Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung minggu lepas Maha dapat jemputan untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah peraduan Mission Foods & AEON #PowerYourLunchBoxyang bertempat di AEON Mall Shah Alam. Majlis ini ringkas tapi bermakna kepada 20 orang pemenang yang terpilih.

Maha pun tak tahu Mission Foods Malaysia dan AEON buat peraduan ini rupanya kat sosial media mereka. Sebenarnya peraduan ini telah berlangsung sejak 1 hingga 31 Mac 2018 yang lepas. Tengok hadiah yang mereka menangi tu pun memang cukup mewah iaitu baucer beli-belah AEON bernilai RM1000. Peraduan ini memerlukan pengguna produk Mission membeli 2 variasi produk mereka di pasaraya AEON. Kemudian perlu membuat resipi yang kreatif dengan citarasa Malaysia menggunakan produk Mission.

Di antara resipi yang dihasilkan oleh para pemenang peraduan ini yang menarik perhatian adalah seperti Pita Ayam Percik, Scrambled Otak Otak Wrap, Quiche Kangkung Goreng Belacan, Salted Egg Chicken Wrap, Rendang Pizza dan juga Grilled Chicken Satay Wrap. Kalau Maha sempat masuk hari tu akan buat resipi Karipap Daging Wrap mesti boleh menang hehehe.
![]() |
Mr Mark Tan, Pengurus Jualan Runcit Mission Foods Malaysia |
Menurut kata Mr Mark Tan Pengurus Jualan Runcit Mission Foods Malaysia sepatutnya hanya 10 orang pemenang sahaja yang akan dipilih. Tetap sebab penyertaan yang banyak dan juga resipi yang dihantar semuanya kreatif dan sangat menarik membuatkan pihak penganjur menggandakan jumlah pemenang kepada 20 orang, memang bertuahlah mereka semua.




Pada majlis tu tak semua peserta dapat hadir untuk menerima hadiah hanya 12 orang sahaja yang dapat hadir mungkin yang lain tu ada urusan lain atau jauh. Tapi tahniah Maha ucapkan kepada semua pemenang korang memang hebat. Maha senaraikan nama 20 orang yang telah menang dalam peraduan ini.




Senarai 20 orang pemenang :-
Michelle Lim | Nor Shuhada bt Mohamad Shafie | Syazwin Hayati Mohamed Ridzwan | Mohamad Safiy Zakwan bin Md Baseri | Zuhairah bt Abdul Hadi | Arun Kumar | Terence Tang Heng Thai | Stephanie Lok Len Peng | Zurina Omar | Tan Whei Sian | Gan Siew Eng | Zaihasra bt Abdul Kadir | Hasnawati bt Yahaya | Lim I Lin | Nasruddin bin Ab Rahman | Mufidah Abdul Hadi | Choi Lie Chean | Michelle Ng Cheah Ying | Anne Teo Hui Ping | Natalie Tan Gaik Buey.




Selain daripada memenangi hadiah baucer tersebut semua resipi yang terpilih ini akan juga diterbitkan dalam satu buku resipi khas yang akan dikeluarkan bulan Julai nanti. Bestnya mereka bertuah sangat dapat hadiah pulak tu resipi dapat masuk buku. Maha pun teringin nak juga nak buat buku resipi sendiri sapa nak terbitkan yer hehehe.

Apa pun tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur dan juga kepada semua barisan pemenang yang bertuah itu. Nanti kalau korang nak sertai apa-apa peraduan atau juga promosi dari Mission Foods Malaysia korang boleh terus ke laman Facebook mereka ok. Selamat memasak semua.