Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Sarah Benjamin Dan Mission Foods Bergabung Untuk Kempen #Zerowaste

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bukan rahsia lagi bahawa rakyat Malaysia suka makan, tetapi adakah korang tahu bahawa kita selalu membazir sekitar 15,000 tan makanan setiap hari. Mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 20% daripada jumlah ini atau 3,000 tan adalah sisa makanan yang tidak dapat dihabiskan yang masih boleh dimakan. Jumlah ini cukup untuk memberi makan 5.3 juta orang untuk 3 kali makan setiap hari!


Sempena denga Hari Makanan Sedunia tahun ini iaitu pada pada 16 Oktober, Mission Foods dan Chef Celebrity Sarah Benjamin memulakan kempen 'Foldover Your Leftovers'. Kempen ini mengulangi pepatah lama 'Waste Not Want Not' dan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dengan idea-idea bagus mengenai cara menjadikan makanan yang tidak habis kepada hidangan baru yang lebih enak. Ini bagi menggalakkan kurang pembaziran makanan dikalangan rakyat Malaysia.

Chef Celebrity Sarah Benjamin


Siapa penggemar Asia  Food Channel  akan kenal dengan Sarah seorang pengacara rancangan yang popular di sana. Sarah juga penulis blog makanan sejak dari tahun 2011 dan merupakan juara rancangan Food Hero. Sarah akan mengetuai kempen ini dengan berkongsi resipi makanan dan idea melalui media sosial, PSA dan juga buku resipi yang akan tersedia di kedai-kedai dengan pembelian produk dari Mission Foods.


Baru-baru ini Sarah telah berada di Malaysia sempena dengan kempen ini dan berkongsi resipi untuk menggunakan sisa makanan yang rakyat Malaysia gemari seperti Kari Ayam, Satay dan Nasi Ayam. Bertempat di La Juiceria Superfood Signature Bangsar, Sarah menyediakan 3 resipi iaitu Szechuan-Spiced Chicken Wrap, Curry Chicken Foldover dan Satay And Peanut Hummus Pita. Semuanya menggunakan produk daripada Mission Foods iaitu Mission Onion and Chives Supersoft Wrap, Mission Supersoft 6-Grain Wraps dan Mission Wholemeal Pita.

Satay And Peanut Hummus

Curry Chicken Foldover

Szechuan-Spiced Chicken Wrap

Pada majlis pelancaran kempen ini, Sarah menggunakan semula sisa kari ayam dan kentang ditumis dengan herba dan ditambah dengan keju Mozzarella dengan sayur-sayuran yang lazat seperti zucchini dan jagung. Bagi resipi Satay and Peanut Hummus Pita, Sarah mengadun sos kacang dengan kacang tin kalengan. Hummus digunakan untuk melengkapkan pita sebelum potongan-potongan satay ditambah dan dilengkapkan dengan topping salad dan timun juga dihiasi dengan bawang jeruk.



Melalui resipi ini Sarah mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi wira #Zerowaste. Maha sendiri sempat menikmati semua resipi yang disediakan memang lazat dan rasa seperti makanan baru. Jadi kita cuma perlu lebih kreatif dalam menggunakan sisi makanan yang tidak habis agar kita tidak bazirkan begitu selagi ia boleh dimakan.

Encik Mark Tan, Pengurus Jualan Runcit Makanan Mission Foods Malaysia; Sarah Benjamin Chef Selebriti
dan Encik Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods South

Sarah juga telah menghasilkan 12 resipi menarik dari sisa-sisa yang boleh didapati dalam buku edisi terhad disemua kedai yang mengambil bahagian sahaja. Buku ini akan diberikan secara percuma kepada korang yang membeli dua produk Mission Foods bermula dari November ini. Melalui buku tu mungkin dapat membantu korang untuk menggunakan sisi makanan yang masih boleh dimakan agar tidak dibazirkan. Maha pun selalu guna semula makanan yang tidak habis seperti nasi untuk dijadikan Nasi Goreng pada keesokan harinya, korang juga boleh.

Dapatkan resipi penuh di sini www.facebook.com/missionfoodsmalaysia








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles