Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Anak Gembira Ibubapa Bahagia Sambut Hari Jadi Di D Aura Cafe

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari yang paling dinantikan oleh kanak-kanak adalah menyambut hari jadi mereka. Tapi hari itu jugalah hari yang merungsingkan hati ibubapa sebab nak bagikan yang terbaik betul tak. Almaklumlah setahun sekali nak sambut hari jadi anak dan nak pastikan dia gembira.


Maha sendiri pun waktu kecil-kecil dulu teringat lagi masa firstime buat sambutan hari jadi masa usia 10 tahun. Masa tu mak ayah beli kek besar lepas tu ramai kawan-kawan datang dan dapat hadiah banyak seronok sangat. Zaman sekarang tak main lah nak celebrate kat rumah mesti nak tempat yang mewah dan segalanya tersedia. Ia sangat memudahkan ibubapa untuk membuat persediaan sambut hari jadi anak. 




Macam kawan Maha ni sambut hari jadi anaknya kat D Aura Cafe yang terletak di Seri Kembangan. Katanya kat sini senang sebab semua pakej mereka dah sediakan dan tak perlu nak pening kepala mak bapak nak fikir. Semua ada seperti :-

1) RM33.00 Sewa Baju PRINCESS COSTUME+CROWN+GROOMING

2) RM33.00 Seorang SET MEAL untuk Dewasa

3) RM22.00 Seorang SET MEAL untuk Kanak-kanak

4) Kek Hari Jadi 
- RM11.00 cake slice 
- RM33.00 tiny cake 
- RM66.00 regular cake 
- RM99.00 large cake

5) RM99.00 Dekorasi meja





Semua ni dah cukup untuk buatkan sambutan hari jadi anak anda lebih bermakna dan meriah. Tak perlu penat-penat nak fikir dan pergi beli semua mereka sediakan. Kalau nak tambah lite hi tea buffet pun boleh nak banyakkan makanan. Kafe ini buka setiap hari dari pukul 1.00 tengah hari sehingga 11.00 malam jadi korang boleh plan bila masa nak buat sambutan siang atau malam. Kafe ini mampu memuatkan lebih kurang 50 orang dalam satu masa. 




Selain itu juga, mereke bagi PERCUMA video termasuk gambar untuk jadikan memori indah bila anak dah besar nanti dan juga background lagu hari jadi. Korang boleh tonton video kat atas ni memang sangat meriah hari jadi anak anda nanti. Masa Maha datang hari tu pun best rasa nak jadi kanak-kanak semula tak perlu nak fikir masalah dan bergembira sahaja serta makan sepuasnya.

Tempahan atau juga pertanyaan pakej hari jadi ini whatsapp jer:








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles