Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila ada pembaca yang tanya dekat Maha mana nak cari tempat makan Itik Salai Masak Lemak Cili Api terbaik di KL, pening kepala jugalah nak fikir dan cari tempat yang betul-betul dapat rasa salai dan juga rasa lemak yang cukup lengkap. Nasiblah hari tu ada kawan yang dah makan kat satu kedai ni rekmen kepada Maha untuk pergi cuba masak salai mereka.
![]()
Setelah pergi cuba sendiri memang ternyata ia tidak mengecewakan dan sangat puas hati. Kat mana tempat tu? Dekat jer terletak di kawasan tumpuan orang ramai cari makan di Kuala Lumpur ni. Mana lagi kat Kampong Bharu lah. Rupanya kat situ ada satu restoran namanya Gerak 23 yang terletak betul-betul ditepi Jalan Raja Abdullah iaitu jalan utama nak masuk Kampung Bharu ini.

Setelah pergi cuba sendiri memang ternyata ia tidak mengecewakan dan sangat puas hati. Kat mana tempat tu? Dekat jer terletak di kawasan tumpuan orang ramai cari makan di Kuala Lumpur ni. Mana lagi kat Kampong Bharu lah. Rupanya kat situ ada satu restoran namanya Gerak 23 yang terletak betul-betul ditepi Jalan Raja Abdullah iaitu jalan utama nak masuk Kampung Bharu ini.

Tapi kedai makan masak lemak ni ada kat dalam restoran tu kerana di sini konsep macam lebih kurang food court. Di dalam restoran besar tu ada gerai-gerai termasuklah gerai Teraso Salai iaitu gerai yang menyediakan Itik Salai Masak Lemak Cili Api yang Maha maksudkan tadi. Kalau nampak gerai warna hijau dan ada tulis besar-besar Itik Salai itulah gerainya. Tempat ni sangat padat waktu makan tengahari memang menjadi tumpuan ramai orang hari kerja mahupun hujung minggu.


Kat sini paling best dan rare susah nak dapat adalah Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Memang ini jadi pilihan ramai orang sebab itik salai cuma banyak jual kat tepi jalan Kuala Pilah kalau siapa biasa balik kampung ke sana. Jadi kat sini boleh dapat itik salai sama rasanya dengan kat sana. Sebab kata pemilik gerai ia adalah resipi tradisi keluarga mereka.
Selain itik salai kat sini juga ada sediakan masakan salai lain seperti Keli Salai Masak Lemak Cili Api, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan juga Ayam Salai Masak Lemak Cili Api. Semua makanan yang disalai dibuat kat tempat lain dan cara menyalai juga ada cara tersendiri iaitu menggunakan teknik pengasapan bagi memastikan isi kekal lembut dan menyerap rasa asap sempurna.
Harga makanan :
Set Keli Salai Masak Cili Api : RM6.00 |
Set Ayam Salai Masak Cili Api : RM7.00 |
Set Daging Salai Masak Cili Api : RM8.00 |
Set Itik Salai Masak Cili Api : RM9.00 |
Semua set salai ni ada nasi putih, kemudian ikan masin dan juga timun. Style sini lauk disalai kat tempat lain dan kuah dimasak di gerai kemudian dimasak sekali lagi untuk rasa yang sebati. Kuah masak lemak ni memang dah cukup pedas tapi kalau nak up lagi kepedasan ni korang boleh tambah sambal cili yang disediakan sekali. Kalau makan time panas-panas memang terangkat dan membuka selera. Paling best makan kena banjir korang punya nasi tu dengan kuah lemak mereka. Sangat pekat melekat dan padat dengan rasa.
Maha cite ni karang korang kata nak puji lebih-lebih pulakkan. Apa kata korang datang sendiri cuba makan kat sini memang tak rugi. Tak silap Maha kedai ni ada cawangan juga kat Wisma Central yang terletak di sebelah KLCC. Mereka juga sediakan perkhidmatan penghantaran makanan kepada yang tak dapat datang sini.
![]()
![]()
Nanti Maha nak ulang lagi datang makan kat sini bawa kawan-kawan juga hehehe. Tak perlu lah nak pergi jauh-jauh untuk makan Masak Lemak Cili Api ni. Gerai ini dibuka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 7.00malam sahaja. Ok kalau sapa yang dah cuba tu nanti komen bagi tahu Maha sedap ker atau macam mana yer. Sebab gerai ni baru buka jer perlu kepada pandangan baik korang yang memang mecintai makanan trasidi ni. Selamat menjamu selera semua ok.
Tempahan dan pertanyaan layari :
Facebook : https://www.facebook.com/salaiteraso
Instagram : https://www.instagram.com/teraso_salai
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5