Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kini nak menikmati hidangan masakan selatan tanah air iaitu negeri Johor Darut Takzim atau #JDT tidak perlu pergi jauh. Kini kat Plaza Damas Sri Hartamas ada satu restoran yang menyediakan banyak makanan dari Johor iaitu Don's Warong.

Konsep restoran ini lebih kepada kafe dan santai tengok pada dekorasi mereka pun memang menarik dan selesa untuk sesi berjumpa dan bersembang bersama kawan-kawan. Restoran ni dah lama juga ada kat sini di buka setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengah malam. Jadi korang boleh nikmati hidangan sarapan, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam semua ada.

Apa yang Maha telah cuba makan di restoran ini dan korang juga mesti cuba iaitu Tahu Telur Spesial. Tahu ini digoreng dengan garing di luar dan lembut di dalam serta atasnya ada seperti potongan halus timun, karot dan juga taburan kacang goreng. Kena makan dengan sos special yang agak pedas tapi mantap.
Tahu Telur Spesial (RM8.00) |
Kemudian menu utama yang Maha try kat sini adalah Mee Rebus Johor yang memang original dari sana. Kuah mee yang sangat pekat dan menyengat bersama dengan mee kuning dalamnya. Kemudian ada bahan seperti telur rebus, tepung udang goreng, taugeh, tauhu dan juga perahan limau kasturi lebih beri rasa masam.
Mee Rebus Johor (RM12.50) |
Lagi yang Maha paling suka adalah Nasi Lemak Kukus Johor With Ayam Goreng Berempah mereka yang berlemak dan sambal yang sangat sedap. Tak macam makan burger nasi lemak ok ini memang betul rasa nasi yang dikukus, bersama dengan ayam goreng berempah, telur rebus, timun dan kacang goreng bersama keropok ikan. Ini adalah signature dish kat restoran ini dan ramai orang suka setiap waktu mereka order.
Nasi Lemak Kukus Johor With Ayam Goreng Berempah (12.50) |
Kalau nak makan western kat sini pun ada juga tak hanya makanan tradisi Johor. Macam apa yang Maha makan ini iaitu The Don Burger yang sangat besar dan tebal. Daging dalam ni dilapisi dengan beef bacon, telur goreng, sayuran dan onion ring. Satu lagi adalah Crispy Chicken Wings yang datang dalam bakul 6 ketul kepak ayam bersama Thai sos sangat rangup.
The Don Burger (RM19.00) |
Crispy Chicken Wings (RM15.00) |
Akhir penutup Maha ambil pula Ais Kacang Johor, yang unik ABC ini dalamnya ada Chocolate Sauce jadi boleh korang kacauk ais kacang ini memang dapat rasa coklat. Bersama juga bahan lain seperti kacang merah, candol, jagung, buah kabung, kacang goreng dan dimaniskan dengan air gula Melaka dan sirap ros. Minuman tambahan Maha order juga untuk cuci sikit perut adalah Soursop Ice Blanded.
Ais Kacang Johor (RM8.00) |
Soursop Ice Blanded (RM9.00) |
Jadi kalau korang rasa nak cuba semua makanan Johor dan juga western yang Maha cerita ini boleh datang ker restoran Don's Warong. Sini parking banyak tapi ada bayaran yang dikenakan lah. Sempena dengan bulan puasa yang akan datang mereka ada sediakan bufet buka puasa dengan harga RM30.00 nett dewasa, RM14.00 nett untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun, dan percuma untuk umur 6 tahun ke bawah. Promosi Early Bird ini terhad kepada 100 pelanggan pertama sahaja! First come, first serve basis ok. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera ok.
Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :-
Tel : 03-62061242
Facebook : https://www.facebook.com/DonsWarong
Instagram : https://www.instagram.com/DonsWarong