Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1330 articles
Browse latest View live

Info Percutian Di Cameron Highland Puncak Yang Sangat Cantik

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalai ni Maha nak cerita kat korang tentang Cameron Highland walaupaun majoritinya dah pernah pergi dan tahu selok belok tempat ini, tapi Maha nak share info kat korang just in case korang ada tertinggal fakta menarik tentang puncak sejuk ini. So harap korang hadap la membaca artikel Maha ni yer. Cameron Highland ni terletak di dalam negeri Pahang. Jarak puncak ini dari bandar Ipoh lebih kurang dalam 85km dan dari Kuala Lumpur pula 200km. Kawasan ni berkeluasan lebih kurang dalam 712km persegi lebih besar dari negara Singapura. Tetapi penduduk yang mendiami kawasan ini hanya dalam 43000 orang sahaja.


Ketinggian dari paras laut pula adalah 1,135meter ke 1,829 meter. Suhu di sana kadang-kadang pada waktu siang 25°C dan boleh mencecah sehingga 12°C pada waktu malam. Sejuk tu kalau korang ke sana jangan lupa bawa baju sejuk tau. So kalau nak ke sana ada 4 laluan utama yang menghubungkan bandar utama ke puncaknya iaitu melalui Bandar Ipoh, Tapah, Gua Musang dan Kuala Lipis. Nak naik kapal terbang takde airport lagi kat atas tu so jangan buat hal nak pergi buat booking kapal terbang. Di antara pekan yang terdapat di Cameron Highland ialah Kampung Raja, Taman Tringkap, Kea Farm, Brinchang, Tanah Rata, Ringlet dan Lembah Bertam. Nak ke Cameron Highland ni korang boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas dari Ipoh, KL, Gua Musang atau Kuala Lipis terus ke Tanah Rata. Kalau menggunakan kenderaan sendiri melalui lebuhraya PLUS korang boleh exit Tapah kemudian ikut route 59 dan dalam sejam setengah korang akan sampai ke Ringlet. Selain tu korang boleh ikut Simpang Pulai dan akan sampai dalam sejam ke Kampung Raja. 


Di antara kawasan yang wajib korang explore di sini ialah Gunung Brinchang. Tempat yang paling tinggi yang boleh dinaiki kenderaan di Malaysia. Kat atas tu ada stesen radio dan TV serta kat atas tu korang boleh menyaksikan pemandangan yang menakjubkan seluruh Cameron Highland. Jikalau korang menaiki teksi cuba ayat sikit driver teksi untuk bawak korang ke Mossy Forest dan Boh Tea punya tempat yang berada kat Sungai Palas. Korang boleh jugak berjalan untuk ke Waterfall Parit. Pastikan korang pakai baju yang sesuai sebab perjalanan menggunakan lalu pejalan kaki mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai. Kat area sini juga sebenarnya korang boleh tengok bunga Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia dan ia adalah pemangsa serangga.


Di puncak ini juga korang boleh melawat Time Tunnel, iaitu sebuah muzium yang ada banyak memori tentang sejarah Malaysia. Ada bayaran masuk yang dikenakan. Selain itu juga, korang boleh pergi ke Butterfly Farm, yang terdapat banyak jenis spesies rama-rama dan korang boleh bergambar bersama rama-rama tersebut. Kat sini pun ada bayaran juga untuk masuk. Lokasi paling wajib pergi kat sini adalah ladang Strawberry. Kat sini mereka membuat aiskrim strawberry, jus strawberry dan memetik buah strawberry untuk korang beli and bawa balik segar dari ladang. Termasuklah kalau korang nak beli sayur pun ada. Pada malam hari akan ada pasar malam kat sini korang boleh beli macam-macam jenis sayur yang segar dengan harga sangat murah berbanding korang beli kat supermarket area rumah korang wakakaka.



Lokasi semua korang dah tahu tapi macam mana pula dengan penginapan korang kat sini. Kalau korang nak cari Cameron Highland hotel untuk korang bermalam cadangan Maha adalah korang install apps Traveloka dan dari situ korang boleh search hotel apa yang ada kat Cameron Highland. Traveloka boleh bantu korang untuk bandingkan setiap hotel yang ada dari segi reviews, lokasi dan juga harga yang sesuai untuk korang. Dari situ juga korang boleh buat research dulu sebelum pergi, dan juga lepas dah yakin dengan hotel mana yang korang nak duduk korang boleh book terus dari Traveloka. Dijamin senang dan selamat. Kalau nak dapat harga lagi murah korang boleh register dengan Traveloka dan akan dapat diskaun 25%. Best tak? Sangat mudah untuk bercuti.


Moga beberapa tips dan panduan yang Maha sediakan ini dapat memberi pengalaman menyeronokan bila korang pulang dari bercuti. Ini kerana bercuti adalah masa untuk merehatkan dan mecari ketenangan bukan kesusahan. Selamat merancang percutian dan selamat bercuti semua.



*Gambar dari laman visitmalaysia.info






  

Tips Buat Business Traveler Mencari Hotel Selamat Dan Selesa Pada Harga Berpatutan - Manhattan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan. Kebanyakan Business Traveler akan menghabiskan seperempat atau lebih banyak masa luar bilik hotel. Betul tak sebab datang kat KL ini hanya atas urusan kerja atau juga sebarang seminar untuk jangka masa yang singkat. Jadi kadang-kadang banyak yang business traveler ini abaikan faktor yang perlu mereka pertimbangkan untuk tinggal yang berbaloi dengan harga dan keselesaan mereka.


Maha sendiri selalu juga pergi travel atas urusan kerja jadi beberapa perkara yang akan dipertimbangkan untuk sesuatu penginapan yang selamat dan selesa. Mungkin sedikit tips ini dapat membantu korang luar sana nak cari hotel yang bebaloi. Maha tak pandai tapi dari pengalaman kongsikan kepada semua.

1) Tinggal dengan selamat

Ini adalah keutamaan yang paling penting bila nak pilih hotel untuk menginap. Bagusnya kalau hotel tu ada akses kad untuk pintu masuk dari pintu lif hingga ke pintu bilik. Juga kena pastikan yang hotel ada kawalan cctv di sudut yang strategik demi keselamatan.



Sebelum menetap di dalam bilik paling penting korang periksa bahawa kunci berfungsi dengan baik dan tekan butang 'Do Not Disturb'. Biarkan ia menyala sepanjang penginapan anda supaya orang tahun bahawa bilik tidak pernah kelihatan kosong.

2) Kebersihan dan keselesaan

Walaupun hanya habis masa untuk tidur malam sahaja tapi kebersihan bilik hotel dan juga bilik air sangat penting. Pastikan hotel ini sentiasa menggunakan cadar yang dibersih selalu  serta juga  susun atur dalam bilik mahupun bilik air kemas. Paling penting tuala diletak ditempat paling tinggi untuk elak daripada dijangkiti kuman kerana selalu ia letak dalam bilik airkan.



Nak lagi senang korang cari jer hotel yang ada sediakan semua kelengkapan peribadi yang penting seperti berus gigi, ubat gigi, shaver, shaving cream,  pengering rambut, shower cap dan sanitary bag. Kebanyakan tak sedia semua ini kerana korang boleh terus guna dan buang jadi lebih bersih.

3) Kesetiaan


Perkara yang jarang orang ambil apabila menginap kat hotel untuk business travel ini iaitu faktor kesetiaan. Ini sedikit sebanya memberi faedah kepada korang kerana pihak hotel akan sediakan program ganjaran untuk dijadikan manfaat eksklusif. Mungkin korang boleh dapat penginapan percuma, peningkatan bilik atau diskaun ke perkhidmatan seperti sarapan pagi.

Business Hotel Pilihan


Kalau korang tanya Maha mana hotel yang ada semua ciri-ciri seperti di atas adalah kat Manhattan Business Hotel. Bukan apa sebab Maha sendiri dah berpengalaman tinggi semalam di sini sebab atas urusan kerja sehingga lewat malam. Nak balik jauh dan bimbang keselataman jadi menginap kat hotel ini sebab dekat sangat dengan office area TTDI jer.



Hotel ini berkonsepkan hotel traveler yang mewah tapi pada harga sangat berpatutan. Semua perkara yang Maha sebut kat atas tadi tu memang ada kat hotel ini jadi sangat selamat tak rasa bimbang. Selalu Maha lalu luar jer hotel ini tapi bila kena menginap sini baru tahu yang dalamnya sangat cantik. Kat bahagian penyambut tetamu direka bagi membawa suasana station keretapi di Bandar Manhattan memang menarik.



Lepas tu naik tingkat atas kat bilik tu korang ada kad askses jadi bukan sebarang orang boleh masuk jadi lebih selemat. Setiap tingkat pula dinamakan dengan station keretapi yang popular di sana dan hari tu Maha duduk kat 5th Avenue. Dalam bilik hotel segala kemudahan ada seperti arah kiblat mudah untuk penginap muslim dan juga ada peti simpan keselatan untuk simpan barang serta ada mini peti sejuk. Paling seronok internet sini laju sangat senang nak buat kerja dari bilik.



Masa search kat laman web hotel ni untuk booking rupanya hotel ini terima anugerah Best Business Hotel 2018 daripada Property Insight. Sebab tu hotel ni nampak cantik dan kemas. Kalau korang nak dapat ganjaran kesetiaan yang Maha cerita tadi korang kena booking online melalui laman web mereka. Ini kerana korang boleh dapat harga lebih murah iaitu dengan diskaun 20%-25%. Harga hotel ini dah termasuk penginapan satu malam dan juga sarapan pagi tau memang senang.



Kalau sapa-sapa yang ada urusan kerja atau seminar atau business trip kat Kuala Lumpur, memang hotel ini sangat sesuai. Kalau datang naik public transport kat sini berdekatan dengan station MRT TTDI yang hanya ambil masa 5 minit jalan kaki sahaja. Kemudian sebelah dengan Glo Damansara Shopping Complex serta kedai 24jam jadi mudah nak makan pun dekat sahaja area TTDI tu dah banyak kedai makan.







Hotel ni check ini adalah pukul 12.00 tengh hari dan check out juga pukul 11.00 pagi. Jadi korang boleh plan kerja pukul berapa dan boleh prepare apa yang patut. Sedikit pengalaman Maha kat hotel ini dikongsikan pada korang mungkin dapat membantu mana nak cari hotel best dan pada harga range RM130 dan bawah RM200 ikut jenis bilik. Selamat berehat semua. 

Tempahan bilik dan pertanyaan hubungi :-
Telefon: +603-7732 2226 
Fax: +603-7733 2232






Menikmati Masakan 5 Chef di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Bulan Ogos Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ini kita beralih pula untuk makan mewah di hotel pulak. Aloft Kuala Lumpur Sentral melalui Restoran Nook mereka memperkenalkan lima chef utama dengan keistimewaan masing-masing untuk menyediakan hidangan buffet. Uniknya kali ini adalah kelima-lima chef itu membawa makanan berbeza antara satu sama lain dan menarik.


Pasukan lima chef tersebut diketuai oleh Chef Fizi. Beliau adalah chef yang bertanggungjawab terhadap Appetisers bagi hidangan bufet kali ini. Chef Fizi menampilkan hidangan gabungan tradisional dan moden seperti Gago-gado, Salad Mi Ayam Asia, Udang dengan Pomelo dan Salad Watercress. Bagi hidangan pembuka selera chef ini Maha suka sekali iaitu salad udang dengan buah limau bali tu dapat rasa masam-masam manis memang sesuai dengan selara Maha. 




Chef kedua yang akan dimemaparkan kemahiran memasak mereka adalah Chef Hafiz yang berasal dari Pahang. Di mana chef ini mengkhususkan diri dalam masakan Melayu. Beliau akan menghidangkan masakan khasnya seperti Fried Cispy Sea Bass dengan Green Curry Gravy, Spiced Sup Belut dan Gulai Pisang Muda Ikan Bilis. Masa Maha rasa gulai pisang tu memang terasa lemaknya dan juga kepekatan kuah padan dengan pisang muda tersebut seperti mak-mak masak kat dapur.




Istimewa bufet kali ini menampilkan hidangan masakan Cina yang disedikan oleh Chef Emmanuel yang berasal dari Melaka. Kepada peminat masakan Cina korang kena cuba masakan chef ini seperti Chicken Kam Heong dengan Chill Dried, Butter Prawn dengan Oats dan juga Wok-Fried Kupang dengan Black Bean Gravy. Dalam semua hidangan ini Maha mesti pilih Butter Prawn korang pun suka jugakan. 




Selain daripada hidangan Asia ada juga masakan westem dan gabungan fusion dari Chef Ahmed Zaki. Sajian barat yang dibawa chef ini sangat unik tak ada kat tempat lain korang mesti kena cuba sebab kat sini ada Pasta Braised Chicken Rendang, Daging Masak Hitam Berempah dan Quattro Formaggi Pizza. Bagi Maha semua menarik dan sedap nak tahu rasa kena cuba memang susah nak ceritakan kalau tak rasa sendiri.




Orang kata kalau bufet tidak pernah lengkap tanpa pencuci mulut kerana itu yang paling orang akan cari. Pencuci mulut kali ini dibawakan oleh Chef Zahrin. Korang boleh menikmati Bubur Som Som, Menara Brownie, Pandan Tiramisu dalam Kopi Cup dan banyak lagi. Ini hanya beberapa pencuci mulut yang special kalau korang ambil bufet kat hotel ini.




Harga bufet hanya RM108nett untuk dewasa dan hanya RM54nett untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun pada setiap hari Ahad hingga Khamis. Manakala Pada hari Jumaat dan Sabtu citarasa anda akan dibawa menyelam dalam satu siri rasa segar makanan laut seperti udang, ketam, kupang dan banyak lagi.  


Makan malam untuk seafood ini pula hanya pada harga RM120nett untuk dewasa dan RM60nett untuk kanak-kanak. Restaurant Nook ini dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 12.00 malam. Jadi bawalah family sekali-sekala makan kat sini atau korang ada ada perbincangan dengan pelanggan juga boleh bawa makan sini selesa dan harga berpatutan. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan promosi hubungi :
Tel : 603 2723 1188








Steamboat & Grill Dan Shell Out Viral Yang Murah Di Area Seri Kembangan Juga Putrajaya

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama tak makan makanan laut ini kali ini Maha nak bawa korang semua kesebuah cafe yang telah menjadi tular kerana hidangan seafood mereka yang murah. Kat mana lagi kalau buka D'Aura Cafe yang terletak di Putra Walk Seri Kembangan Selangor.


Cafe ini berkonsepkan muslim friendly dan pastinya hidangan mereka dijamin Halal. Sebelum ini Maha pernah datang makan kat D'Aura Cafe ini tapi tu hidangan bufet lain. Kali ini mereka bawakan pula promosi istimewa hasil air tangan chef mereka iaitu Steamboat & Grill serta ada juga Shell Out


Set Shell Out mereka ini memang datang satu dulang macam ni bersama dengan dua hidang nasi putih sebab ia sesuai untuk makan dua orang. Bagi Maha masa makan hari tu memang rasa segalanya. Korang dapat rasa rempah yang kuat dan juga ia tidak terlalu pedas. Memang sangat sesuai makan time panas selepas chef tu masak dan juga pelayan hantar terus ke meja korang.


Dalam Shell Out tu adalah makanan laut seperti ketam, udang, siput buluh, kerang, kupang dan juga sayur seperti brokoli serta dengan jagung manis. Bagi Maha ia kombinasi yang sesuai untuk korang cuba walaupun nampak cara masakan mereka lain daripada shell out yang ada kat luar sana tapi ia tetap ada rasa tersendiri.


Lepas tu korang juga boleh cuba untuk nikmati Steamboat & Grill mereka. Set promosi untuk Steamboat & Grill ini pun sesuai untuk dua orang makan. Kalau steamboat tu mereka sediakan kuah Tomyam yang boleh korang celup pelbagai bahan dalamnya kemudian makan dengan sos istimewa mereka. Katanya sos ini dihasilkan sendiri oleh chef mereka dan ia sangat unik ada rasa masam, pedas dan pekat melekat.


Korang boleh ambil stemboat dan grill sekali dimana kat keliling steamboat ini mereka sediakan pelbagai jenis daging seperti daging lembu, kambing, ayam dan juga ikan yang telah diperap dengan sos. Masa makan grill memang sedap terasa perapan pada daging tu dan rasa macam nak tambah lagi hehehe. Kalau daging tu korang boleh masak nak medium rare ker atau nak full cook pun boleh ikut suka hehehe.



Bagi korang yang plan nak datang sini cafe ini sangat selesa dan berhawa dingin memang buat selera korang terbuka nak makan. Bagi yang merancang nak buat sambutan harijadi atau juga sambutan ulang tahun perkahwinan pihak cafe boleh setupkan satu sudut khas untuk korang memang istimewa. Masa Maha datang hari tu ada dua kumpulan satu sambut harijadi dan satu lagi sambut ulang tahun perkahwinan romantik sangat.


Cuma nak ingatkan pada korang kalau nak datang makan sini untuk promosi Steamboat & Grill atau Shell Out kena booking terlebih dahulu kerana cafe mereka selalu penuh cuma kalau nasib korang boleh walk in. Cafe ini buka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 1.00 tengah hari hingga  11.00 malam. Jadi tak ada masalah korang nak makan untuk lunch atau dinner boleh sahaja.

Harga pula sangat murah dan berpatutan :-
- Shell Out hanya RM18.00
- Steamboat Biasa hanya RM18.00
- Steamboat & Grill hanya RM28.00


Korang rasa tak berbaloi nak bawa kawan-kawan tau family makan sini. Maha sendiri pun rasa nak ulang lagi datang makan kat sini memang sangat puas hati. Maha dah cuba korang bila lagi nanti dah datang komen kat sini ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Whatsapp/call : 601110923832

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 Diseluruh HeroMarket

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha suka makan makanan Thailand seperti keropok ikan, kekacang dan macam-macam lagi kerana enjoy sangat sambil tonton tv boleh kunyah-kunyah buat kudapan. Cuma nak cari makanan ini agak susah kat Malaysia kalau nak pun terpaksa order daripada kawan-kawan yang pergi melancong ker negara Thai dan bawa pulang tu pun tak banyak yang dapat.


Tapi sekarang ni semua dah mudah kerana HeroMarket telah menjual semua jenis makanan ringan ini dengan skala yang banyak. Bersempena dengan Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 yang berlangsung sekarang ini 3 hingga 5 Ogos 2018 diseluruh cawangan HeroMarket memudahkan kita untuk dapatkan makanan dari negara jiran ini. 


Program ini dianjurkan bersama Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand (DITP) bersama HeroMarket dan juga HPG Marketing (M) Berhad. Acara utama telah diadakan semalam 3 Ogos bertempat di Berjaya Time Square dengan dirasmikan oleh Encik Francis Teng Pengarah HeroMarket, Cik Nipa Nirannoot Kedutaan Diraja Thai, Cik Patcha Wutipan, Menteri Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand (DITP) dan Encik Soh VLeong, Pengarah Urusan Pemasaran HPG.



Selain itu juga, kalau korang datang kat Berjaya Time Square sekarang ni mereka mengadakan demontrasi masakan produk-produk makanan Thailand, juga persembahan tarian tradisional serta menarik persembahan seni mempertahankan diri popular iaitu Muay Thai. Korang juga boleh beli produk makanan Thailand dengan harga sangat murah dan berbaloi kat sana.



Di antara produk yang ada korang boleh beli kat sana adalah aneka snek buah-buahan inovatif dari J Fruit, produk gula-gula terkenal Thai - HACKS, keropok beras Jepun - Doca, udang goreng dan kerepek ketam - Manora, snek coklat Pocky, snek ikan rangup - Madam Fish, kerepek beras - Tawan, snek kacang panggan - Otori, asam manis dari Tamarind House dan banyak lagi semua menarik dan harga sangat murah semperna promosi pesta ini.






Ada juga produk makanan dan minuman dari jenama antarabangsa yang dihasilkan di Thailand seperti Schweppes +C Lemon Flavour Soft Drink, Malee 100% juices, kopi Birdy 3-in-1, Hales Blue Boy Syrup dan banyak lagi. Korang juga boleh dapatkan produk ini disemua cawangan HeroMarket setiap masa selagi stok masih ada.






Selain daripada itu, 16-18 Ogos 2018 korang boleh pergi ke Desa Tebrau Johor Bahru untuk menikmati lebih banyak persembahan kebudayaan Thailand bersama makanan Thai. Istimewa pada tarikh tersebut setiap pelanggan yang membeli produk Thailand RM30 di HeroMarket Desa Tebrau akan mendapat perkhidmatan urut Thai istimewa selama 15 minit dari Thai Odyssey secara percuma. 




Sepanjang Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 ini, untuk setiap pembelian produk Thai RM5 di mana-mana HeroMarket dari 3 hingga 31 Ogos 2018 korang layak untuk menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Pemenang hadiah pertama akan menerima dua tiket penerbangan pergi balik ke Phuket dengan penginapan 4 hari 3 malam. Manakala pemenang hadiah tempat kedua akan memenangi tiket pergi balik ker Hua Hin dengan penginapan 3 hari 2 malam.


Hadiah-hadiah lain juga ada iaitu hamper bernilari RM500, RM300 dan RM200 untuk tempat ketiga, keempat dan kelima. Buat pecinta makanan Thailand ini peluang korang nak membeli sambil menang. Maha pun ada jugalah beli beberapa makanan yang Maha suka tu untuk buat kunyah-kunyah kat rumah hehehe. Nanti korang ada masa boleh pergi kat lokasi yang Maha sebut tadi atau ker mana-mana cawangan HeroMarket untuk dapatkan semua produk Thailand ini. Selamat membeli-belah semua.

Maklumat lanjut tentang Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 boleh layari :
                   https://www.facebook.com/thinkthailandmy






Goobne Chicken Restoran Ayam Panggang Oven No.1 Korea Di MyTown Shopping Centre

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu kat sini ramai peminat makanan Korea mesti korang suka akan pengumuman ini bahawa Restoran Goobne Chicken telah buka cawangan yang pertama mereka di Malaysia. Sebelum ini kalau tak silap ada lebih 1000 cawangan di Korea dan seluruh dunia kini telah memilih MyTown Shopping Centre Kuala Lumpur untuk lokasi cawangan sulung mereka di Malaysia.


Kalau korang yang suka sangat makanan ayam dari Korea sini adalah tempatnya. Goobne itu sendiri dah membawa maksud ketuhar panggang. Jadi semua ayam-ayam kat sini panggang di dalam ketuhar selama 13minit pada 195º tanpa menggunakan setitis minyak pun untuk memelihara rasa asli ayam itu sendiri. Masa Maha datang makan kat sini memang ayamnya korang masih dapat rasa lembut dan berjus didalam tidak kering seperti ayam goreng dan masih rangup diluarnya.




Semua ayam yang dipanggang ini akan disalut dengan pelbagai rasa yang memberikan ia keunikan dari segi kepedasan dan juga kelemakan ayam tersebut. Kalau korang yang pecinta ayam paling pedas Maha sarankan korang ambil Goobne Volcano Chicken. Memang pedas tahap dewa dan macam Maha ni boleh habis satu ketul jer tak mampu nak makan banyak. Sapa berani boleh cuba makan tanpa minum air ok wakakaka.

Goobne Volcano Chicken


Lepas tu ada juga yang kurang pedas sikit korang boleh ambil Pepper Crispy Chicken yang ini tahap medium jer tapi masih pedas bagi Maha. Juga ada yang tidak pedas tapi masih mempunyai pelbagai rasa menarik seperti bawang putih, cheese dan madu. Korang boleh pilih untuk order Fruity Soy Garlic Chicken, Dip Cheese Chicken atau Original Chicken. Semua ini tidak pedas dan masih rangup dan lembut didalam. Antara semua ini Maha paling suka adalah dip cheese dan ayam ini korang boleh pilih untuk seekor ayam, sebelah ayam atau kepak ayam dalam kuantiti 8 atau 14 ketul.

Pepper Crispy Chicken

Dip Cheese Chicken

Fruity Soy Garlic Chicken

Original Chicken

Kalau korang nak seimbangkan antara protein dan juga khasiat lain kat sini boleh cuba pelbagai hidangan berasaskan nasi dan mee. Antara yang menarik dan lazat untuk dicuba adalah Volcano Cheese Tteokbokki iaitu gabungan antara toppokki dan juga lelehan cheese yang banyak. Tidak pedas pun walau nampak merah menyalakan. 

Volcano Cheese Tteokbokki


Kalau nasi pula korang boleh order Chicken Fried Rice with Volcano Sauce yang tengah ada nasi kemudiah keliling tu adalah telur dadar. Biasa kalau makanan Korea ini memang kena gaulkan semua bahan semasa masih panas sehingga menjadi satu hidangan lengkap. Satu lagi hidangan telur yang popular kat sini adalah Flying Fish Cheese Egg Roll yang rasa lemak manis tau.

Chicken Fried Rice with Volcano Sauce


Flying Fish Cheese Egg Roll

Last sekali kalau datang makan daging ayam korang kena cuba Goobne Cheese Fondue Chicken. Ini memang kena makan panas-panas masa tengah cheese kat tengah tu menggelegak lepas tu salutkan ayam tu bersama cheese memang sangat menarik. Orang Korea ini mesti ada hidangan sihat jadi ada satu sup makanan laut dalamnya yang dipanggil Jjamppong Seafood

Goobne Cheese Fondue Chicken

Jjamppong Seafood

RITA 

Last sekali mesti kena ada air kerena ada makanan yang pedas jadi korang boleh padankan dengan pilihan dari minuman seperti RITA (Goobne Mocktail Khas Non-alcohol), minuman ringan, jus botol dan teh. Goobne Chicken terletak di tingkat 3 MyTown Shopping Centre. Ia dibuka setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam. So pecinta makanan Korea korang kena cuba baru boleh buktikan korang orang K-Pop hehehe. Selamat menjamu selera semua. 

Promosi dan juga menu lain yang menarik boleh layari:

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5






Nikmati Mee Dan Pasta Bebas Pengawet, Gluten Dan Berkhasiat Dengan Pensonic Noodle House

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pensonic adalah pengeluar produk memasak yang Maha percayai mana tidak sebelum ni pernah guna Pensonic Bread Maker, Pensonic AirFryer dan terbaru Pensonic Steamboat & BBQ. Kali ini pula Pensonic Noodle House adalah impian setiap suri rumah dan penggemar mi serta pasta di seluruh Malaysia. Pembuat mi dan pasta automatik yang mesra pengguna ini menghasilkan mi yang anjal dan pasta yang cantik dalam masa yang singkat.


Korang juga boleh tambahkan jus buah-buahan dan sayuran seperti labu, lobak merah, tomato atau ubi ‘beetroot’ ke dalam tepung bebas gluten, protin tinggi atau tepung untuk menyediakan mi dan pasta mengikut citarasa korang yang beraneka warna, perisa dan lazat.  Korang yang mengutamakan kesihatan dan pemakan yang cerewet terutama kanak-kanak, akan turut menggemarinya.



Hanya dengan butang automatik satu sentuhan dengan motor yang kuat tetapi senyap, yang dapat mengadun, menguli serta menekan keluar adunan doh dengan cepat, sesiapa pun boleh menjadi pakar membuat mi dan pasta segar hanya dengan menukar bahan-bahannya sedikit.


Pengulian cepat 3 minit dalam produk ini  sudah pasti menjadikan pembuatan mi dan pasta bebas pengawet dan bebas gluten satu perkara yang mudah. Seperti masakan ibu yang memang sedap berbanding dengan makanan yang dibeli dari kedai, mi dan pasta segar yang dibuat menggunakan Pensonic Noodle House lebih sedap, berperisa, bebas pengawet dan berkhasiat jika dibandingkan dengan mi dan pasta dari kilang.



Saiz produk ini  yang padat membolehkannya diletak di atas permukaan kabinet dapur dan ia disertakan dengan 13 pembentuk. Pembentuk acuan terdiri daripada Large Fettuccine, Medium Fettuccine, Small Fettuccine, Thick Spaghetti, Thin Spaghetti, Ultra Thin Spaghetti, Udon, Macaroni, Triangular, Open Macaroni, Sliced Noodle, Ultra Thick Spaghetti dan Dumpling Wrapper.


Jika korang berminat memasak, boleh mendapatkan resipi-resipi mi dan pasta di Pensonic Kitchen Facebook. Terdapat berbagai-bagai resipi mi dan pasta yang menyelerakan dan mudah disediakan di sana. Walaupun Pensonic Noodle House menjadikan proses membuat mi dan pasta semudah ABC, satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan mi atau pasta ialah kuantiti bahan-bahan. Oleh itu, kami juga memberi satu Penimbang Digital Dapur percuma untuk masa terhad sahaja. Alat pembersihan yang berfungsi sebagai pemotong, bekas penyukat air dan tepung juga disertakan bersama set pembelian ini.


Kelebihan mi dan pasta yang dibuat di rumah ialah tekstur doh yang kasar sedikit berbanding dengan mi dan pasta yang dibeli dari kedai. Tekstur doh yang kasar ini membolehkan sos melekat pada permukaan mi dan pasta, menjadikannya lebih sedap dan lazat! Kebanyakan mi dan pasta yang dibeli dari kedai mempunyai permukaan yang licin, oleh itu sos tidak melekat dan tertinggal di atas mangkuk.


Jika korang nak membeli Pensonic Noodle House, korang boleh mendapatkannya dari Pensonic e-store. Kat sana boleh dapat diskaun yang hebat dan penimbang digital dapur edisi terhad. Kesemua 13 pembentuk disertakan  percuma bersama pembuat mi ini. Korang tidak perlu menjadi chef yang pakar untuk membuat mi dan pasta yang menyelerakan. Jadi tunggu apa lagi boleh dapat sekarang.







Meriahkan Bulan Kemerdekaan Negara Dengan Sajian Merdeka Special Di Kluang Station Heritage Shared

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini kita akan meraikan kemerdekaan negara yang ke 61, tak sangka kita berjaya mempertahankan kemerdekaan ini dengan rakyat berbilang kaum dan makanan yang pelbagai citarasa. Bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ini Restoran Kluang Station Heritage Shared menyediakan sajian Merdeka Special promo.


Maha pun baru tahu hari tu bila makan kat restoran ini jarang pergi tapi sekali sekala tu nak juga makan kat restoran konsep kopitiam yang klasik ini. Bestnya selalu kita tengok orang buat burger nasi lemak dengan ada rasa nasi lemak sahaja tapi diapit dengan roti. Kat sini mereka tampil dengan hidangan kegemaran rakyat Malaysia melalui cara yang lebih hebat.





Nasi Lemak Burger kat restoran ini memang menarik kerana gabungan antara sambal ikan bilis dan juga kacang goreng diatasnya, kemudian diapit dengan dua nasi lemak serta di tengah ada sayur timun segar, bersama dengan daging ayam rangup dilapis dengan sos rendang ayam dan bawah sekali telur goreng. Kalau Maha cite jer korang tak dapat bayangkan cuba korang tengok sendiri rupa Nasi Lemak Burger ini memang menarik.

Nasi Lemak Burger


Rasa sambal tak pedas dan boleh dinikmati oleh semua peringkat usia dan juga mesti dimakan dalam wrapper yang disediakan sebab ia mudah terlerai maklumlah diapit dengan nasi lemak. Bagi Maha ini sesuatu yang benar-benar melambangkan rakyat Malaysia yang boleh kata semua orang suka akan makanan tradisi ini. Love it korang mesti cuba hanya RM13.90 untuk ala carte.

Fried Kluang Laksa


Kemudian kalau yang nak rasa masakan Johor korang boleh cuba Fried Kluang Laksa. Dimana laksa yang digoreng dengan tiada berkuah tapi dapat rasa semua ada sayur yang segar serta juga nak sedap lagi kena perahkan dengan limau baru rasa lebih umpphhh terangkat. Harga ala carte untuk menu ini hanya RM12.90 sahaja sangat berbaloi.

Ambra Juice with Asam Boi dan 3 Layer Sirap Bandung

Kalau ada makanan mesti kena ada minuman untuk promosi bulan kemerdekaan ini pihak restoran menyediakan dua minuman klasik Malaysia iaitu 3 Layer Sirap Bandung dan juga Ambra Juice with Asam Boi. Memang kombinasi yang menarik dengan makanan tadi harga untuk minuman ini hanya RM7.90 sahaja.


Korang boleh dapatkan semua hidangan Merdeka Special di semua cawangan Kluang Station Heritage Shared yang berhampiran bermula dari 1 - 31 Ogos 2018 ini sahaja. Jadi cuba jangan tak cuba rugi sebab hanya untuk masa terhad dan dicipta khas untuk meraikan kemerdekaan negara. 

Kelazatan Diteruskan Dengan Hidangan Tradisi Kluang Station


Tapi kalau korang yang selalu datang Restoran Kluang Station ini dah tahu menu-menu yang special kat sini. Hidangan ini masih ada dan masih diteruskan untuk pecinta makanan Malaysia. Selalu orang akan datang restoran ini untuk makan sarapan pagi mereka yang menarik seperti Toast Charcoal Bun atau Butter & Kaya Toast minum pula bersama dengan minuman signature mereka iaitu Cham yang sejuk atau panas.

Toast Charcoal Bun

Butter & Kaya Toast

Cham

Selain itu juga, kalau tengah hari kat sini memang popular dengan makanan seperti Kluang Mee Siam with Chicken Rendang, Curry Laksa dan Hainanese Chicken Chop. Semua ini tak perlu nak diperkenalkan dah memang jadi kegemaran ramai dan ada pelanggan tetap mereka lagi untuk semua hidangan ini. 

Kluang Mee Siam with Chicken Rendang

Curry Laksa

Hainanese Chicken Chop

Kalau untuk pencuci mulut pula bagi Maha korang kena cuba semua ini iaitu Sago Gula Melaka, Durian Crepe dan Pandan Pancake Wrap with KS Kaya. KS kaya itu adalah srikaya yang dihasilkan sendiri oleh chef mereka homemade dan sangat nature tiada bahan pengawet dan juga pewarna tambahan. Kaya ini hanya jual kat semua restoran mereka sahaja tiada tempat lain dan akan ada peraduan untuk kaya ini nanti Maha akan update kat sosial media pasal peraduan itu ok. 

Sago Gula Melaka

Durian Crepe

Pandan Pancake Wrap with KS Kaya

Jadi siapa yang biasa datang sini nanti boleh kongsi pengalaman korang makan kat restoran ini. Maha sendiri pun rasa restoran ini sentiasa penuh jer orang setiap masa mungkin kerana harga dan juga service kat sini yang tidak mengecewakan. Jadi tinggalkan komen korang untuk restoran ini ok. Selamat menjamu selera semua dan selamat menyambut hari kemerdekaan negara.

Promosi dan juga hidangan lain boleh layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5







Resipi Tempoyak Ikan Patin Lagi Pekat Lagi Sedap

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Banyak cara orang Masak Tempoyak Ikan Patin ni ada yang guna bawang dan ada yang tidak. Tapi yang aslinya tidak gunakan bawang. Jadi resipi ni Maha cuba buat cara paling mudah dan paling senang orang bujang boleh masak kat rumah.


Tapi nak bagi beberapa tips kepada pembeli kat luar sana nak bezakan antara Ikan Patin sangkar atau Ikan Patin kolam. Kalau korang tengok harga kat pasaraya tu ikan patin mereka boleh jual hanya pada harga RM3.00 sekilo tu memang sah ia adalah patin kolam. Tak salah nak beli tapi kadang-kadang ia lebih berbau nak banding dengan pating sungai atau sangkar. Sebab tu patin sangkar atau sungai jauh lebih mahal sekilo boleh cecah RM12.00 tau.


Kalau beli pating kolam kena tahu cara nak basuhnya bagi buang segala hanyir dalam badan. First sekali masuk air dalam perut ikan tu dan cuci sehingga perut betul-betul bersih. Kemudian cuci kan dengan gunakan limau nipis atau limau kasturi bagi hilang bau hanyir. Kalau tidak basuh bersih nanti lepas memasak akan sangat kuat baunya itu yang buat ramai orang tak suka ok.


Itu sikitlah tips yang Maha dapat kongsikan pada korang dan kini kita ke cara untuk memasak Tempoyak Ikan Patin dengan cara paling mudah gunakan produk dari Sudee. Produk keluaran bumiputera ini dijamin Halal dan pastinya selamat kerana tiada bahan pengawet dan juga tiada pewarna tiruan.


Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan ini.

1 ekor Ikan Patin (1kg)
5 batang Daun Kesum
1 mangkuk Tempoyak
1 pek Sudee Gulai Tempoyak
Nak lebih pedas tambah 6 biji Cili Padi

Cara nak memasak boleh tonton video penuh kat bawah ni :-


Senang tak nak masak Tempoyak Ikan Patin yang pastinya pekat dan sedap. Makin banyak tempoyak makin bagus tapi kena cari tempoyak yang kurang masin. Makin lama tempoyak tu makin sedap untuk dimasak. Cuma bahan dari Sudee ni tak pedas nak pedas lebih korang kena tambah cili padi tumbuk jer dan masuk dalam resipi ini.


Mana nak dapat produk Sudee ni korang boleh beli kat banyak pasaraya besar dan kecil kat seluruh Malaysia. Juga boleh beli kat luar negara seperti Singapura, United Kingdom, Arab Saudi, Hungry dan Brunei. Jadi kat luar negara pun boleh masak masakan kampung kita hehehe. Jadi boleh cuba dan jangan bagi alasan memasak ini susah ok. Selamat mencuba semua.







Resipi Ibu Bawa Tuah Siti Nor Yuwana Menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini adalah tahun ke 3 penganjuran Cabaran Raja Kuah Knorr. Masih ingat lagi tahun 2016 Maha dapat jemputan menjadi juri untuk Cabaran Raja Kuah Knorr. Pertandingan tahun pula ini telah menobatkan Siti Nor Yuwana Zulkifli sebagai juara. Mempersembahkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda dan juga dua hidangan ciptaan sendiri membawa tuah kepada ibu dan juga suri rumah ini.


Pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini juga menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya untuk mendapat perhatian para juri dan berjaya memenangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper.

Cabaran memasak kali ini meneruskan usaha untuk  menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini berfokus kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu hidangan kari, kicap dan masak lemak.


Para juri yang mengadil pertandingan tahun ini termasuk chef selebriti Chef Jo, Chef Profesional UFS Chef Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 10 penyerta dari seluruh Malaysia, termasuk 1 peserta dari Negeri Sembilan telah dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir kali ini.


Pemenang lain untuk kali ini termasuk naib johan dimenangi oleh Fazerina Ibrahim dari Selangor menerima wang tunai RM10,000 beserta hamper dan pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan mendapat wang tunai RM6,000 dan hamper. Manakala 7 lagi pemenang saguhati menerima wang tunai RM1,000 beserta hamper.

Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.


Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!







Musim Menikmati Kuih Bulan Dan Dim Sum Sepuasnya Di Dynasty Restaurant

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah nak tiba musim mid-autumn atau orang kita panggil petengahan musim luruh selalunya tak silap bulan September. Jadi selalu kalau masyarakat Tionghoa meraikan dengan membuat tradisional. Tapi kena dengan perkembangan teknologi macam-macam cara lebih mudah untuk sediakan kuih tradisi ini. 


Bersempena dengan perayaan ini Restoran Dynasty yang terletak di level 1 Renaissance Hotel Kuala Lumpur menyediakan sajian istimewa masyarakat Tionghoa iaitu Kuih Bulan. Kuih Bulan atau mooncakes adalah hidangan istimewa tradisional dan mesti makan semasa perayaan sama ada yang dipanggang secara tradisional atau snowskin.

Pesta Kuih Bulan 


Menawarkan pelbagai rasa iaitu 14 jenis kuih bulan panggang dan snowskin menggunakan bahan-bahan semulajadi dan trasidional seperti Pandan Lotus Paste dengan Yolk Single Salted, Gula Putih Lotus Paste dengan Yolk Salted Tunggal, Kacang & Biji Aneka dan Paste Red Bean adalah menu wajib pada setiap tahun.






