntukkan hampir 90% keuntungan mereka kepada sumbangan masyarakat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).



Beberapa syarat atau kateria untuk mendapatkan pengiktirafahn patuh Syariah yang diterangkan oleh Ustaz Lariba sendiri :-

1. Untung tidak melibatkan Riba
Untung sahih tidak patuh undang-undang dan syarak sebab terlibat riba adalah sah yang bukan patuh syariah.

2. Mempunyai produk yang sahih 
Semestinya mempunyai produk yang sahih dan terang serta jelas. Sekiranya tiada ia memang tidak patuh undang-undang dan syariah sebab ia skim money game/piramid dan terlibat riba.

3. Produk mestilah Halal 
Bukan sahaja ada produk yang sahih tapi juga produk tersebut kena mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM.

4. Menjual produk tidak Halal Pendapatan tidak Halal
Jika yang dijual tiadak halal, pendapatan daripada jualan produk tidak halal adalah semestinya juga tidak halal. Samada pendapatan daripada jualan sendiri atau jualan downline/group.

5. Pendapatan dari hasil jualan produk bukan yuran ahli
Adakah pendapatannya sebahagiannya atau majoritinya daripada yuran ahli? 
Jika ya, kemungkinan ia tidak patuh shariah sebab pendapatan semestinya daripada jualan sendiri atau jualan downline/group.

6. Mempunyai penasihat syariah bertauliah
Kalau ada Alhamdulillah tapi pastikan latar belakang mereka adalah dari usul fiqh, muamalat atau kewangan Islam untuk memastikan kesinambungan pendapat2 mereka. Dan mereka telah pun audit dan sahkan syarikat patuh syariah. Kalau tak ada penasihat syariah macam mana? Kalau tak ada kita tanggung sendiri jika kita mahu teruskan berniaga dengan mereka.



Jadi semua ini terlah dinilai dan dipastikan bahawa TDC Holdings mematuhinya dan juga ternyata ia memenuhi segalan kreteria yang telah digariskan ini. Maka ia memudahkan proses untuk syarikat ini menerima pengiktirafan Patuh Syariah dan layak menerima sijil ini. Seperti Mana yang Maha ceritakan awal tadi bahawa mereka mempunyai produk sendiri iaitu susu C2Joy dan Safe & Joy.



Ia adalah minuman susu yang sesuai bagi mereka juga yang ingin mengekalkan gaya hidup yang sihat. Kandungan kolostrum yang terdapat dalam produk mereka ini terbukti secara klinikal dapat membantu memperbaiki sistem imunisasi badan, meningkatkan antibodi juga membantu membasmi virus dan bakteria serta mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel badan. Sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat usia termasuk ibu mengandung, kandungan kolostrum yang terdapat dalam C2Joy dan Safe & Joy juga merupakan nutrisi tambahan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

Maklumat lanjut mengenai TDC Holdings Sdn Bhd dan produk mereka layari :-

Laman sesawang TDC Holdings Sdn Bhd: www.tdc2joy.com
Laman sesawang C2Joy: https://i-colostrum.com
Laman Facebook rasmi: https://www.facebook.com/TDCHSB
Laman Instagram rasmi: https://www.instagram.com/tdc_hq








ParkCity Medical Center Memperoleh Akreditasi JCI Standard Emas Pertama & Frost and Sullivan 2020 Best Practices Award

$
0
0
Pengiktirafan global dalam akreditasi penjagaan kesihatan Joint Commission International (JCI) baru-baru ini mengiktiraf ParkCity Medical Center (PMC) untuk organisasi yang dikendalikan dengan baik dan kualiti penjagaan serta standard keselamatan pesakit yang terpuji. Akreditasi dan pensijilan JCI diakui sebagai pemimpin global untuk kualiti penjagaan kesihatan dan keselamatan pesakit. PMC kini bergabung dengan kumpulan elit 977 kemudahan penjagaan kesihatan di seluruh dunia yang telah mencapai JCI Accredited Standard dan Gold Seal of Approval.



Proses akreditasi PMC tahun ini, sebuah hospital di bawah Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH), dijalankan untuk pertama kalinya di Malaysia oleh badan tersebut kerana adanya wabak berterusan oleh sepasukan pakar kesihatan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif PMC, Cik Ch'ng Lin Ling, mengatakan, "Akreditasi JCI yang sangat didambakan adalah hasil dari menjalani penilaian prestasi yang tepat dan memenuhi serangkaian kelayakan yang kuat di seluruh hospital yang menunjukkan peningkatan mutu dan keselamatan yang berterusan proses hospital dan penyampaian rawatan pesakit. Penilaian tersebut merangkumi pemeriksaan menyeluruh terhadap kemudahan kami, tinjauan terhadap amalan dan prosedur, dan bukti kepatuhan dan peningkatan yang berterusan."

Sebagai tambahan kepada akreditasi JCI yang terkenal, PMC juga merangkul Anugerah Amalan Terbaik Frost dan Sullivan2020 Malaysia Emerging Hospital of the Year’. Anugerah ini merupakan ukuran perkhidmatan penjagaan kesihatan luar biasa PMC dengan penyelesaian klinikal yang inovatif dan berkesan, rawatan yang penuh kasih sayang dan selamat kepada pesakit kami dan ulasan pelanggan yang baik dan profesional perubatan terkemuka.

Beliau menambah lagi, "Mencapai akreditasi JCI serta penghargaan Praktik Terbaik Frost dan Sullivan pada tahun yang belum pernah terjadi sebelumnya ini adalah refleksi atas komitmen dan dedikasi doktor dan pekerja PMC kami. Sebagai hospital masyarakat yang memfokuskan pada perawatan pesakit yang berkualiti tinggi, penuh kasih sayang dan selamat, kemenangan ini akan menjadikan PMC terus maju dan terus menargetkan lebih tinggi sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

Dengan akreditasi PMC, keenam-enam hospital RSDH termasuk Pusat Perubatan Ara Damansara dan Pusat Perubatan Subang Jaya di Malaysia serta tiga kemudahan di Indonesia kini adalah Hospital Terakreditasi JCI.

JCI adalah bahagian di bawah akreditasi yang paling dipercayai di dunia, The Joint Commission. Ditubuhkan pada tahun 1997, JCI mewakili konsensus di seluruh dunia mengenai penjagaan pesakit yang berkualiti yang mencerminkan amalan penjagaan kesihatan yang maju dan trend penyampaian yang membolehkan organisasi berprestasi tinggi, dan tetap berdedikasi untuk meningkatkan hasil pesakit. JCI juga merupakan sebahagian dari International Society of Quality in Health Care (ISQua) yang merupakan rangkaian nirlaba yang merangkumi lebih 70 negara dengan tujuan utamanya untuk mempromosikan peningkatan kualiti dalam penjagaan kesihatan. Sebagai ahli ISQua, akreditasi JCI mematuhi piawaian antarabangsa yang berpusatkan pesakit dan fokus pada pengurusan penjagaan kesihatan yang ketat.






Chef Lyn’s Pastry And Cafe Berpengalaman 20 Tahun Dalam Bidang Hospitaliti Dan Seni Kulinari

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Beberapa faktor yang kita akan pertimbangkan untuk membeli makanan dari sesuatu pembekal, pastinya yang pertama adalah harga yang berpatutan, masakan yang enak dan layanan yang memuaskan betul tak. Kalau semua ini tiada kita pun tak akan beli melainkan orang tu kita kenal. 



Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang hospitaliti dan seni kulinari mengajar beliau bahawa penggunaan ramuan yang segar dan berkualiti menjadi faktor utama kepada kelazatan makanan yang disediakan. Itu yang menjadi keutama bagi Chef Lyn’s Pastry And Cafe kepada pelanggannya sebuah kafe yang terletak di Bandar Baru Bangi dan dimiliki oleh MH Lyn Enterprise.



Maha cerita ini kerana Maha sendiri dah mendapatkan khidmat penghantaran makanan daripada mereka masa PKP 2.0 baru-baru ini. Sebab sebelum ini kafe ini bukan operasi kedai makan mereka setiap hari tapi kerana mematuhi arahan dan SOP maka ia disediakan secara penghantaran. Tapi ini kafe ini telah kembali beoperasi dengan membenar pelanggan makan di kafe mereka tapi dengan SOP yang ketat ditetapkan oleh pihak kerajaan.






Hari tu Maha sempat nikmati hidangan terus dihantar ke rumah dengan pelbagai pilihan menarik. Sebab kepakaran Chef Lyn's And Cafe adalah menyediakan hidangan pastri dan kek hari tu dapatkan makan Biscoff Burnt Cheesecake, Butter Croissant, Apple Strudel dan Chicken Curry Puff. Best saiz sangat besar dan juga mempunyai inti yang cukup memberi kepuasan kepada Maha lah Makan hari tu.





