Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Terkejut Harga Nasi Campur Boleh Cecah Puluhan Ringgit Sepinggan Sila Viralkan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni bukan Maha nak buat aduan tapi nak luah rasa hati sebab dah terkena pada diri sendiri. Baru-baru ini peri makan kat sebuah restoran nasi campur biasa jer ada jual pelbagai jenis masakan Melayu. Tak pernah pergi sana tapi sebab tengok ramai orang datang mesti sedapkan.


Jadi Maha singgah lah makan tengahari kat situ dengan mengidam nak makan lauk Daging Salai Masak Lemak, Paru Masak Sambal dan juga sedikit sayur Kangkung Goreng Belacan. Pastu order sekali dengan air Jus Tembikai sebab nak hilangkan dahaga.

Gambar sekadar hiasan

Time syok ambil tu biasalah tengahari lapar sangat memang niat nak makan jer. Pastu bila dah ambil semua tu kena pergi bayar dulu sebelum makan korang tahu berapa mereka cas untuk semua tu. Memang terkejut beruk sebab harganya RM15.50 tuk semua tu. Korang rasa berbaloi atau mereka cekik darah.

Gambar sekadar hiasan

Terus rasa mood nak makan masa tu hilang dan jadi makan tu semua tak sedap langsung sebab harga memang tak berbaloi. Makan pun dalam keadaan terpaksa jer sebab dah ambil dan kena bayar tak kan nak letak balik betul tak. Sudah lah tu tak letak tanda harga pada semua hidangan yang mereka sediakan.

Ikutkan hati ni memang Maha nak tularkan sahaja nama restoran tu kat facebook tapi terfikir ia akan untungkan restoran tu. Sebab selepas tular jer kat sosial media mereka makin popular dan makin ramai pengunjung datang makan. Sebenarnya ada  satu tempat untuk buat aduan kepada masalah seperti ini. Maha buka handphone dan nampak applikasi Ez ADU KPDNKK yang pernah download sebelum ni. Apa lagi Maha dah daftar kat situ dan terus buat report kat dalam apps tu hari tu juga.


Maha tak pernah guna ini pertama kali nak guna apps ini rupanya ia sangat mudah. Kita boleh membuat pengaduan dengan 5 langkah sahaja iaitu dengan login sebagai pengguna berdaftar, memasukkan butiran aduan, laporan aduan dan seterusnya membuat geo tagging lokasi kedai serta ambil gambar kedai juga gambar resit sebagai bukti.


Lepas tu aduan kita akan terus hantar ke KPDNKK dan mereka akan menyiasat. Selalu satu aduan mengambil masa tak lama dan Mahanya kes ini baru lagi dah ia masih dalam siasatan. Biar pemilik restoran ni kena ambil tindakan sewajarnya kerana mengenakan harga yang tidak sepatutnya juga tak letak tanda harga pada makanan.


Korang pun lepas ni boleh buat macam ni jer tak perlu nak tular atau sebar kat sosial media kerana ia akan buatkan perkara itu tambah lebih buruk. Lepas ni korang boleh muat turun applikasi Ez ADU KPDNKK kat Android atau iOS korang secara percuma jer. Boleh klik kat link bawah ni terus boleh muat turun.


Friend of KPDNKK (FOK)


Lepas tu mereka ada juga applikasi Friend of KPDNKK yang korang boleh muat turun kat telefon pintar korang. Ia adalah applikasi untuk kita menjadi sebagai pemerhati bebas luar sana terhadap harga barang di tempat kita sendiri dan melaporkan kepada KPDNKK.


Maha dah daftar jadi ahli dan bila korang dah jadi ahli ada keistimewaannya tau korang akan dapat Kad Friend of KPDNKK dan dari kad tu korang boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian dalam program istimewa ini.


Kepentingan menjadi ahli ni ia melatih kita menjadi pengguna yang prihatin dan sentiasa peka kepada harga barang supaya kita dapat mengawalnya. Jadi tunggu apa lagi muat turun sekarang kat sini. 

 

Applikasi Paparan Harga


Setelah jadi FOK tu korang boleh masuk dalam satu lagi apps dari KPDNKK iaitu Paparan Harga. Cari jer kat telefon pintar korang pastu muat turun. Apps ini adalah untuk kita pengguna menjadi lebih baik membeli produk dan barangan harian manakala pada masa yang sama membantu untuk mengurangkan perbelanjaan dan kos hidup kita.


Macam mana lak tu? Sebab dalam apps ini ada lebih daripada 500 jenis senarai barang yang telah diupdate setiap hari dari segi harga yang kita boleh pilih dimana lokasi berhampiran kita. Jadi bila kita dah tahu mana ada jual harga barang murah yang kita nak so boleh terus pergi beli kat sana.


Contohnya macam Maha cari kat bawah ni buah Jambu Batu Tiada Biji area Cheras Kuala Lumpur. Apps ini akan senaraikan semua pasaraya yang menjual buah tersebut dan harga terkini. Jadi korang tahu mana yang lebih murah dan boleh terus beli kat sana.


Juga korang boleh cadangkan lokasi baru jika korang rasa ada yang lebih murah lagi dalam apps ini. Mudah bukan dan sangat membantu terutama keluarga yang nak berjimat ketika membeli. Maha suka guna apps kat telefon ini sebab boleh cari dihujung jari jer. Muat turun kat sini sekarang secara percuma.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles