Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yes time untuk makan Nasi Beriani pula kali ni wow bestnya lama tak makan. Nak pergi Johor jauh tapi rupanya kat Bangi ada jer beriani yang sedap dan terangkat. Bukan sahaja nasinya tapi juga lauknya iaitu betis kambing sebesar alam penuh satu pinggan.
Lokasi makan yang Maha terjah kali ini adalah Biji Kopi Cafe kat dalam Bangi Gateway sahaja. Untung orang-orang Bangi ni kerana kat sini memang banyak pilihan tempat makan best-best. Ni lah antara salah satunya yang mesti kena kunjung. Setakat ini parking kat Bangi Gateway masih free tak tahulah tahun-tahun akan datang jadi korang boleh jimat kalau makan kat sini.
Bila datang ker sini tengok menu mata tertumpu pada hidangan Briyani Lamb Shank yang sangat-sangat menggiurkan.
Selain dari Lamb Shank pilihan beriani lain ada juga seperti Beriani Kambing, Beriani Ayam dan Beriani Ayam Masak Merah. Tapi Maha cuba Briyani Lamb Shank ini kerana korang leh tengok sendiri saiz yang sangat besar. Kemudian daging kambing tu sangat lembut boleh hancur dalam mulut.
Briyani Lamb Shank |
Teliur tak Maha sendiri tengok gambar ni banyak kali pun rasa nak pergi lagi hehehe. Selain daripada beriani bagi yang datang dengan keluarga mungkin juga boleh cuba set-set makan tenghari yang lain. Menarik juga adalah Set Asam Pedas Pari dan Set Ikan Patin Tempoyak . Dua-dua set ini datang dengan minuman Teh O Ais jadi tak perlu nak order air dah.
Set Asam Pedas Pari |
Set Ikan Patin Tempoyak |
Bagi Maha dua hidangan set ini tetap ada rasa keaslian dan originaliti sendiri. Layankan makan tenghari atau korang nak makan malam pun menarik juga menu-menu ni. Bak kata iklan lah bagaikan sedap menjilat jari. Pada yang datang nak makan hidangan tak terlalu berat sangat still boleh cuba dua hidangan mee iaitu Soto Johor dan Mee Rebus Daging.
Soto Johor |
Mee Rebus Daging |
Tengok Soto tu ada seketul Bergedil dan juga kuah sup yang ada rasa rempah juga tidak terlalu masin. Manakala Mee Rebus tu memang kuah cukup pekat likat dan melekat hehehe best. Sangat puas datang makan sini banyak pilihan untuk seisi keluarga.
Jus Kalamansi |
Kopi 434 |
Dah kenyang makan kena ada minuman pulakan menurut kata pelanggan minuman best kat sini Kalamansi. Jus Kalamansi ni adalah air limau kasturi jadi dah kenyang perut makan ia dapat flush balik atau nak buang lemak tadi hehehe. Kalau amalkan boleh kurus tau hehehe. Kalau dah nama cafe mesti ada minuman kopi dan special kat sini adalah Kopi 434. Mereka akan hidangan kopi ini satu teko memang puas minum.
Leganya dapat makan semua yang sedap-sedap ini baru bebaloi dengan harga yang kita belanjakan betul tak. Suasana kat cafe ini pun menarik dengan dekorasi yang simple dan menambah selera nak makan. Ada tersedia rak buku untuk baca novel dan buku-buku kat sini sambil santai makan dan minum.
So lepas ni boleh lah letak cafe ini dalam list kedai pilihan korang kerana bagi Maha ia sangat menarik. Biji Kopi Cafe ini buka dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari tak ada tutup ok kecuali cuti Raya kot hehehe. Nak maklumat lanjut atau promosi boleh pergi ker laman sosial media mereka seperti di bawah. Selamat mencuba semua ok.
Tempahan dan maklumat lanjut layari :
Facebook : www.facebook.com/pg/bijikopicafe
Instagram : www.instagram.com/bijikopi
Tel : 012-203 0779
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5