Selain itu juga kafe ini popular juga dengan Lamb Pasta. Korang tengok sendiri pasti ni penuh dengan daging kambing yang banyak. Rasa pun sedap jer tak terlalu pedas dan juga masin. Sempena dengan perayaan yang tak lama lagi boleh juga kat sini buat tempahan kepada beberapa pilihan kek lain dan juga kuih raya seperti Almond London dan juga Tart Nanas





Kata Chef lyn's mereka bukan mengejar keuntungan semata-mata. Makanan yang disediakan hendaklah seiring dengan tagline mereka iaitu “Fresh, Moist and Homemade”. Selain makanan yang disediakan mesti enak dan lazat, mereka juga menitik beratkan keselesaan kepada pengunjung. Di era baru #newnormal ini, merekan akan memastikan ruang makan, dapur dan perkakas yang digunakan bersih dan disanitasi selalu. Setiap pelanggan diwajibkan untuk mengimbas kod MySejahtera dan suhu sebelum dibenarkan memasuki premis.



Kelebihan utama di kafe ini adalah dalam penyediaan pastri, kek dan masakan barat yang dibuat sendiri dari dapur. Setiap pastri dan kek yang disediakan hendaklah segar dan lembut. Chef Lyn’s Pastry & Cafe sentiasa menerima tempahan untuk keraian. Antara pilihan pastri dan kek adalah 40 jenis cream-puff, burnt cheese cake serta biskut-biskut enak yang sesuai untuk sebarang jenis keraian dan perayaan. 



Ruangan dalaman kafe ini juga sangat ringkas dan juga menarik daripada gabungan permainan warna dan juga perabut. Ia tidak nampak terlalu sempit dan juga tidak tertlalu kosong. Kalau korang nak pergi cuba makan kat kafe ini ia terletak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. 

Kenali Pengasas Dan Pemilik Chef Lyn’s Pastry And Cafe

Betullah kata orang daripada kejayaan sesebuah business atau apa sahaja yang diceburi kena ada orang yang hebat dibelakangnya. Siapa tak kenal dengan Puan Haslin Hasan atau lebih dikenali sebagai Chef Lyn. Pernah menjadi Dekan Fakulti, matlamat Chef Lyn hanya satu iaitu setiap hidangan yang disediakan hendaklah menepati citarasa setiap pelanggan yang mengunjungi kafe beliau. 

Puan Haslin Hasan Pemilik Chef Lyn's Pastry And Cafe




Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan - Jurusan Sumber Manusia dan berpengalaman luas dalam bidang berkaitan. Mula jatuh cinta untuk membuka kafe ini adalah pada tahun 2020. Visi dan misi Chef Lyn’s Pastry & Cafe adalah untuk menjadi pusat sehenti bagi bidang kulinari dan perkhidmatan makanan. Selain menyediakan pelbagai jenis makan yang enak, Chef Lyn’s Pastry & Cafe untuk berhasrat untuk menyediakan kelas masakan yang berkaitan serta penempatan pelajar latihan industri.

Info lanjut tentang Chef Lyn's Pastry & Cafe:

Alamat : 
Chef Lyn;s Pastry & Cafe,
Bangi Gateway,
Ground Floor, 
Unit 23, Block B, 
Jalan Gerbang Wawasan 1, 
Bangi Gateway, Seksyen 15, 
43650, Bandar Baru Bangi.








 

Bak Kwa Dari Makanan Popular Masyarakat Cina Kini Boleh Dinikmati Semua Bangsa

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang tidak dilupakan. Rasa kekok pula jari-jemari ini untuk menaip dan memulakan bicara setelah lama juga tak update blog kerana pandemik Covid-19 yang masih tak habis-habis kat Malaysia ni. Jadi cerita yang Maha nak kongsikan dengan korang pun jadi tak semeriah dulu sebelum segala ini melanda. Jadi sama-sama kita doakan agar negara kita Malaysia terus dihindarkan dan terus hilang penyakit Covid ni walaupun saki baki tak ada langsung aman sikit orang nak business.



Maha masih teringat lagi akan seorang kawan blogger yang dulu beliau ni ada business studio rancak dan juga boleh dikatakan maju. Tapi segala ketentuan Allah beliau hilang semua dalam sekelip mata sahaja. Siapa menyangka dugaan ini semua bakal beliau lalui. Tapi itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mencari rezeki halal menyara keluarga kecil beliau yang kini telah masuk anak kedua. Alhamdulillah kerana semangat dan juga iltizam untuk berjaya beliau kini telah beralih kepada satu lagi perniagaan yang lain dan unik daripada orang lain. 



Siapa sangka kalau selalu kita nampak penjual makanan Bak Kwa yang popular di Restoran Makanan Cina kini boleh dinikmati oleh semua masyarakat juga orang Islam. Teknologi dan juga kemajuan tidak memustahilkan kita untuk mencari sesuatu bagi menghasilkan sesuatu yang boleh diterima oleh semua masyarakat. Orang cina akan panggil makanan ini sebagai Bak Kwa tapi setelah dioleh menggunakan bahan yang Halal kini ia di kenali sebagai Daging Dendeng Bak Kwa Cik Midah.



Daging Dendeng Bak Kwa Cik Midah adalah produk keluaran Melayu Islam Malaysia pertama yang seumpamanya di Malaysia. Ia adalah hasil 'perkahwinan' di antara Dendeng Singapore dan cara Bak Kwa dihasilkan demi menepati citarasa masyarakat Melayu yang kebanyakannya Islam. Resepi tradisional masyarakat China ini telah digantikan dengan ramuan dan rempah ratus yang Halal dan sesuai dengan selera pelbagai bangsa.



Sedikit sejarah Daging Dendeng Singapore ia hanya boleh didapati pada musim Ramadan di Singapura dan ianya digemari oleh rakyat Singapura, Indonesia dan Brunei. Disebabkan rasanya yang unik dan sedikit manis, ia digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ia berbentuk kepingan 4 segi tipis dan lembut sama seakaran seperti 'Bak Kwa'. 



Manakala Bak Kwa bermaksud 'Daging Kering'. Ia juga dikenali sebagai Rougan. Bak Kwa mempunyai rasa daging manis yang unik kerana mengandungi pelbagai ramuan rempah asli. Secara tradisionalnya, daging Bak Kwa berbentuk kepingan 4 segi tipis dan garing yang di bakar di atas arang. Sejarah Bak Kwa berasal dari teknik pengawetan dan penyediaan daging yang digunakan pada zaman China kuno. Ia dianggap sebagai makanan istimewa orang China Hokkien kerana berasal dari wilayah Fujian China dimana penggunaan daging dianggap sebagai makanan mewah yang biasanya disediakan untuk Tahun Baru Cina.



Kenapa Maha kongsikan makanan ini sebab Maha dah nikmati sendiri daging ini yang di bawa oleh kawan blogger yang Maha ceritakan tadi iaitu saudara Firdaus Feeq dan isteri Fatin Bella. Mereka mengusahakan makanan panas bakar terus dari arang di kawasan N9 Foodcourt, Sg Ramal Kajang. Tapi mungkin sebab PKP dan juga arahan SOP yang ketat mereka lebih fokus kepada penjualan secara penghantaran pos kerana ia boleh dihantar seluruh Malaysia.



Menarik lagi mereka menghasilkan produk ini dalam 3 rasa yang korang boleh pilih seperti :-
Klasik Asli (Original)
Ia lebih kepada rasa yang lebih manis tapi tidak terlalu manis dan juga masih kekal ketebalan dan juga rempah yang diadun bersama daging.

Madu Tualang (Honey)
Pada yang suka rasa madu boleh cuba perisa ini ia menggunakan Madu Tualang yang asli dengan rasa lebih pejal dan juga lebih kuat manis melalui madu.

Pedas Szechuan (Spicy)
Pedas ini lain sikit daripada pedas biasa daging yang dinikmati kerana ia adalah kepedasan daripada ramuan asal. Tapi masih boleh dinikmati dan Maha lebih suka yang ini.

Sebenarnya Daging Dendeng Bak Kwa yang di hasilkan bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja selepas ia dibakar. Tapi ia juga boleh dihasilkan dan dimakan bersama makanan lain yang korang suka. Contoh nak buat burger isi Daging Dendeng Bak Kwan atau juga masuk dalam wrapper pun sedap juga bersama dengan sos dan salad segar. 



Jadi sekarang dan bila-bila masa korang boleh nikmati daging dendeng ini dengan mudah dan senang. Dah ada pos terus dengan tempah dalam talian atau whatsapp kat mereka lagi mudah. Macam Maha ni dah ada dalam peti sejuk semua perisa senang nak makan keluarkan dan panas sahaja atas kuali atau juga boleh panas guna Airfryer sangat mudah. 



Maha nak ucapkan terima kasih kepada usahawan muda ini kerana berjaya menghasilkan sesuatu inovasi bagi memberi kenikmatan makana kepada semua orang. Lepas ni dengar cerita mereka akan keluarkan Bak Kwa Halal ni dari daging ayam dan juga arnab. Menarik juga tu kena cuba lah lagi hehehe. Sedap korang mesti kena cuba sekali baru tahu.

Tempahan dan pertanyaan lanjut tentang produk ni boleh hubungi :
Tel : 010-665 3553








Brownies Monstr Lebih Segar Dan Ceria Dengan Pouched Terbaharu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang tidak dulupakan. Siapa yang sebelum ni kenal dengan Brownies Monstr mesti tahu akan kesedapan dan keenakan Fudgy Brownies yang dihasilkan. Kini telah bekembang setelah 5 tahun menerajui Pakar Pencuci Mulut Coklat Anda. Maha merupakan salah seorang peminat dan pecinta brownies ini. Maha pula mengenali Brownies Monstr ini masa menghadiri majlis perasmian pejabat urusan mereka di Bangi tak silap tahun lepas kot.



Sebab tu baru-baru ini mereka telah melancarkan pouched atau bungkusan baru yang jauh lebih menarik dan tertarik. Majlis memperkenalkan bungkusan baru ini telah diadakan baru-baru ini secara langsung dilaman Instagram Monstr.my. Maha salah seorang peminat dan menjadi penonton setia acara secara langsung sebab nak kenal dengan pakej baru mereka yang dikatakan memberi kemasan yang lebih cerah dan menyeronokkan.




Bungkusan baru kali ini diperkenalkan dengan rupa ikon Monstr lebih besar dan comel sambil menikmati brownies. Juga ditanda dengan tulis Monstr Brownies lebih besar dan lebih artistik. Masih mengekalkan warna koporate Monstr.my iaitu kuning dan orange. Cuma kali ini bungkusan mereka datang dalam dua saiz utama iaitu Junior dan juga Senior. Bagi packaging Junior kandungan berat brownies adalah 100gram dan bagi packaging Senior seberat 200gram.




Bagi meraikannya sempena dengan pelancaran kantung baru ini Monstr.my menawarkan peluang kepada semua pencinta coklat untuk merebut tawaran hebat! Dapatkan harga promo bermula 22/2/2021 hingga 1/3/2021 ini. Korang jadi macam Maha ikut selalu update dan perkembangan mereka di Instagram @Monstr.my untuk maklumat terkini mengenai promo dan acara yang mereka selalu adakan. Kalau nak cuba dan rasa Brownies mereka macam yang Maha nikmati ni boleh membeli produk Monstr dengan lawati www.monstr.my atau cari ejen terdekat di korang di laman Instagram @monstragentlist.my.



Maha nak ucapkan tahniahlah kepada pengasa Kakak Monstr atau Puan Nurul Fatin atas kejayaan lima tahun bertahan sehingga sekarang dan juga dikatakan ada lebih daripada 2000 ajen seluruh Malaysia. Hebat lagi sekarang dah mula memasuki pasaran negara jiran seperti Brunei dan Singapura. Hebat siapa sangka daripada minat memasak sekarang dah jadi perniaga berjaya. Rasa nak buat business sendiri juga lah apa nak masak yer hehehe..

Info lanjut layari 
Laman web : www.monstr.my






Fon Telinga Tanpa Wayar Terbaru NIO Dengan 6 Ciri Terbaik

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua kawan-kawan sekalian yang tidak dilupakan. Rindu nak update blog lama tak tulis baru kat sini sebab sibuk sangat kebelakangan ni. Mungkin ramai perasan yang Maha pun jarang update bukan sahaja kat blog tapi juga kat sosial media lain. 



Tapi kali ni nak tulis bukan pasal makan tau tapi pasal satu produk baru yang kebanyakan anak muda sekarang suka gunakan iaitu fon telinga tanpa wayar. Jenama yang popular dan juga menjadi kegemaran ramai orang bukan sahaja kat Malaysia malah kat seluruh dunia. Kalau Maha sebut korang mesti kenal jenama Sudio. Kini Sudio keluakan satu lagi koleksi baru mereka iaitu Sudio NIO.





Tak nak dikatakan ketinggalan zaman Maha juga dapatkanlah satu set NIO terbaharu ni. Best baru nampak macam orang muda dan juga bergaya. Ialah selalu berjalan atau dalam kenderaan baru nampak bergaya dengan fon telinga tanpa wayar ni. Nak dengan muzik dan juga menonton Youtube atau Netflix kat telefon lebih jelas tanpa gangguan. 



Sepanjang Maha telah gunakan produk NIO ni ada beberapa ciri terbaik produk kali ini yang korang akan suka juga macam Maha. 

Ciri Pertama
Pelindungan IPX4. Apa yang dimaksukan pelindungan IPX4 kalau korang gunakan fon telinga tanpa wayar ini ketika hujang atau juga berpeluh ia tidak akan merosakkan fon korang. Terutama mereka yang suka berjoging atau juga main gym memang sesuai kerana berpeluh dan ia tetap elok dan memberi kesan bunyi yang terbaik.

Ciri Kedua
Rasa sangat sesuai dengan bentul telinga. Ini kerana ia ada 4 jenis hujung sayap yang boleh ditukar menjadikan fit dengan bentuk telinga kita yang boleh disesuaikan menjadikan kita yang pakai Sudio NIO terasa selesa tanpa masalah. Bagaikan tidak memakai apa fon telinga tanpa wayar. 



Ciri Ketiga
Bukan sahaja ada speaker yang jelas tapi juga ia datang dengan teknologi dual-mikrofon adaptif Sudio Nio secara praktikal. Ia menjadikan suara rakaman kita paling jelas dalam setiap pertemuan dalam ruang maya seperti mesyuarat maya atau juga dalam rakaman video. Nak nyanyi pun jelas merakam dengan NIO ni.

Ciri Keempat
Ini paling Maha suka guna NIO fon telinga tanpa wayar ni iaitu jangka hayat bateri tahan lebih 20 jam. Memang best lah sekali korang mengecas dengan bekas petak cantik ini terus keluar boleh guna. Kabel pengecas juga sangat muda menggunakan USB sahaja.

Ciri Kelima
Ini pun ramai anak muda suka kerana sekarang ia datang dengan warna baru iaitu SAND. Warna yang lembut dan sesuai untuk golongan wanita. Tapi ada juga orang lelaki sukakan warna baru ini. Selain itu juga ada warna lain seperti Hijau, Hitam dan Putih. Yang Maha beli ni warna hijau nampak maskulin dan bergaya gituwww.



Ciri Keenam
Ia menyediakan juga Sudio Earphone Care Kit untuk korang. Kit Penjagaan Sudio baru ini akan membantu korang membersihkan dan menjaga fon telinga Sudio kegemaran anda sejak sekian lama. Boleh cuci celah-celah atau lubang kecil bagi menjaga kebersihan peralatan ini kerana ia berada pada lubang telingakan. 





Jadi semua ni buat Maha rasa puas hati memiliki Sudio NIO terbaharu ini. Harga sekarang pun ada promosi kalau korang yang baca blog Maha ni sangat bertuah kerana korang boleh beli secara online dan boleh dapat potongan sehingga 15% dengan menggunakan promo kod : MAHAMAHU. Korang hanya perlu layari laman web https://www.sudio.com/my/earphones ini dan masukkan promo kod tu ok terus dapat diskaun. Bukan sahaja untuk produk NIO ni sahaja tapi untuk semua produk yang ada jual di Sudio.



Lepas ni nak beli lagi lah tengok banyak produk Sudio yang best ni untuk generasi muda dan juga orang yang ikut trend terkini macam korang. Maha ni pun ada juga lah yang perlu dan penting jer beli hehehe.









Pakaian Saiz Besar Untuk Mereka Yang Comel Di Bob Rock LoveLily

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah sekarang dah semakin kerajaan longgarkan untuk kita terus dalam urusan harian boleh keluar tapi tetap mematuhi SOP. Begitu juga tahun ni berharap sangat agar keadaan makin pulih dan kembali sediakala sehingga pada musim perayaan nanti. Tak kan tahun ni kita tak beraya lagi waaaa sedih lah sebagai anak perantau.



Rindu nak pakai baju raya baru tahun ni dah lama tak beli baju baru. Nasib ada kedai pilihan Maha yang memang sesuai untuk orang yang sangat comel saiz macam Maha ni. Mana lagi kalau tidak kat Bob Rock LoveLily kedai yang menjual pakaian sain besar dari XL hingga kepada 6XL. Jadi tak susah lah Maha nak mencari baju raya kat sini.



Maha suka shopping pakaian kat Bob Rock LoveLily ni kerana ia direka mengikut saiz badan orang Asia. Dimana orang Asia ni kalau besar tapi tidak tinggi jadi ia perlu kepada rekaan custom made. Juga kat sini ia ada pelbagai jenis design dan juga pakaian selain daripada Baju Melayu, Kurta, Kemeja, Seluar Slack Kerja yang stretchable, Seluar Jeans dan pakaian harian lain.



Malah ia bukan sahaja untuk orang lelaki tapi juga ada pakaian untuk wanita juga. Jadi boleh shopping satu keluarga kat sini hehehe. Pakaian yang dihasilkan di sini memilih dan mencari material kain mereka sendiri. Ini penting sebab bukan sahaja faktor saiz tapi juga faktor cuaca negara kita yang panas dan membuat kita cepat berpeluh. Jadi pemilihan material kain kapas memberi lebih ruang penafasan yang sesuai sangat penting dan itu membuatkan Maha suka pakaian kat kedai ni.



Macam yang Maha ceritakan mula tadi kita pun tak lama sahaja lagi nak sambut bulan Ramadan berpuasa dan lepas tu kita akan sambut Hari Raya. Jadi mungkin ramai yang dah bertanya tentang nak dapatkan Baju Melayu atau Kurta bersaiz besar. Jadi mungkin koleksi terbaru yang bakal ada kat butik ini akan memenuhi kehendak orang macam Maha yang comel dan susah nak cari baju raya.



Baju Melayu dan Kurta yang ada kat Bob Rock LoveLily ini sangat sesuai kerana direka mengikut saiz ukuran data 70 inchi iaitu pit to pit 35 inchi. Juga ada Kurta Printed dan Kurta Plain yang terbaru untuk Bulan Ramdhan dan Syawal yang bakal tiba. So boleh plan awal dan buat bajet awal tak adalah bersesak-sesak dan juga susah mencari baju raya nanti.



Kat butik ni bestnya bukan sahaja korang boleh beli secara terus di butik tapi juga boleh beli melalui dalam talian https://www.bobrocklovelily.com.my. Kalau korang kurang pasti akan bagaimana rupa dan juga ukuran pakaian sebelum beli secara online boleh tonton video khas yang disediakan dalam link di bawah ni.


Video Branding Bob Rock LoveLily

 
Video Seluar Stretchable


Video Couple Edition


Video Oxford Office


Video Teaser Baju Melayu

Maha pun beli online jer sekarang ni selamat dan mudah bayar online juga. Korang boleh tengok video teaser baju melayu yang bakal tiba untuk koleksi raya nanti. Tak sabar nak beli baju baru lagi hehehehe. Korang juga boleh tengok antara koleksi baju yang Maha dah beli kat sini dan pakai sewaktu pergi kemana-mana acara makan mungkin ada yang terperasan kot. Ini daripada koleksi Kemeja Bahamas Batik dan juga Bahamas Foresta in Green. 




Jadi lepas ni tahu lah mana nak cari pakaian saiz besar untuk orang comel macam Maha ni. Mungkin korang juga yang masih keliru mana nak cari takut tak ada saiz. Kini pilihan ditangan anda boleh buat secara online. 



 




3 Resipi Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Berkelah

$
0
0
Semakin hari semakin kita terkesan dengan keadaan yang berlaku. Kadangkala timbul juga rasa tertekan akibat perubahan gaya hidup yang berubah secara mendadak. Tapi, jika difikirkan semula dari sudut positif, sekurangnya kita masih bernafas tanpa ada masalah besar yang lain. Setakat bosan terpaksa berkurung lama dalam rumah, carilah apa-apa aktiviti yang dapat membantu.

Dan saat pengumuman sudah boleh merentas daerah, janganlah pula terlalu taksub hingga cuba melanggar arahan. Kita cuba atur semula kehidupan secara perlahan-lahan. Jangan terlalu drastik takut nanti timbul pula kluster yang baru.

Mungkin saat ini kita boleh kurangkan sedikit tekanan dengan bersiar di kawan terdekat. Boleh juga pergi berkelah di kawasan yang tidak terlalu ramai orang. Nak berkelah tepi rumah sendiri pun boleh, lagi selamat.



Dan di sini suka untuk kongsikan beberapa resipi mudah dan sedap yang sesuai dijadikan menu untuk pergi berkelah. Lepas ni, boleh pakat cuba buat untuk makan bersama yang tersayang.

Resipi #1 - Resepi Egg Mayo Sandwich



Roti keping secukupnya 
2 biji telur rebus - lenyek guna garfu 
1 sudu besar mayonis 
Sedikit Black paper ajishio - sesuai rasa 
Gula - sesuai rasa

- Gaulkan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati. Biarkan sekejab selama 15 minit (lagi sedap simpan dalam peti ais) 
- Ambil adunan telur tadi, sapu rata atas roti yang sudah di buang kulit tepinya, kemudian kepitkan dengan sekeping roti lagi 
- Potong memanjang / segitiga. Jangan tekan roti, potong secara lembut sahaja. Sedia di hidang

Resipi #2 - Kek Marjerin Pelangi Paling Senang



1 setengah cawan gandum + 1sk baking powder - Ayakkan.
1 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan marjerin pelangi

- Mix gula kastor dan marjerin sehingga warna bertukar menjadi putih berkrim
- Masuk telur sebiji demi sebiji dalam adunan yang mix tadi.
- Masukkan gandum sedikit demi sedikit.
- Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 @ 9.
- Bakar selama 40 minit pada suhu 180 atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.

Resipi #3 - Bihun Goreng Singapore Yang Simple



Sebungkus bihun direndam lembut.
Bahan A - kisar semuanya :
3-4 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu makan udang kering
2 inci halia
Bahan rencah :
Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
Lobak sebatang dihiris halus memanjang

Cara – cara memasak:

Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kemudian masukkan isi udang. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.

Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan. Siap dan sedia untuk dimakan!

Planning Untuk Berkelah, Baru Perasan Barang Dah Habis

Jika kebetulan ada barang dapur yang habis, jangan susah hati. Boleh terus buat pesanan untuk grocery delivery. Pesan apa yang habis dan barangan yang dipesan akan dihantar terus ke rumah. Tak perlu susah payah keluar saat sedang sibuk buat planning untuk pergi berkelah ni.

Salah satu pihak yang boleh digunakan saat kecemasan begini adalah Pandamart oleh Foodpanda. Jangan ingat hanya boleh pesan makanan terus untuk di makan saja, nak pesan barangan keperluan dapur juga boleh.



Senang betul sekarang ni. Nak apa semuanya ada, hanya dihujung jari tanpa perlu susah payah ke sana ke mari macam dulu lagi.

Pujian patut diberikan pada mereka yang mampu jayakan servis sebegini, sangat membantu di saat perlukan bantuan dan kecemasan. Jika beginilah caranya, planning berkelah seminggu sekali pun boleh!









Lokasi Baru Lebih Selesa Rasa Tetap Sama Restoran D'Warees Resipi Kari Kepala Ikan Terbaik Di Selangor

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang Maha kasihi sekalian. Alhamdulillah sekarang kerajaan dah mula membenarkan untuk kita sebagai rakyat menikmati hidup dengan bebas. Sebab itu sekarang kerajaan telah mula membenarkan untuk kita rentas daerah bagi menjalani kehidupan seperti biasa. Namun masih belum boleh rentas negeri lagi tapi sikit demi sikit sabar. 



Sebab kebenaran boleh rentas daerah ini lah Maha ambil kesempatan untuk keluar mencari makan tempat yang sedap-sedap lagi. Dah lama tak makan kari kepala ikan jadi Maha buat keputusan untuk nikmati kari kepala ikan terbaik di Selangor. Kat mana lagi kalau bukan di Restoran D'Warees Resipi Kari Kepala Ikan yang terletak di Taman TTDI Jaya Shah Alam.




Sebenarnya Maha suka kari kepala ikan kat sini kerana Maha pertama kali mencuba masakan yang menjadi trademark mereka semasa ia mula beroperasi sejak 3 tahun lalu. Tapi dulu ia terletak di kawasan lain. Kalau korang tahu kilang gula di Batu 3 Shah Alam restoran tu letak betul-betul depan kilang tersebut. Namun sekarang ia telah berpindah ke kawasan baru yang lebih selesa dan juga lebih luas.




Kalau korang pergi kat restoran mereka yang baru di TTDI Jaya Shah Alam ni memang lebih nampak bersih dan kemas serta teratur. Juga mempunyai tempat makan yang lebih selesa kepada pelanggan setia resipi warisan kari kepada ikan mereka ini. Restoran yang luas dan juga kawasan parking yang banyak boleh memuatkan lebih ramai pengunjung dalam satu-satu masa.






Walaupun mereka telah berpindah lokasi kepada tempat baru namun kesedapan yang dicipta dari resipi turun termurun keluarga masih tetap kekal seperti mana dari dulu lagi. Setiap hari mereka boleh sediakan 50 hingga ke 70 ketul kepala ikan pelbagai jenis seperti Ikan Merah, Jenahak, Kerapu dan Mayong.



Untungnya kat sini pelanggan boleh buat pilihan kepala ikan apa yang mereka hendak telebih awal sebelum menikmati makanan di sana. Ini akan mengekalkan kesegaran kepala ikan yang mereka dapat untuk dihidang kepada tetamu. Pernah sekali tu mereka menghidangkan kepala ikan terbesar iaitu seberat 7 kilo. Wow memang untung lah siapa yang dapat pada masa tu.



Maha suka datang sini selain nikmati kari kepala ikan yang menjadi hero mereka banyak juga makanan lain yang membuatkan korang rasa rambang mata nak pilih mana satu. Terutama sekarang ni ada menu baru iaitu Lala Masak Lemak dan juga sayur-sayuran segar untuk dijadikan ulam-ulaman. Ada juga masakan lain yang best korang boleh cuba bila berkunjung kat restoran ini iaitu seperti Kari Kambing, Kari Daging Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Kurma Daging, Pajeri Nenas dan banyak lagi.





Itu kalau untuk makan tengah hari dah banyak pilihan, sebabkan restoran ini dibuka seawal jam 6.30 pagi korang juga boleh nikmati hidangan sarapan pagi yang ada seperti Roti Canai, Kuih Muih tradisional seperti Onde-Onde, Lepat Pisang, Kuih Puteri Ayu dan banyak lagi. Jadi untung datang sini memang best sangat makan pagi sampai juga petang sehingga kedai tutup pukul 5.00 petang. Lokasi baru ini mereka buka setiap hari kecuali hari Jumaat ia tutup ok.



