Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Nikmati Sedap Feast Untuk 2 Orang Di Fish & Co. Bulan Ramadan Ini

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ini satu lagi tempat untuk korang pertimbangkan bagi berbuka puasa Ramadan tahun ini. Restoran Fish & Co. merupakan restoran kasual, penuh perkhidmatan, rangkaian keluarga yang menyajikan makanan laut segar dalam kuali.


Maha tak pernah sebenarnya nak cuba makan kat sini sebab tak tahu makanan-makanan yang ada kat sini. Tapi bila sekali pergi makan terus rasa nak pergi lagi berkali-kali. Terutama sempena puasa ini restoran ini menyediakan set Sedap Feast Untuk 2 orang. Jadi kalau korang datang dengan kawan atau teman istimewa sangat sesuai.


Set buka puasa ini mengandungi item seperti dua menu pilihan signature dari Fish & Chips, dua soup of the day dan juga dua pilihan mocktail yang menyegarkan. Jadi sangat romantik kalau dapat makan kat sini dengan harga hanya RM65.95 dengan 0% GST tau.


Sup of the days kat sini ada dua yang selalu mereka keluarkan iaitu sup krim ikan dan sup cendawan. Kemudian untuk signature menu pula terdiri daripada lapan pilihan yang korang boleh pilih seperti New York Fish & Chips, Swiss Fish & Chips, Danish Fish & Chips, The Best Fish & Chips, Salted Egg Fish & Chips, Afrika Fish & Chips, Arctic Fish & Chips dan Malaysia Fish & Chips.

Salted Egg Fish & Chips

Danish Fish & Chips

New York Fish & Chips

Malaysia Fish & Chips

Arctic Fish & Chips

Hari tu Maha datang telah order Salted Egg Fish & Chips dan juga New York Fish & Chips. Bagi Maha rasa telur masin tu memang sangat sedap cuma kuantiti sosnya tu agak kurang tak tahu kenapa mungkin dah diserap oleh daging ikan tersebut jadi agak sedikit kering. Kemudian yang New York tu lebih kepada rasa krim memang sesuai untuk orang yang suka rasa ala barat.

Rainbow Peach

Lychee Mojito

Menu yang lain tu Maha tak sempat nak cuba, tapi bagi korang yang suka rada pedas korang boleh pilih Malaysian Fish & Chips atau Afrika Fish & Chips ada sambal atas tu. Minuman pula untuk set ini boleh pilih daripada tujuh jenis mocktail yang menarik dan unik rasanya. Ia seperti Classic Mojito, Lychee Mojito, Passionfruit Mojito, Citrus Mojito, Citrus Granate, Limo Fizz dan Rainbow Peach.


Jadi kalau korang memang pecinta makanan laut boleh datang berbuka puasa kat sini. Kalau buka puasa kat sini kita tidak terlalu rasa kenyang sangat ia cukup-cukup memberi kepuasa untuk makan berbuka dan lepas tu boleh terus solat Terawih. Bagi promosi buka puasa ini hanya ada kat cawangan Fish & Co. tertentu sahaja seperti di bawah ni.

1) Sunway Velocity Mall
2) 1 Utama Shopping Centre
3) IOI City Mall
4) Paradigm Mall
5) The Mines Shopping Mall
6) Main Place Mall @ USJ21
7) Setapak Sentral 
8) Permaisuri Imperial City Mall Miri

Ok lah selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa semua.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles