Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ini Maha ada tulis pasal MyIPO atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang menjaga banyak akta untuk paten, tanda dagangan, hak cipta dan banyak lagi. Salah satu khidmat yang penting disediakan oleh MyIPO iaitu menjaga Hak Cipta atau Copyright.

Mari kita lihat lebih dalam lagi apa yang di maksudkan dengan Hak Cipta ini. Maksud Hak Cipta dalam MyIPO adalah hak eksklusif untuk mengawal kerja-kerja kreatif yang dicipta oleh penulis, pemilik hak cipta dan pelaku untuk tempoh tertentu yang ditadbir di bawah Akta Hak Cipta 1987. Maka semua ini terpakai dibawah Akta Hak Cipta.
Siapa pula yang layak untuk mendaftar dibawa aktar ini? Mereka yang layak untuk menggunakan khidmat melindungi Hak Cipta ini iaitu mereka yang berada dalam karya sastera, kerja-kerja muzik, kerja seni, kerja perfileman, rakaman bunyi, siaran (broadcast) dan kerja derivatif. Jadi kalau anda ada mencipta satu lagu atau muzik boleh daftar dibawah akta ini untuk lindungi karya seni anda.
Tempoh Hak Cipta
Semua karya yang telah di daftar di bawa akta ini akan dilindungi mengikut waktu yang ditetapkan dan terbahagi kepada 3 bahagian utama. Namun kebanyakan ia menjaga untuk tempoh yang sangat lama dan kita pun belum tentu ada waktu tesebut tapi hasil karya masih dilindungi.
![]()
1) Karya Sastera, Muzik dan Artistik
Umumnya, kategori karya hak cipta ini mencerminkan kepada manusia yang akan wujud selama kehidupan penulis ditambah 50 tahun setelah kematiannya. Jadi hasil kaya akan dilindungi selagi orang tersebut masih hidup dan ditambah 50 tahun lagi setelah ia pergi.
2) Filem, Rakaman Bunyi dan Pelakon
Kategori karya hak cipta ini akan wujud selama 50 tahun dari kerja diterbitkan, diperbetulkan dalam penetapan untuk filem dan rakaman bunyi. Bagi pelaku, kerja hak cipta akan wujud daripada persembahan yang dilakukan atau penetapan dalam rakaman bunyi.
3) Siaran (Broadcast)
Bagi hak cipta dalam siaran, perlindungan itu berlaku dalam cara penghantaran sama ada melalui wayar atau cara tanpa wayar, tempoh selama 50 tahun akan dihitung dari yang mana siaran pertama kali dibuat.

1) Karya Sastera, Muzik dan Artistik
Umumnya, kategori karya hak cipta ini mencerminkan kepada manusia yang akan wujud selama kehidupan penulis ditambah 50 tahun setelah kematiannya. Jadi hasil kaya akan dilindungi selagi orang tersebut masih hidup dan ditambah 50 tahun lagi setelah ia pergi.
2) Filem, Rakaman Bunyi dan Pelakon
Kategori karya hak cipta ini akan wujud selama 50 tahun dari kerja diterbitkan, diperbetulkan dalam penetapan untuk filem dan rakaman bunyi. Bagi pelaku, kerja hak cipta akan wujud daripada persembahan yang dilakukan atau penetapan dalam rakaman bunyi.
3) Siaran (Broadcast)
Bagi hak cipta dalam siaran, perlindungan itu berlaku dalam cara penghantaran sama ada melalui wayar atau cara tanpa wayar, tempoh selama 50 tahun akan dihitung dari yang mana siaran pertama kali dibuat.
Hak Pemilik Selepas Hasil Didaftarkan Hak Cipta
1) Hak Hukum
Pengarang, pemilik hak cipta dan pelaku diberi hak eksklusif untuk dikendalikan di bawah undang-undang hak cipta. Hak-hak undang-undang yang diberikan kepada mereka termasuk hak untuk menguatkuasakan karya berhak cipta mereka dalam kes-kes pelanggaran sama ada oleh tindakan sivil atau jenayah. Dari segi pendakwaan jenayah, dilakukan oleh Divisi Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (MTDCC) atau Polri Diraja Malaysia.
2) Hak Ekonomi
Hak ekonomi yang diberikan kepada pemegang hak termasuklah hak-hak pengeluaran semula, hak komunikasi kepada orang awam, hak untuk melaksanakan, memperlihatkan atau bermain kepada orang awam, hak-hak pengedaran dan hak sewa komersial. Hak ini boleh dilaksanakan dalam tempoh perlindungan yang dikawal di bawah Akta Hakcipta 1987. Hak-hak ekonomi membolehkan pemilik hak mendapatkan ganjaran kewangan daripada penggunaan karya-karyanya oleh pengguna atau tujuan komersil. Bentuk hak ekonomi boleh dilakukan melalui penyerahan, pelesenan dan pelepasan wasiat.
3) Hak Moral
i- Hak Persahabatan
Hak ini membenarkan pengarang menuntut hak keaslian penciptaannya.
ii- Hak Integriti
Hak ini memberi kuasa kepada pengarang untuk menghalang mana-mana pengguna daripada penyimpangan, penolakan atau pengubahsuaian lain karya-karyanya di mana hasil pengubahsuaian akan mengubah kerja asal dengan nyata dan menjejaskan kehormatan atau reputasi penulis.

Pelanggaran Hak Cipta
Siapa pun yang menggunakan apa-apa karya hak cipta tanpa persetujuan atau kebenaran daripada pengarang, pemilik dan pelaku, ia mungkin merupakan pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Antara perbuatan pelanggaran yang diambil kira termasuk:
- Mengeluarkan semula dalam apa-apa bentuk, melakukan, menunjukkan atau memainkan atau mengedarkan kepada umum.
- Mengimport apa-apa artikel ke Malaysia untuk tujuan perdagangan atau keuntungan kewangan.
- Membuat jualan atau menyewa apa-apa salinan yang melanggar.
- Menjual, menyewa atau melalui perdagangan, mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau menyewa apa-apa salinan yang melanggar.
- Mengedarkan salinan yang melanggar.
- Memiliki, selain dari penggunaan pribadinya dan domestiknya, apa-apa salinan yang melanggar.
- Mempamerkan orang awam apa-apa salinan yang melanggar dengan cara perdagangan.
- Membuat atau mempunyai dalam milikannya apa-apa maksud yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan yang melanggar.
Jadi anda rasa Hak Cipta ini penting kepada hasil karya yang sekarang ni banyak digital dah boleh ditiru, diterbitkan atau disalahgunakan. Contoh kita boleh lihat sekarang ini kes buat facebook live dari panggung kepada laman facebook mereka. Siapa yang menanggung kerugian yang besar dan siapa yang dapat untung atas angin. Jadi ini semua dapat melindungi harta walaupun dalam alam maya.

Kalau korang nak dapatkan maklumat lebih lanjut selain daripada penerangan yang Maha sediakan ini atau kurang faham boleh terus ke laman web mereka atau laman sosial media yang disediakan. Moga ia dapat sedikit sebanyak membantu korang dalam memahami hak cipta.
Layari :-
Website: http://www.myipo.gov.my
Facebook: https://www.facebook.com/ipmalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/myipo
Twitter: https://twitter.com/myipo
Facebook: https://www.facebook.com/ipmalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/myipo
Twitter: https://twitter.com/myipo