Kalau rasa nak cuba makan Kari Kepala Ikan terbaik di Selangor ini lah tempatnya lokasi baru lebih selesa rasa tetap sama. Dengar cerita pula nanti bulan Ramadan mereka akan beroperasi sehingga malam untuk memberi peluang nikmati makan sampai waktu moreh. Apa pun nanti korang boleh dapatkan info pasal restoran D'Warees Resipi Kari Kepada Ikan di laman Facebook dan juga Instagram mereka. Selamat mencuba dan juga selamat menjamu selera.

Alamat : Restoran D'Warees Resipi 
               No 26 Jalan Opera A,
               U2/A Seksyen U2,
               Taman TTDI Jaya,
               40150 Shah Alam









Baju Raya Baru Untuk Mereka Yang Plus Saiz Di Bob Rock Lovelily

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kawan-kawan yang dikasihani serta dirindui sekalian. Tahun ni masih berharap juga untuk kita dapat rentas negeri sempena Ramadan dan juga Hari Raya nanti. Kita masih berharap juga akan ada keajaiban yang belaku kerana lama tak balik jumpa keluarga dan rasa suasana berhari-raya macam zaman dulu-dulu. Kunjung-mengunjung rumah sedara mara, pergi rumah jiran-jiran dan juga dapat buat open house meriah penuh dengan makanan. Juga meriah dengan baju raya baru pernuh warna-warni.



Bila sebut pasal baju raya tahun ni walaupun tak dapat untuk balik kampung rentas negeri tetap kena ada baju baru. Baru kita rasa akan suasana kemeriahan raya tu walaupun masih kat perantauan. Tahun ni Maha nak cari baju raya baru di kedai kegemaran Maha iaitu Bob Rock Lovelily di Plaza Shah Alam. BRLL ni mula memperkenalkan dan melancarkan baju melayu pada tahun 2019. Pada mulanya BRLL hanya menghasilkan 4 pilihan warna sahaja tapi kerana mendapat sambutan yang hangat dan terus habis terjual dalam masa 2 minggu Ramadhan.



Jadi sebab tu Maha suka pergi kat sini untuk cari baju baru raya tahun ini. Selain daripada kemudahan satu kedai untuk cari kelengkapan baju raya ia juga menyediakan baju raya rekaan Baju Melayu Cekak Musang. Sebab orang comel macam Maha ni mempunyai saiz leher yang besar jadi Baju Melayu mereka direka dengan bukaan kolar yang luas dan selesa tak rasa tercekik.



Satu masalah Maha bila beli Baju Melayu kedai lain adalah bahagian perut yang mudah ketat dan sendat. Jadi rekaan Baju Melayu kat sini menggunakan potongan bentuk A (Relax-Fit) dengan belahan tepi pada hujung baju melayu yang memberikan keselesaan kerana tidak sendat di bahagian perut. Selain itu, faktor kenapa Maha memilih Baju Melayu di kedai ini kerana pemilihan kain Twill yang berasaskan kapas adalah bersesuaian dengan keadaan cuaca negara kita yang panas. Sebab kain kapas Twill ini mudah menyerap peluh dan cepat kering serta juga kain kapas Twill ini jenis fabrik yang tidak kilat, lembut pada kulit serta terletak elok pada badan.



Bila nak cari baju terutama yang dah siap reka ini paling penting adalah dari segi jahitan. Sebab kat kedai ini jahitannya sangat kemas serta kuat membuatkan baju melayu ini lebih tahan lasak. Ciri utama Baju Melayu asli masih dikekalkan pada rekaan mereka iaitu ada 3 poket dibahagian depan baju dan juga mempunyai 5 lubang butang baju melayu membolehkan korang gaya dengan butang yang pelbagai bentuk dan warna yang meriah.



Salah satu juga faktor pertimbangan Maha untuk mencari Baju Melayu siap ini adalah daripada segi seluar. Selalunya memang susah nak cari seluar Baju Melayu yang sesuai dengan Maha. Tapi kat kedai Bob Rock Lovelily ini menghasilkan seluar baju melayu yang klasik, lurus dan selesa. Pinggang seluar baju melayu yang mudah regang dan bergetah serta pembukaan getah yang lebar untuk memastikan seluar tidak mencubit di perut. Juga seluar berzip dan dikemaskan dengan cangkuk. Seluar juga mempunyai 2 poket sisi untuk memudahkan menyimpan dompet dan barang bernilai.


Tahun ini kelainan Baju Melayu di Bob Rock adalah mereka mengeluarkan lebih banyak pilihan warna bagi memenuhi keperluan dan kepelbagaian gaya baju baru. Ada 8 warna menarik untuk pilihan korang dan mudah dipadankan iaitu:

1) Black


2) Red


3) Dark Gold


4) Burnt Orange


5) Royal Blue


6) Royal Purple


7) Night Blue


8) Pewter Grey


Macam biasa Baju Melayu kat sini di hasilkan dari saiz XL sehingga sebesar 6XL. Kalau korang tak tahu nak ukur saiz yang betul untuk kenakan dengan badan korang yang mana paling sesuai tak terlalu besar dan tak terlalu kecil boleh berpandukan kepada carta saiz yang mereka sediakan ini. Insha Allah korang akan dapat saiz baju yang sangat padan dengan badan korang.



Tahun ini harga Baju Melayu yang biasanya dijual pada harga RM269.00 sepasang, kini jatuh merundum dengan promosi hebar hanya pada harga RM199.00 sepasang dan juga percuma poslaju. Promo ini terpakai selagi mana stock masih ada. Jadi jangan tunggu lagi korang boleh beli online sahaja di https://www.bobrocklovelily.com.my/products/plus-size-baju-melayu.


Kalau yang berada berdekatan boleh terus kunjungi butik mereka di Aras 1 Plaza Shah Alam Seksyen 9. Butik mereka akan buka setiap hari daripada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Maha pun dah beberapa kali kunjungi butik mereka ni sangat selesa dan juga layanan yang paling bestlah. So tahun ni akan ada Baju Melayu baru untuk raya bestnyaaa....

Info lanjut boleh layari :-
Telefon : 03-55133588
Whatsapp Admin : 011-10091301 







Buka Puasa Istimewa Dalam Normal Baharu di Lugar De La Boda @ Puchong

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi juga. Tinggal kurang dari beberapa hari sahaja lagi untuk tibanya bulan mulia bulan Ramadan. Kali ini kita masih meraikan bulan penih keberkatan ini dalam normal baharu. Semua kena patuhi SOP demi untuk putuskan rantaian Covid-19 ini. Tapi tetap meraikan suasana puasa dengan sederharna. 



Tahun ini juga kita kembali dapat merasai untuk menikmati buffet Ramadan. Bagi korang yang merancang tempat makan best untuk berbuka puasa kali ini, apa kata korang bawa bersama keluarga atau rakan-rakan berbuka puasa di Lugar De La Boda @ Puchong. Kenapa pula kat situ dan apa keistimewaannya buka puasa di situ. Jom Maha ceritakan kerana Maha pernah berbuka puasa di sini juga.




Untuk pengetahuan korang, dewan perkahwinan Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Demi mematuhi SOP jumlah pengunjung dikurangkan kepada separuh untuk memberikan penjarakan fizikal dan juga tiada yang berkumpul ramai-ramai. Jenis-jenis makanan tahun ini pula, mereka menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 gerai dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.






Menu utama buka puasa kali ini adalah hidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Daging Masak Hitam. Ikan Goreng Cili Padi, Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas, Kupang Goreng Pedas, Lala Halia, Sambal Sotong, Sambal Kerang, Sayur Goreng Campur dan Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang. Selain itu, korang boleh menikmati pilihan Nasi Beriani yang dihidangkan bersama Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs), Daging Masak Beriani, Daging Masak Hitam, Dalca Sayur, Pajeri Nenas dan Acar Buah.







Manakala bagi 10 gerai yang ada kat sini korang WAJIB cuba sebab semuanya menarik. 10 gerai tersebut mempunyai namanya yang unik dan tersendiri seperti Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce, Roti John Adik Manis, Char Kuew Tiaw Abang Tanjung, Dim Sum Cheng Ho, Noodle Station, Air Balang Pasar Malam, ABC Mountain dan Ais Krim Corner. Hidangan di gerai juga termasuk Kambing Grill Sos Lemon, Char Kuey Tiaw, Tepanyaki, Roti John, ABC, Dim Sum dan banyak lagi yang dimasak panas-panas untuk korang nikmati.





Tidak lengkap kalau makan tanpa pencuci mulut. Di sini juga terdapat banyak pencuci mulut seperti Kuih Kuih Melayu, Pelbagai Perisa Jelly, Seri Muka, Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly, kek, koktail dan buah buahan tempatan. Ditambah lagi dengan pilihan bubur, yang akan dihidangkan 2 jenis setiap hari termasuk Bubur Jagung + Sagu, Pengat Pisang atau Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam.  Pastinya melengkapkan menu berbuka puasa korang yang datang untuk melempiaskan nafsu makan nanti hehehe.




Harga Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda @ Puchong


Kalau korang tanya harga untuk Bufet Ramadhan 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong yang akan bermula dari 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga pun sangat berpatutan dengan variasi makanan bufet dan harga adalah seperti berikut :
1) Dewasa (Seorang) - RM79.00
2) Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59.00
3) Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59.00





Special Offer!

Bagi korang yang ingin menempah secara beramai-ramai, Lugar De La Boda @ Puchong turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa iaitu 1 Meja (8 Pax) bersama dengan hanya RM632 sahaja. Jadi korang akan dapat meja exclusive tanpa campur dengan orang lain dapatkan sembang-sembang puas-puas dan begembira sambil makan-makan kan hehehe.



Early Bird Offer!

Nak harga lagi murah? Mestilah ada. Korang boleh dapatkan voucher buffet ramadhan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa ini sebelum tarikh 12 April 2021 dengan harga berikut : 
1) Dewasa (Seorang) - RM59.00
2) Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30.00
3) Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30.00
4) 1 Meja (8 Pax) - RM450.00





Jadi tunggu apa lagi masih sempat untuk buat tempahan awal ni. Korang pun dah lama tak makan-makan dengan keluarga atau kawan-kawankan. Ini masanya tapi tetap patuhi SOP dan juga arahan kerajaan ok kerana kita masih belum menang. Maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Selangor Di Lugar De La Boda, boleh layari laman sosial di bawah:-

Alamat: Lugar De La Boda [WAZE]
Lugar De La Boda 
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.









Menang Hadiah Sehingga RM100,000 Dengan Makan Produk LengQuas

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian yang dikasihi. Pejam celik pejam celik rupanya kurang dari beberapa hari sahaja kita dan nak sambut bulan penuh mulia bulan Ramadan. Cepat masa berlalu untuk tahun 2021 ni yer memang tak sedar. Macam mana dah buat persiapan untuk sambut bulan Ramadan ni. Persiapan diri dan juga persiapan untuk makan perlu juga.



Kalau bujang bagi Maha ni senang jer cari produk sejuk beku dan terus boleh panas dan makan lagi senang. Tambah-tambah waktu sahur ni nak menumbuk dan sediakan bahan masakan memang tidak lah dengan mengantuknya jadi makanan sejuk beku sahaja senang. Kurang dari 5 minit sahaja masuk dalam microwave dah siap boleh makan panas-panas. Pulak tu masakan tradisional rasa macam emak masak kat kampung jer waaaaaa, rindu puasa nak balik bersahur dengan keluarga.



Tak apalah kali ni biar produk LengQuas menjadi peneman sebulan puasa. Ini kerana LengQuas produk keluaran dari Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ada 21 jenis masakan yang disejuk beku. Wahh memang cukup lah untuk sebulan tu yang lebih 9 hari lagi kita makan luar lah sekali sekala hehehe. Tapi tak apa yang penting produk LengQuas Maha dan cuba memang sedap dan memenuhi selera untuk makan bukan sahaja bersahur tapi juga untuk berbuka puasa nanti.



Produk ni Maha jumpa masa pergi beli barang kat kedai serbaneka 7-Eleven ada jual jadi mudah lah. Selain tu juga ada beberapa supermarket, mini market dan juga stesen minyak juga ada jual. So lepas ni senang lah nak dapat dah merata ada jual. Korang boleh pilih daripada 21 jenis produk makanan seperti Beef Stew, Chiken Glaze, Daging Lemak Kuning, Kari Daging, Daging Asam Pedas, Daging Dendeng, Kuah Kacang, LengQuas Daging Masak Hitam, LengQuas Ayam Masak Hitam, LengQuas Rendang Ayam, LengQuas Ayam Percik, LengQuas Paru Goreng Berlada, LengQuas Sambal Ikan Bilis dan LengQuas Ayam Masak Merah.




Tu yang lauk pauk sahaja tapi kalau nak yang ada nasi sekali set ada juga tau. Mereka ada keluarkan set Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Putih Daging Masak Hitam, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Briyani Ayam Masak Merah, Nasi Ayam Kukus dan Nasi Lemak Ikan Bilis. Semua sejuk beku dan korang hanya panaskan sahaja dalam ketuhar 5 minit dah siap boleh makan.




Bestnya sekarang ni dengar cerita pula KOPETRO telah menganjurkan Peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas ni. Hadiah bukan calang-calang tau hadiah bernilai RM100,000. Wow jadi lagi senanglah beli untuk makan tapi boleh juga menang hadiah. Ini buatkan Maha nak beli lagi produk LengQuas ni.



Cara penyertaan peraduan: 


1) Perlu beli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20 dalam satu resit

2) Imbas kod QR yang disediakan isi maklumat diri.

3) Jawab soalan mudah dan muatnaik resit pembelian sebagai bukti penyertaan

Dah senang jer nak menang wow. Memang sangat mudah dan juga berpeluang besarlah nak menang ni sebab Maha pengguna produk LengQuas setiap hari hehehe. Pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah setiap bulan. Peraduan ini belangsung daripada 1 April 2021 hingga 30 Jun 2021 ni masih sempat lagi ni masih awal.




KOPETRO juga tidak melupakan pengedar dan ejen-ejen mereka yang banyak membantu meluaskan perniagaan mereka. Makan ia juga menganjurkan peraduan khas buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan. Penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan. So tunggu apa lagi rebut nak buat sale bulan Ramadan ni lagi mudah.

Maklumat lanjut tentang produk LengQuas boleh berhubung terus : 
Talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd : 60 17-319 5764







Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi lagi disayangi. Sekarang ni tengah hangat di perkatakan di media bahawa minyak masak naik harga. Juga turut menerima tempias adalah pengusaha dan pengeluar minyak masak syarikat muslim sepenuhnya. Tuduhan demi tuduhan tanpa usul periksan menyatakan bahawa 'Apakah Produk Muslim ini Benar-benar Muslim?'



Biasa dengarkan tajuk begini? Segelintir yang tidak tahu hujung pangkal, akan mudah menjatuhkan hukum kepada peniaga Muslim hanya kerana perbezaan harga tanpa mengkaji di sebaliknya. Imej peniaga Muslim sering dihujani dengan negativiti.

Sama juga dengan topik minyak masak yang baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas diumumkan kenaikan harga disebabkan minyak sawit mentah (CPO) melebihi RM4,000 per tan metrik pada awal Mac lalu.

Berikutan kenaikan harga minyak, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata, hal ini telah menimbulkan rungutan masyarakat dan pasaran tempatan namun kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi bergantung kepada CPO dan harga pula ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.

Kenaikan harga minyak masak ini turut memberi tekanan kepada syarikat pengeluar minyak masak termasuk Minyak Masak Kijang Gold. Produk minyak masak keluaran Purity International Sdn Bhd iaitu syarikat 100% Bumiputera Muslim turut mendapat tempias apabila dilabel sebagai ‘harga Yahudi’ hanya kerana sedikit perbezaan harga.



Pengasas Kijang Gold, Puan Hajah Nor Sabimi Mohamed Aluwi berkata, kecaman yang dihebahkan itu tidak benar sama sekali kerana rata-rata pengguna setia produk mereka menganggap harga minyak masak jenama itu sangat berpatutan selaras dengan kualiti.

Walhal jika dibandingkan jenama lain yang menggunakan sama kualiti, biasanya harga minyak mereka sebenarnya lebih tinggi tetapi mungkin segelintir pengguna boleh menerimanya kerana jenama mereka sudah lama bertapak di pasaran.

Pemilihan minyak masak perlu dititikberatkan oleh pengguna bukan sahaja daripada faktor harga, malah pemilihan siapa pengeluarnya, kualiti dan jenis minyak yang digunakan. Penting kerana ia bukan sahaja mendatangkan risiko kepada kesihatan, namun kesucian dan kebersihan sesuatu produk juga perlu diambilkira,” katanya.

Wanita tegas yang juga CFO kepada Purity International ini amat menyarankan agar pengguna memilih produk minyak masak yang sememangnya diyakini keluaran 100% Muslim serta tidak membiarkan diri mereka terjerumus dalam lembah syubhah hanya untuk mendapatkan harga yang murah.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Purity International, Haji Mohd Zaidi Ismail turut menyatakan simpati kepada ramai pengguna minyak masak kerana mereka dikelirukan dengan ‘jenama berbaur Muslim’ di pasaran sedangkan pengeluarnya belum tentu Muslim.

Banyak juga pengeluar minyak masak menggunakan nama dan mengetengahkan ciri-ciri ‘Islamik’ serta menjual pada harga lebih murah untuk mengumpan sesetengah pengguna Muslim,” kata Mohd Zaidi.

Jenis minyak masak juga katanya, salah satu aspek yang mempengaruhi harga barangan keperluan itu sendiri. Minyak masak di pasaran tempatan mempunyai 3 jenis minyak yang berbeza iaitu CP10, CP8 dan CP6. Kebanyakan minyak peket atau lebih dikenali sebagai minyak subsidi, menggunakan CP8 atau CP10 kerana gred yang lebih rendah serta murah.

Segelintir pengeluar yang mementingkan keuntungan akan mencampurkan minyak masak kitar semula dan diletakkan peluntur serta pewarna tiruan yang sememangnya boleh ‘membunuh dalam diam’. 



Bagaimanapun produk keluaran Kijang Gold menggunakan minyak yang berkualiti premium iaitu CP6 super olein yang baik untuk kesihatan. Penggunaan minyak masak CP6 atau minyak sawit merah bukan sahaja mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol, malah dapat mengawal penyakit jantung, katarak, rabun malam, kanser mulut, paru-paru, kulit, hati dan perut.

Disebabkan itu, pihak Kijang Gold sangat menekankan bahawa minyak masak keluaran mereka sangat bagus dan dijamin suci, halal serta berkhasiat.

Jenama Kijang Gold mula bertapak di dalam pasaran tempatan pada akhir tahun 2019 dan mula melonjak naik apabila produk mereka mula memasuki pasaran luar termasuk Kemboja, Myanmar, Maldives, Afrika dan Filipina.



Untuk mendapat maklumat terperinci tentang minyak masak Kijang Gold, sila layari Facebook Minyak Masak Kijang Gold, Instagram @kijanggold_official dan Twitter @kijanggold.

#minyakmasakkijanggold #bmf #palmoil #oil #cooking #food #foodporn #minyaksawit #vitamine #healthy #healthyfood #kelantan #malaysia #eats #halal #muslim #viral #trending #foodie #foods #foodstagram #socialmedia









Berbuka Puasa Ala Barat Dan Mediterranean Di Me'nate Steak Hub

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua kawan-kawan yang dikasihi lagi diingati. Maka sekarang ni bermula lah koleksi buka puasa dan juga bufet ramadan untuk tahun 2021 ni setelah setahun kita dalam perintah kawalan. Tapi walaupun kita diberi kelonggaran tetap kena patuhi SOP ketat untuk menyambut dan menikmati juadah berbuka puasa tahun ini. 



Kali ini Maha nak bawakan kepada korang satu lagi tempat untuk buka puasa dengan menggabungkan dua citarasa iaitu Barat dan juga Mediterranean. Mana lagi kalau bukan Me’nate Steak Hub satu jenama restoran yang tidak asing lagi dan antara steakhouse Halal terbaik di Malaysia. Wow memang sangat dinantikan setiap tahun oleh penggemar makanan steak dan juga nak tahu apa yang istimewanya untuk korang buka puasa di sini. 






Tapi sebelum kita ketahui makanan kita tengok dulu harga yang ditawarkan agar korang boleh buat pembandingan. Pakej buffet ramadan kali ini menawarkan harga yang sangat berbaloi iaitu RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak. Manakala bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Untuk setiap tempahan awal pihak Me’nate akan memberi potongan sebanyak 10% hingga ke 30% bergantung terma dan syarat. Setiap menu Ramadan kali ini disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang berpengalaman dan sudah pasti ianya mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.





Bagi memenuhi permintaan pelanggan di Ramadan 2021 ini yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan 'GROUP STEAK' Family Platter. Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu Set A (Premium Family Package) dan Set B (Super Premium Family Package) dimana satu set boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang.





Terdapat sehingga sebelas menu bagi setiap hidangan dalam Family Platter ini dan hidangan pemanis mulut diberikan secara PERCUMA dari kaunter buffet. Yang pastinya hidangan dalam Family Platter ini masih mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda.






Korang tengok lah tawaran harga dan juga makanan yang ada kat sini. Katanya lebih daripada 70 jenis menu yang boleh dinikmati setiap hari sepanjang bulan Ramadan nanti. Ditambah pula dengan dekorasi yang sangat menarik dan juga mengundang untuk korang datang makan berbuka bersama keluarga atau juga boleh ajak rakan-rakan pejabat. Mereka juga membukakan peluang kepada badan korporat atau individu yang nak membuat majlis meraikan golongan kurang bernasib baik mahupun anak-anak yatim. 




Maha kalau datang ke Me'nate ni tak cuba mereka punya masakan istimewa tak sah mesti kena cuba Kambing Panggang Bukhari bersama Nasi Mandhi. Ada juga yang tak minat kambing boleh pilih yang Daging Ayam banyak pilihan. Selain itu juga menu masakan tempatan juga memeriahkan lagi pilihan juadah berbuka puasa kali ini seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow. Ini korang kena nikmati panas meraka sediakan satu sudut khas untuk memasak masakan ini secara langsung depan mata korang baru terasa nafsu nak berbuka tu membuak-buak hehehe.





Istimewa tahun ini adalah Me’nate akan memperkenalkan produk sejuk beku terbaru iaitu jenama MeatLab yang boleh di jadikan hidangan berbuka bila di rumah atau sebagai ole-ole semasa balik ke kampung dan juga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh korang nikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini. 





Korang tengok bufet ini ada di semua cawangan restoran Me’nate Steak Hub di seluruh Malaysia yang berada di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka dan Johor Bahru. Hanya satu sahaja iaitu kecuali di Ampang yang hanya menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang. Selain itu di Me’nate Steak Hub Ampang juga ada menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima hingga ke enam orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar untuk 2 orang.



Kalau ditanya kemudahan lain seperti surau atau juga tandas untuk kemudahan pelanggan yang datang berbuka di sini mereka tetap tidak lupa untuk sediakan. Jadi tak jadi masalah untuk datang makan dan juga ibadah tetap dilaksana. Kawasan parking juga agak selesa dan banyak untuk sesetengah tempat. Jadi korang kenalah booking sekarang juga untuk nikmati semua ini sebelum tarikh yang korang nak tu penuh. 

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi tel di bawah :-

Pakej Buffet Ramadan • Pakej Group Steak • Ala Carte
1) Setapak = 019 3911 047
2) Shah Alam = 019 4771 047
3) Bangi = 019 2611 047
4) Seremban = 014 3511 047
5) Melaka = 014 6040 047
6) Johor Bahru = 013 7510 347

Pakej Heavenly Beef/Lamb • Pakej 2 Pax • Pakej Group Steak • Ala Carte
7) Ampang = 016 8795 947





Memperkenalkan Masakan Asia Termasuk Nasi Padang Yang Terkenal Sempena Bufet Ramadan Di Restoran S'lasih

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalin. Sekarang ni masih lagi dalam fasa pemulihan dan juga kerajaan tidak benarkan untuk kita yang belum dapat vaksin untuk pergi bercuti keluar negara atau juga orang luar negara masuk ke negara kita. Jadi ramailah yang kempunan nak nikmati makanan popular dari negara jiran seperti Nasi Padang dan sebagainya. Tambah lagi Ramadan yang akan tiba tak lama lagi makin rindulah nak mencuba juadah seperti Ayam Gulai, Ayam Goreng Rempah dan Dendeng Balado Cabe Merah Kering.



Tapi sekarang ni semua itu boleh diubati dengan menikmati juadah special Asia dan Nasi Padang di Restoran S'lasih. Restoran ini baru dibuka di aras tiga Bangsar Shopping Centre (BSC). Restoran ini telah dirasmikan oleh YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din pada tanggal 2 April 2020. Ia turut dihadiri oleh 70 orang tetamu jemputan yang lain bersama media sempena perasmian dan juga memperkenalkan juadah Bufet Ramadan untuk tahun ini.




Di sini hampir 100 hidangan yang disediakan setiap hari dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa hidangan bufet ini mempunyai sesuatu yang unik dan menaik termasuk hidangan istimewa restoran tersebut seperti Nasi Goreng Kambing Panas, Nasi Lemak Ayam Rendang Terjungkit dan banyak lagi. Korang juga akan terpesona dengan Roti Canai Burrito dan Rendang Daging yang direbus selama lapan jam dalam santan dan dimasak perlahan hingga kering. 








Setakat ini mereka ada dua cawangan Restoran S'lasih yang telah dibuka selain dari Bangsar dan juga satu di Sunway Putra Mall. Kalau korang masuk restoran ini dapat lihat akan keaslian dekorasi Asia dan juga nusantara melambangkan juga kesedapan makanan yang mereka hidangkan. Restoran ini mampu memuatkan sehingga 70 dan 80 orang tetamu dalam satu masa dan juga masih mengekalkan SOP yang ketat.







Buffet Ramadan di sini akan bermula pada tarikh 13 April hingga 3 Mei 2021 (5.30 petang - 9.00 malam setiap hari) di kedua-dua restoran. Ketua Chef menjanjikan pengalaman menikmati hidangan yang lain setiap hari sepanjang datang berbuka puasa di sini. 







Harga Bufet Ramadan di Bangsar Shopping Centre berharga RM89.00 untuk orang dewasa dan RM40.00 untuk kanak-kanak. Tempahan awal untuk minggu pertama Ramadan akan diberikan harga potongan masing-masing sebanyak RM75.00 untuk dewasa dan RM25.00 untuk kanak-kanak. Harga untuk hidangan bufet di S'lasih Sunway Putra Mall pula adalah pada RM30.00 bagi setiap orang dewasa dan RM10.00 bagi setiap kanak-kanak.




Tempahan boleh dibuat sekarang melalui WhatsApp di 014-5114769. Pesanan juga boleh dibuat melalui Foodpanda dan Grabfood.

S'lasih Padang & Asian Cuisine 
Bangsar Shopping Centre
Lot T3, 3rd Floor,
Jalan Maarof,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.

S'lasih Padang & Asian Cuisine 
Sunway Putra Mall
Level 4- 43C,
Kuala Lumpur.







Jack 'n Jill Cream-O Lancar 'Projek Komuniti O-Some' Melalui Kempen Sama-sama O-Some

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Jack 'n Jill Cream-O sebuah jenama biskut sandwic, akan melancarkan satu inisiatif murni dan menceriakan masyarakat dengan rasa 'O-some' melalui kempen 'JACK 'n JILL Cream-O Sama-sama O-some'. Bagi kempen ini, Cream-o akan bergabung tenaga bersama institut pengajian awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi melaksanakan satu program jangkauan masyarakat mengujakan yang dinamakan 'Projek Komuniti O-some'.



Diilhamkan melalui etos jenama ini iaitu 'menjadikan seharian O-some', Jack 'n Jill Cream-O akan memberikan sokongan padunya kepada kempen JACK 'n JILL Sama-sama O-some' yang akan memaparkan satu peraduan hebat dengan ganjaran wang tuhai bernilai RM10,000 sebagai rebutan. Sambil menikmati biskut sandwic Cream-O kegemaran mereka, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat secra langsung boleh melibatkan diri dalam kempen ini. 



Para peserta bukan sahaja berpeluang meraih hadiah yang disediakan, malah pada masa yang sama menyumbang kepada ' Dana Projek Komuniti O-some', iaitu tabung yang akan dimanfaatkan untuk tujuan perancangan, pengkonsepan dan perlaksanaan projeck kimuniti tersebut, yang akan diselia oleh seorang mentor daripada universiti itu.



Kerja-kerja 'Projek Komuniti O-some' akan bermula pada 16 April dan dijangka selesai pada Mei 2021. Jom sertailah peraduan Cream-O Sama-Sama O-Some dan menyumbang kepada 'Dana Projek Komuniti O-some'!. Tempoh peraduan adalah bermula 1 Mac 2021 hingga 15 April 2021



Whataspp, Menang dan jadikan komuniti O-Some dengan 2 langkah mudah berikut:-

Langkah 1 : Beli JACK 'n JILL Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dalam satu resit. Simpan resit tersebut.
Langkah 2 : Whatsapp <Nama>,<No MyKad>, gambar resit, jawab soalan dan hantar ke 011-55001878.Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi - Ya/Tidak?



10 mata daripada setiap penyertaan yang layak akan disalurkan kepada 'Dana Projek Komuniti O-some'
Anda berpeluang untuk menang hadiah-hadiah O-some bernilai :
- Hadiah Utama RM1200 x 1
- Hadiah Kedua RM800 x 2
- Hadiah Jetiga RM200 x 36

Info lanjut layari laman Facebook https://www.facebook.com/creamomalaysia





Bufet Citarasa Warisan Malaysia Di Best Western i-City Shah Alam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Bulan suci yang bakal tiba tak beberapa hari lagi bukan hanya mengenai bulan pengampunan, kegigihan dan mengamati nilai-nilai murni dan belas kasihan. Ia juga merupakan bulan keramahan di mana keluarga, teman dan rakan sekerja mengukuhkan ikatan dan meraikan kebersamaan. Terutama dalam bab mencari makanan.



Kini salah satu lagi tempat untuk buka puasa Maha nak perkenalkan kepada korang. Korang boleh menikmati hidangan buka puasa yang disajikan dengan makanan tempatan yang enak dan popular di sini seperti Sup Gearbox, Kambing Bakar, BBQ Makanan Laut dan banyak lagi! Tidak lupa Air Kelapa Bakar dan isinya yang lembut.







Tapi kat manakah lokasi yang Maha maksudkan ini. Ia terletak di dalam pusat pecutian paling popular di Shah Alam iaitu iCity. Dalam tu terletaknya sebuah hotel di beri nama Best Western i-City Shah Alam. Maha pun tak pernah lagi bermalam di sini tapi hotel ni nampak sangat mewah dan menarik. Mereka juga tidak ketinggalan dalam menyediakan juadah untuk berbuka puasa.







Selain daripada buka puasa kat restoran dalam hotel korang juga boleh menikmati juadah ini dengan buat tempahan secara dalam talian dan mereka akan hantar beberapa set untuk buka puasa. Di antara set yang korang boleh cuba untuk nikmati dari hotel ini seperti Set Kambing Bakar RM30.00, Set Gearbox RM30.00, Set Nasi Arab RM25.00 atau Set Ikan Panggan RM25.00

Set Gearbox RM30.00

Set Nasi Arab RM25.00
Set Ikan Panggan RM25.00


Set Kambing Bakar RM30.00


Manakala harga untuk bufet Ramadan pula untuk tempahan awal sehingga 12 April 2021 ini korang boleh dapat harga istimewa iaitu RM89.00 bersih. Kalau harga biasa pula adalah RM119.00 nett untuk dewasa manakal RM55.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas. Bufet Ramadan mereka akan bermula daripada 15 April 2021 hingga 11 Mei 2021 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam








Sebarang tempahan sila hubungi:-
Talian : +603 5521 9000 
E-mail : enquiry@bestwestern-icity.my







Ramadan Tiba Lagi Bufet Meriah Kembali Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi lagi disayangi. Ramadan tiba lagi bufet mula memeriahkan suasana. Itu adalah lumrah yang kita akan hadapi sepanjang sebulan bulan Ramadan nanti. Walaupun tahun ini agak lain sikit kerana kena ikut SOP yang ketat sambil menjaga jarak dan juga kebersihan sentiasa cuci tangan bufet tetap berjalan. 



Kali ini Maha bawa korang ke restoran yang mesti dan wajib setiap tahun Ramadan korang kena datang cuba. Mana lagi kalau bukan Restoran Rebung milik Dato Chef Ismail. Terletak di aras 5 Pakir Bertingkat, Bukit Aman bufet sepenuhnya hidangan masakan Melayu dan tradisi terbaik. Kata chef semasa sesi majlis preview bufet hari tu beliau tahun ini menyediakan lebih kurang 90 jenis juadah.






Menu paling wajib yang ada kat restoran ni korang bila datang Ramadan ni mesti kena cuba Daging Salai Masak Lemak Cili Api iaitu masakan orang Negeri Sembilan. Manakala makanan popular dari Pahang Ikan Patin Masak Tempoyak juga mendapat sambutan. Lepas tu pergi ke Melaka pula yang popular dengan Pari Masak Asam Pedas terangkat sekali cuba ni hehehe. Banyak lagi lah juadah lain yang sedap-sedap seperti Masak Telur Itik Rebung dan Perut, Kangkung Belacan, Ikan Cencaru Sumbat, Siput Sedut Masak Lemak dan macam-macam lagi lah.





Belum lagi masuk bahagian gerai-gerai yang ada disekeliling anjung restoran memang meriah lah. Ada gerai Set Nasi Kerabu dan Aneka Keropok, Aneka Bubur, Buah Potong dan Buah Tamar, Mehun Sup dan Laksa Utara juga ada, Bahagian gorengan seperti Pisang Goreng, Cucur Bawang dan Keropok Lekor serta Ikan Bakar, pergi pula bahagian Mee Goreng dan juga Kueh Teow Goreng pasti kenyang dibuatnya. 







Menarik kat restoran ini bila Maha masuk adalah dekorasinya yang membawa kepada suasana rumah kampung lama yang banyak sudut boleh dijadikan ruang untuk bergambar. Juga beberapa perhiasan barang lama seperti pinggan mangkuk, periuk dan kuali serta pelbagai barang antik lah. Restoran ini boleh memuatkan sehingga 300 orang pada satu masa mengikut SOP yang ketat ok. Kemudahan yang ada seperti ruang parking yang banyak hanya RM4 bayaran. Kemudiang ruang solat yang luas dan juga tandas yang bersih. 







Harga untuk Bufet Ramadan di Restoran Rebung kali ini tak jauh beza dengan yang sebelum ini iaitu RM84.80 nett untuk seorang dewasa dan RM53.00 nett untuk kanak-kanak  (umur 5-11 tahun ). Bufet Ramadan ini akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan bermula dari 13 April 2021 hingga 11 Mei 2021. Selain itu juga mereka menyediakan khidmat katering sama ada di kediaman atau juga di pejabat. Kalau nak buka puasa kat pejabat mereka boleh sediakan makanan dan hantar ke tempat korang jadi tak perlu berebut atau berbaris panjang. 








Juga yang nak buka puasa kat rumah sekarang ni makana di Restoran Rebung boleh ditempah melalui FoodPanda. Mereka akan hantar terus kerumah untuk berbuka lagi senang selesa. Juga tahun ini mereka memperkenalkan produk baru 'Ready 2 Eat Series' iaitu Sambal Bilis, Sambal Udang Kering, Acar Buah, Sambal Belacan dan Sambal Tempoyak. Boleh terus beli kat restoran atau juga diaplikasi Shopee.

Sebarang pertanyaan dan tempahan Buffet Ramadan hubungi :
Tel : 03-2276 3535 / 03-2276 2525
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com









Viewing all 1343 articles
Browse latest View live


Latest Images