Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa suka masak pasta kat sini? Ada banyak jenis pasta yang selalu digunakan di Malaysia iaitu Spaghetti, Penne, Fettucine, Conchiglie, Farfalle dan Rotini. Resipi kali ni Maha nak gunakan Rotini kerana lebih anjal dan sedap kalau masak dengan sos cili.
Sebab resipi ini sangat mudah dengan hanya menggunakan sos cili yang terkemuka lagi 100 tahun dalam indstri menghasilkan sos iaitu Lingham's. Sos Cili Lingham's ini pun ada banyak jenis yang biasa, Halia, Sriracha, Extra Hot dan paling sesuai dengan resipi kali ini adalah Bawang Putih.
Kali ni nak masak resipi yang diberi nama Rotini Cheese Beef sebab dah lama tak makan pasta macam ni kat rumah selalunya pergi makan kat restoran barat jer. Yang ni try and error jer tak banyak pun guna bahan cuma kalau nak sedap lagi gunakan banyak jenis cheese. Sebab pasta memang sesuai makan dengan cheese yang banyak baru selera.
Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ini :-
200gram Rotini Pasta
1 botol Lingham's Sos Cili Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
1 biji Tomato
100gram Daging Kisar
50 gram Mozarella Cheese
50 gram Cheddar Cheese
50 gram Parmesan Cheese
1/2 sudu Lada Hitam
2 tangkai Daun Ketumbar
Mentega
Garam
Resipi ni tak perlukan bawang putih sebab dalam sos cili tu dah ada extra bawang putih jadi terus guna yang tu jer. Sebab orang Itali kalau masak pasta memang akan guna bawang putih banyak hehehe. Jom kita tonton lak cara penyediaan resepi ni mudah jer dan cepat.
Rasa lepas ni korang boleh cuba tak sendiri kat rumah. Maha pun belajar buat daripada Youtube tapi buat sedikit olahan untuk kesesuaian dengan seleras kita. Kalau korang rasa nak letak daging ayam ker atau paperoni ker memang boleh jer gantikan daging kisar tu. Tapi Lingham's Sos Cili kena guna yang tu sebab kita nak rasa cili yang tak pedas dan bawang putih dalamnya.
Selamat mencubalah pada semua dan kalau korang nak tonton lagi resipi-resipi Maha yang terhadulu boleh subscribe Youtube Channel Mahamahu. Kalau sapa-sapa dan suba mana-mana resipi boleh tinggalkan komen apa pandangan korang tentang resipi tu menjadi ker atau jadi lain nak tahu juga kan. Terima kasih dan selamat menikmati pasta anda.