Kali ni Maha nak bawa korang semua ke satu restoran yang menyajikan
Jim Jum Muslim-Friendly pertama di Malaysia ni. Restoran ni terletak di
3 Damansara atau sebelum ni kita kenali sebagai Tropicana City Mall. Korang boleh naik kat Level 1 akan nampak
Restoran Baan 109. Maha makan kat sini lah Jim Jum yang bukan sahaja sedap tapi juga tanpa menggunakan MSG.
Special Jim Jum ni mereka akan masak sup dalam periuk tanah liat pada api perlahan. Kemudian bila dah panas kita masukkan semua bahan dalam set ini. Kat restoran ni mereka sediakan Jim Jum dalam dua set iaitu
Chicken Set atau
Chicken + Seafood Set. Hari tu yang Maha cuba adalah chicken dan seafood set dan juga ada sayur-sayuran segar. Rasanya sangat sedap kerana kepanasan dan juga sup yang tiada menggunakan bahan merbahaya.
![]() |
Nang Kai Tod (RM9.90) |
![]() |
Kai Ded Deow (RM9.90) |
![]() |
Nam Kai (RM9.90) |
Selain itu juga, kat restoran ni korang kena cuba kudapan ringan mereka seperti
Nang Kai Tod iaitu
Deep Fried Chicken Skin, juga ada
Kai Ded Deow iaitu
Deep Fried Chicken Meat dan last
Nam Kai iaitu
Deep Fried Chicken. Yang ini semua menu tambahan jer untuk korang makan sambil sembang-sembang ngan kawan-kawan sambil tu kunyah memang sedap. Tak kenyang kot bagi Maha kalau makan ni sahaja.
![]() |
Mama Nam Chicken (RM12.90) |
![]() |
Mama Big Praw (RM10.90) |
![]() |
Mama Seafood (RM9.90) |
![]() |
Mama Scallop (RM10.90) |
![]() |
Mama BBQ Chicken (RM12.90) |
Kalau nak kenyang korang kena order sekali
MAMA Special. Ini adalah set mee special yang dihidangkan dengan beberapa pilihan seperti
Mama Big Praw, Mama Seafood, Mama Scallop, Mama BBQ Chicken dan
Mama Nam Chicken. Satu mangkuk ni cukup lah makan untuk seorang dan memang mengenyangkan. Paling best mee ini tiada menggunakan juga MSG dan kalau korang order sempena promo akan dapat satu botol
Lemongrass Drink.
![]() |
Goong Cher Nam Pla (RM16.90) |
![]() |
Yam Voonsen (RM12.90) |
Ini sepatutnya
starter tapi tak apa korang boleh order juga
Goong Cher Nam Pla iaitu udang segar mentah yang di sediakan bersama dengan
Thai Sauce. Korang kena makan begitu sahaja tau memang rasa lain sangat. Satu lagi ni
Yam Voonsen iaitu
Thai Glass Noodle Salad dalam nya ada sayur segar bersama dengan sos special. Kalau kita kat Malaysia ni lebih kurang rasa Kerabu sangat rangup.
Restoran ini bagi Maha sangat selesa kalau nak makan time waktu lunch sangat sesuai kerana restoran ini buka setiap hari dari pukul
10.00pagi hingga
10.00malam. Biasalah restoran dalam mall ni memang kawasan larangan merokok ok hehehe. Tapi parking banyak kat sini tau tak perlu risau. Cuma lunch time kena datang awal sebab takut tak cukup tempat kerana kawasan agak terhad. Apa pun Maha dah cuba kat sini sangat menyelerakan dan puas makan sebab semua rasa korang boleh rasa. Mungkin korang boleh mencuba juga satu hari makan kat sini nanti ok. Selamat menjamu selera semua.
Info lanjuta promosi dan pertanyaan boleh layari :-
Facebook :
https://www.facebook.com/baan109malaysiaInstagram :
https://www.instagram.com/baan109malaysiaRanking Mahamahu :-
Kebersihan :
4/5Kesedapan :
3.5/5Harga :
3.5/5