Selalu korang boleh nikmati kuih bulan rasa tradisional yang diperbuat daripada paste benih teratai yang ditanam dengan kuning telur masin. Namun bagi memenuhi kehendak rasa yang lebih moden tapi masih mengekalkan penyediaan ditambah dengan rasa baru yang mengasyikkan untuk musim ini termasuk rasa rendah gula dengan Lotus Chestnut dan rasa Buah Naga & Lotus Paste serta dengan rasa buah Mangga juga rasa Durian.





Korang boleh nikmati makanan mooncakes ini direstoran bermula 16 Ogos hingga 24 September 2018 seperti mana Maha telah cuba. Korang juga boleh order dan mereka akan hantar kepada anda. Juga mereka ada membuka jualan secara langsung bertempat di Mid Valley Megamall bermua dari 6 hingga 24 September 2018.

Makan Dim Sum Tanpa Henti


Selain itu juga korang boleh nikmati citarasa Dim Sum yang dimasak untuk dimakan bersama-sama nasi goreng atau mi sepanjang hari bersempena promosi ini juga. Dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman kuliner, Dim Sum Chef Chong Foo Tuck membuat semua dim sum dari awal setiap hari. Dia hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi dan segar untuk memastikan hanya Dim Sum unggul dengan rasa yang hebat yang dihasilkan di dapurnya.




Pilihannya terdiri daripada kukus, dibakar dan digoreng serta pemilihan pelbagai vegetarian. Paling popular Shang Hai Dumpling yang dikukus dalam stok adalah mesti ada dalam mana-mana pesta Dim Sum. Dimakan semasa masih panas, normanya ialah merobek nafsu di sebelahnya dan memecahkan sup sebelum memakannya. Terdapat juga cincangan kuning telur masin yang meleleh keluar dari bijan hitam kukus, roti kukus dengan kastard hanya lazat.



Tetamu boleh memilih dari pilihan 35 menu yang lazat. Tidak peduli apa yang Dim Sum dipilih, pastikan anda tidak ketinggalan dengan Dim Sum kegemaran sepanjang masa Chef Chong termasuk Wok-fried Radish Cake dengan Udang dan Kacang Kering, Nasi Lemak Kukus Tradisional dan Signature Biskut Chive.



Harga untuk hidangan Dim Sum ini hanya RM43.80 nett setiap orang. Makanan yang lazat ini disediakan setiap hati Isnin hingga Sabtu dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang dan untuk makan malam pula dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam sehingga 31 Oktober 2018. Jadi tunggu apa lagi cepat sementara masih promosi dan tawaran makan kuih bulan dan juga Dim Sum kat Renaissance Hotel Kuala Lumpur.

Tempahan Kuih Bulan dan juga makan Dim Sum boleh hubungi :
Tel : 03-2771 6692
Email : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com






Cara Nak Elak Rasa Takut Jumpa Doktor Gigi

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kenapa ramai orang dari kecil hingga kedewasa mereka terbawa-bawa kepada fobia dengan doktor gigi. Apa yang menyebabkan berlakukan kepada perkara ini adakah kerana takut sakit atau memang tidak suka pada doktor gigi sebab mereka garang.


Jadi beberapa perkara yang boleh diambil sebagai tindakan untuk anda menjadi orang berani untuk bertemu dengan doktor gigi. Ia bukan yang tertulis dalam buku tapi daripada pengalaman dan juga pendapat beberapa orang yang memang pakar dalam mengatasi masalah fobia bertemu doktor gigi. Ada orang mungkin tidak tahan kepada bau ubat dan juga suasana klinik gigi.


Pertama 


Korang kena kenal dengan doktor gigi yang nak merawat korang. Itu adalah salah satu perkara yang sesetengah doktor sendiri tak ambil peduli tentang itu. Kata orang 'tak kenal maka tak cinta' kan tapi ini bukan untuk bercinta tapi untuk korang jadi lebih rapat dan mesra dengan doktor gigi dan korang akan kurang rasa takut. Jadi kenali doktor gigi korang, ala bermula dengan berbual secara dalam talian macam bertanya soalan kat Facebook nanti kita akan lebih mesra.



Kedua 


Kemudian korang kena ingat bahawa yang gigi adalah antara bahagian badan yang penting untuk dijaga. Sakit gigi adalah antara sakit yang sangat-sangat tidak dapat ditahan dan memang kalau dah sakit makan ubat tahan sakit pun tak boleh hilang kena jumpa doktor juga betulkan. Jadi kena tanam dalam diri bahawa gigi kena jaga selalu dengan dapat rawatan sekurangnya 6 bulan sekali.


Ketiga


Seterusnya apa yang boleh kilinik gigi buat adalah dengan sebolehnya mengurangkan rasa takut melihat keadaan kilinik gigi. Biar suasana dalam kilinik itu lebih kepada santai dan juga seperti berada dirumah sendiri. Jadi bila kita tengok macam itu kita sendiri tak takut untuk pergi klinik gigikan. Maha pernah pergi satu klinik gigi yang seperti macam dalam hotel 5 bintang suasananya sangat senang dan selesa.

Klinik Pergigian Dr Qaseh 



Macam mana dengan beberapa tips yang Maha kongsikan ini dapat membuat korang rasa kurang takut nak pergi klinik gigi tak. Mungkin korang tanya kat mana klinik gigi yang ada menyediakan semua ini. Jawapan Maha mudah jer korang boleh datang sendiri ke Qaseh Dental yang terletak kat Seksyen 8 Bandar Baru Bangi

Doktor Norhuda Daud a.k.a Dr Qaseh

Maha sendiri pergi klinik ini sebab nak dapatkan rawatan dan seronok sebab sebelum pergi Maha dah berkenalan dengan Dr Qaseh ini secara dalam alam maya. Nama doktor ini sebenarnya adalah Doktor Norhuda Daud tapi ramai oran kenali beliau dengan nama Dr Qaseh kerana nama klinik gigi milik beliau. Setiap minggu Dr Qaseh akan buat sesi perkongsian secara langsung dalam Facebook dan kat situ boleh kita bertanya soalan yang menjadi kemuskilan. 


Maha pun suka sebab doktor ini tidak loket untuk berkongsi pendapat dan juga nasihat dalam dunia pergigian kat alam maya. Dari situ Maha rasa yakin dan lebih seronok untuk bertemu dengan Dr Qaseh ini. Korang pun boleh add beliau dekat Facebook DR QASEH ok.


Lepas tu, masa Maha pergi kat klinik gigi tu sendiri memang rasa seronok sebab tak rasa seperti dalam klinik gigi sangat dengan suasan yang lebih santai dan relax. Semasa sampai kat klinik korang jangan risau doktor akan beri satu sesi suai kenal atau brand storming secara percuma untuk ketahui masalah sebelum rawatan diberi. Jadi kat situ Maha dah rasa sangat seronok dan selesa kat klinik gigi ini. Selain itu, doktornya orang yang cantik dan berpewatakan menarik hehehe jangan jelous.



Banyak rawatan yang ditawarkan kat klinik ini bukan sahaja rawatan pemutihan gigi dan pembersihan gigi, bahkan pelbagai rawatan estetik pergigian yang lain seperti pemasangan braces, tampalan gigi hadapan sewarna dan juga crown and bridge (gigi sarung). Kat sini kita tak perlu risau untuk semua rawatan yang diberikan kerana Dr Qaseh ini adalah seorang doktor terlatih yang mendapat pendidikan di UKM dalam bidang Doctor of Dental Surgery (DDS).


Kat sini juga Dr Qaseh mengamalkan konsep terapi muzik dimana setiap pesakit yang takut dan gerun mendengar bunyi mesin rawatan gigi akan diberikan headphone untuk memainkan lagu kegemaran mereka. Jadi semasa rawatan ia akan mengurangkan tekanan kepada pesakit dan memberi emosi lebih relax dengan mendengar muzik atau apa sahaja bahan bunyian yang pesakit gemari. Klinik ni buka setiap hari termasuk cuti kelepasan am tapi kena buat temujanji dulu ok. Malah, pada setiap Rabu korang boleh melakukan pemeriksaan gigi secara percuma. 


Maha dah jadikan Qaseh Dental ini sebagai klinik gigi tetap untuk dapatkan rawatan sebab bukan sahaja service yang terbaik tapi harga juga kompetitif. Ini adalah sedikit perkongsian pengalaman Maha jumpa doktor gigi tapi nasib Maha ni jenis orang yang tak takut nak jumpa doktor gigi. Tengok gigi lah sebab tu cantik wakakaka perasan. Jadi mulakan langkah untuk menjaga gigi kerana ia adalah aset yang berhaga pada wajah sebab tu orang gigi cantik senyum pun menawankan. Korang juga boleh mencuba ok.

Berhubung dengan Dr Qaseh lebih mudah di sini :
Tel : 03-89127609 / 013-9927609
Alamat : Qaseh Dental 
               No 21 GF Seri Bangi, Jalan 8/35, 
               Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor 






Pemenang Akhir Versus 1001 Rasa Baba's Musim Ke 2 Milik Khadijah Mohd Noor Kamal

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makana Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Program realiti memasak Versus 1001 Rasa Baba's Musim ke 2 telah sampai kemuncak dimana 4 orang finalis daripada undian dalam laman Facebook BABASANDU berentap baru-baru ini. Maha beruntung kerana untuk musim kedua ini masih dijemput menjadi juriwalaupun tak banyak eposid tapi best pengalaman.


Empat orang peserta akhir yang berentap adalah Khadijah Mohd Noor Kamal, Budiman Bistari, Nazura Zainal Abidin dan Muhammad Izwan Ramli. Kalau korang sempat tengok episod akhir ini memang sengit dan meriah dengan beberapa resepi hebat ditampilkan. Juga peserta ini di bimbing oleh  mentor yang merupakan chef profesional dan berpengalaman dalam dunia kulinari ini.

Budiman Bistari

Nazura Zainal Abidin

Manakala baru-baru ini juga telah diadakan majlis penutupan dan acara penyampaian hadiah. Majlis ini telah berlangsung dengan penuh meriah dan gemilang di Empire Hotel Subang pada 14 Ogos 2014. Turut hadir pada majlis ini adalah barisan 17 orang mentor yang menjadi pengajar kepada peserta juga dihiburkan dengan artis tempatan seperti Elvira dan Hazama

Muhammad Izwan Ramli

Khadijah Mohd Noor Kamal

Pada hari tersebut pemenang VERSUS 1001 RASA BABA'S musim ke 2, Khadijah Mohd Noor Kamal yang menang pada pusingan akhir berjaya menerima wang tunai RM10,000 bersama-sama dengan ketuhar gelombang mikro dari Fargo. Manakala Budiman Bistari membawa pulang hadiah tempat kedua wang tunai bernilai RM3,000. Dua lagi finalis lain Nazura Zainal Abidin dan Muhammad Izwan Ramli juga menang hadiah masing-masing menerima wang tunai RM500.


Rakan kongsi syarikat BABA'S iaitu AirAsia memberikan kejutan untuk finalis musim ke 2, kerana mereka memberikan juga 2 tiket untuk 4 Hari 3 Malam masing-masing masing-masing ke Melbourne, Hong Kong dan Jakarta kepada Khadijah, Budiman, Nazura dan Izwan.


Selain daripada 14 episod ada juga beberapa episod istimewa perayaan melibatkan selebriti dan badan amal yang mengambil bahagian dalam episod tersebut. Juga turut diadakan pertandingan di laman Facebook BABASANDU juga penonton telah mengumpul hadiah mereka dari Pertandingan Homeviewers. 



Kalau sesiapa yang menjadi penonton setia rancangan Versus 1001 RASA BABA'S musim ke 2 ia diacarakan oleh Chef Dr Kamarul dan Chef Adu Amran yang keudara di TV3 setiap Khamis kalau tak silap Maha. Konsep lebih kepada battle dimana 2 peserta bersama 2 mentor akan bertanding dalam 2 pusing dengan menyediakan 2 masakan. Memang sengit tengok mereka memasak Maha yang jadi juri pun susah nak bagi keputusan kepada pemenang semua hebat-hebat. Tahniah kepada juara dan harap tahun depan ada lagi dan jangan lupa jemput Maha jadi juri lagi hehehehe.








YOODO Mengumumkan Pemenang Jersi Ditandatangani Bintang Bola Sepak Dunia

$
0
0
Masih lagi dalam suasana ‘demam’ bola sepak, Yoodo mengumumkan pemenang-pemenang peraduan yang diadakan baru-baru ini dengan memberikan enam jersi bola sepak yang ditandatangani oleh Messi, Neymar, dan Hazard, sebagai sebahagian daripada kempen Yoodo Bola. Pengumuman telah dibuat melalui Facebook Live, seminggu selepas Perancis menjulang trofi Piala Dunia. Peraduan ini adalah eksklusif untuk para pelanggan Yoodo.

Kevin Kumar

Salah seorang pemenang saudara Kevin Kumar, 23, dari Port Dickson, memenangi jersi yang ditandatangani Hazard merupakan pelanggan Yoodo sejak lima bulan lalu. Apabila ditanya mengenai pasukan yang disokongnya, dia berkata “Tahun ini Perancis mempunyai pasukan kebangsaan yang lengkap dan kuat dan sebab itu saya terfikir mereka mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan tersebut.” Teruja dengan kemenangan yang tidak dijangka, dia menambah, “Saya sangat gembira dapat memiliki jersi Hazard kerana prestasinya sepanjang perlawanan dan kejohanan Piala Dunia sangat baik. Peminat tegar bola sepak ini berkata dia tidak sabar hendak membingkaikan jersi yang dimenanginya di mana ia melengkapkan koleksi poster bola sepak di dalam biliknya.

Kevin ingin melihat lebih peraduan seumpama ini dianjurkan Yoodo. Mengulas pengalamannya dengan pembekal perkhidmatan mudah alih Malaysia yang terbaharu, “ Saya membuat keputusan untuk mencuba Yoodo kerana saya boleh mengubah suai pelan sendiri. Setakat ini ia sangat baik dan sekarang saya sentiasa mempunyai liputan 4G penuh dan perkhidmatan pelanggan mereka melalui “Live Chat” amat membantu.

Syed Ahmad Marzuki

Syed Ahmad Marzuki, 40, dari Terengganu, pemenang jersi yang ditandatangai Messi bersetuju, kerana dia memilih Yoodo selepas membandingkan harga antara telco yang berbeza. “Yoodo adalah yang terbaik dari segi mampu milik.”

Jersi yang ditandatangani Neymar telah dimenangi oleh Phoon Shiuh Jer, 22,  dari Seremban. Merupakan penyokong Manchester United, dia merupakan pelanggan Yoodo sejak awal Februari lalu. “Saya sangat menyukai Yoodo kerana ia berpatutan dan pelan saya mengikut pilihan sendiri. Kerana fleksibilitinya, saya menukar pelan setiap bulan.

Phoon Shiuh Jer

Pembekal perkhidmatan lain kadang-kadang memberikan banyak data yang tidak digunakan,” kongsi Shiuh Jer. Dia mengetahui mengenai peraduan Yoodo Bola ketika melihat IG Stories Yoodo di laman Instagram @yoodomy. Merasakan peraduan tersebut mudah untuk disertai, dia kini berasa sangat bertuah kerana telah memenangi jersi yang ditandatangani. Shiuh Jer juga berharap untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak peraduan dan memenangi hadiah dari Yoodo.

Senarai penuh pemenang peraduan:

Kevin Kumar – Jersi Hazard 
Syed Ahmad Marzuki Bin Syed Abdullah – Jersi Messi
Phoon Shiuh Jer – Jersi Neymar 
Anuar Abd Rahman – Jersi Neymar 
Lai Kuan Soon – Jersi Hazard 
LT M Alif Bin Abd Hamid – Jersi Messi 

Yoodo adalah pembekal perkhidmatan mudah alih digital yang memberikan pengguna pilihan dan kawalan muktamad untuk menyesuaikan sepenuhnya pelan mudah alih mereka kepada apa sahaja yang sesuai dengan keperluan mereka, tanpa gimik, caj tersembunyi atau komitmen. Mereka kini mempunyai promosi yang berlangsung sehingga akhir bulan September. Aktifkan SIM Yoodo pertama anda dan dapatkan 20GB data secara percuma.






Cendol Cheese Pertama Seumpamanya Di Malaysia Kat Temerloh Jerrr...

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih belum terlambat Maha nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia. Moga perayaan Qurban yang kita sambut ini penuh keberkatan dan kerahmatan mendapat intipati daripada hikmah kisah Qurban itu sendiri. Maha tahu masih ramai lagi yang kat kampung halaman bercuti sempena dengan cuti perayaan dan juga cuti sekolahkan.


Maha sendiri pun masa tulis post ni masih kat kampung di Jengka Pahang. Berpeluang cuti balik menjenguk keluarga yang ada kat kampung almaklumlah kita ni anak perantau hehehe. Tapi balik sini bukan nak beraya sangat sebab kat sini tak berapa meriah sambutan Raya Qurban mungkin bagi mereka yang ada buat majlis Qurban tu meriahlah seronok dapat bergotong-royong melapah daging.


Cuti lama ni Maha ambil kesempatan untuk berjalan-jalan juga kat bandar Temerloh dah lama tak ke sini. Dulu masa zaman study tak ada transport sini lah tempat selalu pergi untuk naik bas ker Kuala Lumpur demi untuk menyambung pelajaran. Rindu sangat zaman tu best sebab dapat rasa suasana pergi dan balik kampung. Sekarang ni balik sendiri jer tak ada orang nak teman wakakaka.


Tapi rupanya kat sini ada satu warung ker atau kedai yer tepi jalan yang menyediakan Cendol Cheese. Buat pertama kali sebenarnya Maha tengok ada cendol campur dengan cheese ingat pisang goreng jer. Nama kedai tu memang tulis Cendol Cheese Pertama di Malaysia katanya. Jadi memang teruja lah singgah sini nak cuba. 


Maha order mestinya Cendol Cheese siap ada pilihan lagi korang nak letak Pulut, Mangga atau Durian. Maha ambil yang pulut lah hehehe. Nak tahu juga macam mana cheese letak dalam cendol. Rupanya cheese tu mereka jadikan peganti kepada santan. Macam mana mereka buat tu Maha tak sempat belajar tapi memang terasa lemaknya dan lagi sedap daripada santan.


Cuma mungkin parutan ais tu agak kasar kalau halus sikit mungkin lebih sedap makan. Tapi rasa cendol ni cukup-cukup jer manisnya tak terlalu manis dan ngam-ngam jer. Selain daripada Cendol Cheese ni ada juga Teh Ais Cheese. Ini Maha tengok gambar jer tak sempat nak order ramai sangat orang. Yang nampak mereka letak dalam cawan kat bawah tu ada teh ais dan atasnya ada buih cheese kot. Nampak sangat sedap nak kena cuba juga ni.


Kalau makan kat sini pun ada juga kalau datang petang-petang kedai ni korang boleh order kuih seperti Donut hanya RM1 sahaja. Kemudian ada Laksa dan juga Mee Kari semua memang nampak sedap dan menyelerakan. Adik Maha order Laksa katanya kuah pekat dan penuh dengan ikan ok kena cuba.


Bagi orang yang duduk area Temerloh atau juga Jengka macam Maha ni kedai ni sangat senang nak cari sebab terletak di tepi jalan laluan Kg Paya Pulai ke Temerloh. Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai betul-betul tepi jalan dan boleh nampak signboard besar dari jalan. Masa Maha datang tu penuh orang kerusi sampai tak cukup kena tunggu orang habis makan baru dapat duduk.


Tak silap Maha kedai ni baru buka sebab sebelum ni tak nampak lagi tapi sambutan dah meriah. Buka tak silap setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Masa Maha datang hari tu belum pukul 6 dah banyak cendol habis memang ramai orang. Kereta pun penuh kat tepi jalan. Kalau korang tak percaya boleh cuba sendiri makan kat sini memang terbaik recommendation dari Maha. Kalau balik ikut jalan LPT tak jumpa kedai ni kena ikut jalan lama baru nampak hehehe.... Selamat mencuba semua.











