Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Rawatan Penyakit Zaman Moden Melalui Produk Water Of Magnesia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa dia penyakit zaman moden ni ianya seperti penyakit yang banyak rakyat Malaysia hadapi dalam senyap iaitu stress atau tekanan. Kadang-kadang kita tak tahu bahawa kita sedang menghadapi masalah stress dalam hidup mungkin berpunca daripada aktiviti harian kita yang tidak seimbang.


Stress mengakibatkan otot menjadi tegang, menguncup dan salur darah mengecut. Sel-sel akan kekurangan oksigen dan mungkin menyebabkan tisu kawasan tersebut mati dan sakit. Punca stress adalah disebabkan oleh kekurangan satu mineral utama yang tidak dapat dihasilkan oleh badan iaitu Magnesium.

Maha bukan pandai sangat tentang penyakit dan juga perubatan ini kerana bukan bekerja dalam bidang ini. Tapi sejak dua menjak ini terdetik kat hati untuk baca dari penulisan Dr Azima (rujuk facebook beliau)tentang penyakit stress ni. Almaklumlah sekarang dalam berita banyak sangat keluar kes-kes orang cuba bunuh diri dan juga membunuh orang lain kerana masalah tekanan perasaan atau Depression.

Sebenarnya kekurangan Magnesium dalam tubuh juga boleh dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik lain seperti :
- Sakit kepala
- Kejang atau tegang otot
- Susah tidur (Insomnia)
- Fibromyalgia (Serba sakit sentiasa)
- Autism dan ADHD
- Restless leg syndrome
- TIC (muka berkedip secara tidak sengaja)
- Tekanan darah tinggi
- Kencing manis
- Osteoporosis
- Ekzema, psoriasis
- Asma & Jerawat

15 Kepentingan Magnesium untuk kesihatan


1. Mencegah dan melegakan tubuh dari serangan asthma

Magnesium sangat berguna untuk mencegah penyakit Asma, bahkan untuk orang yang telah terkena penyakit asthma yang cukup serius, dapat menormalkan kembali bernafas dengan bantuan zat / suplemen yang mengandungi magnesium.

Magnesium berfungsi untuk:
*Memberikan kelonggaran kepada otot-otot bronkus dan menormalkan pernafasan
*Mengurangkan pengecutan otot
*Membantu mengurangkan pembengkakan dinding bahagian dalam saluran udara

2. Meningkatkan metabolisme tubuh

Zat Magnesium juga sangat berperanan dalam membantu sintesis protein, di mana ia boleh membantu tubuh untuk mengaktifkan enzim di dalam tubuh justeru meningkatkan proses metabolisme tubuh. Magnesium juga dapat meningkatkan sistem imun tubuh, justeru dapat mencegah tubuh dari serangan pelbagai penyakit.


3. Menjaga kepadatan tulang

Dari aspek tulang, magnesium berperanan untuk:
*Menjaga kepadatan dan kesihatan tulang
*Magnesium merupakan mineral penting sebagai penyusun tulang
*Magnesium juga berperanan dalam menjaga kekuatan otot
*Membantu mengatur kandungan kalsium, vitamin D, boron dan kuprum yang menjadikan kepadatan tulang terjaga setiap hari
*Kewujudan magnesium mencukupi dalam tubuh membantu mencegah dan mengurangkan risiko osteoporosis.

4. Menjaga kesihatan jantung

Kegunaan lain yang sangat penting dari magnesium adalah menjaga kesihatan jantung, sehingga jantung dapat berfungsi dengan baik. Tubuh yang kekurangan magnesium berisiko terkena penyakit jantung.

*Magnesium membantu agar denyutan jantung teratur
*Membantu menenangkan saraf
*Mencegah stress, gejolak emosi dan rasa cemas berlebihan

Dalam kajian menyebut pengambilan makanan yang mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan risiko kardiovaskular, tekanan darah tinggi, sindrom metabolik serta masalah jantung.

