Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini suka makan sizzling bersama dengan sos lada hitam. Mesti ramai suka dan kali ini NY Steak Shack seluruh Malaysia membawakan menu baharu mereka yang dipanggil Pepper-Licious.
Konsep makan panas sizzling bersama dengan kuah sos lada hitam yang istimewa. Ini kerana lada hitam mereka gunakan adalah antara lada hitam yang terbaik di dunia iaitu lada hitam Sarawak. Maha jarang masuk restoran ini sebab dengar nama New York tu jadi macam rasa mahal jer makanan kat sini.

Tapi sebenarnya ia adalah restoran milik orang Malaysia yang terilham dari makanan dan hidangan negara uncle sam tersebut. Sebab apa yang membuatkan Maha masuk makan kat sini adalah kerana restoran mereka ada sijil Halal dari JAKIM. Restoran ni popular dengan hidangan seperti steak, pasta, burger dan macam-macam lagi.


Seperti menu baharu ini ada lima variasi semuanya yang korang boleh pilih. Paling best dan hero dalam semua menu ini adalah Sizzling Duck Chop. Kalau sapa-sapa tak suka makan itik boleh cuba ini kerana daging itik sangat lembut tidak berbau dan terasa perapan mereka. Pastu makan panas-panas dilitupi dengan sos lada hitam yang pekat dan menyengat lagi hebat.
Sizzling Duck Chop - RM27.90 |
Selain itu ada juga beberapa lagi menu yang menarik dalam Pepper-Licious ini seperti Sizzling Lamb Leg, Sizzling Emerald Fish yang menggunakan daging ikan Talapia, serta Sizzling Chicken Cevapi dan Sizzling Beef Tenderlion Skewers. Kalau korang tanya diantara semua ni yang Maha paling suka adalah Lamb Leg dan juga Chicken Cevapi.
Sizzling Lamb Leg - RM35.90 |
Sizzling Emerald Fish - RM24.90 |
Kalau korang pula mana yang korang suka, nak tahu kena cuba dulu baru dapat rasanya betul tak. Bestnya hidangan ini semua datang dengan 2 side dish yang korang boleh pilih daripada Fries, Mashed Potato, Pumpkin Rice, Corn On Cob, Coleslaw, Mixed Vagetables dan Salad. Ia menjadi pelengkap kepada hidangan utama ini dan yang Maha akan pilih adalah Pumpkin Rice sedap sangat orang Melayulah katakan.
Sizzling Chicken Cevapi - RM23.90 |
Sizzling Beef Tenderlion Skewers - RM34.90 |
Selain daripada itu juga mereka ada sediakan minuman terbaharu yang menyegarkan. Dengan setiap pembelian Pepper-Licious ini korang boleh dapat minuman dengan harga RM6.20 untuk mocktail. Minuman mocktails ini ada empat pilhan iaitu Perfect Mix, Orange Breeze, Minty Lime Cooler dan Lemonade Zest. Ada juga minuman smoothies pada harga RM7.20 yang juga terdapat empat rasa iaitu Banana, Pineapple Lemonade, Red Apple dan Pineapple & Mint.
Chocolate Cake |
Carrot Cake |
Red Velvet Cake |
Jadi tunggu apa lagi promosi hidangan ini hanya untuk masa terhad sehingga tak silap Maha sebelum bulan puasa iaitu 13 Mei 2018. Ini kerana bulan puasa nanti mereka akan keluarkan pula set lain bagi buka puasa. Jadi cuba lah kat mana-mana 10 cawangan restoran yang ada seluruh KL, Selangor dan Putrajaya. Maha dah cuba korang bila pula, selamat menjamu selera semua.
Promosi dan lokasi restoran NY Steak Shack layari :
Laman web : http://www.nysteakshack.com
Facebook : https://www.facebook.com/nysteakshackmy
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5