H Garden Cafe Lokasi Makan Dan Acara Majlis Perkahwinan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah tidak pergi satu lokasi dimana ia sebuah kafe biasa yang boleh order pelbagai jenis makan enak-enak dan juga boleh menjadi lokasi pelbagai jenis acara. Maha dah jumpa tempat tu dan memang sangat sesuai untuk mereka yang mencari lokasi majlis pertunangan, perkahwinan, resepsi, majlis koporat dan macam-macam lagi.


Tempat yang Maha maksudkan adalah H Garden Cafe yang terletak di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu Kuala Lumpur. Kalau korang datang waktu biasa ia tak ubah seperti sebuah kafe untuk menjamu selera makan. Kat sini ada macam-macam jenis makanan dari masakkan barat hinga ke masakkan Asia. Korang boleh tengok beberapa menu menarik kat kafe ini seperti Imported Reb Eye Steak, Chicken Chop Sambal Hijau, Mozzarella Prawn Chicken, Chicken Bruschetta dan Nasi Kuning Ayam Goreng.


Chicken Chop Sambal Hijau

 Mozzarella Prawn Chicken

Itu baru di antara beberapa menu yang menjadi pilihan pelanggan bila datang ke kafe ini. Tapi ada banyak lagi dengan pelbagai jenis minuman dan manisan yang disediakan. Kafe ini dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 1.00 pagi. Kalau ada acara pada waktu malam kafe ini akan berubah 360 darjah mengikut kehendak pelanggan. 

 Chicken Bruschetta

Nasi Kuning Ayam Goreng

Imported Reb Eye Steak

Masa Maha datang hari itu mereka adakan majlis perkahwinan yang mana ia mampu memuatkan sehingga 250 orang dalam satu-satu masa. Kalau nak buat majlis pada waktu malam yang diterangi dengan cahaya bulan dan bintang sini tempatnya. Korang boleh tengok bertapa ia gubah menjadi sebuah perkahwinan dalam taman yang penuh dengan bunga dan juga hiasa.






Kat kafe ini bukan sahaja menyediakan lokasi perkahwinan dan katering makanan yang enak-enak tapi juga melengkapi keseluruhan majlis yang sempurna. Melalui Wedding Studio mereka juga menyediakan kemudahan lain seperti Baju Pengantin, Makeup, PA System, Emcee, Persembahan Kompang, Pelamin Garden, Photography + CD, Videography + CD, Kek Pengantin 3Tier, Pelayan 10, Bilik Hotel Bermalam dan 4 Dome VIP.







Kenapa kat H Garden Cafe ini sangat sesuai sebab ia berada betul-betul tengah-tengah Kuala Lumpur yang boleh di akses melalui pengangkutan awam seperti LRT dan bas. Juga mempunyai kawasan parking yang banyak tak perlu risau. Terdapat juga kemudahan bilik air serta ruang solat jadi tak perlu pergi jauh. 






So tak perlu nak susah-susah dan pening-pening nak mencari semua sudah tersedia cuma sebutkan sahaja konsep yang korang mahukan. Menariknya kalau korang buat tempat sebelum 31 Oktober ini mereka akan sediakan 2 ekor kambing golek secara percuma. Wow mana nak dapat semua ini. Maha rasa macam nak kahwin cepat jer hehehe tapi tu lah calon lak tak ada lagi hehehe. Kalau korang nak cuba makanan kat sini boleh datang kafe ini ia buka setiap hari kecuali hari Ahad.

Tempahan dan pertanyaan lain boleh hubungi :
Tel : 012-4292806
        012-4978827
        012-2844827








Berlangsung Dengan Jaya Rumah Terbuka Pokka Dan Mahamahu

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kerana korang sudi support blog Maha ini dari dulu hingga sekarang. Cuma nak ucapkan maaf sangat-sangat pada yang tak dijemput untuk majlis Rumah Terbuka Pokka dan Mahamahu


Ini semua hadiah utama kemenangan Peraduan Rasa Raya Pokka yang dianjurkan dilaman Facebook Pokka Malaysia pada bulan Ramadhan baru-baru ini. Kalau korang yang pernah tengok resipi Kuih Pokka Lapisan Kasih yang Maha buat masa bulan puasa itulah resipi yang dihantar untuk peraduan ini. Tak sangka pun boleh terpilih hadiah utama yang membawa kepada penganjuran rumah terbuka ini. Sempat juga masak kuih itu untuk tetamu yang datang harap sedap yer sebab tak sempat rasa hehehe. 





Acara yang berlangsung pada 26 Ogos Ahad lepas bertempat di Warung Makcik Kiah Sri Petaling. Sebabkan tempat terhad jadi tak dapat nak jemput semua pembaca dan kawan-kawan sekalian. In Sha Allah tahun depan Maha akan cuba buat dan jemput nanti korang datang ok.



Masa open house tu lebih dari 70 orang tetamu yang hadir meriah sangat. Ditambah pula dengan makanan yang banyak dan memang puas makan. Maha harap semua yang hadir puas hati dengan makanan yang disediakan dan juga atucara majlis yang simple dan ringkas. Kalau ada yang tak nak lagi tunggu tahun depan lak ok.



Meriahnya kat sini hiasan restoran tu yang digubah oleh team Pokka untuk menjayakan majlis ini. Juga ada kek khas nama Maha hari tu. Turut hadir adalah General Manager Pokka Malaysia Mr Patrick Chan yang sudi menyampaikan gimik hadiah apron kepada Maha. Seronok bila kita dapat meraikan kawan-kawan makan dengan kenyang macam ni walaupun tak buat kat rumah sendiri.


Doakan Maha setiap tahun murah lagi rezeki untuk menang hadiah-hadiah menarik macam ni. Ni paling besar kot hadiah yang Maha menang sebab bukan jenis yang lucky untuk menang. Sekali sekala jer ada rezeki. Terima kasih sekali lagi kepada team Pokka kerana menganjurkan majlis rumah terbuka ini juga terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis Maha ini. Moga korang juga murah rezeki ok kita jumpa tahun depan lak hehehe.







Masih Menginap Di Manhattan Business Hotel Kali Ni Kat Damansara Perdana

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha ada tulis tentang beberapa tips untuk korang yang memang kerap pergi business trip nak mencari hotel yang bagus. Kalau yang tak sempat lagi nak baca tips tu boleh tengok kat post Tips Buat Business Traveler Mencari Hotel. Sebab dari itu jugalah kali ini Maha masih memilih hotel yang ada semua ciri-ciri tu untuk menginap bagi tujuan ada meeting kat area Damansara.


Almaklumlah kalau nak berulang dari rumah kat area Bukit Jalil untuk ke Damansara Perdana waktu kerja akan ambil masa lebih kurang 1jam setengah. Kalau tiada yang teruk berlaku kalau ada kemalangan atau sebaliknya mahu juga untuk sampai 2 ke 3 jam juga. Jadi ambil peluang terus untuk menginap kat satu lagi hotel yang selesa dan bagi Maha berpadanan dengan harganya iaitu Manhattan Business Hotel area Damansara Perdana.



Kebetulan hari tu ada mesyuarat kat area Damansara jadi memang tidur untuk semalam kat sini. Hotel ini memang sangat selesa dan memang cantik. Kalau korang datang daripada Lebuhraya Damansara Puchong atau SPRINT tu boleh masuk area Damansara Perdana betul-betul dekat sebelah restoran Domino's tau.




Kali ni duduk bilik tingkat 2 dengan tema Central Park. Kalau korang yang masih tak tahu lagi hotel ini menggunakan konsep bandar Manhattan sebab tu namanya macam tu. Setiap tingkat diberikan dengan tema beberapa kawasan popular di sekitar bandar Manhattan. Masuk kat bahagian receptionist tu sahaja dah bawa kepada suasana luar negara memang kagum dengan mereka punya dekorasi dan seni bina dalam hotel ni.




Bilik kat sini pun mempunyai susun atur yang lebih redup dengan warna lebih gelap digunakan. Ada beberapa jenis bilik yang tersedia kat sini iaitu daripada Delux Single, Delux Twin, Delux Queen, Delux King dan juga Super Delux Room. Yang Maha duduk ini Delux Queen saja nak katil besar sebab tilam mereka sangat empuk dan kalau tidur tak nak bangun dah.

Delux Single

Delux King

Super Delux Room

Macam biasa dalam bilik ada kemudahan seperti fully aircond, LCD tv, teh dan kopi maker, hair dryer, wifi yang laju dan juga safety box. Cuma level Maha tak ada mini cooler yang ada kat level 1 untuk mereka yang tinggal bagi tempoh lebih panjang, Maha ni cuma satu malam jer. Dalam bilik air lak semua ada toiletries lengkap tak perlu risau nak beli kalau lupa bawa. Kemudian mandi ada air panas dan sejuk dengan rain shower.





Maha suka hotel ni sebab harga sini masih murah dan berpatutan tapi tersedia dengan sarapan pagi tau. Sarapan tu korang boleh turun kat lobby hotel tu ada cafe belakang receptionist tu sangat luas dan ada indoor dan outdoor. Maklumlah kalau datang urusan kerja ni mana ada masa nak bangun pagi sarapan kat luar sebab nak terus pergi meeting jer senang. Hotel ni pun ada kawasan parking yang tersedia kat bawah tapi ada rate yang tersendirilah. Kalau korang datang menginap lama kat sini ada dobi layan diri tau kat level bawah hotel so senang jalan kaki jer.



Kalau korang duduk sini nak pergi mana-mana mall sekeliling sangat dekat seperti Mutiara Damansara, Empire Damansara, PJ Trade Center, One Utama dan banyak lagi. Kalau kawasan office sini memang keliling lah jadi kalau tak ada transport masih boleh pergi hanya jalan kaki beberapa minit jer. Nak datang ker hotel ni selain naik kenderaan sendiri korang boleh naik public seperti bas dan juga MRT turun stesen Mutiara Damansara pastu naik Grab dekat jer.





Jadi Maha rasa sangat sesuai lah sapa-sapa yang tanya mana nak duduk untuk tempoh masa yang singkat tapi dapat semua dalam satu harga murah. Manhattan Business Hotel ini sangat berpatutan kepada korang. Nak lagi jimat korang booking terus kat laman web mereka dan boleh dapat lagi 20% diskaun. Sangat jimat dan memang mudah booking online sahaja. 

Sebarang tempahan dan petanyaan bilik layari :
Tel : +603-7731 9828
Fax : +603-7731 8910






Cara Sihat Dan Selamat Kurang Berat Badan Dengan ShakeITZ Selfie Drink

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau yang biasa dan kenal dengan Maha ni meraka tahu yang memang dari kecil sampai besar Maha mempunyai susuk tubuh yang besar atau senang kata mengakulah gemuk. Bukan tak nak kurus memang ada terfikir juga nak nampak tak gemuk sangat dan sedang-sedang jer tak nak lah kurus sangat. 


Tapi itulah sebab tuntutan dengan tugas blog ni membuatkan Maha memang tak boleh nak kawal makan. Bila pergi review mesti akan makan sepuasnya dan kalau tak makan nanti mesti orang akan tanya kenapa tak makan dan siap suruh habiskan lagi makanan jangan tinggal-tinggal tak baik. Orang kata kalau nasi tak habis nasi tu akan menangis jadi sebab kesian makan habiskan jugalah wakakakaka.


Alasan jer tapi sebenarnya memang kuat makan pun. Ada juga cuba beberapa produk untuk mengurangkan berat badan tapi Maha cuba produk yang memang selamat dan juga dijamin sihat. Sekarang ni pun Maha tengah mencuba satu produk keluaran Bmar Empire Trading iaitu satu produk minuman yang mudah untuk diambil.

Produk ShakeITZ Selfie Drink

Kalau korang nak tahu produk tu adalah ShakeITZ Selfie Drink. Ia adalah minuman tambahan yang diperkayakan dengan Gluthathione, Vitamin C dan Apple Stemcell. Minuman tambahan ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan selain membantu melancarkan pembuangan sisa toksik dalam badan. Secara langsung ia dapat menurunkan berat badan dengan cara semulajadi dan sihat. Minuman tambahan ini berperisa Epal Hijau dan rasanya cukup enak.


Bahan-bahan terkandung dalam minuman tambahan ini adalah ekstrak Teh Hijau, Garcinia Cambogia, biji Kopi Hijau, Vitamin E, Fenugreek dan Sucrose. Jadi gabungan semua bahan yang sihat ini menjadikan ia satu minuman yang ada macam kebaikan. Tapi bagi Maha ambil minuman ni sebab nak kurang berat badan dan juga nak kurangkan buncit kat perut ini.


Bagi Maha sendiri yang telah amalkan minuman ini baru beberapa minggu dapat rasa beberapa kesan. Bukan lah terus kurus tapi yang paling Maha rasa sekarang adalah selesa dan senang untuk membuang air besar dan kerap buang air kecil. Ini adalah cara yang terbaik nak buang toksin dalam tubuh badan secara semulajadi tak dipaksa-paksa. 


Paling bestnya kalau amalkan minuman ini setiap hari Maha masih boleh nikmati makanan yang sedap-sedap tapi tak adalah lebih-lebih. Tetap kena kawal makan dimana yang disarankan oleh seorang doktor kepada Maha cara nak ambil makanan seimbang iaitu dengan hanya satu gengam nasi putih, suku bahagian sayur-sayuran dan juga suku bahagian pinggan lagi adalah buah-buahan.




Jadi lepas ni kalau Maha pergi makan untuk review atau jemputan mana-mana jangan tanya tau kenapa makan sikit. Nak tengok juga keberkesanan minuman ini kepada diri Maha nanti korang boleh cuba. Cara Maha ambil minuman ini adalah macam biasa dimana kena sediakan 250ml air kosong atau air sejuk ikut kesukaan korang. Lepas tu ambil 1 sachet minuman ShakeITZ campur dalam minuman tersebut dan goncang dalam shaker lebih mudah dan cepat. Lepas tu teruslah minum dan Maha amalkan minum setiap selepas sarapan pagi.

Testimoni Pengguna 


Kalau Maha seorang jer yang cakap produk ni ok tak best juga apa kata kita lihat beberapa testimoni yang telah menggunakan juga produk ini.



Jadi Maha tak promote pada korang untuk membeli produk ini cuma kalau rasa nak cuba apa salahnya. Tak rugi kalau nak mencuba dan ia adalah produk semulajadi yang dihasilkan dengan teknologi terbaik. Tapi apa pun paling penting dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum apa-apa peroduk kita cuba betul tak. 

Stokis Jualan 


Bagi korang yang ingin mendapatkan produk ShakeITZ Selfie Drink, boleh hubungi Bmar Empire Trading di no hotline 018-7660532 atau juga boleh menghubungi terus stokis-stokis yang berhampiran korang:

Pahang –  Effa Afzan (012-7945329)
Batu Pahat – Shikin Shah (017-6638820)
Sarawak – Aiza (014-8948028)
Sarawak – Ely Syariani (012-8308284)
Kuala Lumpur – Erny Liana (011-20907399)
Johor Bahru – Eza (018-7831018)
Johor Bahru – Azlina (011-12455528)
Kelantan – Iylia (012-7884728)

Maklumat lanjut tentang layari :-












Ombak Kitchen Makan Pakai Tangan Jer Biar Kotor Janji Puas

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jauh sikit perjalanan kali ini untuk membawa korang ke satu lagi restoran makanan laut yang segar dan berkualiti premium di Shah Alam. Maha pergi sampai ker Bukit Jelutong sana semata-mata nak mencuba makanan laut lambak atas meja atau ramai orang kenali dengan Shell Out.


Kali ini Maha ker Restoran Ombak Kitchen yang terletak di D'Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong Shah Alam. Kalau orang biasa datang kawasan ini ia memang menarik kerana ia bagaikan sebuah kedai dalam taman. Cuma restoran ini kalau korang datang bahagian parking memang tak nampak kerana ia berada dibahagian tengah kawasan air pancut dan kena jalan masuk sikit baru jumpa restoran ini.



Suasana dalam restoran ini deko seperti sebuah pelabuhan yang kita tahu menurunkan makanan laut segar-segar begitu juga disini. Kawasan luas dan banyak tempat duduk indoor atau outdoor semua boleh ikut keselesaan. Paling penting datang sini tak perlu pakai formal cukup dengan keselesaan anda untuk nikmati makanan laut lambak atas meja.



Maha sampai sini mula-mula ingat sesat sebab gelap kawasan ni kalau waktu malam tapi rupanya ada restoran didalamnya. Kat sini tema mereka makan 'Pakai Tangan Jer...' jadi semua pelanggan dibekalkan dengan sarung tangan pada yang nak gunakannya serta dengan apron plastik. Maklumlah makan makanan laut ini kalau tak comot tak sah terutama nak makan ketam dan udang.


Hari tu Maha dan kawan-kawan makan makanan laut lambak atas meja dengan dua sos iaitu Ombak Hot Cajun yang sangat popular dan juga Zesty Lemon Butter with Cheese yang lemak penuh cheese. Sos pilihan lain pun ada juga kalau korang nak cuba seperti Dark Chili Chocolate, Creamy Tom Yum Sauce dan Buttermilk Sauce. Semua sos ini bila Maha rasa mereka masak tidak menggunakan minyak masak biasa tapi menggunakan butter sebab tu rasanya sangat lemak berkrim.



Ombak Hot Cajun

Apa yang Maha makan malam tu adalah makanan laut dimasak dengan pelbagai jenis rempah ratus dan nampak macam pedas sebenar ini bukan pedas daripada cili tau tapi daripada rempah itu sendiri. Kemudian yang satu lagi sangat contrast dimana ia sangat berlemak dan memang semua peringkat usia akan suka sebab penuh cheese dalamnya.



Zesty Lemon Butter with Cheese

Dalam set makanan Shell Out mereka ini macam-macam makanan laut ada seperti udang besar, ada sotong, ada kepah, ada lala, ada tiram dan ada juga ketam nipah. Awas nasihat Maha kalau nak makan ketam tu kena gunakan alat pemecah ketam kerana kulit sangat keras dan bahaya pada gigi anda hehehe pengalaman ini. Kemudian di maniskan pula dengan buah jagung dan juga brokoli yang direbus berasingan.



Cara masakan Shell Out ini mereka lakukan adalah dengan merebus atau steam makanan laut  tersebut untuk mengekalkan kesegaran dan juiciness makanan laut. Ia juga adalah cara masakan yang lebih sihat bagi Maha lah. Hari tu memang puas makan sebab sangat banyak satu set tu tak silap Maha boleh makan dalam 4 ke 5 orang memang sangat kenyang.


Selain daripada makana laut yang biasa ini mereka juga ada mengimport beberapa makanan laut yang sangat popular dan menjadi pilihan ramai dengan harga yang berpatutan. Korang boleh piliha nak hidangan ala carte Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters, Rock Lobsters, Ireland Osyters dan Hamaguri Clams. Ini semua Maha tak sempat cuba hari tu sebab dah kenyang dengan shell out yang dihidangkan.



Kat sini juga popular dengan minuman ciptaan mereka sendiri. Macam Mocktail pelbagai rasa dan juga memberi kesegaran selepas puas menikmati makanan laut. Last sekali Maha dihidangakan dengan satu pencuci mulut yang penuh warna-warni iaitu Rainbow Dessert. Ia disediakan oleh chef itu sendiri depan mata kita memang sangat best. Tak pernah lagi ada kat tempat lain dah ia satu-satunya hanya di Ombak Kitchen.


Rainbow Dessert

Jadi kalau orang area Shah Alam, Setia Alam, TTDI, Subang dan sewaktu dengannya boleh datang sini sangat Maha sarankan. Ia buka setiap hari dari pukul 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad dari 12.00 tengahari hingga 12.00 malam untuk korang nikmati sepuas-puasnya. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera.

Sebarang promosi atau tempahan boleh hubungi :
Tel : 03-7734 4699 / 010-2205 946
Email : ombakkitchen@gmail.com



  



Viewing all 1330 articles
Browse latest View live