Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebagai seorang lelaki kadang-kadang kita tak kisah kepada wangian badan kerena selalu kita akan sembur waktu pagi pergi kerja dengan harapan ia bertahan sehingga petang. Mampu ke minyak wangi anda berbuat demikian kalau ada pun mungkin mahal.

Mungkin kita orang laki tak macam orang perempuan yang ada beg tangan yang sentiasa boleh bawa segala macam eksesori dalam beg mereka betul tak. Orang laki ni simple jer kalau boleh datang bawa dompet jer pergi kerja hehehe.

Tapi sekarang tak perlu lagi beg besar untuk bawa DASHING Anytime EDT. Ini adalah wangi bersaiz mini yang mampu dimuatkan dalam kocek baju atau juga kocek seluar. Kadang-kadang kita tak rasa seperti membawa sesuatu dalam kocek terlalu nipis dan kecil.

Namun kuasa wangian ini sangat membantu dalam memberi pertahanan kepada bau badan seorang lelaki. Semua orang tahu yang DASHING adalah peneraju jenama penjagaan diri lelaki popular di Malaysia. Nak bagi lelaki rasa begitu selesa dan wangi maka mereka menghasilkan Anytime EDT18ml ni.

Kalau tengok sebesar satu kad kredit sahaja letak kat tangan Maha ni pun masih kecil tapi ia mampu bertahan selama 20 hari. Kalau yang pernah makan gula-gula getah ada satu yang saiz sama empat segi macam ni juga. Rekaan pek ini datang dengan 4 variasi wangian unik iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick.


Wangian Cool ini memberi haruman maskulin gabungan Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai bahan asas. Maha suka wangian ini sekali sembur habis satu pejabat bau tau siap kawan Maha tegur lagi pakai perfume ker nak balik wakakaka.Wangian Active pula khas untuk lelaki lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Ia dari haruman Fougére yang digabungkan dengan Citrus, Lavender dan Amber. Bagi Maha ia bau agak keras sikit.

Seterunya ini wangian Ultimate Kick dan Hattrick di inpirasikan daripada team bola Manchaster City. Jadi mereka yang suka bola sesuai ambil dua wangian ini ia rumusan dari percikan citruslemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. Manakala Hattrick adalah gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Sekarang dah boleh dapat kat pasaraya, farmasi, hypermarket dengan harga RM7.00 satu untuk 4 wangian ini. Murah kot kalau travel luar negara pun lagi senang nak bawa tak perlu bimbang sekatan imigrasen. Boleh bawa 4 wangian sekali gus untuk hari-hari yang berbeza dan wangian berbeza mengikut waktu. Lepas ni ramailah lagi orang laki akan kekal wangi kat luar sana kalah orang pompuan hehehehe.