Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Menari Bersama Robot AI Di Hotel Grand Ion Delemen, Pangsapuri Servis Penuh Tertinggi Genting Highlands

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kat Malaysia ni susah kita nak tengok secara live robot ciptaan manusia menari mengikut rentak. Kalau ada mungkin sebuah atau dua buah sahaja tu pun kat pameran. Tapi sekarang ni korang boleh saksikan lebih 20 buah robot menggunakan teknologi AI menari secara langsung. 


Selain daripada menari robot-robot yang diberi nama Dobi ni boleh juga membuat persembahan seni mempertahankan diri. Dengan memainkan sahaja muzik robot-robot ini terus menari tanpa henti dan menghiburkan. Lincah menari walaupun jatuh terlengkup robot ni mampu untuk bangun sendiri tanpa perlua di kawal. Selain memaparkan gerakan tarian yang selari, robot humanoid tersebut juga mampu menarik perhatian korang dengan ketangkasan dan fleksibiliti mereka.




Kat mana nak tonton semua robot ini? Korang boleh saksikan semua ini yang pertama di Hotel Grand Ion Delemen, pangsapuri servis penuh tertinggi yang terletak Genting Highlands. Persembahan robot ini dibawa oleh Dewan Perniagaan Jiangsu Malaysia (Malaysia Jiangsu Chamber Of Commerce) dan Kelab AI Malaysia. Maha antara kumpulan pertama yang berkesempatan menyaksikan sendiri depan mata persembahan robot ini teruja sangat masa tu. 




Robot-robot ini bukan sahaja membawa teknologi terbaru tapi juga berjaya memecahkan rekod dunia sebagai robot terbanyak menari secara serentak yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Guangzhou Baiyun. Robot ni tak besar pun tinggi hanya 48cm dan seberat 2.15kg sahaja sangat ringan tengok Maha pegang robot ni dan macam pegang baby comel hehehe. Bateri robot ni 2600mAH lama jugalah mampu bertahan.  

Mr. Li Ce, Pengasas Robot Dobi


Korang yang menginap dan juga bermalam di hotel ini sepanjang cuti sekolah ini boleh menyaksikan persembahan robot ini yang diadakan di Kembali Restaurant tingkat 7 hotel ini. Sambil makan boleh lah berhibur dengan persembahan robot ni. Ada waktu tertentu sahaja persembahan robot ni korang boleh rujuk jadual di bawah. Persembahan tak lama dalam 5 hingga 10 minit sahaja untuk satu sesi 



Excited sangat Maha rasa kalau budak-budak memang suka lah tengok persembahan robot ini. Ibu bapa pun boleh memberi pendedahan kepada minat anak-anak dalam dunia terknologi AI ni. Walaupun ia masih baru di Malaysia tapi satu yang berguna selain dari berhibur. Nanti korang datang jangan lupa rakam teletah dan gelagat robot-robot ni ok.  

Maklumat lanjut boleh hubungi 
Tel : 03-8064 3333 
Emel : dobi@nct.net.my







Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles