Salam sejahtera kepada semua pecinta makanan dan juga pengikut blog makan Mahamahu serta rakan-rakan sekalian. 'Annyeonghaseyo' mesti ramai tahu apa maksudnya tambah-tambah mereka yang memang kaki filem dan drama Korean kat Malaysia. Tapi dulu kalau nak cari makanan Korea kat Malaysia susah sebab nak kena tunggu ada orang nak terbang sana pastu baru boleh pesan kat mereka.

Tapi sekarang ni tak perlu susah lagi kerana ISetan Suria KLCC dengan kerjasama KMT membawakan kepada korang makanan popular Korea. Bertempat kat bahagian Foodmarket ISetan Suria KLCC tengah berlangsung sekarang ni Korean Food Fair selama 13 hari, bermula dari 4 Mei yang lalu hingga 16 Mei 2018 ni.



Maha tahu ni sebab hari tu pergi convention center kat sana ada event lepas tu jalan-jalan dalam Suria KLCC dan masuk ISetan tu. Niat nak cari buah-buahan untuk beli bawa balik rumah sekali tengok ada banner besar kat pintu masuk meraka Korean Food Fair ni. Walaupun Maha bukanlah pecinta drama Korea atau lagu-lagu mereka sangat tapi bila tengok makanan mereka rasa teruja nak cuba.

Kalau kat Malaysia ni yang paling popular dan paling ramai orang sekarang buat video makan adalah mee Samyang Ramen mereka. Memang ramai orang suka sebab kata mereka sangat pedas dan berapi bila makan. Sebab tu Maha tak makan kerana tak tahan pedas. Tapi rupanya bukan setakat Samyang Ramen sahaja ada kat sini banyak lagi produk mee mereka yang sedap-sedap dan pelbagai rasa.
Jangan risau kebanyakan produk dari Korea ini telah mendapat pengesahan Halal daripada Korean Muslim Federation Halal Committee yang diiktiraf oleh JAKIM di Malaysia ni. Jadi kalau korang nak beli produk makanan kat sini tengok pada bungkusan ada tertera logo Halal tersebut.


Selain itu juga ada makanan popular yang orang Malaysia sukai seperti Pepero, Banana Flavored Milk Drink, Kimchi dan banyak lagi. Ingat nak beli semua produk tu sebab tengah murah sangat sementara promosi pesta makanan ni. Tapi duit lak tengah tak berapa ada so beli yang mana nak makan jer.


Kebetulan datang hari minggu mereka ada buat persembahan seperti Korean Traditional Drum, K-pop Dance serta persembahan Mascot. Cuma hari minggu memang ramai orang lah penuh sesak kat situ so plan masa korang semasa tengah ada lagi promosi ini.


Korang pun akan rambang mata kalau datang sini tengok semua jenis makanan dan produk yang kadang-kadang kita sendiri tak pernah rasa. Tunggu apa lagi sementara masih tengah berlangsung ni datang lah kat KLCC ni dan dapatkan produk kegemaran korang. Selamat membeli semua.
Info Korean Food Fair :-
Tarikh : 4 Mei - 16 Mei 2018
Waktu : 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi : Foodmarket ISETAN Suria KLCC
Facebook : https://www.facebook.com/isetankl
Laman web : https://isetankl.com.my/foodmarket.html