Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mana lokasi untuk makan Dim Sum yang murah tapi mewah. Itu selalu bermain difikiran korang bukan jadi kali ni Maha nak bawa koran kepada satu restoran makanan Cina yang sedap dan dalam suasana mewah seperti istana tapi harga sangat berpatutan. Ini lah dia Restoran Mandarin Palace yang terletak di tingkat 2 The Federal International Hotel Kuala Lumpur.

Sebelum ni Maha ada cerita tentang bufet masakan Australia yang banyak pilihan kat hotel ini kali ini pula kita cuna makan Dim Sum dan pelbagai jenis makanan cina. Restoran ini juga pernah diisenaraikan sebagai salah satu Restoran Paling Cantik di Malaysia dalam Majalah Flavors keluaran Mei-Jun 2007 Edisi Malaysia.


First masuk restoran ini memang rasa sepeti dalam istana Cina zaman duhulu kala yang mempunyai suasana maya yang sangat etnik dari hiasan ukiran kayu yang menarik seperti ukiran naga, burung phoenix, burung, bunga teratai, dewa-dewi dan karakter yang menggambarkan kisah dongeng dan legenda klasik yang kaya dari negara cina. Maha kagum juga masuk sini sangat luas dan selesa untuk makan kerana kemas.
Restoran Mandarin Palace menawarkan menu menarik dari masakan Kantonis ke Hunan dan masakan Szechuan sambil menerapkan kemesraan rakyat Malaysia. Paling best adalah koleksi Dim Sum kat sini semua panas-panas di kukus seperti Shrimp dumpling, Teochew dumpling, Xiao long bao, Shaomai dan banyak lagi pilihan. Ada inti kacang merah, ada inti ubi teratai, ada inti telur asin dan juga ada yang inti ayam sedap-sedap semua.
Tu baru pilihan Dim Sum dah banyak kemudian ada juga bufet makanan berat seperti octopus, udang, ayam, kaki ayam pun ada, sayur kailan dan banyak lagi nama sebenar Maha tak berapa tahu. Kalau korang yang biasa makan masakan cina ni memang tahu semua hidangan yang ada kat sini. Kalau nak makan seperti chicken roasters dan juga itik roasters, serta sup rempah ratus cina pun ada kat sini semua rasa original masakan cina memang menarik.
Paling best harga untuk semua yang korang nak makan ini hanya RM48.00 nett untuk dewasa, manakala RM36.00 nett warga emas dan juga RM18.00 nett untuk kanak-kanak. Bufet ini hanya promosi untuk hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad dari pukul 10.30pagi hingga 2.30petang. So sapa yang nak cuba boleh datang sini Maha memang cadangkan sangat berbaloi dan murah.
Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 603-2148 9166
Email : fnb@federal.com.my