Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

In Colonial Restoran Chinese Muslim Friendly Food Di Intermark Mall Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau korang kat Kuala Lumpur ni nak mencari restoran yang betul-betul menyediakan masakan Chinese yang Muslim Friendly dan juga milik orang Islam agak jarang kita jumpa. Restoran ini ada tapi ia agak tersorok dan juga hanya pelanggan tetap sahaja yang selalu datang makan kat sini. Sebab ia di ceritakan dari mulut ke mulut.



Kali ini Maha nak bawa korang ke sebuah restoran Masakan Chinese Muslim Friendly yang juga dimiliki 100% adalah orang muslim. Cuma restoran ini masih dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan Halal JAKIM. Ini untuk memastikan bahawa pelanggan dan penggemar makanan Chinese yang muslim ni dapat nikmatinya tanpa rasa was-was. Restoran yang Maha maksudkan adalah In Colonial yang terletak di Aras G The Intermark Mall Kuala Lumpur.



Pertama kali masuk dalam restoran ini memang korang akan dapat lihat dekorasi restoran yang penuh dengan ciri zaman kolonial dimasa kemasukkan pedaggang dan juga pekerja dari negara China ke Tanah Melayu masa itu. Dari penggunaan perhiasan dan juga kerusi meja serta suasana walaupun ada sedikit unsur modern. Tapi bagi yang pernah hidup zaman dulu mesti akan terimbau segala memori jika masuk ke dalam restoran ini.

Pemilik Restauran Kapten Jaffar dan Puan Latifah


Restoran In Colonial ini dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Kapten Jaffar dan Puan Latifah yang merupakan seoarang juruterbang senior yang cukup berpengalaman. Sehingga kini beliau masih berkhidmat sebagai juruterbang bersama Singapore Airlines. Minat dalam bidang perniagaan dan juga pengurusan restoran membawa mereka ke sini dan mengambil alih restoran ini sepenuhnya.





Seperti yang Maha maklumkan sebelum ini ia ingin menjadi sebagai sebuah restoran Masakan Chinese Muslim Friendly di Kuala Lumpur. Ini dikuatkan lagi dengan penggunaan bahan masakan yang Halal dan berkualiti serta juga ia dihasilkan sendiri daripada dapur restoran ini dengan menggunakan kepakaran dua orang chef hebat mereka. Restoran ini menyajikan masakan Chinese Malaysia yang memang memenuhi selera pelbagai kaum di Malaysia.

Dim Sum Tarikan Baharu Di Sini


Sebelum ini meraka hanya sediakan hidangan masakan Chinese Malaysia seperti Kueh Teow, Butter Milk Chicken dan macam-macam lagi. Kali ini mereka ingin memperkenalkan menu baharu iaitu Dim Sum yang dicipta sendiri dan dihasilkan sendiri daripada bahan mentah secara homemade. Kepakaran head Chef berbangsa China diturunkan kepada Chef Syamsul yang menghasilkan Dim Sum di sini sangat lain dan tiada ditempat lain.

Chicken Siew Ma

Har Gao 


Sebab kebanyakan rakyat Malaysia ini suka makan yang ringkas-ringkas pada waktu petang. Jadi kat sini mereka memperkanalkan menu Dim Sum yang boleh dinikmati sepanjang hari. Antara menu Dim Sum yang menarik kat sini adalah Chicken Siew Ma dan Har Gao. Kemudian Dim Sum daripada Fuchok yang menjadi kesukaan Maha seperti Fuchok Prawn Roll, Crispy Chicken Wantan dan Fried Sui Kao. Kalau nak yang macam phopia Maha cuba juga Spring Roll Chicken and Prawn ini rangup diluar dan penuh isi di dalamnya.

Fuchok Prawn Roll

Spring Roll Chicken and Prawn 


Kalau ada Dim Sum mesti akan ada pau kerana gandingan yang wajib. Kat sini pun ada juga menyediakan pilihan pau yang lembut dan penuh rasa inti di dalamnya. Diantara pau yang best Maha suka iaitu BBQ Chicken with Cheese Pao, Custard Pao dan BBQ Chicken Pao. Saiz yang besar dan juga sedap di makan waktu masih panas dikeluarkan daripada Bamboo Steamer yang akan mengekalkan rasa keaslian pau dan Dim Sum di sini. 

BBQ Chicken with cheese Pao 

Custard Pao

BBQ Chicken Pao


Ini pula yang special ada kat Restoran In Colonial ini sajaha tau kat tempat lain korang tak akan jumpa. Ini kerana ia adalah menu rekaan dan idea daripada chef dengan pemilik restoran ini sendiri. Maha walaupun kurang makan kaki ayam tapi kat sini menu Chicken Feet mereka lembut dan juga berjus dengan sos yang sedikit pedas untuk memenuhi selera orang Malaysia.

Chicken Feet 


Juga ada Beef Tripe dan Squid yang dimasak dalam kuah istimewa ini. Beef Tripe yang digunakan bukan perut lembu biasa ia yang perut lapisan premium yang susah untuk didapati di pasar biasa. Itu yang menjadikan menu ini sangat istimewa dan lazat tidak terhingga. Kalau sudah habis isinya korang boleh hirup kuah itu sahaja pun cukup sedap dan puas hati sangat-sangat menggoda rasanya.

Squid

Chicken Wing

Beef Tripe


Seperti Maha maklumkan tadi kat In Colonial ini menyajikan masakan Chinese Malaysia dan sebab itu kat sini ada menu seperti Kuey Tiau with Beef HK Style, Crispy Yee Mee with Seafood, Porridge, In Colonel Abalone Fried Rice dan juga pencuci mulut Panfried Lotus Pancake. Semua ini adalah makanan yang tidak terlalu berat tapi suka dinikmari oleh rakyat Malaysia waktu santi-santai dan sembang-sembang bersama kawan atau rakan sekerja. 

Kuey Tiau with Beef HK Style

Crispy Yee Mee w. Seafood 

Porridge with Ginger

In Colonel Abalone Fried Rice

Panfried Lotus Pancake



Kalau korang atau mana kawan-kawan yang tak tahu nak cari kelainan makanan boleh datang cuba kat In Colonial di The Intermark Mall Kuala Lumpur ini. Sebab Maha sangat puas hati dan sangat rekemen kepada korang-korang untuk datang makan di sini. Pilihan variati minuman juga macam-macam ada daripada minuman sejuk, jus buah dan juga minuman panas seperti kopi dan tea. Restoran ini beroperasi setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 10.00 malam

Guna Promo Istimewa


Khas kepada korang pembaca setia blog makan Mahamahu. Maha nak kongsikan kepada korang kalau datang ke restoran ini boleh dapat diskaun 10% untuk semua makanan. Korang guna sahaja promo kod "InCoMaha" ini semasa buat pembayaran nanti kat restoran. Akan dapat diskaun yang dinyatakan untung tak.



Restoran ini ada juga sediakan perkhidmatan penghantaran makanan tapi korang tahulah kalau makanan Chinese seperti Dim Sum sedap kalau makan panas-panas selepas ia siap di masak. So Maha cadang datang terus ke restoran In Colonial di The Intermark Mall. Mungkin korang boleh jadikan restoran ini dalam senarai Pilihan Restoran Chinese Muslim Friendly di Kuala Lumpur. Maha dan suka dan jatuh cinta makan kat sini. Kalau dah datang nanti tinggalkan komen korang kat sini ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :-
Tel : +6012-784 9033
        +603-2162 9033









Viewing all articles
Browse latest Browse all 1330

Trending Articles