Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Walaupun sambutan Tahun Baru Cina lambat lagi ada 5 bulan dari sekarang tapi meriah dengan promosi jualan untuk makan malam bagi meraikan hari penuh makna tersebut. Kalau tak silap Maha tahun 2019 adalah tahun Khinzir dalam kalender lunar China.


Bagi kepercayaan mereka tahun ini agak sikit malang dan sangat perlu berhati-hati kerana ada waktunya kebaikan anda disalahertikan. Apa pun setiap tahun adalah tahun yang perlu semua orang berusaha untuk berjaya atau lebih maju. Ok kita kembali kepada menu untuk Banquet Set Menu dan juga Bufet Makan Malam.
Harga Banquet Set Menu
Semua pengunjung boleh makan yang disediakan di Restoran China Treasures yang lazat di dalam Sime Darby Convention Centre. Banquet Set Menu ini telah bermula promosi dengan harga murah bulan Oktober ini. Korang dah boleh dapatkan harga jauh lebih murah kalau beli sekarang seperti list di bawah.

Dari semua harga ini korang boleh nikmati pelbagai makanan yang enak-enak seperti mana Maha telah cuba hari tu. Macam biasa hidangan makanan China akan dimulakan dengan sajian tradisi mereka iaitu Yee Sang. Cuma kali ini Yee Sang lebih istimewa apabila dihidangkan dengan Golden Sea Whelk dan Golden Corn. Selalu orang isi daging ikan tapi ini lebih menarik dan rangup.

Kemudian ada juga makanan tradisi dan warisan masyarakat Cina yang lain seperti Double Boiled Chicken Soup with Dried Scallop Wild Red Mushroom & Cordyceps Flower, Steamed Lotus Leaf Chicken, Steamed Sea Grouper with Premium Soy Sauce & Golden Garlic dan Baked Crystal Prawns with Nyonya Sauce in 'NanYang' Style.
Lagi makanan seperti Braised Black Moss Roll & Bean Curd Puff with Seasonal Vegetables, Steamed Rice with Baby Abalone Dried Octopus, Yam & Mushroom, Chilled Snow Lotus dan Ginseng Root with Red Dates & Dried Longan.
Harga Bufet Makan Malam
Kalau korang nak makan malam bufet pun ada juga disediakan direstoran yang sama bagi meraikan Tahun Baru Cina. Kalau bufet ini biasalah harga untuk seorang tapi masih murah kalau korang booking sekarang bulan Oktober ini. Harga boleh tengok seperti mana jadual di bawah ini mesti korang rasa nak beli sekarang.

Makanan yang disediakan juga sama seperti mana dengan atas tadi. Sorry Maha tak translate bahasa sebab ia nama makanan takut nanti maksud jadi lain pula hehehe. Bagi Maha semua makanan memang sangat sihat dan berkualiti sebab restoran kat sini mendapat pengesahan Halal daripada JAKIM. Tak perlu nak risau atau was-was untuk makan memang semua orang boleh datang.
Selalu kalau yang datang dengan business partner atau meraikan pelanggan boleh booking private room yang disediakan. Restoran ini dibuka setiap hari dari makan tengah hari bermula pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang. Manakala untuk makan malam pula restoran ini buka dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Jadi tunggu apa lagi mungkin ada rakan sepejabat atau juga nak cuba sendiri makanan Cina boleh lah start booking sekarang kerana sangat-sangat murah dan berbaloi. Kalau nak tempah untuk sorang atau dua orang boleh ambil bufet tapi kalau ramai lagi baik ambil banquet set lagi jimat. Kalau banquet ini makanan akan dihidangkan korang hanya duduk sahaja makan sampai kenyang. Bufet ni macam biasa kena pergi ambil makanan sendiri dan silap-silap berbaris panjang nak tunggu giliran hehehe.
Booking sekarang dengan hubungi :
Tel : 03 2089 3788
03 2089 3688
Email : chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com