Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita Nasi Lemak ini adalah juadah untuk sarapan pagi dan memang menjadi pilihan seluruh rakyat Malaysia menyukaianya. Tapi sekarang itu telah berubah kerana kesedapan dan juga kepelbagaiaan Nasi Lemak itu sendiri menjadikan ia sebagai makanan ruji rakyat Malaysia. Hampir setiap masa kita akan makan Nasi Lemak sampai tengah malam pun kita masih mencari makanan paling sedap ini.
Maha tahu satu lokasi kalau korang nak nikmati Nasi Lemak terbaik di bandar KL dari pagi sampai malam. Korang boleh ker Publika Solari Dutamas kerana kat situ ada satu restoran Nasi Lemak warisan yang telah dipelajari oleh pemiliknya dari Kampung Baru Kuala Lumpur. Restoran yang Maha maksudkan adalah Pak Omar Champion Nasi Lemak. Baru jer buka tak silap Maha tapi memang sangat menarik.


Kat sini memang keutamaan mereka adalah Nasi Lemak dan semua dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi menjadikan ia begitu berlemak dan sedap. Maha cerita ni sebab Maha sendiri dah pergi makan kat sini hari tu masa mereka buat majlis pembukaan. Korang boleh ke Blok G2 level A1 tepi jalan jer restoran ini.
Nasi Lemak Rendang Daging |
Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah |
Nasi Lemak Sambal Sotong |
Di sini ada pelbagai jenis Nasi Lemak dan selalu popular makan dengan sambal ikan bilis, tapi kat sini korang boleh nikmati dengan sambal sotong, rendang daging dan rendang kambing, juga ada ayam goreng berempah. Nasi Lemak kat sini dimasak kukus sebab itu ia mengekalkan kesedapan nasi tersebut dan ditambah pula lauk pauk yang ada. Kalau yang saiz besar ni atau Jambo Nasi Lemak boleh makan untuk 3 ke 4 orang sekali memang banyak.
Jambo Nasi Lemak |
Kat dalam Nasi Lemak tu korang boleh nampak bahan sampingan lain iaitu seperti kangkung, ikan bilis goreng dan juga kacang, telur rebus dan timun membuatkan ia digelar sesetengah orang sebagai makanan sihat kerana ada semua zat utama dalam makanan.
Karipap |

Style makan kat sini kita akan order kat kaunter Nasi Lemak apa yang korang dan lauk apa yang nak, nanti mereka akan sediakan dan pastu kita duduk untuk nikmati makanan tu. Selain daripada Nasi Lemak kat sini juga popular dengan Mee Siam dan Karipap gergasi. Sebab karipap tu sangat besar seketul tu boleh kenyang makan seorang hehehe. Inti dalam tu kentang bersama dengan telur rebus macam biasa tengok karipap ni kat mana yer hehehe.
Petai Sambal |
Bendi Sambal |
|
|
Mee Siam mereka pun korang boleh tambah dengan pelbagai jenis sambal dan lauk pauk yang korang mahukan. Sangat layan memang sedap sebab tu orang datang makan sini setiap masa tak kira waktu. Lauk lain yang ada korang boleh pilih dan tambah seperti Petai Sambal, Bendi Sambal, Acar dan Ikan Masin.

Jadi sapa yang ada plan nak makan Nasi Lemak dari pagi sampai malam boleh datang sini sebab restoran ini sentiasa buka dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Tempat juga tak adalah besar sangat dan sesuai untuk makan sambil santai-santai minum kopi atau teh kat sini dan makan Nasi Lemak. Maha dah cuba korang bila lagi. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera.
Promosi dan pertanyaan lain layari :
Facebook : https://www.facebook.com/PakOmarChampion
Instagram : https://www.instagram.com/pakomarchampion