Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Precious Masa Untuk Nikmati Popcorn Dengan Rasa Premium

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kat rumah memang selalu kalau Maha tonton movie atau rancangan drama yang best kat TV mesti ada ditemani dengan Precious Premium Flavored Popcorn. Barulah rasa seronok dan tak sedar diam-diam boleh habis satu balang popcorn tu.


Popcorn ini mempunyai rasa yang premium maksudnya rasa daripada kualiti yang luar biasa atau nilai yang lebih tinggi daripada popcorn yang korang pernah rasa kat luar sana. Selalunya kalau popcorn biasa mereka akan campurkan dengan gula biasa yang dicairkan tapi yang ini menggunakan proses Tree Nuts.




Maha suka popcorn ini sebab ia tiada rasa yang terlalu manis dan kita boleh lihat semua bahagian popcorn disaluti penuh tanpa ada yang tertinggal. Mereka juga menggunakan biji jagung non-GMO iaitu biji jagung tulen yang tiada pemanis tiruan. Maha baru tahu yer yang GMO ini bahaya untuk kesihatan boleh sebabkan kemandulan dan juga penyakit barah, takut kan. 



Precious Premium Flavored Popcorn ini datang dengan dua perisa premium iaitu Crunchy Caramel dan Chock-full Chocolate. Ia adalah produk buatan Malaysia tak silap Maha kilang mereka terletak kat Shah Alam. Sebab tu Maha yakin untuk makan popcorn ini dan memang menyengatlah. 


Mana Maha beli popcorn ini korang boleh order secara online kat Facebook atau juga kat Instagram mereka. Harga pun tak mahal untuk bekas 250gram ini harga semenanjung Malaysia RM20.00 dan manakala bagi Sabah dan Sarawak RM25.00 sahaja. Jadi masa untuk korang nikmati popcorn dengan rasa premium waktu bahagia dan bersama keluarga. Selamat menjamu selera semua.

Pembelian dan promosi terbaru sila layari :
Whatsapp : 019-3589390






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles