Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa pernah pergi negara Australia sila angkat tangan. Maha sendiri secara peribadi tidak pernah sampai ke sana dan memang ada rasa teringin nak berjalan dan bercuti ker sana. Tapi masih tak kesampaian hehehe. Tak apalah tak dapat pergi becuti ke Australia dapat menikmati makanan Australia pun dah ok.


Sempena dengan Discover Australia - A Taste of Australia yang diadakan di Kontiki Restaurant The Federal International Hotels Kuala Lumpur (FIH) bermula 13-29 Julai 2018 seluruh rakyat Malaysia boleh nikmati juadah istimewa daripada negara tersebut. Kali ini kerjasama antara Grace Hotel Sydney, Suruhanjaya Tinggi Australia, AUSTRADE, Tourism Australia dan MLA Meat & Livestock Australia serta Citibank.

Sebab tak dapat pergi sana Maha pergi makan kat sini jer untuk nikmati sendiri makanan yang disediakan oleh dua orang Chef yang diterbangkan khas untuk menyediakan makan malam ini iaitu Chef Darren Ho dan juga Chef Tang Hou Chin. Jadi memang korang yang nikmati makan malam kat sini dapat nikmati semua hidangan yang dimasak dengan cara sebenar dari negara tersebut.
Keutamaan kepada bufet makana malam kat sini adalah BBQ yang mempunyai pelbagai pilihan protein yang dimasak menggunakan rempah istimewa. Korang boleh cuba Rack of Lamb yang diasinkan dengan Rosemary & Bawang putih, Tulang Rusuk pendek dengan pernis BBQ smokey, Rump Steak dengan Bawang Devilled; Sosis Gourmet dengan Tomat & Jam Chilli. Ayam Kebab dengan Lemongrass, Halia & Bawang Putih dan Salmon Grill.
Selain itu juga Australia begitu popular dengan makanan laut yang segar dan pelbagai jenis. Dibawakan kepada pecinta makanan di Malaysia dengan makanan laut seperti Oyster, Ketam, Udang, Udang Lipan, Kepah dan banyak lagi. Korang boleh makan dengan cara BBQ atau juga boleh dimakan menggunakan sos yang disediakan. Kebanyakan makanan laut ini dibawa dari New South Wales Australia iaitu bandar seperti Sydney dan Canberra.
Walaupun Maha tak pernah pergi tapi tahu jugalah sikit-sikit tempat menarik kat Autralia. Kalau masakan berasaskan BBQ pula populat di Western Australia seperti Perth. Masa korang datang tu korang boleh tengok sendiri chef menyediakan Crepe istimewa yang sangat lembut dan perlu makan bersama krim dan juga buah-buahan segar diatasnya. Sangat lembut dan sedap itu Maha paling suka tapi kena makan panas-panas baru syok.

Kemudian makanan lain seperti salad dan juga sayur segar juga turut banyak disediakan di sini seperti Idaho Potatoes with Sour Cream & Chives, BBQ Corn on the cob with maple syrup & parsley butter, bakul pelbagai roti termasuk Garlic Bread, Chunky chips with nori salt, Salad bar dengan coleslaw, roasted beetroot, English Spinach, feta & candied walnuts, garden salads, caprese salad dan salad kentang.
Pencuci mulut pula korang mesti tak lepas dengan Pavlova, Puding Caramel dan banyak lagi manisan yang enak dan menyelerakan. Kalau korang nak tahu harga untuk bufet makan malam istimewa ini hanya RM148.00 nett untuk dewasa, RM74.00 nett bagi warga emas dan RM55.00 nett untuk kanak-kanak. Kepada members Gracious Rewards & FHI Privilage Club pula akan dapat diskaun 30% lagi. Juga pemegang kad Citibank akan dapat 25% diskaun juga.
Bufet makana malam ini hanya ada pada hujung minggu sahaja tau iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Kalau hari lain korang akan dapat nikmati bufet biasa. Jadi hujung minggu ni korang boleh lah booking untuk bawa keluarga atau rakan-rakan cuba makanan Australia. Juga korang yang makan kat sini berpeluang untuk menang percutian 3 hari 2 malam dekat Grace Hotel Sydney serta hadiah-hadiah menarik yang lain. Jadi tunggu apa lagi cepat selagi promosi masih ada.
Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 603-2148 0468
Laman web : www.fhihotels.com
Facebook : https://www.facebook.com/TheFederalKL
Harga :
RM148.00 nett untuk dewasa
RM74.00 nett bagi warga emas
RM55.00 nett untuk kanak-kanak