Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1334

11 Hidangan Kari Jepun Yang Luar Biasa Di Sushi King Untuk Masa Terhad Sahaja

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah cuba tak masakan kari dari negara Jepun. Tak tahu pun Maha yang orang Jepun ada makan kari. Kebetulan pula Sushi King Malaysia membuat menu baru bertemakan 'Curry with a Kick' so memang nak cuba lah.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Mula-mula datang ingat kari Jepun ni samalah macam kari kat Malaysia tapi rupanya lain sangat-sangat. Kari mereka tak rasa lemak tapi ia manis-manis sebab tu kari Jepun ni mereka cuba memenuhi citarasa Malaysia yang suka pedas.
Jadi kat sini ada tiga menu yang korang boleh pilih tahap kepedasan kari iaitu Spicy Curry yang sangat pedas, Curry biasa atau juga Tomato Curry. Salah satunya adalah Chicken Katsu iaitu daging ayam digoreng rangup seperti dalam gambar di bawah ni.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Chicken Katsu

Kemudian ada lagi menu baru yang bertemakan kari kat sini mesti korang kena cuba seperti Seafood Fry. Bagi menu ni mereka menggoreng garing daging ikan dan juga udang sehingga rangup diluar dan lembut didalam. Kemudian ada menu Yakiniku dimana dalamnya ada pan-fried beef. Kari yang ni adalah kari paling pedas sebab tu ada korang nampak sambal cili goreng kat tepi tu untuk menambah kepedasannya sehingga berapi dalam mulut.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Seafood Fry

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Yakiniku

Jangan berani-berani tambah sambal tu banyak kena tambah sikit-sikit sebab memang sangat pedas ok. Tapi bagi yang nak cuba hidangan udon kali ni mereka perkenalkan Curry Kiryu Udon dapat makan udon yang dihasilkan sendiri dan pastinya saiz lebih besar dan kenyal. Sangat kena dengan rasa kari Jepun ni sesuai.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Curry Kiryu Udon

Satu lagi yang ni special kerana ada cheese dalamnya iaitu Agedashi Beef Curry. Ada cheese goreng bersama dengan fried beancurd, pan-fried beef dan cendawan. Satu hidangan ni lengkap kerana ada nasi, sup dan juga egg. Tu menu berat yang korang kena order melalu menu yang disediakan tak ada atas conveyor.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Agedashi Beef Curry

Bila datang Sushi King mesti nak kena makan sushi kan, kali ni ada juga sushi bersama dengan kari Jepun. Specialnya kat sini yang Maha suka sangat adalah Curry Tori Katsu Gunkan dan juga Curry Ebi Fry Nigiri. Sushi ini ada udang goreng dan satu lagi ada ayam goreng atasnya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Curry Tori Katsu Gunkan

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Curry Ebi Fry Nigiri

Dua lagi sushi ni pun special sempena dengan konsep kari Jepun iaitu Aburi Curry Tamago dan juga Curryfornia Roll. Semua ni korang leh makan sampai puas sebab biasalah sushi saiz kecil boleh sekali ngap jer. Promosi kari Jepun ini telah bermula sejak dari 1 April yang lalu sehingga 30 Jun 2017 sahaja. Rebut peluang sekarang kerana korang akan dapat rasa keunikan kari ini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Aburi Curry Tamago

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Curryfornia Roll

Tapi yang lagi special kali ini adalah mereka ada sediakan dua jenis pencuci mulut berasaskan donut iaitu Matcha Ice-Cream Doughnut dan juga Vanilla Ice-Cream Doughnut. Dua2 ini kegemaran Maha ok sebab donutnya sangat lembut dan juga rasa aiskrim memang terbaik. Boleh order kedua-duanya kalau rasa tak puas makan satu hehehe.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Matcha Ice-Cream Doughnut

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Vanilla Ice-Cream Doughnut

Apa lagi nak cite semua dah ada memang semuanya kari kari kari. Bagi membuak-buak rasa kenikmatan kari Jepun di Sushi King ini ada satu peraduan yang dianjurkan di Facebook Sushi King. Bagi mencabar keberanian makan pedas kari Jepun mereka ini peraduan "Curry-Hot-Kick" tengah berlangsung sekarang. 

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Caranya mudah sahaja korang hanya perlu post gambar diruangan komen cara korang menikmati Curry-Hot-Kick yang paling kreatif dengan komen yang menarik dan #MySKCurry. Kemudian tag 2 orang kawan korang untuk sahut cabaran ini juga. Nak sertai boleh terus ker laman Facebook Shushi King dan masuk sekarang juga. Selamat mencuba semua.


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1334

Trending Articles