5. Mengendalikan tekanan darah

Magnesium juga berperanan dalam mengawal tekanan darah, mengelakkan tubuh terkena tekanan darah tinggi atau hipertensi. Umumnya pesakit darah tinggi mengalami kekurangan magnesium di dalam tubuh.

Magnesium membantu mengawal tekanan darah dimana magnesium berfungsi melebarkan otot polos, membantu menjaga pembuluh darah agar tetap lembut dan lentur, menjaga kualiti tidur – di mana kualiti tidur memberikan pengaruh besar terhadap risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi kesihatan keseluruhan.

6. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2

Menurut sebuah kajian, magnesium mempunyai peranan penting dalam mengurangkan risiko diabetes jenis 2, kerana magnesium dapat mempertahankan homeostasis glukosa dan mengatur rembesan dan sensitiviti insulin. Dari segi diabetes jenis 2, magnesium dapat membantu meningkatkan reaksi insulin untuk mengekalkan tahap gula dalam darah 

7. Mencegah sembelit

Salah satu cara efektif untuk mengelakkan sembelit adalah dengan pengambilan magnesium yang mencukupi.

Fungsi magnesium dalam hal ini adalah:
*Mengaktifkan otot-otot usus sehingga dapat membantu pergerakan usus
*Menarik air yang digunakan untuk melembutkan najis sehingga pembuangan lancar

8. Magnesium penting bagi Ibu mengandung

Magnesium adalah salah satu elemen penting semasa mengandung. Pengambilan suplemen magnesium yang sesuai sangat digalakkan untuk mengurangkan risiko osteoporosis dan menjaga kestabilan tekanan darah.

Peranan magnesium untuk ibu mengandung adalah;
*Mencegah kekejangan dan cramp
*Mencegah pre eklampsia dan darah tinggi
*Membantu memelihara kekuatan tulang ibu dan bayi
*Menjaga tahap insulin dan gula dalam darah
*Membantu enzim untuk fungsi sistem tubuh
*Mencegah sembelit pada ibu mengandung
*Mencegah denyutan jantung tidak teratur
*Menjaga kadar kolesterol

Banyak kan?
Ada peranan lain lagi kepada ibu mengandung di mana magnesium membantu mempermudahkan proses bersalin iaitu semasa contraction yang mana berlaku pengecutan otot.


9. Melegakan ketegangan otot dan stress

Magnesium berperanan untuk melegakan sakit-sakit punggung, meredakan stress dan ketegangan pada otot. Ini kerana magnesium membantu dalam penyerapan kalsium dan bermanfaat dalam proses penyembuhan tulang. Gejala kejang kaki dan keletihan biasanya disebabkan oleh kekurangan magnesium. Untuk mengatasi sakit otot, elok tambah makanan dengan vitamin D kerana ia sering dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. 

10. Mencegah serangan jantung

Pesakit jantung umumnya kekurangan magnesium dan ini memberikan kesan buruk kepada jantung.

Peranan magnesium kepada jantung adalah :
*Melindungi jantung daripada masalah denyutan jantung tidak teratur
*Menenangkan saraf dan mencegah muntah, cramp, gangguan pencernaan, perut kembung dan sembelit
*Menurunkan risiko pembekuan atau penggumpalan darah 

11. Mengatasi stres, kemurungan dan gangguan kejiwaan

Magnesium boleh bertindak sebagai ubat antidepresan iaitu dapat mengurangkan gejala kemurungan. Dalam satu kajian mendapati, kekurangan magnesium menyebabkan timbulnya risiko kemurungan yang cukup tinggi. Dalam hal ini magnesium bertindak untuk meningkatkan kadar serotonin (hormon gembira).

12. Menghasilkan kolagen

Magnesium membantu pengeluaran protein di dalam tubuh, yang secara perlahan nantinya berubah menjadi kolagen. Kolagen secara umumnya terdapat pada kornea, tendon, ligamen, kulit, tulang, usus, tulang rawan dan pembuluh darah. Kolagen mempunyai kandungan serat yang sangat bermanfaat untuk menjaga kekuatan dan struktur otot.

Kolagen juga mempunyai fungsi untuk membentuk dinding pembuluh darah, arteri dan kapilari, sehingga memberikan kekuatan pada dinding darah. Manfaat lain iaitu menjaga kekuatan tulang dan gigi.

Berdasarkan dari sebuah kajian FDA (Food And Drug Administration) mengatakan bahawa kolagen berperanan dalam proses regenerasi tulang rawan. Manfaat kolagen selajutnya iaitu menjaga kesihatan rambut dan kuku. Kolagen merangsang pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku.


13. Menyerap mineral

Magnesium mempunyai peranan dalam membantu menyerap vitamin dan mineral penting di dalam tubuh, seperti natrium, kalsium, kalium dan fosfor. Penyerapan mineral terjadi semasa di dalam usus kecil. Kehadiran magnesium yang cukup di dalam tubuh, membantu dalam proses men-detoksifikasi banyak racun berbahaya di dalam tubuh, untuk dibuang keluar.

14. Kawalan fungsi pundi kencing

Banyak wanita yang mengalami masalah sering ingin buang air kecil, kemudian masalahnya dapat diselesaikan dengan bantuan pengambilan makanan tambahan magnesium. Masalah buang air kecil (kencing) ini boleh muncul dari beberapa punca, seperti masalah nefritis, jangkitan dan lain-lain.

Dengan pengambilan magnesium yang mencukupi badan dapat mencegah dari pundi kencing ini. Jangkitan saluran kencing biasanya bermula dari uretra dan pundi kencing, dan berkembang ke ureter dan buah pinggang apabila tidak dirawat.

15. Mengaktifkan enzim

Magnesium berperanan dalam membantu meningkatkan pengeluaran tenaga dalam tubuh, serta pengaktifan enzim untuk menghasilkan sel tenaga di dalam tubuh. Tanpa magnesium, tubuh korang tidak boleh dengan baik untuk mencerna makanan. Tubuh memerlukan magnesium untuk membantu proses pencernaan makanan, membantu mengatur tembaga, kalium, zink, vitamin D dan kadar kalsium, dan mengaktifkan enzim yang diperlukan tubuh. Magnesium sangat penting untuk sintesis enzim protein dan membantu menjadi pemangkin reaksi kimia dalam tubuh, seperti mengatur suhu tubuh.

Macam mana cara kita nak dapatkan Magnesium ini adakah perlu menyelam kelaut dalam atau mendaki puncak tinggi bagi mendapatkannya. Jangan risau sekarang ni rakyat Malaysia boleh cuba satu produk yang sangat ajaib iaitu Water Of Magnesia. Ia adalah produk daripada campuran mineral laut.


Cara menggunakan produk ini:

1. Permulaan titiskan 5 titik dalam minuman sebelum tidur dan selepas bangun.
2. Sapu di tempat yang terasa sakit.
3. Tidak boleh di masuk kan di dalam air yang mengandungi kafein.
4. Boleh dicampukan dalam makanan atau masakan.

Produk ini sesuai untuk diamalkan oleh:-

1. Semua orang termasuk bayi seusia 2 bulan
2. Binatang peliharaan
3. Tanaman dan tumbuhan


*AMARAN*  


1. TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SAMA SEKALI KETIKA BADAN ANDA LETIH DAN SEDANG MEMANDU INI AKAN MENYEBABKAN ANDA TERTIDUR.
Ini kerana Fungsi magnesia ketika badan ok dia kan memberi tenaga dan ketika badan letih dia akan merelakkan urat saraf.
2. Jangan dititikkan ke dalam mata menyebabkan mata akan pedih.

Maha pun dah amalkan Water Of Magnesia ni baru beberapa hari ia ada beri kesan sediki demi sedikit. Jadi kena amalkan selalu baru dapat kesan yang lebih memberangsangkan. Paling penting produk ini telah mendapat pengesahan KKM dan berstatus HALAL. Ia juga mempunyai sijil GMP dan sijil MESTI kerana ianya menggunakan bahan berunsurkan semulajadi dan tiada bahan kimia.

Kalau korang nak dapatkan info lanjut produk ini boleh layari :





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles