Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Crabby Crab Seafood & Grill Seksyen 7 Shah Alam Lokasi Nak Makan Soft Shell Crab

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Soft Shell Crab paling ramai orang suka makan kerana pertama tak comot sebab tak perlu nak kupas kulit ketamnya. Kedua kalau masak goreng rangup boleh terus telah dengan kulit-kulit sekali habis terus. Tapi kat mana yang korang tahu restoran paling banyak sedaiakan hidangan soft shell crab ni?


Maha nak kongsi satu restoran yang Maha sendiri dah pergi dan cuba makan soft shell crab. Kat sini paling banyak pilihan ketam lembut ini dengan pelbagai jenis menu masakan. Masakan tempatan ada malah masakan barat pun ada tapi yang penting korang suka ketam lembut ni.


Restoran yang Maha maksudkan adalah Crabby Crab Seafood & Grill yang terletak di Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam. Restoran ni adalah sebuah restoran baru dibuka dan dekorasi pun sangat simple tapi menaikkan nafsu untuk makan.



Datang sini korang wajib order ketam lembut kerana ada pelbagai menu yang mereka sediakan seperti Thai Baby Crab dan Mega Burger juga Crabby Fried Meehun. Yang burger tu patty tengah tu daripada ketam lembut diapit bun dan sos. Semua ni berasaskan ketam lembut boleh kunyah begitu sahaja tak berat dan rasa terlalu kenyang.

Thai Baby Crab

Mega Burger

Crabby Fried Meehun

Tapi kalau nak special korang boleh oder soft shell crab dengan sauces pilihan. Yang ni istimewa dimana korang boleh order ketam lembut yang dimasak bersama dengan sos buatan mereka sendiri seperti Superior Soya, 3 Rasa, Telur Masin dan Tangy BBQ. Itu antasa yang menjadi pilihan orang ramai kalau datang makan kat sini.

Telur Masin

Tangy BBQ

Superior Soya

3 Rasa

Korang boleh order untuk makan satu keluarga contoh nak berapa gram dan masak sauce apa mereka akan sediakan. Makan dengan nasi panas lagi mengancam ok. Paling Maha suka adala sos Soft Shell Crab 3 Rasa tu memenuhi selera tekak kita orang Malaysia.

Ketam Bunga 3 Rasa

Tapi kalau korang nak ketam lain pun ada juga kat sini mereka ada sediakan Ketam Bunga yang selalu kita makan. Lecehnya kena kupas kulit baru boleh dapat isi betul tak. Makanan seafood lain yang ada juga kat sini yang korang boleh pilih selain ketam adalah sotong, kepah, udang dan macam-macma lagi.

Tiger Prawn

Pacific Clam

Sotong Goreng Tepung

Macam yang Maha pilih ini adalah Tiger Prawn, Pacific Clam, Sotong Goreng Tepung, Tom Yum Seafood dan macam-macma lagi. Masakan semua disediakan bila kita order jadi ia memang panas dan terbaik. Nak pedas atau tidak kena nyatakan kepada pelayan nanti takut terlalu pedas sangat tak sesuai dengan anak-anak.

Pizza Sizzling Seafood

Amatraciana

Masakan barat pun ada yang boleh diisi dengan seafood kegemaran kita contoh piza ini yang Maha pilih Pizza Sizzling Seafood ada udang atasnya kalau nak letak soft shell crab pun boleh pilih. Kemudian ada Amatraciana iaitu spaghetti yg ada udang dalamnya ni ciptaan pemilik restoran ni sendiri ok sangat pedas tapi mengancam. 

Lamb Burger

Chicken Burger

Thai BBQ Chicken Wing

Lagi yang menarik menu sini macam biasa Lamb Burger, Chicken Burger mereka juga ada Thai BBQ Chicken Wing. Kat sini dessert mereka korang kena cuba tau iaitu Durian Ice Cream memang terbaik daripada itipati isi durian yang asli tau. 

Durian Ice Cream

Minuman ada banyak pilihan cuma Maha senaraikan kat sini yang popular menjadi pilihan orang ramai bila datang minum kat sini ok. Dari hujung tu Orange Juice, Watermelon Juice, Apple Asam Boi, Sirap Bandung Blended, Carrot Milk, Teh O Laici, Limau Ais dan Vanilla Milkshake. 


Restoran Crabby Crab Seafood & Grill ni di buka setiap hari dari pukul 1.00 tengahari hingga 12.00 malam. Pastinya puas makan kat sini menu-menu yang ada ni sebab tak seperti kedai-kedai makanan laut lain ia memberi kita banyak pilihan. Lepas ni orang Shah Alam dan sewaktu dengannya boleh lah datang sini senang nak cari soft shell crab pelbagai pilihan dan rasa. Selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles