Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Bagaikan Syurga Makanan 6 Restoran Terbaik Di The Mines Shopping Mall Mesti Cuba

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini pengakuan benar yang Maha nak buat sebenarnya The Mines Shopping Mall ini kalau tak ada event penting dan besar-besar memang Maha tak akan datang. Bukan sebab susah nak datang atau jauh tapi sebab kat Malaysia ni banyak sangat mall sampai tak tahu nak pergi mana satu.


Kebetulan pula baru-baru ini pengurusan The Mines telah mengadakan Foodtopia iaitu food tour kepada semua pelanggan bertuah mereka. Maha pun ambil kesempatan untuk mengetahui apa sebenarnya yang ada kat sini menyebabkan masih ramai orang datang ke sini. Dulu ingatlah kat sini satu-satunya mall yang ada boat didalamnya memang menarik tapi sekarang agak kurang sambutan.


Tapi sebenarnya ada lagi yang hebat dan memukau Maha bila datang sini. Rupanya kat The Mines ini bagaikan boleh Maha cakap syurga makanan kepada semua orang. Tak sangka begitu banyak sekali tempat makan yang sedap-sedap dan menarik. Jom Maha kongsikan pengalaman sepanjang food tour ini dan tempat makan yang korang juga boleh makan bila datang ke sini.

Restoran Malaysia Yang Unik Sepiring


Nama kalau dengar dah macam pelik Sepiring adakah makanan semua dihidangkan sepiring sahaja. Tapi tidak korang boleh makan semangkuk dan bermangkuk-mangkuk hidangan istimewa kat sini. Restoran ini menyediakan hidangan Malaysia yang popular dan disukai ramai. 


 


Maha sempat mencuba pembuka selera yang popular mereka iaitu Durian Pancake. Dalam mall ada makan raja buah ini korang rasa. Memang sedap lembut dan penuh dengan isi durian tapi bukanlah Musang King nanti mahal lak.

Durian Pancake



Penang Asam Laksa

Kemudian menu utama yang begitu popular kat sini menjadi pilihan ramai pelanggan mereka adalah Penang Asam Laksa. Memang pure dapat rasa laksa dari Penang dan kuah agar pedas bagi maha apa pun ia memang kaw kaw nya. Makan semangkuk tak cukup tu yang korang nak bermangkuk-mangkuk tau.

Makan Culture 10 Tahun Pengalaman


Restoran kedua ni pula juga masih mengekalkan makanan tempatan Malaysia dan dijuga makanan barat. Makan Culture nama restoran ni dan konsep dalam kedai ni pun korang leh tengok hiasan barangan lama Malaysia.





Kat sini Maha dihidangkan menu yang juga menjadi pilihan ramai pelanggan mereka kira yang popular jugalah. Pertama adalah Spaghetti Olio Ayam Goreng dan juga Buttermilk Chicken with Rice. Ada banyak lagi menu lain korang boleh pilih tapi Maha tak makan banyak lah nanti ada banyak lagi restoran nak pergi ni hehehe.

Makanan Popular Korean di DubuYo


Ni restoran ketiga Maha makan kat The Mines ni terus terbang pergi jauh ke negara Korea tu. Jadi kat sini macam-macam pilihan bukan sahaja lokal tapi ada international. Restoran pilihan kali ini adalah DubuYo. Sukalah pecinta K-Pop nak makan kat sini kan.



Maha makan menu utama yang juga menjadi pilihan ramai bila ke restoran ini iaitu Spicy Toppokki. Ala macam mee beras yang kalau kita kunyah rasa kenyal jer bersama dengan kuah yang nampak merah menyala tapi tak pedas pun. 

Spicy Toppokki

Korean Spicy Wings

Menu kedua adalah Korean Spicy Wings yang memang dah sinonim dengan makanan Korean ini. Chicken wing ni memang terbaik disalut dengan rasa sos yang hebat. Maha pernah cuba buat juga ayam macam ni korang boleh tengok kat bahagian resipi ada Maha sharekan tapi tak sama lah yang ni lebih sedap lagi hehehe.

Sakae Sushi Cukup Popular


Bila sebut sushi jer apa lagi korang akan ingat mestilah restoran Sakae Sushi. Kat sini pun ada makanan Jepun ni ok jadi tak perlu nak pergi jauh-jauh. Kalau dan datang sini memang wajib lah makan sushi mereka dan pasti ramai korang suka betul tak.




Diantara sushi yang Maha suka kat sini seperti Ebi Tempura Cheese Maki, Tamago Cheese Yaki dan Aburi Shiro Maguro. Korang semua tahulah kalau sushi ni dibuat daripada bahan yang segar dan sedap. 





Selain tu juga ada Cha Soba iaitu kita panggil mee sejuk dan juga Egg Mayo Temaki yang dibungkus dengan rumpai luat kat luar ni. Ramai orang suka makan makanan Jepun sebab apa kerana ia potion yang kecik boleh terus ngap sahaja.

Restoran Khas Untuk Peminat Sayur Kimosasa


Kali ni Maha pergi lak restoran mereka yang vegetarian dan mengamalkan makanan sihat selalu iaitu restoran Kimosasa. Restoran ni memang konsep 100% sayur dan tak risau semua sihat selamat. Maha ni kurang sikit makanan sayur ni tapi bila datan sini ia telah diolah kepada cara lain.



Walaupun korang nampak yang Maha makan tu macam daging bakar tapi ia adalah makanan yang dihasilkan daripada sayur ok. Nama menu ni Special Ribs bersama dengan sos lada hitam. Macam makan daging tapi masih tak percaya ia sayur-sayuran.



Mango Ice Blended dan Plum Ice Blended

Kemudian yang lain juga semua daripada sayur iaitu Ham Pizza dan Crab Salad ni. Minuman kat sini pun sihat kerana menggunakan buah-buahan segar iaitu Plum Ice Blended serta Mango Ice Blended. Dua-dua minuman ni Maha suka dan memang segar dan menyegarkan.

Dessert Paling Lembut Egg Sponge Cake


Akhir sekali mesti kita akan tutup makan dengan dessert dan kat sini ada banyak restoran termasuk lah kedai kek ini. Nama kedai ni Traditional Homemade Egg Sponge Cake dan ia adalah restoran yang menyediakan kek dari resipi turun temurun dan memang sangat lembut.



Korang lalu sahaja kat tepi restoran ni dah korang dapat bau kek sponge yang sangat menyelerakan. Lepas tu korang boleh pilih ada 3 jenis kek yang mereka sediakan iaitu Classic Original, Cheesy Cheese dan Sticky Chocolate. Terima kasih pada pemilik kedai sebab Maha dapat bawa balik satu kek mereka yang sangat lembut ini.


Classic Original (RM13.00)

Cheesy Cheese (RM18.00)

Sticky Chocolate (RM18.00)

Kek ini memang sedap kalau korang makan terus panas-panas dan jangan simpan lama-lama nanti tak sedap. Bahan yang digunakan dalam kek ini juga simple jer telur, tepung, gula, susu dan canola oil. Tapi mungkin cara penyediaan yang buatkan kek ini sangat lembut dan sedap.


Apa pun tu adalah antara 6 restoran yang Maha sempat singgah semasa food tour kat The Mines tapi memang banyak lagi. Jadi lepas ni Maha dah ubah persepsi tentang The Mines Shopping Mall kalau datang sini macam-macam korang leh dapat. Nak shopping dan lepas tu nak makan pun senang dan banyak pilihan. So korang boleh cuba semuanya. Selamat menjami selera.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles